Monday, November 07, 2022

Perubahan hampiri Perlis, walau Shahidan, belum PAS.

 


1. Arus perubahan politik menghampiri Perlis

KANGAR: Angin perubahan semakin jelas di Perlis dengan kehadiran tokoh disegani bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi membentuk gelombang perubahan.

Kehadiran bekas Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim bersama PN ternyata memberi suntikan semangat baharu.

Manakala bekas ahli Parlimen Padang Besar Dato’ Zahidi Zainal Abidin pula bertanding atas tiket Bebas. Ia tentunya akan memecahkan undi Barisan Nasional (BN).

Perlis antara tiga negeri di Semenanjung membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain Pahang dan Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Parlimen Arau dan Padang Besar antara yang menjadi tumpuan media pada PRU15 kali ini termasuk Parlimen Kangar.

Tiga DUN menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu DUN Titi Tinggi, Bintong dan Simpang Empat.

Penyandang kerusi DUN Titi Tinggi Zahidi Zainal bertanding tiket Bebas selepas namanya tidak dicalonkan. Beliau menentang Izizam Ibrahim dari PN, Khaw Hock Kong (Warisan), Teh Seng Chuan dari Pakatan Harapan (PH), Shahril (Pejuang) dan Teh Chai Aan (BN).

Manakala di DUN Bintong pula, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man yang juga penyandang kerusi akan bertembung dengan Fakhrul Anwar Ismail dari PN, Shazwan Suban (Pejuang), Azhari (PH), Dato’ Hashim Suboh (Bebas) dan Mohd Khair Mohd Noor (Warisan).

Di DUN Simpang Empat pula penyandang kerusi, Nurulhisham Yaakob dari BN ditentang Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Izhar Sudin (Pejuang), Dr Hakim Saad (Warisan) dan Ammar Hassan (Bebas).

Pertembungan lima penjuru di DUN Kuala Perlis menyaksikan penyandang Azam Karap dari PH ditentang Abu Bakar Hamzah (PN), Muhammad Hairi Noordin (Warisan), Kamarudin Malek (BN) dan Azahar Ahmad (Bebas).

Lapan DUN lagi bakal berentap empat penjuru iaitu DUN Beseri, Sena, Indera Kayangan, Kayang, Pauh, Tambung Tulang, Guar Sanji dan Sanglang.

Baki daripada 15 DUN di Perlis menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu di Chuping, Mata Ayer dan Santan.

Secara keseluruhannya, PRU kali ini dijangka bakal membawa perubahan besar dalam politik Perlis. Adakah ia bakal jatuh ke tangan PN atau BN terus mempertahankan negeri terkecil di Malaysia. – HARAKAHDILY 7/11/2022


2. PRU15: Shahidan, Ismail belum jadi ahli Pas - Takiyuddin 

Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional, Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), belum menjadi ahli Pas biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), belum menjadi ahli Pas biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, undang-undang pilihan raya tidak menetapkan calon yang bertanding perlu menjadi ahli sesebuah parti.

"Kita telah mengizinkan kepada calon yang bukan ahli Pas seperti di Parlimen Arau (Shahidan) untuk bertanding. Kita juga mengeluarkan watikah untuk menggunakan logo PN di atas kuota Pas, begitu juga Parlimen Maran (Ismail) untuk bertanding atas tiket kita.

"Setakat ini mereka belum menjadi ahli Pas dan undang-undang PRU tidak semestinya menjadi ahli. Dalam konteks ini, Pas membenarkan calon menggunakan logo Pas sebagai memenuhi syarat untuk diterima pencalonan," katanya pada sidang media PN Kelantan di sini hari ini.
Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu berkata, keahlian penyandang kerusi Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan penyandang kerusi Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Naw, gugur secara automatik kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
Beliau berkata, perkara tersebut termaktub dalam Fasal 15 (1c) Perlembagaan Pas iaitu mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti lain.
"Jadi mana-mana ahli Pas yang melakukan tindakan sedemikian telah dianggap telah terhenti menjadi ahli Pas dan tidak perlu dipecat lagi. Kita hanya perlu memaklumkan kepadanya sahaja," katanya. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arus perubahan hampiri Perlis, walau Shahidan, belum jadi ahli PAS.
Maka semakin jelas nampaknya negeri-negeri yang akan dikuasai PN/PAS termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang.
Insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

BN Zahid X cadang Ismail Sabri PM? Manifesto PN & Integriti.

 


1. Silap-silap Ismail Sabri kena 'kencing', kata Shahidan

Tampil sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Shahidan Kassim menyatakan rasa khuatir terhadap nasib yang mungkin dihadapi perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, BN yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi mencanangkan nama Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum kali ini.

"Ya saya pun tak faham, sepatutnya calon bakal perdana menteri BN adalah Ismail Sabri, tapi nampak mereka macam diamkan saja. Saya rasa Ismail Sabri kena berhati-hati di jalan raya, silap-silap kena kencing (tipu) di tengah jalan.

"Puak ini kalau dia boleh khianat parti, dia juga boleh kencing calon perdana menteri. Tengok diam saja, sepatutnya momok-momokkan calon perdana menteri, poster boy. Tapi diam saja.

"Sedangkan parti-parti lain dah ketengahkan calon bakal perdana menteri. PN tampilkan Muhyiddin Yassin, PH pula Anwar Ibrahim. Yang depa (BN) apa pun takda lagi, kasihan dengan Ismail Sabri," katanya ketika ditemui dalam program Jalan Kaki Bersama Rakyat sempena kempennya di Arau, hari ini.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian ketika ditanya sejauh mana dia melihat BN mengangkat Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri.

Terdahulu Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau tidak dicalonkan semula oleh BN dan dia bertindak menyertai PN sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu.

Sementara itu Shahidan berkata walaupun usaha penyatuan ummah antara Umno, Bersatu dan PAS tidak berjaya - dia nekad akan memulakan usaha itu di Arau.

"Insya-Allah kita akan mulakan gerakan penyatuan ummah ini di Arau. Orang Umno, PAS dan Bersatu insya-Allah akan menyokong saya.

"Kedudukan ini akan menampakkan bahawa jumlah (undi) yang kita dapat nanti akan membuktikan rakyat mahukan perpaduan ummah," katanya.


2. Manifesto PN ambil kira kejayaan negeri diterajui PAS

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) menawarkan manifesto kepada rakyat yang bertemakan Bersih dan Stabil (BEST) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pelancaran manifesto tersebut dengan mengambil kira kemampuan kerajaan negeri yang ditadbir PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang pernah terpalit dengan skandal sepanjang pemerintahan mereka sebelum ini.

“Saya sebut ringkas tema kita BEST, kita buktikan kerajaan kita bersih tiada salah laku tidak terlibat rasuah termasuk ketika PN memerintah negara sebelum ini.

“Kes dibawa ke mahkamah itu itu kes berlaku masa BN, tetapi apa yang berlaku di mana PN bawa ke mahkamah tetapi masa kerajaan PH ada pemimpin PH terlibat dengan rasuah berhenti tengah jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Jumpa Mata Orang Ketereh di Pasar Peringat di sini hari ini.

Turut hadir calon Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor; Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato Sr Azami Mohd Noor dan Setiausaha PAS Ketereh Asri Yunus.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, laporan sebuah portal media yang melaporkan calon PN Parlimen Ketereh yang menyatakan sebagai calon ‘daripada Allah SWT’ dan bukannya calon bidang terjun.

Beliau menempelak laporan berita tersebut seolah-olah meragui sejauh mana tahap kepercayaan orang Islam terhadap Tuhannya, yang merupakan sebahagian elemen dalam Rukun Islam yang tidak sewajarnya dipertikaikan.

“Saya nak sebut satu isu yang menarik saya portal terbabit melaporkan Dato’ Khlir kata dia calon dari Allah, memanglah kita dalam Islam percaya Allah Taala letak kita di mana-mana itu orang Islam.

“Dia tak tahu ke portal terbabit percaya Allah ke tidak, sebut berita tu Malaysiakini percaya kepada Allah ke..” soal beliau. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

3. Integriti: Standard BN, PH lebih rendah daripada PN 

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mungkin mempunyai standard atau benchmark (tanda aras) yang lebih rendah daripada Perikatan Nasional dalam isu integriti.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dinilai melalui pencalonan individu yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah.

“Orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Tetapi tidak mengapalah. Itu masalah mereka, bukan masalah kita.

“Saya yakin rakyat tahu menilai siapa yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan terselamat daripada cengkaman kleptokrat,” katanya.

Menurut calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Pagoh itu, PERIKATAN NASIONAL memandang berat isu integriti.

Disebabkan itu katanya, semua calon PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja membuat akujanji anti rasuah, tetapi mereka juga menjalani tapisan yang ketat.

“Jika mereka didapati ada kes jenayah, sedang disiasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas kesalahan rasuah, mereka tidak dibenarkan bertanding.

“Ini standard atau benchmark yang ditetapkan oleh PERIKATAN NASIONAL,” katanya.

Calon Perdana Menteri PERIKATAN NASIONAL itu turut memberi komitmen untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah.

Katanya, PERIKATAN NASIONAL akan terus mempertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas bagi tiga cabang kuasa negara iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif.

“Kita juga akan melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

“Sebagai menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, sistem perundangan dan kehakiman syariah akan turut diperkasakan.

Justeru katanya, jika PERIKATAN NASIONAL diberi mandat oleh rakyat pada 19 November ini, PERIKATAN NASIONAL akan terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional.

Selain itu, mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah dan menggubal akta atau peraturan berkaitan pendanaan politik bagi memperkasakan usaha memerangi rasuah di negara ini, katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN Zahid X cadang Ismail Sabri PM? Manifesto PN & Integriti.

Mungkinkah Ismail Sabri PM sementara ditipu UMNO/BN Zahid?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Selagi pemimpin bodoh jadi hamba George Sorok..


Komen Rakyat dalam blog ini..

7 comments:

1 Anonymous said...

Indonesia jadi rebutan anggota BRICS dan G8..!? Kenapa Indonesia tetapi bukan Malaysia..!?

Selagi pemimpin bodoh jadi hamba George Sorok seperti Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Lim Guan Eng ekonomi Malaysia nilai ringgit akan terus menjunam.

https://youtu.be/KG9W6-h45_8

Memacu Pemulihan Ekonomi Global. Malaysia wajib sertai Pakatan BRICS.

IMF vs BRICS selepas Covit19 : Iran dan Argentina anggota baru BRICS. Malaysia bila lagi..!?

G7 negara maju kenapa Indonesia diundang ke G7..!?

https://youtu.be/hrb0rvOo6cc

Maju kah G7 ini..!? Pada para barua2 Melayu DAP@LeeKwanYew PKR, GTA, COMANGO, Pluralist Murtad, PAN dan PejWang yg kagum doonia barat G7 ini bingkisan dari USA.. Hidop USA, Long Live G7.!! Hidop Barua..!! hahh saksikan

https://youtu.be/3nvTgSW2L8Q

DoJ,WSJ, Reuter, CNN Bloomberg adalah akhbar yg sllu dipetik oleh barua mereka disini utk jadi batu api melaga2kan pemimpin Malaysia..!

Kehidupan rakyat Ketua nagara G7 yang hebat iaitu USA.. pada barua kalian saksikan link ini..!!

https://youtu.be/Sz9E6jcxpwA

The Straits Times melapur bahawa syarikat minyak milik Indonesia, Pertamina dan syarikat minyak Russia, Rosneft akan meneruskan projek membina kilang 16 bilion penapisan minyak di wilayah Jawa Timur.

“Bagi kilang menghasilkan bahan api dan bahan mentah untuk industri petrokimia ini, pihak Russia sudah berunding untuk mendapatkan pelepasan cukai.

Ucapkan Selamat tinggal Dollar America. Lupakan dan pedulikan Singapura Bila US Dollar jadi kertas tisu USA bangkrupt dalam masa 24 jam dan sekutu nya di Asia Tenggara iaitu Singapura pun akan turut jatuh...!

Bank Pembangunan Baru (AIIB) ditubuhkan pada 2015 dengan modal permulaan $50 bilion oleh negara BRICS -- Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan - sebagai pengimbang kepada Tabung Kewangan Antarabangsa. (IMF)

BRICS dan Projek Wang Digital: Alternatif kepada US Dollar, Gelombang Baharu dalam Sistem Pembayaran Antarabangsa? BRICS New Development Bank memberi tumpuan kepada mata wang di luar Dolar AS sebagai mata wang utama. Tiada lagi US Dollar..!!

Rusia mula membangunkan sistem pembayaran nasional sebagai alternatif kepada perkhidmatan pemesejan kod kewangan SWIFT yang berpangkalan di Belgium pada 2014 selepas sekatan Barat dikenakan ke atas Moscow.

https://youtu.be/_0qpBgq6_ak

BRICS use New Monotary System Finance

Sidang kemuncak BRICS di China mungkin merupakan sidang kemuncak G-8 yang terakhir seumpamanya. Anda tidak akan pernah meneka (berkat keangkuhan yang berpanjangan dan keegoan Barat), tetapi China juga menjadi tuan rumah kepada ketua-ketua kerajaan negara-negara membangun yang dikenali sebagai BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China).

Peralihan imbangan kuasa, kepentingan ekonomi dan strategi geopolitik menjadikan ini penting.

https://youtu.be/k9eS3Xx8qic

No more USD to BRICS. Hanya Najib sudah memulakan langkah bila mengambil inisiatif dengan AIIB dalam urusan pelaburan Malaysia bersama anggota BRICS.

2 Anonymous said...

PeeHancheng bawak masuk secara haram abu bangkai chinpeng komunis ke Tanah Melayu adalah suatu isyarat pengkhianatan yang lebih besar bakal dibuat oleh gerombolan maoist komunis yang berleluasa di Tanah Melayu.
Undi Peehancheng beerti mengundi komunis dan pengganas tamil..
Awas Bangsa Melayu...
tanah airmu sedang dijajah..
lihatlah apa jua yang ada di lembah kelang cuma yang ada bagimu cuma tapak sewaan sekangkangkera pasar malam, segala bagunan yg tinggi itu bukan milikmu... itulah hasil pentadbiran ameno selama jenayah penipuan konon merdeka yg mereka laungkan..
kamu merempat di Tanah Pusaka moyang mu kerana ameno yg besengkokol dengan penjajah dan kuli penjajah.
ingatlah.. 60% hasil petroleum adalah dibumi Terengganu, lebih tepat lagi di "Mudik Marang" iaitu satu negeri bagian dibawah Negeri Terengganu.
Sebelum hasil petroleum terengganu diganyang dan hasinya dibawa ke lembah kelang, kuala lumpur cumalah bandar biasa sahaja, maka lihatlah hari ini dimana Bangsa Terengganu hidup seala kadar dengan peruntukan dana disakat kunun kerajaan pusat aka ameno, bangsa lain hidup mewah mengaut kekayaan bumi melayu.
ingat jugalah wahai pribumi sabah dan sarawak, ... jangan kamu sekelain tunduk dengan kluster penyangak,,
berjuang dan terus berjuang ...
jika perlu hidupkan kembali perjuangan kemerdekaan sejati yang telah dilakukan oleh para pejuang bangsa sepanjang zaman sejak mula dijajah yg di zaman melaka.
Perjuangan Kemerdekaan Belum Berakhir.

Anonymous said...

Dlm tiga tiga pakatan ada cina komunis. Dlm pee hancing ada komunis dapig. Dlm bn ada komunis mca. Dlm pn ada komunis gerakan. Mereka nampak macam berlainan haluan. Tapi bila terkait dengan Islam, mereka bersatu.

Kerana itu di tempat kerusi majoriti melayu, x perlu kompromi beri kepada bukan melayu.

Ada racun yg akan dibubuh dalam pakatan. Sebagaimana komunis dapig bubuh racun dlm pas ketika pakatan rakyat.

4 Anonymous said...

Jom pilih parti yg tidak tolerate dgn rasuah.
Tolak parti yg ramai kluster mahkamah.
Tolak parti yg materialisme.
Tolak parti yg liberal.
Tolak parti yg bawa faham komunis.

JOM TOLAK RASUAH DAN TIDAK GADAI AQIDAH.

5 Anonymous said...

Salut kepada Sahidan yg sudi menentang klepto & maoist,
salut juga pada Kazim yg tak mahu jadi "wali" yg diangkat wak pornorogo dimana para wali pilihan wak pornorogo disyaratkan tunduk patuh konon pada parti akan tetapi parti yg dimaksukan adalah tidak lain dan tidak bukan adalah wak pornorogo yg merupakan "wali gedhe" atau wali agung atau bergelar pendeta agung mangkubumi solapan khazanahnegara.

6 Anonymous said...

PAS dan BERSATU ni parti yg betul2 bergantung kpd kelebihan pemimpin umno ke?

7 Anonymous said...

Tinggal yg korup dlm umno. Jom kita clearkan rasuah. Pilih pn

Sunday, November 06, 2022

Di sini pangkalan DAP tawan M'sia? PN, BN, PH, tempur..

 


1. Perak jadi ‘pangkalan kuasa’ DAP tawan Malaysia?

PERAK akan menjadi medan tempur paling penting dan genting kepada parti-parti atau gabungan politik yang bertanding pada PRU15 ini. Malah, keputusan PRU15 dilihat bakal menjadi faktor pencetus kepada banyak gerakan atau langkah politik oleh pelbagai pihak selepas daripada itu.

Terutama bagi kerusi DUN yang menjadi penentu kepada peneraju pemerintah Kerajaan Negeri Perak. Sama ada penyandang ketika ini iaitu Barisan Nasional (BN) kekal di takhta, atau buat sekian kalinya pengundi menolak keluar gabungan itu dari Bangunan Darul Ridzuan.

Atau pakatan PKR, DAP dan PAN walaupun tanpa BERSATU diberikan semula ‘harapan’ untuk kembali mengambil alih sebagaimana mereka pada PRU14. Tidak mustahil pula buat julung kali, koalisi PERIKATAN NASIONAL (PN) menjadi pilihan disandarkan mandat kepimpinan.

Menariknya, BN yang diketuai Umno, walaupun mempunyai reputasi cukup lama memerintah Perak, namun sudahpun tersungkur oleh gelombang penolakan rakyat pada tahun 2008. Malah, selepas ‘diterima semula’ pada PRU13, tetapi kembali tewas kecundang lima tahun selepas itu.

Bagi PRU kali ini, untuk Umno-BN menang majoriti kerusi DUN, sememangnya dilihat sangat mustahil setelah baki sokongan yang ada dikhianati oleh kepentingan politik tertentu. Ramai kecewa sikap dolak-dalih Umno-BN terhadap agenda Perpaduan Ummah dan penyatuan rakyat.

Sedangkan desas-desus mengenai wujudnya hubungan sulit pemimpin tertinggi parti itu merancang percaturan rahsia sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Walaupun dinafikan ia sebagai dakwaan, spekulasi, tuduhan dan fitnah, namun semakin menyerlahkan tanda-tandanya.

Pelbagai pihak mungkin tidak peduli jika perkara itu cuma melibatkan hubungan dua individu yang sudah masyhur dikenali masalah skandal dan korupsi mereka. Tetapi isunya ia akan mengheret rakyat dan negara turut dijebak ke kancah dicipta bagi memenuhi nafsu serakah ‘cikgu dan murid’ ini.

Dari cuma retorik janji dan tawaran palsu serta cakap menipu berdegar-degar, mereka kemudiannya mengubah rencana. Omongan ‘memiliki nombor dan meyakinkan’ hilang begitu sahaja, tiba-tiba muncul pula agenda politik sulit yang disebut sebagai ‘Jajaran Baharu’.

Anehnya yang ‘bertindak segera’ itu adalah Umno apabila tidak semena-mena ‘menjatuhkan’ kerajaan mereka ketuai sendiri di Melaka dan Johor di kala pandemik COVID-19 masih menular. Di Perak, ia tidak berhasil, tetapi sekadar dapat menukar Menteri Besar yang dikatakan tercapai dengan ‘bantuan belakang’ dari PH.

Hasilnya, ADUN PH di Perak menerima peruntukan kerajaan yang dilihat adalah ‘timbal balas jasa’ kerana menjayakan gerak catur itu. Malang dari plot politik curang ini bermakna individu pemimpin tertentu dalam Umno telah menggadai ketentuan parti itu untuk ‘campur tangan’ PH secara rahsia.

Komplot di sebalik tabir

Langkah itu jelas satu keterlanjuran atau kesilapan politik bagi pemimpin dan ahli-ahli Umno yang lain. Tetapi sebaliknya pula bagi ketua dalang yang berkepentingan diri dan mencari kedudukan. Tanpa maruah dan integriti, tindakan persundalan itu bukan satu masalah kepadanya.

Umno ketika itu punyai pilihan sangat baik iaitu membawa parti kembali ke pangkal jalan dengan bersama kekuatan agama dan bangsa. Yakni kekal teguh di bawah payung Muafakat Nasional dan bersama Kerajaan PN. Namun, pemimpin haloba dan rakus memilih langkah bertentangan.

Persekongkolan di Perak dan kemelut politik negara ketika itu lebih pantas disambar PH yang didominasi DAP hingga mencetuskan rancangan ‘Khemah Besar’. Ahli-ahli Parlimen Umno yang ditekan dengan pelbagai cara juga akhirnya terpaksa mengalah dengan pelan pertukaran Perdana Menteri.

Pemimpin Umno yang terbabit komplot jahat ini mungkin menyedari bahawa BN mustahil untuk mendapat majoriti di Perak pada PRU15 ini. Tetapi memperalatkan calon-calon serta seluruh ahli Umno untuk terpaksa bersama PH adalah desakan bacul dan sangat melampau.

Namun, ‘takdir’ ke depan mesti segera diangan-angankan sebagai lakaran mencipta jaminan untuk mudarat yang terbeban ke atas diri-diri yang terbabit dapat dihapuskan. Bagi pemimpin berkenaan, itu lebih baik daripada bersama PN yang dianggotai PAS, BERSATU dan GERAKAN.

Maka PRU15 walaupun melibatkan pertandingan tiga penjuru, tetapi hakikatnya adalah pertembungan dua pihak. Kerana BN sedang disusun untuk ‘kahwin paksa’ dengan PH bagi memperolehi majoriti membentuk kerajaan PH-BN pasca-PRU15, di mana Perak sebagai faktor utama.

Perak adalah negeri yang unik di mana pada sudut geografi ia bersempadan negeri dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor, selain bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand. Pergerakan dari manapun arah dalam Semenanjung, wajib melintasi negeri itu.

Begitu juga dari sudut sejarah yang mengabadikan begitu banyak peristiwa penting dan tokoh pelbagai kaum dan bangsa. Baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli termasuk penjajah British dan pengganas Komunis. Baik kejayaan perjuangan mahupun tragedi pertumpahan darah.

Untuk PRU15, Perak nampaknya menjadi pertembungan amat kritikal yang akan menentukan atau mempengaruhi senario politik negara. Ini dapat dilihat dari iltizam disasarkan PAS untuk menjadikan Perlis, Perak dan Pahang sebagai negeri seterusnya untuk diperintah setelah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Manakala DAP amat perlukan Perak sebagai nafas baharu untuk bangkit semula dan melonjakkan pencapaiannya. Ia setelah kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan siri penolakan dialami parti Cauvinis itu pada beberapa PRK dan lebih buruk pada PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Imbasan rekod DAP

Pada PRU14 tahun 2018 dahulu di negeri Sabah, DAP memenangi 6 daripada 60 kerusi DUN. Tetapi pada PRN16 Sabah tahun 2020, DAP tidak berani menggunakan lambang sendiri, sebaliknya menyusup di sebalik logo WARISAN. Mereka kekal menang 6 daripada 7 kerusi ditandingi ketika DUN Sabah telah bertambah kepada 73 kerusi.

Namun setelah itu DAP menerima tamparan apabila dua ADUN dan seorang bekas Senatornya keluar parti. Mereka menyifatkan perjuangan dan perkhidmatan untuk Sabah tidak dapat tercapai melalui DAP. Mereka menyatakan hilang kepercayaan kepada DAP dan mengakui wujud perbalahan dalaman yang teruk.

Malah terdahulu sebelum itu, DAP menarik diri daripada menyertai Agenda Reformasi Sabah (SRA) yang merupakan memorandum persefahaman (MoU) dicadangkan PH Sabah dengan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ini menunjukkan sikap penting diri parti itu bukan berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah.

Di Bumi Kenyalang, DAP daripada menang 12 kerusi DUN pada PRN10, tetapi kehilangan 5 kerusi pada PRN11 lima tahun kemudiannya, apabila cuma menang 7 kerusi. Dan semakin merosot pada PRN12 tahun 2021 apabila hilang 5 kerusi lagi tinggal 2 kerusi sahaja daripada keseluruhan 82 kerusi DUN Sarawak.

Walaupun DAP rakus memainkan sentimen perkauman dan agama untuk mengikat pengundi sasaran, terutama dalam kalangan bangsa Cina dan Iban, ternyata mereka ditolak. Sikap radikal DAP serta rekod buruk 22 bulan Kerajaan PH menjejaskan kestabilan negara dan keharmonian rakyat telah ditunjuk ‘jalan keluar’ oleh warga Sarawak.

Bermakna, penduduk Borneo Sabah dan Sarawak termasuk kaum Cina dan bukan-Islam yang cuba dijadikan deposit PH untuk ‘Malaysia Baru’ jelas menolak mereka hingga ada disekat masuk ke sana. Dengan solidariti kuat rakyat Sabah dan Sarawak kepada negeri mereka, agenda politik DAP dilihat sukar untuk berkembang di sana.

Di Melaka PRU14 lalu, DAP bertanding 8 kerusi DUN dan menang semuanya dari keseluruhan 15 ditawan pakatan itu. Dalam PRN15 Melaka tahun 2021, DAP yang bertanding 8 kerusi terpaksa mengaku gagal setelah hanya mempertahankan 4 dari 5 kerusi dimenangi PH.

Begitu juga di Johor, DAP menawan 14 kerusi dari 36 kerusi DUN dimenangi pakatan bersama PKR, BERSATU dan PAN itu. Namun pada PRN15 Johor pada Mac 2022 baru-baru ini, DAP hanya menang 10 daripada 14 kerusi ditandingi. PRN15 Johor ini DAP bersama PAN menang 11 DUN, sedang rakan pakatan iaitu PKR dan MUDA bertanding asing dan masing-masing menang satu DUN.

Untuk rekod, dalam PRU14, DAP bermuslihat dengan berselindung di sebalik penggunaan satu lambang PH yang memakai logo bulan sabit PKR. Manakala 12 siri PRK pasca-PRU14 yang menyaksikan DAP menang 2 kerusi, serta PRN15 Melaka dan Johor, parti roket itu menggunakan lambang PH.

DAP mesti terus ditolak

Protes dan peralihan sokongan kaum Melayu-Islam terhadap PH yang didominasi DAP sudah ketara dari Himpunan Membantah ICERD dan Statut Rom dahulu. Data lebih ketara dibuktikan pada keputusan PRK dan PRN diadakan, di mana turut menunjukkan kaum bukan-Islam juga telah meninggalkan PH-DAP.

Oleh itu, DAP sebenarnya berada dalam keadaan cukup terdesak dan merasa terancam oleh kemungkinan penolakan tersebut akan terus menjalar di Negeri Sembilan dan Selangor. Dua negeri ini berisiko jatuh pada PRN yang akan berlangsung selewat-lewatnya Julai 2023 nanti.

Maka PRU15 sedang berlangsung ketika ini teramat penting untuk DAP menang di Perak. Perak mesti menjadi ‘pangkalan kuasa’ untuk DAP melonjakkan kembali motivasi dan bangkit semula dalam politik Malaysia, sekali gus merealisasikan ‘Koridor PH’ melibatkan sama Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. 

Muslihat DAP untuk berjaya kali ini adalah dengan pemalsuan dan penyamaran di mana roket bukan sahaja terus berselindung sebalik lambang PH. Tetapi menampilkan ramai calon-calon Melayu yang dibonekakan menjadi alat dan khadam yang boleh dicucuk hidung supaya tunduk ikut telunjuk mereka.

Kerana itulah ketika sama berlaku perubahan drastik apabila Presiden PKR turut bertukar kerusi lagi dengan memilih bertanding di Parlimen Tambun pula untuk PRU15 ini. Mereka sedaya-upaya mencipta pengaruh dari retorik, imej dan janji-janji serta manifesto manis ditawarkan untuk memancing undi.

Demikian itu rakyat yang sedar akan komplot belakang, sulit dan penuh tipu daya mesti bertegas untuk tidak leka meletakkan kemungkinan dan risiko ini. Jalan selamat adalah tidak memberi undi kepada mana-mana calon PH. Juga BN yang masih ada kekeruhan perlu dijernihkan terlebih dahulu.

Rakyat selaku pengundilah benteng penyelamat agar negeri Perak tidak ‘ditunggangi’ oleh para politikus yang sedang berusaha mencengkam landskap politik dan pemerintahan tadbir urus negara. Pilihlah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah terbukti Prihatin serta Bersih dan Stabil (BEST).

IZWAN ABDUL HALIM | izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 6/11/2022


2. Hanya PN, BN dan PH di P.055, N.03 dan N.04 Perak 

LENGGONG: Ketiga-tiga calon PERIKATAN NASIONAL (PN) P.055 Lenggong dan N.03 Kenering serta N.04 Kota Tampan masing-masing akan menentang dua calon, iaitu dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman yang bertanding kerusi P.055 akan berdepan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga penyandang, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

PH pula mempertaruhkan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang juga Pengarah Drama Bersiri, Tok Guru, Datuk Jurey Mohd Rosli untuk kerusi Parlimen berkenaan.

Manakala di DUN Kenering menyaksikan Ketua Ulamak PAS Lenggong, Ustaz Mohamad Husairi Ariffin akan berhadapan muka baru dari BN, Rohaida Mohamad Yaakub dan Mohammad Jami’an Zulkifli dari PH.

Menarik di kerusi N.04 yang disandang Datuk Saarani Mohamad dari BN di mana Menteri Besar Perak ini akan dicabar Naib Yang Dipertua PAS Lenggong, Mohd Jamil Yahya dan Mohd Sabri Abdul Manas mewakili PH.

Ketiga-tiga calon PN telah menghantar serentak borang pencalonan mereka pada proses penamaan calon sebelum diumumkan pengesahan bertanding oleh Pengurus Pilihan Raya, Mohd Amzari Mohd Arzami di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, di sini.

Terdahulu, lebih 500 termasuk kira-kira 200 pemuda bermotosikal mengiringi tiga calon PN ke pusat penamaan calon yang diarak dengan gema salawat dan laungan takbir dari Padang Bunga Raya, di sini.

Kehadiran para penyokong seawal jam 7.15 dimulai dengan sarapan pagi yang disediakan pimpinan sebelum solat Hajat, munajat dan doa yang dipimpin Timbalan Yang Dipertua PAS Lenggong, Ustaz Mohd Hanafiah Idris. – HARAKAHDAILY 5/11/2022 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di sini pangkalan DAP tawan M'sia? PN, BN, PH, tempur..

Siap tempur, Allahu akbar!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails