KOTA BHARU: Empat negeri yang ditadbir PERIKATAN NASIONAL (PN) akan membentuk gabungan yang dinamakan Koridor Hijau pada peta Semenanjung Malaysia.
Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis menjadikan syariat Islam asas pemerintahan negeri.
Katanya, pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam (MBI) dirintis sejak lebih 30 tahun lalu berjaya meletakkan Kelantan sebagai model kerajaan yang berintegriti dan telus.
“Kini Kelantan bersama–sama Terengganu, Kedah dan Perlis untuk membentuk Koridor Hijau yang meletakkan pemahaman dasar Islam dalam agenda pentadbiran.
“Serta memastikan cara hidup Islam diperkukuh melalui pelaksanaan dasar, penggubalan undang-undang Islam, pembangunan akhlak dan sahsiah kepimpinan dan rakyat.
“Seterusnya menggerakkan pembangunan negeri yang dinamik berdasar pembangunan seimbang dan meningkat jati diri Islam bagi mencapai Kelantan Maju Rakyat Sejahtera,” katanya pada Majlis Amanat Khas Menteri Besar di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Mohd Nassuruddin juga berkata, rakyat Kelantan menghargai jasa dan idea kepimpinan dahulu yang berjaya mewujudkan asas bagi membentuk sebuah negeri makmur dan sejahtera.
Menurutnya, dasar MBI menjadi pegangan bagi setiap lapisan rakyat untuk terus mempertahankan kerajaan negeri walaupun banyak cabaran datang.
“Oleh yang demikian, rakyat Kelantan sangat menghargai jasa kepimpinan terdahulu sejak pengenalan dasar ini pada era pentadbiran almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Ia terus diperkukuhkan pada era Merakyat Membangun Bersama Islam pimpinan pentadbiran Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang mengecapi pelbagai kejayaan demi kesejahteraan rakyat Kelantan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/9/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, 4 negeri PN bentuk Koridor Hijau. Jom sama!
Lihat komen ini..
(i) Al-hamdulillah, namun perjuangan PAS/PN tetap masih mendunia. PASRelief ajak masyarakat bantu mangsa gempa di Maghribi.
Ini susulan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang melanda beberapa wilayah di Maghribi pada Jumaat menggemparkan seluruh dunia.
Pusat gempa bumi yang besar di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.
Angka kematian telah mencecah 2,000 orang sehingga kini dan dijangka akan mengingkat lagi. Dilaporkan juga lebih 2,000 orang cedera dan kritikal.
Kekuatan gempa yang terjadi menyebabkan ramai orang awam mula memenuhi jalanan dan tidur di luar kerana tidak berani lagi untuk tinggal di rumah masing-masing.
Gempa ini adalah paling dahsyat di Maghribi untuk selama beberapa dekad. Raja Maghribi Mohamed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang terlibat.
“PASRelief mengajak dan menyeru seluruh masyarakat yang prihatin dan dermawan untuk sama-sama kita menyumbang bagi membantu mereka di sana,” ujar PASRelief menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Sumbangan boleh disalurkan melalui: https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-morocco-pasrelief atau akaun Maybank: 564070612333 – PASRelief. – HARAKAHDAILY 10/9/2023
(ii) Al-hamdulillah lagi, dalam negara PAS terus membangan bersama Islam. Contohnya, Tour Gateh D’Tranung akan jadi acara tahunan.
Di Kuala Terengganu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishammudin Abdul Karim, konsep sebenarnya bukan sahaja Gateh tetapi ia juga untuk mempromosikan stalk tourism negeri ini.
“Kita membawa mesej songket dalam pakaian jersi kita dan saya dapat maklum balas daripada penunggang masing-masing cukup teruja dengan persekitaran yang berlaku di negeri Terengganu ini.
“Jadi saya harap tahun depan lebih meriah dan kita akan buat yang lagi terbaiklah, insya-Allah,” katanya.
Kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2023 yang berlangsung pada pada 3 Setember hingga semalam mengetengahkan elemen songket pada lima jersi kemenangan bagi memartabatkan seni warisan tradisional Melayu Terengganu.
Lima kategori yang dipertandingkan pada kejohanan Tour Gateh D’Tranung kini memasuki edisi kedua pada tahun ini.
Lima kategori tersebut ialah Elit, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Tempatan dan Bawah 21 Tahun di mana akan melalui lima peringkat perlumbaan sejauh 650 kilometer bermula dari Taman Tamadun Islam dan berakhir di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Pertandingan itu disertai 27 pasukan antaranya sembilan kelab tempatan, 10 pasukan Sukan Malaysia (Sukma) dan lapan pasukan elit antarabangsa dari Eropah, Qatar, Singapura dan Indonesia.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.