Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Dau
1. Dipilih N/Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di Toronta Kanada. Al-hamdulillah.
Pelantikan itu disambut baik oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohmad Asari atas pencapaian tersebut.
Menurut Mohd Shukri, pemilihan tersebut merupakan satu penghormatan besar dan pencapaian yang boleh dibanggakan, terutama dengan pemilihan Kuching, Sarawak sebagai tuan rumah Kongres dan Pameran Air Dunia pada tahun 2028.
Sebagai Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Mohmad Asari telah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah peningkatan air tidak terhasil (NRW) di Perlis, yang mencapai 62 peratus pada tahun lalu.
Dengan kerjasama antara Syarikat Air Perlis dan kerajaan negeri, peratusan NRW berjaya dikurangkan kepada 60.73 peratus sehingga Jun 2024, hasil tindakan agresif SAP melalui program ‘We Care’.
Naib Presiden MWA, Adam Saffian Ghazali, turut mengucapkan tahniah kepada Mohmad Asari atas pemilihan tersebut, yang disifatkan sebagai pencapaian luar biasa.
Mohmad Asari akan memegang jawatan Naib Presiden IWA sehingga Mesyuarat Agung IWA pada tahun 2026 di Glasgow, Scotland. – HARAKAHDAILY 16/8/2024
2. Ini saranan rakyat, ‘PRK ini kita pilih bulan, tinggal warna biru’
Mohd Rizwadi Ismail menyantuni Orang Asli di Pos Tohoi.
GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias akan terjejas apabila projek Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri beroperasi beberapa tahun lagi.
Bagaimanapun mereka bersyukur kerana kerajaan negeri meluluskan kawasan lebih 2,000 ekar bagi membangun penempatan baharu dijangka boleh diduduki pada pertengahan 2026.
Pemimpin masyarakat di Pos Pulat Ustaz Basri Abdullah berkata, penempatan baharu tersebut akan dilengkapi perumahan, ladang getah dan tapak dusun sebagai sumber pendapatan penduduk.
Selain itu katanya bantuan sara hidup bulanan sehingga ladang mengeluarkan hasil.
“Kami merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri. Pada pilihan raya kali ini kita akan pilih bulan pula, tinggal warna biru.
“Penduduk yang lain juga memberitahu mahu tukar kepada warna hijau belaka. Ini warna pokok dan hutan kita,” katanya pada program ziarah NGO Misi Kembara Dakwah ke Pos Pulat baru-baru ini.
Menurutnya juga sebelum ini penduduk Orang Asli mudah percaya kepada pemimpin mereka, sebaliknya sekarang tidak lagi kerana mudah mendapat maklumat melalui internet.
Empangan Nenggiri dibina di Nenggiri melibatkan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dijangka beroperasi pada 2027.
Projek tersebut akan mewujudkan kawasan takungan seluas 5,384 hektar dijangka dapat membantu mengurangkan banjir di Kelantan kerana empangan berfungsi sebagai kawasan tadahan. – HARAKAHDAILY 14/8/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Mari kita sorot perkembangan terkini PAS. Amat berbeda dari sebelum ini.
Di Gua Musang, laungan perkataan ‘bulan’ mulai kedengaran di Pos Simpor yang didiami lebih 550 penduduk Orang Asli. Lokasi itu mengambil masa perjalanan tiga jam dari bandar tersebut.
Namun, sekiranya hujan, perjalanan boleh melewati sehingga lima jam. Penduduk terpaksa meredah jalan balak untuk keluar ke bandar Gua Musang atau Kuala Betis.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, PAS hanya mendapat 10 undi di dua saluran Unit Daerah Mengundi Simpor.
Namun, sekarang sudah berbeza jauh. Penduduk Orang Asli mulai mengenali PAS dengan lebih dekat dan ada petugas kempen PAS dan PN berkampung di penempatan tersebut.
Sepanjang mereka berada di sana sambutan penduduk tempatan begitu menggalakkan sekali. Mereka keluar beramai-ramai menyertai pelbagai program yang diatur. Golongan wanita di sana datang memasak bagi jamuan penduduk yang datang.
Masing-masing merasai pengalaman memecahkan padi bukit dengan lesung besar untuk menghasilkan beras. Selepas itu kaum wanita Orang Asli akan mengasingkan padi dan antah.
Dan sehingga kini, terasinglah antara padi dengan antah. Saudara-saudara kita itu cerdik memilih padi, membuang antah.
Dan tinggallah antah itu kepada yang X cerdik, X mahu pilih bulan & tinggalkan warna biru.
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...