Wednesday, August 09, 2023

Hebat saperti S'pura. -Kit Siang. & Erdogen berdoa untuk DAP?

 


DAP nak jadikan Malaysia seperti Singapura?

INGATKAN DAP berstrategi nak diam sepi sahaja dalam kempen PRU DUN kali ini tetapi, bersuara juga akhirnya.

Kata Lim Kit Siang;

“Negara ini akan gagal jika ditadbir oleh PN-PAS dan BERSATU. Negara ini akan hebat seperti Singapura apabila ditadbir oleh PH-BN.”

Dulu, segala macam kecaman dan serangan DAP terhadap Umno. Sekarang, Timbalan Perdana Menteri (TPM) 47 kes itu pun dah jadi suci murni ya. Bahkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke turut mempertahankan Presiden Umno yang dituduh mengamalkan rasuah terbuka dalam kempen di Terengganu.

Dulu, Lim Kit Siang kata negara ini rosak sebab Umno, sebab rasuah. Sekarang, apabila DAP bersama Umno, maka negara ini jadi hebat.

Wah, hebat sungguh teori menjilat ludah DAP ini.

DAP perlu ingat, Malaysia ada sejarah asal-usul, identiti dan acuannya sendiri.

Tidak perlulah anda berkempen untuk Malaysia ikut contoh Singapura kerana di sana orang Melayu-Islam minoriti sahaja berbanding di sini.

Yang pastinya, pengundi di 6 negeri dalam PRU DUN akan ingat sifir mudah ini:

1. Undi BN-Umno bermakna dapat percuma DAP serta Lim Kit Siang dan anaknya.

2. Undi PH bermakna sokong juga Zahid.

Sekian. 

SYED AHMAD FADHLI
Timbalan Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan –HARAKAHDAILY 6/8/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat saperti S'pura. -Kit Siang. & Erdogen berdoa untuk DAP?


Lihat komen ini dulu..

(i) Benarkah Erdogan berdoa untuk kemenangan DAP (bersama parti gabungan k'jaan perpaduan) dalam PRU ini? 

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS 

Merujuk kepada hantaran Facebook oleh Perdana Menteri berkenaan suatu sidang video (video conference) bersama Presiden Erdogan, yang menyatakan Presiden Erdogan turut mendoakan kemenangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya di enam buah negeri.

Pendedahan ini menunjukkan betapa Perdana Menteri begitu terdesak sehingga sanggup mendedahkan isi kandungan perbualan telefon dengan Presiden Erdogan, memberikan gambaran seolah-olah Presiden Erdogan mahu mencampuri urusan politik dalam negara ini.

Dalam hal ini, adalah bukan menjadi amalan mana-mana ketua negara asing untuk mencampuri urusan pilihanraya dalam sesebuah negara lain. (Sila rujuk DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI 6 Ogos 2023)

(ii) Ini subsidi lesen motosikal prihatin anak muda NS, dari PN.. 


Anak-anak muda di Negeri Sembilan bakal menikmati subsidi lesen motosikal B2 bernilai RM300 sekiranya PERIKATAN NASIONAL (PN) membentuk kerajaan usai Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. 

Menurut PN Negeri Sembilan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu,

“Kami akan menawarkan dana Nismilan Mudo termasuk latihan skim perniagaan digital ataupun e-commerce kepada bakal usahawan muda dengan jumlah peruntukan yang memadai.

“Kami akan memperkenalkan ‘Dana Tani Mudo’ dengan peruntukan geran sehingga RM15,000 dengan jumlah peruntukan sebanyak lebih RM1 juta setahun.

“Kami akan memperkasa hab anak muda termasuk pembangunan e-sport di setiap daerah,” ujarnya semasa membentangkan manifesto ‘Tawaran Perikatan Nasional Negeri Sembilan’ secara dalam talian hari ini.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. UNDILAH PN, insya Allah!

Tuesday, August 08, 2023

Melayu berhati penjajah. Ini..

 


‘Kita tidak mahu berwajah Melayu berhati penjajah’ – MB T'ganu

KUALA TERENGGANU: “Kita tidak mahu ada antara kita berwajah Melayu, tetapi berhati penjajah,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

“Erti kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan jiwa dan minda. Kita tidak mahu berhati penjajah.

“Bicara lidah loghatnya Terengganu, namun bahasanya menjulang naratif penjajah,” katanya pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.

Turut berangkat Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, kerabat-kerabat diraja, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, rakyat Terengganu mempunyai jati diri yang terakam kukuh dalam sejarah panjang.

“Identiti dan jati diri kita telah dipupuk dan disemai sejak ratusan tahun dahulu berlandaskan Islam dan pemerintahan Islam. 

Perbarisan ketika sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat negeri Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Negeri kita ini ditadbir kerajaan Islam sejak 700 tahun dahulu. Ini dibuktikan melalui tulisan yang terukir kukuh pada Batu Bersurat bertarikh 1303 masihi.

“Disambung pula Sultan Zainal Abidin I, Baginda Omar dan Sultan Zainal Abidin III yang membangunkan Itqan al Muluk Bita’dil As-Suluk sehingga datangnya penjajah,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, menjadi tugas dan peranan rakyat Terengganu untuk mengembalikan identiti dan jati diri yang sebenar.

Menurutnya, ia memberi kemerdekaan dari segi fizikal, jiwa dan minda rakyat.

“Ini merupakan perjuangan yang berterusan tiada noktah,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/8/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melayu berhati penjajah. Ini..

(i)  Pemimpin akar umbi bimbang Umno jadi khadam DAP, kesian tolong selamatkan mereka!


Di Jeram, ahli-ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi mendedahkan mereka tidak boleh menerima parti itu yang dilihat cenderung untuk menjadi ‘khadam’ DAP.

Naib Presiden PAS, Dato’ Idris Ahmad berkata, perkara ini dinyatakan pemimpin Umno peringkat akar umbi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.Katanya, mereka mendedahkan tidak puas hati kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) ketika sesi pertemuan dengan mereka semasa aktiviti kempen.

“Mereka bimbang situasi yang menimpa Parti Amanah Negara (PAN) yang sering membela pemimpin DAP berulang kepada Umno pula.

“Saya berjumpa sendiri dengan pemimpin Umno di peringkat cawangan yang memberitahu tidak boleh menerima hubungan Umno dengan PH terutamanya DAP,” katanya pada ceramah kelompok di Unit Daerah Mengndi (UDM) Sri Tanjong dekat sini, malam tadi.

(ii)  Hidup menyalahi agama bukan merdeka. Jom selamatkan mereka! 


Di Kota Bharu, bukan sebuah negara yang merdeka apabila rakyat masih meniru dan mengamalkan gaya hidup menyalahi agama serta budaya sehingga membawa pemikiran songsang.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, semua itu akan menjadi wabak dan barah dalam masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda.

Katanya, golongan muda mudah terpengaruh dengan anasir tersebut sehingga hilang jati diri sebagai anak bangsa.

“Usia 66 tahun kemerdekaan negara perlu dihayati sebaik mungkin selaras dengan ajaran agama dan budaya tempatan.

“Bukan negara yang merdeka sekiranya masih ada rakyat yang berbangga meniru gaya hidup luar,” katanya pada Sambutan Kemerdekaan ke-66 peringkat negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi. 

Suasana Sambutan Kemerdekaan ke-66 peringkat negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Bunuh Arab-Israel/Kristian serang LGBTQ/Ambalat.. PAS/PN


Pengebumian seorang pegawai tinggi perbandaran Arab Israel, Abdul Rahman Kashua pada Rabu, 23 Ogos 2023 yang ditembak mati di bandar Tira, Jurusalem di Israel pada Isnin, 21 Ogos 2023. (FOTO: BBC)

Pembunuhan terancang: Arab Israel tuntut tindakan parlimen

JERUSALEM: Komuniti Arab Israel menggesa sidang tergempar parlimen Israel selepas siri terbaharu pembunuhan dalam masyarakat di situ yang didakwa sebagai jenayah terancang.

Dalam kejadian Selasa (22 Ogos) lalu, empat lelaki ditembak mati di bandar Arab di Israel, Abu Snan, di wilayah utara Galilee, tiga adalah ahli keluarga yang sama, termasuk calon untuk pilihan raya datuk bandar tempatan, lapor BBC.

Ahli politik pembangkang menyalahkan kerajaan Israel kerana gagal membanteras kumpulan jenayah terancang yang dikatakan berleluasa di Israel.

Mayat empat lelaki itu ditemui di sebuah padang selepas apa yang dikatakan oleh paramedik sebagai sejumlah besar mangsa tembakan.

Salah seorang mangsa ialah Ghazi Saab, 53, yang sepatutnya mengumumkan pencalonannya untuk Datuk Bandar Abu Snan pada hari itu.

Mereka yang lain dikenali sebagai anak saudaranya, Zaher al-Din Saab, 45, dan Amir Saab, 28, serta Salman Khalab, 66, dari bandar Yarka berhampiran.

Seorang sepupu mangsa Ghazi Saab memberitahu akhbar Haaretz bahawa mangsa pernah menjadi pegawai kanan Polis Sempadan Israel dan bahawa ‘seluruh keluarganya dihormati’ . 

Jurucakap polis juga berkata tiada bukti setakat ini mengaitkan pencalonan Saab dengan pembunuhan itu.

Haaretz melaporkan bahawa beberapa jam selepas tembakan itu, seorang lelaki Palestin berusia 18 tahun, Majid Faisal Dais ditikam hingga mati berhampiran bandar Lakiya di selatan Badwi.

Polis berkata mereka mengesyaki motif jenayah di sebalik pembunuhan Majid Faisal Dais, yang berasal dari Tebing Barat yang diduduki.

Pada malam Isnin (21 Ogos) pula, ketua pengarah bandar tengah Tira, Abdul Rahman Kashua, ditembak mati di sebelah ibu pejabat perbandaran dan balai polis di situ.

Pembunuhan itu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan jenayah terancang dalam komuniti Arab Israel, kerana kadar pembunuhan yang semakin meningkat menghantar gelombang kejutan kepada penduduknya yang berjumlah kira-kira dua juta.

Hampir 160 orang telah dibunuh tahun ini sahaja. Itu sudah merangkumi lebih daripada jumlah yang dilaporkan pada 2022 oleh Abraham Initiatives, sebuah kumpulan yang mempromosikan kesaksamaan Arab dan Yahudi Israel.

Satu parti politik, Gerakan Arab untuk Pembaharuan (Taal) menuntut tindakan segera oleh pihak berkuasa Israel, dengan ramai yang menyalahkan kegagalan perwakilan dan polis  yang sewajarnya oleh negara.

Terdahulu, seorang ahli parlimen pembangkang terkemuka menyalahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana meletakkan polis di tangan Itamar Ben-Gvir, menteri keselamatan negara sayap kanan yang mempunyai sejarah perkauman anti-Arab.

“Masyarakat Arab Israel sedang dalam krisis, dan perdana menteri sibuk membuat janji kosong,”  kata bekas Menteri Pertahanan Israel,  Benny Gantz.

Pejabat Netanyahu berkata perdana menteri itu sedang memanggil pasukan petugas kerajaannya untuk menangani kes berkenaan.

Pada Selasa, beliau berkata pembunuhan Abdul Rahman Kashua telah ‘melintasi garis merah’ dan berikrar untuk menggunakan segala cara, termasuk perkhidmatan keselamatan Shin Bet, untuk mengalahkan jenayah berkenaan’.

“Kami telah menghapuskan jenayah terancang dalam sektor Yahudi di Israel dan kami akan menghapuskan jenayah terancang dalam sektor Arab di Israel,” tambahnya.

Ben-Gvir mengeluarkan kenyataan panjang lebar pada Rabu (23 Ogis) pula menuduh  keganasan dalam puak yang dilabelkan  sebagai ‘pengganas’ dalam masyarakat Arab Israel, yang beliau dakwa akhirnya akan ‘menghalakan serangan mereka terhadap Israel’.

Beliau mengulangi seruannya untuk menahan suspek tanpa perbicaraan dan untuk Shin Bet mengesan jenayah terancang. 

Itu telah diambil kira sebagai  bermaksud pengawasan terhadap warga Arab Israel yang disyaki melakukan jenayah,  satu cadangan yang sangat kontroversial yang dilaporkan sebelum ini ditolak kerajaan Israel.

Orang Arab Israel,  kebanyakan mereka lebih suka dipanggil warga ‘Palestin Israel’ membentuk satu perlima daripada populasi di Israel.

Secara teorinya, masyarakat Arab Israel mempunyai hak yang sama dengan warganegara Yahudi, tetapi mereka secara rutin mengadu tentang diskriminasi terhadap mereka di Israel. – HARAKAHDAILY 25/8/2023 

Komen Weblog Ibnu HasyimBunuh Arab-Israel/Kristian serang LGBTQ/Ambalat.. PAS/PN

Lihat komen ini..

(i) Kumpulan Kristian serang bar LGBTQ+ di Beirut  

Suasana tenang di jalan raya di luar Om Bar Room, di Mar Mikhael, Beirut, Lubnan selepas kejadian diserang kumpulan Kristian, Soldier of God pada lewat malam 23 Ogos 2023. (FOTO: L'Orient Today)

Di Beirut, beberapa individu cedera selepas kumpulan Kristian, Soldiers of God dilaporkan menyerang sebuah bar mesra LGBTQ+ di Beirut, Lubnan.

Premis Om Bar Room yang terletak di kejiranan Mar Mikhael di Beirut itu dilaporkan menganjurkan pertunjukan mak nyah pada lewat malam Rabu (23 Ogos) apabila sekumpulan lelaki mengepung bar tersebut dan mula menyerang beberapa pengunjung yang berada di dalamnya.

Rakaman Video kejadian itu menunjukkan ahli kumpulan Kristian berkenaan memerangkap beberapa individu yang berada di dalam bar berkenaan sambil menjerit bahawa premis itu sebagai ‘syaitan’ dan ‘mempromosikan homoseksual’.

Serangan itu berlangsung lebih sejam, dengan beberapa orang pengujung bar tersebut dilaporkan telah dicederakan ahli kumpulan Kristian tersebut, dakwa Tarek Zeidan, pengarah eksekutif kumpulan hak LGBTQ+ Helem, Tarek Zeidan, lapor The New Arab.

(ii) Di Sabah, peristiwa Ambalat, sepatutnya k'jaan perlu dedah dokumen perjanjian.  


Di KL, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak kerajaan membentang kandungan dokumen perjanjian secara telus di Parlimen bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak. 

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, penting kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian yang dimeterai kerana isu Ambalat melibatkan kedaulatan, keselamatan, kepentingan ekonomi serta hubungan antarabangsa dua hala Malaysia-Indonesia.

Katanya isu Ambalat pernah dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jun lepas.

“Bagaimanapun Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak memberikan jawapan yang meyakinkan berkaitan isu tersebut.

“Isu serupa juga diketengahkan ADUN Tungku Assaffal Alian di DUN Sabah baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

Pada sidang DUN Sabah 10 Ogos lepas, Tungku Assaffal mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Kesian, BN minta sedeqah DAP PP.

 

Zahid berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang - Foto NSTP/Mikail Ong

BN yakin jadi sebahagian kerajaan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN mengakui, komposisi itu dapat direalisasikan menerusi keikhlasan daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, biarpun tiada wakil gabungan berkenaan yang menganggotai pentadbiran negeri, sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau sudah mengarahkan jentera parti itu untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) dan BN di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Enam calon BN yang bertanding pada PRN Pulau Pinang masing-masing di kerusi DUN Penaga, Bertam, Permatang Berangan, Sungai Dua, Sungai Acheh dan Teluk Bahang.

GEORGETOWN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan Nasional (BN) akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN mengakui, komposisi itu dapat direalisasikan menerusi keikhlasan daripada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, biarpun tiada wakil gabungan berkenaan yang menganggotai pentadbiran negeri, sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau sudah mengarahkan jentera parti itu untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) dan BN di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

Enam calon BN yang bertanding pada PRN Pulau Pinang masing-masing di kerusi DUN Penaga, Bertam, Permatang Berangan, Sungai Dua, Sungai Acheh dan Teluk Bahang.

"Sebelum kita capai matlamat ini (menang di Pulau Pinang), saya sudah arahkan Pengerusi BN negeri untuk meminta semua Pengerusi BN di setiap Parlimen, khususnya di kawasan DUN yang kita bertanding, sama ada PH atau BN.

"Saya sudah minta supaya jentera BN memberikan sokongan kepada semua calon. Ini kerana jentera PH di Pulau Pinang sudah memberikan komitmen, mereka juga akan bekerja keras untuk memenangkan enam calon BN di negeri ini.

"Biarpun kerjasama ini tak pernah terjadi sebelum ini, yang penting kombinasi PH-BN adalah petanda Malaysia memberi layanan kepada semua bangsa di negara ini," katanya ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang di sini, malam ini.


Komen Weblog Ibnu HasyimKesian BN minta sedeqah DAP PP.

Lihat komen ini..

(i) Kesian sungguh, UMNO masih tak sedar dia disuapkan racun oleh DAP-PH.. 

Ini gambar 3 tahun lalu ketika Umno dan PAS Selangor gigih menyatukan kekuatan politik ummah melalui Muafakat Nasional. Tan Sri Noh ketika itu Pengerusi Umno Selangor dan Datuk Megat Timbalannya.

PAS dan Umno Selangor sokong menyokong demi membina permuafakatan ummah yang kukuh dan ampuh. Pimpinan Umno Selangor memberi dukungan dan sokongan padu pada usaha Tan Sri yang ketika itu bertungkus-lumus memastikan Muafakat Nasional terbit sebagai kuasa politik baru mencabar dan menentang PH yang didominasi DAP.

Indahnya apabila umat bersatu. Allah cetuskan kasih sayang dan saling hormat menghormati  begitulah bangsa Melayu bila bermuafakat menepati tuntutan aqidah.

Tetapi itu 3 tahun lalu hari ini di Selangor, Noh kekal yakin pada gagasan politik penyatuan ummah akan tetapi pimpinan Umno Selangor kini sudah lain.

(ii) Zahid Hamidi ‘key figure‘, tapi PH tak cerdik, kesian lagi.. 

Video cubaan sogokan undi yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Zahid Hamidi telah menghangatkan kembali perbualan rakyat berkenaan isu rasuah dan ketirisan setelah berbulan lamanya topik ini agak sejuk.

Faktor utama topik rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tidak lagi berlegar dalam kalangan rakyat adalah kerana ‘pejuang’ utama menentang rasuah iaitu Pakatan Harapan tidak lagi menyentuh isu ini.

Semua ini tidak lain tidak bukan kerana rakan kerjasama PH yang paling bernilai sekarang adalah BN yang dipimpin Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi ialah ‘key figure‘ utama di sebalik terbentuknya Kerajaan Campuran pada hari ini. Maka adalah tidak cerdik sekiranya topik sensitif seperti isu rasuah dimainkan oleh PH. 

Hati dan perasaan Zahid Hamidi sebagai ketua rakan koalisi perlu dijaga sebaik-baiknya. Pelantikan Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 negara dalam keadaan beliau sedang diarah membela diri di mahkamah adalah satu dilema buat negara dan sistem kehakiman.

Jika kes ini diteruskan sehingga Zahid Hamidi disabitkan kesalahan maka persepsi integriti dan ketelusan yang selama ini diidamkan Perdana Menteri ke-10 (PMX) pasti hancur lebur. Tidak wajar seorang Timbalan Perdana Menteri disabitkan kesalahan dalam keadaan menjawat jawatan.

Manakala andai kata kes digugurkan sebagaimana representasi yang dimohon oleh Zahid atau kes diteruskan dan Zahid didapati tidak bersalah, maka persepsi bahawa mahkamah dikawal oleh parti yang berkuasa tidak boleh dikikis daripada mata rakyat.

Inilah yang menjadi punca sebahagian besar pengamal undang-undang negara seperti Haniff Khatri yang meminta agar hakim negara tidak mempertimbangkan representasi Zahid untuk memohon penangguhan.

Permohonan Zahid tidak boleh digugurkan atas faktor mematuhi konsep kedaulatan undang-undang dan untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap penguatkuasa undang-undang.


Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam.
 
Hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. UNDILAH PN, insya Allah!

Sunday, August 06, 2023

Cara mudah, buang najis judi di M'sia. Begini!

 


Tanpa kuasa politik tidak boleh tutup premis judi

KOTA BHARU: Sejak Kelantan diterajui di bawah kepimpinan ulama banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan dalam pentadbiran kerajaan negeri selari dengan syariat Islam. 

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata agenda itu dilaksanakan PAS di Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

Katanya, agenda perubahan itu dirintis almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk mengharamkan amalan riba dan menutup premis judi.

“Kalau kita tidak keluar mengundi dan sekadar mengajar di masjid tidak boleh mengubah peraturan dalam kehidupan masyarakat.

“Kita tidak boleh tutup premis judi kerana ia perlu kuasa politik untuk membuat perubahan,” katanya ketika ditemui semasa gerak kerja kempen.

Menurutnya juga dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang digubal lebih 30 tahun lalu diperkasakan lagi di bawah pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Katanya dasar tersebut ditambahbaik lagi menerusi agenda merakyat MBI dengan melaksanakan tonggak Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan (3K) dalam pentadbiran kerajaan.

“Dasar inilah yang digembeleng kerajaan negeri sehingga kita dapat keyakinan rakyat mengekalkan pentadbiran di bawah kepimpinan ulama lebih 30 tahun.

“Melalui prinsip Ubudiyah, Masuliyah dan Itqan (UMI) sehingga sekarang tiada seorang pun pimpinan kerajaan negeri disabitkan dengan salah guna kuasa dan rasuah,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cara mudah, buang najis judi di M'sia. Begini!

Lihat dulu komen-komen ini..

(i) Kami rakyat M'sia mahu hapuskan judi bermula dari Kelantan hingga ke Putrajaya.. 


Dan tiba-tiba Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diketuai PAS itu dikecam cemuh dan dipertikaikan lawan politik, termasuk cuba diheret ke mahkamah oleh beberapa individu berpeguamkan pimpinan DAP.

Desakan untuk Kedah menarik balik penguatkuasaan bermula 1 Januari 2023 itu semakin kuat kedengaran hingga diatur pelbagai wacana dan pandangan ‘pakar’ mengulas dari segenap aspek untuk menampakkan ketidakwajaran.

Mereka cuba meletakkan Kedah di ‘kandang pesalah’ dengan membebankan tekanan bahawa langkah tersebut salah, mundur dan kolot, juga menyebabkan kehilangan hasil pendapatan, serta menidakkan hak kaum lain.

Ramailah juru bicara dan segala pakar diundang bagi memperkata atau mengulas keputusan dan pelaksanaan dengan diberikan penilaian negatif yang mempunyai sekurang-kurangnya dua motif atau tujuan.

1. Untuk meragukan atau menimbulkan rasa was-was kepada pihak pelaksana untuk sekurang-kurangnya mengkaji semula keputusan, yakni supaya dilihat berpendirian tidak konsisten, tidak berprinsip, tidak sistematik, cetek, dangkal dan gopoh.

Jika itu terjadi, tentulah lanjutan keputusan tersebut akan pincang dan berlaku perbezaan pendapat sesama sendiri dan menyebabkan kesangsian untuk kebolehlaksanaan atau dikuatkuasakan tindakan.

2. Untuk memarakkan sentimen kebencian dan jurang pihak lain, termasuk dimainkan secara perkauman dan agama dengan momokan atau manipulasi yang salah lagi ekstrem bersifat diskriminasi dan permusuhan.

Ini satu tindakan mewujudkan provokasi dan tidak harmoni konon teraniaya atau ditindas, sekali gus meraih perhatian atau campur tangan ‘asing’, selain melemahkan kecenderungan atau minat pihak lain yang awalnya mahu bersama keputusan itu.

(ii) Ini, penduduk bukan Muslim pun gesa pengundi tolak BN.. 
Mereka tidak bermasalah untuk menerima kunjungan dan beramah mesra bersama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Roslan Ramli semasa diziarahi (Foto). Turut hadir semasa ziarah tersebut Ketua Penerangan dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Ahmad Dullah dan Isaac Wong. 

Di Besut, penduduk bukan Islam di Dun Jertih menolak calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu kali ini. Chong Chi Leong, 61, berkata, wakil rakyat BN sebelum ini tidak pernah memahami keperluan penduduk bukan Islam di kawasan itu. 


“Mereka hanya buat tak tahu sahaja terhadap kami di sini dan tidak prihatin terutamanya dalam bab ekonomi, kesihatan, kebajikan dan pendidikan.
“Saya menyeru semua pengundi tolak calon BN pada PRN kali ini kerana sikap mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Chong juga berkata, perpaduan dalam masyarakat antara Muslim dan bukan Muslim sangat baik di Terengganu. Pengusaha kedai jam itu telah berniaga selama 20 tahun di pekan Jertih, mempunyai lapan orang anak dan 17 orang cucu.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah atau puak anti Islam.
 
Hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang Islam dalam negara Islam' yang sebenarnya. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. UNDILAH PN, insya Allah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails