Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.
1. Harga telur dijangka naik lagi sepanjang Ramadan, Aidilfitri – MCA
KUALA LUMPUR – Pengguna mungkin terpaksa membeli telur pada harga yang lebih tinggi sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sekiranya masalah bekalan bahan makanan itu tidak diatasi segera.
Timbalan Bendahari Agung MCA, Datuk Ir. Lawrence Low berkata, masalah kekurangan telur telah melanda beberapa bahagian dunia sehingga menyebabkan harganya meningkat secara mendadak.
Menurut beliau, di Amerika Syarikat dan Jepun sahaja, harga telur telah melonjak lebih daripada 70 peratus.
“Kerajaan kita telah cuba menyelesaikan isu bekalan telur melalui mengimport telur. Oleh itu, boleh diramalkan bahawa isu yang sama akan timbul semula pada masa hadapan kerana faktor lain perlu dipertimbangkan seperti selesema burung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lawrence juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau menambah, kerajaan mesti bersedia untuk sebarang gangguan yang tidak dijangka dalam rantaian bekalan sambil mencari kaedah untuk penambahbaikan.
“Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan penternak dan pengusaha ayam dan memulakan sesi dialog dengan mereka. Ini bagi membantu penternak ayam domestik dalam pengeluaran telur pada harga yang berpatutan, sekali gus mengurangkan kos sara hidup pengguna,” jelasnya.
Lawrence berkata, Mohamad seharusnya memulakan dialog dua hala dengan pihak berkepentingan dalam industri dan bukan menangani masalah kekurangan telur secara sehala sahaja.
Beliau memberitahu, kerajaan juga harus memberi tumpuan untuk membantu penternak ayam tempatan dan bukan bergantung kepada import telur asing kerana punca masalah masih belum ditangani.
Dalam pada itu, Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.
“Pertahankanlah hak Perlembagaan ahli-ahli Parlimen untuk bersuara demi kepentingan rakyat di Parlimen dengan kekebalan selagi topik tersebut tidak bercanggah dengan Akta Hasutan mahu pun menghina Yang Di-pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette
2. Tempias perang... Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia
TINDAKAN TIDAK WAJAR: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, diberikan amaran rasmi oleh WTAa kerana memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscowa. Tindakannya itu dianggap tidak wajar di tengah-tengah pencerobohan Russia atas Ukraine. - Foto EPA-EFE
Pemain Russia berusia 21 tahun itu berkata beliau telah menyokong kelab itu sejak beliau berusia 13 tahun dan berasa tindakannya tidak menghasilkan sebarang provokasi.
"Sejujurnya, saya terkejut," kata Swiatek, 21 tahun.
"Walaupun beliau peminat pasukan itu, saya fikir beliau sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menunjukkan pandangannya dengan cara ini."
Swiatek, yang telah menewaskan Bianca Andreescu untuk mara ke pusingan 16 terakhir, sebelum ini mengkritik pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Pemain Russia dan Belarus telah dibenarkan bertanding dalam jelajah WTA, tetapi bukan di bawah bendera nasional mereka.Swiatek, yang berasal dari Poland, telah berbincang dengan WTA mengenai tindakan Potapova.
"Saya telah bercakap dengan WTA dan saya fikir keadaan seperti itu akan kurang berlaku kerana mereka akan menerangkan kepada pemain lain bahawa mereka tidak boleh mempromosikan mana-mana pasukan Russia pada tempoh ini dan ini sedikit sebanyak meyakinkan saya," katanya.
"Malangnya situasi sebegini terjadi kerana pengumuman ini sepatutnya berlaku lebih awal. Terdapat banyak kekecohan di bilik persalinan pada awal peperangan berlaku.
"Tidak jelas bagaimana untuk menangani segala-galanya, yang mencetuskan keadaan yang tidak menyenangkan seperti itu.
"Saya fikir jika ada kepimpinan yang lebih baik dari awal, mungkin kita akan mampu mengelak daripada situasi sedemikian berlaku." - Agensi berita.
3. Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal?
Bagi sesebuah lawatan rasmi, objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin, sambutannya penuh protokol, kemuncaknya kunjungan hormat ketua negara atau rakan sejawat, dan disambut di istana atau pusat pentadbiran negara.
Memetik laporan Bernama bertarikh 22 Mac 2023, “Sepanjang lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam”.
Namun kunjungan hormat di Istana Al-Salam yang dikatakan telah dijadualkan, tidak berlangsung seperti yang telah ditetapkan.
Bagi sesebuah lawatan perniagaan pula, objektifnya adalah untuk meningkatkan hubungan dagang antara dua negara.
Laporan menyatakan pertemuan dengan komuniti perniagaan berjaya diaturkan di Jeddah, dan beberapa MoU telah ditandatangani, walaupun tidak disaksikan bersama oleh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, ataupun Menteri Kewangan Arab Saudi.
Manakala bagi sesebuah lawatan umrah, objektifnya adalah untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.
Alhamdulillah, PMX berjaya menunaikan umrah dengan sebaiknya, diiringi isteri, Menteri Luar dan Menteri Komunikasi Malaysia. Semoga beroleh umrah yang mabrur.
Persoalannya, adakah lawatan PMX ke Arab Saudi boleh dianggap sebagai suatu ‘kesipuan diplomatik’ dalam sejarah hubungan akrab antara dua negara, malah timbul persoalan tentang keupayaan dan ‘kebijakan diplomasi’ di pihak PMX dan Menteri Luar.
Ini pastinya menuntut kepada suatu penjelasan yang tuntas daripada PMO bagi mencerakinkan apakah objektif, persiapan, penyusunan, dan keseluruhan kos lawatan PMX ke Arab Saudi kali ini, dan terpenting apakah pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah ini.
#MalaysiaMadani
#diplomasi
SYAHIR SULAIMAN
Bachok
4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telur, MCA simpati puasa/raya.. Politik sukan & Saudi.
(i) Terima kasih kepada Lawrence dari MCA, yang juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini. Amat sedih bagi umat Islam yang sedang menyambut puasa Ramadan dan hari Raya, walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
(ii) Kisah tempias perang...Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia. Apakah AS tidak pernah mempolitikkan sukan untuk kepentingan politiknya?
(iii) Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal? Ini juga politik?
Sekian.