Wednesday, May 10, 2023

Muflis Air pula.. Air Itam PP 40 hari. S'gor, sindir Sanusi.

 

Setakat 8 Mei, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala empangan Teluk Bahang pada paras 48.1 peratus. - Gambar/ Astro AWANI

GEORGE TOWN: Simpanan air Empangan Air Itam, di Pulau Pinang hanya mampu bertahan untuk 40 hari, manakala Empangan Teluk Bahang pula (146 hari) susulan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata jika hujan tidak turun di kawasan tadahan, empangan tersebut dijangka kehabisan sumber air yang akan menjejaskan ratusan ribu pengguna.
Zairil berkata, setakat 8 Mei, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala empangan Teluk Bahang pada paras 48.1 peratus.
Katanya, taburan hujan rendah di kawasan tadahan air (KTA) empangan dan penggunaan air yang tinggi menjadi dua faktor utama menyebabkan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang menurun.
"Walaupun hujan banyak tahun ini melebihi tahun lepas tetapi ia tidak hujan di kawasan betul (KTA) maka ia jadi air yang membazir kerana tidak masuk ke dalam empangan.
"Kita sudah laksana operasi pembenihan awan first round ada peningkatan tetapi ia tidak mencukupi, malah untuk Empangan Air Itam sekiranya tidak hujan ia bertahan 40 hari sahaja, ia paling kritikal..
"Selain itu, penggunaan air sangat tinggi (juga menyebabkan paras air turun)," katanya.
Zairil berkata demikian pada sidang media berhubung situasi empangan terkini di Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang pada Selasa.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, K Pathmanathan.
Menurut Zairil, Empangan Air Itam membekalkan air kepada pengguna di bandar Air Itam, Paya Terubong dan kawasan sekitarnya membabitkan kira-kira 30,000 orang.
Sementara Empangan Teluk Bahang pula membekalkan air kepada 500,000 pengguna di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Zairil berkata meskipun operasi pembenihan awan telah dijalankan di kawasan-kawasan tadahan air awal Mei lepas namun ia masih belum dapat memenuhkan kawasan empangan.
Susulan itu, pihaknya berharap operasi pembenihan awan gelombang kedua di Pulau Pinang dapat dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kapasiti air di kawasan tadahan terus meningkat.
Dalam pada itu, penduduk negeri itu diminta menggunakan sumber air dengan berhemah dan tidak melakukan pembaziran bagi memastikan tidak berlaku krisis air yang kritikal.
2. Isu air: PAIP di ambang kemuflisan? Salah siapa? 
PAIP merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang hasil pengkorporatan JBA Pahang seiring dengan dasar penswastaan yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri ke-4.

Setelah 11 tahun PAIP beroperasi sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang, pihak Pemuda PAS Pahang melihat masalah air di Negeri Pahang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Penduduk kebanyakan tempat, rata-rata merintih meluahkan kekesalan mengenai isu air yang tidak pernah selesai sementelah kerajaan yang memimpin Pahang hari ini sudah lebih 60 tahun memegang tampuk Menteri Besar.

Adakah isu hutang PAIP yang agak ketara ini menjadi antara punca utama kepada masalah air di Pahang yang belum berkesudahan?

Jika diamati laporan audit bermula dari 2019 sehingga 2021 sahaja, hutang PAIP telah mencecah RM936,643,068 yang mana RM860,462,142 adalah merupakan pemiutang dagangan. 

Bagi berlaku adil kepada YAB Menteri Besar hari ini, kita melihat hutang PAIP yang telah diaudit pada 2019 berjumlah RM630,392,796 yang mana sebanyak RM560,771,731 adalah pemiutang dagangan.

Kita menyaksikan berlaku kenaikan ketara hutang terutama kepada pemiutang dagangan dalam tempoh 3 tahun sebanyak RM299,690,441.

Sehubungan itu, pihak kami ingin mempersoalkan adakah disebabkan hutang yang sebegini banyak menjadi punca utama menyebabkan masalah air di Pahang tidak selesai?

Ke mana perginya sejumlah berbilion-bilion yang diperuntukkan untuk penyelesaian masalah air di Pahang?

Kenapa berlakunya begitu banyak hutang yang ditanggung PAIP sehingga tabungan kepada Pemegang Taruh PAIP iaitu Kerajaan Negeri Pahang setakat laporan beraudit 2021 adalah negatif RM774,642,635? Hal ini bermaksud pemegang taruh telah merekodkan kerugian atas pelaburan.

Ini salah siapa? Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab? Adakah ini punca utama kepada masalah air Pahang yang tidak berkesudahan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?

AHMAD AZLAN ABU BAKAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS 
Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 5/5/2023

3. Selangor untuk anak Selangor 

MENTERI Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi ‘selebriti’ pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Selangor Ahad 7 Mei lalu di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Selangor di seksyen 13, Shah Alam.

Ribuan rakyat berpusu-pusu mahu mendengar ucapannya dan seterusnya hampir sejam berebut untuk bergambar dengan beliau. Beliau dengan ‘sporting‘ dan bersahaja meraikan permintaan mereka.

Ternyata anak-anak muda dan rakyat kebanyakan begitu senang dan selesa dengan gaya serta kepimpinan Sanusi, mereka merasakan Sanusi seolah membawa dan mewakili suara serta isi hati mereka. Demikianlah kelebihan tokoh PAS dari Sik, Kedah ini.

Di Shah Alam, beliau menyentuh berkenaan pentingnya Selangor dipimpin oleh anak Negeri Selangor. Sama ada disedari ataupun tidak, Kerajaan Negeri Selangor hari ini dipimpinan oleh barisan kepimpinan yang kebanyakannya bukan anak jati Selangor.

Menteri Besar lahir luar Selangor dan demikian juga sebahagian besar ahli-ahli Exconya. 3 ahli Exco DAP contohnya, ketiga-tiga bukan anak kelahiran Selangor. 2 Exco PAN juga bukan anak Selangor.

Mengapa penting pimpinan kerajaan perlu anak tempatan, menurut Sanusi kerana mereka nanti memiliki citra Selangor. Dalam erti kata lain kehidupan, imej dan keperibadian mereka terbentuk di Selangor lantas mereka tahu naluri dan cita rasa anak Selangor.

Bagi sesetengah orang, mungkin isu ini tidak penting asalkan seseorang itu boleh berkhidmat dengan baik. Masalahnya tidak adakah anak Selangor yang boleh berkhidmat dengan baik di negerinya sendiri?

Selangor pernah melahirkan anak-anak Selangor yang hebat sebagai Menteri Besarnya antaranya Raja Tun Uda Raja Mohamad, Tan Sri Abd Jamil Rais, Dato Abu Bakar Baginda, Dato Harun Idris, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tetapi kini bukan hanya Menteri Besar malah sebahagian besar Exco bukan lagi anak Selangor.

Ada yang lahir di Perlis, di Kedah, di Johor, di Perak tetapi hari ini diangkat sebagai Menteri Besar dan ahli Exco untuk memimpin anak-anak Selangor.

Tiba masanya menurut Sanusi, anak-anak Selangor diberi peluang untuk berkhidmat kepada tanah kelahirannya sendiri. Ramai yang hadir pada malam itu setuju dan pasti ramai para pengundi di Selangor juga demikian.

Sanusi mengisytiharkan kiranya PERIKATAN NASIONAL menang dalam PRN Selangor tidak lama lagi, PN akan pastikan Menteri Besar dan sebahagian besar Exco akan diangkat di kalangan anak-anak Selangor.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor  – HARAKAHDAILY 9/5/2023 
Komen Weblog Ibnu HasyimMuflis Air pula.. Air Itam PP 40 hari. S'gor, sindir Sanusi.
Telah disebutkan 'Membangun bersama kasino.. Pili George Town & buli...Semuanya ini berlaku, apabila bumiputera dan Islam  tidak berkuasa di bumi sendiri. 
Kini, akhirnya terbongkar, 'tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri'. Oleh itu, solusinya kembalilah kepada Islam, berilah kuasa supaya Islam memerintah di bumi sendiri melalui peti undi. Tolaklah parti-parti perkauman, dan anti Islam, yang merugikan bangsa dan agama sendiri.

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

Tuesday, May 09, 2023

Berkenalan dengan PAS Masabuchi Kana, Jepun.. & DAP lagi!

 


1. Dr Halimah rai undangan Pegawai Diplomatik Jepun

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali meraikan undangan Pegawai Diplomatik dan Protokol, Kedutaan Jepun, Masabuchi Kana yang mahu mengenali PAS lebih dekat.

Pertemuan tersebut diadakan di restoran halal makanan authentik Jepun di sini, semalam.

Dr Halimah menerangkan PAS adalah parti yang mempunyai prinsip yang jelas, bertindak di atas kesedaran bahawa Tuhan Yang Esa Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Ahli Parlimen Kapar itu berkata, integriti dan akauntabiliti adalah perkara asas bagi PAS dan telah terbukti di bawah pemerintahan parti itu.

Katanya, pimpinan dan ahli PAS bergerak untuk kejayaan dunia hingga akhirat dan bukan memburu kejayaan dunia semata-mata.

Beliau menjelaskan bahawa PAS tegas dengan prinsip, tidak mahu berkompromi walaupun mungkin kalah atau rugi jawatan dan peruntukan.

Menurutnya, PAS telah membuktikan kebajikan dan keadilan rentas kaum di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta komited untuk melebarkannya di mana jua jika PAS terus diberi kepercayaan memimpin dan mengurus tadbir.

Bagaimanapun katanya, sedikit kelemahan yang PAS akui dalam menyebarkan maklumat tepat mengenai tata kelola baik dan kebajikan inklusif parti di seluruh negara akan diambil tindakan sewajarnya. – HARAKAHDAILY 4/5/2023 

2. Kenyataan media sokong TG Abdul Hadi sebagai PM palsu 


KENYATAAN Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan.

Harap maklum. Terima kasih. – HARAKAHDAILY 4/5/2023 

3. Kerajaan Perpaduan DAP yang pungut laba 

SEMUA DAP, dah macam Selangor dan Malaysia milik mereka.

Dari kiri ke kanan (semua DAP);

1) ADUN Banting Lau Weng San. 
2) ADUN Kinrara – Exco Ng Sze Han.
3) Menteri KPKT Nga Kor Meng.
4) Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim.

Dalam majlis ini Menteri (DAP) umumkan:

1) RM5 juta untuk projek pembangunan 77 kampung baru Cina di Selangor.

2) Skim Pinjaman Mikro Kredit baru untuk peniaga kecil warga kampung baru Cina antara RM5,000 ke RM150,000 dengan kadar faedah hanya 2.25 peratus.

3) Peruntukkan RM104 juta untuk pengindahan dan promosi pelancongan kampung-kampung baru Cina.

Syabas DAP, dominasi kukuh anda dalam Kerajaan Campuran benar-benar berbaloi.

Terima kasih Umno kerana beri peluang DAP kembali duduk dalam kerajaan.

Apa lagi yang Melayu mahu?

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 5/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berkenalan dengan PAS Masabuchi Kana, Jepun.. & DAP lagi!

Mengapa dengan DAP? Semua DAP, dah macam Selangor/Malaysia milik mereka. Senang-senang
menteri DAP umumkan:

1) RM5 juta untuk projek pembangunan 77 kampung baru Cina di Selangor.
2) Skim Pinjaman Mikro Kredit baru untuk peniaga kecil warga kampung baru Cina antara RM5,000 ke RM150,000 dengan kadar faedah hanya 2.25 peratus.
3) Peruntukkan RM104 juta untuk pengindahan dan promosi pelancongan kampung-kampung baru Cina.

Apakah PMX pun ikut jadi 'barua'DAP?

Tuan-tuan semua, marilah kita kembali kepada Islam. Blog ini mengharap dan merayu kepada pembaca-pembaca budiman terutama kawan-kawan kita yang bukan Islam supaya menyokong atau mengundi PAS/PN untuk bangunkan negara Islam yang bebas rasuah, merdeka, dan berkebajikan untuk semua agama. Insya Allah! 

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Selamat Hari Wesak -I/Hasyim'. Sami pun hadir majlis PAS. Al-hamdulillah!

 

Sami Buddha turut hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan.

1. Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha

PAS mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara yang diraikan bagi memperingati perjalanan hidup pengasas ajaran itu, iaitu Siddharta Gautama Buddha, pada peringkat-peringkat kelahiran, pencapaian pencerahan dan juga kematiannya.

Sama seperti banyak tradisi kepercayaan dan agama lain, agama Buddha berkembang daripada usaha, pemerhatian dan pengalaman seorang individu dan sekumpulan pengikutnya untuk mencari jalan keluar daripada kesengsaraan hidup manusia.

“Tidak melakukan kejahatan/keburukan, menyuburkan kebaikan dan membersihkan hati” adalah ajaran teras agama ini sebagai jalan bagi mencapai kebijaksanaan, kasih sayang dan akhirnya pembebasan daripada kesengsaraan itu sendiri.

Konsep “ahimsa” atau tidak menyebabkan kerosakan dan kecederaan terhadap makhluk, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan dunia amnya dalam ajaran Buddha pula sangat berkait rapat dengan pencapaian kesedaran dan sifat kasih sayang yang merupakan nilai yang dipandang tinggi.

PAS, sebagai sebuah parti Islam, beranggapan nilai-nilai murni seperti ini banyak yang selari dengan ajaran Islam dan jika diamalkan secara merata sangat membantu usaha dan cita-cita untuk membentuk kehidupan bersama yang lebih baik dan seterusnya melahirkan sebuah negara yang lebih unggul dan cemerlang.

PAS berharap sambutan Hari Wesak pada tahun ini berjalan dengan lancar dan selamat dalam kalangan penganut ajaran Buddha di negara ini dan ia turut memperkukuh kehidupan beragama di kalangan rakyat pelbagai kepercayaan.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 4 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 4/5/2023

2. Majlis raya PH-BN jauh berbeza dengan Aidilfitri PAS

KOTA BHARU: Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar Sabtu lepas turut dihidang dengan Himpunan Madani. Ia jauh berbeza dengan majlis serupa di Kota Bharu anjuran PAS Kelantan.

Himpunan Madani diselitkan dengan ucapan dan fitnah politik terhadap pihak lawan yang tidak mencerminkan semangat Aidilfitri, menuntut setiap Muslim bermaaf maafan dan melupakan sengketa lama.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Nawi turut bimbang himpunan di Alor Setar anjuran PH-BN menggunakan duit kerajaan.

Sedangkan majlis sambutan Hari Raya PAS Kelantan dipenuhi dengan ucapan-ucapan Hari Raya yang tiada sindiran atau provokasi politik terhadap lawan politik.

“Majlis muhibah dengan acara hari raya begitu terasa. Malah sambutan dengan pengunjung mencecah 50,000 orang tanpa mengira parti politik dan agama.

“Semua dilayan dengan mesra atas tujuan sambutan Aidilfitri. Tiada ucapan memaki yang boleh merosakkan majlis. Satu perbezaan yang cukup ketara soal tatakelola dan kematangan pengurusan program,” katanya di sini hari ini.

Semalam PH-BN menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Alor Setar yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Program serupa dijadual akan diadakan di lima negeri lagi termasuk Kelantan.

Mohd Firdaus juga berkata, nampak terlalu terdesak dan bagai kaduk naik junjung apa yang berlaku di Alor Setar semalam.

Kata beliau juga itu belum lagi diambil soal protokol pakaian salah seorang pemimpin PH yang mengenakan warna kuning dikaitkan dengan protokol istana. – HARAKAHDAILY 30/4/2023

3. Rumah Terbuka Aidilfitri gambar wajah perpaduan kaum 


KOTA BHARU: Rumah Terbuka Aidilfitri Kelantan menggambarkan wajah perpaduan kaum yang diterajui kerajaan negeri di bawah PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN).

Majlis Aidilfitri itu turut diraikan pelbagai kaum termasuk India, Cina, Siam, Thai dan Sikh yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato Md Anizam Ab Rahman berkata, sambutan Aidilfitri kali ini cukup meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum.

“Alhamdulillah ia cukup istimewa kerana memenuhi konsep perpaduan,” ujarnya ketika ditemui di rumah terbuka PAS Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Sememtara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi, mengingatkan orang ramai supaya memperbanyakkan meminum air putih di musim panas sekarang.

Katanya, cuaca panas agak luar biasa sekarang memerlukan tindakan sedemikian, di samping mengelakkan diri daripada terdedah di tengah panas.

“Esok saya jemput hadir pada majlis Aidilfitri DUN Demit yang diadakan di Binjai,” ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, pula mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa kepada mereka yang terkena musibah dalam keghairahan menyambut Aidilfitri.

Menurutnya, walaupun bergembira menyambut Aidilfitri, mereka yang diuji dengan musibah seperti kemalangan, kematian, kebakaran dan mangsa banjir jangan dilupakan.

“Marilah kita sama-sama kita memdaftar sebagai ahli Khidmat Malaysia untuk membantu masyarakat yang diuji pelbagai musibah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selamat Hari Wesak -I/Hasyim'. Sami pun hadir majlis PAS. Al-hamdulillah!

Blog ini juga mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha. Siddharta Gautama Buddha pengasasnya, dikaitkan konsep “ahimsa” dalam ajaran Buddha.

Menariknya, ada yang mengaitkan 'kenabian' seorang Siddharta Gautama. Contohnya, penafsiran Al-Qasimi terhadap QS. Al-Tin ayat 1-3 menuai banyak kontroversi. 

Beberapa pendapat ulama kontemporer yang dikutipnya mengindikasikan adanya simbolisasi Agama Buddha dalam kata al-Tin. Pemikiran semacam ini menimbulkan banyak spekulasi terutama terkait dengan status Siddharta sebagai salah satu Nabi yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Qur’an. 

Ulama nusantara seperti Quraisy Shihab dan HAMKA turut membicarakannya dalam tafsirnya. Penelitian ini bertujuan untuk menemukan pandangan Al-Qasimi melalui penafsirannya terhadap ayat-ayat kenabian dalam kitab Maḥāsin al-Ta’wīl fī al-Qur’ān al-Karīm. Penafsiran-penafsiran akan membangun sebuah konsep kenabian yang memiliki beberapa indikator sebagai standart akurasi seorang Nabi dalam Islam. 

Penelitian ini merupakan kajian kepustakaan, oleh kerana itu metode penelitian yang digunakan adalah library research. Sumber data dalam penelitian ini adalah kitab Mahasin Al-Ta’wil dan literatur lainnya yang relevan dengan fokus penelitian. Berdasarkan analisis yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa merujuk pada kriteria kenabian, Al-Qasimi memandang bahwa Siddharta Gautama tidak memenuhi kriteria sebagai seorang Nabi. 

Selain itu implikasi penafsiran surah At-Tin ayat 1-3 oleh Al-Qasimi dalam tafsirnya dapat memberikan pandangan yang berbeda terhadap idealisme antar-umat beragama. Pada tataran ini para Nabi di seluruh dunia menurut Al-Qasimi pada dasarnya mengajarkan nilai sama, yakni kebenaran universal yang diakui seluruh umat manusia. 

'Kesadaran akan adanya kebenaran universal tersebut diharapkan akan mewujudkan tercapainya perdamaian dan kesatuan umat manusia tanpa ada diskriminasi apapun.' Demikian kata kunci: Tafsir, Kenabian Siddharta Gautama, Buddha, Al-Qasimi, dipapar dalam blog ini sebagai penghomatan kepada Agama Buddha tersebut.

Penutup: Akhinya blog ini mengharap dan merayu kepada pembaca-pembaca budiman terutama kawan-kawan kita yang beragama Buddha dan se aliran dengannya menyokong atau mengundi PAS/PN untuk bangunkan negara Islam yang bebas rasuah, merdeka, dan berkebajikan untuk semua agama. 

Insya Allah! 

  INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung..

Monday, May 08, 2023

Harapan Rakyat dalam blog ini... Insya Allah!

Bersangka baik terhadap ujian daripada Allah

8 comments:

1. Anonymous said...

Mudah2an Allah subhanahu wata'ala takdirkan Selangor, N9, P.P dapat dikuasai oleh PN, dan tiga lagi Negeri kekal dengan pentadbiran PN.
Dan mudah2an selepas itu Perak dan Pahang beralih ke PN serta Serawak ikut join PN bersama2 dengan Sabah.
Amin ya Rabbil 'Alamien.


2 Anonymous said...

(Video) UMNo jangan nak memacam..!!!

'UMNo menumpang kasih sayang DAP@LeeKwanYew",.. kata Mat Hassan..!

"UMNo bukan tuan...macai saje", kata Mat Asan kah kah kah..!!

https://youtu.be/8njcyklsd0I

Kit Siang UMNo kena kuat semola....!!!
Ahlul UMNo skliannn haaah tepokkkkk..!!

Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew di Singapork sanun melalui proksi nya iaitu DAP... Hingat tu..!!

3 Anonymous said...

Bila gagal bantu petani miskin, penoreh getah, para nelayan dan golongan B40 yang lain, kenapa pula nak salahkan hartawan Melayu... ish..ish.. kerjanya asik tuding jari je, pemimpin apa macam ni?

4 Anonymous said...

Dahulu selalu guna nama Yusof Qardawi, kemudian selalu sebut2 petik2 nama Erdogan... ish..ish.. binalah kekuatan sendiri, generate idea2 sendiri, tak usahlah guna nama2 besar ni untuk nampak diri tu hebat? Walhal dah lebih 100 hari, apa deliverables pun takde? Yilekkkk!!!

5 Anonymous said...

Lepas ni beliau ini akan terus disanjung oleh komunis dapig. Kena tanya juga berapa beliau dapat komisyen. Lenyap sudah ingatan pada petani, nelayan, pesawah yang miskin miskin. Beliau tidak lagi berkhidmat untuk bangsa melayu. Berapa banyak royalti ditibai untuk bangunkan pulau pinang.

Anak beliau jadi penasihat ekonomi. Walaupun tewas tidak dikehendaki. Yang korup beliau masih pertahankan. Yang rasuah sex dipertahankan. Masih jadi anggota perpaduan. Yang bermasalah tidak dipecat. Membusuk di balik madani dan rahmah.

Beza dengan pas. Yang bermasalah terus dipecat. Tidak layak memerintah. Menyerlah cahaya keamanan. Sinar untuk tidak berlaku rasuah, tidak berlaku salahlaku sex, tidak berlaku lanun lanun. Sinar untuk petani, nelayan, pesawah.

6 Anonymous said...

Fakta terkini pinjaman cagar KWSP ....

34,643 layak terima pinjaman peribadi RM722 juta bakal miskin tegar selepas buat pinjaman bercagar wang KWSP

Sebanyak 74,392 permohonan diterima di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) setakat 14 April 2023, dengan 34,643 daripadanya adalah permohonan yang layak dengan jumlah RM722 juta, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dari Bank yg pernah Zahid jadi Pengerusi Bank semasa ketua pemoda UMNo dolu dolu...

Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan.

Puak-puak kayangan ini hidup senang lenang itu tak merasai apa yang mereka di bawah rasai.

Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?

Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak?

Sebab tidak faham keluar kata-kata keji. Orang nak jalan kaki pun mereka permainkan. Konon boleh masuk Olimpik dan sebagainya.

4% dikenakan semasa buat pinjaman cagar wang KWSP setelah perjanjian pinjaman dibuat bila wang KWSP buat cagaran... 4% bukan 1% bukan , bukan 2% saya ulangggg 4% bunga bank kenakan..!!

Kalau pinjam 50K bila peminjam tak bole bayar Maka wang KWSP sebanyak 50 ribu itu akan diambil oleh pihak Bank bersama bunga 4% akan dikenakan lagi..

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan berkata KWSP menjangkakan jumlah permohonan FSA2 akan terus meningkat, lebih-lebih lagi setelah Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN MyRinggit Insan-i pada Sabtu.

Otak menteliti menteri Kewangan PMx cakap tak serupa bikin.. Ini ke menteri Kewangan terbaik Asia...!?

Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri

Permohonan 74,392 yang diterima bakal dimiskin kan lagi untuk org Melayu yang dah sedia miskin

Kah..kah.. kah.. Bahana bila otak letak kat jubo..

Saya ulangggg...!!

7 Anonymous said...

Majlis jamuan hariraya yang guna duit kerajaan kini menjadi medan sembang kari untuk berpolitik? Terang2 salahguna kuasa dan wang rakyat!!! Mana Bershit ni? SHIT betol Bershit ni...

8 Anonymous said...

Adakah melayu mudah lupa. 60 tahun parti kris berlakon. Akhirnya terbongkar kepalsuan.

Kini bmx berjanji lagi. Tidak tergugat kandungan perlembagaan kononnya. Belum apa apa bantuan sekolah swasta cina lulus. Psi lulus. Lrt lulus.

Sedangkan masalah air kelantan tidak dibantu. Sekolah tahfiz tiada kesungguhan. Jangan terpedaya dengan pidato yang kelihatan meyakinkan. Tapi dihakis hak orang melayu. Jahiliah makin diserlahkan.

Jangan korbankan untuk 60 tahun lagi. Enough is enough.

DAP & Projek LRT. Baiknya orang Melayu PTM..

 

Loke berkata, secara prinsip Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih pelaksanaan LRT daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan projek itu dimulakan dengan segera. - Gambar fail

PERMATANG PAUH: Kerajaan Persekutuan secara prinsip mengambil alih pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan projek itu dimulakan dengan segera, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan membiayai projek berkenaan, namun modul dan mekanisme berkaitan pembiayaan perlu dibincang dan diperincikan terlebih dahulu sebelum projek itu dimuktamadkan.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan pusat hanya membiayai projek LRT dan ia tidak melibatkan projek tambak laut.
"Kita akan fokus pembinaan sistem LRT. Satu keputusan prinsip telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk membiayai projek ini... tapi dari segi model pembiayaan, dari segi mekanisme pembiayaan, itu perlu dibincangkan dan diperincikan.
"Sebab ada melalui dana daripada pembangunan ataupun off budget atau cara pembiayaan melalui PTP sebagainya... itu perlu kita perincikan lagi.
"Jadi itu belum kita muktamadkan, yang penting ialah Kerajan Persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan projek ini di bawah tanggungjawab Persekutuan," katanya.
Mengulas lanjut, Loke berkata, pihaknya juga mempertimbangkan pembinaan depoh Transit LRT di pulau yang akan ditambak dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seperti dicadang dalam laporan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melahirkan rasa gembira dan menyifatkan projek LRT itu sebagai hadiah terbaik Aidilfitri buat rakyat dan negeri Pulau Pinang .
Katanya, rancangan Projek LRT dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Bayan Lepas sudah diusahakan sejak 2015 meskipun menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri.
"Ini adalah hadiah Aidilfitri terbaik untuk rakyat Pulau Pinang selepas sekian lama mengharungi halangan berliku, banyak dugaan termasuk bantahan daripada rakyat dan NGO namun akhirnya semua cabaran dapat diatasi apabila Kerajaan Persekutuan terbuka melihat keperluan kita untuk membangunkan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh pada Sabtu
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan menambah dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek LRT di negeri itu.
Katanya satu pertemuan dengan kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan skim pelaksanaan projek terbabit.
2. Kerajaan setuju tambah dana bangunkan projek LRT Pulau Pinang - PM Anwar 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada orang ramai pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di UiITM Cawangan Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA

PERMATANG PAUH: Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk menambah dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui skim khas bagi melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah itu berupaya membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang disifatkannya sebagai keterlaluan, sejak lebih sepuluh tahun yang lalu di negeri itu.
Tambah beliau, pertemuan membabitkan kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri juga akan diadakan seawal minggu hadapan bagi membincangkan secara terperinci berhubung skim bagi pelaksanaan projek terbabit.
"Jemaah Menteri, (termasuk) Menteri Pengangkutan sudah berikan persetujuan secara prinsip, semalam saya ada pertemuan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan pegawai Kementerian Kewangan untuk mencari kaedah yang terbaik.
"Dalam tempoh satu dua minggu kita akan ada pertemuan dengan Kerajaan Pulau Pinang untuk kita adakan skim yang benar-benar cukup kerana peruntukan itu agak besar, jadi (ianya adalah) berbentuk pinjaman, dan perlukan campur tangan kerajaan Persekutuan supaya (ia) dapat disegerakan," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Aidilfitri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, di UiTM Permatang Pauh, pada Sabtu.
Tambahnya lagi, pengumuman berkenaan juga dilihat mampu meredakan pelbagai isu atau kontroversi yang terkait dengan kerajaan Pulau Pinang termasuk Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).
Anwar turut menzahirkan kepercayaan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi menangani isu yang berbangkit dengan langkah langkah yang diambil dalam memberi kebaikan kepada semua pihak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP & Projek LRT. Baiknya orang Melayu PTM..
Begitulah baiknya orang Melayu atau Bumiputera di Persekutuan Tanah Melayu (PTM), memberi keutamaan kepada puak keturunan pendatang bangsat di negara sendiri. Beruk di hutan disusukan anak kelaparan ditinggalkan.
Justeru, kembalilah kepada keadilan Islam yang dibawa oleh PAS/PN.

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails