Thursday, May 14, 2009

4 Lagi Jihad Dari Jenis Lawan.

Ini dia bapa pengganas dunia..

Serangan Taliban pertahankan diri di Pakistan, angkara pengganas AS

Renungan 10 minit Sebelum Tidur 11:

JIHAD dari jenis lawan yang dihadapi, telah diterangkan empat jenis dalam huraian yang lalu, kini yang kelima pula…

Kelima: Jihadul Bughat al-Kharijin

Firman Allah :

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mu’min berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah, jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS Al-Hujarat 9)

Sabda Nabi SAW :
“Jika telah dibai’at bagi dua khalifah, maka bunuhlah yang terakhir diantara keduanya.”

Keenam: Jihadul Muhabirin al-Mufsidin

Firman Allah:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan dimuka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan akhirat mereka akan mendapatkan siksaan yang besar. Kecuali orang-orang yang taubat (diantara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka: maka ketahuilah bahwasannya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Maidah 33-34)

Ketujuh: Jihadul Munafiqin.

Iaitu Jihad menghadapi orang-orang munafiq dengan lisan, menegakkan hujjah atas mereka, mencegah mereka dari sikap kekafiran yang tersembunyi, menjauhkan segala permainan dan langkah-langkah mereka, dan menolak terhadap perbuatan dan perilaku mereka dan sebaginya. Jihad terhadap mereka ini merupakan satu jenis dari Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. Insya Allah uraiannya kalau ada kesempatan akan dibahas dalam ruangan tersendiri.

Kelapan: Jihaduz Zalimin

Iaitu Jihad terhadap orang-orang Fasik, Zalim, ahli bid’ah dan pelaku kemungkaran. Jihad terhadap mereka ini termasuk satu jenis Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. Juga akan uraiannya akan dibahas dalam ruangan tersendiri. Insya Allah.

Akan datang, akan dipaparkan peringkat-peringkat marhalah turunnya perintah Jihad..

Wassalam dari Ibnu Hasyim.

Wednesday, May 13, 2009

Bawa Senjata Dalam DUN Perak?



IPOH Rabu Mei 13, 2009 . mStar Online menyebutkan V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang disingkirkan dari jawatan Speaker minggu lalu akan membuat aduan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang membawa masuk senjata ke dalam Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu.


Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, Sivakumar berkata, tindakan menunjukkan senjata bahaya di dalam DUN adalah salah. "Ada bilik khas di DUN untuk simpan senjata yang dibawa. Apa akan berlaku jika ada pihak menggunakan senjata bahaya ketika pergaduhan. Berdasarkan konvensyen Parlimen senjata merbahaya tidak boleh dibawa masuk ke dalam DUN.


Katanya, beberapa individu yang tidak dibenarkan telah memasuki DUN tanpa pas yang sah. Sidang DUN Perak Khamis lalu dirasmikan selepas kekecohan selama lima jam. (2MA)

Rayuan Nizar Didengar 18 Mei ini, Perintah MR Kepada Zamry Salah?


PETALING JAYA Mei 13, 2009: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memberikan perintah kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu. Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan, ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya Menteri Besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah Menteri Besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam. (2MA)

Dr Zamri Kekal MB Perak Sehingga 18 Mei.


DATUK Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Demikian keputusan kebenaran dari Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali.


Hal ini berlaku apabila Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. (2MA)

13 Mei Tragedi Hitam, Nik Aziz Nak Putihkan..

PADA 13 Mei 1969, sejarah hitam negara tercatat, ramai penduduk menjadi mangsa rusuhan kaum. Mungkinkah peristiwa seumpama itu berulang kembali, seperti peristiwa Kampung Medan beberapa tahun lalu? Kerana 13 Mei, kerajaan Malaysia terpaksa mengubal Dasar Ekonomi Baru (1970-1990). Paling menarik, PAS dipelawa Tun Abdul Razak Hussien berada dalam kerajaan Barisan Nasional pada 1974.


Maka kini, buat julungkali kerajaan PAS di Kelantan mencetus deklarasi perpaduan nasional dan keamanan sejagat 13 Mei 2009 pada satu sidang akhbar yang agak luar biasa hari ini. Sidang akhbar itu dihadiri hampir kesemua anggota Exco kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, sebahagian wakil rakyat, penjawat awam dan pemimpin PAS yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri. Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.


"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru… Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan… Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.


Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk. Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.


"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan.. Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.


Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini…

Pertama: Kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T sebagai premis kebahagiaan.

Kedua: Rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.


Komen Blog Ibnu Hasyim:

Untuk memutihkan sebagai gantian kepada tragedi hitam 13 Mei 69 lalu..

Pertama: Rakyat perlu kembali kepada agama fitrah, Islam sebagai satu cara hidup sempurna dalam politik, ekonomi, sosial dan seluruhnya.

Ked:ua: Kempen, sertai, juga undi PAS & gabungannya demi mendapatkan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.


(Sumber Harakah dll-2MA)

Minyak Naik, Naik Minyak?


Minyak naik,

buat kita ‘naik minyak’?

Atau,

jadi perangai ‘naik minyak’

kerana harga minyak naik?

Atau kerana,

akibat pemimpin tahi minyak?

berpolitik tahi minyak.

Minyak naik, naik minyak?

Itu cakap-cakap orang banyak..

Sekarang siapa kena lanyak?

Siapa kena henyak?


oleh: Ibnu Hasyim.Mei 13, 2009

Petrol RON95 Dijual Mulai 1 Sept Tahun Ini - Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 12 Mei (Bernama) -- Penjualan petrol jenis RON95 pada harga RM1.75 seliter akan dikuatkuasakan mulai 1 Sept tahun ini sebagai alternatif kepada RON97 yang akan dinaikkan harganya kepada RM2 seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata serentak dengan itu RON97 akan dijadikan sebagai produk premium manakala RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran.

Katanya sesuai dengan status sebagai produk premium, harga RON97 tidak akan dikawal oleh kerajaan berbanding RON95 yang merupakan produk harga tetap. Beliau berkata kenaikan harga RON97 di pasaran tidak perlu membuatkan rakyat berasa panik kerana RON95 menawarkan kualiti dan prestasi yang sama hebatnya.

"Walaupun harga RON95 agak tinggi berbanding RON92 yang dijual pada harga RM1.70 seliter, namun ia lebih berkualiti dan dari segi prestasi, ia jauh lebih baik berbanding RON92," katanya kepada pemberita selepas melancarkan RON95 di sini Selasa. Menurut beliau, keupayaan RON95 yang lebih tinggi membolehkan ia digunakan pada semua jenis kenderaan, termasuk kereta-kereta mewah yang diimport dari luar negara.

"Semua kereta boleh guna RON95 termasuk kereta yang berkuasa tinggi, berjenama mewah dan sebagainya. Jika sebelum ini kereta-kereta dari jenis itu menggunakan petrol RON97 kini mereka boleh beralih kepada RON95 yang lebih murah.

"Agensi kerajaan berkaitan menyokong penjualan RON95 malah perbincangan bersama industri kenderaan bermotor mendapati kebanyakan enjin yang diguna oleh kenderaan di negara ini sesuai menggunakan RON95," kata Ismail Sabri.

Kerajaan juga, katanya masih meneruskan pemberian subsidi kepada penjualan petrol sebanyak tiga sen seliter. -- BERNAMA (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails