Saturday, January 03, 2009

Tabligh, Politik & Malangnya Saya...


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di Laos.
"ENCIK keluar sini, masuk kanan ada papan tanda 'Vientiane Jamia Masjid', ikut kiri tanda arahnya, encik akan jumpa masjid." Kata Ali. tuan punya 'Ali Restaurant' dekat pusat bandar Viantiane, bila saya tanya di mana masjid.

Di kota Viantiane (baca viencen) ada 2 masjid, tak lebih dari 400 orang Muslim disini. Masjid Jamik atau yang lebih populer dengan masjid Pakistan, di situlah tempat umat Islam yang kebanyakan dari kedutaan negara luar sholat Jumaat. 


Masjid di Viantiane.

Dikatakan imamnya sudah 40 tahun menjadi Imam di masjid ini. Beliau berasal dari India, kembali setahun sekali ke India kerana keluarganya masih tinggal di India. Di masjid ini, di tingkat bawahnya ada madrasah untuk anak-anak Muslim yang kebanyakan dari India, Pakistan, Kasmir dan Bangladesh. Masjid ini terletak hampir di tengah kota Viantiane, dekat air pancut City Center.

Masjid ini juga menjadi pusat komuniti Islam. Ketuanya dipilih jamaah disana 3 tahun sekali. Beberapa pengusaha restoran di Viantiane menjadi pengurus jamiah, kebanyakan pengelola restoran rumah makanan halal adalah warga pendatang. Ada Nazim Restourant, Tajmahal Restourant, dan Fatimah Restourant.

Banyak juga orang asing bukan Islam yang makan di restoran halal tersebut, sehingga tak heran meskipun tertulis 'halal food' tetapi mereka tetap juga menyediakan wine, beer dan wiskey, yang jelas haramnya menurut syariat Islam.

Viantiane adalah ibukota negara Lao atau Laos, menggunakan bahasa resmi Laos. Pemerintahan Presiden dan Perdana Menteri, bagi negara komunis Choummaly Sayasone Bouasone Bouphavanh. Merdeka dari Perancis pada 19 Julai 1949. Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung di daratan Asia Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat China di sebelah barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat.
Dari abad ke 14 hingga 18 disebut Lan Xang atau 'Negeri Seribu Gajah'. Awal sejarah Laos, didominasi oleh Kerajaan Nanzhao, diteruskan pada abad 14 oleh kerajaan lokal Lan Xang hingga abad ke 18, setelah Thai menguasainya. Kemudian Perancis menguasainya pada abad ke 19 dan bergabung dalam Indochina Perancis pada tahun 1893. Selepas penjajahan Jepun selama Perang Dunia ke II, negara ini merdeka dengan nama Kerajaan Laos di bawah pemerintahan Raja Sisavang Vong.

Kegoncangan politik di negara tetangganya Vietnam, membuat Laos menghadapi Perang Indochina ke 2 (disebut juga Perang Rahsia) yang lebih besar, antara penyebab ketidakstabilan negaranya hingga terjadi perang saudara dan beberapa kali rampas kuasa (kudeta). Pada 1975 kaum komunis Pathet Lao yang didalangi Soviet Union dan komunis Vietnam berjaya menendang pemerintahan Raja Savang Vatthana sokongan Amerika Syarikat dan Perancis.

Setelah mengambil alih negara ini, mereka mengganti namanya menjadi Republik Demokratik Rakyat Laos yang masih berdiri hingga kini. Laos mempererat hubungannya dengan Vietnam dan mengendurkan larangan ekonominya pada akhir dekad 1980 dan masuk ASEAN pada 1997. Jika dilihat dari sudut politiknya pula, satu-satunya parti politik yang diakui di Laos adalah Parti Revolusioner Rakyat Laos (LPRP).

Ketua negaranya adalah seorang presiden yang ditentukan oleh parlimen untuk masa jabatan 5 tahun. Ketua pemerintahnya adalah seorang Perdana Menteri yang ditunjuk oleh Presiden dengan persetujuan dari parlimen. Perlaksanaan pemerintahan ditentukan oleh partai melalui 9 anggota yang sangat berkuasa dan 49 anggota Komite Pusat. Keputusan pemerintah yang penting ditentukan Dewan Menteri. Laos mempunyai perlembagaan baru sejak 1991. Akhirnya diadakan pilihanraya umum. Begitulah politik negaranya.. kira-kira.

Berbalik mengenai masjid di dalam negara komunis seperti yang disebutkan. Ada satu lagi masjid di sini, iaitu kira-kira 3 Km dari pusat bandar, tapi saya tak sempat pergi. Saya sholat Magrib-Isyak (Qasar dan Jamak) di sini. Ada kira-kira 10 orang sembahyang berjamaah. Rata-rata berpakaian serba putih, berjanggut lebat dan panjang, macam orang keturunan dari benua India. Lepas sholat, mereka berhenti sejenak, ber'ta'alim', sesaorang berceramah dikelilingi dan didengari oleh yang lain. Itulah gaya dakwah dari kumpulan Jamaah Tabligh., pada hemat saya.

Di Malaysia pun ada. Kalau di Malaysia mereka berpusat di Desa Petaling sekarang, sebelumnya di Masjid India KL. Di negara-negara orang Islam Kumpulan Jamaah Tabligh kurang mendapat tempat istimewa. Ada yang mengkritik mereka hanya menumpukan ke arah 'ibadat khusus' sahaja. Tidak perduli siapa yang memerintah dan 'ibadat-ibadat umum' yang lain. Menekankan dakwah atau 'keluar bertabligh' dengan gaya tersendiri menentukan sasaran jumlah hari.

Walau apapun tanggapan, mereka berjaya menorobos masuk berdakwah di dalam negara-negara bukan Islam. Tak perlu kita bising-bising, masing-masing bekerja kerana Allah mengikut kemampuan masing-masing. Yang hanya mampu jalan kaki, jalan kakilah! Yang mampu naik flight, naik flightlah! Banyak bertengkar, takut semuanya tak jadi kerja.

Dalam sebuah kitab ada di sebutkan, pemimpin Jamaah Tabligh, Maulana Elias pernah menyeru pengikutnya supaya melaksanakan Islam secara syumul. Di Laos, nampaknya puak-puak tabligh ini berjaya menghidupkan Islam. Al-hamdulillah.


Mengenai saya pula, ramai yang e-mail bertanya khabar. Sihat Al-hamdulillah. Cuma malangnya saya sendiri sekarang terbantut perjalanan di sini kerana beberapa sebab...
  • Kerana bajet lari, se waktu melintasi sempadan melalui jalan darat banyak guna wang di luar jangkaan.
  • Menjelang tahun baru, sering berlaku kehabisan tiket-tiket dan bilik sewa murah. Menyebabkan perjalanan tertunda dan kos perbelanjaan meningkat.
  • Mata wang Vietnam yang saya tukar berlebihan tidak dapat ditukar kembali di Laos, menyebabkan saya terpaksa simpan dan tidak boleh digunakan.
  • Bajet guna internet meningkat di luar jangkaan. Di China agak murah, tapi di Vietnam dan Laos mahal sikit.
Hal ini menyebabkan saya seolah-olah sesak nafas, kerana kos perbelanjaan yang tersedia cuma 'cukup-cukup makan' saja. Teringat kepada kata kawan saya sewaktu nak memulakan mana-mana perjalanan, "Bawa duit biar banyak, kalau takdak duit jangan jalan!"

"Nak tunggu banyak duit... bila nak berjalan? Kerana saya selalu tak cukup duit." Jawab saya.

Teringat saya lagi kepada kata-kata Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah bekas pemimpin awalan PAS yang mengembara dari sebuah negara ke sebuah negara hingga ke Eropah. Beliau akhirnya berjaya sambung pelajaran di sebuah universiti di sana, walaupun kurang wang dan terpaksa ambil upah cuci pinggan di restoran menurutnya, seperti yang diceritakan kapada saya sendiri.

"Kalau ada wang pergi, pergilah! Jangan fikir wang balik. Wang balik mesti ada, dengan izin Allah!" Nasihatnya pada saya, bila saya tanya pandangan dan penglamannya tentang tiada wang untuk bermusafir.
Hal ini mengingatkan lagi kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Zar Al-Ghifari, beliau tidak pernah memikirkan tentang harta dan bekalannya untuk besok.. Berapa yang ada, belanjakan! Begitu juga dengan sifat dermawan ibu Abdullah bin Zubair, iaitu Asma binti Abu Bakar, anak Khalifah Islam yang pertama.

Mungkinkah sama dengan seorang lagi kawan saya yang beristeri ramai, bila ditanya mengenai pengalaman dan nasihatnya kepada bakal suami-suami yang nak berpoligami...

"Kalau kamu nak kahwin, kawinlah kerana Allah! Dua, tiga atau empat... Jangan risau apa kata isteri tua atau orang lain, kerana semuanya mesti ada jalan selesai yang baik akhirnya. Kahwin dulu, selesaikan kemudian!" Katanya sebagai jalan selesai.

Sekian untuk kali ini.

Ibnu Hasyim
Jan4, 2009.
Viantiane

Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Teh Tarik Di Viantiane, Laos.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di Laos.

HARI ini 3 Januari 2009. Teringat dalam perjalanan ke sini, bas sampai di sempadan Laos beberapa jam sebelum masuk subuh, terpaksa menunggu berjam-jam dalam bas kerana pejabat kastam masih belum dibuka.

Suasana terlalu sejuk, hujan bagaikan salji yang turun, di negeri yang tiada fikir langsung fasal orang Islam sembahyang... Bagaimana nak sembahyang? Pandai-pandailah.. kerana Islam sentiasa evergreen, tidak lapuk dek hujan, salji atau apa-apa rintangan kecil di dunia.. Sembahyang tetap bersama umatNya di mana-mana.
Top View Of Vangvieng Laos - Top View Of Vangvieng Laos
 Bamboo houses and happy people, this is Laos!

Dua perkara, bila sampai di Viantiane ibukota Laos ini yang saya cari. Tempat makan dan masjid. Di sana dapat diketahui keadaan orang Islam, sebagai penghubung selanjutnya. Masjid? Pemandu 'tut-tut' atau kereta tambang itu ternganga mulutnya, tak tahu. Muslim restoren! Ya, dia bawa terus ke sebuah kedai mamak.

"Kamu dari Malaysia? Semua makanan Malaysia ada. Nasi, rati canai, sup, daging, ikan dan macam-macam. Oo teh tarik pun ada!"

Teh tarik adalah air teh bersusu yang dicurah (disebut juga ditarik) antara dua koleh bagi menyejuknya dan menjadikan ia berbuih.

Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, tak kira siang dan malam bagi penggemarnya. Teh tarik dan teh ais merupakan minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak.

Lazat diminum bersama-sama hidangan nasi lemak, roti canai, roti telor, roti tempayan dan lain-lain.

Pernah semasa saya berada di bandar Phnom Penh, ibukota negara Kemboja suatu ketika dulu, saya lihat ramai mamak-mamak dari Malaysia membuka restoren di sana. Antaranya, restoren 'Mamak Corner' di pinggir Sungai Mekong.

"Hebat kamu, di Malaysia jadi pekerja, di sini jadi tauke!" Sindir saya kepada pemiliknya, yang pernah berkerja di Restoren Jumma, Setiawangsa Kuala Lumpur.

"Restoren mamak sekarang sudah berjaya memasuki pasaran dunia... Di England pun ada!" Katanya dengan bangga.

Ya. Restoran di Viantiane pun ada kaitan dengan Malaysia dan taukenya pun cakap Melayu dengan saya. Ada banyak lagi restoren-restoran mamak di sini. Teringat saya kepada perbincangan dengan Saudara Shahabudeen Jalil, bos Anzac Consultancy se waktu di Guangzhou China hari itu.. katanya,

"Memang saya bercita-cita untuk mewujudkan sebuah pekan Malaysia di Guangzhou. Kita wujudkan tempat pertemuan dan himpunan orang Malaysia di sini (Guangzhou)."
"Kalau macam tu, kena buka kedai teh tarik le!" Saya jawab. "Memang payah nak jumpa. Teh tarik menjadi kebanggaan restoran-restoran Malaysia. Semua bangsa suka. Baru-baru ni aku jumpa sorang Cina Malaysia yang buka restoren makanan macam KFC di China, tetapi berjenama sendiri, ada jual teh tarik, dengan kerjasama adiknya rakyat China."

"Di mana?"

"Kira-kira 7 kilometer dari sini (pusat bandar Guangzhou). Dia juga ingin melebarkan perniagaannya ke Malaysia, di mana teh tarik termasuk dalam menunya.. Jadi, teh tarik boleh tarik dan perkenalkan Malaysia di luar negara." Kata saya.

Melalui mamak teh tarik di Viantiane ini, saya dapat serba sikit maklumat mengenai orang Islam Laos.

Ibnu Hasyim
Jan3, 2008.
Viantiane, Laos

Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Friday, January 02, 2009

Mencari Masjid Di Bandar Ha Noi..

Gambar atas sekali: Menara masjid di Ha Noi, gambar 2 & 3 seterusnya pintunya yang masih tertutup sepanjang hari itu. Maaf kurang jelas, tapi gambar yang ada itu sahaja!

Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di Vietnam.

KERETAPI sampai di Pekan Ha Noi dari sempadan itu kira-kira beberapa jam sebelum sholat subuh. Saya tanya pembawa motosikal tambang atau teksi stesyen itu, di mana masjid, tiada yang tahu. Sebut 'Muslim Temple', dibawanya ke 'muzium' atau 'dataran Ho Chi Min'.

Nak buat apa pagi-pagi buta ni! Akhirnya singgah di sebuah hotel, minta tolong pekerja hotel itu cari dalam internet, baru dapat jalannya. Sampai juga di depan masjid di bandar Ha Noi. Masjid masih gelab. Saya masuk melalui pintu rumah orang, orang Islam yang jual makanan cuma pagi saja di situ, lalu terus ke dalam pagar masjid. Meraba-raba saya di dalam masjid untuk buka lampu.

Sehingga lepas subuh dan hari terang, tak nampak pun orang datang sembahyang. Saya diberitahu, itulah satu-satunya masjid di bandar Ha Noi ini. 'Ha Noi', rupanya mengingatkan saya kepada salsilah keturunan saya. Nama ayah saya ialah Hashim bin Sulaiman bin Bidin bin Icik bin Hanoi. Apakah saya juga keturunan dari orang-orang Ha Noi?

Melihat rupa saya, keluarga saya, atau sejarah kampung asal saya Kampung Perlis, yang ada kaitan dengan negeri Perlis, Thailand, Lao (Laos), Kemboja dan Vietnam. Begitu juga bahasa asal orang kampung saya dengan bahasa Perlis, yang ada kaitan seterusnya.

 Dalam bandar Ha Noi.

Kalau melihat sejarah Vietnam pula, pada tahun 1527 Dinasti Le jatuh dan diganti oleh Dinasti Mac (1527 - 1592). Tetapi, berlaku perang saudara, Perang Le-Mac (1543 - 1592), Perang Trinh-Nguyen (1627 -1672) sehingga negara terbahagi dua. Dang Ngoai (utara) dengan Raja Trinh dan Dang Trong (selatan) dengan Raja Nguyen yang mendirikan ibukota di Phu Xuan (sekarang Hue).

Gerakan Tay Son (Gerakan petani di tahun 1771), berhasil menurunkan Raja Nguyen dan Raja Trinh serta mempersatukan negara yang terpecah selama lebih dari 200 tahun. Pada tahun 1802, Dinasti Tay Son dikalahkan oleh Dinasti Nguyen Anh (1802-1945) yang memberikan nama baru negara menjadi Dai Nam dengan ibukotanya Hue. Kehadiran Bangsa Perancis di Vietnam diawali dengan masuknya misionaris Perancis ke Vietnam sekitar abad ke 16. Pada tahun 1858, Perancis menyerang Da Nang dan mulailah perang melawan Vietnam.

Perancis menduduki wilayah Selatan lebih dari 20 tahun dan kemudian wilayah Utara pada tahun 1883 dengan serangannya ke ibukota Hue, dan memaksa Dinasti Nguyen menandatangani Perjanjian Damai 1883 - 1884 yang mengakui kekuasaan Perancis di seluruh wilayah Vietnam. Perancis menduduki Vietnam sampai masuknya tentara Jepun. Pada 3 Pebruari 1930 berdiri Partai Komunis Indochina (Communist Party of Indochina) dibawah pimpinan Nguyen Ai Quoc (Ho Chi Minh) melakukan perjuangan pembebasan dengan tujuan untuk mencapai kemerdekaan nasional, demokrasi dan sosialisme.

Melalui pergerakan-pergerakan seperti Pergerakan Nge Tinh Soviet (1930-1931), Pergerakan Demokratik (1936-1939), dan Pergerakan bagi Penyelamatan Nasional selama Perang Dunia Kedua (1939-1945), Rakyat Vietnam mencapai kemenangan dalam Revolusi Ogos 1945. Pada 2 September 1945, bertempat di Lapangan Ba Dinh, Hanoi, Presiden Ho Chi Minh, membacakan Deklarasi Kemerdekaan yang melahirkan Republik Demokratik Vietnam.

Setelah Jepun menyerah kepada bangsa-bangsa Bersekutu Ogos 1945, Vietnam pada 2 September 1945 mendeklarasikan kemerdekaannya. Namun kemudian Perancis ingin kembali masuk ke Vietnam dengan alasan membantu-atur penyerahan tentara Jepun tersebut. Perang pertama mempertahankan kemerdekaan melawan Perancis berakhir dengan kemenangan gemilang tentara Vietnam di Medan Pertempuran Dien Bien Phu tahun 1954.

Perang kedua pula mempertahankan kemerdekaan melawan Amerika Syarikat. Peristiwa bersejarah Ho Chi Minh, menang besar tentara Vietnam Utara musim gugur 1975 menggugur dan menjatuhkan ibukota Vietnam Selatan, Saigon yang sekarang bernama Ho Chi Minh City, pada 30 April 1975. Hinga sekarang tahun tersebut diperingati sebagai Hari Pembebasan (Liberation Day).

Setelah bersatunya Vietnam Utara dan Selatan, pada 2 Julai 1976, Vietnam diproklamirkan menjadi Republik Sosialis Vietnam hingga sekarang. Ha Noi kota yang seluas 927.39 Km berpenduduk 2,736,400, temperature 080-360 dikatakan dibangunkan pada tahun 1010 masa Raja Ly Cong Van, nama kota Hanoi sebelumnya Thang Long Dong Co.

Mungkinkah Ha Noi juga adalah berasal dari nama orang yang ada kena mengena dengan keturunan saya? Hanya Allah saja yang tahu. Saya di Ha Noi sekarang..

Kini dapat tahu ada sebuah restoren Islam milik orang Malaysia di sini. Saya sempat bertemu dengan bosnya. Barulah jumpa orang yang boleh cakap Melayu.. lega nu! Di samping itu ada juga restoran India Muslim Tandori.

Walaupun komunis memerintah, namun Islam tetap mampu berkembang. Kerana Islam adalah dien di sisi Allah, Allah menjaganya. Kita wajib berpegang teguh dengannya. Banyak ayat-ayat Quran menyebut dan menjamin, Islam akan menang akhirnya. Masalahnya, apakah peranan kita umat Islam, melihat kesusahan sahabat-sahabat kita se agama, dari segi perlunya kemampuan 'mendirikan' agama di tempat masing-masing.

Apalagi bagi negara yang mengaku negara Islam? Ingat hadis Nabi SAW.. tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya ia tidur dalam kekenyangan sedang jirannya dalam kelaparan!

Depan restoren Islam milik orang Melayu di Hanoi.

Lepas ini saya akan ke Laos pula.

Ibnu Hasyim
1 Jan 2009
Sambut tahun baru
di Hanoi. 

Lihat.. 
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Wednesday, December 31, 2008

Datang, Pergi, Izin & Tanpa Izin..


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Ke Vietnam.

BERAT rasanya hendak duduk lama di Jian Shui apabila Ustaz Ibrahim membantu saya bersungguh-sungguh sebagai kewajipan menyambut musafir. Sewa hotel , makan minum dan perjalananan semuanya ditanggung beliau. Tiga hari wajib membantu musafir atau tetamu, masuk hari ke empat sudah sunat hukumnya. Saya mengambil keputusan keluar, dengan harapan tidak mahu menyusahkannya, walaupun beliau suruh tunggu lagi.

"Saya nak ke Vietnam... Nak tengok orang Islam sana pula." Kata saya.

"Apa boleh buat, ana tak boleh tahan anta. Cuma, ana ada cadangan. Ada ahli jamaah kita yang membawa bas dari sini ke sempadan Vietnam.. anta boleh tumpang dia. Jangan bimbang kita sama-sama orang Islam, saling bantu-membantu." Sarannya.

Bila saya bersetuju, "Segala urusan tambang dan sebagainya ke sempadan ana tanggung beres..."

Maka bertolaklah saya malam semalam dengan bas kira-kira pukul 8.30 jam China. Ustaz Ibrahim mengirim bekalan makanan sebelum bertemu kedai makan Islam, dan ole-ole bawa pulang ke Malaysia. Rupanya bas yang saya tumpangi itu bukan membawa ramai penumpang-penumpang, tetapi membawa saya seorang sahaja.

Mula-mula masuk ke lebuhraya, tiba-tiba menyimpang keluar menuju ke sebuah ladang strawberi, mengisi penuh bas itu dengan kotak-kotak straberi. Satu lagi pengalaman menarik. Bas melalui ladang-ladang yang gelap gelita, kalau adapun lampu samar-samar. Bas melalui di lorong tanah yang sempit, amat susah bila berselisih.

Rumah-rumah lama pekerja, bagai rumah-rumah hantu yang menyeramkan. Apalagi bila pengangkat-pengangkat kotak itu terdiri dari orang-orang tua lelaki perempuan yang kuat dan gagah, walaupun kadang-kadang ada bergigi jarang berwarna karat, boleh menakutkan. Bila mereka tahu saya orang luar setelah selesai mengangkut barang, mereka berkumpul bersorak gembira di bawah pohon besar.

Pohon yang banyak tumbuhan bertali bergayut-gayut, dengan salakan anjing berpanjangan menambah indah keseraman tersebut. Bas kami terus berlalu hingga ke pekan sempadan Vietnam, sampai kira-kira pukul tiga pagi. Selepas turunkan barang, bas tak boleh jalan terpaksa kami tolak beramai-ramai. Lepas sholat subuh di bilik tidur pekerja-pekerja, sempat saya lelapkan mata se jam dua. Akhirnya dapat juga melintasi sempadan..

Selamat tinggal negara China.. saya menuju ke pekan Lao Cai, di Vietnam. Di situ puas saya mencari orang Islam dan masjid, tapi tiada berjumpa. Agak susah saya kerana tiada orang Islam. Baru jelas terasa begitulah hebatnaya agama Islam. Syariatnya, membantu musafir atau pengembara-pengembara. Kalaulah syariat ini dilaksanakan secara tersusun dan professional oleh individu, kumpulan atau kerajaan, di mana wang zakat pun boleh diperuntukkan untuknya, akan terus berkembanglah dakwah Islam.

Gambar satu dan dua ke bawah: Saya melawat dan mencari masjid di Lao Cai..


Gambar ini: Dari jauh nampak gereja di tepi sungai.. mengapa dengan tempat buang sampah tak rasmi ini?

Bayangkanlah kalau masjid-masjid berperanan membantu per'musafir'an orang Islam. Begitu juga soal pendatang atau mujahirin berizin atau tanpa izin (PATI), apakah sikap Islam sebenarnya? Kalau se ekor binatang berbisa pun boleh dimanfaatkan oleh manusia, apa lagi terdapat ramai manusia yang berhijrah? Tiada otakkah pemimpin-pemimpin negara Islam memikir dan memanfaatkan hal tersebut?

Terfikir pula saya mengenai lawatan saya ke China ini..

1.. Bagaimana untuk laksanakan ukhuwah terus antara orang Islam China dengan orang Islam Malaysia melalui institusi ke'madrasah'an tersebut. Contohnya, pertukaran anak angkat.. Dan perlukah anak-anak orang Islam Malaysia samada Cina atau Melayu Islam belajar di sana? Saya dah tanya yuran tahunannya RM150 (300 yuan) setahun, asrama dan makan percuma. Banyakkan lawatan ke pusat-pusat pengajian Islam seperti itu ke China.

2..Boleh runding untuk buat pakej belajar bahasa Arab dan bahasa China. Contohnya pekej sebulan untuk pelajar-pelajar masa cuti atau lepasan SPM dan lain-lain. Atau untuk pegawai-pegawai pencen yang tak tahu nak buat apa.. Ataupun untuk bakal-bakal usahawan atau peniaga yang perlu berkomunikasi dengan orang Cina.

3.. Dan lain-lain.. yang boleh difikir lagi.

Akhirnya, sambung cerita perjalanan saya lagi.. saya terus naik keretapi malam menuju Ha Noi pada 31 Dis, 2009.

Ibnu Hasyim
Dis31,2009
Ha Noi
 
Lihat..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Tuesday, December 30, 2008

Zakat Sumber Pembangunan



Dari kiri Ustaz Ibrahim, penulis dan bekas pelajar Ustaz Ibrahim. Mereka membawa saya berjalan-jalan di sekitar pekan Jian Shui.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di China.

DIA adalah Ustaz Ibrahim. Mudir sebuah madrasah Islam terkenal di Jian Shui, yang pelajarnya kira-kira ratusan murid.sekitarnya dalam wilayah Yunnan. Sumber pendapatan madrasah tersebut ialah dari zakat dari orang-orang Islam di situ.

"Apa kerja orang-orang Islam di sini?" Saya tanya beliau.

"Pertanian, pengusaha bas dan peniaga." Katanya...

Dan dia sanggup membawa saya ke ladang pertanian ibubapanya berhampiran madrasah tersebut, selepas sholat zohor dan makan tengahari itu. Besoknya beliau mengarahkan pembantunya membawa saya berziarah beberapa buah madrasah lagi kira-kira sekitar 50 kilometer dari kawasan itu, di mana terdapat 15 buah masjid. Madrasah dan masjid di sini dibina oleh masyarakat Islam sendiri atau individu-individu tempatan. Itulah contoh kecil peranan zakat dalam membangunkan ummah.
Melawat kawasan pertanian sekitar madrasah tersebut.


Paranan zakat bagi sekelumpuk kecil dalam masyarakat mampu mengurangkan kemiskinan bagi rakyat di dalam sebuah negara komunis. Sedangkan Komunis sendiri tidak mampu menghapuskan kemiskinan dalam negaranya, sesudah mendapat peluang memerintah ratusan tahun. Bagaimana pula peranan wang zakat yang dipungut oleh kerajaan negara uamat Islam?

Mampukah menyelesaikan masalah kemiskinan umatnya? Kalau tak mampu cuba siasat mengapa? Apakah agama Islam masih belum lengkap dan siap sedia untuk dilaksanakan? Apakah hal ini berlaku kerana kegagalan agama itu sendiri atau kedunguan pemimpin-pemimpinnya?


Gambar atas sebelum ini, kawasan perbandaran bukan Islam, berbanding kawasan orang Islam yang bersempadan dengannya, di Jian Shui. Membangun bersama Islam.


Sekian.. Isya Allah bersambung lagi..

Ibnu Hasyim 
Dis30,2008. 
Jian Shui, Yunnan

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Monday, December 29, 2008

Yunnan Negara Islam?


Bersama Harun di depan Masjid Bandar Kunming.

Catatan Perjalanan Di China

1 MUHARRAM saya berada di bandar Kunming, bandar besar dalam wilayah Yunnan, setelah kira-kira 2.5 jam dalam penerbangan dari Guangzhou. Seorang Cina Muslim yang saya kenali melalui seorang kawan di Guangzhou sedang menunggu. Dia membawa saya ke pekan Jian Shui, kira-kira 4 jam menaiki bas melalui lebuh raya. 

Suatu lagi pengalaman yang mengasyikkan

Bas yang merangkak naik membelah gunung-ganang, dalam kesejukan kira-kira 18 darjah celsius. Ladang-ladang limau mandarin, luas terbentang. Saya beli buah limau manderin selepas itu di pasar baru kira-kira 1 yuan (RM0.50) se kilogram. Tiada tanah-tanah kosong yang tidak bertanam, nampaknya. Tanaman dan sayuran terdapat berbagai jenis. 

Namun bas ini terus melintasi juga tasik-tasik yang membiru. Petani-petani yang menggunakan teknologi agak canggih, menambah indahnya panorama. Sesampai di pekan itu, kami naik teksi pula, kira-kira puluhan minit, ke tempat yang dikatakan ramai orang Islam.

"Di sini kawasan orang bukan Islam.." Kata Harun, kawan yang membawa saya itu. Jari menunjuk ke arah rumah-rumah biasa yang nampak di kiri kanan jalan. Tidak berapa besar dan cantik.


Tiba-tiba teksi kami memasuki ke kawasan bandar kecil yang rumah-rumah serta kedainya besar-besar, teguh dan agak mewah. Cantik-cantik dan bersih. Bagaikan rumah kediaman orang-orang berada... Biasanya tertulis tulisan Arab di atas pintu atau dinding rumah, besar-besar. 

"Di sinilah pekan kecil yang hampir 100% orang Islam. Di sini orang Islam kaya-kaya.. boleh bayar zakat.."



Pertanian di atas gunung..
"Al-hamdulillah!"

Di kiri kanan jalan, ternampak ramai lelaki yang pakai kupiah atau ketayap. Wanitanya hampir semua pakai tudung, menutup aurat. Bahkan ada yang pakai purdah, hingga tutup muka. Tidak pun fikiran mereka turut tertutup. Suatu bukti, pakaian tidak menghalang kemajuan, atau seolah-olah berpakaian membuang dunia.

Jauh bezanya kalau dibandingkan pakaian wanita-wanita di Jalan Chow Kit, KL, tidak tutup aurat, tetapi belum tentu dapat membangunkan ummah. Ini ke. Malaysia negara Islam konon...

Teksi kami terus memasuki sebuah sekolah agama, yang terdapat masjid di dalamnya. Salah seorang ustaznya menyambut kami dengan ramah. Sebentar lagi azan zohor pun bergema, berkumandang seperti di Malaysia juga, tiada larangan bunyi kuat takut mengganggu umum, seperti di Guangzhou, atau kalau ada tempat-tempat lain di Malaysia yang nak ikut macam Guangzhou.. 

Cuma sebutan azannya agak lain.. ada slang Cina.. Seolah-olah di sini bebas beragama atau mengamalkan Islam seluruhnya.. Bolehkah dikatakan negara ini negara Islam? Kalau tidak, mengapa??

Inya Allah, bersambung.

Ibnu Hasyim,  
Jian Shui, Yunnan. 
Dis29,2008

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan   
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Thursday, December 25, 2008

Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA..

Dato Najib Razak,
Timbalan Presiden UMNO, rakan kompenan MCA

By ASYOK KUMAR

GUANGZHOU Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak bersetuju dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk laksanakan hukum hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, kalau parti itu berjaya menguasai negara ini.

"Kalau mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam yang sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin PAS lebih berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah  pun dilulus oleh Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS kepada umum dan rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu dihubungi melalui telefon di Guangzhou, China sebentar tadi.

"Hari ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di seluruh dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan tersebut secara rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut Kristian di sini. Apakah pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin kepada penganut-penganutnya seperti MCA yang ingin berlagak hero di kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Namun begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS, kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang boleh dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan lebih berwibawa dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak bersetuju mengenai isi kandungan memorendum tersebut. Pada beliau kritik itu sebenarnya bukan kepada PAS tetapi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

"Mereka cabar Kerajaan Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengakui Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi. "Pada saya PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima memorendum, bahkan belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan undang-undang Islam sebenar kepada mereka, bukan seperti yang diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya iaitu UMNO!"


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails