Thursday, November 13, 2008

Pattani: Al-Qaeda Isytihar Perang Mulai Muharam Ini..




Ibnu Hasyim
CATATAN PERJALANAN:

SUDAH lama saya tak ziarah kawan saya di Pattani. Semalam dia telefon saya, dan mengajak saya ke sana. Kalau tiada apa-apa halangan malam ini saya akan bertolak, insya Allah! Saya nak tahu ada apa perkembangan terbaru mengenai Negara Gajah Putih itu.. Saya buka web Tranungkite Online, lihat sudut luar negara, ada tertulis web ‘Pattani Darulsalam’. Saya terus klik..

Keluar artikel terbarunya Wednesday, August 6, 2008Jawapan Kepada Tuduhan Musyrikin Tentang Pembunuhan Kaum Muslimin di Pattani Darussalam’. Versi: Bahasa Melayu No Rujukan: 0122071429 – MSM Tarikh: 22 Rejab 1429 Hijriah KENYATAAN MEDIA RASMI Majlis Asy-syura Al Mujahidin Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara, kepada seluruh kaum Muslimin. Iaitu mengenai isu pembunuhan ke atas kaum Muslimin Pattani yang kononnya dilakukan oleh ‘Mujahidin’ seperti yang dituduh oleh kerajaan Thailand.

Mereka tampil memberi penjelasan seperti berikut…

“Pertama: Seluruh Mujahidin daripada kaum Muhajirin dan Ansar di Pattani Darussalam tidak pernah terlibat dengan pembunuhan terhadap kaum Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh tentera kerajaan musyrikin Buddha Thailand. Kami menegaskan bahawa dakwaan sedemikian adalah usaha keji yang dilakukan oleh mereka untuk memalingkan sokongan kaum Muslimin di Pattani Darussalam yang selama ini diberikan kepada Mujahidin.

Kami tegaskan juga bahawa didalam agenda perang saraf tentera Thailand, terdapat doktrin yang membolehkan mereka membunuh kaum Muslimin di Pattani Drussalam, untuk kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada Mujahidin, dalam usaha mereka untuk membuatkan kaum Muslimin marah dan hilang kepercayaan mereka terhadap Mujahid fi sabilillah.

Kedua: Golongan ansar memang ada menjalankan siri-siri pembersihan terhadap munafiq/mata-mata/pemberi maklumat kepada tentera kerajaan musyrikin Buddha Thailand. Ini dilakukan memandangkan golongan ini (munafiq/mata-mata/pemberi maklumat) banyak mendedahkan maklumat kepada tentera kerajaan musyrikin itu sehingga mengakibatkan ada Mujahidin dan keluarga mereka yang diancam, dibunuh dan ditawan. Namun, siri-siri pembersihan ini dijalankan dengan penuh hati-hati dan dibincangkan terlebih dahulu dengan para amir yang dipertanggungjawabkan.

Para munafiq/mata-mata/pemberi maklumat itu juga akan hanya dibunuh setelah terdapat bukti yang benar-benar dapat diyakini. Para munafiq/mata-mata/pemberi maklumat itu juga, pada kebiasannya akan diberikan 3 kali peluang bertaubat melalui peringatan berbentuk surat dan peringatan-peringatan lainnya, dan jika mereka tetap tidak berubah, barulah pembunuhan keatas mereka akan dijalankan. Perlu ditegaskan, pembunuhan hanyalah terhadap si munafiq itu sendiri. Keluarganya sama sekali tidak akan dilibatkan.

Ketiga: Setiap operasi/amaliyyah yang dilakukan oleh Mujahidin daripada golongan Muhajirin mahupun Ansar sentiasa mengambil kira keselamatan kaum Muslimin. Kami tidak akan secara sengaja cuba membunuh orang-orang yang beriman. Namun, sekiranya ada kaum Muslimin tercedera/terbunuh dalam operasi/amaliyah yang dilakukan, itu betul-betul merupakan sesuatu yang tidak disengajakan dan tidak termasuk dalam prosedur arahan tetap operasi kami.”

Demikian penjelasan yang dikeluarkaqn oleh Asy-Syeikh Abu Ubaidah Hafizahullah, Muhajir dan Mujahid Pattani Darussalam, merangkap Jeneral Awwal Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara.

“Hang tak takut ke nak pi sana? ” Kata kawan saya, bila saya nyatakan hasrat saya itu.

“Takut apa??”

“Kan puak mujahidin Al-Qaeda Usama Ladin bahagian Asia Tenggara sudah isytihar akan mulakan perang mulai Muharam 1430 ini??”

Saya cari lagi dalam web tersebut. Terdapat kenyataan sebelum itu, Khabar Gembira Untuk Ummah! Versi: Bahasa Melayu No Rujukan: 0120071429 – MSM. Tarikh: 20 Rejab 1429 Hijriah kepada seluruh kaum Muslimin. Antaranya menyebutkan…

Berdasarkan kesepakatan Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin yang telah bermesyuarah di Pattani Darussalam pada hari ini, tanggal 20 Rejab 1429, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara ingin memberikan khabar gembira kepada ummah dengan tiga hal berikut:

Pertama: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara berjanji akan tetap tunduk dan patuh dengan penuh taat terhadap Allah Rabbul Jalil dan Rasulullah SAW dalam meneruskan jihad fi sabilillah yang penuh barakah ini. Kami akan sentiasa memelihara niat kami dalam jihad ini dan akan berusaha gigih dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi, disamping memacu usaha berterusan dan proaktif dalam mencetuskan perpaduan utuh keseluruhan fraksi-fraksi Mujahidin di Asia Tenggara, insyaallah.

Kedua: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara mengulang kembali baiah/ikrar kami untuk tetap taat terhadap Ulil Amri, pemimpin para mujahidin, Asy-Syeikh Al-Mujahid Usamah bin Ladin Hafizahullah serta timbalan beliau Asy-Syeikh Al-Mujahid Ayman Az-Zawahiri Hafizahullah. Kami akan terus berperang dibawah lembayung bendera yang beliau kibarkan selagi mana ketaatan kepada beliau itu tidak menyalahi ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Kami sesekali tidak akan meninggalkan baiah/ikrar kami ini dan kami tidak akan meminta ianya dibatalkan, insyaallah.

Ketiga: Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara akan memulakan kempen baru peperangan yang dinamakan dengan kod OPERASI TAWBAH, bermula Muharam 1430. Segala perkara tentang kempen peperangan ini akan kekal rahsia sehingga kempen ini dimulakan kelak insyaallah. Kempen baru ini yang akan menjadi satu kejutan baru bagi rejim thagut di Asia tenggara insyaallah, memerlukan doa daripada seluruh ummah ini. Kaum muslimin juga diminta bersiap sedia bermula sekarang untuk menggabungkan diri dalam kempen ini. Serentak dengan itu juga, Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda bahagian Asia Tenggara telah menstrukturkan kembali kepimpinan organisasi mengikut penstrukturan berikut untuk mendepani perubahan yang mungkin berlaku setelah bermulanya kempen itu kelak.”

Struktur Kepimpinan Tertinggi MAJLIS ASY-SYURA AL-MUJAHIDIN Bahagian Asia Tenggara adalah seperti berikut… Amir Majlis Syura Asy-Syeikh Abu Ukkasyah Al-A’rabi Hafizahullah, Timbalan Amir Asy-Syeikh Imam Waqqas Hafizahullah, Jeneral Awwal Asy-Syeikh Abu Ubaidah Hafizahullah, dan Jeneral Thani Asy-Syeikh Abu Abdillah Hafizahullah.

“Pada aku, Patrtani adalah kampungku sendiri.. Takdak apa-apa, tak perlu takut..”

Mengapa saya kata begitu? Ikutilah catatan perjalanan ini selanjutnya…

Catatan Perjalanan: ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
November13. 2008.


Jom Kahwin Ramai-ramai Di China..











Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI

“JOM kita kahwin ramai-ramai di Negara China..” Itu, rumusan yang dibuat dalam perbincangan kira-kira 3 jam sebelum tengah malam semalam, di sebuah kedai makan di KL. Antara yang berbincang itu termasuk 5 orang penulis weblog, beberapa ustaz, seorang peniaga dari Jakarta dan beberapa dari Malaysia yang sering berulang-alik Malaysia-China.

“Dia dah kahwin di China.” Kata peniaga yang dari Malaysia, memberi tahu tentang perkahwinan rakan Indonesianya di China. “Ramai gadis-gadis China yang sanggup masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwininya. Kawan kita ini sudah buktikan!”

“Ha! Itulah kerja mulia. Sekurang-kurangnya sebagai da’i.. bertaraf global.” Sambut salah seorang Ustaz itu. “Kalau dibuat bersungguh dan profesional ianya seolah-oleh melakar atau merubah lanskap sejarah sesebuah negara.”

“Profesional?”

Ya, terfikir saya. Bila melihat kedatangan Islam ke nusantara ini, antaranya melalui perdagangan dan perkahwinan. Saudagar-saudagar Arab dan India datang ke sini, berkahwin dengan rakyat tempatan, membina perkampungan dan lorong-lorong di bandar. Contohnya, wujudnya Masjid-masjid India hampir di setiap negeri dan bandar. Di Pulau Pinang sahaja, ada masjid Capitan Keling, Masjid Pakistan dan Masjid Benggali. Masjid Benggali dan Masjid India juga terdapat di KL. Begitu juga di Thailand, Indonesia dan lain-lain.

Saya pernah dibesarkan di sebuah kampung di Telok Bahang Pulau Pinang. Waktu itu, allahyarham ayah saya dipanggil mengajar agama oleh sekumpulan pendatang-pendatang Islam dari India di Madrasah Al-Masakin yang bermukim di situ. Sehingga kampung itu dinamai Kampung Keling, tetapi sekarang, di tapak itu sudah terbina Hotel Mutiara. Teringat saya pada pagi-pagi hari lagi waktu itu sudah dibisingi oleh lagu-lagu dari India, bahkan kadang-kadang sepanjang hari, seolah-olah saya bukan lagi berada di bumi dan alam Melayu.

Kebanyakan mereka adalah berniaga dan menjadi nelayan, sehingga terkenal dengan budaya ‘pukat tarik’, iaitu menarik pukat yang dilabuhkan dari laut ke darat, dengan kudrat tenaga tulang empat kerat beramai-ramai sambil menyanyi-nyanyi. Tetapi yang penting, mereka secara tidak langsung adalah da’i atau pendakwah yang membawa Islam, termasuk melalui perkahwinan dengan orang tempatan.

Begitu juga kemasukan Islam peringakat awalnya ke negeri China melalui perkahwinan orang-orang Arab dengan wanita-wanita tempatan di China. Peranan ‘kahwin dakwah’ ini, sebenarnya tidak boleh diperkecilkan. Sila lihat juga tulisan saya dalam http://www.ibnuhasyim.com. Wednesday, November 28, 2007 di bawah judul ‘Kemboja: Kahwin & Harga Lelaki’ Pernah semasa saya menjadi pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau (kira-kira 1985-1995), saya telah kemukakan draf cadangan bertajuk ‘Operasi Hijrah’.

Sebuah perancangan berkahwin beramai-ramai dengan wanita-wanita Islam atau yang baru masuk Islam di Thailand, membawa balik ke Malaysia atau berulang-alik dengan meninggalkan isteri di sana di bawah seliaan pusat-pusat pengajian Islam tradisional atau ‘pondok-pondok’. Kesan baiknya juga ada sampai sekarang. Oleh itu pandangan di atas tadi amat baik, apalagi bila dilaksanakan secara berterusan, tersusun dan professional.

“Baru beberapa minggu lepas, saya berkahwin dengan seorang gadis China yang terus masuk Islam di Guangzhou. Gadis itu berasal dari sebuah pekan kecil ratusan kilometer dari bandar utama di situ. Sambutan orang-orang tempatan di situ amat baik, bahkan ramai lagi yang menunggu untuk masuk Islam kalau ada yang ingin mengahwini mereka.” Kata rakan kami yang dari Indonesia itu.

“Kalau untuk jadi isteri ke 2, ke 3 atau ke 4, mereka mahu ke?” Ada yang bertanya.

“Ngak ada masalah! Bisa kita pergi kahwin ramai-ramai di sana..” Jawab rakan Indon itu.

“Yang penting, kita rancang secara professional dan berpersatuan. Kita tentukan matlamat, perlaksanaan, keadilan, kewangan, penempatan, pendidikan dan bagaimana nak atasi kalau berlaku penceraian… Bagaimana nak manfaatkan untuk kepentingan politik Islam di Malaysia.” Kata ustaz itu lagi. “Semuanya perlu dirancang betul-betul supaya mampu melakar dan merubah lanskap sejarah. Bayangkan kalau kalau orang-orang Cina yang dibawa penjajah ke Tanah Melayu sebelum merdeka dulu adalah orang Cina Muslim yang taat beragama, bukan anggota kongsi gelap atau gangster (Gee Hin & Hai San), mungkin sudah tentu politik Islam di negara ini akan lebih baik!”

“Yang penting perlunya sebuah perancangan atau kertas cadangan yang baik serba-serbinya. Wanita bagaimana yang layak dikahwini, kita bincang bersama. Kalau ada cadangan-cadangan bernas dari sesiapa saja, sila kemukakan!!” Pelawa salah seorang dari mereka lagi.

Ya. Pada pembaca dan pelayar web budiman, sila kemukakan pandangan anda, untuk dikongsi bersama. Kalau perlu kita bincang, adakan pertemuan, dan cuba laksanakan.. ‘Jom kahwin ramai-ramai dengan wanitaa-wanita di negara China.’ Begitulah catatan santai buat kali ini, kerana Nabi kita pernah berpesan…

“Berkahwin dan beranaklah, sesungguhnya aku gembira dengan umatku yang ramai.”

Catatan santai: ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) November13. 2008 KL.

Monday, November 10, 2008

YB Balik Pulau, Baca Ni…

Cikgu Mat Isa (kiri) bersama penulis.

Catatan Santai Ibnu Hasyim

LAGI merujuk kepada tulisan saya yang lalu Saturday, October 4, 2008, ‘Kisah YB Balik Pulau…’, terdapat 7 komen, antaranya dari abdrahim kassim, bumilangit, Anak Bakaq Kapoq, Syed Ali Syed Hamid, Dr Hasan P.Pg., shafarina, dan yang memakai nama Eh. Terima kasih atas komen-komen anda. Saya pilih dan muatkan komen ini untuk pengetahuan dan tindakan kita bersama ...buatlah apa yang patut.

Eh said...

Sebelum AKU ulas sikit..biaq kita renung sat tujuan manusia menjadi khalifah muka bumi ni.. Ulasan AKU:

1) Bab YB yg popular dgn rungutan ni bagi aku kes di mana DIA disayangi dan digalangi sejuta harapan rakyat Balik Pulau untuk tiup arus pembangunan dan modified sistem pemikiran sedia ada ni.. YANG NI alhamdulillah dia ada visi dia yang sebelum ni nama dia MAKMUR dan kemedian tukaq jadi MUAFAKAT..harap-2 lepaih ni jangan jadi nama lain pulakk..kerap tukaq nama pun masalah juga.. RAKYAT FENINGGG !!!

2) VISI yg dalam MUAFAKAT ni nampak cantik la pasai YB ni ada bawa dua tiga visi yg dok kuat hendak AKU sendiri nak majukan..contoh PENDIDIKAN, TARAF SOSIO-EKONOMI dan PEMAHAMAN UNDANG-2.. bab yg baik AKU kena akui dan yg kurang lagi sama-2 kita tambah asam garam bagi dia sedapp..

3) Tapi YB.. please look forward a a mile not a step ahead.. RAKYAT ni dah mempunyai pendidikan yg terbaik takat yg depa mampu dan taraf sosioekonomi depa pun alhamdulillah baik la dari tahun awal 90-an dan sebelumnya..AKU ingat lagi kalau awai 90-an dulu belia Jalan Baru contohnya cukup sennag hang nak pi jumpa kalau singgah sat kat kilang PLAAT, WOODARD, EMICO dan BAXTER... tapi la ni alhamdulillah ramai dah dari kelompok ni yg berjaya dalam bidang niaga sbg kontraktor kecil dan lain2..

DEPA ni bukan paksa YB pi mengadap muka di kedai kopi atau paksa diri makan kenduri masa hari cuti..tapi depa nak satu ACTION that firmly changes even a 1% of current Local Authorities Dissabilities.contoh paling senang la sepanjang Jalan Baru dari rumah AKU (rumah agam putih tinggalan arwah Tok Wan AKU) sampai ke Sg.Burung pantang hujan 30minit ayaq bertakung ataih jalan.... yg dok meniaga tepi-2 tu oghang seagama dgn AKU sebangsa dengan AKU...tiap-2 kali lepas hujan jenuh depa dok kena parking kerusi tak bagi oghang langgaq ayq takut merecik masuk dalam makanan...ni kira kalau YB berjaya selesaikan...paling tidak bonuslah bagi sapa-2 yg alami kesusahan punca daripada ni..budak-2 sekolah pun takdalah kena langgaq dengan LORI TANAH yang HARAM JADAH dok bawa laju-2 pasai budak kayuh basikal sampai ke tengah jalan nak elak kena percik air bertakung... CUKUP MUDAH kalau boleh selesai benda sekecil ni Insya Allah hat yang lain pun mampu YB buat

4) Lagi satu bab lori-2 HARAM JADAH..(yang haram jadah ni drebar lori) samapi ke hari ni bawak laju tak pernah kata nak respek undang-2 jalan raya maksimum 60km/j saja BEB..tapi haram jadah ni balaih ikut dan..AKU ni pasai MALAYSIA ada undang-2..kalau tadak aku dah pinjam senapang bapak AKU haria kepala drebar lori ni sorang-2

5) Nasikat AKU kat YB paling kurang masa balik hujung minggu ni at least spend 45minit setiap hari dengan wakil-2 JKKK/ Qaryah Masjid untuk dapat apa-2 feedback/input untuk YB rancang kerja YB masa depan.. paling BUSUK la 45 minit satu sessi campuq sabtu dan ahad YB dah dapat cover at least 6 kampung satu minggu... takyah dok usung laptop dgn projector tu pasai nak set up saja makan masa 30 minit..orang kampung la ni pun masing-2 tak berapa nak tengok sangat projektor tu pasai masa dulu-2 dah puas dok tengok gambaq Mr. OS dan BADUL kat padang sekolah sungai korok depan projektor van penerangan..

Yang penting YB (sahabat bagi AKU walaupun profession kita tak sama) a face to face discussion and intention worths thousands rather than a book of paper. cuba lah plan masa bukan banyak sikit saja untuk bertemu PELANGGAN anda yg dah keluaq modai masa PILIHANRAYA..bukan duit yang depa mintak tapi ITULAH kehadiran ANDA beserta dengan kata-2 yg bermanfaat Insya Allah takkan dengaq dah rungutan macam ni..

Oghang sayang itu pasai oghang komplen..kalau oghan dah meluat apa hang buat pun oghan tak ambik PORT.. berubahlah selagi diri masih disayangi..

Oghang Pulau Betong YB takyah layan pun takpa pasai sampai ke haghi ni dok jaja nama UMNO walaupun baju singlet yg dia dok pakai tu beli masa ghega RM2.00 dan lani dah ghega RM9.0..betapa lamanya UMNO dihati oghan Pulau Betong... TAPI kalau di PORT kedai Uncle Suri Insya Allah perjuangan sebenar masih segar dalam hati kami...paling kurang tak gheti nak berplotik dan berpropaganda tapi bab nak kecoh dgn pemimpin yg seleweng NO WAY BUDDY!! Oghang kg perlis YB patut kena singgah pasai daghi zaman PRM sampai ke calon PAS hingga balik calon PKR depa ni solid tak berbelah bagi.

Wadah perjuangan ni contoh terbaik tgk kat cikgu AKU (Cikgu Mad Isa)...depan pejabat bahagian UMNO dia boleh haria kempen soghang-2 dia dok ghamai-2 org UMNO keliling dia..ni barulah SOLIDARITY...cakap dia banyak tapi gheja dia buat pun dah banyak tak terkira (semoga Allah sahaja yang mampu balas budi cikgu AKU ni)... remembered well when he interviewing me for PMR English ORAL lesson test... daghi haghi tu AKU mola hilang malu cakap inggeris walaupun pelat tapi kalau nak OPEN DEBATE in English Insya Allah I'm here to participate... cuma jgn bagi tajuk AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR pasai ni kena belajaq banyak lagi... Lim Guan Eng pun kigha boleh sikit-2 cuma tang pangkai dia.. October 20, 2008 11:52 PM”.

No komen. Sekian, sebagai makluman dan kebaikan bersama, walaupun agak terlambat.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com

Saturday, November 08, 2008

Jeans Terlondeh, Alur Bontot Tersengeh..


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
MERUJUK kepada tulisan saya yang lalu ‘Monday, October 20, 2008 Berpacaran Di Banda Aceh…’ seseorang memberi komen..

Cut Anak Aceh said... Maaf Saudaraku Tgk Ibnu Hasyim. Aku kenal Tgk semasa di dewan hotel perjumpaan Guru-guru Besar sekolah-sekolah seluruh Aceh tempoh hari. Tgk ada memuji Undang-undang Syariat di sini. Tetapi bila aku lihat web ini, Tgk seolah-olah mengorek kelemahan perlaksanaan Undang-undang Syariat ini. Aku juga pernah tinggal lama di Malaysia, nampaknya Tgk lebih nampak kuman diseberang lautan dari bangkai gajah di depan mata.. -Banda Aceh 8 Nov 2008” 

Begitu sindirnya.

Hal ini mengingatkan saya keadaan social masyarakat Malaysia seperti yang diceritakan oleh seorang khatib dalam khutbah Jumaat di KL sebulan dua lalu, beliau mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing. Menurut beliau..
  1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka. 
  2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat? Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang nampak alur bontot tersengeh. 
  3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni? 
  4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul. 
  5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin! 
  6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu. 
  7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung. 
  8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah itu, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Nabi Muhammad SAW juga pernah berkhutbah seperti yang dirawikan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA, kata Nabi, 
  • “Ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai… sehingga dia berkata benar bila dia tahu perkara yang benar.” 
Ertinya, jangan ada dikalangan kamu bila melihat perkara sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran, ..dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran. Jangan berdiam diri dari mencegah mungkar semata-mata kerana takut kepada orang ramai, walaupun pahit akibatnya!

Bahkan Abu Sa’id yang meriwayatkan hadis ini sambil menangis berkata, 
  • “Demi Allah! Kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut.. inilah kelemahan kami.” 
Tidak seperti beberapa sahabat beliau lain, bila melihat perkara tidak betul, mereka terus menegurnya tidak kira siapa dan apa yang akan berlaku! Bukan dedah aurat wanita itu sahaja yang maksiat…
Bahkan pada suatu ketika selepas perang dengan kerajaan Parsi, Umar Al-Khattab antara pemimpin Islam ketika itu terus membahagi-bahagikan kain-kain rampasan kepada rakyat di Madinah. 

Esoknya, masing-masing pun memakai baju dibuat daripada kain yang didapati menurut bahagian masing-masing. Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang telah dibahagi-bahagikan itu.
Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan berkata membantah, “Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat pada tuan!”

“Kenapa kamu cakap macam tu?” Tanya Umar.

“Dari mana kamu ambil baju yang kamu pakai ini?” Sahabat itu bertanya. “Kerana kalau ikut pembahagian semalam, kain yang kamu dapat itu memang tidak cukup dengan tubuh kamu... cuma sedikit saja!”

Maka Umar menyuruh anaknya Abdullah bin Umar bangun menjelaskan, “Bangunlah Abdullah..”

“Saya beri bahagian saya kepada ayah saya!” Abdullah menjelaskan. Yakni untuk melengkapkan jadi sehelai baju yang dipakai ayahnya itu.

Maka barulah sahabat itu tadi berkata, “Sekarang barulah saya dengar dan saya taat!!”

Begitulah sihatnya amalan islah ‘suruh buat baik dan cegah mungkar’, serta keadilan dalam menguruskan harta, sehingga beliau sendiri pun dapat sama banyak dengan rakyatnya, walaupun baginya tak cukup. 

Begitu juga halnya yang berlaku di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika beliau bangun berucap, “…dan taatilah aku!”

Lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’i yang juga seorang ulama muda, sedangkan Muawiyyah adalah seorang lama berpengalaman yang jadi khalifah. Kata beliau, “Wahai Muawiyyah! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu!. Ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?”

Muawiyah tidak tahan, lalu lari dari majlis berkenaan. Tiba-tiba beliau datang semula dan berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan marah itu daripada syaitan. Untuk padam api, guna air. Justeru sesiapa yang marah hendaklah dia berwuduk.’ ..dan aku pun telah berwuduk kerana mendengar (nasihat) Rasulullah SAW itu. Sebenarnya apa yang kamu kata tadi itu adalah benar.”

Beliau mengaku dan menerima teguran orang bawahan, walaupun peristiwa itu berlaku di zaman kegemilangan Islam. Bahkan perlakuan tidak adil dalam merebut harta di kalangan pemimpin hari ini secara tidak betul juga adalah maksiat. Tidak memberi ruang kebebasan bersuara juga adalah maksiat, termasuk tangkap tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA atau ‘Ikut Suka Aku (pemimpin kerajaan)’ itu. Samada maksiat itu berupa bangkai kuman atau bangkai gajah, berada di seberang lautan atau di depan pelupuk mata sendiri.

Mungkin masalah berpacaran di Banda Aceh ‘bagaikan kuman’ berbanding dengan masalah sosial di Malaysia seperti 8 perkara yang disebutkan oleh khatib di KL itu. Tetapi ingat, maksiat pemimpin yang tidak adil, rasuah, atau mengaut harta sehingga mampu tidur dengan kekenyangan sedangkan jiran atau rakyatnya tidur dalam kelaparan, itu juga adalah maksiat. Bahkan mungkin lebih besar maksiatnya dari wanita-wanita remaja yang memakai jeans terlondeh menampakkan alur bontot yang tersengeh tadi.

Sekian catatan santai kali ini, sekurang-kurang sebagai penjelasan kepada cik ‘cut anak Aceh’ yang turut mencetuskan perbincangan begini. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullah.

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com


Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

Friday, November 07, 2008

Penemuan Baru AS: Berubat Diabetes Dengan Madu?


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI

PADA tahun 2002, Catherina Hulbert, seorang warga Amerika telah mengalami kemalangan di jalanraya. Kakinya luka parah... Waktu itu dia sedang menderita penyakit kencing manis atau diabetes. Lukanya tidak mahu sembuh, walaupun berbagai ubat dan antibiotic telah dicuba. Dialaminya terus sehingga 8 bulan.

Melihat keadaan demikian maka Dr Jennifer Eddy dari Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin telah mencadangkan supaya gunakan madu lebah sebagai ubat yang disapu pada tempat luka itu. Setelah beberapa bulan cubaan, luka kaki Catherina Hulbert pun sembuh total. Kes tersebut rupanya menyebabkan Dr Jennifer Eddy terus mendapat sokongan dari Akedemi Amerika Bagi Doktor Keluarga di wilayah Wisconsin, untuk meneruskan kajiannya, khusus mengenai pengubatan melalui madu lebah.

Menurut Dr Jennifer juga, sebelum ini beliau juga pernah mengubati salah seorang pasakit diabetes yang sedang menghadapi fonis amputasi setelah berbagai usaha pengubatan cara lain dibuat tetapi mengalami kegagalan. Maka terbuktilah sudah di kalangan ahli medik bahawa mengubati luka akibat diabetes dengan madu lebah memiliki banyak manfaat, khususnya bagi pengidap diabetes di dunia kini yang jumlahnya mencapai sekitar 200 juta orang.

Di mana 15 % dari mereka mengalami sampai ke tingkat ‘tukak’ atau membusuk akibat dari hilangnya deria rasa di kaki mereka. Sedangkan persentase operasi amputasi bagi penderita diabetes secara internasional menurut Dr Jennifer lagi, dianggarkan terjadi setiap setengah minit sekali. Belanja operasinya di Amerika sahaja mencapai USD 11 juta pertahun. ...dan kes Catherina Hulbert ini merupakan contoh jelas, di mana pesakit diabetes dapat diselamatkan dari kehilangan anggota tubuh mereka dengan hanya biaya yang kecil.

Demikian berita yang saya dapat, bersumberkan ‘Majalah Al-I’jaz Al-Ilmi’ No 30 Jumadil Akhir 1429. Sebelum ini saya telah menulis,Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sendiri Berubat Tanpa Kos? ’ dalam blog saya pada Januari29, 2008. Reaksinya, seseorang yang menyebut dirinya sebagai ‘Man Doktor Sendiri Kulim Kedah’ memberi komen…

Sudah setahun (sebenarnya ½ tahun seperti yang dibetulkan semula kemudianya) saya amalkan seperti yang tertulis di artikal ini, nampaknya diabetes yang saya alami semakin baik, boleh di amal dan menjimatkan. Al-hamdulillah panduan ini satu sadakah jariah dari tuan Ibnu Hasyim.. Ramai jiran-jiran saya pun datang mengambil ubat tersebut dari saya, sehingga depa panggil saya Man Doktor Sendiri. Dah jadi macam doktor pula. T.kasih tuan..’

Kali ini saya ingin menyambungkan keterangan mengenai diabetes dan madu lebah… Seperti yang ramai sudah tahu, penderita diabetes mengalami penurunan kelancaran darah dalam pembuluh darah mereka dan lemahnya tingkat imuniti terhadap berbagai penyakit. Ditambah lagi antibiotic yang diberi untuk mengubati luka itu tidak bermanfaat disebabkan bakteri Staphylococcus Aurous akan membentuk perlawanannya sendiri. Sedangkan madu lebah pula mampu menciptakan perlawanan terhadap bacteria dengan berbagai cara.

Sebab itu ianya dianggap sebagai pengubatan paling efektif bagi menyembuh luka diabetes. Dalam madu lebah juga terdapat zat asam yang mudah berinteraksi dan tingkat kelembapan yang rendah. Hal ini menyebabkan madu lebah tersebut mudah membunuh bacteria. Di tambah lagi adanya enzim yang mengeluarkan acid hydrogen berfungsi membersihkan luka, sehingga mudah membunuh semua bacteria yang ada.

Mengenai perbedaan madu, antara lain Dr Agus Rahmadi dari Konsultasi Klinik Sehat ‘Eramuslim.com’ berkata...

Sebagaimana firman Allah dalam Al Quran, madu adalah ‘obat bagi manusia’… Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Konferensi tersebut membahas pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Madu juga merupakan food supplement karena kandungan gizi yang tinggi dan komplit.

Setiap 100 gram madu mengandung 280-330 kalori; lebih dari 765 gula (fruktosa, glukosa dan sukrosa); mineral terdiri dari 5 mg kalsium, 15-17 mg posfar, 0,4-1,0 mg zat besi, mangan, kalium, belerang, aluminium, dan silikat; vitamin meliputi 1-6 mg vitamin C, vit B1, B2, B6, asam panthotenat, asam nikotinat; enzim-enzim invertase, katalase, inulase, peroksidase; asam organik, termasuk berbagai asam amino esensial, zat warna karoten; zat aromatis seperti terpen, aldehida, ester, manitol, dulcitol, dan sebagainya.

Selain itu juga mengandung biogenetik stimulants, yaitu zat yang dapat merangsang aktivitas pertumbuhan sel tubuh manusia. Madu dapat dikonsumsi dari mulai anak balita sampai orang tua renta. Hanya saja pada anak kurang dari satu tahun sebaiknya diberikan madu murni dan kualitas bagus. Dikhawatirkan jika kualitas madu kurang bagus, akan ada efek ke anak. Dan untuk membedakan apakah madu tersebut bagus atau tidak, dapat diketahui dari :

1…Sumber madu : Madu yang berasal dari daerah yang banyak polusi dan cemaran pestisida kurang bagus dibandingkan dari daerah yang bebas polusi.

2…Melakukan tes dengan meneteskan madu ke dalam air jernih. Jika madu langsung larut dan warna air langsung berubah, maka dapat dipastikan kualitas kurang bagus. Tetapi jika madu mengendap dan baru larut jika diaduk maka kualitas bagus.

3…Jika banyak terdapat buih di dalam botol dan saat dibuka terdengar letupan maka madu tersebut kualitasnya kurang bagus, karena sudah terjadi fermentasi.

4…Belilah madu dari sumber yang terpercaya, yang sudah mempunyai sertifikat SNI, depkes dan LP-POM MUI (bagi negara Indonesia).

Dosis (dos) madu yang dianjurkan untuk orang dewasa adalah 200 – 300 mg / hari dan untuk anak atau balita 30 mg/hari.”

Dr Agus menasihatkan supaya mengawasi madu campuran, “…karena begitu banyak madu yang telah dicampur dengan larutan gula sebagai penambah manis dan untuk menambah banyak secara kwantitas. Madu juga salah satu obat yang dianjurkan Nabi, selain sifat alaminya yang pasti tanpa campur tangan manusia. Dan juga madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti panas badan yang tinggi, gangguan lambung, infeksi lambung dan usus, sembelit dan sebagai pengganti gula pada penderita kencing manis.”

Kini, di Saudi Arabia sudah diwujudkan ‘Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah’. Iaitu lembaga pengkajian aspek Sains & teknologi dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Didirikan pada tahun 1987 di bawah Rabithah Alam Islami di Makkah Al-Mukarromah. Pengasasnya adalah seorang ulama asal Yaman, Syekh Abdul Majid Zendani. Beliau adalah seorang ahli farmasi yang sangat menguasasi sains moden, tafsir dan hadits. Sekarang dipimpin oleh Syekh Dr. Abdullah Al-Mushlih, seorang ulama Saudi Arabia.

Maka benar sungguhllah firman Allah SWT dalam Al-Qur’an surat An-Nahl atau Surah Lebah , ayat 68 – 69 :

Dan Tuhan Penciptamu
mewahyukan kepada lebah…
‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,
di pohon-pohon kayu,
dan di tempat-tempat buatan manusia'.

Kemudian makanlah
dari tiap-tiap (macam) buah-buahan
dan tempuhlah jalan Tuhanmu
yang telah dimudahkan (bagimu).
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan)
bagi orang-orang yang memikirkan.”

Begitu pentingnya makhluk bernama ‘lebah’ sehingga menjadi nama surah dalam Al-Quran. Ya. Selamat mencoba dan kajilah Al-Quran…

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com

Wednesday, November 05, 2008

Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat Ini…




Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SEORANG bloger menghantar e-mail kepada saya, melampirkan tulisan berjudul ‘Bapa meninggal, saya masuk Islam – Lim Guan Eng’ dari blog http://suaramerdeka.wordpress.com (April29, 2008). Dia meminta komen saya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulalu Pinang, Lim Guan Eng yang menggemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah, bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Kebetulan pada masa ini saya sedang membaca Al-Qur’an Surah Thaha, Surah ke 20 yang diturunkan di Makkah terdapat 135 ayat dalam juzuk ke 16. Surah yang telah memanggil seorang penting dan berjasa besar kepada Islam dan kemanusiaan, kerana tertarik atau terpesona hanya dengan membaca beberapa ayat di permulaan surah. Beliau adalah Khalifah Islam Ke 2 Umar Al-Khattab, bukan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang disebutkan idola Guan Eng. Waktu itu Umar Al-Khattab masih belum Islam lagi dan amat memusuhi Nabi.

Menurut riwayat Ibnu Ishaq…

‘Sesungguhnya keluarlah Umar dari rumahnya dengan pedang tersentak. Tujuannya ialah hendak mencari Rasulullah dan terus membunuhnya. Di tengah jalan beliau bertemu Na’im bin Abdullah, “Nak ke mana kau, Umar?” Tanya Na’im.

“Aku nak cari Muhammad, orang yang telah belot dari agama nenek-moyang itu. Dia yang memecah-belah Quraisy. Dia yang mencaci berhala, hina agama, memaki tuhan-tuhan mereka, aku cari untuk membunuhnya!” Jawab Umar.

Kata Na’im pula, “Sebenarnya, engkau telah ditipu oleh dirimu sendiri, Umar. Engkau ingat keturunan Abdi Manaf akan biarkan engkau berjalan-jalan rileks di atas muka bumi ini setelah engkau bunuh Muhammad? Lebih baik engkau pulang kepada keluargamu sendiri, urus mereka yang telah lakukan apa yang engkau tidak senangi itu!”

“Keluarga yang mana?” Tanya Umar.

“Suami adik perempuanmu, anak pamanmu sendiri, iaitu Sa’id bin Zaid, dan saudara perempuanmu Fatimah binti Al-Khattab. Keduanya telah masuk Islam, keduanya telah jadi pengikut Muhammad. Pergi urus mereka berdua itu!”

Mendengar itu, Umar kembali ke rumah ipar dan adiknya itu. Sesampai di sana, dijumpai pula seorang lain, iaitu Khabbab bin Al-Aratti. Di tangannya terdapat sehelai kertas catatan surah Thaha yang sedang dibaca kepada kedua suami isteri itu. Selesai mereka mendengar, Umar melihat Khabbab lari bersembunyi ke sebuah bilik atau bahagian lain di rumah itu. Fatimah mengambil kertas catatan itu dan menghimpit di bawah pahanya (cuba sembunyikan). Pada hal sewaktu nak masuk ke perkarangan tadi sudah didengarnya suara Khabbab membaca kepada mereka berdua.

Umar terus masuk, bertanya, “Bacaan apa yang perlahan-lahan aku dengar dari luar tadi?”

“Takde apa-apa.” Jawab dua suami isteri itu.

Umar membantah, “Tentu ada yang kamu baca tadi. Demi Allah, aku dah tahu, kamu berdua telah ikut agama Muhammad.” Dipukul iparnya itu hingga rubuh. Fatimah bangun nak tahan tangan Umar dari pukulan berterusan, tetapi dia pula dipukul hingga tersungkur jatuh.

Melihat sikap Umar itu, akhirnya serentak keduanya berkata, “Memang, kami telah Islam. Kami telah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Kau buatlah apa yang kau mahu!”

Melihat darah telah mengalir pada wajah saudara perempuannya, timbullah sesal. Dipegangnya muka adik perempuannya dan berkata, “Berilah padaku kertas catatan yang aku dengar kamu baca tadi. Aku nak tahu apa yang dibawa dan diajarkan Muhammad?” Memang Umar seorang yang pandai menulis membaca.

“Kami bimbang engkau apa-apakan catatan itu!” Jawab saudara perempuannya itu.

“Jangan kau bimbang!” Lalu Umar bersumpah demi dewa-dewa dan berhala seperti yang dia percaya, di mana catatan itu akan diberi balik segera sesudah dibaca. Jawapan yang menimbulkan harapan Fatimah, bahawa abang kandungnya akan masuk Islam.

“Oh saudara kandungku, kau ni masih najis kerana masih musyrik. Sedangkan catatan ini tidak boleh disentuh, kecuali oleh orang-orang yang bersih.” Kata Fatimah.

Umar terus pergi mandi, lepas itu barulah catatan itu diserahkan adiknya. Dibacanya, Thaha! Setelah beberapa ayat, terloncatlah ucapan dari mulutnya, “Alangkah bagusnya perkataan ini dan alangkah mulianya!”

Khabbab yang sedang bersembunyi, bila dengar kata-kata itu terus keluar dan berkata kepada Umar, “Ya Umar. Demi Allah, sesungguhnya besar harapanku Allah telah khaskan engkau akan masuk Islam dengan seruan NabiNya. Semalam ku dengar sendiri Rasulullah berkata. ‘Ya Allah, kukuhkan Islam ini dengan Abi’l Hakam bin Hisyam (gelaran Abu Jahl) atau dengan Umar bin Al-Khattab. Allah. Allah, ya Umar!”

“Khabbab. Tunjuklah kepadaku mana rumah Muhammad sekarang, aku nak temuinya dan menyatakan memeluk Islam.”

Selanjutnya Umar menemui Nabi dan mengucap kalimah syahadah di hadapan beliau.’

Berbalik kepada Guan Eng dalam kenyataannya itu tadi berkata, ketika beliau dipenjarakan dulu, Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) adalah antara orang yang kerap mengunjungi beliau. Bahkan Dato’ Fadhil Noor kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku-buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam itu.

Pernah pula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS dengan ikhlas berdoa supaya orang Cina jadi pemimpin penting PAS (Jun3, 2007). Antaranya…

Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar. Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi.

Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam. Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan

Islam di seluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol. Turki, India dan lain-lain. Oleh yang demikian apa peliknya kalau pejabat PAS, gerakan Islam ada ditengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Melayu.”

Begitu juga dengan kenyataan beberapa pemuda Islam Cina seperti Kamal Koh dan rakan-rakannya yang menyertai PAS suatu ketika dulu, mereka memohon pandangan beberapa bekas-bekas tokoh lama DAP mengenai kemasukan mereka… Kata tokoh itu, kalau beliau muda sebaya mereka, beliau juga akan memeluk Islam, kerana untuk menjadi pemimpin tertinggi yang diterima rakyat negara ini mestilah orang Islam, walaupun bukan Melayu.

Mengenai ayat-ayat yang menjadi penyebab Umar Al-Khattab pilih Islam, menurut suatu riwayat Al-Allamah Ali bin Burhanuddin Al-Halabi dalam Siratul Halabiyah, kandungan isinya ialah...

Pertama:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, bila membaca nama Allah ini, timbul gementar Umar, lalu dilepaskan kertas kulit itu dari tangannya. Kemudian diambil lagi dan dibacanya. ‘Segala apa yang ada di langit dan bumi semuanya membaca tasbih mensucikan Allah, Ialah Maha Gagah Lagi Maha Bijaksana.

Menurut kata Umar sendiri, setiap ia bertemu dengan nama Allah, timbul gentar dalam dirinya, dan ia lemparkan lembaran itu. Kemudian ia insaf kembali dan membaca lambaran itu seterusnya. Kemudian ia baca lagi lagi dan bertemu dengan ayat-ayat yang mengatakan, ‘Percayalah kamu dengan Allah dan RasulNya...’ seterusnya sampai kepada ayat, ‘Jika adalah kamu orang yang percaya adanya...’ ketika itu Umar pun mengatakan...

“Saya mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.” Melihat keadaan demikian takbirlah orang-orang berada dalam rumah itu, membesarkan Allah atas nikmatnya yang amat besar, dan menjadi pukulan besar kepada kaum musyrikin.

Kedua:

Ada riwayat lain mengatakan, lembaran yang dibaca Umar dan menginsafkannya itu adalah awal surah Thaha . Dimulai dengan Bismillah, dari ayat 1 hingga ayat 16.

Maka marilah kita sama-sama membaca dan menyelidiki, merenung dan berfikir mengenainya. Bagaimana kalau Lim Guan Eng membaca ayat ini? Beliau pun boleh rujuk tafsir Al-Qur’an. Saya harap dia baca tulisan ini…

Begitulah catatan santai berupa ingatan dan panduan dalam dalam hidup kita, bukan menyindir mana-mana pihak. Wabilahi taufik wal hidayah. Amin!

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com

Antara tulisan yang ada kaitan dengan Lim Guan Eng ialah:

1...Thursday, May 15, 2008 Guan Eng: PP Hilang Pelabur RM1 Billion Kerana BN...
2... Sunday, August 24, 2008 DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?
3… August07, 2008 Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?
4… Wednesday, August 13, 2008 Mengapa Guan Eng Pilih Umar, Tidak Muawiyah?
5… Sunday, August 10, 2008 Siapa Guan Eng, Berbanding Umar Abdul Aziz?

Wednesday, October 29, 2008

Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya… Apa Patut Buat?

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

"APA dah jadi dengan 'Buluhmas Enterprise Sdn Bhd’ yang pernah mempelawa anda sama-sama bergabung berurus niaga dengannya?” Tanya seorang kawan kepada saya.

Mungkin dia tanya kerana kira-kira setahun lepas, seorang kawan saya dari Tanjung Karang berkunjung ke tempat saya membawa seorang temannya, bekas seorang guru yang pernah jatuh dalam perniagaan. Dia ingin naik semula dengan menubuh sebuah syarikat seperti nama di atas.

“Saya pilih tuan untuk sama-sama bergabung membangunkan syarikat ini… Sekaligus dapat membantu sahabat-sahabat kita yang kurang pendapatan atau dhaif di bidang ekonomi. Tuan adalah orang pertama di Wilayah Persekutuan. Syarikat ini adalah syarikat pengiklanan. Tuan cuma cari ahli yang ingin sumbangkan iklan ‘Buluhmas’, iaitu hanya dengan tampal pelekat iklan Buluhmas dikeretanya saja.

Tiap satu ahli masuk melalui tuan, tuan akan dapat komisyen RM1 seorang. (Bayaran masuk kalau tak silap saya ialah RM15 seorang). Contohnya kalau masuk melalui tuan 10 orang, tuan dapat RM10. Orang itu pula mencari 10 orang melaluinya, bererti 10x10, tuan dapat RM100. Kalau 100 orang itu mencari 10 orang melaluinya, bererti 100x10, tuan dapat RM1,000. Begitulah sehingga pendapatan tuan boleh dapat jutaan RM tiap bulan. (Saya tak ingat boleh dapat komisyen sehingga berapa tingkat atau level..)” Begitu taklimatnya pada saya.

Soalnya, apakah perniagaan khidmat ‘iklan’nya yang menguntungkan atau ‘system berangkai’nya? Perniagaan berangkai dan bertingkat-tingkat inilah yang membuat saya ragu, terutama ‘sah’nya dari sudut agama dan terdapat unsur-unsur penindasan di dalamnya. Saya pernah menulis mengenai skim begini dalam blog ini di bawah judul ‘Bantu Anda Bebas Dari Hutang...’ pada Januari4, 2008 lepas.

Rumusan saya dalam tulisan itu ialah…

Pertama: Dalam suasana sekarang (sebelum harga minyak turun) di mana pemimpim kerajaan yang buminya ada minyak, tidak mampu atau tak larat fikir lagi untuk tahan kenaikan harga tersebut, telah menyebabkan semua barang dan khidmat lain naik. Rakyat miskin dan papa kedana semakin gelisah. Yang cukup-cukup makan pun bajetnya lari, terpaksa menyahut model-model cari wang begini. Apalagi yang sudah karam dan lemas dalam laut hutang, kalau bangkai khinsir busuk hanyut terapung dekat mereka sempat dicapai, mereka mungkin terpaksa berpaut juga!

Kedua: Mengapa masih biarkan (seruan ini kepada pihak berkuasa kerajaan BN) api model niaga begini membesar, sehingga berbilion-bilion diangkut keluar negara baru nak bertindak? Mengapa tidak padamkan api itu waktu kecil, tapi nak tunggu padam bila sudah besar membakar bangunan? Atau sengaja nak membuncitkan perut beberapa kerat korperat keparat, di atas belakang ramai orang awam yang tertipu menderita. Mengapa perlu dipagut ular berpuluh-puluh kali dari lubang yang sama? Terlalu bodoh sangat kalau ada yang berfikir pihak kerajaan tidak tahu betapa pesatnya perkembangan perniagaan begini.

Ketiga: Kalau Allahyarham Pak Man Telo boleh ditangkap dan dibuang daerah, mengapa syarikat sebangsa Swiss Cash tidak boleh diambil tindakan ke akar umbi dan masih ada yang terlepas? Masih belum ada pembentangan maklumat terperinci mengenainya… Jangan sampai rakyat ragu mengenai ketelusan pemimpin-pemimpinnya!

Keempat: Golongan-golongan agama dalam kerajaan perlu jelas dan tegaskan tentang hukum perniagaan berantai yang menguntungkan golongan paling kecil di atas kebinasaan golongan paling besar dan ramai. Keluarkan fatwa untuk membela keadilan dan menolak kemungkaran supaya kerajaan (BN) boleh bertindak tegas.

Tiba-tiba pada Oktober13 baru lalu keluar berita ‘BNM serbu 4 syarikat’. Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang, setelah disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara. Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit. Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram. Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/.

Oleh itu saya jawab pertanyaan kawan saya itu, “Maaf! Saya tak terlibat. Saya pun tak tahu apa dah jadi kepada mereka sekarang..”

“Bagaimana dengan mangsa-mangsanya?” Dia tanya lagi.

“Pada saya 3 perkara perlu mereka yang tertipu itu amalkan…

Pertama;

a… Mereka kena kembali kepada Islam. Amalkan Islam secara keseluruhan, termasuk ekonomi Islam. Mengamalkan ekonomi Islam ada peraturan-paraturannya, ada halal-haramnya. Ikut peraturan Islam insya Allah selamat. Apa-apa masalah mengenai ekonomi, sila lawati http://www.zaharuddin.net/

b… Mereka kena amalkan doa murah rezeki dan senbahyang sunat dhuha sekurang-kurangnya.

Kedua: Setelah berdoa, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah. Berusahalah menurut bidang dan kepakaran masing-masing, bahkan perlu gandakan mengikut kemampuan.

Ketika: Dalam pilihan raya akan datang, perlu tolak BN, kerana mereka masih belum peka terhadap kesusahan dan penderitaan rakyat, terutamanya dalam kes penipuan melalui skim cepat kaya. Pemimpin-pemimpin negara ini tidak bersungguh-sungguh menghapus atau mengatasinya, kerana mereka masih tidak mahu peka tetapi sentiasa pekak!

“Mengapa anda sebut sholat sunat dhuha dan tidak sholat-sholat lain dan bagaimana panduannya?” Tanya kawan itu lagi.

Begini…

Fadzilatnya…

Kelebihan sembahyang Dhuha seperti yang termaktub di dalam kitab ‘An-Nurain’, sabda Rasullullah SAW bermaksud ‘Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.’ ‘Menarik’ rezeki itulah murah rezeki. Kalau berusaha mudah dapat ganjaran, dan menghilangkan kemiskinan.

Banyak lagi hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya, Rasul SAW bersabda, ‘Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) hal itu, dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Jadi, boleh bersedekah walaupun tak ada wang!

Dalam satu riwayat yang lain Rasulul SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.’ (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). Kesalahan kita akan diampunkan Tuhan melalui sembahyang Dhuha.

Dari Anas bin Malik RA berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas’ (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi). Itulah kekayaan yang kekal abadi, sebenarnya.

Dari Abu Hurairah katanya, ‘Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku 3 perkara aku tidak meninggalnya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 2 rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa 3 hari dari tiap-tiap bulan’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Itulah 3 wasiat Nabi SAW.

Waktu Sholat Dhuha…

Ialah dari mulai naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir, tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara Menunaikannya…

Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu 2 rakaat 1 salam. Boleh juga dikerjakan 4 rakaat, 6 rakaat dan 8 rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud, ‘Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha 4 rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya’. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda, Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat, ditulis dia dari orang-orang yang tidak lalai mengingat Allah.. dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 4 rakaat, ditulis dia dari orang-orang yang suka beribadat.. dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut.. dan barangsiapa menunaikanya sebanyak 8 rakaat, Allah menulis baginya dari orang-orang yang selalu berbuat taat.. dan barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat, Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga.. dan tidak ada 1 hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya.. dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang dari hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya.’ (Riwayat At-Thabarani)

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah As-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah Adh-Dhuha.

Niat solat Dhuha ialah...

Ertinya,
‘Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana
Allah Taala’

Doa solat Dhuha ertinya.

Ya Allah,
bahawasanya

waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
jika rezekiku masih diatas langit,
turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah,

jika sukar mudahkanlah,
jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu Dhuha,
Keagungan,
Keindahan,
Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah
kepada hamba-hamba Mu yang saleh.

Begitulah catatan santai berupa ingatan dan panduan ibadah kita sebagai Muslim untuk kali ini. Semoga perkongsian ini akan membawa 1,000 rahmat kepada kita. Amin!

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober 28, 08. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails