Friday, October 04, 2024

Tel Aviv jadi Gaza, Natanyahu lari ketakutan, terkencing dalam seluar..


1. Tel Aviv jadi Gaza, Natanyahu lari ketakutan.

... Tel Aviv menjadi seperti Gaza. Pasalnya ... Tel Aviv Berubah Jadi Gaza ... Rangkuman Perang Israel V



2. Warga Israel ketakutan sampai terkencing dalam seluar/celana.

Video


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, sebagai orang Islam kita yakin, kini kita berada di ambang kebangkitan kembali Islam. Islam yang dipimpin oleh Nabi Muammad SAW bangkit bermula dari hijrah beliau ke Madinah. 

Kira-kira 7 abad pertama berlangsungnya Islam di zaman gemilang. Tetapi pada 7 abad kedua peringkat Islam dicuba dan diuji. Islam seolah-olah tiada kepimpinan atau tiada Khalifah. 

Maka kini, pada 7 abad ketiga, nampaknya Islam akan bangkit kembali, bermula dengan pembebasan bumi Palestin. Penjajah Israel/AS sudah mula goyang dan akan rebah menyembah bumi. Lihat kenyataan Al-Quran dan Al-hadis yang menjadi bukti kecemerlangan Islam di akhir zaman, dalam menaungi manusia sedunia.

Insya Allah!

...


Thursday, October 03, 2024

Peningkatan ketara jenayah wanita. X sekongkol DAP/PAP.


1. Isu jenayah dan keselamatan wanita era Madani

ALOR SETAR: Tahun 2024 menyaksikan peningkatan ketara dalam kes jenayah terhadap wanita di Malaysia termasuk beberapa tragedi pembunuhan kejam ke atas golongan berkenaan, demikian ulas Pegawai Penyelidikan Yayasan Kedah Sejahtera (YKS), Hidayah Zakaria.

Katanya, antara kes yang mendapat perhatian meluas adalah pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah […] 
-HarakahDaily October 2, 2024


2. Kronologi kes bunuh dan kerat Cikgu Istiqomah. (BHOgos 12, 2024 @ 12:41pm)
Kronologi kes kehilangan, bunuh dan kerat Cikgu Istiqomah. - Grafik BH

KEHILANGAN seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala yang ditemui dalam longkang di Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Berikut adalah kronologi kes kehilangan dan pembunuhan guru, Istiqomah Ahmad Rozi.

26 Disember 2023: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, gagal pulang ke rumah selepas keluar bekerja
27 Disember 2023: Laporan berhubung kehilangan tersebut diterima polis pada jam 12.36 tengah malam
27 Disember 2023: Kunci kenderaan bersama kereta milik mangsa ditemui di luar pasar raya Lotus Kota Masai jam 2 petang
28 Disember 2023: Berita mengenai kehilangan Istiqomah mula tular di media sosial. Suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan wanita ini termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.

Mayat dalam plastik sampah di tepi jalan  
Mayat seorang wanita yang tidak sempurna ditemui dalam longkang tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah, Disember tahun lalu. - Foto PDRM

31 Disember 2023:
Mayat wanita tanpa kepala ditemui dengan bahagian badannya disumbatkan dalam plastik dan tong sampah serta dibuang dalam longkang tepi jalan dekat Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka. Identiti mangsa tidak dikenali.
Januari 2024 hingga Julai 2024:
- Susulan penemuan mayat pada 31 Disember 2023, Polis Alor Gajah melakukan ujian DNA terhadap waris dua mangsa yang pernah dilaporkan hilang tetapi tiada yang sepadan.
- Siasatan diteruskan
2 Ogos 2024:
- Polis peroleh keputusan ujian DNA mayat mangsa mendapati ia sepadan dengan ibu kepada Cikgu Istiqomah yang dilaporkan di Pasir Gudang pada 27 Disember 2023
Suami isteri ditahan di Chemor, Ipoh
6 Ogos 2024
- Sepasang suami isteri, 36 dan 37 tahun yang ditangkap di Chemor, Perak, ditahan reman Polis Melaka. Suspek lelaki dikenal pasti kenalan mangsa ketika belajar di universiti
- Hasil siasatan terhadap suspek, polis temui sebahagian lagi anggota badan termasuk tulang jari dan kepala dalam jarak 5 hingga 6 kilometer dari lokasi penemuan awal pada 31 Disember
12 Ogos 2024:
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik cikgu Istiqomah Ahmad Rozi.

Polis menemui mayat yang disumbat dalam plastik sampah di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah, Melaka, Disember tahun lalu. - Foto PDRM


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, dalam usaha PAS/PN membangunkan rakyat Malaysia bersama Islam, banyak aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuk di bidang politik, ekonomi, sosial melalui cara hidup Islam.

Sehingga PAS/PN menganggap penting 'Peningkatan ketara jenayah wanita di era Madani' untuk diselesaikan.

Sebagai contoh PAS/PN wujudkan 'Wakaf sebagai pemacu pembangunan ekonomi SG4' 




Dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuhkan pembangunan sosial di negeri-negeri SG4 (Kelantan, Kedah, Perlis, dan Terengganu), instrumen wakaf dilihat sebagai satu solusi yang inovatif dan berpotensi besar. 

Wakaf, yang sinonim dengan konsep sumbangan amal dalam Islam, kini semakin diiktiraf sebagai alat pembangunan ekonomi yang mampan, bukan sahaja di Malaysia […] (Sila rujuk HarakahDaily).

Begitu juga di Perlis, 'Giat usaha bangunkan hab halal di Perlis'


PADANG BESAR: Pembangunan industri halal di Perlis semakin mendapat perhatian serius dengan penganjuran Majlis Perbincangan Meja Bulat mengenai Pembangunan Hab Halal dan Pemerkasaan Industri Halal.

Ahli Parlimen Padang Besar, merasmikan majlis yang bertujuan mengenal pasti kekuatan, peluang dan kekangan dalam sektor tersebut di negeri ini, berlangsung di Kawasan […] (Sila rujuk HarakahDaily).

Sokonglah PAS/PN supaya sama-sama sertai 'membangun bersama Islam' ke seluruh dunia, bukan melalui parti-parti sekular yang ada di negara ini. Bukan melalui parti DAP/PAP yang bersekongkol dengan musuh Islam.

Insya Allah & wallau 'aklam.

...

Tuesday, October 01, 2024

Lubnan pula. PASRelief bantucemas RM41,200. & ..bia-DAP?

 

Mohd Yusni Mat Piah

1. Lubnan: PASRelief hulur bantuan kecemasan RM41,200

KUALA LUMPUR: PASRelief akan memberikan bantuan kecemasan awal sebanyak RM41,200 (AS$10,000) dan mengadakan kempen tabung kecemasan bagi membantu rakyat Lubnan yang memerlukan bantuan termasuk perubatan, makanan, air dan keperluan hidup.

Pengerusinya, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, PASRelief mengajak semua pihak yang prihatin untuk menyumbang seikhlas hati bagi meringankan beban rakyat Lubnan yang sedang menghadapi krisis kemanusiaan.  

“PASRelief dengan kerjasama rakan NGO tempatan yang merupakan rakan strategik PASRelief akan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

(Ikuti selanjutnya 'Lubnan: PASRelief hulur bantuan kecemasan RM41,200-HARAKAHDAILY 30/9/2024)

PerhatianSehubungan itu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic (PASRelief5640-7061-2333 dengan rujukan KECEMASAN, serta boleh dihubungi melalui Hotline PASRelief http://www.wasap.my/60175001144/  HARAKAHDAILY 30/9/2024


2. GISBH: Budaya buat ‘keputusan’ sebelum diputuskan mahkamah. 

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: “Semua pihak harus menghentikan budaya membuat ‘keputusan’ sebelum pemutusan oleh mahkamah berkenaan isu yang tular tentang Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).”

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak pihak yang mengulas isu siasatan terhadap GISBH ini sehingga menggambarkan seolah-olah hukuman bersalah telah dijatuhkan.

“Seharusnya kita perlu membiarkan siasatan lengkap oleh pihak polis, agensi penyiasat, badan berautoriti agama sehinggalah keputusan daripada mahkamah. 

“Budaya membuat ‘keputusan’ sebelum mahkamah memutuskan sesuatu perkara sepatutnya dihentikan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

(Ikuti selanjutnya 'GISBH: Budaya buat ‘keputusan’ sebelum diputuskan mahkamah.' -HARAKAHDAILY 30/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi pemimpin DAP celupar dan biadap terus. 

Isu sijil halal JAKIM, siapa punya kerja buat semua kelam-kabut?

Di KL, isu AP Seputeh (Ahli Parlimen Seputeh) yang membantah cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan sijil halal mandatori menunjukkan keperluan untuk mengimbangi antara kehendak peniaga dan sensitiviti agama majoriti penduduk Malaysia.

Walaupun tindakan AP Seputeh atau pemimpin DAP itu mungkin bertujuan untuk meringankan beban perniagaan, tapi ia dilihat oleh ramai pihak sebagai kurang memahami kepentingan agama Islam bagi majoriti masyarakat di Malaysia.

a. Keputusan Jemaah Menteri untuk menolak cadangan tersebut menggambarkan keperluan untuk lebih berhati-hati dalam menilai dasar yang melibatkan sentimen agama. 

b. Dalam konteks ini, adalah penting bagi semua pihak untuk mengambil kira sensitiviti golongan majoriti sambil memastikan keseimbangan dalam menyokong perniagaan. 

c. Media sosial pula terus menjadi cermin utama yang memaparkan bagaimana golongan majoriti merasa terpinggir dalam isu-isu berkaitan agama.

Terdahulu, kenyataan AP Seputeh itu disanggah oleh pelbagai pihak, sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, serta orang awam.  PMXi juga dilaporkan berkata bahawa kenyataan AP Seputeh itu adalah tidak wajar dan menambah kekeliruan. 

Pada 18 September 2024, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada, sekali gus menolak cadangan JAKIM supaya restoran yang tidak menghidangkan babi dan alkohol wajib mendapatkan sijil halal. 

Pada 22 September, DAP meminta Ketua Pemuda Umno untuk memohon maaf susulan bantahan beliau terhadap kenyataan Seputeh. QgenAnalysts berkata, walaupun Presiden Umno menyatakan bahawa isu antara Ketua Pemuda Umno dan AP Seputeh telah reda, perbincangan serta tindakan mahkamah oleh AP Seputeh terhadap Ketua Pemuda Umno berkenaan masih berterusan. DAP terus mendesak Ketua Pemuda Umno itu untuk meminta maaf. 

Sehubungan itu, QgenAnalysts  berkata, hasil dapatan kecerdasan buatan (AI) menunjukkan reaksi yang bercampur, yang mana kebanyakan respon diterima dari Facebook iaitu sebanyak 65 peratus reaksi adalah negatif terhadap Pakatan Harapan (PH)–Barisan Nasional (BN).

Di mana netizen (di Facebook) merasakan kenyataan AP Seputeh sebagai menghina agama Islam dan ‘lakonan’ kerajaan untuk meraih undi. Di TikTok pula, 40 peratus reaksi adalah negatif terhadap PH-BN, apabila netizen merasakan gabungan PH-BN hanya tunduk kepada DAP dan tiada tindakan susulan diambil kerana menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja).

Di X, pula, 70 peratus reaksi adalah negatif terhadap Dr. Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno. Netizen di X menyokong kenyataan AP Seputeh dan mahu tindakan saman di mahkamah diteruskan.

Isu sijil halal JAKIM, siapa punya kerja buat semua kelam-kabut? Apakah geng ini ada kaitan dengan puak-puak yang menentang kebangkitan Islam se dunia, bersekongkol dengan Israel/AS/PBB/kuncu-kuncu?

Begitu kira-kira.

....

Monday, September 30, 2024

Bencana alam, contohi Jepun.. Banjir, X honeymoon -Sanusi.

 

1. Bencana alam: Bilakah Malaysia mahu contohi Jepun?

BANJIR pada istilah umum adalah limpahan air daripada sungai atau tempat takungan air mengenai kawasan yang biasanya kering.

Ia merupakan bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku di seluruh dunia. Setiap tahun, beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak sering kali ditimpa musibah banjir.


2. [KOLUMNIS] Contohi Jepun hadapi bencana alam. Kolumnis AWANI 21/09/2024 16:32 MYT 

NEGARA Jepun bukan sahaja dikenali sebagai Negara Matahari Terbit malah sememangnya telah terkenal dengan bandar Raya termaju dengan sistem teknologi dan kejuruteraan yang canggih dan kehadapan. 
Kemajuan tersebut turut dapat dilihat dalam persediaan menghadapi pelbagai jenis bencana alam yang sering dihadapi oleh penduduk di Jepun. Pelbagai bencana alam yang dihadapi penduduk Jepun sejak sekian lama juga menyebabkan penduduk dan kerajaan Jepun sentiasa dalam keadaan bersedia dan berhati-hati agar kemalangan jiwa dan jumlah yang terkorban dapat dikurangkan.
Ini juga bertujuan bagi proses menyelamat menjadi lebih teratur, selesa dan selamat untuk segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan tua dan kanak-kanak. Kemajuan sistem persediaan menghadapi pelbagai bencana di Jepun tidak dapat disangkal lagi dan merupakan di antara yang terbaik di dunia. 
Persediaan menghadapi bencana meliputi segala aspek kehidupan penduduk di Jepun termasuklah bandar kecil seperti bandar Echizen yang terletak di wilayah Fukui, Jepun walaupun hanya mempunyai populasi dalam 20,000 orang. 
Persediaan kerajaan tempatan bandar Echizen menghadapi bencana seperti gempa bumi dan tsunami tidak bertumpu kepada tahun-tahun tertentu sahaja malah, persediaan merangkumi aspek latihan staf kerajaan tempatan dan penduduk yang berjadual, pemeriksaan bekalan makanan dan bahan simpanan kecemasan untuk digunakan semasa bencana dan pemeriksaan lokasi pusat pemindahan sementara secara berkala.  
Mesyuarat penyelarasan bersama Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Agensi Meteorologi Jepun, Kerajaan Wilayah dan pelbagai agensi kerajaan lain juga diadakan dalam memastikan persediaan menghadapi bencana di tahap yang tertinggi. 
Kemajuan sistem persediaan menghadapi bencana ini mengambil kira pelbagai aspek dan sentiasa belajar dari kesilapan yang dihadapi di masa lalu.  Berdasarkan pemerhatian, sistem ini juga turut mengambil aspirasi “Kansei” yang sebenarnya berasal dari suatu sistem rekabentuk yang mengambil kira elemen psikologi kemanusiaan dalam pemikiran. 
(Selanjutnya sila lihat '[KOLUMNIS] Contohi Jepun hadapi bencana alam.' -Kolumnis AWANI  21/09/2024 16:32 MYT)
* Artikel oleh Dr Nik Elyna Myeda Nik Mat, Dr Yong Adilah Shamsul Harumain. Kedua-dua penulis merupakan pensyarah kanan di Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, yang baru-baru ini telah ke Jepun bagi menjalankan penyelidikan. ** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang yang dijalaninya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tidak salah dalam menangani masalah rakyat, kita belajar atau menyontohi negara Jepun. 
Bahkan kerana bencana alam juga, Menteri Besar Kedah terpaksa menafikan bahawa beliau ke Jepun bukan kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini. 

'Bukan 'honeymoon', saya tidak ke Jepun jika tahu Kedah akan dilanda banjir' -Sanusi. 
Sanusi turut mengingatkan semua pihak agar tidak melemparkan dakwaan dan tuduhan tidak benar terutamanya ketika mengulas mengenai kejadian banjir di negeri itu. - Gambar fail


Di Alor Setar, MB Kedah menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini. Beliau menjelaskan tidak akan pergi ke Jepun sekiranya tahu lebih awal berkenaan bencana banjir yang melanda negeri itu sejak minggu lalu. 

Lawatan kerja ke Jepun yang antara lain membabitkan perbincangan dan proses pembelajaran pengurusan air bawah tanah itu, telah dirancang dan diluluskan lebih awal iaitu pada April lalu. ADUN Jeneri itu turut menempelak pihak yang menjadikan bencana banjir sebagai isu politik, khususnya menyalahkan beliau atas kejadian yang berlaku di Kedah.

Sekian, harap maklum. As-salamu 'alikum.

....

Berlaku K'jaan Campuran di Johor, inilah hadiah ke DAP..


1. K'jaan Canpuran di Johor, ini hadiah kepada DAP?

JOHOR berkemungkinan besar ditadbir kerajaan campuran daripada gabungan beberapa parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, gabungan itu bukan hanya tertumpu kepada Barisan Nasional (BN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Laporan itu (Malaysiakini) saya hanya menyatakan bahawa pertama, Johor sudah tiada kerajaan.

“Kedua, Johor perlu mempunyai gabungan baharu, gabungan ini bukan sahaja dari BN dan Bersatu, tetapi dari parti lain seperti PKR dan Amanah.

“Tetapi yang pasti BN tidak akan bekerjasama dengan DAP. Kita akan ikut apa tindakan yang berlaku di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Hasni, perkara sama bakal terjadi di Perak, Melaka dan Kedah.

“Kalau mereka cakap BN bersama dengan Bersatu membentuk pentadbiran negeri ini. Adakah Bersatu bukan kerajaan campuran, jadi tetap kerajaan campuran,” katanya.

Hasni turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat BN negeri pada petang ini di Pejabat UMNO Johor bagi perkembangan politik semasa.

(IH- sumber MyMetro -Februari 25, 2020 @ 12:32pm)


2. (a) Presiden PAS optimis Israel menuju kejatuhan.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin tindakan Israel memperluaskan perang ke Lubnan dan mungkin melalui ke atas wilayah-wilayah lain akan menjadi sebab kejatuhan rejim tersebut.

“Saya mempunyai pandangan sejarah politik, berkenaan sebab kejatuhan (pemimpin Nazi, Adolf) Hitler dalam Perang Dunia Kedua (1939-1945) adalah pengembangan […] (Rujuk HarakahDaily)

2 (b) Israel diheret kemelesetan ekonomi - Pakar   

Seorang lelaki menunjukkan kerosakan rumah dan kenderaannya sehari selepas serangan oleh peneroka Yahudi di kampung Jit berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki pada 16 Ogos 2024. - Foto AFP

ISTANBUL: Hubungan ekonomi Israel dengan global dilaporkan semakin lemah berikutan geopolitik semasa, sekali gus menandakan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi rejim itu dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Selepas penularan pandemik COVID-19, eksport Israel dikatakan mula meningkat namun ia kini diganggu oleh krisis geopolitik. Eksport bulanan Israel dilaporkan lebih rendah setiap bulan pada enam bulan pertama 2024, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut pengarah pengasas Atli Global Consulting dan pensyarah Koc University di Istanbul, Dr Altay Atli, krisis kemanusiaan yang semakin mendalam di Palestin dan penutupan laluan eksport dikatakan boleh mendorong ekonomi Israel yang berada dalam defisit perdagangan kronik menjadi lebih besar.

Ketika ini, bukan sahaja angka eksport Israel terjejas akibat krisis berkenaan, malah pusat logistik dan laluan perdagangan yang menghubungkannya dengan ekonomi global turut terjejas. 

(Selanjutnya sila lihat sambngan 'Israel diheret kemelesetan ekonomi - Pakar'  -BH Ahad, 29 September 2024, 7:04pm AGENSI - Ogos 17, 2024 @ 9:57am)  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Presiden PAS menyifatkan jumlah besar umat Islam di Asia Tenggara khusunya di Indonesia, Malaysia dan Filipina, antara sebab rantau ini tidak mengiktiraf Israel. 

Umat Islam dan perubahan politik Asia Tenggara

Di Singapura, lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa perlu menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dalam konflik Israel-Hamas yang sedang berlangsung, menurut laporan tinjauan pada Selasa.

Tinjauan bertajuk "The State of Southeast Asia 2024" oleh ASEAN Studies Centre (ASC) di ISEAS - Yusof Ishak Institute yang dijalankan dari 3 Jan hingga 23 Feb dan melibatkan 1,994 penduduk Asia Tenggara mendapati bahawa sentimen itu tersebar luas di seluruh negara ASEAN kecuali Brunei.
Brunei yang menyokong sokongan antarabangsa untuk penentuan nasib sendiri rakyat Palestin, juga mewakili pandangan kedua paling popular di rantau berkenaan iaitu 17.5 peratus.
Penduduk lain di Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa patut menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya penyelesaian (16.2 peratus), menggalakkan dialog mengenai penyelesaian yang berpotensi (14.6 peratus) dan menyokong Israel tanpa syarat (5.8 peratus) manakala 4.6 peratus berpandangan bahawa masyarakat antarabangs
Konflik Israel-Hamas muncul sebagai kebimbangan geopolitik utama di rantau itu (46.5 peratus), diikuti oleh tingkah laku agresif di Laut China Selatan (39.9 peratus), konflik Rusia-Ukraine dan operasi penipua tidak boleh campur tangan dalam konflik itu.an global (kedua-duanya 39.4 peratus) serta lain-lain.
"Walaupun jauh dari segi geografi, konflik ini memberikan kesan yang kuat di seluruh rantau berkenaan yang pelbagai dari segi etnik dan agama," menurut laporan itu.
Sementara itu, kira-kira 30 peratus responden menyatakan kebimbangan bahawa konflik itu akan menggalakkan peningkatan aktiviti pelampau sekali gus memberi kesan kepada keselamatan domestik dan serantau.
Responden lain percaya konflik itu berkemungkinan mengurangkan kepercayaan kepada undang-undang antarabangsa dan perintah berasaskan peraturan (27.5 peratus), menghakis perpaduan sosial domestik disebabkan oleh perpecahan agama (17.5 peratus), perpecahan ASEAN yang lebih besar (15.4 peratus) manakala hampir 10 peratus berpendapat ia tidak memberi kesan kepada rantau ini.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa 43.1 peratus responden mempunyai pendapat neutral terhadap pendirian kerajaan mereka mengenai konflik itu, diikuti dengan setuju (26.4 peratus), sangat setuju (16.5 peratus), tidak setuju (9.2 peratus) dan sangat tidak setuju (4.9 peratus).
Majoriti responden Malaysia menyetujui pendirian kerajaan mengenai isu tersebut dengan gabungan 48.6 peratus yang memilih 'setuju' dan 'sangat setuju.'
Sementara itu, 41.8 peratus penduduk Asia Tenggara melahirkan kebimbangan bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah melampaui batas, dengan Brunei (79.2 peratus), Indonesia (77.7 peratus) dan Malaysia (64.4 peratus) amat mengambil berat di peringkat negara.
Dekan Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, Prof Danny Quah berkata masa depan konflik Israel-Hamas akan memberi kesan mendalam terhadap persepsi penduduk Asia Tenggara terhadap tatanan dunia.
Terdapat lebih suku bilion umat Islam di Asia Tenggara dan hampir kesemua mereka sangat terkesan dengan apa yang mereka lihat di Gaza dan penderitaan rakyat Palestin yang tidak bersalah.
Ini akan memberi kesan jangka panjang yang besar terhadap pandangan orang biasa mengenai kedaulatan undang-undang antarabangsa, pemeliharaan ketenteraman berasaskan peraturan. Menurut laporan tersebut. 
Sekian, komen kali ini.
...

Sunday, September 29, 2024

Rasmi, BN menang, tapi PAS/PN X kalah. PMX lihat ini..

 

1. Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid, mengumumkan Syed Hussein menang dengan majoriti 20,648 undi manakala undi ditolak 339.
Kemenangan dengan majoriti besar lebih 20,000 itu menyaksikan BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi pada 2022. PRK DUN Mahkota dalam Parlimen Kluang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.
Ini adalah PRK keempat tahun ini, selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang dan PRK DUN Nenggiri di Kelantan. (IH)

2. PMX sepatutnya perlu bertindak: Bukti ketelusan menjawab tuduhan Bloomberg 

ISU yang timbul berkenaan laporan Bloomberg yang memuatkan beberapa tuduhan ke atas Perdana Menteri X (PMX) amat membimbangkan dan boleh memberikan kesan negatif kepada imej negara dan pentadbiran PMX sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Laporan tersebut yang melibatkan beberapa dakwaan terhadap integriti PMX perlu ditangani secara serius bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan kredibiliti kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat oleh Bloomberg adalah:

1. Lanjutan Kontrak Ketua Pengarah SPRM
Bloomberg melaporkan bahawa PMX bersetuju melanjutkan kontrak Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki, dengan syarat SPRM mengambil tindakan terhadap musuh politik PMX. Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan ini.

2. Arah SPRM Siasat Anak Tun Mahathir & Daim Zainuddin
Menurut laporan itu, Azam Baki didakwa memaklumkan kepada pegawai SPRM bahawa PMX sendiri telah mengarahkan siasatan terhadap anak-anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin.

3. Pembelian Saham Hitech Padu
Bloomberg juga mendakwa bahawa Azam Baki telah memaklumkan kepada pegawai SPRM agar tidak menyiasat pembelian saham Hitech Padu oleh bekas Setiausaha Politik PMX, Farhash Wafa Salvador.

4. Kebimbangan Korupsi dan Kronisme
Bloomberg turut melaporkan bahawa terdapat kebimbangan bahawa korupsi dan kronisme semakin meruncing di bawah pentadbiran PMX, bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan.

Bersama laporan ini, kenyataan peguam Rafique Rashid dalam ceramah umum yang mengaitkan kesalahan lampau PMX, termasuk sabitan kes salah guna kuasa, menambah kepada persepsi negatif yang boleh memberi impak kepada kredibiliti kerajaan.

Sebagai tindak balas, PMX perlu mengambil tindakan proaktif bagi menepis segala dakwaan ini. Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Bersih, Ooi Kok Hi, sekiranya tuduhan ini tidak ditangani dengan berkesan, ia boleh menggugat keyakinan pelabur dan melemahkan imej kerajaan reformis yang diterajui PMX.

Langkah-Langkah Yang Disarankan:

1. Pendedahan Sumber Kewangan
PMX disarankan untuk mendedahkan sumber kewangan bekas Setiausaha Politiknya yang digunakan untuk membeli saham bagi mengelakkan spekulasi liar dan membuktikan ketelusan.

2. Tindakan Undang-Undang Segera
Sekiranya terdapat bukti kukuh, tindakan pendakwaan harus diambil segera bagi memastikan keadilan ditegakkan tanpa mengira siapa yang terlibat.

3. Hentikan Siasatan Bermotifkan Politik
Kerajaan harus memastikan bahawa semua siasatan yang dijalankan terhadap pemimpin pembangkang bebas daripada sebarang motif politik dan dilakukan berdasarkan prinsip undang-undang yang adil.

4. Penubuhan Jawatankuasa Bebas ala-PAC
Untuk memastikan ketelusan dalam pelantikan Ketua Pengarah SPRM dan pemantauan terhadap sebarang salah guna kuasa, satu jawatankuasa parlimen bebas seperti ala-PAC harus ditubuhkan. Jawatankuasa ini perlu dipimpin oleh pihak pembangkang dengan keanggotaan dari kalangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

PMX perlu mengambil langkah-langkah ini dengan segera untuk menangkis tuduhan dan memastikan imej pentadbirannya terus bersih dan dipercayai. Pentadbiran yang bersih dan telus adalah kunci kepada kestabilan politik dan keyakinan pelabur dalam pembangunan negara.

Sekiranya tidak ditangani dengan baik, tuduhan-tuduhan ini boleh mencetuskan persepsi bahawa pentadbiran PMX tidak jauh berbeza dengan pihak yang dituduh sebagai korup oleh kerajaan sekarang. – HARAKAHDAILY 27/9/2024

Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, selesai sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Keputusan rasmi, BN menang, tapi pada PAS/PN masih belum kalah, mengapa? 

Untuk perhatian PMX lihat ini..

Amaran: Tapi tadbiran PMX masih dok kalut pasai ni. 

PULAU PINANG 27 SEPTEMBER 2024. Artis ABPBH membuat persembahan bersama Boria Omara sempena aktiviti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang yang berlamgsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. NSTP/ASWADI ALIAS

Ketibaan Konvoi Jelajah ABPBH 36 disambut persembahan Boria Omara

KUALA LUMPUR: Ketibaan Konvoi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 ke Karnival Jom Heboh Pulau Pinang disambut meriah dengan persembahan boria oleh Kumpulan Boria Omara. 

Hilang rasa penat selepas seharian memandu dari Kuala Lumpur melihat persembahan yang bukan sahaja ceria, tetapi penuh warna-warni. 

Pada persembahan itu, kumpulan boria yang cukup terkenal di Pulau Pinang itu menyanyikan lagu Jari Disusun yang digubah lirik menjadi kisah berkenaan penganjuran acara anugerah berprestij itu.  

Barisan artis bergambar kenangan bersama Kumpulan Boria Omara dan Geng Pulau yang mengiringi konvoi ke Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. - NSTP/Aswadi Alias

Berkongsi persembahan, pengasas Boria Omara, Omar Hashim meluahkan rasa teruja dapat mempromosikan kesenian yang menjadi kebanggaan orang utara di pentas yang gah itu. (Suntingan dari BH) 

Kesimpulan:

Apakah hal-hal macam ni, dapat membangunkan negara dari ekonomi dan lain-lain. Bagai pula kalau dilihat dari sudut Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)?

Sekian, maaf hanya sebagai ingatan dan pesan-memesan dalam perkara kebenaran dan kesabaran macam yang diperintahkan Allah SWT.

Amin!

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails