Wednesday, December 25, 2024

Masya Allah! Ribuan tentera AS masuk Islam.. Ini kunci HAMAS!

 

Gambar atas: Israel umum tarik balik ribuan tentera dari Gaza - Sinar Harian. Gambar bawah: Pentagon mengesahkan ia melibatkan unit baharu dan menempatkan semula kedudukan pasukan sedia ada di rantau berkenaan. - Foto Agensi.


1. Masya Allah!  Ribuan tentera AS masuk Islam.


Video

..

masyaallah! sudah ribuan tentera amerika memilih untuk islam daripada www.instagram.com
Buat pertama kali dalam sejarah Amerika Syarikat, ribuan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan Solat Tarawih di Times Square, New York.
Tiada: memilih ‎| Cari dengan: memilih
Siapa Yang Paling Cinta Nabi ? Saha... Sep 15, 2024 · 2.3K views. 00:51. Allah Tak Perlukan Makhluk Untuk Jadi Tuhan. Tetapi Ma... Sep 10 ...
Tiada: masyaallah! ‎sudah ‎memilih

2. Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel January 25, 2021

BRIGED Al-Qassam adalah sayap kanan Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (HAMAS) yang digeruni oleh askar dan rejim Israel. Briged Al-Qassam merupakan pasukan pejuang paling digeruni oleh tentera Israel berikutan kejayaan demi kejayaan yang telah diperolehi sewaktu pertempuran dengan rejim tersebut biarpun tidak mempunyai teknologi ketenteraan secanggih tentera Israel.

Nama Briged Al-Qassam ini adalah bersempena ulama Sheikh Izzuddin Al-Qassam. Sheikh Izuddin Al-Qassam berasal dari Jableh, Syria. Beliau dibuang ke Palestin pada tahun 1921 kerana kelantangan dan keberanian yang terlibat secara aktif dalam menentang penjajahan Perancis di Syria melalui gerakan bersenjata pada masa itu. Ada yang berpendapat beliau tidak dibuang tetapi membuat keputusan untuk berhijrah ke Palestin kerana penjajah Perancis pada masa itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Semasa di Palestin, beliau juga menentang kerajaan British pada masa itu (1921) yang merancang untuk menjadikan bumi Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi yang menindas rakyat Palestin. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin akibat dibunuh oleh tentera British.  

Briged Al-Qassam kemudian diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

  • Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
  • Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! 

(Sila lihat selanjutnya'kunci kekuatan' Briged Al-Qassam HAMAS ini, 'Kenali Briged Al-Qassam yang digeruni Israel' -HARAKAHDAILY 25/1/2021).


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kekuatan HAMAS sebenarnya adalah kerana berteraskan perjuangan Islam. Bahkan kerana individu, organisasi Islam dan penyokong bukan Islam juga membuatkan perjuangan HAMAS terus berkembang mendunia.

Bagaimana HAMAS tumbuh dan berkembang? Siapa pengasas HAMAS? Maka berkatalah As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pengasas HAMAS:

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu. 

Pada 22 MAC 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin. Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dahsyat oleh regim Zionis. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya.

Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel. 
Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.

Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang.

Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia. Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1)Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2)HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3)Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4)Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

5)HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6)Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

7)HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994.

Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3,500 rakyat Palestin terbunuh dan 1,000 penduduk Israel terkorban. Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai intifadhah.

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang merangsang fenomena ini.

Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.

Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan.

HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin.  Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.

HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim Zionis serta mendapat dukungan kuat ummah.  Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. 

Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 31 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS. Nuansa perjuangannya jelas, akidah Islam mestilah menunjangi perjuangan dan tiada noktah henti sehinggalah dimerdekakan setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis semenjak tahun 1948. (Suntingan dari IH).

Al-hamdulillah. Komen ini akan bersambung lagi, insya Allah!

.....

Presiden PAS kupas isu Syria, balah mazhab & gangguan seksual UM..

 

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan isu Syria pada Liqa' Fikri PAS Pusat di Bandar Baru Bangi, 14 Disember lalu. (Foto: HARAKAHDAILY/ZHARIF ZULKIFLEE)

1. TG Abdul Hadi kupas perkembangan isu Syria December 24, 2024

PRESIDEN PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak untuk umat mengambil sikap dan iktibar yang betul daripada perkembangan berlaku di Syria termasuk ke atas gerakan Islam.

Menurut beliau, pandangan mengenai perkembangan di Syria perlu diberikan dalam keadaan sangat berhati-hati kerana melihat kepada sejarah yang kerap kali berulang. Jelas beliau, […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Balah mazhab pecah negeri, musuh buat peta baru (Nasihat oleh Presiden PAS December 20, 2024) 

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegur kalangan asatizah yang tidak mendalami agama tetapi menyebarkan perbalahan mengenai mazhab hingga akhirnya memecah belahkan umat Islam.

Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan dengan peringatan bahawa pada masa lalu, umat Islam memiliki pelbagai mazhab, tetapi mereka tidak berpecah.

“Zaman dulu orang Islam banyak mazhab, tapi tak pecah. Banyak mazhab. Balah sama diri, balah cari ilmu, balah cari ilmu. Ini balah sampai perang jadi negeri,” katanya ketika menyampaikan kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Namun, beliau menyatakan bahawa kini musuh Islam, terutamanya kuasa Barat, sedang merancang untuk memecah negara-negara Islam, termasuk di Syria, dengan mencipta peta baru berdasarkan mazhab dan etnik. 

“Ini orang putih duk tengah buat peta baru sekarang ni. Termasuk di Syria dia nak buat peta baru di Syria, ada wilayah Syiah, ada wilayah Sunni.

“Sunni pula Sunni mazhab ni, mazhab ni, ni pula dipecah. Kerana apa? Orang Islam tak reti dah. Hok (yang) paling tak reti sekali, hok ustaz-ustaz ni. Duduk balah pasal mazhab, atas itu (belakang dia) orang putihlah.

“Hok ni orang putih beri pitih (duit), hok ni orang putih beri pitih, orang putih beri pitih mengajar masing-masing, ada pengikut masing-masing, (jadi) pecah. Akhirnya pecah-pecah-pecah (orang Islam dan negeri orang Islam). Ini dia buat,” jelasnya.

Namun menurutnya, terdapat kalangan ulama memahami perkara itu berusaha untuk menyatukan umat Islam seluruh dunia dan sama sekali berbeza dengan kalangan orang Islam yang menyebabkan berlakunya perbalahan walaupun perkara kecil.

“Balah bab sifat 20. Balah bab Wahabi, balah bab ni bab ni. Sebenarnya ini permainan musuh Islam untuk memecahkan orang Islam Jadi negeri-negeri banyak.

“Di Sudan tiga negeri. Sudan Afrika, Sudan Kristian, Sudan Arab, pecah. Di belah Morocco keturunan Barbar, keturunan Arab dipecah. Ada Mazhab Ibadi, ada Mazhab Sunni, pecah. Ini cara pecah orang Islam.

“Jadi orang Islam jadi negeri masing-masing. Ha ini. Yang tukang buat main musuh-musuh Islam. (Yang) Tak reti? Orang Islam juga. Orang Islam hak mengaji, tapi mengaji tak faham.

Yatafaqqahu fiddin supaya mereka itu faham dalam urusan ugama. Puncanya mengaji tapi tak tafakkuh, Tidak faham dalam urusan ugama. Dia jadi masalah,” tempelaknya.

Beliau menambah bahawa perlu ada kalangan umat Islam yang memahami ajaran agama secara lebih mendalam (tafaqquh) dan bukan untuk berbalah.

“Faham urusan agama. (Surah At-Tawbah ayat 122) Liyunziru qowmahum, memberi amaran kepada kaum mereka. Jangan berpecah jangan kelahi.

“Memanglah mazhab ni ada salah, ada betul, ada salah, ada betul. Qaul daif, qaul apa. Tapi tidak jadi sebab untuk orang Islam berpecah. Ini kena faham. Ini kerana kita tak tafaqquh dalam bab agama jadi berpecah sama sendiri,” jelasnya.

Umat Islam perlu bersatu

Tuan Guru menegaskan bahawa umat Islam perlu bersatu dan memahami agama dengan mendalam untuk menghindari perpecahan yang dirancang oleh musuh Islam.

Beliau berkata, perpecahan umat Islam bermula selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah yang menjadikan umat Islam tidak lagi menjadi kuasa besar dunia. 

Menurutnya lagi, pada zaman Saidina Umar al-Khattab, umat Islam telah berjaya mengalahkan dua kuasa besar dunia, iaitu Parsi dan Rom, menjadikan Islam sebagai kuasa besar tunggal selama lebih 1,300 tahun.

“Sehinggalah jatuhnya Uthmaniyah 1,000 tahun yang lalu habis Uthmaniyah orang Islam tak jadi kuasa besar lagi. Orang bukan Islam jadi kuasa besar. Negeri Islam jadi kecil-kecil, dipecah-pecah oleh musuh-musuh Islam dipecah-pecah oleh musuh Islam.

“Asalnya negeri Islamnya satu, daripada Nusantara sehingga Morocco, satu saja ketua negara dan satu saja pemerintah Islam ataupun pemerintah daerah-daerah di bawah khalifah yang satu sezamannya.

“Akhirnya orang putih pecah-pecah negeri Islam. Pecah-pecah ikut apa? Ikut mazhab. Ikut mazhab ikut kaum, ikut bangsa. Siapa yang buat? Orang putih supaya orang Islam pecah orang Islam tak bersatu,” katanya.

Peta baharu dunia Islam

Beliau juga menyatakan bahawa penjajah Barat telah merancang untuk memecahkan negara-negara Islam, termasuk Syria, Turkiye, Iraq, Sudan, dan Indonesia, kepada wilayah-wilayah kecil berdasarkan perbezaan etnik dan mazhab. 

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan bahawa musuh Islam, terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya, menggunakan isu mazhab untuk memecah-belahkan umat.

“la (sekarang) ni orang putih (Barat) nak buat peta baru dah. Sekarang ni Amerika dan sekutunya merancang untuk buat peta baru dunia Islam. Dia nak pecah Syria kepada empat negeri; Turkiye dua tiga negeri; Iraq dua tiga negeri; termasuklah Indonesia dua tiga negeri. Dia nak pecah,

“Sudan dua tiga negeri dia pecah, Mesir dua tiga negeri dia pecah. Pecah apa? (Pecah) mengikut kaum. Di Iraq ada kaum Turkman, ada kaum Kurdish, kaum Arab pecah, ada Sunni ada Syiah.

“Pecah Sunni suku, Syiah suku, pecah. Saudi dia pecah pula, ada Wahabi, ada asy-Syairah, ada Syiah pula, dia pecah tiga, Saudi nak pecah, ini, nak pecah sekarang ni,” katanya menyedarkan masyarakat Islam.

Syura

Selain itu beliau menegaskan pelaksanaan syura yang meluas untuk memahami makna syura dalam perkara tiada nas serta perkara sudah terdapat nas, bagi membetulkan cara beramal dengan nas.

Menurutnya, perbezaan pendapat (khilaf) di kalangan ulama perlu difahami, kerana khilaf itu berlaku disebabkan perbezaan pemahaman terhadap sesuatu masalah. 

“Contohnya mazhab Syafie, qunut subuh, sunat ab’ad. Qada qunut subuh kena sujud sahwi Mazhab Syafie. Mazhab lain kata qunut ini bila berlaku perang, berlaku huru-hara, berlaku bencana baru qunut, bukan tiap-tiap tiap-tiap itu kena.  

"Tiap-tiap masa kena qunut sokmo. Maka bila tinggal qunut tak perlu sujud Sahwi tak ada apa. Imam Syafie walaupun Imam Syafie, pendapat dia sunat ab’ad kalau tinggal sujud Sahwi Imam Syafie gi ke Iraq, dia pergi ke Iraq.

“Sembahyang di Iraq, sembahyang dia tak baca qunut. Tak baca qunut dan tak sujud sahwi. Orang tanya pasal apa? Menghormati Imam Abu Hanifah.

“Abu Hanifah kata bukan sunat Abu Hanifah kata tak kena sujud sahwi, Imam Syafie pun tak sujud sahwi, kita balah lebih pada imam syafie lagi, pandai daripada imam Syafie lagi, ni jadi jadi masalahnya. Ulama tidak khilaf,” jelasnya.

Beliau juga memberikan contoh mengenai amalan wuduk dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa sapuan kepala tidak perlu meliputi seluruh kepala, hanya sedikit rambut, sebaliknya, dalam mazhab lain, seluruh kepala perlu disapu.

“Ulama-ulama kata kalau kita sembahyang tok imam tak sapu kepala semua sekalipun tak apa kita boleh ikut. Mazhab lain kata dak apa tak jadi salah. Itu sunat saja. Tak jadi wajib.

“Ada mazhab kata wajib. Dak balah tak ada apa apa tak ada balah ini kerana memahami urusan agama. Bila tak faham urusan ugama jadi kelahi, jadi pisah satu negeri dengan satu negeri. Ini kena faham,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insiden gangguan seksual libatkan pensyarah Universiti Malaya (UM), menteri KPT tidur lagi ke? 

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat, Thines Sreedaran menyifatkan insiden gangguan seksual melibatkan seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) kepada pelajarnya sebagai minggu yang gelap buat institusi pengajian tinggi itu. 

Beliau meluahkan rasa dukacita terhadap isu berkenaan yang disifatkan menjijikkan dan mencemar nama baik UM sebagai salah […] (Sila rujuk HarakahDaily)

Sekian, bersambung, insya Allah!

.....

Tuesday, December 24, 2024

Tanah Melayu Sg Baru diambil. W/Azizah jual B/Putih?

 

1. Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26, 2024 

KUALA LUMPUR: Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan warisan dan budaya Melayu terus terpelihara.

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor), menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman arus pembangunan terhadap kampung-kampung tradisional Melayu.

Beliau memberi contoh isu di Kampung Sungai Baru, di mana pengambilan tanah tanpa mempertimbangkan nilai sentimental dan warisan telah menimbulkan keresahan penduduk.

“Isu yang terkini melibatkan penduduk di Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim anak tempatan yang cukup lantang bersuara, mempertahankan kampung Sungai Baru sebagai satu tanah warisan yang memiliki nilai sentimental yang tinggi bagi masyarakat Melayu.

(Selanjutnya sila lihat 'Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu– HARAKAHDAILY 26/11/2024)


2. Tanah rizab Melayu didakwa hanya tinggal kira-kira 12 peratus. Jun 20, 2022 @ 11:58am (BH)

Kuala Lumpur: Penyusutan tanah rizab Melayu, pendidikan dan hal ehwal ekonomi menjadi tiga isu utama yang perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu di negara ini.

Perkara itu juga akan diangkat sebagai teras perjuangan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi mengasuh anjakan minda bangsa untuk menghadapi segala tekanan dan cabaran semasa.

Timbalan Pengerusi ADAB, Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, isu tanah rizab

Melayu adalah isu besar kerana jumlah tanah berstatus demikian berkurangan dengan mendadak daripada lebih 50 peratus suatu ketika dulu kepada hanya kira-kira 12 peratus ketika ini.

"Ia sudah diambil dan dibangunkan dengan pelbagai projek, projek kerajaan dan projek perumahan. Walaupun ada undang-undang (tanah rizab yang diambil) mesti diganti sertamerta, tetapi tidak digantikan.

"Maka banyaklah tanah rizab yang diambil oleh kerajaan negeri, tetapi tidak diganti sebaik-baiknya dengan tanah yang sama tara, sama taraf dan sama nilai.

"Jadi hasilnya sekarang, di Kuala Lumpur misalnya, hanya tinggal tiga peratus tanah rizab Melayu merangkumi kawasan di Gombak dan perkampungan Melayu," katanya kepada BH selepas Mesyuarat Agung Tahunan ADAB, di sini semalam.

(Ikuti selanjutnya  'Tanah rizab Melayu didakwa hanya tinggal kira-kira 12 peratus.Jun 20, 2022 @ 11:58am (Berita Harian)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya kita dengar pula keluhan Tun M mengenai Pulau Batu Putih..

Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir 

Tun Mahathir bercakap dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan telah mengkhianati negara susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas kerajaan menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.

Beliau menambah keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh diterima selaras dengan komitmen yang dibuat kepada negara lain dan Batuan Tengah yang dianugerahkan kepada Malaysia dianggap lebih berharga berbanding Pulau Batu Puteh, yang dianugerahkan kepada Singapura.
"Bagaimana anda boleh menggambarkannya sebagai khianat sedangkan saya melakukannya tanpa sebarang keuntungan peribadi?
"Jika saya khianat, maka seluruh Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri pada masa itu juga khianat,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.
Dr Mahathir memberi maklum balas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sebarang kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk dalam isu Batu Puteh, dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.
Dr Mahathir menambah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - duduk di sebelahnya dalam mesyuarat Kabinet dan didakwa tidak membantah.
Ditanya sama ada wujud 'tangan ghaib' di sebalik siasatan terhadap isu Pulau Batu Puteh, beliau mendakwa mungkin ada pihak yang mahu melihat beliau menjadi 'banduan'.
"Mesti ada orang yang sentiasa mempunyai kepentingan khusus untuk kes saya, kerana seperti yang anda tahu saya sekarang adalah pembangkang," ujar beliau.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan disifatkan mempunyai beberapa kecacatan.
"Saya ingin bertanya dahulu rahsia, sekarang terbuka. Siapa yang bersetuju untuk ia dibuka? Kalau ini sudah dibuka dan bukan lagi 'rahsia', maka mengapa kerajaan bantah permohonan saya di mahkamah untuk adakan RCI secara terbuka?
"Laporan ini juga akan dibahaskan (di Parlimen), tetapi bagaimana hendak bahas sekiranya 47 daripada 217 muka surat dipadam? Bagaimana rakyat melalui wakil rakyat hendak bahas atau tanya soalan kalau ada muka surat laporan dipadam?" soalnya.
Laporan RCI yang telah dinyahklasifikasi dikeluarkan pada Khamis mendedahkan, kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerah Batu Puteh kepada Singapura.
Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Beliau menambah keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh diterima selaras dengan komitmen yang dibuat kepada negara lain dan Batuan Tengah yang dianugerahkan kepada Malaysia dianggap lebih berharga berbanding Pulau Batu Puteh, yang dianugerahkan kepada Singapura.
"Bagaimana anda boleh menggambarkannya sebagai khianat sedangkan saya melakukannya tanpa sebarang keuntungan peribadi?
"Jika saya khianat, maka seluruh Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri pada masa itu juga khianat,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.
Dr Mahathir memberi maklum balas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sebarang kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk dalam isu Batu Puteh, dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada negara.
Dr Mahathir menambah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - duduk di sebelahnya dalam mesyuarat Kabinet dan didakwa tidak membantah.
Ditanya sama ada wujud 'tangan ghaib' di sebalik siasatan terhadap isu Pulau Batu Puteh, beliau mendakwa mungkin ada pihak yang mahu melihat beliau menjadi 'banduan'.
"Mesti ada orang yang sentiasa mempunyai kepentingan khusus untuk kes saya, kerana seperti yang anda tahu saya sekarang adalah pembangkang," ujar beliau.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan disifatkan mempunyai beberapa kecacatan.
"Saya ingin bertanya dahulu rahsia, sekarang terbuka. Siapa yang bersetuju untuk ia dibuka? Kalau ini sudah dibuka dan bukan lagi 'rahsia', maka mengapa kerajaan bantah permohonan saya di mahkamah untuk adakan RCI secara terbuka?
"Laporan ini juga akan dibahaskan (di Parlimen), tetapi bagaimana hendak bahas sekiranya 47 daripada 217 muka surat dipadam? Bagaimana rakyat melalui wakil rakyat hendak bahas atau tanya soalan kalau ada muka surat laporan dipadam?" soalnya.
Laporan RCI yang telah dinyahklasifikasi dikeluarkan pada Khamis mendedahkan, kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerah Batu Puteh kepada Singapura.
Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
Sekian, harap maklum. Bersambung lagi, insya Allah.
....

Sunday, December 22, 2024

Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..

 


1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. 

Soalan:


Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat atau menunggu waktu sembahyang. Bolehkah terangkan hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat.

Jawapan:

Adapun hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

يجوز النوم في المسجد، ولا كراهة فيه عند الشافعية لفعل ابن عمر في الصحيحين، وكان أصحاب الصُفَّة ينامون في المسجد، ونام العرنيون في المسجد، ونام علي وصفوان بن أمية فيه، ونام غيرهم . وقال مالك : لابأس بذلك للغرباء، ولا أرى ذلك للحاضر. وقال الحنفية : يكره النوم في المسجد إلا للغريب والمعتكف وقال أحمد وإسحاق : إن كان مسافراً أو شبهه، فلا بأس، وإن اتخذه مبيتاً أو مقيلاً، فلا

Ertinya: “Harus tidur di dalam masjid dan tidak makruh padanya di sisi ulamak mazhab Syafie kerana perbuatan Ibnu Umar r.a. pada kitab Bukhari & Muslim. Dan adalah Ashab Suffah (orang-orang yang tiada berumah) mereka tidur di dalam masjid Nabi. Dan orang-orang Uraniyun juga tidur di dalam masjid dan telah tidur oleh Ali dan Safwan bin Umayyah di dalamnya dan tidur juga oleh selain mereka itu.

Dan telah berkata Imam Malik tidak mengapa dengan yang demikian itu oleh orang-orang yang merantau dan tiada aku lihat yang demikian itu bagi orang tempatan.

Dan berkata ulamak mazhab Hanafi dimakruhkan tidur di dalam masjid melainkan bagi perantau dan orang yang iktikaf.

Dan berkata Imam Ahmad dan Ishaq jika adalah dia sedang musafir atau seumpamanya maka tidak mengapa. Dan jika dia jadikan masjid sebagai tempat tinggal atau tempat duduk maka tidak boleh.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Wallahua’lam– HARAKAHDAILY 20/12/202 (sumber Ustaz Azhar Idrus)


2. Kewajipan bersama Parti Islam 

Muqaddimah

Islam adalah al-Din, bukan sekadar agama atau ideologi atau teori sahaja mengikut takrif bahasa. Maka Islam itu maknanya ajaran dan petunjuk Allah merangkumi seluruh kejadian manusia dan kehidupannya, serta matlamat kejadiannya diciptakan. Semua perkara agama, ideologi dan teori termasuk dalam ajaran Islam, menjadikannya berbeza dengan yang lain.

Para Rasul A.S yang diutuskan membawa Islam itu menghadapi manusia di zaman masing-masing secara menyeluruh. Bukan sahaja berdakwah menghadapi rakyat, bahkan mereka juga menghadapi Raja, pemimpin dan kerajaan di zamannya untuk membetulkan kesesatan akidah, urusan kehidupan dan akhlak.

Di zaman tidak ada Rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Allah telah mewajibkan adanya kumpulan, jamaah atau Parti Islam yang menyambung risalahnya yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang berdakwah kepada kebajikan (mengajak kepada Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali-‘Imran: 104)

Tiga sifat penting kepada kumpulan ini ialah: 

-Berdakwah kepada Islam yang sempurna. -Menyuruh dengan perintah dan nasihat kepada kebajikan. -Mencegah dengan kuasa pemerintahan, teguran dan penentangan terhadap kemungkaran, sehinggalah menguatkuasakan undang-undang.

Rasulullah S.A.W telah menafsirkannya secara amalan dan perjuangan sehingga menegakkan negara yang dinyatakan Allah:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (٤١)

“Mereka (kumpulan Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (al-Hajj: 41)

Ayat ini menjelaskan tentang model negara yang bercirikan: -Menegakkan negara ibadah -Konsep ekonomi yang adil -Berkebajikan -Kehaibatan Undang-undang Berwawasan balasan Allah di Hari Akhirat. 

(Ikuti selanjutnya 'Kewajipan bersama Parti IslamABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita renung balik, meneliti hujjah-hujjah kewajipan bersama parti Islam yang dikemukakan oleh Presiden PAS dan mencari kesimpulan. 

Membezakan Islam dengan agama Yahudi yang bersifat fanatik kaum dan menyeleweng daripada Kitab Taurat. Atau Agama Kristian pula memisahkan urusan dunia daripada agama kerana meninggalkan Kitab Taurat yang disambung perjuangannya oleh Nabi Isa A.S. Atau juga agama-agama lain pula lebih jauh daripada semua kitab terdahulu.

Dalam ayat-ayat tersebut di atas Allah telah membahagikan manusia terhadap Islam kepada beberapa golongan. 

1- Beriman yang beristiqamah bersama Islam dengan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.

2- Golongan yang nyata menentang Islam secara berterus-terang khususnya kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin. 

3- Di tengah-tengahnya pula ada kalangan munafiq yang mencari kesempatan tanpa imannya kepada Islam, serta menyembunyikan kekufurannya.

4- Ada pula kalangan yang lemah imannya dan kecil sahsiahnya, merasakan dalam keadaan bahaya atau tidak boleh mencapai kemenangan sekiranya tidak berwalikan orang-orang bukan Islam yang nyata itu. Kononnya inilah kebijaksanaannya, tetapi ditolak oleh Allah dengan huraian dalam surah yang lain. 

Firman Allah:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (١٣٩)

“Beritakan kepada orang-orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang pedih menyeksakan (138) Mereka itu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir yang menentang Islam sebagai para wali (pemimpin dan rakan yang diberi kesetiaan yang dipercayai), tidak mahukan kemenangan (keperkasaan dan kehaibataan) daripada orang-orang yang kafir itu? Padahalnya, bahawa kehaibatan dan kemenangan itu semuanya kepunyaaan Allah (139)” (an-Nisa’: 138-139)

5- Kalangan orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.

● Kumpulan (Parti) Islam

Di kalangan umat Islam pula, Allah menegaskan kemunculan kumpulan atau parti yang meneruskan dakwah dan perjuangan menegakkan Islam selepas tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Dinyatakan pula sifat-sifat parti atau kumpulan yang sebenarnya menegakkan agama Allah (Islam lebih terperinci) ialah: 

1- Mengasihi Allah dan Rasul (menegakkan Islam mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W), bukannya orang yang menolak atau mempertikaikan Hadis Rasulullah S.A.W.

2- Merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kehaibatan terhadap kafir yang menentang Islam. Bukannya berani sesama Islam tetapi pengecut terhadap musuh.

3- Berjihad dengan makna kesungguhan mengembelingkan tenaga, diri dan harta bagi meninggikan Islam. Tanpa peduli terhadap orang yang menghina Islam. Bukannya bersekongkol bersama musuh Islam.

4- Berwala’ dengan tegas bahawa Islam itu wajib memimpin bukannya dipimpin dan dipergunakan.

● Kedudukan bukan Islam yang tidak bermusuh.  Dalam surah yang lain Allah mengizinkan bertahaluf (bekerjasama dengan konsep persefahaman) dan berta’awun (bertolong-menolong) dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh, bahkan diwajibkan menolong dan berlaku adil. 

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)  

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8) 

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢)

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haram itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (al-Maidah: 2)

Tolonglah Melayu/Islam di negara ini untuk kali ini saja..

PAS pernah menafikan persempadanan semula seperti yang disebutkan pemimpin DAP masa itu merugikan bukan Islam. Tetapi sebenarnya jelas merugikan orang Melayu beragama Islam. Tak betul sama sekali mengatakan bahawa 'pakatan  UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, akan terhapus. Amat bahaya sekali meniupkan api perkauman begitu.

Yang penting, kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS/PN membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PN dalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang. 

Cuma untuk kali ini saja, kalau PAS/PN menang walau sepenggal pun, PAS/PN sudah mampu membuka kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara yang biasanya ramai kaum bumibutera dan penduuk luar banar. Baru adil, orang kampung pun ada wakil rakyatnya di parlimen.  Itulah jalan mudah sebenarnya memperjuangkan Melayu Islam di negara ini. 

Cuba teliti bagaimana Singapura di bawah Lee Kuan Yu menghapuskan hak Melayu melalui kawasan pengundian di Singapura, yang dulunya asal Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimana persempadanan dibuat membenarkan hanya 28% saja orang Melayu boleh mengundi? 

Samakah dengan Malaysia yang cuba memperbanyakkan kawasan parlimen perbandaran yang ramai kaum Cina tetapi tidak di luar bandar, di kawasan yang ramai orang Melayu Islam? Apa kurang cerdik sangatkah pemimpin Melayu/Islam di negara ini?

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails