
Saturday, April 04, 2009
Pemilu I'sia: Isu Rasuah, PKS Yakin Menang..

Motorola Apartheid, Jangan Beli Produk Israel, Jangan Undi BN..


By Asyok Kumar
KHAMIS 02-04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen 'Boikot Global Terhadap Israel' yang akan melibatkan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia, menurut http://www.palestine-info.co.uk/en/
Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”, “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.
Komen blog Ibnu Hasyim: Setakat ini kerajaan BN pimpinan UMNO tidak bersungguh-sungguh memboikot barangan produk Israel laknatullah (Orang bukan Islam boleh guna istilah atau laknatullah). Umat Islam dan pencinta keadilan wajib tidak mengundi BN dalam tiap pilihan raya di Malayisa. (AK)
Friday, April 03, 2009
P'raya: Parti Aceh Kuasai Keadaan, Najib Juga Cuba Kuasai Keadaan Di M'sia..

Siti Nurhaliaza & Tok Guru: Persembahan Ikut Aturan Agama Ke?

JUMAAT April 3, 2009
By Megat Ali Megat Alang
SELEPAS menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru, Kelantan pada 1 April lalu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sempat melawat Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim. Bercakap kepada pemberita kemudian, Siti berkata kunjungannya itu bertujuan meluahkan rasa hormatnya terhadap Nik Aziz.
Dato' Siti Nurhaliza Taruddin melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkan akhirnya menjadi kenyataan. "Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami… Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.”
Sambungnya lagi, "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana persembahannya, mengikut peraturan agama ke tidak? Kalau tidak, bagaimana boleh lulus? (2MA)
Thursday, April 02, 2009
Pamer Gadis Seksi, Bukti UMNO Buta Halal Haram!

Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)
KEHADIRAN calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan hangat yang mencabar maruah umat Islam di DUN Pilihan Raya Bukit Gantang..
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert yang mempamerkan tiga gadis remaja berimej seksi berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak yang mengaibkan. Lebih aib dan mencabar umat Islam lagi bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di majlis itu, majlis yang meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tandanya, Umno sudah tidak kira halal haram lagi, berbuat apa saja demi kemenangan calon Melayunya. Itulah Umno, Pak Aji dan Pak Lebai nak sokong lagi? (RD)
Sila klik: Tuesday, March 31, 2009 Guna Artis Wanita Untuk Kempen Pilihan Raya, Apa Hukumnya?
Peralihan Kuasa, Pak Lah Mengadap Agung.
Aceh: Amaran Kekacauan, Sudah 10 Calon Pilihan Raya Di Culik?


Gambar:Atas Hasan Tiro. Bawah, 1 April 2009, 10:04 Di Nagan Raya Caleg PDIP Bagikan wang untuk Warga
PEMILU Indonesia dan 7 Hari Lagi…
* KBS: Wali Hanya Melepas Rindu di Malaysia
Sementara itu, pihak PA hingga kemarin terus melakukan berbagai persiapan terkait kegiatan kampanye terbuka putaran terakhir. Kampanye PA ini akan dipusatkan di beberapa wilayah. Gubernur Irwandi Yusuf dikabarkan akan menjadi jurkam di Lapangan Lawe Pakam, Kutacane, Aceh Tenggara. “Kemungkinan beliau juga akan berkampanye di Singkil,” kata Juru Bicara PA, Adnan Beuransah.