Sunday, November 06, 2022

Luar biasa! Rakyat terima PN, Presiden PAS, & Bukan Melayu..

 

Suasana perarakan calon PERIKATAN NASIONAL bagi parlimen Sik, semalam.

1. Penerimaan rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL luar biasa

ALOR SETAR: Pengalaman dilalui bersama rakan-rakan parti komponen PERIKATAN NASIONAL (PN) dilihat mampu memberi kelebihan kepada gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun PN pertama kali menyertai PRU, namun PAS dianggap sebagai ‘otai’ kerana melalui banyak pengalaman pilihan raya.

Katanya, begitu juga rakan-rakan komponen lain ada pengalaman menghadapi PRU sebelum ini.

“Malah PN lebih stabil berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dan ini memberi kelebihan kepada PN,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersyukur kerana proses penamaan calon PN di semua 15 parlimen di Kedah berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan di setiap tempat.

Semalam, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mengiringi calon PN Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Perarakan calon bermula dengan solat hajat di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Pekan Sik sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah, Sik.

Menurutnya juga penerimaan rakyat terhadap PN agak luar biasa dan mengejutkan biar pun BN dan PH memberi saingan sengit di beberapa parlimen.

“Pengundi tegar tidak berubah dan akan menjadi faktor kemenangan, sementara pengundi kali pertama dan pengundi atas pagar akan membantu calon membuat kejutan,” tambah beliau.

Sementara beliau tidak menolak apabila berlaku pertandingan lebih tiga penjuru akan memberi kesan kepada jumlah pengundian.

“Secara dasar pertandingan dua penjuru yang terbaik bagi PN dan BN. Parti-parti lain akan beri kesan berdasar asal usul parti tersebut,” katanya.

Bagaimanapun baginya dalam apa juga keadaan PN dilihat mempunyai peluang lebih cerah.

Parlimen Sik menyaksikan penyandang Ahmad Tarmizi dicabar Maizatulakmam Othman (BN) dan Datuk Latipah Md Yatim (PH). Pada PRU14 beliau menang dengan majoriti 5,218 undi. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

2. Ribuan penyokong iringi Presiden PAS 

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi calon, mewakili PERIKATAN NASIONAL dalam PRU-15 di Marang bagi kali kelapan.

Ribuan penyokong PAS mengirinya beliau bersama pimpinan PAS Kawasan yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Rhu Rendang Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diapit oleh Speaker Dun Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.

Dato’ Dr Samsuri sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Marang merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir bersama Bendahari PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, yang juga Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri sekaligus Adun Bukit Payong.

Turut sama dalam perarakan, Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman iaitu Adun Alor Limbat, bersama Adun Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat, Hussin Ismail.

Semua berhimpun seawal 7 pagi di Masjid Kijing, Marang yang terletak kira-kira 800 meter dari pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang.

Dimulai dengan solat hajat, doa munajat berjemaah, semua penyokong berjalan mengiringi Presiden PAS sehingga ke pusat penamaan calon, disertai zikir dan selawat sepanjang perjalanan dan waktu menunggu.

Semua borang calon diterima SPR, dengan didahului oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Jasmira Othman dari BN, Azhar Ab Shukur mewakili PAN dan Zarawi Sulong, menjadi pertaruhan Pejuang.

Kesediaan Presiden untuk turun sekali lagi ke medan dilihat sebagai semangat beliau yang tidak pernah luntur demi Islam.

Beliau dilihat sebagai tonggak bagi perpaduan Melayu Islam, tidak pernah putus asa untuk membawa agenda itu walau diserang segenap penjuru. – HARAKAHDAILY 5/11/2022

3. Calon bukan-Melayu yakini kebaikan, integriti PAS 

TELUK INTAN: PAS adalah sebuah parti yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan terbukti memiliki integriti tinggi serta dilihat ikhlas memperjuangkan pembelaan hak rakyat dan kepentingan negara.

Calon PERIKATAN NASIONAL N.55 DUN Pasir Bedamar, Suria Nayaranan memperakui demikian menyifatkan faktor beliau dan kaum bukan-Melayu tertarik untuk bersama dengan parti Islam itu.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Perak telah diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding di kerusi tersebut dengan sokongan padu Jentera PAS Kawasan Teluk Intan.

“Saya lihat tak ada parti sebaik PAS yang tak ada rasuah, ahlinya sentiasa berdisiplin patuh kepada parti,” ujar beliau kagum dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan serta tadbir urus baik ditunjukkan PAS.

Beliau turut menyatakan keazamannya untuk menyampai mesej PN pada PRU15 kali ini yang membawa slogan Bersih dan Stabil atau BEST kepada pengundi di DUN Pasir Bedamar khasnya dan Parlimen Teluk Intan amnya.

“Saya mahu menyampaikan mesej ‘Bersih dan Stabil’ dibawa PN kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan. Ia telah terbukti sepanjang PN memerintah walaupun masa pandemik COVID-19, pentadbiran Kerajaan PN berjalan baik.

“Saya akan bekerja keras bersama Jentera PN bagi memastikan rakyat mengundi PN,” ujarnya melafaz janji dan kesungguhan bagi memastikan kejayaan PN. – HARAKAHDAILY 5/11/2022  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Luar biasa! Rakyat terima PN, Presiden PAS, & Bukan Melayu..

Sudah nampak tanda-tanda kemenangan, insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Mat Sabu ‘Koyak’ Video.. & Ucapan mencarut..

 


1. Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

SHAH ALAM: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke – 15 (PRU15) Parlimen Kota Raja panas dengan berlegar satu video yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan Mat Sabu memaki penyokong parti lawan yang juga seorang wanita sebagai perempuan bohsia.

Walau bagaimanapun sehinggakini punca kejadian belum lagi dapat dipastikan, sehingga kini belum ada laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan kerana menjatuhkan kehormatan.

Parlimen Kota Raja menyaksikan pertembungan lapan penjuru termasuk tiga calon Bebas.

Pertembungan itu turut menyaksikan penyandang kerusi yang juga Presiden AMANAH,Mat Sabu mempertahankan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU14.


2. “Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video) 


“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video) Sejak penamaan calon daripada parti-parti politik di Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), banyak video yang dimuat naik bertujuan untuk ‘promosikan’ diri mereka. Namun, satu rakaman menunjukkan salah seorang calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memberi ucapan baru-baru ini meraih  perhatian netizen.

Video tersebut dimuat naik seorang individu di Twitter dan ia mengejutkan ramai kerana calon Parlimen Kepala Batas, Danial Abdul Majeed didengari hampir mengeluarkan kata kesat.

Berdasarkan klip pendek tersebut, Danial hampir mencarut ketika sedang menceritakan tentang kehidupannya dan ia disedari wakil MUDA yang lain termasuklah Syed Saddiq.

Bila saya beritahu kawan saya mahu kembali ke Pulau Pinang. Satu perkataan keluar dari mulutnya, ‘Are you f*ck’?”

Dia kemudian berhenti dan menukar kepada ayat yang lain sebelum sambung memberikan ucapan di depan wartawan dan media.

Difahamkan, Danial ketika itu sedang menceritakan tentang rakannya yang mempersoalkan keputusan dia untuk bertanding dalam PRU15 walhal dia bekerja sebagai jurutera dengan gaji yang memberangsangkan.  

Klip itu mencuri perhatian ramai netizen dan ada yang mempersoal sama ada dia mampu mencuri hati para pengundi dan melawan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Reezal Merican yang bertanding di parlimen yang sama.

Sesetengah netizen menyuarakan pendapat bahawa Danial perlu mengasah lagi bakat dan kemahirannya untuk bercakap di depan khalayak ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah. 

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Sokong PN elak ‘perasuah’. X beruk ke parlimen.

 

Rafaie Mustapha

1. Sokong PN demi elak ‘perasuah’ tadbir negara

PORT DICKSON: Pengundi di Parlimen P132 diharapkan dapat melakar perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini dengan menolak calon yang mendapat mandat ‘kluster mahkamah’ dalam usaha mengelak negara ini ditadbir oleh ‘perasuah’.

Selain itu, mereka juga diminta tidak mengizinkan calon dari gabungan parti yang dikuasai parti cauvanis berikutan isu-isu keselamatan, anti-Melayu dan anti-Islam yang amat membimbangkan berlaku semasa 22 bulan Pakatan Harapan menerajui negara sebelum ini.

“Kita perlu memastikan mereka yang terpalit rasuah ini tidak lagi menerajui negara kerana kesan kepada amalan rasuah yang membarah ini merosakkan negara,” kata calon PERIKATAN NASIONAL P132, Parlimen Port Dickson daripada PAS, Rafaie Mustapha kepada Harakahdaily dalam sesi wawancara bersamanya di Markas Induk PERIKATAN NASIONAL Parlimen Port Dickson di sini sebentar tadi.

Untuk itu kata bekas pengetua sebuah sekolah berasrama penuh (aliran Sains) itu, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada calon PERIKATAN NASIONAL untuk menerajui Parlimen Port Dickson selepas penyandang kawasan ini iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim ‘meninggalkan’ kawasan ini tanpa ada apa-apa pembangunan mahupun agenda yang dilaksana demi kebaikan masyarakat di sini.

Katanya, di satu pihak sarat dengan rasuah dan di satu pihak pula lebih dikuasai kumpulan pro cauvanis.

“Kita tawarkan calon yang bersih, yang terbukti berintegriti malah diyakini miliki kekuatan pengalaman dalam setiap lapangan kepakaran masing-masing,” ujarnya lagi.

PERIKATAN NASIONAL juga kata Rafaie, menawarkan sebuah kerajaan yang stabil malah prihatin kepada rakyat dalam memastikan survival rakyat diutamakan.

Justeru beliau menyeru seluruh pengundi di Parlimen Port Dickson memberi undi dan kepercayaan kepada calon PERIKATAN NASIONAL dalam memastikan negara ini selamat dan hak rakyat didahulukan.

Kerusi Parlimen P132, Port Dickson menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Kerusi ini dimenangi Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil, namun kali ini bertanding di Parlimen Tambun.

(Wawancara lanjut di Harakah cetak keluaran akan datang.)


2. Liberal sesuai terus kekal jadi pembangkang 

“JANGAN la bawa masuk lagi beruk-beruk ke dalam Parlimen kita’, begitulah luahan beberapa pengundi yang berusia bila ditemui ‘asalkan bersidang je menjerit terpekik terlolong dalam dewan, tak malu ke?’ tambah mereka. Ya, jawab kami, ‘kita mahu ajar anak muda beradab tapi kita bawa wakil rakyat yang kurang ajar pula’.

Itulah golongan liberal dalam Pakatan Harapan, sama ada nak gelar diri mereka liberal demokrat kepada PKR, Islam liberal PAN atau liberal sosialis dan sekularis DAP sekalipun, namun mereka tatap bersuara ikut kebebasan mereka, meraikan segala pandangan tanpa meletakkan batasan atau sempadan berpegang pada hak bersuara dan kebebasan individu.

Menarik bukan, siapa tak suka dengar malah boleh mudah terpengaruh dengan mereka, inilah cara yang mereka laungkan siang malam mengajak rakyat berfikir hak kebebasan bersuara, kesamarataan, menerima segala bentuk idealisme sehingga mengundang kemasukan pelbagai budaya songsang luar negara  dan mengiktiraf kebebasan mereka semua kerana prinsip mereka adalah liberal.

Sekalipun mereka adalah liberal, kita mengajak mereka jangan ditolak mentah-mentah pandangan ‘konservatif’ kerana mereka memelihara kuat pelbagai institusi seperti agama, kerajaan Parlimen, Raja Berperlembagaan dan norma-norma tradisi yang lain, dengan tujuan menekankan kestabilan sosial dan kesinambungan agama bangsa dan identiti negara yang ada di negara kita ini.

Jelas, semua 5 prinsip Rukun Negara menunjukkan negara ini adalah negara yang berpegang pada nilai konservatif, sebagai contoh Rukun Negara pertama ‘percaya kepada tuhan’ maka golongan ateisme memang kita kena tolak sama sekali, kerana mereka yang tidak percaya Tuhan ini sukar berpegang pada peraturan, semua ikut logik akal sahaja. 

Malaysia perlu terus kekal identiti ketimuran sebagaimana satu lagi Rukun Negara yang disebut ‘kesopanan dan kesusilaan’ di samping memacu kemajuan mengikut lunas yang Perlembagaan. Saya percaya ramai mahukan Malaysia maju tapi kemajuan itu bukan menjadi lesen untuk kita langgar semua batas tata susila, adat kaum dan pegangan agama yang menjadi kekuatan jati diri rakyat Malaysia sendiri.

Jangan sampai kerana hendak bawa pelabur-pelabur liberal masuk ke negara, kita terpaksa buka luas tangan kita menerima segala jenis budaya luar ke dalam negara? Ini bukan acuan ekonomi negara Malaysia yang kita mahu. 

Sebab itu kita lihat, golongan liberal ini tidak mampu menjaga institusi-institusi negara ini dengan baik, 22 bulan mereka mentadbir negara sudah membawa masuk pelbagai budaya atas nama kebebasan suara, walaupun mulut kata tidak iktiraf tetapi mereka membenarkan golongan LGBT, komunis, ateisme dan sebagainya bersuara dan tidak mampu mengengkang mereka dari terus tular mempengaruhi pemikiran anak-anak muda negara kita kerana mereka liberal.

Sebab itu ada antara mereka ini yang mempertahankan tuntutan kes murtad, G25, Sister in Islam, Syiah dan pelbagai mazhab sesat bukan Ahli Sunnah dibawa suara mereka dalam Parlimen menuntut hak kebebasan beragama. Ini semua unsur-unsur yang merosakkan institusi agama kita tanpa sedar Islam akan menjadi lemah satu masa nanti.

Soalan saya adakah orang kuat liberal demokrat yang bernama Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan negara ini ke neraca liberal, mampu kawal semua kemasukan budaya songsang dan kesesatan pemikiran luar ini daripada tular di dalam pemikiran rakyat dan anak-anak kita?. Saudara fikir-fikirkanlah, jangan kerana dendam marah kepada Najib Razak marah pada Zahid Hamidi sanggup gadai negara kepada orang yang salah.

Kita bukan tiada pilihan, Sebab itu bahaya apabila kita angkat pemimpin liberal menerajui negara ini yang asasnya nasionalisme, sehingga kita pernah bersetuju Tun M kekal menjadi Perdana Menteri kerana mudarat lebih ringan berbanding Anwar Ibrahim. Biarlah golongan liberal ini terus menjadi pembangkang kerana mereka mampu menjadi pembangkang yang baik, bersuara sana sini tanpa mengubah Perlembagaan Negara sedia ada.

Jadi siapa yang sepatutnya memimpin negara selepas PRU ini, adakah rakyat memilih BN yang lebih konservatif nasionalisme, atau PERIKATAN NASIONAL pendekatan yang lebih Moderate yang tidak menafikan hak bersuara rakyat tetapi mempunyai pendirian hala tuju negara ini harus dibina atas landasan lebih baik. Insya-Allah kupasan saya selepas ini, moga bermanfaat. 

SHEHDI HAZRIK SHAMSUDIN – HARAKAHDAILY 4/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSokong PN elak ‘perasuah’.  X beruk ke parlimen.

Ya setuju suara rakyat, “Jangan la bawa masuk lagi beruk-beruk ke dalam Parlimen kita.."

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

P'raya banjir, berenang 'ditemani' ular. Positif PN..

 

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila 'ditemani' ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang kelmarin. -Gambar hiasan

1. Banjir kilat: Wanita alami detik cemas berenang 'ditemani' ular tedung

BUKIT GANTANG: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila 'ditemani' ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang kelmarin.
Faridah Amin, 59, berkata dia terpaksa berenang ke tempat lebih tinggi kerana rumahnya dinaiki air dan mengharapkan bantuan orang ramai kerana menggunakan kerusi roda selepas patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh motor.
"Hujan tidak berhenti selepas Asar, ditambah pula dengan air laut pasang dan sungai bertembung sehingga berlaku banjir.
"Apabila lihat air semakin tinggi, saya terpaksa merangkak memohon bantuan daripada orang kampung kerana tidak boleh berjalan.
"Saya panik sebab ketika berenang ada ular tedung yang mungkin datang dari kawasan kebun.
"Saya cepat-cepat berenang ke tempat selamat sebelum diselamatkan jiran berdekatan," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al-Wusta di sini pada Sabtu.
Seorang lagi mangsa Maimun Abdul Rahman, 53, berkata rumahnya di Kampung Senduk Seberang sering berlaku banjir namun tidak seteruk ini, sehingga mencapai paras dada.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam, sehingga kini tiga daripada tujuh PPS masih dibuka untuk menempatkan 194 mangsa ekoran banjir kilat di sekitar Taiping sejak petang semalam iaitu PPS Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan Surau Kampung Perak.
-BERNAMA.
2. Mood rakyat amat positif kepada PERIKATAN NASIONAL    

KUALA LUMPUR: “Saya dapat rasakan mood rakyat pada masa ini amat positif kepada kita, insya-Allah,” kata Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua jentera PERIKATAN NASIONAL supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut memetik hadis riwayat Ibn Hibban yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain”.

Katanya, pesanan Rasulullah SAW seperti yang terkandung di dalam hadis itu beliau tujukan kepada semua calon PERIKATAN NASIONAL sempena kempen rasmi PRU15.

“Sebagai calon pilihan raya, anda sedang memikul amanah yang berat. Ini kerana apabila anda terpilih sebagai wakil rakyat, anda akan mengabdikan diri kepada rakyat dan negara.

“Anda akan bekerja saban hari bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi manfaat orang lain,” ujarnya.

Jadi, kata beliau seperti maksud hadis di atas, bekerja keraslah untuk manfaat orang lain.

“Bukan perihal diri kita. Ingatlah perjuangan kita ini demi manfaat rakyat dan negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, perjalanan pengabdian kepada rakyat bermula sekarang.

Katanya, temui rakyat dan santuni mereka di mana-mana sahaja.

“Fahami masalah mereka, keperluan mereka dan cari jalan yang terbaik untuk membantu sedaya upaya,” ujarnya yang juga Presiden Bersatu.

Jelasnya, tekad untuk bekerja demi manfaat rakyat juga yang beliau pegang ketika berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat terselamat ketika wabak Covid-19 melanda.

“Kita lakukan apa sahaja yang boleh pada ketika itu untuk melindungi nyawa rakyat dan memastikan setiap orang mempunyai makanan di atas meja.

“Perjuangan membantu rakyat ini masih belum selesai. Ramai yang masih memerlukan bantuan kita di luar sana.

“Insya-Allah, perjuangan murni ini akan kita sambung setelah PERIKATAN NASIONAL beroleh kemenangan dan membentuk kerajaan,” tambahnya.

Muhyiddin juga menyeru semua jentera PERIKATAN NASIONAL supaya berkempen dengan cara yang berhemah, mematuhi undang-undang pilihan raya dan mengelakkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Selamat maju jaya kepada semua calon dan jentera PERIKATAN NASIONAL,” katanya lagi.

Pada PRU15 ini, beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pagoh berdepan dengan calon BN, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Iskandar Shah (PH). – HARAKAHDAILY 6/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: P'raya banjir, berenang 'ditemani' ular. Positif PN..

Penderitaan kepada rakyat, ini bahayanya pilihan raya dalam banjir. Ini bukan kehendak PN.

Jom sokong PN!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

PRU15 Nuridah tanding di Wangsa Maju. & Wanted by the FBI.

 


1. Ustazah Nuridah berdepan 5 penjuru di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Wangsa Maju menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Wangsa Maju Dato’ Zulkurnain Hassan mengesahkan perkara itu pada pengumuman calon yang layak bertanding di Dewan Wangsa Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini hari ini.

Pertembungan enam penjuru itu menyaksikan persaingan antara bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju calon Warisan Wee Choo Keong; calon PKR Zahir Hassan; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah; calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Ustazah Nuridah Mohd Salleh; calon Pejuang Norzaila Arifin dan calon Bebas Raveen Suntheralingam. 

Menurut Zulkurnain, penyerahan keeenam-enam borang penamaan calon bermula jam 9 pagi.

Zulkurnain berkat,a borang penamaan calon selesai disemak dan beliau berpuas hati serta tiada calon yang ditolak kertas penamaan calon.

Berdasarkan rekod SPR, Wangsa Maju mempunyai pengundi berdaftar seramai 120,292 orang.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November ini sebagai Hari Pengundian PRU-15, selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dengan tarikh pengundian awal pada 15 November. – HARAKAHDAILY 05/11/2022


2. AS tawarkan ganjaran RM24 juta maklumat tentang warga Singapura

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM24 juta) untuk maklumat mengenai seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Singapura yang telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman kerana membantu dalam penghantaran bahan api ke Korea Utara.

Lelaki dikenali sebagai Kwek Kee Seng, yang memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, didakwa tahun lepas kerana mengatur penghantaran bahan api berkenaan yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor AP.

Pendakwa menuduh Kwek menggunakan dokumentasi palsu untuk menyembunyikan tindakannya itu sehingga membolehkan syarikatnya membolehkan program proliferasi nuklear Korea Utara.

“Terdahulu, kerajaan AS merampas sebuah kapal tangki, M/T Courageous yang digunakan untuk penghantaran bahan api, seberat 2,734 tan. 

“Satu rakaman pada imej satelit menunjukkan kapal itu memindahkan minyak bernilai lebih AS$1.5 juta ke kapal dengan bendera Korea Utara,” kata pendakwa raya.

Kwek, 62, sehingga hari ini masih bebas walaupun waran telah dikeluarkan untuk penahanannya.

Kenyataan daripada Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara AS berkata, lokasi sebenar Kwej tidak diketahui, namun lelaki itu pernah dikesan berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon dan negara kecil Caribbean iaitu Saint Kitts dan Nevis.

Sehubungan itu, Jabatan Negara AS pada Khamis (3 Nov) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa  ia menawarkan sehingga AS$5 juta melalui program Ganjaran untuk Keadilan untuk maklimay mengenai Kwek. 

Pengumuman tersebut dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan Korea Utara, yang pada Khamis melepaskan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu ke laut, termasuk peluru berpandu balistik antara benua yang mencetuskan amaran pemindahan dan menghentikan kereta api di utara Jepun.

Pentadbiran Biden berkata sebagai tindak balas kepada pelancaran itu bahawa ia bersedia untuk mengambil ‘semua langkah yang perlu’ bagi memastikan keselamatan AS  serta Korea Selatan dan Jepun.

Sebelum ini, AS memberi amaran tentang ‘kos dan akibat tambahan’ yang tidak ditentukan jika Korea Utara melancarkan  peranti ujian nuklear yang buat kali pertama dilakukannya sejak September 2017. – HARAKAHDAILY 4/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PRU15 Nuridah tanding di Wangsa Maju. & Wanted by the FBI.

Wanted by the FBI, dituduh oleh Jabatan Kehakiman AS kerana membantu dalam penghantaran bahan api ke Korea Utara.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails