Friday, May 19, 2023

Wahai Nelayan kenangkan Tuhan.. Ini..

 


1. Korek muara bantu nelayan keluar menangkap ikan  
Mohd Adanan Hassan

KOTA BHARU: Kesukaran kira-kira 100 nelayan untuk keluar ke laut bagi menangkap ikan disebabkan muara cetek turut mendapat perhatian wakil rakyat.

Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, bagi pelan jangka pendek kerajaan negeri akan berusaha mengorek pasir yang menyukarkan nelayan ke laut mencari rezeki.

Bagaimanapun katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan dicadang mendapatkan peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala kedalaman muara tersebut.

“Kerja-kerja penyelenggaraan sungai perlu dilaksanakan secara berterusan terutama selepas banjir melanda.

“Cadangan nelayan untuk bina benteng pemecah ombak itu perlu kelulusan kerajaan pusat kerana ia memerlukan peruntukan yang besar,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kira-kira 100 nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang sukar keluar ke laut kerana muara cetek.

Adanan juga berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang besar untuk membina benteng pemecah ombak sebagaimana dicadangkan nelayan.

“Oleh itu kerajaan pusat dicadang menyenaraikan projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi mengatasi masalah yang dihadapi nelayan sejak lima tahun lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2023 


2. Muara sungai cetek sukar nelayan cari rezeki 


TUMPAT: Muara sungai cetek dan berlumpur menyukarkan kira-kira 100 nelayan di beberapa kampung untuk keluar ke laut bagi mencari rezeki.

Masalah itu dihadapi nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang yang berlaku sejak lima tahun lepas.

Seorang nelayan Mohd Asri Abdullah, 49,,dari Kampung Pantai Suri berkata, masalah tersebut berlaku sejak lima tahun lalu dan terus berulang selepas musim tengkujuh.

Katanya, pasir yang dibawa ombak kuat pada musim tengkujuh menyebabkan muara menjadi cetek ketika musim kemarau.

“Kami mencadangkan kerajaan membina benteng penahan ombak bagi menghalang kemasukan pasir secara berterusan setiap kali musim tengkujuh sehingga menjejaskan kedalaman sungai.

“Ombak besar pada musim tengkujuh membawa sekali pasir ke muara sungai. Pada pandangan kami kalau ada benteng pemecah ombak, pasir yang dibawa ombak tidak lagi mendap di muka kuala,” katanya ketika ditemui di sini.

Aziz Ismail, 57, (foto bawah) dari Kampung Kuala Besar memberitahu kuala yang terletak di Kampung Pulau Nik Mat merupakan laluan utama penduduk dan nelayan untuk ke Tumpat.

Menurutnya kuala tersebut hanya boleh dilalui ketika air pasang menggunakan fiber kecil bagi mengurangkan risiko terlanggar beting pasir.

“Tetapi musim kemarau sekarang tidak boleh lalu langsung. Kami meminta kerajaan bina benteng pemecah ombak bagi mengelakkan pasir masuk ke kuala sungai,” ujarnya.

Katanya juga buat sementara waktu nelayan terpaksa menggunakan laluan jauh sehingga tiga jam untuk sampai ke laut melalui Pulau Beluru, Pulau Renjuna, Pulau Dollah dan Kuala Besar. – HARAKAHDAILY 17/5/2023 

3. Hibur Hibur Sikit

Nelayan oleh Orkes El-Suraya.



OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek



Q-Genz 巧千金] Ikan Kekek -- 小小美人鱼 (Official MV)




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai Nelayan kenangkan Tuhan.. Ini..

Nasyid Nelayan yang dipersembahkan oleh Orkes El-Suraya di atas ini antaranya menyebutkan:

"Wahai nelayan di tengah lautan, siang berpanas malam berembun, wahai nelayan kenangkan Tuhan, siang dan malam mohonkan ampun."

Bagaimana sebenarnya untuk memohon keampunan Tuhan dan mensyukuri nikmat Nya? Sokonglah perjuangan untuk menegakkan kerajaan Islam di negara ini. Undilah PN dalam PRU di Malaysia.

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Thursday, May 18, 2023

DAP takut Presiden PAS. Jepun-AS. Jom tukar!

 


1. Takut sungguh DAP dengan Presiden PAS

HARI ini, Lim Guan Eng kata Presiden PAS ancaman kepada kestabilan kerajaan madani. Dia ajak rakyat ramai-ramai buat laporan polis terhadap Presiden PAS.

Mengapa DAP takut dan gelabah sangat ini? Hebat sungguh aura Tok Guru, hanya dengan tulisan artikel sudah menggetarkan hati PH.

Bukan ke kerajaan kononnya ‘perpaduan’ itu dibentuk dengan sokongan 2/3 majoriti iaitu 148 kerusi Dewan Rakyat? Sekarang sudah tidak cukup jumlah ke sampai menggelabah cacing kepanasan begitu?

Adakah DAP menyangka rakyat Malaysia khususnya orang Melayu-Islam sudah lupa dengan episod duka 22 bulan PH mentadbir dulu?

Ingat kami dah lupa berapa banyak kenyataan pemimpin DAP yang mempertikaikan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?

DAP sibuk menyerang PAS tetapi berdiam diri sunyi sepi dalam menyatakan pendirian DAP berkenaan pembebasan Najib melalui Pengampunan Diraja.

Sudah bersih dan sesuci embun pagi ya semua apabila sudah berkahwin paksa antara BN-Umno dengan PH?

Tidak kedengaran lagi laungan tangkap penyamun, perompak dan pensakau.

Sesungguhnya, lagu Keramat Hoi Ya Hoi tangkap perasuah juga sudah tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 11/5/2023


2. Jepun X takut AS, X pindah kedutaan ke Baitulmaqdis 

Diterbitkan:  May 3, 2018 5:03 PM Dikemaskini: 5:07 PM

GLOBAL | Dua minggu sebelum AS memindahkan keduataannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai langkah mengiktiraf Israel, Jepun mengambil tindakan yang bertentangan.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sebaliknya menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas dab memaklumkan bahawa Tokyo tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan AFP semalam yang memetik media tempatan, keputusan itu dimaklumkan oleh Abe kepada Mahmud dalam satu pertemuan.

"Kami tidak akan memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis," kata Abe dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa. GLOBAL | Dua minggu sebelum AS memindahkan keduataannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai langkah mengiktiraf Israel, Jepun mengambil tindakan yang bertentangan.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sebaliknya menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas dab memaklumkan bahawa Tokyo tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan AFP semalam yang memetik media tempatan, keputusan itu dimaklumkan oleh Abe kepada Mahmud dalam satu pertemuan.

"Kami tidak akan memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis," kata Abe dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

AS di bawah teraju Presiden Donald Trump dijadual memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini.

Keputusan itu merupakan langkah mengiktiraf bahagian timur bandar itu sebagai ibu kota Israel yang menyebabkan kemarahan rakyat Palestin.

Sementara itu, perdana menteri Jepun itu dilapor mengulangi sokongan negaranya terhadap pembentukan negara Palestin yang merdeka dalam rangka penyelesaian dua negara.

"Mahmud menyatakan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan oleh Abe kepada rakyat Palestin dan memaklumkan perdana menteri Jepun itu bahawa rakyat Palestin bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan proses keamanan yang diusahakan masyarakat antarabangsa berjaya dicapai.

"Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan mengikut undang-undang antarabangsa dan menjamin pembentukan negara Palestin," kata Mahmud yang dipetik oleh Wafa.


3. Kilang haram di Bukit Ibam?   

MENGAMBIL maklum bahawa terdapat sebuah kilang beroperasi di Bukit Ibam yang menjalankan kerja membakar bateri.

Asap pembakaran telah terhidu hingga ke perkampungan Orang Asal Buluh Nipis dan dikhuatiri terjadi pencemaran udara.

Bimbang juga hasil pembuangan ini mengalir ke sungai terdekat.

Adakah kilang ini beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Ibam? Apakah tidak ada tindakan daripada Jabatan Perhutanan?

Maklumat daripada orang tempatan bahawa kilang ini pernah disita oleh Jabatan Alam Sekitar, tetapi kini beroperasi semula.

Pihak berwajib perlu mengambil serius terhadap isu ini kerana berkemungkinan membahayakan penduduk setempat dan yang lebih malang lagi Hutan Simpan Bukit Ibam boleh diceroboh sesuka hati oleh pihak atau dalang-dalang tertentu.

Jika kilang ini beroperasi dengan melanggar kesalahan tertentu, kita minta disita dan diheret mereka ini dengan hukuman setimpal.

Pemuda PAS Rompin akan bertindak lebih agresif jika perkara ini tidak diselesaikan oleh pihak berwajib.

Sekian,

PEMUDA PAS KAWASAN ROMPIN
12 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 12/5/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP takut Presiden PAS. Jepun-AS. Jom tukar!

Ertinya, kerajaan Malaysia tak takut kilang haram di Bukit Ibam? Maklumat daripada orang tempatan bahawa kilang ini pernah disita oleh Jabatan Alam Sekitar, tetapi kini beroperasi semula.

Pihak berwajib perlu mengambil serius terhadap isu ini kerana berkemungkinan membahayakan penduduk setempat dan yang lebih malang lagi Hutan Simpan Bukit Ibam boleh diceroboh sesuka hati oleh pihak atau dalang-dalang tertentu. 

Sehingga Pemuda PAS Rompin akan bertindak lebih agresif jika perkara ini tidak diselesaikan oleh pihak berwajib. Kerajaan ada tapi takut bertindak, buat apa?

Tukar saja kerajaan begini!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

Azan: Kita di negara komuniskah? Cina ikut perangai keling..

 


1. Terdapat isu azan di Pulau Pinang 

KHABARNYA, pihak pengurusan bangunan Tri Prinnacle, Tanjung Tokong Pulau Pinang mencadangkan bahawa speaker azan diletakkan di dalam surau dan bukannya di luar.

Hal ini mengundangkan kemarahan sahabat-sahabat beragama Islam.

1. Dah 30 lebih tahun saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

2. Agama Islam adalah Agama Persekutuan.

3. Laungan azan ini adalah elemen yang antara paling penting dalam Islam, dan menjadi salah satu elemen penting dalam maksud ‘Malaysia’. 

4. Kita sepatutnya hormati ibadah azan walaupun anda terasa terganggu disebabkan keistimewaan kedudukan agama ini di Malaysia atau mana-mana negara yang mengagungkan Islam sebagai agama negara itu. 

5.1 Saya pernah duduk berdekatan tokong Buddha, pagi-pagi pukul 4, 5 sudah main loceng dan baca sutra. Jiran-jiran Muslim tidak bising.

5.2 Saya pernah duduk berdekatan kuil India, pagi-pagi dah main loceng, jiran-jiram Muslim tidak mengadu.

5.3 Banyak upacara pengebumian yang tutup jalan. Jiran-jiran Muslim tidak mengadu.

6. Azan sebagai elemen ‘Malaysia’ ini, kita harus hormati, tambahan pula agama Islam adalah Agama Persekutuan. Dekat Arab, bila azan dilaungkan, semua aktiviti henti. 

Kita sepatutnya saling hormat menghormati, dan bukannya menuntut untuk dihormati sahaja.

ULASAN APEK CINA – HARAKAHDAILY 16/5/2023


2. Kenapa PMX bersungguh alu kedatangan Coldplay? 

SAYA membesar dengan band Coldplay ini. Daripada lagu Yellow sampailah Hymn For The Weekend semua kita layan. 

Daripada keasyikan falsetto Chris Martin yang diadun dengan muzik rock, sehinggalah Coldplay hilang identiti dipukul badai pop moden.

Yalah, dah industri muzik evolve ke arah itu, nak survive kenalah adapt. Lantak dialah bab itu.

Cuma tindakan mengalu-alukan Coldplay ke Malaysia ini saya sangat tak setuju. Chris Martin itu adalah pendukung tegar LGBT. Tiap kali perform, mesti ada saja bendera pelangi itu berkibar.

Hairannya (sebenarnya tak hairan pun), Perdana Menteri ke-10 (PMX) bersungguh greet Coldplay itu.

Dah teruja sangat pejuang LGBT itu nak sebar budaya songsang dalam masyarakat Malaysia apa hal? Geram weh…!

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 11/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Azan: Kita di negara komuniskah?

Cina ikut perangai keling, dia pukul kita dia menangis, dia kata kita pukul dia.'. Porrah!

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Wednesday, May 17, 2023

Ini, amaran untuk Kit Siang & Chong Eng..

 


1.  Negeri Malay-Belt mundur: Jawapan buat Kit Siang

3 HARI lepas Lim Kit Siang ada menulis;

“Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 — adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?”

Jawapan untuk Lim Kit Siang adalah, pembangunan di negeri-negeri pembangkang pada kadar yang rendah adalah kerana diskriminasi pemerintah. 

Sebelum ini berlaku sekatan peruntukan kepada negeri majoriti Melayu ini dilakukan oleh BN, yang dahulunya ditentang oleh Lim Kit Siang juga, kini telah menjadi teman rapat. 

Akhirnya apa yang dilakukan oleh BN dahulu, seakan-akan diulangi oleh PH yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX), kawan baik Lim Kit Siang. 

Hinggakan Menteri Besar Terengganu terpaksa bersuara dengan penuh kesopanan di depan PMX dalam Majlis Raya Madani di Terengganu semalam, menyampaikan harapan rakyat agar Dana Khas Kerajaan Persekutuan (royalti) diturun mengikut jadual. 

Lazimnya duit DKKP akan disalurkan pada bulan Mac dan September, malangnya, hingga kini bulan Mei masih tiada yang disalurkan. 

Apakah kawan baik Lim Kit Siang, PMX mahu mengulangi apa yang BN lakukan?

Jika ya, maka jawapan kepada persoalan Lim Kit Siang, yang menyebabkan negeri-negeri Malay-Belt ini mundur adalah diskriminasi pemimpin peringkat Persekutuan. 

Jika benar Lim Kit Siang betul-betul prihatin terhadap negeri-negeri Malay-Belt ini, beliau perlu nasihatkan PMX agar segera salurkan hak milik rakyat Terengganu.

Janganlah hanya membela negeri-negeri PH sahaja. Lihatlah juga negeri-negeri lain sebagai pembangkang. Hormatilah pilihan rakyat yang tidak memilih PH dan BN, barulah anda layak bersuara dan digelar negarawan.

MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ
Ketua Penerangan Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 15/5/2023


2. Bila Chong Eng dijulang di Dewan Merdeka 


CHONG Eng ini dulu pernah mendakwa bahawa sebagaimana kaum Cina dan India, orang-orang Melayu juga kaum pendatang.

Satu penghinaan terhadap istilah Tanah Melayu yang pernah kita guna untuk mentakrifkan tanah air bertuah ini.

Itu dulu, hari ini Chong Eng dan partinya dengan bangga melangkah masuk ke Bangunan Umno di WTC dan mendakwa Umno dulu lawan hari ini kawan.

Inikah perpaduan ummah yang Presiden Umno mahu dan cari-cari? 

Menolak dan memandang jijik tangan-tangan umat Melayu yang hari ini diwakili PAS dan BERSATU melalui PN.

Mulai hari ini sehari selepas tanggal bersejarah 13 Mei, terbukti perjuangan memartabatkan nasib dan masa depan umat Melayu Islam tidak lagi digalas Umno.

Tetapi dilepaskan kerana DAP, PKR, PAN lebih mulia dan utama di mata Presiden Umno dari 74 kerusi Melayu atau Bumiputera yang diwakili PN.

Campaklah keluar lagu keramat ‘Anak kecil main api’ 

Terbukti benarlah rangkapnya yang berbunyi:

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Moga sahabat-sahabat dan pimpinan dalam Umno yang masih jujur cintakan perjuangan keramat menyatupadukan ummah segera bangkit menuntut perubahan.

Sesungguhnya yang mahu ‘bunuh’ matikan Umno bukan PAS bukan BERSATU tetapi mereka yang sepentas dengan Presiden Umno di WTC hari ini.

Terbang merbah kesarang kedidi,
Terbang kedidi ke tanah rata,
Tergadai maruah kerana budi,
Tergadai budi kerana harta.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, amaran untuk Kit Siang & Chong Eng..

Menurut kajian dalam PRU14, masih terdapat sekitar 50% orang Melayu sokong Umno. PRU15, sokongan turun ke sekitar 30%. Selepas Umno bekerjasama dengan DAP pasca PRU15, sokongan orang Melayu  berkurang separuh lagi. 


Dalam satu kajian terbaharu dilaporkan, orang Melayu masih menyokong Umno atas sebab-sebab ‘nostalgia’. Mereka menyokong kerana masih mengenangkan jasa Umno pada masa lampau. Itu sahaja. Yang tidak menyokong pula marah kepada Umno kerana membelakangi resolusi parti, untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP. ‘No Anwar, No DAP’.   

Jadi, kerjasama Umno dengan DAP di dalam PH menghakis saki-baki keabsahan kaum yang masih ada pada Umno. Sementara keabsahan prestasinya pula telah lama tiada. Ianya akan teruji dalam PRN di 6 negeri nanti. Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan Umno akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang. 

Apa lagi jika Umno bertanding dalam satu pasukan dengan DAP dalam PRN nanti. Separuh daripada sokongan yang berbaki itu pun berkemungkinan akan hilang. Anthony Loke membuat kenyataan yang dia berharap Umno akan menang besar dalam PRN akan datang. 

Lihat "Doa Antoni Loke, "Ohh tohan kau menangkan lah UMNo..."

Rupanya ini isyarat kepada penyokong-penyokong DAP supaya menyokong Umno. Kerana dia tahu Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. Dia bimbang jika Umno kalah, dan PH juga akan kalah. Akhirnya Umno akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihan raya. 

Akan sampai satu masa, Umno akan minta bertanding di kawasan-kawasan yang ramai penyokong DAP, samalah seperti di zaman kegemilangan Umno dahulu, MCA dan MIC bergantung kepada sokongan Umno untuk menang pilihan raya. 


Maka saya bersetuju kenyataan MARZUKI MOHAMAD Harakah hari ini, 

"Tanpa disedari, DAP sedang membunuh Umno secara lembut. DAP is killing Umno softly. Kerjasama Umno dengan DAP menyebabkan Umno semakin hilang keabsahan politiknya di mata orang Melayu, termasuk penyokong-penyokong akar umbi Umno sendiri. 

"Tanpa sokongan asas orang Melayu, Umno hilang keabsahan politiknya dan hilang nilainya dalam politik Malaysia."

Semoga dengan undi tuan-tuan semua, Islam akan kembali gemilang di Malaysia. Insya Allah!


INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails