Monday, November 14, 2022

Tempias banjir, ingat tolak BN/UMNO. Presiden PAS PM?

 

TInjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh, mendapati beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

1. Mangsa banjir di Pasir Mas meningkat, 1,775

RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas bertambah kepada 1,775 mangsa membabitkan 586 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas, Azizan Aziz, berkata lapan PPS itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh yang membabitkan 670 mangsa, SK Kubang Kual (164 mangsa), Putat Tujuh (145 mangsa), SK Sri Kiambang (224 mangsa) dan Masjid Mukim Padang Licin, menempatkan 74 mangsa.

Katanya, tiga PPS baru dibuka petang semalam iaitu di SK Gual Periok yang membabitkan 388 mangsa, SK Gual Sitok, 85 mangsa dan SK Kedai Tanjong dengan 25 mangsa.

"Alhamdulillah, hasil kesiapsiagaan pihak kami sebelum tibanya monsun timur laut, membolehkan setiap urusan dijalankan dnegan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azizan berkata, pihaknya dalam usaha memberikan yang terbaik untuk menyediakan tempat serta makanan dan pada masa sama, meminta kerjasama dengan semua mangsa yang berpindah agar semuanya berjalan lancar.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa, berkata paras Sungai Golok menunjukkan penurunan berbanding semalam, tetapi masih melebihi tahap bahaya.  

Tinjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh ditutup akibat banjir sejak tiga hari lalu. Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

"Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan.

"Pihak kami sendiri giat menjalankan operasi pemindahan mangsa semalam, selain membuat pemantauan bagi penduduk yang mahu berpindah sendiri ke PPS terdekat," katanya.  

Tinjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh ditutup akibat banjir sejak tiga hari lalu. Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

...

.......

BERITA BERKAITAN


2. Kit Siang tiba-tiba kata Presiden PAS tidak sesuai jadi PM 

VETERAN DAP, Lim Kit Siang menjadi pemimpin terbaharu DAP yang nampaknya kepanasan terpaksa keluar dari ‘gua pertapaan’ mereka sejak kempen PRU15 berlangsung. Beliau yang telah mengumumkan persaraannya sebelum ini menyusul Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang tiba-tiba muncul semalam setelah pimpinan utama parti itu dilihat mendiamkan diri sejak seminggu lalu.

Kit Siang mensasarkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikatakannya tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri tanpa mengira jumlah kerusi dimenangi PAS pada 19 November nanti. Tidak pasti dari sumber mana yang dirujuk beliau bahawa calon PERIKATAN NASIONAL P.037 Marang ada menyebut atau dinamakan ke jawatan itu.

Namun jelas bersuluh, DAP tidak dapat tidur lena dan sedang dibayangi ketakutan melampau hingga bertanggapan sedemikian. Mungkin kerana hajat dan percaturan sedang digerakkan DAP untuk menabalkan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah berada di jalan buntu. Tambahan pula terdapat analisis dan ramalan bahawa Anwar bakal kecundang di P.063 Tambun itu.

Mungkin juga trauma lama DAP masih belum hilang dari usaha kegagalan mereka memperalat individu-individu dalam PAS dahulu. Kecundangnya komplot mengambil alih teraju kepimpinan PAS cukup berkudis luka buat DAP. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), G18, Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PAN menunggu masa ‘ditelan’ zaman.

Ia tidak sebagaimana mereka berjaya memperkuda dan membuat tokoh serta parti politik lain tunduk patuh mengikut serta melaksanakan kehendak nafsu parti Cauvinis itu. Sebaliknya PAS, terpaksa juga mereka ceraikan serta menjauhi lalu memujuk diri dengan melemparkan pelbagai cemuhan dan nista kepada PAS. Malah, PAS semakin melangkah gagah hari demi hari dalam arena politik negara.

Kerana itu Tuan Guru Abdul Hadi menjadi sasaran utama DAP kerana langkah padu beliau yang sukar diperlahankan mahupun dipesongkan. Hinggakan Kit Siang yang dikenali sejarah radikalnya itu terpaksa ‘bersuara negarawan’. Tegasnya, pemimpin perlulah daripada kalangan individu yang boleh menjadi teladan kepada rakyat dan tidak hanya melempar pelbagai tohmahan dan fitnah kepada pihak lawan.

“Seorang Perdana Menteri Malaysia perlulah seorang berpegang kepada janjinya dan boleh menjadi teladan dan integriti serta kejujuran. Dia tidak boleh menyebarkan penipuan dan fitnah sewenang-wenang­nya. Hadi menuduh DAP sebagai anti-Melayu, Islam, dan Raja.

“Adakah dia mempunyai apa-apa bukti?” soal Kit Siang dilapor sebuah portal berita dan turut menyuarakan kesal kerana mendakwa Abdul Hadi menuduh para pemimpin DAP sebagai komunis serta tidak percaya tuhan, selain menyatakan PAS bekerjasama dengan mereka yang terlibat rasuah.

Hipokrit dan retorik Kit Siang nampaknya berulang-ulang di mana seringkali berbicara tanpa bercermin diri sendiri dan partinya. Apa teladan dan integriti serta kejujuran yang dimiliki Kit Siang dan partinya DAP termasuk parti-parti rakan sekutu DAP? Rabun atau butakah beliau terhadap banyak skandal rasuah, salahlaku dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Pakatan Harapan (PH)? 

Sejak bila DAP dan PH suci bersih dari penipuan dan fitnah yang menjadi modal dalam semua agenda dan muslihat politik para pemimpin kalian. Begitu juga gugatan dan ancaman DAP dan PH kepada kepentingan Melayu, Islam dan Raja. Kit Siang fikir rakyat Malaysia lupa sebagaimana dia lupa? Apakah anda masih ingat bahawa PH pernah menjadi Kerajaan Persekutuan antara Mei 2018 hingga Februari 2020?

Nampaknya ‘kehilangan’ kuasa pemerintahan yang berlaku ke atas koalisi PH seiring dengan hilang ingatan dialami anda! Jika tidakpun, Kit Siang patut ingat bahawa DAP dan rakan sekutunya masih memegang teraju kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan. Secara khusus di Pulau Pinang memperlihatkan aspek kependudukan Melayu-Islam terancam oleh dasar-dasar dilaksanakan DAP. 

Malah kaum Cina dan India yang miskin juga menerima bahana dari pentadbiran DAP. Oleh itu, sudah-sudahlah Kit Siang dan seluruh bangsa DAP serta sekutu-sekutu anda dari PKR, PAN dan MUDA menafikan serta cuba memperbodohkan rakyat. Kalian telah terbukti adalah kleptokrat sebenar dan terus bertindak ekstrem dalam banyak perkara dengan menggugat dan mengancam kepentingan negara dan rakyat.

Kit Siang dalam kenyataannya itu turut membidas Tuan Guru Abdul Hadi yang didakwanya tidak faham makna sebenar ‘sekular’. Untuk tafsiran itu tidak memerlukan ulasan kerana orang ramai lebih tahu menilai sejauh mana Kit Siang sendiri memahami makna perkataan itu.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 14/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tempias banjir, ingat tolak BN/UMNO. Presiden PAS PM?

Ya, yang penting bila berlaku tempias banjir di seluruh negara, pengundi-pengundi kena ingat, UMNO/BN lah yang menghasut supaya pengundian dilakukan semasa banjir. Mereka tidak fikir kesusahan rakyat, yang mereka fikir pemimpin mereka bebas dari rasuah.

Mungkin itu juga sebabnya Kit Siang tiba-tiba jadi takut sehingga berkata 'Presiden PAS tidak sesuai jadi PM.' Takut, kerana pemimpin-pemimpin parti mereka ramai yang sudah dikaitkan dengan najis rasuah.

Kecuali PAS dan negeri '0' rasuah pimpinan mereka. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Serangan bom Istanbul, siapa? & Air, PH 30 bulan..

 

Pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi letupan bom yang menggegarkan Istanbul pada petang Ahad - AFP

1. Wanita dalang serangan bom di Istanbul

ISTANBUL: Letupan bom yang menggegarkan jalan tumpuan orang ramai membeli belah di ibu kota ini pada petang Ahad, disyaki didalangi suspek wanita, kata Naib Presiden Turkiye.

Pasukan forensik kini berada di lokasi bagi menyiasat kejadian terbabit. Agensi berita Anadolu melaporkan, lima pendakwa raya ditugaskan menyiasat insiden letupan itu.

Setakat ini, enam mangsa dilaporkan menjadi korban serangan ganas itu, manakala lebih 50 cedera. 

Terdahulu, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya, berkata kejadian menggemparkan itu berlaku di Istiklal Street, di kawasan Dataran Taksim, pada jam 4.20 petang waktu tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar letupan berkenaan, yang turut dirakam saksi dan ditularkan menerusi media sosial sejurus kejadian.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera akibat letupan bom itu masih dalam siasatan dan belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Turkiye.

Seorang saksi, Cemal Denizci, 57, mendakwa berada dalam jarak kira-kira 50 meter ketika terdengar bunyi letupan yang teramat kuat itu.

"Asap tebal menyelubungi ruang udara sejurus letupan terbabit. Saya sempat melihat beberapa orang terbaring.

"Letupan terbabit membuatkan orang ramai panik dan lari bertempiaran.

"Ibu bapa segera mendapatkan anak masing-masing ketika berusaha menyelamatkan diri dan lari dari lokasi kejadian," katanya kepada AFP.

Wartawan AFP di lokasi melaporkan, anggota keselamatan mengepung kawasan kejadian kerana bimbang letupan kedua berlaku, selain siasatan sedang dijalankan di lokasi.

Visual kejadian itu yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan letupan berlaku disusuli dengan api yang mencetuskan suasana panik menyebabkan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Sebuah kawah hitam besar juga kelihatan dalam visual yang ditularkan dengan beberapa mayat kelihatan bergelimpangan di atas tanah berhampiran kawasan terbabit.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dalam kenyataannya, mengecam serangan terbabit dan menegaskan pihak yang mendalangi kejadian itu akan dihukum.

"Tanda awal menunjukkan, kejadian itu mungkin satu bentuk serangan keganasan," katanya sebelum berlepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Indonesia.

Istiklal Street adalah lokasi tumpuan pengunjung, termasuk pelancong untuk membeli-belah.

Kawasan terbabit dilaporkan pernah menjadi sasaran siri serangan bom oleh pengganas pada 2015 dan 2016.

Serangan yang didakwa didalangi oleh kumpulan IS itu, dilaporkan membunuh hampir 500 mangsa dan mencederakan lebih 2,000 orang. - Agensi


2. Apa PH buat untuk tangani isu air di Kelantan  

KOTA BHARU: Sepanjang tempoh 30 bulan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), banyak pembaharuan dilakukan terutamanya bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, masalah tersebut terus menjadi modal Pakatan Harapan (PH) memburuk-burukan kerajaan negeri dan PAS bagi mengaburi mata pengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebaliknya kata beliau apa yang dibuat kerajaan PH ketika diberi peluang mentadbir negara selama 22 bulan bagi menyelesaikan masalah di Kelantan yang ketinggalan daripada mendapat peruntukan Pusat sebelum ini.

“PH pernah memerintah selama 22 bulan, apa yang dilakukan selama tempoh itu di Kelantan.

“Cuma saya hendak tegaskan bahawa isu yang sering tular di media sosial mengenai isu air, alhamdulillah kita berjaya siapkan pembinaan beberapa loji rawatan air (LRA), bukan kita selesai secara total,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS PRU15 di sini hari ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian berkata, sebelum pembubaran Parlimen KASA merangka pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Antaranya pembinaan LRA Kampung Teluk di Panji dengan kapasiti 30 Juta Liter Sehari (MLD) di bawah peruntukkan Kerajaan Persekutuan serta LRA Mini Telok Mesira Bachok dengan 2 MLD di bawah kerajaan negeri.

Selain itu penukaran 511 kilometer paip uzur jenis asbestos cement (AC) secara berperingkat dengan anggaran kos RM218 juta.

Sehingga sekarang sepanjang 106.2 kilometer telah diganti secara berperingkat yang melibatkan keseluruhan laluan paip sepanjang 4,491 kilometer.

“Begitu juga LRA Mini Ketereh di bawah pembiayaan kerajaan negeri dengan kapasiti 8 MLD dan LRA Mini Jelawat menghasilkan 4 MLD, selain itu Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW).

“Setelah semua LRA baharu beroperasi kapasiti penuh, kadar liputan bekalan air dijangka dapat ditingkatkan daripada 73.1 peratus kepada lebih 80 peratus dalam usaha kita menyelesaikan masalah bekalan air,” katanya.

Selain itu pembinaan rintangan air rendah (low wier) di Sungai Pahi, Kuala Krai dan Sungai Pengkalan Datu dengan kos keseluruhan sebanyak RM35 juta secara geran dan akan siap sepenuhnya pada Mac 2025.

Sementara itu bagi menyelesaikan masalah air secara jangka panjang pihaknya merancang membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Kampung Labok Machang yang mampu menghasilkan air 500 MLD.

Katanya kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) sedang dijalankan bermula 26 Januari 2022 dalam tempoh 18 bulan untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan di lembangan sungai di Kelantan.

“Keperluan untuk rakyat buat masa sekarang tidak sampai 500 MLD, komponennya ada tiga, satu takungan untuk menyediakan bekalan air dan tebatan banjir.

“Jadi kita manfaatkan program dwi fungsi dalam pembinaan TAPS, yang kedua LRA dan ketiga penukaran sistem paip di LRA untuk membekalkan bekalan air mencukupi kepada LRA berdekatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serangan bom Istanbul, siapa? & Air, PH 30 bulan..

Air, PH 30 bulan.. Banyak pembaharuan dilakukan Tuan Ibrahim Tuan Man menggalas tanggungjawab terutamanya bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Bagaimanapun, masalah tersebut terus menjadi modal PH memburuk-burukan kerajaan negeri Kelantan dan PAS bagi mengaburi mata pengundi sempena PRU15 ini.

Memang PH kokok berderai, ekor bergelomang najis..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Otak bawah tempurung DAP, sama perkauman AS-Zionis..

 


1. DAP muncul akhirnya, serang PAS dengan hasutan perkauman

DAP yang dilihat mendiamkan diri dari arus perdana kempen PRU15 sejak lebih seminggu lalu akhirnya keluar dari sarang persembunyian. Pemimpin DAP, Nga Kor Ming mendakwa, Malaysia akan menjadi ‘Afghanistan’ sekiranya BERSATU yang berasaskan Melayu dan PAS dengan dasar Islamnya berkuasa dari PRU15 ini.

Menurut laporan satu portal berita, amaran Kor Ming dalam kenyataan berbahasa Mandarin itu telah menghidupkan semula amaran ‘Taliban’ pernah diungkapkan beliau terhadap PAS beberapa tahun lalu. Tuduhan seumpama yang dangkal itu sememangnya sudah dijangkakan dengan PAS menjadi sasaran utama DAP.

Namun, ia menyerlahkan bahawa parti Cauvinis itu kepanasan terhadap perkembangan positif sedang memihak kepada PAS khasnya dan PERIKATAN NASIONAL (PN) amnya. Malah, dilihat DAP begitu terdesak memainkan semula sentimen tersebut bagi menyekat pesaingnya iaitu GERAKAN yang majoritinya dianggotai kaum Cina.

Kenyataan tuduhan berbaur sentimen perkauman itu dilihat cuba menghasut dengan dakwaan bahawa PAS akan mengenengahkan dasar ‘pelampau’ mengenai perjudian, arak, konsert serta pengasingan lelaki dan wanita. Pengerusi DAP Perak itu juga mendakwa, dasar tersebut akan mengancam nilai sekular dan kepelbagaian budaya negara.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P.076 Teluk Intan dan DUN N.29 Kepayang menuduh, dasar-dasar itu akan ‘menceroboh’ kebebasan orang bukan-Islam. Serta katanya, membawa kepada penghijrahan pelabur asing yang seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi.

Kor Ming turut menunjukkan kebimbangan dan kegelisahan teramat apabila memetik pengumuman pihak PN yang akan melantik Menteri Besar daripada calon PAS. Iaitu bagi negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sekiranya gabungan tersebut menang pada PRU15 ini.

“Lebih teruk ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menggantikan Pengerusi (PN) Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Untuk mengelakkan perkara yang tidak dapat dibayangkan ini, kita tidak boleh memberikan satu undi kepada PN demi mempertahankan kepelbagaian budaya, hak asasi manusia dan kebebasan.”

Begitulah rasa tergugat dan terancam yang tidak terbendung lagi oleh Kor Ming mewakili DAP di mana ungkapan hampir serupa pernah diungkapnya tahun 2019 dahulu. Tuduhan dakwaan beliau itu sebaliknya mengesahkan secara lebih terang dan nyata terhadap pendirian semasa DAP dan kegiatan mahu dipertahankan parti itu.

Perjudian, arak dan konsert sosial yang secara terbukti telah menyebabkan banyak masalah dan akibat buruk serta mendapat bantahan ramai tetap juga dituntut DAP sebagai hak. Di atas keterangan mana dipegang Kor Ming untuk menyatakan perkara-perkara tersebut sebagai kepelbagaian budaya negara?

Kebebasan dan hak mana yang telah diceroboh serta berapa ramai pelabur asing telah berhijrah keluar hingga memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara? Atau apakah Kor Ming terbuka pekung bahawa sebenarnya yang lari itu merupakan taikun-taikun pembiaya dana kepada kepentingan DAP? 

Rekod pertumbuhan ekonomi negara pasca kejatuhan Kerajaan PH juga tidak menunjukkan sumbangan signifikan daripada perjudian, arak mahupun konsert. Kerana ianya bukanlah amalan rutin, mahupun kegiatan berkala majoriti masyarakat Malaysia melainkan hanya segelintir golongan. 

Terima kasih Kor Ming atas kemunculan anda mewakili DAP-PH dan bersedialah menerima impaknya. Selamat meneruskan baki hari-hari kempen PRU15.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 13/11/2022


2Warga AS ditahan ketika tunai umrah 

Mohamad Salem. - Foto AGENSI

DUBAI: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) ditahan di Arab Saudi selepas terbabit dalam pertikaian dengan pegawai keselamatan ketika menunaikan ibadah umrah, kata jurucakap keluarga kepada AFP.

Mohamad Salem ditahan pada 1 November dan sudah dipindahkan ke kemudahan keselamatan maksimum yang biasanya menempatkan tahanan politik berprofil tinggi dan disyaki pengganas, kata Abdallah melalui telefon dari Michigan, AS, tempat tinggal Salem.

Tertuduh adalah seorang daripada beberapa rakyat AS yang baru-baru ini berselisih dengan pihak berkuasa Saudi, ketika ketegangan yang semakin memuncak antara dua negara rakan kongsi lama itu berhubung bekalan minyak global.

Menurut Abdallah, Mohamad, 63, berasal dari Yaman, melakukan perjalanan ke Arab Saudi bersama dua anak lelakinya untuk menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di Makkah.

Semasa sedang beratur, dia dikatakan terbabit dalam perbalahan lisan dengan pegawai keselamatan yang memisahkannya daripada anak lelakinya.

Kemudian, dua lelaki mendekatinya, mengatakan mereka dari Libya dan menanyakan apa yang berlaku.

"Pada ketika ini, Mohamad melepaskan kemarahan dengan berkata, "Jika bukan kerana berada Makkah dan Madinah, kami akan membakar negara ini", yang butirannya disahkan beliau selepas berpeluang bercakap dengan anak lelakinya.

Kata Moughni lagi, kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ejen Arab Saudi yang menyamar, dan Mohamad ditahan.

AFP yang berusaha mendapatkan pegawai Arab Saudi dan kedutaan AS di Riyadh, bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang maklum balas berkenaan perkara itu.

Moughni berkata, pihak kedutaan ada menyediakan senarai peguam kepada keluarga Mohamad tetapi setakat ini tiada yang bersetuju untuk mengambil kes itu.

Saudara-mara Mohamad tidak tahu sama ada dia sudah didakwa atau sebaliknya.

Mereka bimbang akan kebajikan dan keadaan Mohamad yang dipindahkan ke Penjara Pusat Dhahban, di mana Amnesty International sebelum ini mendokumentasikan dakwaan penyeksaan melalui renjatan elektrik dan sebatan.

"Harap rakyat tidak perlu menderita kerana pertikaian antara kerajaan. hakikatnya, kita (Arab Saudi dan AS) bersekutu, perlu ada beberapa manfaat untuk menjadi sekutu," katanya.

Moughni berkata adalah 'keterlaluan' untuk menganggap Mohamad layak menerima layanan yang keras.

"Ini bukan satu daripada kes di mana mereka mendapat 'jerung', (atau) mereka menangkap seseorang yang melakukan jenayah serius.

"Apa yang dia katakan, tidaklah bermaksud dia ingin lakukan. Mungkin dia hanya marah," katanya sambil dia menggambarkan Mohamad sebagai seorang sangat 'menghormati orang' dan 'takutkan Allah'.

Katanya, apa yang pihak keluarga mahu adalah berdoa kerajaan Arab Saudi ada belas kasihan dan dapat mencari penyelesaian. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimOtak bawah tempurung  DAP, sama perrrkauman AS- Zionis.. 

Lihat contohnya.. Warga AS ditahan ketika tunai umrah 


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails