Saturday, April 29, 2023

Tukar segera k'jaan ini. Kini jari anda mampu me'ISIAM'kan..

 


1. Selangor kaya, rakyat susah

TIDAK syak lagi Selangor sebuah negeri yang kaya dan paling maju di Malaysia.

Setakat penghujung November 2022 ia merekodkan hasil sebanyak RM2.304 bilion. Satu angka yang besar berkat limpahan rezeki dari Allah S.W.T.

Di Selangor ada KLIA, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Subang, Cyberjaya dan sistem pengangkutan awam tercanggih termasuklah LRT, MRT, KTM Komuter dan lebuhraya-lebuhraya terbesar.

Tetapi rakyat Selangor tidaklah segah negerinya. Mereka yang tidak berharta, tidak punya rumah sendiri masih ramai khasnya di kalangan Melayu. 

Anak Selangor tiada rumah tiada tanah sendiri walau sekangkang kera.

1.2 peratus rakyatnya jatuh bawah paras kemiskinan mutlak. Selangor punya 5.7juta penduduk ini bermakna 68,400 rakyatnya miskin mutlak!

Kemiskinan bukan hanya di luar bandar tapi juga bandar. Malah paling ketara di bandar.

Di beberapa kawasan di Petaling Jaya, Gombak, Ampang, Pandan, Sg Buloh, Klang, Shah Alam, Selayang terutama penempatan penduduk Melayu yang B40 keadaannya cukup memilukan, tidak terurus. 

Dibina rapat-rapat dengan jalan (bayangkan jika berlaku kebakaran), perparitan cukup dhaif. Pengurusan sisa pepejalnya juga cukup lemah termasuk di kawasan Menteri Besar.

Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama terperosok di celah-celah penempatan ini juga tidak terurus.

Tidak sebagaimana SJKC yang teguh gagah, tinggi bangunannya, bilik darjah berhawa dingin. Itupun kerajaan mahu suntik wang bantuan lagi.

Bukannya rasis tetapi itulah realitinya di Selangor. Siapa yang mewah, siapa yang kaya senang sebenarnya?

Program merakyatkan ekonomi Selangor yang diperkenal Allahyarham Tan Sri Khalid dulu ditukar, dipinda, dikurangkan ada yang dihapus, menjadikan negerinya kaya tetapi rakyat di bawah tidak merasa 

Air percuma pun cuma sampai ke 50 peratus rakyat yang layak, selebihnya tidak merasai kerana pengurusan kerajaan negeri yang lemah.

Bila hujan lebat sedikit air naik hingga musnah harta rakyat, bila sumber air tercemar kerana kilang haram yang berleluasa bekalan air diputuskan, yang merana rakyat B40 yang tinggal di perumahan PPRT yang bertingkat-tingkat mencecah awan, bukannya tauke di banglo dan semi D yang punya tangki simpanan ‘spare‘ dan pelbagai kemudahan.

Kerajaan PH ini entah apa keutamaannya. Denyut nadi rakyat seakan tidak dirasai, tidak didengari. Yang kaya mewah adalah tauke  pemaju dan tauke kilang walaupun berstatus haram.

Kembalikanlah kerajaan negeri diurus oleh anak tempatan, anak Selangor yang tahu masalah dan kesusahan rakyat Selangor.

Yang ada kini anak Johor, anak Perlis, anak Kedah. Tukarlah.

Pilih dan angkatlah mereka yang berwibawa, yang kompeten, yang bersih lagi bertaqwa. Yang tinggal dan membesar dalam rumpun keluarga anak Selangor sebenar.

Selangor perlukan pemimpin jujur yang berjiwa rakyat. Untuk itu rakyat Selangor perlu bangkit buat perubahan.

Demi Selangor yang bersih dan stabil. Kita bangkit buat perubahan.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 27/4/2023


2. Pinjaman perumahan kerajaan: Bantu atau belenggu rakyat? 

Dr Ramalan Yunus

Persidangan Parlimen Dewan Negara pada 6 April lalu menyaksikan soal jawab antara Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengenai isu pinjaman rumah.

Dalam sesi soal jawab tersebut, kedua-dua ahli parlimen tersebut sedang membahaskan tentang pinjaman rumah Skim Rumah Pertamaku yang merupakan insentif yang diamalkan oleh kerajaan yang bakal digantikan dengan Skim Pinjaman Kredit Perumahan.

Menurut pandangan kedua-dua Razali dan Akmal Nasrullah, pinjaman-pinjaman rumah sebegini diperlukan supaya dapat membantu rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dalam memiliki rumah pertama mereka.

Justeru persoalannya, adakah skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan benar-benar membantu rakyat atau mengikat rakyat dengan belenggu hutang?

Ikuti wawancara wartawan HarakahDailyIKMAL EMIR dengan pakar ekonomi Islam bebas, Dato’ Dr. Ramalan Yunus yang memperkatakan tentang hakikat sebenar mengenai perkara tersebut. Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang kewangan dan ekonomi dan juga merupakan penganalisis politik dan ekonomi bebas.

Beliau merupakan Pengerusi dan Penasihat dalam syarikat White Straits Capital Berhad yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan ekonomi secara meluas di rantau Asia, termasuklah dalam ekonomi digital.

Namun begitu, beliau lebih memilih untuk dikenali rakyat sebagai seorang penganalisis politik dan ekonomi bebas yang berjuang melawan sistem ekonomi yang berasaskan kepada riba; dan beliau adalah seorang yang amat tegas dalam isu tersebut.

HARAKAHDAILY: Dalam Persidangan Parlimen Dewan Negara ada menyebut tentang hutang rumah seperti Skim Rumah Pertamaku dan Skim Jaminan Kredit Perumahan. Pada pandangan Dato’, adakah skim-skim pinjaman perumahan kerajaan membantu rakyat atau mengikat rakyat dengan hutang?

DATO’ DR RAMALAN: Pada pandangan saya, sudah sampai masanya untuk saya bersuara dan menasihati mana-mana parti politik sekalipun supaya sebaik-baiknya menggalakkan rakyat agar tidak cenderung untuk berhutang.

Hal ini kerana kita kena faham hakikat sebenar bahawa apa sahaja jenis bentuk hutang sebenarnya hanya akan membebankan rakyat dan negara. Lihatlah apabila kenaikan kos kehidupan berlaku hasil daripada kenaikan hutang negara kita sendiri, rakyat biasa juga akan menanggung bebanan dan ditambah lagi pula dengan hutang-hutang mereka yang sedia ada seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pendidikan dan yang seumpama dengannya.

Kita semua wajib mengakui bahawa satu-satunya hutang yang bagus adalah yang merupakan apabila kita meminjam, kita dapat bayar semula hutang tersebut secara penuh dan tepat pada waktunya.

Namun, masalah utamanya adalah kerana rakyat tidak pernah diajar bagaimana cara yang betul untuk menggunakan hutang demi kesejahteraan dan kemakmuran mereka. Ini yang memburukkan lagi krisis kewangan negara kita.

Maka, sebaik-baiknya saya bersuara mengenai hal ini kerana hutang adalah ibarat senjata tajam yang mampu memberikan kelebihan kepada kita atau boleh mengancam keselamatan kita.

Oleh sebab itu, memandangkan penggunaan hutang ini bergantung kepada ilmu dan kemahiran kita untuk menggunakannya, maka jelaslah bahawa pendidikan kewangan perlu diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan.

Saya ada terbaca dalam majalah Labur di mana ada gunakan kad kredit dalam pembelian rumah lebih lebih lagi dengarnya dapat macam macam manfaat seperti cashback dan seumpama dengannya. Pada pandangan Dato’, adakah ini contoh sifat yang sepatutnya kita sebagai umat Islam amalkan?

Sebenarnya, kita sebagai umat Islam wajib tahu bahawa Islam amat menyuruh kita untuk menjauhi hutang, lebih-lebih lagi hutang yang mempunyai riba.

Seperti saya telah jelaskan tadi bahawa satu-satunya hutang yang bagus merupakan apabila kita meminjam, kita dapat bayar semula hutang tersebut secara penuh dan tepat pada waktunya. Ini jelas merupakan prinsip amalan hutang dalam Islam.

Namun, hutang tersebut mestilah tiada sebarang kadar faedah dikenakan terhadap penghutang. Walau bagaimanapun, Islam amat mengajar umatnya supaya berhati-hati dengan urusan hutang. Mengapa? Kerana amalan hutang akan membuka kepada pintu riba.

Kita sebagai umat Islam wajib tahu bahawa tidak ada sebarang dosa lain yang Allah SWT dan Rasul-Nya mengisytiharkan peperangan kecuali riba satu-satunya.

Masalah dengan hutang-hutang yang ada sekarang adalah barang siapa yang mengambil hutang maka terpaksa membayar lebih daripada apa yang dia hutang dan jelas ianya adalah riba walaupun bayaran lebihan itu adalah sekecil-kecil kuman sekali pun.

Ini kerana dalam Islam, hutang bukanlah satu perniagaan dan dilarang mengambil sebarang keuntungan dari pemberian hutang.

Bukankah Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang kepada para pengamal riba? Lihatlah keadaan ekonomi kita sekarang di mana kenaikan kos hidup yang tinggi, berlakunya pula sebahagian kecil golongan yang kaya semakin kaya, manakala kebanyakannya pula semakin miskin diikuti dengan setiap masalah politik dan sosial yang semakin buruk. Semuanya berpunca daripada riba.

Maka, sudah menjadi kewajipan untuk kita sebagai umat Islam untuk menjauhi apa jua hutang yang melibatkan riba, walau sebesar mana pun manfaat yang ditawarkan kepada kita.

Adakah hutang-hutang seperti hutang rumah, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kad kredit dan seumpama dengannya  merupakan alat kepada perhambaan?

Jawapan saya adalah ya, (fakta) walaupun hutang-hutang tersebut dilabelkan sebagai ‘Islamik’ sekalipun.

Pada hakikatnya kalau kita faham betul-betul sistem ekonomi sekarang, hutang telah digunakan oleh para kapitalis untuk menjerat manusia dan menghambakan manusia.

Ini membuktikan bahawa sistem ekonomi sebegini yang diamalkan di negara Malaysia ternyata amat berbeza dengan ekonomi Islam. Ini kerana ekonomi Islam merupakan ekonomi yang bersifat bebas dari hutang dan riba.

Apabila kebanyakan rakyat kita terbelit dengan hutang maka mereka bukan sahaja hilang kedaulatan dirinya malah juga akan terus menjadi hamba kepada pemberi hutang sehingga hutang itu dapat diselesaikan.

Paling parah adalah sekalipun orang tersebut telah meninggal dunia dalam keadaan sebegitu, bukan sahaja dia akan menghadapi masalah dengan Allah SWT di dalam kubur mengenai urusan hutang, malah di dunia ini pula hutang tersebut harus diwarisi oleh ahli-ahli keluarganya pula.

Kalau kita bahas mengenai soal menyelesaikan hutang, sebagai contoh hutang membeli rumah, ini merupakan hutang yang berpotensi untuk menjadi satu proses seumur hidup kerana sejujurnya hanya segelintir sahaja yang dapat keluar daripada hutang rumah dan ia fakta yang perlu kita semua mengambil perhatian dan pelajaran.

Mengapa rakyat kita terlalu taksub nak membeli rumah dengan macam macam hutang sehinggakan ada yang sanggup belajar rajin rajin ambil PTPTN dengan dapat kerja beli rumah yang juga guna hutang dan guna kad kredit lagi untuk hutang walaupun jelas kesemua ini riba?

Untuk menjawab soalan ini, kita kena melihat hubungan rakyat dengan hutang berserta riba itu sendiri. Apabila kita melihat semula hubungan rakyat dan hutang yang melibatkan riba dari kaca mata Islam, ini menunjukkan bahawa umat Islam pada hari ini sudah tidak beriman lagi dengan pokok ajaran Islam dan ia juga menunjukkan bahawa umat Islam pada hari ini sudah tidak takut lagi untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.

Malah, ramai juga yang sanggup menipu Allah SWT dan Rasul-Nya dengan berselindung di sebalik istilah ‘darurat’ bagi tujuan mengambil hutang yang mengandungi riba padahal hakikatnya bila Allah SWT dan Rasul-Nya berperang dengan mana-mana golongan yang mengamalkan riba, ia amat jelas bahawa tiada istilah darurat yang dapat digunakan untuk menghalalkannya.

Buktinya, masih ada sesetengah orang yang memiliki rumah besar tanpa menggunakan hutang dan riba walau sedikit pun. Malah, ada juga sesetengah orang yang rumahnya kecil atau terpaksa menyewa rumah, keretanya juga bersaiz sederhana tetapi hidupnya tenang tanpa hutang dan riba.

Ini jelas dapat membuktikan bahawa tiada alasan darurat sedikit pun dapat digunakan untuk amalan mengambil apa jenis hutang dan riba tetapi ramai orang kita sanggup menipu Allah dan Rasul-Nya dengan berselindung di sebalik istilah itu.

Fenomena ini menunjukkan bahawa iman umat Islam pada hari ini begitu nipis dan rapuh sekali. Mungkin inilah zaman yang disyaratkan oleh Rasulullah SAW dimana umat Islam itu begitu ramai namun seperti buih-buih di lautan.

Situasi ini amat menyedihkan memandangkan tidak ada kekuatan pada kebanyakan umat Islam kerana tidak berupaya menentang riba dan tunduk serta akur kepada sistem tersebut.

Tambahan pula, kebanyakan rakyat juga telah taksub dengan doktrin, kempen dan propaganda para kapitalis yang mempromosikan gaya hidup masa kini yang diluar kemampuan yang menyebabkan mereka sendiri memilih untuk taksub berhutang semata-mata untuk mengejar gaya kehidupan tersebut.

Ini menjadikan mereka terpaksa berhutang untuk membiayai gaya hidup yang dianggap sebagai gaya hidup yang normal di zaman ini.

Apa nasihat Dato’ kepada setiap masyarakat Malaysia dalam menghadapi setiap situasi sebegitu? Adakah menyewa sambil menambah pendapatan melalui perniagaan merupakan antara solusinya?

Nasihat saya kepada setiap masyarakat Malaysia adalah jauhilah hutang dan riba sama ada dalam bentuk hutang rumah, kereta, PTPTN dan sebagainya. Ini kerana riba adalah merupakan dosa besar yang kedua selepas syirik dan kita sendiri boleh lihat bahawa disebabkan oleh riba, kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi hamba hutang.

Tidak terkecuali ada juga dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang politik sendiri pun yang tersiksa akibat daripada belenggu hutang dan riba.

Itu sebabnya mengapa saya menasihatkan kepada mana-mana parti politik sekalipun supaya sebaik-baiknya menggalakkan rakyat tidak cenderung untuk berhutang dan cari alternatif yang lebih baik seperti mengajar rakyat untuk menyewa atau seumpama dengannya, yang penting tidak mengajar rakyat untuk berhutang.

Ada pelbagai cara untuk kita mengelakkan diri kita daripada terlibat dengan hutang dan Riba. Apa yang paling penting adalah untuk tidak mencari apa pun alasan untuk tidak melawan sistem riba.

Bak kata pepatah Melayu, kalau hendak seribu daya dan kalau tak hendak seribu dalih.

Memang benar ada sebahagian yang akan menyalahkan kerajaan dan ada yang akan menyalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Rosmah  Mansor atas apa yang terjadi. Serta ada juga yang menyalahkan parti politik, saya sendiri tidak menafikan perkara tersebut mungkin benar-benar terjadi.

Namun, kita jangan lupa bahawa penyebab utamanya adalah riba dan  yang mengambil hutang riba juga turut sama bersalah kerana menyumbang kepada sistem riba itu untuk terus berkembang. Ini sekaligus menyumbang kepada setiap masalah politik, ekonomi dan sosial yang sedang kita hadapi.

Oleh sebab itu, saya ingin menegaskan bahawa kita wajib melawan sistem riba walau dengan apa cara sekali pun kerana ini adalah merupakan perjuangan yang jelas berkait rapat dengan soal aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dalam al-Quran sendiri membuktikan bahawa jika benar kita orang yang beriman, maka tinggalkan segala sisa riba.

Ini jelas membuktikan bahawa orang-orang beriman yang sebenar adalah orang-orang yang meninggalkan apa sahaja amalan riba kerana sudah termaktub dalam al-Quran, bukan hanya sekadar cukup Rukun Islam dan Rukun Iman sahaja.

Ini merupakan solusi yang dapat saya berikan untuk dipraktikan dan dijadikan panduan oleh setiap umat Islam tanpa sebarang alasan pun kerana ia jelas fakta yang tidak boleh disangkal dan dipersoalkan lagi kerana  termaktub dalam al-Quran dan merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, jika masih lagi ada orang yang ingin menafikannya maka bersiap sedialah untuk menanggung akibatnya baik di dunia mahu pun akhirat kelak.

Bila kita bahas mengenai isu ini, ada pengguna kad kredit yang jenis pelanggan tak berguna (deadbeat credit card customer) iaitu jenis bayar setiap bulan tanpa gagal walau apa pun, kesannya tak bayar kadar bunga sedikitpun. Adakah Dato’ mempunyai sifat hormat kepada orang sebegini?

Memang benar bila kita bahas mengenai isu ini termasuklah riba, tidak dinafikan ada pengguna kad kredit jenis no matter what tetap dapat bayar setiap hutang kad kreditnya tanpa gagal dan hasilnya, dia tidak membayar sedikitpun kadar faedah (riba).

Sudah tentu saya amat menghormati sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan hutang mereka, termasuklah orang sebegini kerana ini menunjukkan orang tersebut mempunyai disiplin diri yang cukup tinggi dan ini memang wajar dihormati.

Kita semua sedia maklum bahawa dalam Islam, apa sahaja hutang memang wajib dibayar walau apa pun akan tetapi seperkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada umat Islam adalah bukan sekadar menjauhi hutang malah jauhilah sistem kewangan dan perbankan Riba.

Pada zaman Malaysia Madani ini sudah sampai masanya untuk umat Islam membangunkan Sistem Monetari, Perbankan dan Kewangan yang bebas Riba. Dengan hadirnya kripto dan teknologi blockchain perkara itu sudah sewajarnya diusahakan oleh umat Islam dengan kadar yang segera.

Saya juga tidak menafikan bahawa ada alternatif  lain yang ditawarkan dalam membina sistem kewangan yang bebas Riba seperti penggunaan emas, perak serta penggunaannya dalam pembinaan pasar serta seumpama dengannya.

Yang saya amat ingin tegaskan ialah apa sahaja alternatif yang dibuat seperti penggunaan kripto, penggunaan emas dan perak serta seumpama dengannya benar-benar membantu dalam membebaskan rakyat daripada setiap belenggu hutang dan riba, maka sebaik-baiknya jangan diabaikan oleh mana-mana pihak terutamanya pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 14/4/2023

Andansura Rabu menyertai flashmob bersama para petugas PERIKATAN NASIONAL bagi PRU15 DUN Tioman di Kuala Rompin, petang semalam  SOKONGAN anak muda kepada PERIKATAN NASIONAL dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu antaranya disebabkan mereka sensitif dengan isu integriti. Perkara itu disentuh ADUN Beserah, ANDANSURA RABU semasa diwawancara wartawan China Press di pejabatnya di Putra Balok, Kuantan kelmarin. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tukar segera k'jaan ini. Kini jari anda mampu me'ISIAM'kan..

Begitulah septutnya, tukar saja kerajaan sekular ini kepada kerajaan Islam seperti yang dikehendaki Allah SWT. 

Kini jari anda mampu me'ISIAM'kan.. hanya dengan mengundi PAS/PN dalam PRU kan datang.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Ini, wakll rakyat PAS/PN.. X sambut Aidilfitri keterlaluan.

 


1. Kak Lah guna dana sendiri hantar air percuma

RANTAU PANJANG: Musim kemarau sekarang menyebabkan ada sungai menjadi cetek sehingga Loji Rawatan Air (LRA) tidak dapat membekalkan air dengan kapasiti mencukupi bagi memenuhi keperluan pengguna.

Malah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menggerakkan lori bagi menghantar air ke tangki statik yang disediakan di lokasi yang menghadapi masalah bekalan air.

Usaha serupa juga dilakukan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff yang menyediakan penghantaran air percuma di kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu bagi membantu AKSB yang turut menghantar bekalan air bersih ke kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.

“Sebelum ini, AKSB menyediakan lori tangki menghantar air di kawasan yang terjejas dan terputus bekalan air.

“Kak Lah turut membantu menghantar air menggunakan lori kepada penduduk yang terputus bekalan air menjelang musim perayaan sekarang,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, keperluan bekalan air menjadi lebih terdesak apabila ramai anak perantau pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Apa yang kita buat ialah menyediakan lori tangki besar dan pam penyedut dengan mengambil air dari pili bomba sebelum dihantar ke kampung terlibat.

“Alhamdulillah, kami bersama-sama AKSB, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan penduduk kampung bertungkus lumus sejak pagi sampai petang bagi menyediakan bekalan air kepada kampung yang terjejas,” ujarnya.

Siti Zailah juga berkata, usaha itu digerakkan hasil inisiatif sendiri tanpa mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat. – HARAKAHDAILY 20/4/2023


2. Majlis sambutan Aidilfitri pusat di 6 negeri keterlaluan 

Takiyuddin Hassan

PERIKATAN NASIONAL (PN) merakamkan rasa terkejut dan ralat atas keputusan Kerajaan Pusat untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri secara bergilir-gilir di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 29 April di Kedah dan dijadual berakhir pada 14 Mei di Selangor. Selain itu, majlis turut dijadual berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei); Negeri Sembilan (7 Mei); Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).

Jika dilihat dari sudut mana pun, keputusan Putrajaya ini jelas berlebih-lebihan dan keterlaluan, malah kelihatan terlalu gelojoh dan sangat menjolok mata, selain tidak wajar dipertahankan.

Enam majlis sambutan Hari Raya di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tentulah akan mencetuskan persoalan mengenai motif dan tujuan ia diadakan.

Langkah sebegini sekiranya dikatakan untuk meraikan hari kebesaran agama serta muhibah umat iaitu Hari Raya Aidilfitri, ternyata jauh tersasar dan jelas akan tercemar.

Ini kerana ia tidak lagi boleh dipisahkan daripada motif politik dan persaingan pengaruh menjelang PRN yang bakal berlaku beberapa bulan sahaja lagi.

Retorik basi dan sumbang kononnya PAS dan sekarang ini PN adalah parti yang “menunggang agama” untuk tujuan politik nampaknya kini berbalik kepada pihak Kerajaan Pusat sendiri yang “menculik” majlis penting tahunan Islam itu bagi mencapai matlamat kuasanya.

Majlis sambutan bersiri ini juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.

Adalah lebih manis dan sopan sekiranya Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi dengan majlis masing-masing pihak kekal sebagai acara sambutan terbesar dan utama di peringkat masing- masing sebagai tanda hormat terhadap wibawa dan bidang kuasa itu.

Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.

Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan.

PN juga percaya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlebih-lebihan seperti ini sangat berlawanan dengan penyataan dasar dan komitmen Putrajaya untuk berjimat cermat bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya yang didakwa terbeban dengan hutang, salah pengurusan dan pembaziran kerajaan terdahulu.

Ini sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri di Parlimen bahawa hutang dan liabiliti kerajaan kini ialah sebanyak RM1.5 trilion atau kira-kira 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut beliau lagi, antara langkah utama yang akan diambil oleh Kerajaan pimpinannya ialah dengan menambah baik tata kelola kerajaan kerana kononnya sejumlah besar dana kerajaan hilang susulan kelemahan pengurusan dan ketirisan yang menyebabkan hutang menjadi lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.

Kata-kata hanya akan membawa makna dan kesan sekiranya ia disusuli dengan langkah dan tindakan yang sama dan senada, bukan sebaliknya.

PN juga merakamkan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya penyalahgunaan agensi dan jentera kerajaan dalam penganjuran majlis-majlis sambutan ini kerana motif politiknya sudah tidak boleh disorok lagi.

Justeru itu Kerajaan Pusat perlu memberi jaminan ia tidak berlaku, selain memastikan semua janji dan slogan tentang salah guna kuasa, penyalahgunaan jentera dan kelemahan pengurusan yang diwarwarkannya sebelum ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir semata-mata.

Dalam pada itu, PN juga terus menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan tidak profesional dan melanggar kontrak oleh stesen televisyen TV3 yang membatalkan slot takbir Hari Raya oleh Perikatan Nasional (PN) yang dijadual disiarkan oleh stesen berkenaan pada jam 10.20 malam, 21 April lepas.

Meskipun dalam e-mel yang dihantar kira-kira lima minit sebelum takbir berkenaan dijadual disiarkan, pihak TV3 memberitahu bahawa langkah itu terpaksa diambil kerana “masalah teknikal” sekali gus berjanji akan memulangkan bayaran yang telah dibuat oleh PN sebelum itu, namun sebagai sebuah televisyen ternama dan veteran dalam dunia penyiaran negara, PN beranggapan insiden itu tidak harus berlaku sama sekali.

Malah alasan “masalah teknikal” sebagai punca pembatalannya juga amatlah janggal dan tidak boleh diterima.

Justeru PN mendesak pihak pengurusan TV3 dan juga Kerajaan Pusat, terutamanya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), supaya bersikap jujur dalam isu ini, sekali gus menafikan berlakunya campur tangan politik untuk mensabotaj siaran takbir berkenaan atas apa-apa tujuan sekali pun.

Integriti TV3 dan KKD sangat bergantung kepada kesediaannya untuk bersikap telus dan profesional, terutama dalam menghormati kontrak dan janji yang dibuat secara sah dan formal.

TAKIYUDDIN HASSAN
Timbalan Setiausaha Agung PN (Ketua Whip PN)
26 April 2023 – HARAKAHDAILY 26/4/2023


3. Tiket mahal: Jangan susahkan orang Sabah, Sarawak


Setiap kali tiba musim perayaan, antara isu utama yang sering menghambat dan menghantui  warga Sabah dan Sarawak yang berada di perantauan, khususnya di Semenanjung Malaysia adalah kos penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa tidaknya, harga tiket penerbangan mencecah sehingga empat angkah. Difahamkan ia mencecah antara RM700 hingga RM5,000 seorang, bergantung destinasi yang hendak dituju. Harga ini sangat luar biasa dan mencekik darah warga Sabah dan Sarawak.

Apa tidaknya, harga tiket penerbangan mencecah sehingga empat angkah. Difahamkan ia mencecah antara RM700 hingga RM5,000 seorang, bergantung destinasi yang hendak dituju. Harga ini sangat luar biasa dan mencekik darah warga Sabah dan Sarawak.

Harga yang sangat membebankan buat orang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia sebagai pemandu lori, bas, operator kilang, pelayan di restoran dan seumpamanya yang ingin pulang berhari raya bersama keluarga tercinta. 

Beban itu juga memberi kesan terhadap  golongan pelajar yang menuntut di pelbagai pusat pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia.

Kalau di luar musim perayaan, biasanya harga tiket penerbangan hanyalah tiga angka serendah RM150 hingga RM 350 atau lebih sedikit dalam satu perjalanan untuk seorang penumpang. Jika bernasib baik boleh dapat di bawah RM150. 

Namun, beberapa hari sebelum sambutan Hari raya Aidil Fitri baru-baru ini, kita disajikan dengan pelbagai laporan media tempatan yang memaparkan ramai pelajar dari Sabah dan Sarawak mengadu kos penerbangan balik ke kampung halaman yang sangat tinggi. 

Pautan berita berkaitan: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/959283/tiket-mahal-ada-penuntut-terpaksa-beraya-seorang-diri; dan https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/959753/tiket-ditaja-zulfikar-gembira-dapat-pulang-beraya-di-kampung.

Kumpulan pelajar ini merasakan sudah tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan kehendak pihak kapitalis yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan sepuas-puasnya pada  musim perayaan ini. 

Bagi pelajar yang berjaya ‘meloloskan’ diri untuk pulang  ke pangkuan keluarga, mereka terpaksa menelan kepahitan untuk menanggung kos penerbangan ini dengan duit belanja pengajian mereka sendiri. 

Itulah wang untuk makan minum sehari-hari dan kos-kos pengajian lain yang terpaksa dikorbankan demi bertemu keluarga tersayang dalam suasana hari raya yang mulia ini. 

Bagi pelajar yang semamangnya tidak mempunyai wang saku yang cukup pula, ibu bapalah yang terpaksa mencari duit tambang di sana sini.

Jika tiada wang simpanan, terpaksalah mereka meminjam dan berhutang dengan keluarga atau rakan-rakan sekerja demi memastikan anak yang sudah berpisah lama pulang ke pangkuan keluarga tersayang di hari yang mulia ini. 

Ramai ibu bapa dalam kalangan pelajar terbabit bukanlah dari keluarga yang kaya dan berkemampuan. 

Sekadar cukup untuk menampung perbelanja rumah dan dapur bagi menyara kehidupan keluarga dan persekolahan adik beradik yang lain.

Ini isu penerbangan balik kampung, bagaimana pula kos penerbangan pulang semula ke pusat pengajian masing-masing di Semenanjung Malaysia kelak?

Isunya tetap sama, kos penerabangan tetap menggila. Golongan yang bersifat kapitalis ini terus mencekik kehidupan rakyat tanpa belas kasihan terutama para pelajar yang sedang menuntut ilmu pelbagai bidang di universiti masing-masing di Semenanjung Malaysia. 

Sehingga saat artikel ini ditulis (25 April 2023) harga tiket balik ke Semananjung Malaysia mencecah antara RM700 hingga 1,900 seorang. 

Jika orang dari golongan ’kayangan’ pun merasakan harga itu sangat mahal, sementelah pula bagi marhaen yang kurang berkemampuan. 

Dalam hal ini ,kita tidak mempertikaikan mencari keuntungan kerana ia adalah strategi biasa dalam perniagaan, namun janganlah sampai berlaku penindasan terhadap pihak lain khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.

Seolah-olahnya tiada penyelesaian konkrit untuk membantu meringankan beban golongan perantau ini. 

Saban tahun, isu yang sama tetap berulang sungguhpun sudah pelbagai desakan dan luahan rasa hati oleh perantau dikalangan pelajar dan pekerja ini kepada pihak berwajib namun tiada penyelesaian konkrit. 

Justeru, tiada pilihan lain melainkan pihak Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berkuasa di negara ini perlu mengambil tindakan pantas dan bijaksana bagi menyelesaikan isu ini dan mengekang sifat tamak golongan kapitalis ini dari terus menekan kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak tanpa simpati. 

Kalau ketika ini ada ‘Menu Rahmah’ kenapa tidak diadakan juga ‘Tiket Penerbangan Rahmah’ untuk rakyat dari golongan susah ini. 

Sementara pihak kerajaan bagi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak pula perlu mencari inisiatif bagi meringankan beban rakyat mereka di perantauan terutama buat golongan pelajar semasa pulang pada musim perayaan sebagaimana janji yang pernah diucapkan setiap kali adanya majlis ramah mesra bersama pucuk pimpinan. 

Kita  perlu menyedari bahawa rakyat, khususnya pelajar Sabah dan Sarawak jua adalah penentu masa depan negara ini.

Salam hormat.

SAHAR ABDUL MAJID
Timbalan Pesuruhjaya PAS 
Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 25/4/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimIni, wakll rakyat PAS/PN..  X sambut Aidilfitri keterlaluan.

Bahkan PN terkejut.. kerajaan pusat sambut berlebih-lebihan, gelojoh  dan “menculik” majlis penting tahunan itu bagi mencapai matlamat kuasanya.

INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

2 perkara mengenai ekonomi, & awasi DAP..

 


1. Petani tempatan gulung tikar kerajaan utama sayur import

KOTA BHARU: Ekoran persaingan sayur-sayuran yang diimport dari Thailand dan China menyebabkan pengusaha pertanian di Tanah Tinggi Lojing dan Cameron Highlands terpaksa membuang kira-kira 50 tan hasil pertanian setiap hari.

Malah mereka turut berhadapan kejatuhan mendadak harga hasil pertanian sejak tiga bulan lepas. Ia memberi kesan terhadap kos operasi, selain kenaikan harga input pertanian termasuk baja.

Bendahari Persatuan Pengusaha Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing, Mohd Rahimi Ibrahim berkata, lebih kurang 1,000 pengusaha pertanian di kawasan itu termasuk Cameron Highlands terjejas dengan kejatuhan harga sayur-sayuran.

Katanya, jika kerajaan tidak membendung gejala kemasukan sayur import ramai pengusaha tempatan bakal menutup operasi.

Menurutnya agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta datang meninjau situasi di kawasan pertanian beriklim sederhana sejuk itu.

“Harga timun hijau atau timun Jepun sekarang 30 sen satu kilogram dan tomato gred A pun jatuh RM1 bagi setiap kilogram.

“Dalam tempoh dua tiga bulan akan datang sekiranya kerajaan tidak menghentikan kemasukan sayur-sayuran import, petani di sini akan gulung tikar,” katanya di sini.

Kira-kira tiga tahun lalu mereka terpaksa membuang hasil pertanian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dan sekarang berulang lagi kejadian serupa kerana lambakan kemasukan sayur-sayuran import dari Thailand dan China.

Seorang pekerja kebun sayur, Karti Muniandy turut meminta kerajaan mengutamakan produk pertanian tempatan kerana lebih terkawal bahan kimia.

Beliau berkata kejatuhan harga sayur-sayuran tempatan berlaku kebelakangan ini kerana kerajaan tidak serius untuk membendung kemasukan produk pertanian yang diimport.

“Kerajaan nampaknya lebih penting utamakan produk dari Thailand dan China, sedangkan hasil pertanian import dipercayai ada bahan kimia tinggi.

“Sedangkan sayur dari Lojing dan Cameron Highlands lebih terkawal penggunaan bahan kimia sehingga boleh dieksport ke Singapura,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2023


2. Kelantan mohon kerajaan pusat kawal permit import 

Tuan Mohd Saripudin mengagihkan duit raya kepada pengunjung kanak-kanak sempena majlis Gema Aidilfitri PAS Dewan Undangan Negeri Selising di Padang Awam Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 24 April 2023.

PASIR PUTEH: Kelantan memohon kerajaan pusat mengawal pengeluaran permit import (AP) pertanian bagi memastikan lambakan hasil pertanian dalam negara tidak berulang.

Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, jika usaha tersebut tidak dilakukan dijangka lebih ramai petani dan pekebun terjejas.
Beliau yakin kerajaan mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan masalah tersebut, memandangkan masalah sama pernah berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.

“Kita minta kerajaan pusat melalui kementerian-kementerian terbabit supaya mengenalpasti punca lambakan ini supaya tidak menjejaskan sektor pertanian tempatan.

“Salah satu usaha yang boleh dilakukan agar AP import ini yang dibuat oleh beberapa kementerian, dapat buat kawalan ini, negeri tiada kuasa sekat benda ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Gema Aidilfitri PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang diadakan di Padang Awam Selising malam tadi di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.

Menurut Tuan Mohd Saripudin lagi, masalah lambakan hasil pertanian tempatan seperti tomato, kubis, timun batang dan sebagainya dari tanah tinggi Lojing dan Cameron Highland kembali berlaku.

“Hal itu kerana kemasukan hasil pertanian import khususnya dari Thailand dan China yang keterlaluan menjejaskan hasil pengeluaran dan pendapatan petani tempatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2023


3. DAP menyanggah Islam 

“Kit Siang mahu Umno lebih kuat dari Bersatu, PAS.

Lim Kit Siang berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai isu pembebasan Najib Razak bertujuan untuk melihat UMNO menjadi lebih kuat berbanding PAS dan Bersatu.

Veteran DAP itu berkata satu-satunya cara untuk UMNO kembali gemilang seperti dahulu ialah dengan parti tersebut kembali berpegang kepada dasar dan prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan Rukun Negara.” (Malaysiakini, 17 April 2023)

Kenyataan yang tidak seharusnya dibaca yang tersurat sahaja tanpa memahami yang tersirat, kenyataan yang dibuat tidak menyembunyikan perjuangan dan hala tuju parti DAP.

Tidak menghairankan apabila DAP yang berprinsip dan berkonsepkan sosialisme, sekularisme dan Malaysian Malaysia mengikut undang-undang tubuhnya, mengambil pendekatan pragmatik.

Justeru, perlu dilakukan muhasabah terhadap parti yang menjadi salah satu mazhab kepada asal usul falsafah Karl Marx, yang diubah suai mengikut realiti dan situasi yang berbeza dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Sebelum ini, DAP telah menyertai gabungan 55 buah parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia, sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) dalam sebuah persidangan di Zurich, Switzerland.

Adapun di Malaysia semua kumpulan kiri bersekongkol bersama DAP, termasuk kumpulan komunis yang paling ekstrem sehingga diharamkan. Setelah tidak ada tempat dalam hutan rimba, maka bersembunyilah mereka dalam DAP.

Dulu PAS bertahaluf dengan DAP dan bersama parti-parti lain dalam gagasan pembangkang berkonsepkan titik persamaan kemanusiaan yang tidak menyentuh dasar parti dan tidak terpesong hala tujunya.

Apabila PAS mencapai sedikit kejayaan dalam kerjasama itu, sehingga berjaya memerintah Kelantan dan  Terengganu, terkini memimpin Kedah pula, serta menambah kerusi di Parlimen, maka dianggapnya bahaya gelombang hijau kerana PAS mendapat kerusi terbanyak. Tafsiran yang ekstrem terhadap PAS, bukan kerana salahnya, tetapi kerana sikap menolak kebenaran secara tidak adil.

Begitulah ketidakselesaan DAP ketika PAS pernah mengatasi parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Maka, menjadi kewajipan PAS melaksanakan Islam melalui proses demokrasi berparlimen dan konsep federalisme melalui negeri-negeri yang berada di bawah kerajaan PAS dan bersuara di Parlimen berkonsepkan amar ma‘ruf dan nahi munkar.

Begitu juga beberapa dialog diadakan dengan semua pihak, khususnya kalangan bukan Islam daripada parti politik, termasuk DAP dan badan bukan kerajaan (NGO) daripada pelbagai agama. Tujuannya bagi memberi penjelasan dan menolak kekeliruan terhadap Islam secara ilmiah dan harmoni, berpandukan firman Allah SWT:

﴿ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١٢٥﴾

“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Nahl: 125)

Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ٤٦﴾

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka), ‘Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepada-Nya sahaja, kami patuh dengan berserah diri.’” (Surah al-‘Ankabut: 46)

PAS dapat membuktikan sedikit kejayaan dalam pelaksanaan Islam yang sangat terbatas. Hal ini disebabkan banyaknya sekatan-sekatan yang tidak bermoral politik demokrasi yang sebenar sehingga menyanggah prinsip federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan seperti menafikan perjanjian royalti dan lain-lain kepada Kelantan dan Terengganu.

Namun begitu, PAS berjaya mencapai banyak perkara yang positif. Antaranya menunjukkan contoh kerajaan negeri yang berintegriti, dan melaksanakan konsep adil kepada semua, sehingga dapat menembusi masyarakat bukan Islam dan berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Tiba-tiba DAP mengeluarkan kenyataan terbuka menentang pelaksanaan Islam di negeri di bawah pentadbiran PAS seperti pengharaman arak, judi dan hiburan yang berunsur maksiat kepada penganut Islam sahaja. Malah, DAP juga menentang pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 secara terbuka bersama rakan-rakannya.

Dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa undang-undang Islam hanya dikuatkuasakan kepada penganut Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap hak beragama bukan Islam. PAS mengambil al-Quran menjadi rujukannya iaitu firman Allah SWT:

﴿…فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡ‍ٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٤٢﴾

“…Oleh itu, jika mereka (orang bukan Islam) datang kepadamu, maka hukumlah antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika kamu menghukum, maka hukumlah antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al-Ma’idah: 42)

PAS berpegang kepada konsep Maqasid al-Syari‘ah dan Siyasah Syar‘iyyah dalam menanggapi realiti dan situasi masyarakat majmuk yang tidak memisahkan pentadbiran negara daripada agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanpa terhad kepada penganut agama Yahudi pada zaman Rasulullah SAW sahaja, apabila mereka menerima Sahifah Madinah yang terkenal menjadi rujukan.

DAP secara terbuka mempertahankan tafsiran sekularisme dalam perlembagaan yang tidak disebutkan dengan nyata. Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan Islam yang nyata dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa negara ini mestilah mengikut tafsiran ajaran Islam berpandukan perkataan ‘al-din’ yang terkandung dalam al-Quran.

Sekularisme mentafsirkan agama mengikut teori dan ideologi yang dibawa oleh penjajah dahulu. Tafsiran ini perlu dihapuskan setelah kita dikatakan telah mencapai kemerdekaan, termasuk kemerdekaan dari sudut kefahaman dan aqidah.

PAS berpegang kepada syarat-syarat tahaluf (persefahaman dengan pihak lain) yang dibenarkan selagi tidak melanggar dasar yang menjadi aqidah sebuah Parti Islam.

Tiba-tiba pihak DAP secara terbuka dan agresif, menyanggah perkara yang menjadi prinsip kepada perjuangan PAS, walaupun PAS tetap memilih pendekatan demokrasi melalui Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjadi hak kepada semua pihak untuk memberikan pandangan yang berbeza, tetapi DAP bertindak lebih dahulu dan beberapa kali mengeluarkan dirinya daripada persefahaman dengan hujah demi kepentingan perjuangan politiknya untuk menguasai negara. Bahkan, mereka mahu memaksa PAS mengubah dasar dan hala tujunya.

Akan tetapi, PAS dan pendukungnya teguh bersama prinsipnya tanpa mengira pasang dan surut, menang dan kalah. PAS terus beristiqamah atas prinsip demokrasi dan damai, pada masa yang sama menolak pendekatan ekstrem tanpa bermuka-muka dan berlakon dalam perjalanan politiknya.

DAP juga tidak dapat menutup pendirian politiknya yang sebenar. Hal ini demikian kerana PAS bukannya Melayu Islam yang mudah lupa terhadap Deklarasi Setapak yang memperkukuhkan pandangan DAP bahawa kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dalam proses membina negara, dan di atas prinsip ini DAP berpegang bahawa pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ hendaklah ditentang.

PAS juga tidak lupa terhadap peristiwa pendedahan sikap DAP apabila mereka menyertai himpunan kumpulan kiri di Kajang beberapa tahun yang lalu. Himpunan yang bertujuan memperingati perjuangan kumpulan Komunis menentang Jepun bersama British kerana bersama dalam Perang Dunia Kedua, dan selepasnya menentang British supaya disenaraikan dalam perjuangan kemerdekaan negara. Hakikatnya, mereka hanya mahu menukar penjajah kepada blok Timur daripada blok Barat.

Pada masa yang sama, mereka memejam mata terhadap perjuangan awal kemerdekaan oleh raja-raja dan para ulama’ menentang penjajah sejak Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511 sebelum kedatangan pendatang yang menyokong DAP. Adapun perjuangan dahulu terus bersambung bertali arus menentang semua penjajah yang datang silih berganti beberapa abad, termasuk penjajah komunis, bukannya bermula dengan Perang Dunia Kedua.

PAS tidak lupa sikap DAP yang menyanjung abu mayat Chin Peng, ketua pemberontak komunis yang membunuh ramai anggota tentera dan polis walaupun berperang pada zaman penjajah British yang mengharamkannya. Hal ini demikian kerana, menentang Komunis itu lebih utama disebabkan lebih sesat dan bahaya daripada British.

Indonesia yang tidak mengharamkan parti komunisnya pada zaman Sukarno, maka dibunuhnya ulama’ dan raja-raja. Kini, hanya tinggal Sultan Jogja dan Raja Acheh sahaja. Ini mendedahkan agenda komunis yang sebenar.  

Malah, PAS juga tidak lupa sejarah ketika penjajah melakukan tipu helahnya, ketika raja-raja ditawan dan dicabut kuasa yang berdaulat, rakyatnya pula ditipu dan dibuli. PAS juga tidak lupa ketika raja-raja dijadikan perisai manusia oleh penjajah dengan hujah menentang raja apabila melawan penjajah.

Kini, DAP dan rakan-rakannya menggunakan pendekatan yang sama seperti penjajah dahulu, mempertahankan kerajaan yang diberi nama perpaduan walaupun tiada perpaduannya, dan raja-raja dijadikan perisai manusia dengan meninggalkan konsep Raja Berperlembagaan dan dipertanggungjawab menjaga agama Islam.

PAS menarik diri daripada tindakan agresif melalui BERSIH bersama DAP dan rakan-rakannya yang tidak menunjukkan kebersihannya dalam amalan demokrasi yang sebenar. Sehinggakan, boleh mengundang campur tangan asing dalam urusan tanah air kita.

Kini, DAP mendedahkan penipuan yang tidak dapat disembunyikan lagi apabila bekerjasama dengan UMNO dengan tujuan mendapat undi Melayu Islam bagi menampung kegagalan PKR dan PAN yang kehilangan undi Melayu Islam.

Langkah yang menguji rakan-rakan UMNO, sama ada perjuangan politik kerana cari makan dan jawatan atau kerana syarat menunaikan amanah perjuangan agama, bangsa dan tanah air dengan kuasa politik.

PAS tidak boleh ditipu dan diheret keluar daripada dasarnya dan hala tuju Islamnya. Maka, PAS tidak boleh dimasukkan ke dalam dapur masakan DAP yang ada bersamanya makanan yang tidak halal, walaupun bertukar tukang masaknya atau diambil tukang masak beragama Islam.

PAS mempunyai pendekatan Islam dalam masyarakat majmuk yang tidak menghalang kalangan bukan Islam menganut agama masing-masing. Bahkan, perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam dibenarkan kepada mereka secara bertasamuh mengikut sempadan masing-masing dan bersatu dalam titik persamaan dari segi kemanusiaan sejagat.

Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada PAS bagi mengenal kawan dan lawan. Firman Allah SWT:

﴿هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡ‍ًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ١٢٠﴾

“Beginilah kamu, kamu sahajalah yang menyukai mereka, sedang mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman’, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu). Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.’ Sesungguhnya, Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)”  (Surah Ali ‘Imran: 119-120)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Ramadan 1444 / 21 April 2023 – HARAKAHDAILY 21/4/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 perkara mengenai ekonomi, & awasi DAP.

Mengapa DAP perlu diawsi? 

DAP berprinsip dan berkonsepkan sosialisme, sekularisme dan Malaysian Malaysia mengikut undang-undang tubuhnya, mengambil pendekatan pragmatik. Parti yang menjadi salah satu mazhab kepada asal usul falsafah Karl Marx, yang diubah suai mengikut realiti dan situasi yang berbeza dalam masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

Sebelum ini, DAP telah menyertai gabungan 55 buah parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia, sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) dalam sebuah persidangan di Zurich, Switzerland.

Di Malaysia semua kumpulan kiri bersekongkol bersama DAP, termasuk kumpulan komunis yang paling ekstrem sehingga diharamkan. Setelah tidak ada tempat dalam hutan rimba, maka bersembunyilah mereka dalam DAP.

Wajib tolak DAP dalam PRU di Malaysia.

 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

Begini caranya, hapuskan Melayu asal S'pura? & PMX terdesak.

 

Gambar hiasan. - Foto REUTERS

1. Singapura nafi laporan 3,500 warga asing kaya diberi kerakyatan

SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri (MHA) menafikan laporan 'mengelirukan lagi tidak berasas' kononnya 3,500 individu asing berpendapatan tinggi akan diberikan taraf kerakyatan negara itu pada tahun ini.

Memetik laporan portal berita Channel News Asia (CNA), MHA menegaskan tidak tahu bagaimana Ketua Penyelidik firma New World Wealth, Andrew Amolls, yang berpangkalan di Johannesburg, Afrika Selatan memperoleh maklumat itu.

Kenyataan Amolls itu disiarkan oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu.

"Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangka menjadi warga Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China," kata Amolls.

Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki aset kekayaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM27 juta).

Pihak berkuasa Singapura berkata, kelulusan permohonan menjadi warganegara Singapura bagi 2023 'masih belum diputuskan'.

Menurut MHA, pemberian taraf kerakyatan negara itu bergantung pada beberapa faktor termasuk manfaat yang diperoleh Singapura, perniagaan yang diusahakan di Singapura dan jumlah rakyat Singapura yang digaji.

Mereka juga harus mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat selain memberi komitmen untuk menetap di negara itu.

Laman sesawang penguat kuasa imigresen dan pusat pemeriksaan Singapura dengan jelas menyatakan, penilaian permohonan kewarganegaraan Singapura juga dibuat berdasarkan hubungan keluarga mereka dengan warga Singapura, sumbangan ekonomi, kelayakan, usia, profil keluarga dan tempoh masa menetap di negara itu.

MHA turut menegaskan, memiliki kekayaan bersih yang tinggi tidak menjamin pemberian kewarganegaraan. - AGENSI


2. PMX kian terdesak?  


RUMAH Terbuka Madani bersama Perdana Menteri di 6 buah negeri yang bakal berlangsungnya PRU Negeri adalah bukti Perdana Menteri ke-10 (PMX) amat terdesak untuk berhadapan dengan gelombang penolakan rakyat ke atas mereka.

Di mana maruah PMX selaku Perdana Menteri bagi keseluruhan rakyat di semua negeri dalam Malaysia? Kenapa hanya memilih enam negeri yang bakal berdepan pilihan raya sahaja sebagai tapak meraih sokongan rakyat? Bagaimana dengan negeri lain?

Adakah PMX serius mahu menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia atau tidak sabar untuk hilang jawatan dan hanya memimpin kerja-kerja politik bagi PH-BN dalam PRU Negeri akan datang ini?

Kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa program ini adalah dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan. 

https://www.sinarharian.com.my/article/255584/berita/politik/ini-kempen-prn-bukan-rumah-terbuka—sanusi

Program ini seperti mana kebiasaannya sifat Kerajaan Madani PMX adalah bertentangan dengan kata-kata mereka iaitu mahu melaksanakan dasar penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan. 

Mana lebih jimat: satu atau enam? Di mana pakar formula? Apakah sudah segan silu bermain angka?

Mengapa PMX tidak boleh belajar dengan PAS yang mandiri dengan premis dan dana yang diusahakan oleh ahli parti sendiri dalam usaha-usaha yang bersifat survival politik seperti ini?

Sebagai sebuah parti yang bermaruah dan berintegriti, PAS seperti tahun-tahun sebelum ini akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H di Kompleks PAS Negeri Kedah bagi tujuan menyantuni para penyokong dan pendukung PAS.

Begitu juga sifatnya penganjuran Rumah Terbuka PAS bagi peringkat negeri dan kawasan. Kesemuanya adalah 100 peratus menggunakan dana yang parti ada. 

Nasihat kami kepada PMX, bertaubatlah daripada sesuka hati menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik yang sempit. Jangan diteruskan budaya politik yang jijik dan terkebelakang seperti ini.

Kami percaya rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai sikap PMX yang dilihat hilang prinsip dan sentiasa mengkhianati perjuangan reformasi selama ini.

Pesan kami kepada rakyat di luar sana, marilah kita lakukan perubahan khususnya dalam PRU Negeri akan datang. Kita berikan pengajaran secukupnya kepada PH-BN yang merosakkan negara kita pada hari ini. 

Sekian. 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Begini caranya, hapuskan Melayu asal S'pura? & PMX terdesak.  

Menurut kenyataan Amolls, disiarkan oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu,  "Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangka menjadi warga Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China."

Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki aset kekayaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM27 juta).

Beginilah caranya, puak-puak pendatang dan pembangsat menghapuskan bangsa Melayu penduduk asal Singapura dan nusantara. Atau sama seperti masalah Melayu Pulau Pinang, sekarang

Juga saperti Zionis Israel yang merampas bumi Palestin milik umat Islam di Asia barat. Justeru, kembalilah kepada Islam penyelamat umah dan kemanusiaan.


 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

  INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails