Wednesday, February 07, 2024

'Pemikiran Kreatif ' di masjid, fenomena terkini. Tapi..

 

Situasi solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, semalam. (Kredit foto: Facebook Waqaf An-Nur)

Pemikiran kreatif tarik jemaah solat Subuh di masjid

KUALA TERENGGANU: Program ‘Subuh Macam Jumaat’, ‘Semarak Subuh’ dan seumpamanya telah menjadi fenomena akhir-akhir ini.

Banyak masjid telah dibanjiri dengan jumlah ahli kariah lebih ramai daripada biasa untuk solat Subuh secara berjemaah termasuk kanak-kanak.

Dilaporkan, ada masjid yang terpaksa mengadakan solat Subuh dua kali kerana jemaah yang hadir terlalu ramai.

Dr Azman Ibrahim.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, masjid yang ada kemampuan kewangan, molek benar menyediakan sarapan pagi sedap-sedap untuk jemaah yang hadir solat Subuh.

“Penuh masjid tak apa. Saya yakin ramai akan infaq demi nak tengok masjid dimakmurkan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.

Katanya, manfaatkanlah apa cara sekalipun untuk mengajak orang ramai mari masjid.

Menurutnya, ada masjid bagi hadiah basikal untuk anak-anak yang istiqamah sembahyang subuh di masjid dan ada juga masjid yang menyediakan bas untuk hantar anak-anak ke sekolah.

“Ibu bapa hanya bawa anak-anak mari solat Subuh di masjid siap beruniform sekolah, lepas itu mereka boleh pergi kerja,” ujarnya yang juga Adun Jabi.

Tambahnya, urusan anak-anak ke sekolah akan dihantar dengan bas yang disediakan selepas makan sarapan pagi di masjid.

Beliau berkata, pemikiran kreatif seperti itu menarik untuk dicontohi.

Kata Dr Azman lagi, wang masjid bukan untuk disimpan dan dilaporkan dengan jumlah yang banyak dalam mesyuarat akhir tahun.

“Jemaah infaq kerana nak tengok wang tersebut dibelanjakan agar mereka juga ada saham pahala,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Pemikiran Kreatif ' di masjid, fenomena terkini. Tapi..


(i) Lihat komen ini. Bertembung ideologi DAP dengan Islam di M'sia 

Lengkapnya, sila rujuk 'Pertembungan ideologi DAP dengan Islam' -MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 19/1/2024.


(ii) Lihat juga komen ini, rujuk 'PAS masa depan politik Malaysia', – HARAKAHDAILY 21/1/2024. 


(iii) 'Saya terkejut rumah rakan yang kosong 10 tahun diceroboh, didiami warga asing'
Warga asing yang menceroboh dan mendiami rumah dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu kerana pemiliknya tinggal di Pantai Timur. Foto ihsan FB Srilabu Kedah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh dan didiami warga asing.

Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, berkata kejadian itu diketahui selepas kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan.

Katanya, dia yang mahu menguruskan penjualan pangsapuri berkenaan terkejut selepas mendapati rumah itu didiami warga asing ketika datang meninjau kediaman itu.

"Kawan kepada sahabat saya yang tinggal di kampungnya di Pantai Timur meminta saya menjualkan unit pangsapurinya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim perkara (iii): Itu baru kes pendatang haram masa kini. Rumah kosong diceroboh, dan didiami warga asing.

Bagaimana dengan puak keturunan warga asing yang diberi kuasa politik, kuasa memerintah dan akhirnya menghambat pribumi negara tersebut secara halus dan kasar. Contohnya seperti pribumi Melayu di Singapura, pribumi Palestin di tanah Arab, bahkan dituduh pengganas di negara sendiri Atau sebagai 'pemain api perkauman' kalau diMalaysia. Biadap dan keterlaluan sungguh mereka..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Monday, February 05, 2024

Agenda LGBT, seperti Israel guna seks.. Ditangkap di taman laut?

Gambar atas:Tuan Ibrahim Tuan Man. Gambar bawah: Fadeev menuduh penduduk Palestin memalsukan kematian untuk mendapat perhatian pihak media. - Newsflash

Bantah konsert yang promosi agenda LGBT, liar dan hedonisme

KUALA LUMPUR: Konsert hiburan artis yang mempromosi nilai bertentangan dasar negara dan budaya tempatan seperti membawa agenda LGBT, liar dan hedonisme mestilah tidak dibenarkan dan ditentang sama sekali.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, semua pihak harus jelas hala tuju dan masa depan yang mesti dibina ke atas negara dan rakyat selari dengan dasar kebudayaan nasional sedia ada.

Tegas beliau, hakikatnya Islam tidak menghalang hiburan kerana ia telah wujud dalam masyarakat termasuk kaum Muslimin sejak zaman Rasulullah SAW lagi, oleh itu dasar hiburan negara mestilah ke arah budaya ketimuran berteraskan Islam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, garis panduan hiburan yang telah ditetapkan pihak berkuasa mestilah diikuti dalam penganjuran konsert sebagaimana terdapat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Hiburan tidak dihalang dalam Islam, kita (PAS menerusi pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan) pernah di era Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (almarhum) menganjurkan konsert artis Mawi di Kota Bharu,” imbaunya.

Beliau mengulas bantahan PAS terhadap konsert artis antarabangsa, Ed Sheeren yang bakal diadakan di Kuala Lumpur di mana artis itu diketahui berlatarbelakang dan mempromosikan unsur LGBT dalam persembahannya di seluruh dunia.

Bagaimanapun, bantahan PAS itu dipertikaikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad ketika sebagai Menteri Agama hanya meminta konsert dikurangkan.

Terdahulu, teguran agar membatalkan konsert itu turut disuarakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, namun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa konsert tersebut akan tetap diteruskan.

Sebelum ini juga penganjuran konsert kumpulan artis antarabangsa pernah ditegur Mufti Wilayah, Prof Datuk Dr Luqman Abdullah, namun Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan itu hanya pendapat bukan fatwa. – HARAKAHDAILY 2/2/2024  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Agenda LGBT, seperti Israel guna seks.. Ditangkap di taman laut?

(i) Israel guna video seksi askar wanita untuk pulihkan imej.

TEL AVIV, ISRAEL – Tentera Israel dikecam netizen kerana berkongsi beberapa video yang memaparkan askar wanitanya berpakaian seksi bagi menggambarkan kononnya mereka bukan pihak yang kejam, lapor akhbar The Sun semalam.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok Tentera Pertahanan Israel (IDF) itu menunjukkan beberapa wanita seksi yang didakwa askar Israel sedang menari sambil memegang senjata api.

Salah seorang daripada mereka, Natalia Fadeev, mendakwa dia bertugas sebagai polis simpanan IDF selama tiga tahun.

Dalam satu klip videonya, wanita itu menuduh penduduk Palestin memalsukan kematian untuk mendapat perhatian pihak media.

“Saya berbangga kerana berkhidmat sebagai polis tentera selama tiga tahun di IDF. Sekarang sila beritahu saya, adakah saya kelihatan seperti seseorang yang sanggup mencederakan orang awam yang tidak bersalah?

“Berhenti menyebarkan penipuan mengenai Israel. Kami mempunyai anggota tentera yang paling bermoral!” tulis wanita itu dalam satu daripada hantarannya.

Video-video yang dimuat naik menerima kecaman netizen yang meluahkan rasa marah mereka atas kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin selain ada yang mempersoalkan ketulenan status wanita-wanita itu sebagai tentera.

“Adakah anda seorang tentera? Tentera tidak bermain TikTok,” tulis seorang netizen.

“Berapa ramai orang yang kamu telah tembak?” kata seorang lagi pengguna. – AGENSI 


(ii) Ini, nakal, di majlis libat urus bersama nelayan Terengganu.  

Foto daripada portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

'Ditangkap bukan kerana berlindung di taman laut'

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Indutsri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim menyifatkan soalan yang dikemukakan oleh peserta pada satu majlis libat urus bersama nelayan sebagai ‘nakal’.

(Selanjutnya, sila rujuk 'Ditangkap bukan kerana berlindung di taman laut' -– HARAKAHDAILY 1/2/2024) 

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Monday, January 29, 2024

Tanpa pencen, pesara tentera jadi pemandu lori..

 

Ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka. (FOTO HIASAN)

Tanpa pencen, bagaimana mereka mahu tampung kehidupan?

Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, baru-baru ini merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan.

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia.

Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan.  

Bagaimanapun, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. 

Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri.

Terkini, keputusan kerajaan untuk tidak menawarkan lagi skim berpencen kepada seluruh kakitangan awam lantikan baru merupakan satu keputusan yang amat membimbangkan. 

Beberapa faktor yang perlu dilihat adalah dari segi gaji yang lebih rendah dari sektor swasta, manfaat yang berkurang, serta keterjaminan kehidupan untuk masa akan datang. 

Ada pendapat yang mengatakan bahawa wang yang terkumpul di dalam Akaun Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menampung kehidupan pekerja setelah sampai umur persaraan mereka iaitu sekitar 56 tahun hingga 60 tahun. 

Namun demikian, dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang kita hadapi dengan pekerja sektor swasta, masih terdapat masalah kekurangan wang saraan melalui akaun KWSP mereka yang tidak mencapai jumlah sasaran minimum iaitu RM240,000. 

Ada juga masalah pesara yang tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan wang KWSP mereka di mana kesemua wang tersebut habis dalam jangka masa hanya 2 hingga 3 tahun.

Seterusnya, jawatan-jawatan di sektor kerajaan dilihat sebagai pekerjaan yang memberikan jaminan serta keistimewaan dengan skim berpencen. 

Disebabkan itu, kakitangan awam memilih untuk bekerja di sektor kerajaan walaupun mereka tahu gaji yang diberikan adalah kurang dari sektor swasta. 

Ini kerana, mereka tahu bahawa pekerjaan di sektor kerajaan ini boleh memberikan manfaat kepada mereka di masa hadapan iaitu setelah mereka mencapai usia persaraan. 

Manfaat pencen ini juga memberikan motivasi dan semangat kakitangan awam untuk bekerja dengan baik dan ada juga yang sanggup bekerja lebih masa walaupun tidak diberikan bayaran untuk kerja lebih masa. 

Kita juga harus lihat industri atau sektor pekerjaan awam yang kritikal seperti tentera, polis, bomba, dan yang lain sepertinya di mana gaji pegawai rendah tidak membolehkan caruman KWSP mereka cukup untuk menampung mereka di usia persaraan. 

Tentera juga ada yang perlu bersara secara wajib pada usia muda sekitar umur 40-an yang mana mereka masih mempunya anak-anak yang perlu ditanggung untuk pembelajaran mereka. 

Tanpa skim pencen, bagaimana golongan ini boleh menampung kehidupan mereka? Sedangkan pada ketika ini, ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka.

Perubahan dasar skim pencen ini harus dikaji semula dan dibincangkan dengan badan-badan tertentu seperti Cuepacs dan sebagainya dan perlu di adakan wacana pemikiran bersama kakitangan awam secara terbuka supaya dapatan dari perbincangan tersebut boleh memberikan solusi yang lebih baik. 

Skim pencen boleh diberhentikan, namun waktunya belum sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang serta kekurangan kemahiran pekerja dalam menguruskan wang KWSP secara baik.  HARAKAHDAILY  26/1/2024

Dr Safiah Omar ialah pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Tanpa pencen, pesara tentera jadi pemandu lori.. 

(i) M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 dijangka lebih mencabar dan suram berdasarkan rekod dan prestasi sepanjang tahun 2023, sekali gus bakal memberi impak teruk ke atas daya tahan kehidupan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Awang Hashim mengimbas petunjuk tersebut daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia iaitu 4.73 berbanding Dolar Amerika Syarikat yakni paras terendah sejak 26 tahun.

“Sebenarnya pada tahun lepas iaitu Oktober 2023, Malaysia juga mencatat Ringgit terendah dalam sejarah pada harga 4.79 berbanding Dolar AS. Sejak Jun 2023, Ringgit tidak pernah naik melebihi paras 4.50 berbanding Dolar AS.

“Ringgit juga jatuh kepada 3.53 berbanding Dolar Singapura. Sejak tahun 2020, pada tahun 2023 inilah tahun pertama Ringgit Malaysia jatuh melebihi paras 3.50 berbanding Dolar Singapura,” ujarnya.
(Sila rujuk 'M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?'   -HARAKAHDAILY 26/1/2024)


(ii) DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang 
KUALA LUMPUR: DAP adalah parti politik yang tidak setia kepada negara kerana berjuang berdasarkan rangka perlembagaan dan agenda Negara Sekular dengan menolak kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. 

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, ketidaksetiaan DAP itu juga kerana mengusahakan hak kesamarataan rakyat Malaysia melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’.

“Perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam masyarakat terutamanya di kalangan Bumiputera. Ini disebabkan DAP berjanji untuk menghapuskan kuota serta hak keistimewaan kaum majoriti.

“Sentimen perkauman yang dikaitkan dengan DAP telah lama wujud hingga menyebabkan perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. (Sila rujul 'DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang' – HARAKAHDAILY 26/1/2024)

(iii) Terkini, Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’. -Iran.
Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali Akbar. (FOTO: MNA)

TEHRAN: Merujuk kepada kegagalan rejim Israel dalam mencapai matlamatnya mengalahkan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, pemimpin sementara Solat Jumaat Tehran berkata, Zionis masih hidup dengan bantuan ‘pernafasan buatan’ Centcom.“Selepas 110 hari sejak operasi Taufan Al-Aqsa, semua berita menunjukkan kekalahan rejim Zionis dan penyokong mereka,” kata Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali […]

Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

(Sila rujuk 'Rejim Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’ Centcom')

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Monday, January 22, 2024

Analisis p'raya Israel, M'sia rakyat ke Istana & tipu DAP Madani..

 

Rakyat Israel berdemonstrasi menentang kerajaan sayap kanan yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu di Dataran Habima di Tel Aviv, Israel pada 8 Jan 2024, (FOTO: REUTERS

Tinjauan pilihan raya Israel: Berita buruk buat Netanyahu

BAITULMAQDIS: Prospek politik Perdana Menteri Israel, 
Benjamin Netanyahu di Israel terus kelihatan malap, dengan tinjauan baharu menunjukkan bahawa partinya akan berada di tempat kedua yang sangat jauh jika pilihan raya diadakan sekarang ini, dan gabungan yang dipimpinnya sekarang tidak akan memenangi cukup kerusi untuk terus berkuasa.

Tinjauan pendapat CNN Channel 13 mendapati Benny Gantz, bekas menteri pertahanan yang menyertai kabinet perang Netanyahu daripada pembangkang selepas serangan 7 Okt 2023 akan menjadi pemenang terbesar. 

Parti Perpaduan Nasional Gantz akan memenangi 37 kerusi, manakala Parti Likud Netanyahu akan menang 16i, dan parti Yesh Atid pimpinan bekas Perdana Menteri, Yair Lapid akan berada di tempat ketiga dengan 14 kerusi.

Majoriti tipis (53%) berkata, kepentingan peribadi Netanyahu adalah pertimbangan utama yang mendorong tindakannya berperang.

Satu pertiga (33%) berkata, kepentingan terhadap Israel adalah pertimbangan utamanya, dengan responden selebihnya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak menjawab soalan itu.

Kali terakhir warga Israel keluar mengundi pada 1 November 2022. Pilihan raya seterusnya dijadualkan pada 27 Oktober 2026, tetapi ramai rakyat Israel menjangkakan pilihan raya kebangsaan akan diadakan tahun ini.

Tinjauan, yang dijalankan dan dikeluarkan Ahad oleh peninjau terkemuka Israel, Camil Fuchs untuk Saluran 13, secara umumnya sejajar dengan tinjauan pendapat lain yang dijalankan sejak serangan Hamas ke atas Israe pada 7 Okt 2023.  HARAKAHDAILY  22/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Analisis p'raya Israel, M'sia rakyat ke Istana & tipu DAP Madani..

(i) Di M'sia 'Solidariti UMMAH buat gerakan rakyat ke Istana negara'. Jom!

Sila rujuk 'Solidariti UMMAH buat gerakan rakyat ke Istana negara'   HARAKAHDAILY  22/1/2024


(ii) Lagi di M'sia, 'Hak pemandu e-hailing: Satu lagi penipuan DAP Madani! 

Sila rujuk 'Hak pemandu e-hailing: Satu lagi penipuan Madani' – HARAKAHDAILY 19/1/2024

KUALA LUMPUR: Isu kebajikan pemandu e-hailing di negara ini masih lagi tiada kesudahan, demikian kenyataan dikeluarkan Profesional Istiqamah, hari ini.

Menurut mereka, kadar bayaran yang semakin lama menurun ternyata tidak setimpal dengan jerih keringat dicurahkan pekerja ekonomi gig ini.

“Terbaru, kadar bayaran bagi pekerja e-hailing Grab terus merosot daripada RM 4.50 kepada RM 3.50 sahaja!

“Apa yang menyedihkan, Kerajaan Madani menerusi Anwar Ibrahim pernah menabur janji manis dan harapan tinggi kepada pemandu e-hailing pada bulan Julai 2023,” ujar kenyataan itu.

Dalam program tersebut, Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan janji untuk bertemu dengan semua syarikat e-hailing bagi menyelesaikan masalah kadar bayaran yang tidak berpatutan ini. Bersambung.. Sila rujuk 'Hak pemandu e-hailing: Satu lagi penipuan Madani' – HARAKAHDAILY 19/1/2024


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails