Thursday, June 13, 2024

Palestin: Solidariti D-8 & PAS jelajah Selamatkan M'sia

 


1. PAS bersolidariti terhadap resolusi D-8 dalam isu Palestin

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik resolusi yang dicapai di antara Malaysia dan negara-negara anggota Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) berkaitan situasi di Gaza.

Negara-Negara Anggota D-8 menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk merealisasikan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan, keahlian penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua resolusi yang berkaitan dengan Isu Palestin di forum antarabangsa.

Isu Palestin telah memainkan peranan yang penting dalam menyatukan umat Islam dan kesatuan dari segi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Kezaliman Zionis yang melampau dalam melakukan serangan, pembunuhan, dan kemusnahan telah menyebabkan umat Islam dan masyarakat antarabangsa telah keluar membuat bantahan bagi membela hak rakyat Palestin.

Begitu juga sokongan diplomatik, politik, ekonomi, dan media daripada negara-negara Afrika dan Amerika Latin serta laungan demonstrasi yang lantang di Amerika Syarikat dan Eropah.

PAS turut menyatakan pujian terhadap Turkiye yang terkehadapan dalam usaha memperjuangkan nasib umat Islam yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.

Usaha yang direncanakan melalui D-8 ini adalah kesinambungan daripada idea Almarhum Prof. Najmuddin Erbakan yang telah dilaksanakan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri Turkiye pada tahun 1995.

AL-QUDS MILIK UMAT ISLAM.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Zulkaedah 1445/11 Jun 2024 – HARAKAHDAILY 11/6/2024

2. Jom, jelajah rakyat! 

Orang ramai diseru menyertai siri ceramah Jelajah Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di seluruh negara bermula di Dewan D Mawaddah, di Bangi Selangor pada jam 9 malam berjudul, Kuala Kubu Bharu (KKB) Signal Rakyat.

Program anjuran Jabatan Penerangan PAS dengan kerjasama Harakah ini dijadualkan akan dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan juga atas talian.

Siri pertama jelajah kali ini akan diisi dengan ceramah jemputan khas yang terdiri daripada barisan pimpinan Perikatan Nasional terdiri daripada Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari; dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom undi PAS dan kumpulannya demi menyelamatkan Malaysia dan membantu gerakan pembebasan Islam antarabangsa supaya terhindar dari jadi barua AS dan Israel.

Na'au zubillahi min zalik!

Sekian.

Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails