Wednesday, March 29, 2023

Telur, MCA simpati puasa/raya.. Politik sukan & Saudi.

 

Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.

1. Harga telur dijangka naik lagi sepanjang Ramadan, Aidilfitri – MCA

KUALA LUMPUR – Pengguna mungkin terpaksa membeli telur pada harga yang lebih tinggi sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sekiranya masalah bekalan bahan makanan itu tidak diatasi segera.

Timbalan Bendahari Agung MCA, Datuk Ir. Lawrence Low berkata, masalah kekurangan telur telah melanda beberapa bahagian dunia sehingga menyebabkan harganya meningkat secara mendadak.

Menurut beliau, di Amerika Syarikat dan Jepun sahaja, harga telur telah melonjak lebih daripada 70 peratus.

“Kerajaan kita telah cuba menyelesaikan isu bekalan telur melalui mengimport telur. Oleh itu, boleh diramalkan bahawa isu yang sama akan timbul semula pada masa hadapan kerana faktor lain perlu dipertimbangkan seperti selesema burung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lawrence juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menambah, kerajaan mesti bersedia untuk sebarang gangguan yang tidak dijangka dalam rantaian bekalan sambil mencari kaedah untuk penambahbaikan.

“Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan penternak dan pengusaha ayam dan memulakan sesi dialog dengan mereka. Ini bagi membantu penternak ayam domestik dalam pengeluaran telur pada harga yang berpatutan, sekali gus mengurangkan kos sara hidup pengguna,” jelasnya.

Lawrence berkata, Mohamad seharusnya memulakan dialog dua hala dengan pihak berkepentingan dalam industri dan bukan menangani masalah kekurangan telur secara sehala sahaja.

Beliau memberitahu, kerajaan juga harus memberi tumpuan untuk membantu penternak ayam tempatan dan bukan bergantung kepada import telur asing kerana punca masalah masih belum ditangani.

Dalam pada itu, Lawrence turut menggesa semua ahli Parlimen agar bersolidariti dengan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang berdepan tindakan guaman ekoran kelantangan Presiden MCA itu menyuarakan isu bekalan telur dalam sidang Dewan Rakyat.

“Pertahankanlah hak Perlembagaan ahli-ahli Parlimen untuk bersuara demi kepentingan rakyat di Parlimen dengan kekebalan selagi topik tersebut tidak bercanggah dengan Akta Hasutan mahu pun menghina Yang Di-pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette


2. Tempias perang... Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia 

TINDAKAN TIDAK WAJAR: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, diberikan amaran rasmi oleh WTAa kerana memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscowa. Tindakannya itu dianggap tidak wajar di tengah-tengah pencerobohan Russia atas Ukraine. - Foto EPA-EFE

CALIFORNIA: Pemain tenis Russia, Anastasia Potapova, tidak sepatutnya menyokong negaranya secara terbuka di tengah-tengah pencerobohannya ke atas Ukraine, kata pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.

Potapova memakai baju kelab bola sepak Spartak Moscow pada perlawanannya di kejohanan Indian Wells sebelum tewas tiga set kepada pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula, pada Ahad.

Persatuan Tenis Wanita (WTA) telah pun mengeluarkan amaran rasmi kepada Potapova atas tindakannya.

Pemain Russia berusia 21 tahun itu berkata beliau telah menyokong kelab itu sejak beliau berusia 13 tahun dan berasa tindakannya tidak menghasilkan sebarang provokasi.

"Sejujurnya, saya terkejut," kata Swiatek, 21 tahun.

"Walaupun beliau peminat pasukan itu, saya fikir beliau sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menunjukkan pandangannya dengan cara ini."

Swiatek, yang telah menewaskan Bianca Andreescu untuk mara ke pusingan 16 terakhir, sebelum ini mengkritik pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Pemain Russia dan Belarus telah dibenarkan bertanding dalam jelajah WTA, tetapi bukan di bawah bendera nasional mereka.Swiatek, yang berasal dari Poland, telah berbincang dengan WTA mengenai tindakan Potapova.

"Saya telah bercakap dengan WTA dan saya fikir keadaan seperti itu akan kurang berlaku kerana mereka akan menerangkan kepada pemain lain bahawa mereka tidak boleh mempromosikan mana-mana pasukan Russia pada tempoh ini dan ini sedikit sebanyak meyakinkan saya," katanya.

"Malangnya situasi sebegini terjadi kerana pengumuman ini sepatutnya berlaku lebih awal. Terdapat banyak kekecohan di bilik persalinan pada awal peperangan berlaku.

"Tidak jelas bagaimana untuk menangani segala-galanya, yang mencetuskan keadaan yang tidak menyenangkan seperti itu.

"Saya fikir jika ada kepimpinan yang lebih baik dari awal, mungkin kita akan mampu mengelak daripada  situasi sedemikian berlaku." - Agensi berita.


3. Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal? 


SECARA umumnya, terdapat tiga bentuk lawatan ke luar negara, iaitu lawatan rasmi (official visit), lawatan perniagaan (business trip), dan lawatan umrah (umrah visit); yang mempunyai objektif, sambutan dan aturan tersendiri.

Bagi sesebuah lawatan rasmi, objektifnya adalah untuk mengeratkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin, sambutannya penuh protokol, kemuncaknya kunjungan hormat ketua negara atau rakan sejawat, dan disambut di istana atau pusat pentadbiran negara.

Memetik laporan Bernama bertarikh 22 Mac 2023, “Sepanjang lawatan rasmi itu, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, di Istana Al-Salam”.

Namun kunjungan hormat di Istana Al-Salam yang dikatakan telah dijadualkan, tidak berlangsung seperti yang telah ditetapkan.

Bagi sesebuah lawatan perniagaan pula, objektifnya adalah untuk meningkatkan hubungan dagang antara dua negara.

Laporan menyatakan pertemuan dengan komuniti perniagaan berjaya diaturkan di Jeddah, dan beberapa MoU telah ditandatangani, walaupun tidak disaksikan bersama oleh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, ataupun Menteri Kewangan Arab Saudi.

Manakala bagi sesebuah lawatan umrah, objektifnya adalah untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.

Alhamdulillah, PMX berjaya menunaikan umrah dengan sebaiknya, diiringi isteri, Menteri Luar dan Menteri Komunikasi Malaysia. Semoga beroleh umrah yang mabrur.

Persoalannya, adakah lawatan PMX ke Arab Saudi boleh dianggap sebagai suatu ‘kesipuan diplomatik’ dalam sejarah hubungan akrab antara dua negara, malah timbul persoalan tentang keupayaan dan ‘kebijakan diplomasi’ di pihak PMX dan Menteri Luar.

Ini pastinya menuntut kepada suatu penjelasan yang tuntas daripada PMO bagi mencerakinkan apakah objektif, persiapan, penyusunan, dan keseluruhan kos lawatan PMX ke Arab Saudi kali ini, dan terpenting apakah pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah ini.

#MalaysiaMadani
#diplomasi

SYAHIR SULAIMAN
Bachok
4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Telur, MCA simpati puasa/raya.. Politik sukan & Saudi.

(i) Terima kasih kepada Lawrence dari MCA, yang juga bimbang isu bekalan telur mungkin tidak dapat diselesaikan sehingga Jun ini. Amat sedih bagi umat Islam yang sedang menyambut puasa Ramadan dan hari Raya, walaupun telah diberi jaminan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

(ii) Kisah tempias perang...Pakai baju Spartak Moscow, pemain dikecam sokong Russia. Apakah AS tidak pernah mempolitikkan sukan untuk kepentingan politiknya?

(iii) Lawatan PMX ke Arab Saudi, berjaya atau gagal? Ini juga politik?

Sekian. 

Tuesday, March 28, 2023

Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

 

Nadia Kahf. - Foto Facebook/Josh PR

1. Nadia Kahf hakim pertama berhijab angkat sumpah sertai Mahkamah AS di New Jersey

ANKARA: Peguam Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu, menurut laporan media tempatan, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.

Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran, menurut laman berita tempatan North Jersey.

Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu, menurut media tempatan.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County. - AGENSI


2. PAS hormati pembinaan rumah ibadat bukan-Islam yang teratur 

PAS Selangor kesal dengan laporan portal  Malaysiakini di bawah tajuk ‘Quit politicising religion – politicians told‘ oleh Isbelle Long dan Nabila Shila. 

Ia mahu menggambarkan seolah PAS bermain isu perbezaan agama kononnya untuk memperolehi sokongan politik dan mengaitkan ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor di Parlimen baru-baru ini.

Ia mendakwa gesaan Dr Ahmad Yunus agar pihak kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan-Islam berhampiran masjid sebagai bukti PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan.

Dr Ahmad Yunus merujuk kepada cadangan pembinaan baru, yang melibatkan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pihak perancang bandar di PBT, Jabatan Perancangan Negeri dan di Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dengan gesaan agar sensitiviti masyarakat setempat sentiasa diambil kira.

Beliau dalam ucapannya pada 16 Mac 2023 di Parlimen membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasan beliau iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang di mana sebuah rumah ibadat bukan-Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.

Penduduk di perkampungan ini telah membuat bantahan ke PBT dan beliau sendiri selaku wakil rakyat, kerana itu isu ini dibangkitkan di Parlimen untuk penyelesaian.

Untuk pengetahuan Malaysiakini dan pihak yang tidak bertanggungjawab menyerang PAS dalam isu ini, Manual Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor menetapkan bahawa sebarang tapak rumah ibadat perlu diwartakan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan memperolehi Kebenaran Merancang dari PBT berkaitan, dalam kes ini tiada pewartawaan mahupun kelulusan diperolehi. 

Manual yang sama juga menyebut, pembinaan rumah ibadat bukan Islam di Selangor hendaklah di kawasan taburan penduduk 5,000 penduduk  untuk 1 tapak atau 2,600 penganut bagi 1 tapak. Di kawasan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat ini, tidak ada penduduk bukan-Islam pun berhampiran kawasan berkenaan.

Memutarbelitkan kenyataan seorang wakil rakyat di Parlimen dengan niat jahat ini cukup dikesali.

PAS tidak pernah ada masalah dengan rumah-rumah ibadat pelbagai agama termasuklah di Selangor yang ada sedia terbina sekian lama dan dapat diterima masyarakat setempat sejak awal lagi.

Isu ini berbeza kerana ia melibatkan rumah ibadat bukan-Islam yang baru, dan yang tidak mendapat kelulusan. Ia pula dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat.

Secara amnya mana-mana masyarakat tidak akan menyokong pembinaan rumah ibadat mana-mana agama sekalipun yang tidak memperolehi kebenaran pihak berkuasa tempatan dan negeri. 

PAS Selangor berharap sebagai portal berita yang bertanggungjawab, Malaysiakini tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat yang tidak membantu dalam pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu dan masyarakatnya patuh serta taat pada undang-undang dan peraturan negeri dan negara.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
PAS Negeri Selangor
26 Mac 2023/ 4 Ramadhan 1444 – HARAKAHDAILY 26/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hakim pertama berhijab di New Jersey AS. & Lapor jahat di S'gor.

Mengenai rumah ibadat di Malaysia, puak-puak pelampau ganas anti Islam menyerang Islam secara terbuka.. 

"PAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan." Begitu biadapnya.


Monday, March 27, 2023

Lembu punya susu, sapi (Anwar) punya nama. Serabut t/ayam.

1. Menu Rahmah: Peniaga punya susu, Anwar dapat nama

ADA pemilik restoran yang terpaksa stop jual hidangan Menu Rahmah? Kenapa? Bukan ke Menu Rahmah ini menyelesaikan masalah?

Kita tidak menafikan usaha kerajaan dan sambutan baik daripada banyak pihak menjadi tarikan umum untuk menikmati hidangan lengkap (mungkin) dengan harga yang murah. Dari sudut ini, kita ok sahaja.

Cumanya, ada beberapa masalah pada Menu Rahmah ini yang mungkin kerajaan boleh ambil tindakan proaktif dalam masa yang sama mengekalkan penjenamaan yang masih dalam keadaan yang diterima baik lagi.

Pertamanya dan sebagai asas, dalam menyelesaikan sebuah masalah, perlu kenal pasti permasalahan sebenar yang berlaku. Barulah tak melangit sangat dan tidak terlampau populis hingga tidak dapat selesaikan masalah yang sebenar. Masalah sebenar kita ialah harga barang. Harga barang semakin hari semakin meningkat sehingga membebankan golongan pertengahan dan rendah.

Jadi apa punca harga barangan asas terus meningkat naik? Kalau perasan, ia bertambah teruk selepas ekonomi mula dibuka pasca COVID-19. 

Masalah yang berlaku berikut merupakan punca harga barangan asas semakin bertambah: 

a. Kesan inflasi di Amerika Syarikat yang semakin teruk. Hasilnya AS meningkatkan kadar faedah Dolar yang menyebabkan kesan rantaian kepada kadar inflasi dunia. Malaysia turut menerima tempias ini.

b. Bekalan rantaian makanan dunia terjejas. Perang Russian Ukraine yang melibatkan negara pengeluar gandum dan baja terbesar dunia telah menjejaskan rantaian makanan global. Hasilnya juga membawa kesan berantai kepada rantaian bekalan makanan dunia.

c. Kebergantungan sektor makanan Malaysia yang amat tinggi kepada barangan import. Contohnya industri ayam yang memerlukan import dedak yang tinggi dari negara luar. Apabila rantaian bekalan makanan ekonomi global terjejas. Ia turut terjejas.

d. Wujudnya kartel yang monopoli ‘supply chain‘. 

e. Kos production barangan yang semakin tinggi dan meningkat akibat pelbagai faktor seperti kekurangan tenaga kerja dan modal insan.

Hasil daripada masalah-masalah ini, barangan mentah seperti ayam, daging, telur dan lain-lain yang menjadi sebahagian makanan asas kita mahal. Akhirnya, secara ‘domino’s effect‘ menjadikan ‘end-product‘nya pun mahal.

Inilah permasalahan tunjang yang boleh membawa kepada ‘poverty‘. Jadi, seterusnya, apa masalah dengan Menu Rahmah ini? RM5.00 sahaja kut?

Berikut merupakan masalah Menu Rahmah:

a. Pelaksanaan Menu Rahmah tidak menyentuh penyelesaian kepada masalah-masalah tunjang dalam kenaikan harga barangan.

b. Menu Rahmah hanya menyentuh permasalahan pada bahagian end-customer sahaja. Untuk masalah seperti barangan mentah, isu kartel monopoli, kos produksi tidak dilihat berusaha untuk menyelesaikan dan tidak dapat disentuh isu-isu tersebut dengan baik.

c. Peniaga terpaksa terbeban menyerap kos demi menyahut inisiatif Menu Rahmah. Beberapa komitmen yang peniaga tetap perlu hadapi meskipun menyediakan Menu Rahmah adalah seperti berikut:

• Kos Sewa Kedai yang tetap tidak turun.
• Harga barangan mentah yang tidak selesai.
• Gaji pekerja-pekerja yang masih perlu dibayar.

Inilah permasalahan besar yang dihadapi oleh peniaga-peniaga sebenarnya dalam menjayakan Menu Rahmah ini. Satu pujian boleh diberikan kepada mereka kerana bersemangat untuk menyahut inisiatif Kerajaan. Namun, sekadar mendaftarkan dan menyuruh mereka menjadi ‘kreatif’ untuk menyediakan sebuah hidangan lengkap dengan harga yang murah bukanlah suatu tindakan yang bernas. 

Hasil daripada tindakan ini, peniaga-peniaga akan terbeban kerana terpaksa menyerap kos untuk hasilkan hidangan yang harga RM5.00. Inilah yang menyebabkan sebahagian daripada peniaga-peniaga terpaksa mengambil langkah sama ada:

a. Berhenti daripada terus menjual hidangan Rahmah dan tidak sustain dengan lama. 

Yalah, harga ayam dan telur mahal, kena bayar sewa kedai, bayar gaji pekerja lagi. Menanggung Menu Rahmah, peniaga terpaksa keluar duit sendiri ataupun tidak mendapat keuntungan yang munasabah.

b. Merendahkan kualiti makanan.

Sekiranya protein daripada ayam segar tidak mampu ditampung oleh peniaga, maka apa lagi inisiatif peniaga bagi melengkapkan hidangan Menu Rahmah selain daripada mengambil bahan-bahan yang lebih rendah kualiti dan murah. Kebimbangan inilah yang dirisaukan oleh orang ramai yang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Jadi, apa peranan kerajaan dalam mengatasi isu-isu di sini? Ada beberapa cadangan:

a. Selesaikan masalah pokok kepada berlakunya peningkatan kos harga barangan seperti dominasi kartel dalam bidang makanan.

b. Kerajaan perlu terlibat aktif dalam pelaksanaan Menu Rahmah dengan memberikan insentif kepada peniaga yang melaksanakan Menu Rahmah seperti  suntikan dana, pengecualian cukai, diskaun sewaan kedai dan lain-lain.

c. Memperkasakan industri makanan untuk pelan jangka masa panjang. Seperti cadangan memperkasakan industri daging negara.

Tidak adil sekiranya permasalahan-permasalahan ini ditutup sebelah mata dengan alasan ‘Mydin dan AEON buat Menu Rahmah, ok sahaja. Makanan best-best’. 

Mereka ini syarikat besar dan sekadar cut bajet sikit untuk sambut naratif kerajaan yang mana juga menguntungkan mereka sebab marketing apalah sangat dibandingkan dengan keuntungan penyewa-penyewa ruang di pasaraya tersebut. Itupun ada kata inisiatif ini akan bertahan dalam 3 bulan sahaja. Namun, nasib berbeza dengan peniaga-peniaga di luar sana yang perlu diutamakan.

Tanpa kita menafikan kebaikan Menu Rahmah dan manfaat yang besar kepada rakyat, adalah tidak bertanggungjawab sekiranya kerajaan mengambil kesempatan terhadap para peniaga yang ikhlas membantu rakyat susah dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. 

Hakikatnya para peniaga perlu membuat keuntungan dalam perniagaan mereka. Sekiranya keadaan semasa diteruskan, tinggal masa sahaja Menu Rahmah tinggal kenangan dalam arus inflasi yang semakin menggila.

NASEER AHMAD MERICAN
Projek Anak Muda Islam (PAMI) – HARAKAHDAILY 24/3/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1210904862266731/posts/pfbid02NzhFP1JUjUQnoVooMPv9d1VSY7TqK19UuE6fMDtHFXiUFG1bF1QDfktLu9TCFUZ3l/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6


2. 'Bekalan telur ayam hanya 400,000 sehari, sedangkan keperluan sejuta sehari'  
Tinjauan mendapati telur ayam kotor dan putih menjadi rebutan pengguna berikutan krisis kekurangan bekalan telur di Terengganu. - Foto NSTP/BAHAROM BAKAR

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu mengakui berlaku kekurangan bekalan telur ayam di negeri ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata keperluan telur ayam di negeri itu adalah sebanyak sejuta sehari, tetapi bekalan diterima hanyalah 600,000 sehari.

Bagaimanapun, katanya, berlaku kekurangan bekalan telur ayam sebanyak 33 peratus pada bulan Ramadan yang bermula sejak Khamis lalu.

"Pemborong telur ayam di negeri ini hanya menerima bekalan kira-kira 400,000 biji sehari sejak Khamis lalu, berbanding 600,000 biji sehari sebelum Ramadan.

Terdahulu, media melaporkan bekalan telur ayam di beberapa daerah di negeri ini kembali meruncing selepas pemborong utama tidak menerima bekalan antara Khamis minggu dan Selasa lalu.

Saharuddin turut mengesahkan permintaan bekalan telur ayam yang semakin meningkat sejak Khamis lalu turut menyumbangkan kepada kekurangan bekalan.

Katanya, pemborong telur ayam di negeri ini memperoleh bekalan daripada pengusaha ladang di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.

"Pemborong telur ayam menyatakan faktor utama berlakunya penurunan jumlah bekalan secara mendadak disebabkan permintaan sumber protein itu semakin meningkat.

"KPDN akan sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan tahap keberadaan telur ayam di 160 Peruncit Terpilih Daerah (DDR) dan di 74 Pemborong Terpilih Daerah (DDW) di seluruh negeri secara harian," katanya.

Mengenai dakwaan berlakunya peningkatan harga, Saharuddin berkata, pihaknya memberi peringatan kepada semua peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas situasi untuk menaikkan harga telur ayam.

Katanya, harga telur ayam gred A ditetapkan pada kadar 0.45 sen sebiji, gred B (0.43) dan 0.41 sen sebiji untuk telur gred C.

"Peniaga yang menaikkan harga melebihi harga ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Jika disabitkan kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 dan denda sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000 untuk individu," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimLembu punya susu, sapi (Anwar) punya nama. & Serabut telur ayam. 

Mampukah menteri yang berpendidikan 'tukang masak atau amah' mengendalikan keserabutan kekurangan telur ayam? Bekalan telur ayam hanya 400,000 sehari, sedangkan keperluan sejuta sehari?

Sunday, March 26, 2023

Lawatan Brother Anwar ke Saudi gagal?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

22 comments:

1 Anonymous said...

Lawatan ke Arab Saudi dikira gagal sebab Brother Anwar Bin Ibrahim gagal berjumpa dengan Raja Salman Dan Pengiran Mahkota Arab Mohammad Salman...

Nampak ada sesuatu yang tidak kena lawatan ini...


2 Anonymous said...

Amat memalukan rakyat malaysia bila perdana menteri arab saudi tidak berjumpa dengan dolly. Sangat sangat memalukan. Kerana sebelum ini perdana menteri arab saudi mahu berjumpa dengan bm sebelum dolly.

3 Anonymous said...

Wahai ahli UMNO,

Sedarlah.

UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.

Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

24 Mac 2023

Pssstt.. barua barua Melayu' LeeKwanYew@DAP sudah bergadoh sesama barua LeeKwanYew@DAP.. Jom siapkan pop corn tambah dan kopi panas ... Jommm orang Melayu' semua tepok tangan Dan layannnn..!!

4 Anonymous said...

Dipercayai terdapat terlalu ramai penyokong2 golongan songsang didalam pakatan hancing sekarang. Sebab itu mereka semakin berani dan bertidak secara terang2an.

5 Anonymous said...

Aku ada tengok video seorang sultan yg telah dicabut kuasa kesultanan (munkin dizaman ayahandanya) tetapi masih bertradisi kesultanan negeri tersebut bila bertemu dengan ulama yg disegani beliau menyambut dengan pelukan dan tunduk ingin mencium tangan nya ulama tersebut, cuma ulama tersebut turut menunduk menjadikan mereka sama2 mencium tangan.
Sultan malah memakaikan tengkolok kebesaran kesultanan baginda pada salah satu dari dua ulama yg berkunjung menziarahi baginda.
Ulama yg lantang menyeru kpd yg ma'ruf dan menentang kemunkaran tersebut nampaknya begitu menghormati sultan tersebut, begitulah hakikat hati sesaorang ulama yg sejati. dan dari video tersebut dapat juga dilihat suatu gambaran bahawa seandainya sesaorang sultan itu sudah kehilangan kuasa maka pada ulama jua yg dilihat mulia.
Aku tertanya² juga.. apakah begitu keadaannya diwaktu2 yg lalu bilamana sultan2 mana2 negeri jika berada pada kedudukan yg lemah maka kpd ulama lah tempat mereka merapatkan diri sepertimana byk tertulis dalam buku2 sejarah?
Apakah ini juga bermakna sekiranya lemah ulama pada sesuatu ketika atau keadaan yg sangat diperlukan oleh sesaorang sultan maka ianya boleh menyebabkan baginda kehilangan kuasa atau tahta?

Bukan beerti semua yg diperbuat sesaorang ulama itu betul semuanya dan malah dalam Islam pun disuruh berpesan2 pada kebenaran.... tapi apa yg penting untuk dilihat disini adalah ulama itu selalunya memuliakan raja2 atau sultan2 mereka walaupun kekadang kedengaran sangat keras cara dakwahnya.

6 Anonymous said...

Dahulu bila harga barang naik, tiap2 minggu buat demonstrasi! Kini dibawah kerajaan pakatan hancing tidak lagi, maknanya ok la tu, harga barangan naik melambung bukanlah lagi satu isu? Hu..hu..

7 Anonymous said...

Jom ziarah? Masjid, surau pun jarang2 ziarah, ada pula yang syor pi ziarah tempat tu! Nak buat apa?

8 Anonymous said...

Jom semua rakyat beragama Islam, dibulan yang mulia penuh barakah ini, jom sama2 kita boikot kedai2 yang ada jual arak, seven elevan dsb... tak lama mana pun, sebulan je...

9 Anonymous said...

ph pandai tipu, harga brg keperluan pun jadi mahal, gaji murah, ramai mengangur sebab ph byk pandai urus nak bagi negara bangkrap.

10 Anonymous said...

Walau pun dimomok momokkan pas tidak pandai memerintah. Kelantan makin maju. Kedah makan maju.

Trengganu makin maju. Pakar aeroangkasa. Bukan macam dolly. General degree sastera.

Jom tolak liberal dan liwat songsang. Pura pura tapi ikut rentak komunis dapig dan pan syiah.

Pas makin disokong oleh teknorat dan professional Islam.

Jom pakat pakat sokong pas. Aqidah selamat. Negara makin maju.

11 Anonymous said...

Kalau ikut menteri formula, dia cuma fokus kebendaan jer. Sama macam komunis dapig.

Kalau ikut toney buah, dia kira nak lingkupkan orang melayu. Jual harta tabung haji. Lupus kecualian cukai yayasan orang Islam biar yayasan lingkup. Bagi duit zakat pada orang kafir.

Ikut kit siang dia kira nak malaysian malaysia. Buang bumiputera. Tukar perlembagaan jadi negara sekular.

Ikut atok dia kira nak jual pulau. Biar duit atok bertapuk banyak.

Kalau ikut dolly, dia nak liberal jer. Senang lgbt bertapak. Ruu355 pun dia tak akan sokong. Dan mesti tidak sokong. Sebab denda zina, khalwat dan liwat lebih berat.

12 Anonymous said...

Walaupun royalti kelantan dirampok oleh dolly, kelantan masih mampu bayar hutang.

Walaupun melayu kelantan dinafikan peruntukan pusat oleh dolly, kelantan terus berkembang.

Walaupun dolly tidak beri perhatian pada nelayan, pekebun, pesawah, penternak, kelantan sangat serius membantu golongan ini.

Dolly beri perhatian pada pengusaha komunis dapig. Sebab gaji takda, dapatlah nafkah dari komunis dapig. Harganya ialah tibai orang melayu. Tibai kerajaan melayu islam pas. Tibai jutawan melayu. Fitnah politician melayu. Dakwa politician melayu.

13 Anonymous said...

Eng guan dah main ugut. Dolly pun serupa. Bertanduk.

Eng guan kata lapor polis adalah jenayah.

Pulak dah.

Elok sangat polis siasat. Biar adil. Dua pihak disiasat. Lagi pun dolly dan eng guan memang kaki bohong. Bohong sunat katanya. Poodaaah.

14 Anonymous said...

Bayangkan apa berlaku pada generasi kita. BM nya kuat berbohong. Mentornya eng guan pun kuat berbohong. Nanti generasi baru jadi generasi yang kuat berbohong.

Macam lgbt membiak. Sebab ada contoh.

15 Anonymous said...

Tak dapat jumpa raja arab? Takpe, minggu depan boleh pi arab sekali lagi, cuba sekali lagi, boleh juge pi buat umrah free... kah..kah..kah..

16 Anonymous said...

Tak dapat jumpa Erdogen takpe, dapat jumpa ANAK nya pun dah dikira suatu kepuasan... kah..kah..kah

17 Anonymous said...

yang liberal dapat buat umrah solat kat raudah, ni yang kata terpaling ikut quran tak boleh masuk mekah, sedihnya kat dunia lagi dah kena hukum... jangan kata nak jumpa raja arab jumpa gembala unta pun tak boleh

18 Anonymous said...

Jangan izinkan pembohongan berterusan di ruangan politik msia dan anak anak muda dihidangkan dengan bohong dan zhalim oleh presiden parti kencing rakyat.

Lebih mendukacitakan bila presiden membela cina legasi komunis dapig melakukan kezhaliman pada yayasan. Sanggup berbohong untuk menganiaya politician melayu. Rentetan kezhaliman semuanya melibatkan orang melayu.

19 Anonymous said...

Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah.

21 Anonymous said...

Kat kelantan pun ramai orang luar. Selangor ada. Perak ada. Pulau pinang ada. Semua ada.

22 Anonymous said...

Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails