Monday, June 10, 2024

Masalah ayaq (air) DAP PP. Cakap besaq '0'.

 

1. Pulau Pinang tak patut ada masalah bekalan air

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang yang membangun maju dan pesat serta memperolehi pendapatan tinggi tidak sepatutnya mempunyai masalah bekalan air berbanding negeri miskin seperti Kedah.

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masalah tersebut sepatutnya menjadi perkara sangat memalukan bagi negeri yang ditadbir oleh DAP itu.

“Ada masalah ayaq (air) rupanya di Nibong Tebal ni. Aku ingat Kedah je (saja) hari-hari TV3 meratip masalah ayaq di Kedah. Hari-hari (TV3 lapor) ayaq sana tak dak, Rupanya Pulau Pinang pun tak dak ayaq,” sinisnya.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pulau Pinang bukan negeri yang besar di mana jajaran paip airnya juga hanya sepanjang kira-kira 2,400 kilometer (km) panjang berbanding seluruh Kedah sekitar 13,000 km.

Oleh itu tegas beliau, perkhidmatan perbekalan air di Pulau Pinang sepatutnya lebih mudah diuruskan, juga kerana kepadatan penduduknya, selain penyelenggaraan tidak semahal yang ditanggung Kedah.

Malah bongkarnya, Pulau Pinang menjual air kepada kapal semahal RM15 bagi satu meter padu, sekali gus wajar menyediakan infrastruktur bekalan air lebih baik, berbanding Kedah menjual air kepada domestik cuma RM0.55.

“Kami (Kedah) nak maintenance 7-8 km baru jumpa sebiji kampung. Dalam kampung itu pula pakai telaga. Hat habis tak dak, malas cedok baru dia buka air paip. Besar maintenance air di Kedah.

“Rupanya Pulau Pinang pun tak dak air. Awat (kenapa) jadi lagu itu? Bukan DAP pandai ke memerintah? Tak dak dah manusia yang pandai perintah negeri di di dunia ni selain pada DAP,” sindirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Pulau Pinang juga katanya, mempunyai banyak sektor industri dan mereka dapat menjual air dengan kadar lebih mahal, apatah lagi negeri itu mengambil air mentah tanpa bayaran dari Sungai Muda yang berpunca dari Kedah.

Menurut beliau, Pulau Pinang mengekstrak 1,440 juta liter sehari (MLd) berbanding Kedah hanya 770 MLd iaitu separuh perbezaannya dan kerana itu juga negeri itu mencatat untung ratusan juta ringgit berbanding Kedah hanya puluhan juta ringgit.

Sindir Sanusi juga, seandainya beliau menjadi Ketua Menteri di negeri ini pasti masalah bekalan air tersebut dapat diselesaikan, pun begitu bersedia menawarkan lebihan air terawat yang dimiliki Kedah.

Jelasnya, Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Kulim yang bersempadan negeri ini mempunyai kebihan air terawat dan bersedia menjualnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Kalau nak mai beli, saya saya jual. Saya bukan tak dak air bersih, ada. Kalau hang nak beli, kita jual. Di Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ. Dengan suci hati. Syaratnya kena beli, tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” pelawanya. – HARAKAHDAILY 9/6/2024

2. Benarkah DAP hina Islam? 

Lihat ini, 

'AL-BAYAN SIRI 9: HORMATI ISLAM, HORMATI INSTITUSI.. 8 Jun 2020'

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Penghinaan Agama

Dalam konteks peruntukan undang-undang, kita melihat isu penghinaan terhadap agama Islam boleh ditangani menerusi perundangan sivil dan perundangan syariah. 
Ini kerana, kedua-dua perundangan tersebut ada menyatakan peruntukan bagi kesalahan menghina agama. Namun demikian, bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada membicarakan kes-kes yang melibatkan orang Islam, berbeza dengan Mahkamah Sivil yang boleh membicarakan mana-mana orang yang melakukan kesalahan di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Dari sudut perundangan sivil, terdapat beberapa peruntukan yang boleh digunapakai dalam menangani isu penghinaan terhadap agama Islam. 

Pertama, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. 
Kedua, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain. Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. 
Ketiga, Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dari sudut perundangan syariah, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, di bawah Bahagian III – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya memperuntukan beberapa seksyen berkaitan. 

Pertama, Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 8. Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketiga, Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Jika diteliti secara keseluruhan, kita dapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada amat komprehensif dalam menangani penghinaan terhadap agama Islam kerana ia meliputi semua aspek, medium dan sasaran. Namun demikian, tidak dinafikan keperluan untuk mengkaji dari semasa ke semasa aspek hukuman yang dikenakan agar ia kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran masa kini. Selain itu, aspek penguatkuasaan juga perlu diperkasakan. Ini kerana, tanpa penguatkuasaan yang efisien dan konsisten, undang-undang tidak akan mampu dimartabatkan sebagaimana yang menjadi aspirasi seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia.

ama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.

Kesimpulan
Islam merupakan agama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.

Sikap gemar menghina, mengutuk, mencaci dan memperlecehkan agama adalah amat jauh daripada akhlak Islam bahkan bertentangan dengan fitrah kemanusiaan yang cintakan kedamaian. Ia juga bukan cara untuk meluahkan pandangan atau kritikan kerana natijahnya hanya mengundang perbalahan dan perpecahan sama ada antara sesama penganut agama atau dengan penganut agama yang lain.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang berpayung di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, marilah kita menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam memelihara keharmonian beragama. Islam adalah agama bagi persekutuan, manakala agama lain bebas untuk diamalkan. Maka, hormatilah kedudukan agama Islam, sebagai lambang kesetiaan dan penghormatan terhadap Institusi Raja di negara ini.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
Jabatan Perdana Menteri  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah DAP  P.Pinang negeri busuk tahi babi, masalah kecik ayaq (air) pun, tak boleh selesai. Cakap besaq '0' tindakan. Kokok berderai, ekoq belumoq taik! 

Saturday, June 08, 2024

Demokrasi & promosi sundal

 


1. ‘PH-BN jangan racuni demokrasi’

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) digesa untuk tidak meracuni demokrasi dengan tindakan yang represif atau bersifat menekan kepada lawan.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pilihan raya adalah gelanggang demokrasi, kemuncak pentas kebebasan bersuara. 

“Wujudnya Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bebas adalah bukti betapa Malaysia adalah sebuah negara maju yang demokratik dan memberikan kebebasan memilih pada rakyatnya.

“Rakyat bebas memilih wakilnya tanpa ugutan, paksaan atau rasuah dari mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberikan respons tersebut  berikutan cadangan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua platform bagi menangkis berita palsu semasa PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini.

Sehubungan itu, lebih 60 tahun Malaysia Merdeka dan telah melalui 15 PRU tanpa apa-apa insiden negatif tidak seperti negara lain.

“Bermakna undang-undang dan peraturan yang ada sudah cukup kemas dan efektif. Janganlah cemari rekod baik kita dengan tindakan yang autokratik.

“Sedangkan yang berkuasa hari inilah suatu ketika dahulu taksub melaung dan memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil tapi kini dah berkuasa bagaikan gelabah menghadapi suara rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2024  

2. Sundal di media sosial. 

5 ditahan promosi aktiviti persundalan di media sosial -BH.

Lima ditahan promosi aktiviti persundalan di media sosial 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi E-Noda (Op E-Noda) menahan lima individu yang disyaki mempromosi aktiviti persundalan menerusi media sosial, semalam.

Operasi dilaksanakan pasukan Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah kediaman di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor, pada jam 4 petang. 

Menerusi operasi itu, polis menahan lima individu termasuk dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) D7 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata risikan mendapati sindiket ini mempromosi aktiviti seks, menjual rakaman video lucah serta ubatan seks melalui laman media sosial. 

Menerusi operasi itu, polis menahan lima individu termasuk dua wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) D7 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata risikan mendapati sindiket ini mempromosi aktiviti seks, menjual rakaman video lucah serta ubatan seks melalui laman media sosial.

Katanya, semakan ke atas akaun TikTok milik sindiket ini mempunyai 226,000 pengikut yang aktif dalam media sosial terbabit

"Modus operandi sindiket ini ialah mengajak orang ramai melanggan saluran Telegram milik sindiket ini dengan bayaran sekitar RM450 sehingga RM550 untuk setiap langganan.

"Sindiket ini juga akan menggunakan talian WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan bagi mengatur pengiklanan dan pertemuan serta pembayaran sekiranya pelanggan bersetuju untuk mendapatkan khidmat seks," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, hasil siasatan juga mendapati sindiket ini mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dengan menjalankan aktiviti penjualan ubat dan promosi persundalan di media sosial.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 6(1)(c) akta Imigresen 1959/63.(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah sundal di media sosial, di situlah perlunya negara ditarbiah, dibentuk dan dibangunkan menurut cara Islam. Bukan ditarbiah secara sekular warisan penjajah.

Sekali lagi, di situlah perlunya Islam, perlunya parti PAS dan kumpulannya, yang membangkit bersama Islam. 

Jom undi PAS bersama gengnya yang mentadbir, membawa kebahagiaan dari dunia hingga ke kampung akhirat. Bukan hanya di dunia ini saja, atau sama dengan yang tidak percaya kepada Hari Akhirat.

..

Friday, June 07, 2024

Rampas DUN Sungai Bakap dari PAS? & Khianati Melayu..


- Foto fail NSTP

1. 'Saya tidak tahu... saya PKR'

KUALA LUMPUR: PKR akan membincangkan mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, petang ini.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan parti.

"Petang ini ada pertemuan dengan Presiden; Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli; Pengerusi PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan beberapa pimpinan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa Ke-26 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai ura-ura Barisan Nasional (BN) akan menghantar calon bagi kerusi itu, beliau memaklumkan tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu... saya PKR," jawabnya ringkas.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.

"Saya tidak tahu... saya PKR," jawabnya ringkas.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai, manakala tarikh penamaan calon pada 22 Jun dan pengundian awal pada 2 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. (BH).


2. Bantah khianati Bahasa Melayu di sekolah Pulau Pinang 
Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) kesal dengan isu bantahan pelaksanaan satu kelas bahasa pengantar menggunakan Bahasa Melayu oleh Lembaga Sekolah dan PIBG daripada 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, perkara ini seolah-olah Bahasa Melayu tidak ada nilai untuk dijadikan bahasa pengantar dalam institusi pendidikan sekarang ini. 

“Bantahan tersebut menggambarkan betapa jauhnya masyarakat dalam kemajmukan bangsa dan etnik ini merintis jalan membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu selepas lebih 60 tahun merdeka. 

“Sewajarnya tidak timbul bantahan sedemikian kerana syarat pelaksanaan kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah langkah untuk memastikan penguasaan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 

“Tambahan lagi bahasa pula adalah medium yang mengikat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, oleh yang demikian mengapa dasar ini perlu dibantah seolah-olah mahu membina suatu ketakutan kepada para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

“Selain itu, DUPP juga berpandangan sudah sampai masanya wacana mengenai kedudukan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan vernakular ini dibincangkan secara serius dan terbuka. 

“Pindaan terhadap Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 mungkin wajar untuk meletakkan kembali kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.– HARAKAHDAILY 6/6/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kerajaan M'sia /PH/DAP kini sudah tidak mempedulikan Melayu lagi, walaupun PMnya konon masih Melayu..

..

Thursday, June 06, 2024

Perang Nuklear mendekat, M'sia di mana?

 


Vladimir Putin. (FOTO: Reuters)

1. Rusia sedia perang nuklear dengan Amerika

MOSCOW: Rusia bersedia untuk menghadapi perang nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) jika negara itu bertindak menghantar tenteranya ke Ukraine, sekaligus meningkatkan lagi konflik sedia ada antara kedua-dua buah negara itu.

Kenyataan itu dibuat Presiden Rusia, Vladimir Putih sejurus pilihan raya presiden negara itu yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac ini, yang mana Putin dilihat bakal melanjutkan tempoh pemerintahannya untuk enam tahun lagi.  

“Dari segi teknikalnya, sudah tentu kita bersedia”, tegas Putin kepada  agensi berita televisyen, Russia-1 ketika ditanya sama ada Rusia bersedia untuk berhadapan dengan perang nuklear. 

Menurut beliau, pihak Barat khususnya AS faham bahawa jika mereka mengerahkan anggota tenteranya ke Rusia atau Ukraine, tindakan keras dan campur tangan akan dilakukan oleh Rusia. 

Amaran Putin itu dikeluarkan di sebalik tawaran Barat untuk mengadakan rundingan bersama mengenai isu Ukraine sebagai sebahagian daripada pasca perang dingin dan keselamatan rantau Eropah, lapor Reuters

Dalam pada itu, pihak AS dalam pada itu mendakwa Putin tidak bersedia untuk sesi rundingan tersebut. 

“Rusia bersedia untuk melakukan rundingan mengenai isu Ukraine, tetapi mereka perlu bersandarkan pada realiti, dan bukannya keinginan selepas mengambil dadah psikotropik,”  katanya.

KonflikRusia-Ukraine nkali ini telahmembuatkan produksi persenjataan Rusia meningkat berganda apabila berjaya menghasilkan 250,000 peluru artileri sebulan, bersamaan dengan tiga juta setiap tahun. 

Jumlah ini sangat jauh lebih tunggi jika dibandingkan dengan pihak AS yang hanya mampu menghasilkan sekitar 100,000 peluru artileri dalam sebulan. – HARAKAHDAILY 13/3/2024


2. Apa yang patut umat Islam buat?  


Menurut kenyataan Presiden PAS, dalam 'Selamatkan diri dan negara, bersama kumpulan Islam', beliau menghuraikan beberapa perkara, antaranya,

-Wajib adanya kumpulan Islam

-Ciri-ciri jemaah Islam

-Setiap orang yang beriman diuji oleh Allah Swt.

-Hubungan dengan orang bukan-Islam

-Wajib bersama kumpulan Islam dll.

(Sila rujuk: ABDUL HADI AWANG
Lapangan Terbang Doha, Qatar.
13 Rabi‘ al-Awwal 1444 | 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 14/10/2022)


Komen Weblog Ibnu HasyimWajib adanya kumpulan Islam. Firman Allah Swt:

﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ  وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤﴾

“Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma‘ruf, dan mencegah daripada perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”  (Ali ‘Imran: 104)

Perang Nuklear mendekat, M'sia di mana? Apakah Malaysia tidak mahu menjadi golongan 'orang-orang yang beruntung'?

..

Sunday, June 02, 2024

Lagi, M'sia negara rasuah.. & Penyelesaian PAS.

  

Foto hiasan.

1. SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor, hari ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 63 tahun itu adalah bekas Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Suspek ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

"Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021.

"Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek," katanya.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru di sini pada jam 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan," katanya. (BH)

2. Negara haram Israel -PAS. 

UBAT penahan sakit atau dikenali sebagai analgesik ialah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan, bukan bagi menyembuhkan sesuatu penyakit. Bagi menyegerakan tindak balasnya, maka ditambah lagi dadah yang melalaikan sehingga membawa khayal atau menidurkan seseorang itu.

Begitulah perumpamaan cadangan penyelesaian dua negara bagi isu Palestin yang ditaja oleh negara-negara yang menubuhkan negara haram Israel bagi memberi sedikit keselesaan kepada rakyat Palestin, pada masa yang sama memberi peluang kepada kaum Yahudi yang datang menubuhkan negara haram itu.

(Selanjutnya ikutilah 'Penyelesaian dua negara laksana ubat penahan sakit' -Presiden PAS – HARAKAHDAILY 31/5/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renunglah
Firman Allah SWT ini:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤
“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Firman Allah SWT:

قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلۡمُعَوِّقِينَ مِنكُمۡ وَٱلۡقَآئِلِينَ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ هَلُمَّ إِلَيۡنَاۖ وَلَا يَأۡتُونَ ٱلۡبَأۡسَ إِلَّا قَلِيلًا ١٨ أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَـٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا ١٩
“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menjadi penghalang antara kamu dengan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ‘Marilah kepada kami’. Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar sahaja. (18) Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (19)” [Surah al-Ahzab: 18-19]

Apa yang berlaku membenarkan sabda Rasulullah SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ
“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”

قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”

قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.”
[Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

Ya Allah, mampuslah Israel menangkan HAMAS!!

..

Friday, May 31, 2024

Bandar Wakaf di Gaza & Korea Utara lancar..

  

Kerajaan Jepun hari ini mengeluarkan amaran kecemasan untuk penduduk di selatan supaya berlindung daripada kemungkinan ancaman peluru berpandu Korea Utara. - Foto AFP

1. Kelantan sambut baik wujudkan bandar wakaf di Gaza

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud menyambut hasrat untuk mewujudkan bandar wakaf di Gaza.

Beliau mendengar sendiri impian tersebut dalam satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir al Nuri di sini hari ini.

Menruutnya, selain mengadakan majlis munajat dan mengutip dana, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangkan rakyat Palestin.

“Kita akan terus membantu, bermunajat kepada Allah menyatakan solidariti kepada saudara kita di Palestin. Semoga Allah memberi nusrah kepada umat Islam dan menewaskan kezaliman Israel.

“Saya menyambut baik hasrat mewujudkan bandar wakaf dibawa oleh Saudara Nadir bagi membantu memulihkan Gaza pasca peperangan,” katanya satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga menyatakan kegembiraannya dapat bertemu aktivitis kemanusiaan dari Malaysia itu dan mendirikan rumah tangga di Gaza.

Pada pertemuan itu, turut dikongsikan pengalaman Nadir yang terpisah dengan keluarganya selama enam bulan selepas rejim zionis Israel memulakan serangan ke wilayah tersebut pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, perjuangkan rakyat Gaza di Palestin amat dekat di hati rakyat Kelantan malah memberi sokongan kewangan untuk membantu meringan beban dihadapi rakyat ketika Perang.

“Pada akhir tahun lepas melalui tabung Aid4Palestine, kita berjaya mengumpul sebanyak RM3.056 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

“PAS Kelantan berjaya dikumpulkan RM1.6 juta dalam tempoh dua minggu dari 14 PAS kawasan dan dewan iaitu termasuk Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP),” katanya. – HARAKAHDAILY 30/5/2024


2. Korea Utara lancar peluru berpandu selepas amaran pelancaran satelit.

SEOUL: Korea Utara hari ini melancarkan peluru berpandu tidak dikenal pasti di laluan selatan selepas amaran pelancaran satelit di luar pantai baratnya, kata tentera Korea Selatan.

Ia selepas hanya beberapa jam Pyongyang memaklumkan pihaknya akan melancarkan satelit sebelum 4 Jun.

Kerajaan Jepun hari ini mengeluarkan amaran kecemasan untuk penduduk di selatan supaya berlindung daripada kemungkinan ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Namun...
(Sila rujuk 'Korea Utara lancar peluru berpandu selepas amaran pelancaran satelit- AGENSI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, apakah peranan dan kesungguhan Malaysia dalam membantu pembebasan rakyat Palestin atau hanya jadi barua AS/Israel?

..

Monday, May 27, 2024

Khilaf, jangan kelahi -Presiden PAS. PRU 16, maufakat Sabah/Sarawak..

  

1. Jangan kelahi masalah khilafiah – TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan agar tidak berkelahi dalam masalah khilaf, sebaliknya perbezaan mazhab dan firqah perlu difahami, demikian seru Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Nasihat itu diungkapkan beliau pada Syarahan Perdana ‘Masa Depan Dunia Islam: Perbezaan Mazhab, Geopolitik Antarabangsa dan Penyatuan Ummah’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu dalam penjelasan beliau dalam syarahan tersebut telah menerangkan bahawa mazhab ialah ‘pertelingkahan’ dalam perkara cabang atau furuk, tetapi bersatu dalam perkara rukun dan dasar-dasar agama.

Adapun firqah pula jelas Tuan Guru, adalah kumpulan yang telah menyeleweng daripada rukun dan dasar-dasar Islam, malah ada terkeluar daripada agama kerana kejahilan di mana perlu diselamatkan dan bukan disingkirkan.

Beliau memetik kata-kata Imam Malik untuk hakim atau mahkamah mengendalikan isu murtad, sekiranya ada seratus hujah yang menganggap, tetapi satu sahaja meragukan, maka tidak boleh dijatuh hukum orang itu murtad.

“Selamatkan dia. Kerana konsep kita menyelamatkan manusia berapa banyak yang boleh,” terang beliau yang telah menghasilkan lebih 100 buku diterbitkan pelbagai pihak pada syarahan di pentas utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

Kupasnya, walaupun perbezaan timbul dalam kalangan ahli-ahli kiblat hingga menjadi lapan mazhab yang besar, namun mereka tetap masih berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman serta cabang agama iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Malah jelas beliau, lapan mazhab itu juga walaupun mempunyai kitab-kitab berbeza, tetapi para ulama semua mazhab ini bukan sahaja saling bekerjasama antara satu sama lain, bahkan juga berguru antara ulama sesama mereka ini.

Katanya, mereka tidak berkelahi sepertimana terjadi kini disebabkan perbezaan mazhab itu, bahkan mereka mengarang kitab, malah antara kitab itu pula menjadi syarah kepada kitab lain yang dihasilkan.

Juga dalam kalangan ulama tabiin terang beliau, berpegang hal akidah dan fikah dari mazhab berbeza yang di mana setiap perkara atau masalah ditangani dengan baik tanpa menjadi perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Timbulnya salaf dan khalaf, termasuk mazhab Wahabi yang ada pada hari ini. Timbulnya ialah kerana di abad yang keempat, yang ketiga, zaman Abasiyah berlaku penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.

“Pada awalnya mereka menterjemahkan buku-buku sains, teknologi, buku perubatan, buku pertanian, buku falak, astronomi, macam-macam. Kemudian terjemah buku-buku falsafah. Menyebabkan unsur falsafah masuk dalam ilmu kajian akidah.

“Melahirkan penggunaan akal dalam memahami akidah Islam. Qada dan qadar dan sifat-sifat Tuhan menyebabkan adanya mazhab Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya,” ujarnya.

Perinci Tuan Guru, keadaan sedemikian hingga wujud penafsiran berbeza misalnya ke atas ayat al-Quran seperti ‘tuhan bersemayam di Arasy’, ‘tangan Allah’, ‘mata Allah’  dan lain-lain yang berlaku kerana kekhilafan bahasa.

Tegas beliau, penafsiran berkenaan tentulah tidak boleh disamakan tuhan dengan makhluk, bahkan masalah khilaf yang berlaku juga tidak boleh ditakwil semudah-mudahnya hingga berlaku penyelewengan.

Menyentuh masalah fanatik mazhab pula ujarnya, ia menyebabkan pengikut-pengikut terlanjur menyesatkan mazhab lain hingga berlaku perkelahian dan saling mengecam pegangan oleh orang lain.

Sementara perbezaan mazhab dalam masalah fiqah jelas Tuan Guru, terjadi kerana para Sahabat RA yang ditugaskan di wilayah-wilayah berbeza, tidak berada di Madinah semasa ayat atau nas mengenai hukum berkenaan diwahyukan.

“Menyebabkan mereka pakai hukum yang belum dinasakhkan. Ini berlaku, ini sebab khilaf. Mazhab-mazhab kalangan Sahabat. Ada mazhab Aisyah, mazhab sebagainya. Zaman dulu tak ada telefon. Tak ada internet, tak ada apa.

“Timbul khilaf dalam masalah cabang. Sembahyang lima waktu. Semua mengakui ini Rukun Islam. Tapi Fatihah ada bismillah, ini khilaf. Kerana bila Nabi sembahyang, kadang-kadang Nabi baca bismillah, baca kuat. Kadang-kadang baca perlahan.

“Mereka yang dengar baca perlahan ini, menganggap bismillah bukan daripada Fatihah. Dengan sebab itu adanya mazhab mengatakan bismillah bukan Fatihah,” ujarnya turut memberi contoh lain.

Antara dikupas dan diberi perincian contoh oleh beliau adalah pada masalah berkaitan wuduk, doa qunut, solat jamak dan qasar, tarawih, azan Jumaat, gaji dan pencen, cukai, kerakyatan serta jawatan kepimpinan.

Khilaf juga terang Tuan Guru, berlaku dalam dalam usul fiqh kerana perbezaan rujukan yang disepakati, namun perdebatan atau perbincangan tetap menjurus kepada maqasid syariah dan hikmah-hikmah.

Menyentuh masalah firqah, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan betapa tindakan melanggar hukum dan kewajipan Islam yang berlaku turut berkaitan kerana mengalami gerakan-gerakan musuh Islam.

Terang beliau, perkara itu dilakukan apabila setelah musuh berjaya menyekat kemaraan Islam, mereka menukar strategi melawan Islam dari dalam dengan menimbulkan fahaman-fahaman yang salah dalam masyarakat Islam.

Sehubungan itu beliau mengingatkan betapa tanggungjawab sesama umat Islam adalah saling menyelamatkan dengan hujah ilmu termasuk melalui penulisan buku untuk dijadikan bacaan dan rujukan.

Di zaman mutakhir ini katanya, kefahaman seumpama juga perlu diberi berkenaan politik dan ekonomi serta lain-lain kerana wujud pelbagai ideologi yang bercanggah syariat Islam dan disebabkan oleh kejahilan.

Sempena syarahan itu juga telah dilancarkan tiga buku terbaharu tulisan beliau iaitu ‘Sejarah Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam’ dan ‘Hidup Selepas Mati’ serta ‘Muqaddimah Aqidah Muslimin’.

Majlis syarahan dan pelancaran anjurkan Yayasan Permata Ummah (YPU) dengan kerjasama Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) ini turut menjual buku-buku syarikat tersebut di pesta buku itu. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

2. PRU 16, PAS garap kekuatan.. 
Yang Dipertua PAS Shah Alam, Mohamed Sukri Omar menyerahkan mock cek Tabung Kemanusiaan Palestin kepada Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebanyak RM9,000 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan. (Foto: FB PAS Shah Alam)

SHAH ALAM: PAS menyedari perlunya suatu gabungan muafakat di Sabah dan Sarawak untuk mentadbir negara pada pilihan raya akan datang. 

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS perlu menyusun gerak kerja parti agar sesuatu kejayaan dapat diterjemahkan dan dirasai oleh rakyat sebagaimana ‘State Government 4’ (SG4) telah menang.

“Alhamdulillah walaupun ada sekatan, tekanan dan royalti minyak tak diberi sebagaimana yang sebelumnya, tetapi usaha-usaha berterusan dibuat, selain kita juga meletakkan sasaran tiga negeri untuk diberi perhatian yang serius iaitu Selangor, Perak dan Pahang. 

(Lanjutnya, sila lihat 'PRU 16:Garap kekuatan PAS, sasar tiga negeriHARAKAHDAILY 26/5/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada PRU 14 PAS/PN menawan 18 kerusi, PRU 15 menawan 43 parlimen. Apakah dalam PRU 16, dengan strategi baru tersebut PAS-PN mampu menawan beberapa buah negara lagi? Insya Allah, al-hamdulillah!

..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails