Friday, June 02, 2023

Tentang 'barua' komunis China di M'sia.. Ini dia!




Ini lah gambar Lim Kit Siang semasa muda Komunis Bintang Tiga. (bawah)

1. Lim Kit Siang tekan ‘panic button’


PEMIMPIN Veteran DAP Lim Kit Siang pada 15 Mei 2023 telah mencadangkan kepada Kerajaan Perpaduan untuk menghulurkan salam kerjasama kepada PAS.

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) jawab dengan jelas PAS sedia jumpa sesiapa sahaja termasuk Anwar Ibrahim. 

Namun Tan Sri TGHH menegaskan keterbukaannya itu mestilah tidak lari dari prinsip, matlamat dan perjuangan PAS. Tan Sri TGHH turut mengesahkan dihubungi beberapa kali dengan tawaran bersama Kerajaan Perpaduan. 

Melihat saranan ini datang daripada manusia yang menganggap PAS sebagai musuh ketat dan sentiasa menjadikan PAS sebagai modal politik, kita perlu ‘Read between the lines’ kenapa tawaran ini dilontarkan. 

Pertamanya, tawaran ini adalah bukti Kerajaan Campuran PH-BN sudah mengesan bakal kehilangan sokongan Melayu Islam secara total dalam PRN. Maka panic button ditekan dan Lim Kit Siang dihantar untuk selamatkan keadaan. Bayangkan PH kehilangan 4 atau 5 negeri dalam PRN termasuk Selangor. Bukankah itu mimpi ngeri pimpinan PH?

Sekiranya dilihat pada PRU15, PKR hanya memiliki 30 kerusi dan hanya 19 kerusi Melayu. Ini menjadikan Kerajaan PH-BN adalah kerajaan majoriti bukan-Islam. 

Pada PRU15 PH dan BN juga mencatatkan kehilangan sokongan pengundi Melayu. Ini merupakan keputusan walaupun Zahid Hamidi berhempas pulas menafikan hubungan sulit dengan Anwar Ibrahim (yang kemudian dikantoikan oleh Saifudin Nasution).

Pada PRN kali ini, Umno akan secara rasmi bertanding sebagai satu koalisi dengan PKR dan DAP. Ini sudah tentu akan menyebabkan sokongan Melayu terus terhakis dari PH-BN dan PN akan mendapat manfaat besar swing undi Melayu ini. 

Terdapat kajian yang menjangkakan Umno akan kalah semua kerusi dan hilang deposit di kebanyakan kerusi ditandingi. PH pula akan hanya ‘survive‘ dengan kerusi Cina.

Pada PRU15 PN mendapat 69 peratus undi Melayu meningkat dari 32 peratus pada PRU14. BERSATU juga meningkat dari 20 peratus pada PRU14 ke 48 peratus pada PRU15. Ini menyebabkan PAS menjadi parti dengan kerusi terbesar dalam Parlimen. 

PRU16 dijangkakan sokongan Melayu akan swing secara total dan dijangkakan mencapai sehingga 70 peratus – 80 peratus kepada PN. Faktor penolakan kepada Umno oleh penyokong dan pengundinya sendiri, faktor kebencian kepada DAP, serta faktor ketiga adalah peralihan sokongan pengundi atas pagar kepada PN. Perlu diingat peralihan ini telahpun berlaku pada PRU15 dan dijangka akan berterusan dalam PRN nanti.  

PH juga berhadapan dengan protes dari pengundi Cina dan India kerana bersama dengan Umno dalam kerajaan. Protes ini akan memberikan keuntungan kepada PN.

Malah terdapat bantahan dari pengundi bukan-Melayu yang tidak mahu mengundi Umno dalam PRN nanti. Mereka rela tidak mengundi. 

Perkara ini turut disahkan oleh Ibrahim Suffian Merdeka Center yang menjangkakan akan ada trend swing undi dari PH-BN ke PN di Negeri Selangor. 

Maka atas sebab di atas, jelaslah kenapa Lim Kit Siang mewakili PH yang sudah menekan panic button dan sanggup menjilat ludah lama bagi mengekalkan kuasa mereka. Tahniah Tan Sri DS TGHH atas ketegasan dalam melayan tawaran dari PH-BN ini.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 29/5/2023  

2. Nasib Islam di China: Selepas Uighur, kini Hui 
Penduduk Islam dari etnik Hui berhadapan dengan pihak polis China bagi mempertahankan Masjid Najiaying di Nagu, dalam wilayah Yunnan, China pada 27 Mei 2023. (FOTO: AsiaNews)

“Saya mahu dunia tahu apa yang sedang kami alami sekarang, dan apa yang kami takuti akan berlaku seterusnya.”

Itu luahan dan keluhan berbaur penuh kebimbangan dan ketakutan penduduk Islam di Najiaying, daerah Tonghai, dalam wilayah Yunnan, China.

Mereka melaungkan suara mewakili etnik Hui – salah satu daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf oleh Beijing, yang menetap di wilayah Yunnan menempatkan kira-kira 700,000 daripada 10 juta umat Islam di seluruh China; yang mana merujuk kepada jumlah populasi rakyat China yang sudah mencecah jumlah 1.412 bilion, penganut Islam di negara komunis itu adalah kaum minoriti.

“Ia ekoran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa China telah mengalih keluar seni bina Islam di negara itu secara terang-terangan – memusnahkan kubah dan meruntuhkan menara – daripada lebih seribu masjid etnik Hui di seluruh negara itu,” kata sumber saksi kepada CNN sambil menambah bahawa Masjid Najiaying yang terletak di bandar Nagu itu menjadi salah satu kawasan suci Islam terakhir yang akan ‘dimusnahkan’ oleh kerajaan China.

Ia adalah susulan tindakan kerajaan China yang mahu meneruskan rancangan memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying, lapor AFP

Beribu-ribu penduduk Islam etnik Hui mempertahankan Masjid Najiaying di bandar Nagu demi maruah agama mereka. (FOTO: YouTube Aljazeera English)

Masjid Najiaying yang pada asalnya dibina pada tahun 1370 dan sejak 600 tahun lalu, masjid tersebut telah diperbesarkan sebanyak beberapa kali, yang mana pada 2001, sebuah bangunan masjid baharu telah dibina; dan pada 2019, sebahagian daripada masjid itu telah disenaraikan sebagai peninggalan budaya yang dilindungi.

Bandar Nagu seluas 12 kilometer persegi yang terletak di barat laut daerah Tonghai menghadap Tasik Qilu, 110 kilometer dari bandar Kunming, dengan ketinggian purata 1800 meter, yang mana ia merangkumi Kampung Najiaying, Kampung Gucheng dan Kampung Sanjia.

Kesemua penduduk di bandar etnik itu adalah daripada etnik Hui yang menganut agama Islam, yang mengekalkan tradisi budaya dan adat mereka sendiri. Terdapat tiga buah masjid di bandar Nagu, salah satunya ialah Masjid Najiaying.

Dalam kejadian pada Sabtu (27 Mei) lalu, beribu-ribu etnik Hui telah berkumpul di Masjid Najiaying dalam usaha terakhir bagi menghalang apa yang mereka katakan sebagai percubaan pihak berkuasa negara itu untuk mengalihkan kubah dan menara rumah ibadah mereka, ketika tindakan keras terhadap kebebasan beragama khususnya terhadap penganut agama Islam di China kini semakin meluas 

Foto daripada India TV News yang menyiarkan berita tentang pertempuran antara penduduk etnik Hui dengan pihak polis China dalam mempertahankan Masjid Najiaying di Nagu.

“Berpuluh-puluh penunjuk perasaan dari kaum etnik Hui telah ditangkap oleh polis China di tempat kejadian,” dedah aktivis dan pengasas Yayasan Antarabangsa Hope Umbrella, Ma Ju, kini menetap di Amerika Syarikat dan sentiasa berhubung rapat dengan penduduk Najiaying sambil menambah, kira-kira 30 orang (penunjuk perasaan) telah ditangkap.

Perubahan ketara secara paksaan oleh kerajaan China terhadap masjid milik kumpulan etnik Hui itu berlaku di tengah-tengah kempen besar-besaran yang dilancarkan oleh pemimpin China, Xi Jinping yang dilabelkan sebagai ‘menghina’ agama dan penganut Islam di negara itu.

Pembersihan’ kepercayaan agama

Dasar tersebut menurut laporan CNN lagi adalah bertujuan untuk membersihkan kepercayaan agama daripada pengaruh asing dan menyelaraskannya lebih rapat dengan budaya tradisional China – dan pemerintahan autoritarian Parti Komunis ateis secara rasmi.

Kini, kempen yang dikenali dengan istilah ‘sinicization’ itu nampaknya akhirnya datang menggugat Najiaying – di masjid  bersejarah bagi etnik Hui dan hab penting untuk budaya Islam di Yunnan, sebuah wilayah terletak di sempadan China dengan Asia Tenggara.

Namun desakan kerajaan komunis itu telah menghadapi tindak balas sengit daripada penduduk tempatan. 

Kaum hawa daripada etnik Hui tidak ketinggalan menyertai tunjuk perasaan membantah pencerobohan pihak berkuasa China terhadap Masjid Najiaying di Nagu dalam kejadian pada 27 Mei 2023. (FOTO: The Guardian)

Video yang disiarkan di media sosial dan geolokasi oleh CNN menunjukkan penduduk tempatan bertempur dengan barisan anggota polis yang memakai peralatan rusuhan, yang menghalang pintu masuk ke masjid dan menolak orang ramai dengan perisai dan belantan.

Paparan video itu juga  menunjukkan beberapa penduduk menjerit balas dengan marah, dengan beberapa orang membaling botol air dan batu bata ke arah polis.

“Ini adalah maruah terakhir kami,” kata seorang saksi tempatan kepada CNN. “Ia seperti datang ke rumah kami untuk merobohkan rumah kami. Kami tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku,” tegasnya.

Sumber itu, yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang keselamatan diri, berkata beribu-ribu penduduk Hui – termasuk lelaki dan wanita, warga emas dan kanak-kanak – telah berkumpul di sekitar Masjid Najiaying pada Sabtu, di bawah pengawasan rapi lebih 1,000 pegawai polis yang ditempatkan berdekatan.

“Selepas tiba di masjid, kami menyedari bahawa mereka telah memacu kren ke dalam perkarangan dan bersedia untuk perobohan secara paksa,” kata sumber itu sambil menambah bahawa perancah telah pun didirikan di sekeliling masjid berkenaan.

“Ketegangan semakin memuncak sekitar jam 1 tengah hari, dengan jemaah menuntut untuk masuk ke masjid untuk solat zuhur,” kata sumber itu yang menambah bahawa polis telah memukul orang ramai dengan belantan, yang mendorong beberapa penduduk bertempur untuk mempertahankan diri. 

Kaum etnik Hui di Najiaying berikrar mempertahankan kesucian agama mereka sehingga ke titisan darah terakhir. (FOTO: Muslim Mirror)

Mirip kejadian di Palestin, India

Kejadian itu mirip seperti senario penduduk Islam di Palestin yang mempertahankan maruah agama dan  bangsa mereka terhadap penindasan zionis Israel, dan hampir juga menyamai nasib umat Islam di beberapa kawasan di India yang sebelum ini dilaporkan sering ditindas kerajaan negara jiran Pakistan itu.

Cuma bezanya, ia telah menghasilkan kemenangan sementara bagi penunjuk perasaan etnik Hui, yang menyaksikan polis berundur, menurut saksi dan video dalam talian.

“Sepanjang malam Sabtu dan Ahad (28 Mei), penduduk bergilir-gilir menjaga masjid, bimbang pihak berkuasa China akan datang kembali merobohkan kubah hijau besar dan empat menara di tengahnya,” kata sumber itu.

Namun kesannya segera menyusul, lapor CNN, yang mana menjelang petang Ahad, berita mula tersebar bahawa pihak berkuasa sedang menahan lebih ramai penduduk tempatan dari etnik Hui.

Pada petang Ahad itu juga, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di perbandaran Nagu, mengeluarkan kenyataan yang tegas tetapi samar-samar. 

Tanpa menyebut protes atau masjid, ia berkata polis sedang menyiasat insiden yang berlaku pada Sabtu, yang dilabelkan sebagai ‘serius mengganggu ketenteraman sosial’ dan menyebabkan ‘impak sosial yang keji’.

Bantahan terhadap kerajaan China susulan penindasan terhadap etnik Uighur di Xinjiang pada 8 Julai 2022. (FOTO: REUTERS)

Pihak berkuasa juga menyeru penganjur dan peserta tunjuk perasaan  untuk menyerahkan diri mereka sebelum 6 Jun ini.

“Menjelang Isnin (29 Mei), Najiaying diselubungi ketakutan,” kata sumber itu.

“Internet telah terputus di banyak kawasan kejiranan. Dron berdengung di atas kepala dan mengawasi kampung. 

“Pembesar suara awam mengulangi mesej pihak berkuasa, menggesa penunjuk perasaan untuk menyerahkan diri,” dedah sumber tadi dan juga Ma.

“Mimpi ngeri kami baru bermula sekarang,” kata sumber itu kepada CNN. “Semua orang kini dalam ketakutan…Kami tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.”

Seorang pemilik kedai yang dihubungi CNN melalui telefon berkata: “Kamu wartawan harus datang ke sini untuk melaporkan apa yang berlaku kepada kami.” Apabila diminta oleh CNN untuk menjelaskan apa yang berlaku, lelaki  menjawab dia ‘tidak tahu’ dan mematikan telefon.

Sejuta Uighur dipenjara

Kejadian tersebut bukan kali pertama umat Islam Hui terlibat dalam perselisihan tegang dengan pihak berkuasa China untuk melindungi masjid mereka.

Pada 2018, beribu-ribu etnik Hui di Ningxia, di barat laut negara itu, mengadakan protes duduk selama tiga hari untuk menghalang pihak berkuasa daripada merobohkan masjid yang baru dibina di situ.

Sekumpulan lelaki Muslim etnik Hui meninggalkan Masjid Laohuasi selepas solat Jumaat di Linxia, dalam wilayah Gansu pada Mac 2018. (FOTO laporan npr.org bahawa Gansu setakat tarikh tersebut masih dapat mengekalkan sebahagian besar masjidnya manakala kubah dan menara masjid di wilayah lain telah diubah atau dialihkan.)

Kerajaan tempatan menangguhkan perobohan itu, tetapi kemudiannya menggantikan kubah dan menara masjid dengan pagoda gaya Cina tradisional.

Pembaikan seni bina masjid telah datang dengan dakwaan ia bermatlamat mengetatkan kebebasan beragama untuk Hui, sebuah etnik berjumlah 11 juta orang yang tinggal secara berselerak di seluruh China dari barat laut ke bandar pantai di timur, termasuk di wilayah autonomi yang ditetapkan secara rasmi di Ningxia.

Dipercayai merupakan keturunan jauh pedagang Arab dan Parsi, etnik Hui telah diasimilasikan dengan baik ke dalam masyarakat Cina yang lebih luas didominasi oleh majoriti etnik Han (etnik terbesar di China yang terbesar dan di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion).

Kebanyakan etnik Hui berbahasa Mandarin, tinggal bersama-sama etnik Han, dan dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah diberi lebih banyak ruang untuk mengamalkan kepercayaan mereka berbanding kumpulan etnik lain.

Namun aktivis Hui berkata kumpulan etnik mereka kini telah menjadi sasaran terbaharu dalam tindakan keras Parti Komunis China terhadap Islam, yang bermula di wilayah barat Xinjiang.

Sejak sekurang-kurangnya 2017, kerajaan China telah dituduh menahan lebih sejuta Uighur, dan minoriti Islam lain di kem tahanan di Xinjiang dan melakukan asimilasi kuat untuk menindas identiti budaya dan agama mereka.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menuduh kerajaan China telah melakukan pencabulan hak asasi manusia yang serius terhadap etnik Uighur sabit kesalahan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’.

Kerajaan China bagaimanapun telah berulang kali menafikan tuduhan itu dan menegaskan bahawa kem besar-besaran yang dibina sebagai penempatan etnik Uighur itu adalah ‘pusat latihan vokasional’ sukarela.

Masjid Najiaying di bandar Nagu pada asalnya telah dibina pada tahun 1370. (FOTO: Trip.com)

Pemadaman identiti Hui

Aktivis Hui dan kumpulan hak asasi mendakwa pihak berkuasa telah meningkatkan usaha sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyekat amalan agama Muslim etnik itu di seluruh China, termasuk menutup sekolah-sekolaj aliran Islam, kelas-kelas bahasa Arab dan menyekat kanak-kanak daripada belajar dan mengamalkan illmu dan ajaran Islam.

“Pelaksanaan kempen sinicization telah ‘mempunyai kesan menghilangkan hubungan masyarakat etnik Hui dengan budaya, agama, dan antara sesama mereka dengan begitu teliti dan secara halus, sehingga sesetengah pemimpin melihat pemadaman identiti Hui pada masa hadapan sebagai suatu kemungkinan yang besar’,” ujar kenyataan laporan yang dikemukakan kepada badan perjanjian PBB pada Januari 2023 oleh Pembela Hak Asasi Manusia China dan Yayasan Antarabangsa Harapan Umbrella.

Merujuk kepada wikipedia, istilah sinicization (atau ‘pencinaan’) adalah merujuk kepada ‘proses apabila masyarakat atau penduduk yang dilabelkan bukan asal dari China (termasuk etnik minoriti seperti Hui dan Uighur) dijadikan seratus peratus berada di bawah pengaruh budaya China, terutama dari segi budaya, bahasa, identiti, dan norma masyarakat etnik Han’.

Dalam laporan itu, Ma mendedahkan bahawa lebih dua ratus masjid di Yunnan telah kehilangan kubah dan menara asalnya.

“Pada mulanya, orang ramai menganggap ia hanya soal gaya seni bina…tetapi tidak lama-kelamaan ia menjadi jelas bahawa (kerajaan China) bukan sahaja mengalihkan kubah dari masjid, tetapi juga mengalihkan fungsi keagamaan dan sosial kami (untuk mengikut acuan mereka),” kata Ma.

Tambahnya, di bawah sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China, ramai etnik Hui kini takut untuk pergi ke masjid, yang telah lama menjadi pusat kehidupan keagamaan dan sosial bagi masyarakat tersebut.

Beribu-ribu etnik Hui Islam melanjutkan bantahan mereka di Masjid Besar Weizhou di Ningxia pada 10 Ogos 2018 selepas kerajaan tempatan menghentikan rancangannya untuk merobohkan bangunan masjid itu tetapi berkeras untuk mengubah suainya bagi menjadikannya agar kurang menyerupai seni bina masjid di Arab. (FOTO: South China Morning Post)

Berjuang sehingga titisan darah terakhir

Ma mendakwa matlamat akhir parti komunis yang memerintah China adalah untuk melaksanakan dasar ‘pembunuhan beramai-ramai budaya dan agama’,seperti yang dilakukan di Xinjiang, yang bagaimanapun sebelum ini telah dinafikan oleh kerajaan China.

Bagi penduduk di Najiaying, rancangan kerajaan untuk menukar reka bentuk masjid itu hanyalah petanda awal tindakan keras yang akan datang terhadap etnik Hui.

“Ini (insiden di Masjid Najiaying) hanya langkah pertama (kerajaan China). Apa yang kita bimbang selepas itu, (pihak berkuasa) akan melarang anak-anak kita pergi ke kelas (agama), menghalang kanak-kanak di bawah umur daripada memasuki masjid dan melarang kita belajar al-Quran,” kata penduduk Najiaying kepada CNN,  merujuk kepada sekatan yang dikatakan telah dikenakan terhadap komuniti Hui di seluruh China.

“Selepas mereka menginjak-injak maruah kami, mereka akan menindas kami selangkah demi selangkah, dan mengasimilasikan (menyerapkan) etnik Hui sepenuhnya ke dalam etnik Han, generasi demi generasi. Ini kerana kami tahu, itulah yang mereka lakukan di Xinjiang,” kata mereka.

Walaupun budaya ketakutan yang meresap, etnik Hui di Najiaying telah berikrar untuk ‘berjuang sehingga ke titisan darah akhir’ demi kebebasan kepercayaan dan maruah etnik Hui yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

“Kami rakyat biasa tidak meminta banyak. Kami hanya mahu mempunyai kebebasan beragama sendiri. Kami hanya mahu hidup dengan aman,” kata mereka. – HARAKAHDAILY 31/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tentang 'barua' komunis China di M'sia.. Ini dia! 

Sebenarnya umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah komunis, termasuk 'barua-barua'nya yang ada di negara kita. Tolak 'kerajaan Pak Pandir' mereka.  Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. 

Dunia selamat, akhirat selamat, insya Allah!

Thursday, June 01, 2023

Dron tingkatkan ekonomi.. Kaji Sirah-Presiden PAS & DAP lagi..


Kakitangan Aerodyne sedang mengendalikan dron untuk pemeriksaan infrastruktur.

1. Potensi teknologi dron tingkatkan ekonomi Malaysia

ABAD ke-21 sememangnya telah banyak mengubah kehidupan manusia khususnya dari sudut sains dan teknologi (S&T). Malahan kesan yang diakibatkan oleh S&T itu turut terkena lampiasannya dalam aspek sains sosial dan kemanusiaan. 

Perkataan teknologi yang kata kuncinya berasal dari perkataan teknik jelas telah mengalami evolusi yang akhirnya telah membantu aspek pemodenan dan kemajuan manusia di dunia.

Satu daripada teknologi yang menjadi tumpuan pada hari ini ialah melibatkan dron. Ia boleh dianggap sebagai robot terbang atau kenderaan udara bermotor yang boleh dikawal dari jauh atau diterbangkan secara autonomi menggunakan pelan penerbangan yang dikawal menerusi perisian tertentu. 

Penciptaan dron boleh dikesan kembali ke abad ke-18 apabila kenderaan udara tanpa pemandu pertama (UAV) telah digunakan pada tahun 1839, apabila askar Austria menyerang Venice dengan belon tanpa pemandu yang sarat dengan bahan letupan. 

UAV terus mendapat perhatian Perang Dunia Pertama oleh tentera Britain menerusi kajian mereka pada Mac 1917 namun ia tidak digunakan dalam operasi ketenteraan yang sebenar.

Walaupun penggunaan dron tidak begitu meluas di peringkat awal pengenalannya, namun Britain tetap meneruskan penyelidikan mereka sehingga tahun 1935 bagi tujuan latihan ketenteraan. 

Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat turut tidak ketinggalan dalam mempelopori teknologi ini sehingga membawa kepada UAV pertama iaitu Ruston Proctor Aerial Target. 

Ruston Proctor Aerial Target telah dikawal menerusi isyarat radio, berdasarkan idea yang diketengahkan oleh Nikola Tesla. Ia kemudiannya diikuti oleh pembinaan torpedo terbang bagi projek Pesawat Automatik Hewitt-Sperry, dengan misi dron untuk menghantar bahan letupan ke wilayah musuh.

Akibatnya, Perang Dunia II menyaksikan pengeluaran dron berskala besar yang pertama, dan bilangannya terus meningkat apabila perang dingin berlangsung. 

Di peringkat awal evolusi dron adalah terhad kepada sektor ketenteraan, kemajuan teknologi terkini dalam bidang Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS), Unit Pengukuran Inersia (IMU), robotik, pemprosesan imej, algoritma pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan. 

Peningkatan kebolehcapaian dan pengurangan harga serta peningkatan kadar pengeluaran telah memperluaskan aplikasi dron kepada orang awam dan tidak hanya berpaksikan kepada kehendak ketenteraan. 

Pada masa kini dron tersedia dalam pelbagai saiz dan konfigurasi, daripada mesin peringkat perusahaan yang besar digunakan untuk menambah operasi perladangan dan pembinaan kepada kecil, selain turut digunakan untuk perlumbaan dan fotografi.

Selaras dengan perkembangan teknologi, dron di peringkat perusahaan dan pengguna biasa menjadi lebih kompleks, pintar dan menyeronokkan untuk digunakan. Kesannya boleh dilihat dalam beberapa industri, termasuk pertanian, pembinaan, kerajaan, insurans, perlombongan, keselamatan, keselamatan awam dan pemeriksaan. 

Di Malaysia, pembangunan dron telah mendapat momentum apabila Aerodyne, sebuah syarikat Malaysia, menjadi penyedia perkhidmatan dron terkemuka dunia dengan Malaysia mengembangkan banyak lokasi ujian dron ‘langsung’ melalui Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) untuk mengukuhkan dirinya sebagai peneraju pasaran dan untuk merangsang pertumbuhan perusahaan dron selanjutnya. 

Dengan hasil industri dron dijangka meningkat tiga kali ganda kepada AS$17.9 bilion di Asia sahaja menjelang 2025 dan ramalan pasaran dron global mencecah AS$41.3 bilion pada tahun 2026, ternyata teknologi dron telah menarik minat penonton yang semakin meningkat. 

Dianggap sebagai sektor teknologi baru muncul beberapa tahun lalu, momentum dalam teknologi dron adalah menarik apabila perniagaan Malaysia memposisikan diri mereka untuk memanfaatkan peluang global. 

Peluang ini bukan sahaja menarik untuk kerja pembangunan sentuhan rendah dan berteknologi tinggi yang terlibat, tetapi juga untuk pekerjaan dan nilai tambah kepada ekonomi. Nilai perkhidmatan dron ditentukan oleh aplikasi mereka dalam pelbagai sektor seperti e-dagang, logistik, dan penggemblengan sumber kritikal seperti ubat-ubatan ke kawasan luar bandar atau terjejas bencana.

Selain itu, ia menyumbang dengan ketara kepada pengurusan infrastruktur dan pengawasan keselamatan dalam bidang seperti penyelenggaraan bangunan pintar, pengawasan marin dan pertanian bandar. 

Dengan populasi semasa dunia hampir 8 bilion diramalkan melebihi 8.6 bilion pada 2030, 9.8 bilion pada 2050, dan 11.2 bilion pada 2100, bandar pintar mampan tidak lagi menjadi pilihan, malah mereka adalah keperluan mutlak. 

Sebagai contoh, Zon Dron & Robotik Iskandar Johor (DRZ), ditubuhkan untuk merealisasikan sistem ekologi bandar pintar yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah keselamatan, logistik serta pertanian. 

Menerusi penggunaan teknologi terkini, DRZ Iskandar dijangka mampu menjadikan Malaysia sebagai peneraju pemacu teknologi pintar dalam industri dron dan robotik serantau dan global.

Sementara itu, di FELDA Mempaga telah memperlihatkan peluang kepada pemain dron mempertingkatkan teknologi pertanian di ladang untuk pembajaan, pemantauan tanah dan pemantauan cuaca. 

Selain itu, penggunaan teknologi dron bagi tujuan penyiasatan tanah dan ladang, pemetaan rupa bumi, penyemburan dan penanaman tanaman, serta penilaian kesihatan tumbuhan dan pemantauan hasil, telah berjaya menambah baik serta meningkatkan sektor pertanian. 

Walaupun masih di peringkat awal, penggunaan dron dan robotik dalam pertanian berpotensi menurunkan kos buruh sehingga 50 peratus sambil meningkatkan produktiviti sehingga 30 peratus.

Pada masa yang sama, penggunaan dron dalam bidang pertanian berpotensi membuka jalan kepada generasi muda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pertanian, di samping berupaya meningkatkan hasil sosioekonomi untuk lebih 200,000 peneroka tua yang bekerja dan tinggal di tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bersama keluarga mereka.

Dari sudut logistik pula, penggunaan dron untuk membawa bekalan seperti makanan dan ubat-ubatan ke tempat luar bandar dan terpencil, serta kawasan yang dilanda bencana alam boleh memberi kesan positif terhadap penjagaan kesihatan dan kebajikan penduduk. 

Dengan dron penghantaran, ubat-ubatan, vaksin dan bekalan kritikal lain boleh dibekalkan dengan cepat dan cekap ke tempat yang sukar diakses. Sementara itu, NTIS telah bekerjasama dengan cabang logistik.

AirAsia Digital, Teleport, untuk merealisasikan perkhidmatan penghantaran melalui dron di kawasan bandar. Menjelang 2027, dron penghantaran pesanan dijangka menyumbang lebih daripada USD7.3 bilion dalam pasaran global.

Kesimpulannya, keberkesanan, kebolehcapaian dan ketahanan teknologi dron ternyata memberi banyak manfaat kepada manusia dan negara. Penggunaan dron dapat memudahkan urusan yang dahulunya sukar, serta berpotensi meningkatkan ekonomi digital dan menjana pendapatan negara. – HARAKAHDAILY 26/5/2023

>>>Penulis, DR. AZMIN AZLIZA AZIZ ialah Pensyarah Kanan dan penyelidik utama untuk geran IIRG003C-19IISS dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya. (Beliau boleh dihubungi melalui e-mel aazliza@um.edu.my)


2. Bukan Islam kaji kehidupan Nabi akhirnya peluk Islam  

ALHAMDULILLAH buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan Tafsir al-Tibyan Surah al-Fatihah telah dilancarkan petang tadi bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Sirah Nabawiah mengajarkan semua jenis ilmu dengan memperlihatkan kita bagaimana Nabi Muhammad SAW sebagai ketua keluarga, pemimpin, ketua negara dan juga jeneral tentera. Nabi SAW merupakan contoh dalam semua perkara.

Ini kehebatan sirah nabawiah kerana Nabi SAW dipandu oleh wahyu. Pemimpin yang terkemudian tidak ada wahyu yang turun untuk menjadi petunjuk.

Maka menjadi kewajipan untuk mengkaji sirah nabawiah, tafsir-tafsir dan hadis-hadis untuk memahami bagaimana Nabi menangani masalah-masalah supaya kita dapat mengembalikan Islam sebagai petunjuk kepimpinan.

Peranan kita adalah untuk menyebarkan ilmu kepada semua. Termasuklah di kalangan ilmu-ilmu tersebut adalah ilmu sirah nabawiah supaya perjalanan hidup Nabi SAW menjadi petunjuk hidup kita.

Ramai kalangan bukan Islam yang mengkaji kehidupan Nabi yang akhirnya memeluk Islam kerana kajian mereka.

Atas dasar ini, saya memberikan sumbangan ilmu dengan penulisan buku Jejak Nabi Muhammad ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada seluruh masyarakat.

TAN SRI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Penaung Yayasan Permata Ummah – HARAKAHDAILY 27/5/2023

[Majlis Pelancaran Buku Jejak Nabi Muhammad SAW dan Syarahan Perdana, 27 Mei 2023]


3. Ada sahaja DAP dalam kerajaan jangan sesekali pelik 

JAM 9 pagi tadi saya buat posting:

“Ikut laporan KDN rampas jam tangan didakwa ada unsur LGBT di beberapa shopping complex. Mari kita tengok berapa lama sebelum diarah serah kembali. Tindakan ini memijak ekor parti dominan dalam Kerajaan Madani. Awas lu.”

Dan tepat sebagaimana dijangka seorang sahabat berbangsa Cina baru forward pada saya:

“Terkini: Sin Chew melaporkan seorang Menteri Kabinet telah mengesahkan kepada Sin Chew bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan memberhentikan operasi menahan jam tangan berjenama Swatch koleksi Pride.”

Teringat saya pada tahun 2008 dahulu ketika PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Exco Agama mengarahkan pihak PBT (MBSA) merampas arak di premis Seven Eleven yang terletak di kawasan majoriti Melayu.

Serta merta Exco PBT dari DAP campurtangan dan keluar arahan baru agar arak yang dirampas itu dikembalikan.

Ada sahaja DAP dalam kerajaan, jangan peliklah apabila perkara-perkara seperti ini berlaku. Undi BN dapat DAP!

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 23/5/2023 


Komen Weblog Ibnu HasyimDron tingkatkan ekonomi.. Kaji Sirah-Presiden PAS & DAP lagi..

& DAP lagi.. Ikut laporan KDN rampas jam tangan didakwa ada unsur LGBT di beberapa shopping complex. Tindakan ini memijak ekor parti dominan dalam Kerajaan Madani. 

Terkini: Sin Chew melaporkan seorang Menteri Kabinet telah mengesahkan kepada Sin Chew bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan arahan memberhentikan operasi menahan jam tangan berjenama Swatch koleksi Pride.

Pada tahun 2008 dahulu ketika PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Exco Agama mengarahkan pihak PBT (MBSA) merampas arak di premis Seven Eleven yang terletak di kawasan majoriti Melayu.  Serta merta Exco PBT dari DAP campurtangan dan keluar arahan baru agar arak yang dirampas itu dikembalikan.

Begitu, biadapnya DAP! Ini kerja gila yang patut ditolak rakyat negara ini. Pilih kerajaan Islam yang dibawa oleh PAS/PN dalam  PRU akan datang.


Komen Rakyat: Sokong yang karetor bersih. Jom sokong pas.

 


9 comments:


1. Anonymous said...

Khas untuk 3.5 jota ahlul walaun UMNo Mesia sklian...

Ini Amanat mauttt utk ahlul marhean UMNo.. Amanat ini bukan untuk ahlul kayangan UMNo

Siapa yang dapat memastikan sama ada ahli-ahli UMNO bersedia untuk mengundi calon-calon DAP yang bakal bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan pada enam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Gambaran sebenar tentang sikap ahli-ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3.5 juta orang hanya akan diketahui setelah kajian dibuat selepas selesai PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua ahli UMNO mentaati arahan parti termasuk dari segi mengundi calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang menjadi sekutu dalam Kerajaan Perpaduan.

Ada mata tengok
Ada hidung bau
Ada Otak fikir
Ada telo goyang ke tak goyang

Kalau tak goyang sila undi PN

Kikikiki

2. Anonymous said...

30 tahun kelantan kena sakau dengan atok. Royalti tukar jadi ihsan. Untuk memurnikan sakau.

Menyakau jadi tradisi BN. Sambung oleh Pak Lah, Ajib. Sekarang si kitol sakau lagi. Tambah dua negeri. Trengganu dan Kedah. Atas nama madani.

Nama madani tapi tabiat melanun. Sama jer ihsan dan madani. Dua dua menyakau.

Cukuplah. Jangan lanjutkan tradisi sakau. Jangan lanjutkan tradisi lanun. Jangan lanjutkan tradisi rasuah.

Jangan ditambah dengan liberal. Jangan ditambah dengan lgbt. Jangan ditambah dengan lelaki hidung belang.

Jom kita berpolitik bersih. Hanya dengan PAS.

3. Anonymous said...

Hari hari parti kris sakau hasil mahsul negara masuk poket pimpinan. Hari hari selama 60 tahun. Slogan keramat membela nasib orang melayu. Rupa rupanya slogan puaka.

Tiba tiba hanya beberapa hari selepas pru 15, parti kris keluar dengan slogan yang sama. Membela nasib orang melayu.

Puakanya bertambah bila minta orang melayu menyokong komunis dapig selepas jadi ahli pakatan hancing. Puakanya bertambah bila no anwar no dap, jadi sokong anwar sokong dap.

Mbx terkenal karektor suci, tetapi hidung belang. Trowong menerowong. Kuat sakau juga. Sakau hasil mahsul negeri minyak. Sakau jutawan melayu. Sakau duit derma. Sakau peruntukan.

Sama jer karektor parti kris dengan bmx.

Jom sokong yang tak sakau. Sokong yang karetor bersih. Jom sokong pas.

4. Anonymous said...

Hari2 kerja ph adalah tipu.
dah dna penipu agaknya geng ni sebab gaya tipu pu dah terang2 dan berdepan tampa ada sedikit pun rasa malu. Munkin dah kehilangan kemaluan kot makanya sudak tidak berkemaluan lagi dan terus menerus menipu.

5. Anonymous said...

Dulu iraq kuat masa saddam hussein. Amerika bawak cerita saddam diktator. Saddam buat loji nuklier. Rakyat bangkit. Percaya kat amerika. Percaya kat orang kafir. Yang buat fitnah.

Bila saddam kena gantung, iraq makin teruk. Ekonomi tak pulih. Minyak disakau oleh amerika. Rakyat baru tahu mereka terpecaya kepada musuh Islam. Mereka ditipu oleh amerika. Terpaksa ngaku andainya Saddam masih hidup.

Libya pun punya cerita yang sama. Kuat masa muammar gaddafi. Bila terbunuh muammar, libya terus dirundung malapetaka. Terpaksa ngaku andainya Muammar masih hidup.

Strategi amerika mudah. Gulingkan saddam. Gulingkan muammar.

Kat malaysia, strategi nya sama. Gulingkan Islamik politician. Fitnah tghh. Fitnah pimpinan pas. Sapa punya kerja. Oleh parti yang terkenal dengan budaya rasuah. Terkenal dengan budaya politik wang. Terkenal dengan budaya beli undi.

Oleh parti yang mengembangkan liberal. Oleh parti yang sokong lgbt. Oleh parti yang tibai orang melayu dan Islam.

Juga parti yang anti Islam. Parti yang kuat fahaman komunis. Yang cetus Islamofobia.

Jangan menyesal seperti rakyat Iraq. Jangan menyesal seperti rakyat Libya. Jangan mudah percaya kepada musuh Islam. Lebih baik percaya politician Islam banding percaya musuh politician Islam.

6. Anonymous said...

dekat facebook dah ada orang becerita soal samada sianwaq, bini dan anak2 dia ada bank account kat israel, ada duit banyak dan siap bagi number2 account lagi,
juka betul ni memang dah terlampau parah tu.

7. Anonymous said...

ingatkan johor, pahang dan perak jer terdapat adun umno akan berhijrah kepada pn dan pas, rupa²nya melaka pun tak mahu ketinggalan sehinggakan si-wakpono terpaksa bergegas berlutut ber-"sembah sunkem" pada adun² umno yg dikhabarkan sudah bersiap untuk berangkat ke terengganu berjumpa presiden pas,
dengar khabar juga dah tercirit birit dah menteri phumdapigs dan umno nanti akan mengecil dan akan sekadar menjadi parti pameran saja lah macam parti prm.
mca dan mic pun katanya dah mendekati bersatu mengintai peluang berteduh dibawah lembayung pn.

8 Anonymous said...

Jom sucikan malaysia dari politik rasuah. 60 tahun diperintah oleh parti yang rasuah sudah jadi budaya. Rasuah sudah jadi gaya hidup. Siapa yang tidak rasuah, dikatakan tidak pandai perintah.

Itu yang dilabelkan kepada pas. Pas tidak amal rasuah. Tiada rasuah dalam politik pas. Maka dikatakan pas tidak pandai perintah.

PMx lantik yang ada 47 kes sebagai pembantu. Rasuah sedang dinormalisasikan. Rasuah terus jadi gaya hidup di masa akan datang. Tiada usaha menyingkirkan perasuah dari jawatan.

Mat sabun pula sedang normalkan komunis. Sedang menyuntik falsafah komunis adalah pejuang kemerdekaan malaysia. Sedang membiakkan syiah yang ketara sesat. Sedang mendakwahkan jahiliah.

Beban baru buat rakyat. Liberal sedang dinormalkan. Lgbt sedang dinormalkan. Jemput pengamal lgbt buat konsert. Usaha juga untuk normalkan budaya komunis. Parti rasuah berkerjasama dengan dengan pmx.

Jom sokong pas. Tiada rasuah dalam pas. Tiada komunis dalam pas. Tiada lgbt dalam pas. Tiada ajaran liberal dalam pas. Tiada perasuah menjawat jawatan dalam pas. Jom sucikan politik malaysia. Sokong pas, sokong pemulihan politik.

9 Anonymous said...

8 daripada 10 ahli UMNO diramal tak sokong DAP

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, ramalan itu berdasarkan permusuhan antara UMNO-DAP yang sudah berlarutan sekian lama sebelum kedua-dua parti menjadi sekutu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Namun di peringkat bawahan (akar umbi) mungkin akan wujud protes sebab permusuhan kedua-dua parti ini sudah berlaku terlalu lama selain kita belum nampak kecenderungan pengundi UMNO untuk bergerak bersama DAP

Menurutnya, hanya sekitar satu atau dua pengundi daripada 10 pengundi UMNO di satu-satu kawasan dijangka memangkah calon DAP pada PRN nanti.

Monday, May 29, 2023

Bukan Islam bantu.. tapi X ekstremis DAP. & K/Madani gila.



1. Ulang tahun penubuhan DHPP: Penguat perjuangan 

PADA 23 Mei 2010 bersamaan 9 Jumadil Akhir 1431H adalah tarikh surat beranak Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah melancarkan penubuhannya dengan penggunaan frasa ‘Penyokong PAS’ di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Kini DHPP bukan lagi sekadar penyokong, tetapi adalah pendukung PAS, penubuhan DHPP adalah bagi membolehkan KPP yang ditubuhkan sejak 2004 bergerak aktif dan bebas dalam PAS sebagai sayap parti seperti mana Dewan Pemuda, Ulamak dan Muslimat bahkan diterima sebagai perwakilan mulai Muktamar Tahunan PAS Ke-56 pada 11 hingga 13 Jun 2010 yang diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Sejarah mencatatkan cadangan penyertaan orang bukan-Islam mendukung PAS bukan suatu yang baharu.

Perbincangannya sudah wujud sebelum merdeka lagi semasa Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan menjadi Yang Dipertua Agung. 

Malah, Profesor Zulkifli Muhammad, Timbalan Yang Dipertua Agung melalui kertas bertajuk ‘Kedudukan dan Penyusunan Semula (PAS)’ pada 3 Disember 1961 pernah mencadangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Agung PAS agar mereka diterima sebagai ahli bersekutu.

1985 PAS sendiri pernah menubuhkan Chinese Consultative Council (CCC), suatu entiti kecil sebagai strategi dakwah dan koordinasi politik sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7, 1986.

Arkitek dalam sejarah penubuhan DHPP adalah bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Almarhum Ustaz Hassan Shukri. 

Pada akhir 2008, beliau diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Teknikal untuk meneliti Perlembagaan PAS dan menyediakan cadangan keahlian bukan-Islam dalam PAS. 

Kini DHPP juga dibarisi oleh aktivis rakyat yang berganding bahu dengan teknokrat, ahli perniagaan, peguam serta pemegang Ijazah termasuklah Doktor Falsafah (PhD).

Pada 7 Januari 2017, Pejabat ILHAM menerima 12 orang pelajar yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kuasa DHPP Pusat. 

Selepas hampir 2 tahun pada 20 Oktober 2018 bersamaan 10 Safar 1440H 6 orang daripada mereka telah menerima sijil Pengajian Asas Islam di Majlis Konvokesyen ILHAM kali ke 13 di Dewan Dato’ Haji Fadhil Mohd Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar. 

Graduan tersebut terdiri daripada Balendran Balasubramaniam, Balasubramaniam Nachiappan, Baradidathan Saminathan, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan Kong Tuck Wah selain ketua Wanitanya, Mendiang Kumutha Raman.

Sejak PRU 12–2008 lagi, PAS sudah menghantar non-Muslim bertanding (atas tiket parti PKR). 

Bukan setakat itu malah ahli DHPP yang layak dilantik ke jawatan lantikan politik. 

Sebahagian dari mereka dilantik menjadi Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini.

PAS turut mengangkat ketuanya, YB Senator N. Balasubramaniam sebagai Senator pertama DHPP di Dewan Negara. 

Begitu juga ramai pimpinan DHPP di negeri-negeri yang dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, ahli majlis bandaran dan ketua kampung. Mereka telah bersama PAS, mereka juga bertanggungjawab membawa suara PAS. 

Di Selangor, DHPP sudah tubuh di 11 kawasan (Kuala Langat, Hulu Langat, Puchong, Bangi, Pandan, Sg Buloh, Kota Raja, Gombak, Sepang, Kuala Selangor, Kapar) dengan keahlian melebihi 3,000 orang.

PAS Selangor juga telah melantik Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Low Lee Leong. 

Sejak tahun 2016, PAS Selangor pula telah melantik 6 orang ahli DHPP menjadi ahli majlis di 6 Majlis Perbandaran. 

PRU13 yang lepas, PAS Selangor turut mencalonkan Pengarah Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) M Rajan yang bertanding di DUN Sentosa manakala Naib Pengerusi DHPP Selangor Kong Tuck Wah bertanding di DUN Rawang.

Selamat menyambut ulang tahun ke-13 buat rakan-rakan seperjuangan DHPP.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 24/5/2023   


2. Guna pelajar sekolah laris panggung  

Mohamed Firdaus Nawi

KOTA BHARU: Belum pernah dalam sejarah kerajaan sebelum ini menggunakan pelajar sekolah untuk melaris panggung bagi menonton filem termasuk melibatkan genre bibliografi pemimpin.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamed Firdaus Nawi berkata, ‘Anwar, The Untold Story’ bukan satu-satunya filem yang dihasilkan melibatkan pimpinan negara.

Katanya banyak filem berteraskan bibliografi pejuang kemerdekaan dan pimpinan negara dihasilkan, namun tidak melalui cara terdesak supaya dilihat pecah panggung.

“Apa lagi dibawa masuk ke sekolah-sekolah, melibatkan doktrinisasi minda anak-anak pelajar terhadap pimpinan politik kerajaan.

“Atas tujuan apa barangkali boleh difikirkan tetapi sepintas lalu boleh dianggap ia sebagai proses cuci minda anak-anak pelajar,” katanya pada kenyataan di sini.

Filem The Untold Story mengisah jatuh bangun perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlatarkan tempoh masa antara 1993 dan 1998.

Ketika itu Anwar memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Filem berdurasi 108 minit itu ditayangkan di 120 pawagam seluruh Malaysia.

Media melaporkan pada hari pertama ditayang mencatat kutipan RM1 juta.

Mohamed Firdaus juga berkata, sekiranya benar seperti disebarkan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek perlu memastikan elemen politik kepartian tidak dilibatkan pelajar sekolah.

“Ia seolah-olah menyuburkan suatu budaya lama ‘Si tukang kebun boleh menukarkan pengetua’ atas kedudukannya dalam sebuah parti politik. Orang lama-lama tentunya ingat kisah tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/5/2023   

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan Islam bantu.. tapi X ekstremis DAP. & K/Madani gila.

(i) Dalam sejarah Islam terdapat kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dibantu oleh orang bukan Islam. Contohnya seperti pemandu jalan dalam hijrah awal Rasulullah ke Madinah. 

Begitu juga dalam PAS, sejarah mencatatkan cadangan penyertaan orang bukan-Islam mendukung PAS bukan suatu yang baru. Perbincangannya sudah wujud sebelum merdeka lagi semasa Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan menjadi Yang Dipertua Agung PAS pertama dulu.

Tapi bukan seperti puak-puak bukan Islam ekstremis DAP yang sedang mengganggu PAS sekarang.

(ii) Kerja kerajaan madani sekarang yang belum pernah ada dalam sejarah sebelum ini menggunakan pelajar sekolah untuk melaris panggung bagi menonton filem termasuk melibatkan genre bibliografi pemimpin.

Ini kerja gila yang patut ditolak rakyat negara ini. Bagaimana menolaknya? Pilih kerajaan Islam yang dibawa oleh PAS/PN dalam  PRU akan datang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails