Tuesday, February 03, 2009

‘Brain wash’ Anak Ketua Hamas Jadi Agen Yahudi/Kristen..



Ibnu Hasyim Catatan Santai

HARI ini saya menerima e-mail dari seseorang bertajuk ‘Mosab Hassan Yusuf, putera Ketua Hamas Murtad.’ Saya baca dan saya fikir-fikir, nak siarkan atau tidak?

Rupanya tulisan ini sudah mula tersebar luas di internet dari luar negara, sebagai propaganda menyerang Islam dengan lebel keganasan. Atau juga termasuk dalam projek menentang keganasan tajaan Amerika yang didalangi Zionis. Setakat ini saya belum jelas, samada peristiwa murtad ini benar-benar berlaku atau tidak, walaupun sudah ada di youtiub…

Saya rasa baik juga untuk diketahui sebagai persiapan untuk jawab balik jika perlu. Mampukah artikel ini mem’brain wash’ pembaca? Dan apa pula pandangan anda? Saya petik 2 dari artikel 3 sirinya. Ini sedutannya…

Syeikh Hassan Yousef

[ SEJENAK sebelum makan malam, Masab (atau Mosab), anak dari ketua Hamas di Tepi Barat yakni Sheikh Hassan Yousef, memandang pada temannya yang menemaninya makan di restoran tempat mereka bertemu. Mereka membisikkan beberapa patah kata dan lalu mengucapkan doa syukur, berterima kasih pada Tuhan Jesus kerana menyediakan makanan di meja makan mereka.

Perlu beberapa detik untuk mencerna pemandangan ini: anak dari ketua Hamas yang merupakan tokoh terkenal dari organisasi Islam ekstrimis, seorang pemuda yang membantu bapaknya selama bertahun-tahun dalam aktivitas politiknya, sekarang malah murtad dan jadi Kristen. "Sekarang aku bernama Joseph," katanya.

Masab tahu bahwa dia tidak punya banyak harapan kembali ke tanah suci (Palestin) di dalam hidupnya sekarang. "Aku tahu, aku membahayakan nyawaku dan bahkan kemungkinan besar aku kehilangan ayahku, tapi aku berharap dia akan mengerti hal ini dan Tuhan akan memberi dirinya dan keluargaku kesabaran dan kemahuan untuk membuka mata mereka pada Jesus dan Kristian. Mungkin suatu hari nanti aku dapat kembali ke Palestin dan juga ke Ramallah bersama Jesus, di Kerajaan Tuhan.."

Dia juga tidak menutupi rasa kasihnya pada Israel, atau kebenciannya akan semua hal yang mewakili lingkungan di mana dia dibesarkan: negaranya, agamanya, organisasinya. "Kirim salam pada Israel ya, aku rindu padanya. Aku menghormati Israel dan mengkagumi negara itu," katanya.

"Kamu kaum Yahudi harus waspada: Kamu tidak mungkin, tidak mungkin dapat damai dengan HAMAS. Islam, ideologi yang mereka anut itu, tidak membolehkan mereka berdamai dengan kaum Yahudi. Mereka percaya pada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad berperang melawan Yahudi sehingga mereka pun wajib melanjutkan peperangan itu sampai mati."

Apakah ini sebabnya para Muslim melakukan serangan bunuh diri? "Lebih dari itu! Seluruh masyarakat Muslim memuliakan kematian dan teroris bunuh diri. Di dalam budaya Palestin, teroris bunuh diri jadi pahlawan syahid. Sheikh mengajarkan pada para muridnya tentang 'kepahlawanan dalam syahid'."

Meskipun banyak kritik datang dari tempat asalnya, California yang sekarang jadi tempat tinggalnya, tidak dapat menghilangkan kerinduan hatinya. "Aku rindu Ramallah," katanya. "Orang-orang yang berpikiran terbuka… Aku terutama merindukan ibuku, saudara lelaki dan perempuanku, tapi aku tahu bahawa akan sulit sekali bagiku kembali ke Ramallah masa ini.

Oleh Avi Issacharoff 31/07/2008

Seterusnya….Sambungannya ini dipetik dari Haaretz Weekend Magazine.

MENIKMATI kehidupan barunya di California, USA, Yousef junior betul-betul sedar mengnai wawancaranya ini. Bukan hanya ia akan menyinggung perasaaan keluarganya, ia kini ragu dapat pulang kembali ke Ramallah. "Saya tahu saya mempertaruhkan nyawa saya dan jelas akan kehilangan ayah saya. Tapi saya harap ia akan mengerti ini dan Tuhan akan memberikan dirinya dan seluruh keluarga saya kesabaran dan keinginan untuk membuka mata mereka bagi Jesus dan agama Kristen."

Begini sekilas latar belakang hidupnya..

Namanya kini Masab-Joseph.

"Semasa di sekolah menengah, saya belajar syariah. Tahun 1996, ketika saya berusia 18, saya ditangkap tentara Israel kerana saya ketua masyarakat Islam di sekolah saya. Inilah titik mulanya proses penyedaran saya.

"Sebelumnya saya hanya mengenal HAMAS melalui ayah saya. Sebelumnya saya mengagumi HAMAS, kerana saya mengagumi ayah saya. Tapi setelah 16 bulan dalam penjara, saya baru tahu wajah Hamas sebenarnya. HAMAS adalah organisasi negatif. Sebuah organisasi yang buruk secara fundamental. Dalam penjara Megiddo saya tiba-tiba menyedari apa sebenarnya HAMAS. Pemimpin mereka di penjara (Israel) mendapatkan keadaan (fasiliti dan makanan) yang jauh lebih baik (daripada para tahanan Israel di penjara HAMAS), belum lagi izin kunjungan keluarga mereka dan fasiliti mandi. Sementara orang-orang HAMAS tiada moral, tiada integrity. Tetapi mereka tidak sebodoh Fatah, yang mencuri disiang hari didepan umum. HAMAS mencuri dengan cara diam-diam sambil bersikap macam suci. Cepat atau lambat wang hasil korupsi ini akan mengekang bangsa Palestin sendiri!

Tidak seorangpun yang tahu benar seluk beluk cara kerja HAMAS. Contoh, saya ingat betul bagaimana keluarga Saleh Talahmeh, anggota tangan militer HAMAS, yang dibunuh Israel, terpaksa menggembel minta bantuan teman-temannya kerana mereka tidak ditinggalkan wang sedikit pun. Pemimpin HAMAS tidak ambil tahu dengan mereka ataupun dengan keluarga syuhada lainnya, sementara anggota-anggota senior sering berpoya-poya diluar negeri, menghabiskan puluhan ribu dollar per bulan untuk membiayai bodyguard saja!"

Setelah saya keluar dari penjara (Israel), saya kehilangan kepercayaan kepada mereka yang mewakili Islam."

(Semasa wawancara ini, dikatakan ayahnya masih belum tahu kemurtadannya ke Kristen)

Ayahnya macam tak percaya, setelah mengetahui anaknya murtad dan minta suaka ke USA! 'Ya ke?' katanya sambil menunjuk foto puteranya!

"Wawancara ini akan membuka mata ramai orang dan menggoyahkan Islam sampai ke akar-akarnya. Saya tidak berlebihan!"

B
agaimana Ia Tertarik Pada Agama Lain?

"Ini dimulai 8 tahun y
ang lalu. Saya berada di Jerusalem dan menerima undangan untuk mendengar ceramah tentang Kristen. Dari situ saya semakin ingin tahu dan mulai membaca Injil dengan diam-diam, sambil meneruskan pelajaran syariah. Ayat seperti ‘Cintailah musuhmu’ sangat mempengaruhi saya.. Saya ketika itu masih Muslim dan tidak pernah menyangka akan murtad. Tetapi setiap hari saya melihat hal-hal mengerikan yang dilakukan atas nama Islam oleh orang Muslim yang menganggap diri 'bangsa terpilih Allah.' Saya kembali mempelajari Quran dan prinsip-prinsip agama itu dan berkesimpulan bahawa Islam salah dan menyesatkan. Muslim meminjam ritual dan tradisi dari agama-agama sekitarnya."

...Saya anggap Islam adalah satu pembohongan besar. Orang-orang yang mewakili Islam lebih memuja Mohammed berbanding Tuhan, membunuh orang-orang tidak bersalah atas nama Islam, memukul isteri mereka dan sama sekali tidak tahu apa itu Tuhan. Saya tidak ragu bahawa mereka akan ke neraka. Orang Palestin, kalau tidak ada musuh, akan memerangi sesama sendiri. Dalam 20 tahun nanti akan timbul konflik antara berbagai kelompok di dalam tubuh HAMAS sendiri. Sekarang saja mereka sudah mulai kelam kabut fasal penguasaan wang."

"Kamu Yahudi perlu sedar: Kamu tidak akan dapat damai dengan HAMAS. Islam, ideologi yang mengkontrol mereka, tidak izinkan mereka berdamai dengan Yahudi. Mereka percaya bahawa Mohammad memerangi Yahudi dan kerana itu mereka kena lanjutkan perang tersebut sampai mati. Mereka perlu balas dendam terhadap siapapun yang tidak menerima Mohammad, seperti Yahudi yang di Quran digambarkan sebagai kera dan babi. Dalam pandangan HAMAS, perdamaian dengan Israel akan menkontradiksikan syariah & Quran, dan menganggap Yahudi tiada hak di Palestin"

"Saya meninggalkan tanah luas di Ramallah hanya untuk mencapai kebebasan murni. Saya ingin kesempatan untuk membuka mata Muslim dan menunjukkan kebenaran tentang agama mereka, menarik mereka dari kegelapan dan dari penjara Islam.

... Islam tidak akan survive untuk lebih dari 25 tahun. Dulu mereka (Muslim) berjaya menakut-nakutkan orang, tetapi sekarang, dalam zaman internet ini, mereka tidak lagi dapat menyembunyikan kebenaran.” ]

Demikian pandangan seorang yang dibasuh pemikirannya. Sekian, untuk kali ini… Wassalam.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Februari2, 2009. KL.

Monday, February 02, 2009

Sejarah PAS 20: PAS & Politik Global 1960-1964




IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 20

BAGAIMANA pula dasar luar PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin? Mari kita lihat ucapan dasar Muktamar Agung PAS dari tahun1960 hingga 1964, untuk mengetahui ke mana arah politik yang hendak dibawa beliau.

Dalam Muktamar ke 9 tahun 1960 beliau mengkritik ketidak sungguhan kerajaan dalam menegakkan keadilan. Katanya:

Berperi-peri benar kerajaan PERIKATAN mengutuk Afrika Selatan yang mengamalkan dasar perbedaan kulit, kononya kerana tidak adil, tetapi apakah adil namanya apabila kerajaan mengakui sah negara Israel yang dibentuk dengan haram di bumi Palestin yang menjadi hak punya umat Islam Palestin itu?

Dalam masalah Algeria beliau mendedahkan ‘politik silap mata kerajaan’, di mana Tuan Dr Farhd Abbas PM (Perdana Menteri) kerajaan sementara Algeria dijemput, disambut, dijamu, dikerumuni dan ditepuk belakangnya, tetapi kerajaan PERIKATAN bacul tidak mahu mengakui kerajaan Algeria yang merdeka itu.. Jelaslah kepadanya bahawa siasah Amerika dan Inggeris bertanggung jawab mengarahkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk tidak mengakui kerajaan sementara Algeria. Kerana pengakuan itu akan merosakkan kawan mereka iaitu Perancis.

Beliau juga mengesahkan dala Muktamar Agung PAS ke 10 tahun 1961, ada usul daripada cawangan supaya PAS mendesak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan sikap terhadap perjuangan rakyat Algeria untuk mengutuk kerajaan Perancis yang kejam itu. Juga supaya PAS mendesak kerajaan mengutuk dan membantah sikap orang-orang Buddha di Burma yang telah membakar masjid-masjid orang Islam di Ranggon. Begitu juga tentang kegelisahan orang Islam di Selatan Thailand.

Dalam Muktamar PAS ke 11 tahun 1962, Dr Burhanuddin mengajak para hadirin merenung dasar luar kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman yang lebih senang lagi mematuhi dasar luar Amerika dari dasar tersebut. Melihat betapa bodohnya dasar yang diambil hingga kadang-kadang tidak dapat mengelak dari kepercayaan bahawa Persekutuan Tanah Melayu masih belum merdeka dalam beberapa jurusan luar negerinya dan hanya menjadi alat dan corong suara kerajaan lain.

Menurutnya, tiga tahun dulu, PAS telah memberi amaran bahawa memperbanyakkan hutang luar negeri dan mengekalkan perjanjian pertahanan dengan Inggeris adalah sebenarnya mengikat negara kepada mengekori dasar luar Inggeris dan Amerika. Itu semua telahpun terjadi walaupun berbuih-buih air liur PM menafikannya. Contohnya, PM Persekutuan dangan ‘dasar tepuk belakang dan senyum’ melawat PM India dan Presiden Pakistan, telah menunjukkan sokongannya kepada rakyat India dalam masalah Kashmir, sedangkan sudah jelas bahawa ratusan ribu umat Islam Pakistan teraniaya dengan pencerobohan yang berpanjangan kerana kedegilan PM India yang tidak mahu insaf kepada hak dan kebenaran itu.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan tidak berani berdiri di pihak yang benar, walaupun yang benar itu adalah umat Islam sendiri. Tetapi apabila berlaku perselisihan sempadan antara China dengan India PM cepat-cepat menjadikannya sebagai pertarungan antara dua faham iaitu demokrasi lawan komunis. Yang sepatutnya, boleh dasar berkecuali diamalkan. Berhubung dengan kebangkitan rakyat Brunei menentang ‘penjajahan orang-orang kafir’, PM mensifatkan sebagai ‘penderhakaan kepada Sultan Brunei’ dan menuduh PAS suka kepada penderhakaan yang berlawanan dengan Islam.

Dr Burhanuddin pula mensifatkan PM yang menyokong penjajahan di Brunei itu adalah satu lambaran hitan legam dalam sejarah keburukan kerajaan persekutuan, mengandungi pengkhianatan amanah dan penindasan kepada kebebasan. Menurutnya, kalau benar PM menghadkan penyertaan di Brunei dengan penghantaraan beberapa orang sahaja anggota Polis Di Raja, maka tentulah PM tidak bersyarah panjang di Dewan Rakyat. Seolah-olah beliau menjadi wakil penjajah untuk menyatakan kesalahan apa yang disebut ‘gerakan pemberontakan’ sehingga menuduh kerajaan Indonesia mengapi-apikan dan menyokong ‘pemberontakan’ tersebut. Bagi PAS, ada baiknya jika Persekutuan Tanah Melayu menghindarkan diri dari mencari musuh di bidang internasional.

Menurut PM pula, ada anasir-anasir yang suka bahawa perhubungan Tanah Melayu-Indonesia itu retak. Dr Burhanuddin menambah, bahawa bukan soal komunis Indonesia sahaja, tetapi ada anasir-anasir dalam kabinet Persekutuan yang memandang curiga terhadap hubungan baik kedua negara tersebut dan ingin supaya Tanah Melayu menjauhkan diri daripada Indonesia. Kalau dengan Thailand boleh berhubung rapat, maka tidak ada sebab dengan saudara-saudara di Indonesia tidak boleh diperkukuhkan, menurutnya lagi. Beliau ‘gelihati’ terhadap sendiwara politik PM yang menyangsikan taat setia anggota-anggota PAS kepada negara yang mungkin lebih tertumpu kepada Indonesia.

Dalam ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 12 tahun 1964, beliau mengajak hadirin dalam muktamar melebihkan pandangan pada persoalan besar yang dihadapi oleh negara waktu itu, iaitu persoalan konfrantasi. Telah berkali-kali dinyatakan bahawa PAS tegas dengan pendiriannya menghendaki diselesaikan dengan cara damai, sebab itu adalah konsep Islam sejati dan konsep hidup untuk keamanan dunia seluruhnya. Menurutnya, konsep tersebut telah disuarakan oleh PAS di parlimen yang menegaskan, jika peperangan timbul antara dua negara bersaudara ini, maka tiada yang beroleh keuntungan melainkan ‘memberi kesempatan kepada gergasi-gergasi dunia mempertarungkan kekuatan di dunia sebelah sini’.

Negara akan jadi ‘padang jarak padang terkukur’ atau ‘pelanduk mati di tengah-tengah perjuangan antara dua ekor gajah yang besar’. Seperti yang berlaku di Korea, Vietnam, Laos, Cyprus di mana-mana sahaja daerah sengketa dunia, di mana negara besar merebut pengaruh. Akhirnya, persoalan yang timbul lebih banyak merupakan pertarungan antara mereka. Indonesia waktu itu Berjaya mendapat bantuan Rusia dan Malaysia dari Amerika. Konfrantasi makin menghebat, rundingan damai gagal dan perang sempadan tambah berkecamuk. PAS pernah mencadangkan di Dewan Rakyat, supaya Malaysia mengadu kepada Bangsa-bangsa Bersatu.

Menurut Dr Burhanuddin:

“…sesudah mendapat jaminan atau mungkin mendapat nasihat dari PM British, maka barulah PM merasa mustahak membawa persoalan ini kepada Bangsa-bangsa Bersatu.”

Dalam muktamar Agung PAS ke 12 juga, beliau menyentuh soal ancaman komunis yang tidak boleh dianggap mudah. Gerakan komunis dunia nampaknya bertambah aktif walaupun pertentangan ideology antara Rusia dan Komunis China bertambah memuncak. Rusia sedang memperhebat gerakan di Eropah. Komunis China pula di Asia. Pecahnya peristiwa di Vietnam-Amerika mencetuskan satu kesempatan baru bagi Komunis China untuk menghalalkan tindakannya. Seluruh Asia Tenggara gempar dan gegar. Thailand telah menunjukkan kebimbangan.

Dr Burhanuddin mengajak memperhitungkan:

Apakah negara gajah putih itu dapat menahan kemaraan komunis utara dengan pertahanan sempadan? Sedangkan gerakan komunis dalam negaranya sendiri masih hidup dengan liar? Apakah kemaraan komunis dari utara iru akan menjadi satu perangsang kepada gerakan komunis negara Thai dan saki baki komunis di sempadan Tanah Melayu dan Selatan Thai?

Itu juga adalah perkara besar yang berkait persoalannya dengan konfrantasi. Oleh itu menjadi satu kesilapan apabila konfrantasi hanya ditinjau sebagai masalah tersendiri sahaja. Menurut beliau, keselamatan dan kebahagiaan masa depan negara bergantung kepada kebijaksanaan pimpinan, iaitu kebijaksanaan yang bebas dari tekanan pengaruh luar. Menurutnya, negara-negara Afrika dan Asia sudah berada di dalam satu perpaduan Afrika-Asia, melalui usaha badan tersebut banyak negara-negara Afrika-Asia yang sudah merdeka dan berdaulat.

Negara Israel pula telah wujud dengan sokongan moral dan material dari negara-negara barat yang kemudiannya diiktiraf oleh banyak negara, termasuk Malaysia. Mengiktiraf Israel bukan sahaja menyokong tindakan jahat penjajahan, malah menjauhkan negara-negara Afro-Asia dari memahami dan menyokong Malaysia. PAS sekali lagi akan membawa usul dalam parlimen supaya kerajaan menarik balik pengakuannya terhadap negara haram Israel itu.

Memandangkan kepada kedudukan dunia, maka Dr Burhanuddin menyarankan bahawa untuk menghapuskan ketegangan yang berlaku waktu itu, bagi PAS tidak ada jalan-jalan yang lain, selain dari semua bangsa-bangsa di dunia benar-benar mempunyai kemahuan untuk:

1..Membentuk dasar-dasar kerjasama bagi keamanan.
2..Mengharamlkan senjata-senjata nukelier dan mengamalkan senjata demi keselamatan dan kebajikan umat manusia.
3..Memelihara dan menghormati hak tiap-tiap bangsa bagi menentukan nasibnya sendiri tanpa diganggu-gugat oleh anasir-anasir penjajahan dan pemerasan.
4..Membantu tiap-tiap bangsa yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghapuskan penjajahan di negaranya dalam apa jua corak.
5..Membatalkan hak-hak vito yang ada pada kuasa-kuasa besar di dalam Bangsa-bangsa Bersatu.

(Sila lihat buku ‘PAS Tuntutan Kebangkita Ummah’ Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi: terbitan GG Edar 1988)

Beliau mengingatkan lagi, jika Bangsa-bangsa Bersatu hendak kekal menjadi sebuah pertubuhan dunia yang jujur berkesan, maka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memelihara, menghormati dan menjalankan lunas-lunas tersebut di atas. Itulah harapan PAS dan seluruh umat manusia yang cintakan keadilan dan perdamaian. Itulah juga yang menjadi pokok dasar luar PAS. Untuk Malaysia, beliau bagi pihak PAS mendesak supaya kerajaan mengisytiharkan kepada dunia bahawa ia mempunyai, mengamalkan dasar luar yang bersifat berkecuali, bebas, aktif dan lepas dari pengaruh penjajah atau pengaruh komunis.

Juga bersahabat baik dan bergabung dalam satu pertubuhan setiakawan negara-negara Afrika-Asia. Untuk menjamin persahabatan dan perpaduan tersebut, maka hendaklah dibatalkan perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Great Britian pada masa itu. Sebagai gantinya, Malaysia hendaklah mengadakan perjanjian persahabatan sebaik-baiknya dengan Great Britian tersebut. Itulah sebahagian dari dasar luar atau sikap terhadap politik global PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi.

Cerpen: Aku Anak Palestin.

Isnin, Feb02, 2009 - HAMAS menegaskan kenyataan Blair, wakil jawatankuasa 4 pihak (Amerika Syarikat, PBB, Russia dan Kesatuan Eropah) ke Timur Tengah sebagai ulang tayang bagi senario lama... cubaan campuraduk dengan proses damai adalah sia-sia... HAMAS adalah kuasa utama dalam isu Palestin mesti diambil kira.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

“AS-SALAMU ‘ALAIKUM,

Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestin. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya, ALLAH telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’. Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar gencatan senjata yang entah buat kali ke berapa. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Ketika itu aku sudah sedikit besar, umurku sudah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu juga madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan Hamas.

Perjuangan semakin sukar, kerana Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara ISLAM yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk. Hari ini, sekali lagi Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel, dengan mempertahankannya. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Serangan kali ini adalah serangan yang terdasyat. Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian mencecah 3000 orang. Yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah termasuk sekali anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih, menjadi tambah menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yang terdasyat pernah terjadi. Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“ Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua di sana-sini.

Kini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang. Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel.

Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal. Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman,

“ Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”

Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.

Aku juga mendengar bahawa,negara-negara ISLAM di luar sana sudah tidak mengamalkan ISLA di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya. Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat ISLAM melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa. Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel memasuki Palestin pada tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yang merentasi sempadan dan membantu orang-orang di sini.

Malah, aku masih ingat lagi orang-orang tua bercerita mengenai perang antara Negara-negara Arab dan Israel. Orang-orang tua berkata, andai ketika itu tiada perjanjian damai, maka penderitaan hari ini tidak akan terjadi. Namun apa yang berlaku ketika itu adalah, para mujahidin yang ikhlas telah ditangkap oleh negara-negara arab sendiri, dan mereka telah menandatangani satu perjanjian dengan Israel. Semenjak hari itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Israel di sini, hanya akan ditegur dengan suara sahaja oleh negara-negara arab di sekeliling Palestin, dan negara-negara ISLAM di seluruh dunia.

Apa yang berlaku kepada kami di sini tidak lebih dari teguran ALLAH kepada ummat ISLAM. ALLAH hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. ALLAH hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya. Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa ALLAH telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana. Aku hanya mampu tersengih. Kamu tahu, di sini kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami ini adalah teguran ALLAH kepada mereka.

Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,

“ Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang ISLAM di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Tetapi yang aku amat terasa hati adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan. Aku hairan dan pelik dengan orang-orang ISLAM di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas?

Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami. Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, mereka menyelar kami sebagai pengganas, mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap begitu?

Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,
“ Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu ada-adakan. Jihad masyarakat la, jihad menentang pencemaran la, jihad menentang kemiskinan la dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen ISLAM ini.

Sedangkan ALLAH telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,
“ Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu...”

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah. Hal Palestin adalah hal deen ISLAM itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan ISLAM dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan ISLAM itu sendiri. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan ISLAM. Kami bukan nasionalis, kami adalah HAMBA ALLAH. ALLAH hanya redha pada ISLAM, bukan pada negara-negara yang kita duduki.

ALLAH telah berfirman, “ Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu(ISLAM), dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu”

Kamu tahu yang Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat ISLAM. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Tetapi kenapa dua masjid itu kamu tatang seperti minyak yang penuh, sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? Bukankah masjid ini tempat Rasulullah diangkat ke langit untuk mikraj? Adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila tembok tempat Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum yahudi?

Adakah kalian lupa firman ALLAH?
“ Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI”

Hati kalian telah dibius sebenarnya. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? Ini menunjukkan ISLAM itu telah pudar dari penghayatan kalian. Kalian tidak bergerak membantu kami adalah tanda lemahnya hubungan kalian dengan ALLAH. Kalian lebih takut segala halangan yang direka oleh musuh-musuh ALLAH dari ALLAH itu sendiri.

Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW?
“ Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman,
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Tapi apakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang kalian hendak katakan kepada ALLAH pada hari kelak? Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara ISLAM yang lain. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku adalah apa yang telah berlaku kepada kami. Ketika itu baru kamu rasa, apa yang kami rasa hari ini.

ALLAH telah berpesan,
“ Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka”

Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri. Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita. Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang buat tidak endah dengan keadaan kami di sini.

Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian. Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat, hari yang ALLAH telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama, mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan ALLAH atas apa yang kalian lakukan kepada kami hari ini.

Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti. “ Ya ALLAH, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.” Apakah kamu menyangka ALLAH akan melepaskan kalian? Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerana kami syahid dalam mempertahankan deen ALLAH yang ALLAG redhai. Kalian tahu, yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan ALLAH. Kami akan terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh ALLAH.

Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.
“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.
“ ...alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah”

Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan? Kenapa kalian mesti membiarkan kami? Berubahlah untuk ALLAH, untuk diri kalian sendiri. Ketahuilah bahawa ISLAM itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahn dalam hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya.

Bukankah ALLAH telah berpesan kepada kalian,
“ setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan yang memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana mereka memegang harta kalian? Buanglah wahn, hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian. ALLAH jugalah yang menjaga kalian. ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian.

Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,
“ Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. Apa yang kalian takutkan? Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini.

Sabdanya,
“ Kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”
Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”
Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“ Cinta dunia dan takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang hebat-hebat. Kalau seluruh negara ISLAM bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. Kenapa kalian takut? Buangkanlah wahn. Bantulah kami.

Bukankah di dalam Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis,
“ Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka”

Ah... Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada kami hari ini. ALLAH bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,
Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,
Al-quran itu perlembagaan kami,
Jihad itu adalah jalan kami,
Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.

Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku. Semoga ALLAH mencampakkan kesedaran dalam hati kalian, semoga ALLAH membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh musuh, semoga ALLAH membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji,
“ Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu”

Ketahuilah, ALLAH tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha. ALLAH mengingatkan kita dalam firmanNya,
“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka”

Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestin bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan. Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira. Assalamu’alaikum… Anak Palestina, Fathi Abzinah.”

Demikianlah, catatan santai kali ini sebuah cerpen yang saya angakat dari http://langitillahi.blogspot.com yang amat menarik pada saya.. Kata penulisnya ...saya dedikasikan cerpen ini untuk saudara-saudara saya yang sedang berjuang di Palestin. Harap usaha yang saya lakukan ini mengetuk hati-hati yang masih hidup dari kalangan Muslimin yang lain. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Ampunkanlah kelemahan saya wahai saudara-saudara saya di Gaza, Palestin. Saya hanya mampu berdoa, menangis, menulis, menyeru dan bersuara.

Terima kasih Hilal Asyraf, Langit Illahi.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Februari2, 2009. KL.

Sila lihat cerpen-cerpen berikut di blog ini…

1…Thursday, December 18, 2008 Himbauan Cerpen Ke Guangzhou.. berjudul ‘Eksploit 2 Versi’ Oleh Ummu Hani Abu Hassan.
2…‘Kisah Pilot F16, Muslimat Pertama di USA’ oleh Ulfah Mardhiah Siregar Annida dalam Monday, October 27, 2008 Hadiahku Untuk Deepavali..
3…Thurday, January 29,2009 Ribut Salji Di Tashkent..’ Oleh Hafizah Iszahanid.

Sunday, February 01, 2009

Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim.

Ahad, 01/02/2009 - Seramai 8 orang warga Palestin di tahan selepas serangan udara bertubi-tubi sejak Rabu lalu. Menurut saksi, tentera Zionis-Israel merempuh masuh dan menggeledah rumah-rumah mereka sedang ke semua ahli keluarga di suruh keluar.

by
Asyok Kumar

AHAD, Feb 01, 2009 – Syarikat itu perlu dihukum, demikian dinyatakn oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi ini. “Umat Islam perlu menghukum mereka… Kita kena siasat syarikat itu lagi, siapa di belakang mereka? Adakah pemimpin-pemimpin politik terlibat, atau kerana rasuah dari kuasa-kuasa besar? Adakah rangkaiannya sampai ke negara ini?” Tanya beliau lagi.

Kenyataan itu dibuat setelah mendapat berita dari sebuah akhbar Mesir yang membongkar mengenai sebuah syarikat di negara itu yang membekalkan kepada askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza, manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin. Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza. Ditanya apakah hukuman yang patut dilaksanakan kepada syarikat itu, Hj Mohd yang juga blogger http://www.ibnuhasyim.com menegaskan, hal itu terpulang kepada muafakat ulama atau pemimpin yang memperjuangkan keadilan di negara ini, "Merekalah yang lebih layak buat keputusan.."

(sumber : maszlee malek, palestinkini dll.)

Masuk Islam Kerana ‘Bulan’ Dalam Ayat Ini..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

ALLAH SWT berfirman, ‘Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah. (Quran Surah Al-Qamar: Ayat 1)’.

“Apakah ayat dari surat al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?” Tanya seorang rakyat British dalam temuramah di tv bersama seorang pakar geologi Muslim Prof Dr Zaghlul Al-Najar.

Jawab Zaghlul Al-Najar, “Mengenai ayat ini, saya akan ceritakan se buah kisah…

Sejak beberapa waktu lalu, saya di Universiti Cardif bahagian barat England dalam suatu majlis forum bertemakan sekitar mukjizat ilmiah dari Al-Quran. Peserta-peserta yang hadir terdiri dari berbagai-bagai, ada yang Islam dan bukan Islam. Seorang pemuda Islam berdiri dan bertanya, "Ya Tuan, apakah menurut tuan ayat yang berbunyi, ‘Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah,’ mengandungi mukjizat secara ilmiah?"

“Tidak!” jawab saya. “Sebab, kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, kerana ilmu pengetahuan tidak dapat menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad SAW, sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana Nabi-nabi sebelumnya. Mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksi dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Kiranya hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah, maka tentulah kami kaum Muslimin di zaman ini tidak akan percaya hal tersebut. Tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Allah Ta'ala memang benar-benar Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Maka, Prof Dr Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah membelah bulan. Kisah itu berlaku sebelum hijrah Nabi dari Makkah Mukarramah ke Madinah…

“Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang dapat membuktikan kenabian dan kerasulanmu?” Kata orang-orang musyrik walaupun sebenarnya mereka mengejek dan mengolok-olok sahaja.

“Apa yang kamu nak?” Tanya Rasulullah pula.

“Coba belah bulan!?” Cabar mereka.

Rasulullah pun berdiri dan diam, lalu berdoa kepada Allah agar menolongnya. Allah memberitahu Muhammad agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Maka, Rasulullah pun mengikutnya. Dan benar-benar bulan itu terbelah dua!

“Muhammad! Engkau benar-benar telah menyihir kami!” Orang-orang musyrik itu tetap menolaknya.

Tetapi, para ahli di kalangan mereka mengatakan, sihir memang boleh berlaku kepada orang yang berada di kelilingnya, tidak kepada yang tiada di situ. Lalu, orang-orang Quraisy itupun bergegas keluar menuju sempadan kota Makkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Bila datang rombongan pertama, mereka bertanya, “Apakah kamu lihat sesuatu yang aneh pada bulan?”

“Ya, memang ada! Pada malam yang lalu kami lihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan, kemudian bersatu kembali...” Jawab mereka.

Akhirnya, sebahagian mereka pun beriman, sedangkan sebahagian lainnya tetap juga kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah SWT menurunkan ayat-Nya, “Sungguh, telah dekat hari qiamat dan telah terbelah bulan. Ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ....” sampai akhir surat Al-Qamar.

“Ini adalah kisah benar!” Jelas Prof Dr Zaghlul Al-Najar, setelah selesainya bercerita bersama-sama ayat dan hadis tersebut.

Tiba-tiba bangun seorang Muslim rakyat British juga perkenalkan diri, “Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb al-Islamy England, bolehkah aku tambah sikit?”

“Ya, persilakan dengan senang hati!”.

Daud Musa Pitkhok berkata…

"Aku pernah mengkaji agama-agama (sebelum menjadi Muslim), maka salah seorang mahasiswa Muslim menunjuk dan memberi sebuah terjemahan Al-Quran yang mulia. Aku pun berterima kasih kepadanya dan membawa terjemah itu pulang ke rumah. Ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Quran itu di rumah, surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Aku pun membacanya, ‘Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah...’.

Tergumam aku.. Kalimat ini masuk akal ke? Boleh ke bulan terbelah.. dan bersatu balik? Kalau benar, kekuatan macam mana yang boleh lakukan itu? Aku pun berhenti baca dan mulai sibuk dengan kehidupan harian. Tetapi, Allah Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hambaNya dalam mencari kebenaran. Suatu hari aku pun duduk depan tv Inggeris. Masa itu terpapar sebuah diskusi di antara seorang pengacara Inggeris dengan 3 orang pakar angkasawan AS. Pakar-pakar tersebut menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke angkasa, di saat dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan, sakit dan perselisihan.

Kata pengacara itu, “Kalau dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih berguna lagi.”

“Projek angkasa ini memberi kesan yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan manusia, baik segi kedokteran, industri, dan pertanian. Jadi pendanaan tersebut bukanlah hal yang sia-sia, tetapi justru dalam rangka pengembangan kehidupan manusia.” Mereka tetap membela projek tersebut. Dan, perbincangan tersebut adalah mengenai penjejakan manusia di bulan, yang telah menghabiskan tidak kurang dari 100 juta dolar US.

“Kebodohan macam mana lagi.. peruntukan begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk dapat mendarat di bulan?" Usik pengacara itu lagi.

“Tidak!” Balas Mereka. “Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita disuruh berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia semata-mata, maka kami tidak akan berikan kepada siapapun!”

“Apa sebenarnya yang kamu telah capai sampai begitu mahal taruhannya?”

Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan pada suatu ketika dulu kemudian menyatu kembali!!”

“Bagaimana kamu boleh yakin hal itu?”

“Kami dapati secara pasti, batu-batu yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan… Kami minta pakar geologi menelitinya dan kata mereka hal ini tidak mungkin terjadi, kecuali jika memang bulan itu pernah terbelah kemudian bersatu kembali" Kata mereka.

Mendengar paparan itu, aku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad SAW 1400an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan kebenaran kaum Muslimin! Agama Islam tidak mungkin salah..” Aku membuka kembali Mushhaf al-Quran dan aku baca surat Al-Qamar, dan ... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam!!”

Itulah yang diceritakan oleh Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb al-Islamy England kepada Prof Dr Zaghlul Al-Najar yang menjawab pertanyaan seorang rakyat British dalam temuramah di tv seperti yang disebutkan. (antara rujukan: http://salim-munajat.blogspot.com/, http://www.bluefame.com/lofiversion/index.php/t94582.html , hidayatullah dll.)

Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana! Semoga bermanfaat untuk kita. Billahit Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum warah matullah. Sekian.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Feb1, 2009. KL.

Sila lawati tajuk-tajuk berikut dalam blog ini yang ada kaitan dengan bulan..

1..Thursday, December 27, 2007 Strategi Kueh Bulan & Osama Laden
2..Friday, November 23, 2007 Bulan.. Pandangan Tradisional Masyarakat Cina
3.. Wednesday, November 21, 2007
Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya

Saturday, January 31, 2009

Qardhawi Mahu Syahid Di Ghazzah, Kita Sertai HAMAS?

As-Syahid syeikh Ahmad Yasin

Prof Dr Yusuf Qardhawi

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

AKU berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku, akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin

Ini adalah sedutan ucapan Imam Syeikh Yusuf Qardhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi HAMAS pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang. Yang saya petik dari.. http://dupahang.wordpress.com/

Sebenarnya, kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam, seperti juga syeikh tersebut. Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid.

Oleh itu sebagai menyambung pelajaran Jihad dulu di bawah tajuk (Monday, January 19, 2009Pelajaran Jihad Diharamkan Di Seluruh Universiti Islam?), maka diketengahkan pula ‘Keagungan dan Keutamaan Jihad’…

I…Keagungan Jihad di Dalam al-Quran.

Al-Quran telah menempatkan jihad pada urutan yang paling utama diantara ibadah-ibadah yang lain. Al-Quran menyatakan dengan sangat jelas, agar kaum Muslim mencintai Allah dan RasulNya, serta jihad di jalan Allah di atas cintanya kepada yang lain. Allah swt berfirman;

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”[Al-Taubah:24]

Al-Quran juga membandingkan perbuatan-perbuatan baik di dalam Islam dengan aktivitas jihad fi sabilillah. Allah swt berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.”[al-Taubah:19]

Al-Quran juga melebihkan mujahid (orang yang pergi berjihad) di atas orang tidak pergi berjihad. Allah swt berfirman:

لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا(95)دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Tidaklah sama antara mu’min yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar;(yaitu) beberapa derajat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. al-Nisaa’ : 95-96]

II…Keutamaan dan Keluhuran Jihad di Dalam Sunnah

Hadits-hadits shahih telah menuturkan keagungan dan keluhuran jihad fi sabilillah di atas amal-amal shaleh yang lain.

1…Jihad Adalah Amal Yang Paling Utama

Di dalam sebuah hadits dituturkan, bahwa Rasulullah saw telah menetapkan kedudukan jihad sebagai amal yang utama dibandingkan dengan amal-amal yang lain, setelah beriman kepada Allah swt. Bahkan, jihad ditempatkan sebagai ra’s al-’amal (pangkal dari amal). Imam Bukhari menuturkan sebuah hadits dari Abu Dzarr ra, bahwasanya ia pernah bertanya kepada Rasulullah saw:

أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ والْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Amal apa yang paling utama? Nabi saw menjawab, “Iman kepada Allah, dan jihad di jalanNya.”[HR. Bukhari] Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan, ‘Hadits ini menunjukkan bahwa jihad merupakan amal yang paling utama setelah iman kepada Allah.”

2…Orang Yang Pergi Berjihad Tidak Bisa Ditandingi Oleh Orang Yang Tidak Berangkat Berjihad

Dalam riwayat lain dinyatakan, bahwa kaum Mukmin yang tidak berangkat jihad, meskipun ia berusaha dengan sungguh-sungguh melaksanakan amal kebaikan dan taqwa, dirinya tidak mampu menyamai orang yang pergi ke medan jihad. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahwasanya para shahabat pernah bertanya kepada Rasulullah saw:

مَا يَعْدِلُ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ لَا تَسْتَطِيعُونَهُ قَالَ فَأَعَادُوا عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ لَا تَسْتَطِيعُونَهُ وَقَالَ فِي الثَّالِثَةِ مَثَلُ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ الصَّائِمِ الْقَائِمِ الْقَانِتِ بِآيَاتِ اللَّهِ لَا يَفْتُرُ مِنْ صِيَامٍ وَلَا صَلَاةٍ حَتَّى يَرْجِعَ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى

Ya Rasulullah! Amal apa yang bisa menyamai jihad fi sabilillah? Nabi saw bersabda, “Kalian semua tentu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Para shahabat pun mengulangi pertanyaannya dua atau hingga tiga kali, namun setiap diajukan pertanyaan itu, Rasulullah saw menjawab, “Kalian tidak akan mampu mengerjakannya.” Selanjutnya, pada pertanyaan yang ketiga, beliau saw bersabda, “Perumpamaan seorang mujahid di jalan Allah seperti halnya shaaim (orang yang berpuasa) yang selalu mentaati ayat-ayat Allah, dan ia tidak berhenti dari sholat dan puasanya, hingga mujahid di jalan Allah itu pulang kembali.” [HR. Muslim]

Ini adalah redaksi hadits menurut versi Muslim. Sedangkan menurut versi Imam Bukhari disebutkan, “Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah saw, dan bertanya, “Tunjukkan kepada saya, amal apa yang bisa menyamai jihad? Nabi saw menjawab, “Aku tidak mendapati amal yang bisa menyamai jihad? Kemudian beliau saw bertanya, “Apakah kamu mampu (mengerjakannya), jika seorang mujahid pergi berjihad, lalu kamu masuk ke masjidmu, kamu kerjakan sholat tanpa pernah berhenti, dan kamu kerjakan puasa tanpa pernah berbuka? Kemudian ia berkata, “Lantas, siapa yang mampu mengerjakan hal itu?” Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya, berperangnya seorang mujahid berapapun lamanya, niscaya akan ditulis baginya kebaikan-kebaikan.”[HR. Bukhari]

Al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam Fath al-Baariy menyatakan, “Imam Fudlail bin ‘Iyadl mengatakan, “Hadits ini menjelaskan keagungan jihad. Sebab, puasa dan ibadah-ibadah lain yang telah disebutkan keutamaan-keutamaannya di dalam hadits ini, seluruhnya setara dengan jihad. Bahkan, semua hal mubah yang dilakukan oleh seorang mujahid sebanding dengan pahala orang yang mengerjakan sholat dan ibadah lainnya. Oleh karena itu, Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak akan sanggup mengerjakannya.” Sedangkan keutamaan tidak ditetapkan dengan jalan qiyas, akan tetapi ia adalah ketetapan dari Allah swt kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Hadits ini menjadi bukti, bahwa jihad adalah seutama-utama amal secara mutlak.”

Menurut Imam Nawawiy, hadits ini menunjukkan keagungan dan keutamaan jihad dibandingkan amal yang lain. Sebab, sholat, puasa, serta mentaati ayat-ayat Allah merupakan amal yang utama. Akan tetapi, Allah swt menyetarakan kedudukan seorang mujahid dengan orang yang mengerjakan sholat, puasa, dan mentaati ayat-ayatNya tanpa pernah berhenti –padahal ini tidak mungkin dilakukan oleh seorang manusiapun. Oleh karena itu, hadits ini dengan sangat jelas menunjukkan, bahwa jihad adalah seutama-utama ibadah di sisi Allah swt.

3…Jihad Sebagai Wasilah Menghindarkan Siksa

Sunnah juga menjelaskan bahwa jihad fi sabilillah merupakan wasilah (media) untuk menyelamatkan diri dari api neraka dan siksa kelak di hari kiamat. Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat, bahwa Rasulullah saw bersabda:

مَا اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَمَسَّهُ النَّارُ

Tidaklah akan dijilat api neraka, debu-debu yang melekat di kaki seorang hamba yang berjihad di jalan Allah.” [HR. Bukhari]

Hadits ini juga menunjukkan keutamaan dan keagungan jihad di jalan Allah swt. Ibnu al-Munayyir menyatakan, bahwa siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, niscaya Allah akan haramkan dirinya masuk ke dalam api neraka, baik ia berperang secara langsung maupun tidak. Sebab, debu-debu yang melekat di kaki para mujahid akan menyelamatkan dirinya dari siksa api neraka. Di dalam riwayat lain dinyatakan, “Siapa saja yang kakinya berdebu karena berjihad di jalan Allah, niscaya Allah akan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 1000 tahun perjalanan penunggang kuda yang berjalan cepat. ”[HR. Imam al-Thabarani di dalam al-Ausath].

4…Jihad Dapat Menghapus Dosa

Di riwayat yang lain juga diceritakan mengenai keberkahan jihad fi sabilillah meskipun dilakukan sebentar; yakni dapat menghapus dosa-dosa orang yang melakukannya. Dari Ibnu ‘Aidz diriwayatkan, bahwasanya ia berkata, “Rasulullah saw keluar mendatangi jenazah seorang laki-laki. Ketika jenazah itu diletakkan, ‘Umar bin Khaththab berkata, “Jangan engkau sholatkan Ya Rasulullah! Dia itu orang fajir.” Nabi saw segera menoleh kepada orang banyak dan bertanya, “Apakah ada diantara kalian yang pernah melihat dirinya mengerjakan perbuatan Islamiy? Seorang laki-laki menjawab, “Benar, Ya Rasulullah! Ia pernah menyibukkan diri dalam jihad di jalan Allah di suatu malam.” Nabi saw pun mensholatinya, dan kemudian mengusap jenazah itu dengan tanah, seraya berkata, “Sesungguhnya, shahabatmu menduga engkau termasuk penduduk neraka, akan tetapi aku bersaksi bahwa engkau adalah penduduk surga.”[HR. Imam Baihaqiy di Sya'b al-Iimaan]; dan masih banyak lagi hadits-hadits yang memiliki pengertian yang sama.

5… Kaum Mujahid Adalah Seutama-utama Manusia

Imam Bukhari menuturkan sebuah riwayat dari Abu Sa’id al-Khudriy, bahwasanya ia berkata:

أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ قَالَ رَجُلٌ يُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Rasulullah saw ditanya, siapakah orang yang mulia (utama)? Beliau menjawab, “Seorang laki-laki yang berjihad di jalan Allah.”[HR. Bukhari]

Hadits ini dengan sharih telah menjelaskan kepada kita, bahwa orang yang berjihad di jalan Allah menduduki tempat yang utama. Kaum salaf al-shaleh sangat memuliakan orang-orang yang dimuliakan Allah swt. Mereka berlomba-lomba untuk memuliakan dan menghormati orang yang berjihad di jalan Allah swt.

Di dalam kitab al-Sair al-Kabiir dituturkan sebuah riwayat dari Mujahid (beliau adalah seorang tabi’in dan termasuk muridnya Ibnu Umar), bahwasanya ia (Mujahid) berkata, “Saya hendak pergi berjihad”. Mendengar ini, Ibnu Umar segera menuntun kudaku!! Aku pun melarang dirinya melakukan hal itu. Namun, ia berkata, “Apakah kamu tidak suka aku mendapatkan pahala? Sungguh, telah sampai berita kepada kami (Ibnu ‘Umar) bahwa orang yang membantu kaum Mujahid, maka kedudukannya diantara penduduk dunia tak ubahnya dengan kedudukan Malaikat Jibril diantara penduduk langit.”

Rujukan:

i…Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 5/149
ii...Al-Hafidz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 5/6
iii..Imam Nawawiy,
Syarah Shahih Muslim, juz 8/ 82-83
iv..al-Hafidz Ibnu Hajar,
Fath al-Baariy, juz 6/29-30
v..
al-Sair al-Kabiir, juz 1/30
vi..Sila lihat…
http://hizbut-tahrir.

Mahukah anda sertai HAMAS sebuah sebuah jamaah yang sedang berjihad mempertahankan Palestin? Mudah sahaja! Sesiapa yang sedang memboikot ( atau 'berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang pejuang/mujahid HAMAS. Tahniah kepada anda yang sedang menganggotai HAMAS! Kepada yang belum, sertai HAMAS hari ini juga. Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa, gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel.

Lihat juga dalam blog ini, Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola .

Sekian, wallau aklam.

Ibnu Hasyim, catatan santai,
Jan31, 2009. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails