Wednesday, June 17, 2009
Polemik K/Perpaduan, Najib, Nasharuddin, Nik Aziz, Mahfuz, Hatta, Mujahid , Abd Halim, Kit Siang, Khalid Dll..
2..Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
3..Serah pada parti. - Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Dr Mujahid, Dll.
4..Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.
Tuesday, June 16, 2009
Haram SIS, PAS Akui Terlanjur & Ingin Berbincang?
Demikian dilaporkan oleh Keith Jonathan Deuntzer. Ketika ditanya berkenaan pengharaman SIS, Khalid berkata PAS sudahpun menyerahkan perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Khalid juga mengakui kesilapan ini berlaku disebabkan oleh kealpaan dan kesibukan sehingga tercetusnya polemik kepada banyak pihak. Pelbagai pihak telah salah tafsir mengenai apa yang dimaksudkan dan perundingan (musyawarah) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.
Pandangan Khalid ini juga telah mendapat sokongan daripada Muslimat Kawasan PAS Shah Alam. Sebelum ini, ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan PAS Shah Alam, Mascidah Tawil berkata, terdapat kesilapan yang tidak disengajakan tentang usul yang dikemukakan itu. Menurutnya, PAS bukan kejam dan agresif untuk memberi hukuman kepada SIS apatah lagi mereka tidak mempunyai hak untuk mengharamkan sesuatu pertubuhan melainkan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Mascidah, perlu memainkan peranan penting dalam membetulkan segala perbezaan pandangan yang di bawa SIS dalam perjuangan mereka. Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharum berkata isu SIS ini akan diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pada waktu lain Khalid Samad berkata lagi, sebuah forum perlu diadakan untuk membahaskan mengenai isu 'pengharaman' Sisters In Islam (SIS) itu. "Saya mencadangkan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), PAS dan SIS duduk semeja dan membahaskan isu ini," katanya kepada mStar Online hari ini.
Menurut Khalid, yang peliknya hingga hari ini belum ada pihak tampil ke hadapan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. "Kenapa bila PAS timbulkan isu 'pengharaman' SIS Majlis Fatwa mahupun Jakim tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan masing-masing hanya mengambil sikap mendiamkan diri sahaja," katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pendirian SIS dalam isu-isu seperti pembahagian hukum faraid dan poligami juga agak berbeza. "Perkara begini sepatutnya diberi perhatian oleh mereka (Majlis Fatwa dan Jakim).
Apakah PAS sudah mengakui ketelanjurannya, dan mengalih isu kepada perbincangan?(AK)
SIS, Anak Murid Aminah Wadud?
'CERAMAH Aminah Wadud di UIN-Jakarta patut disesalkan. Sebuah universitas Islam, memberi ruang tokoh liberal radikal tanpa pembanding' Demikian Lapor Hidayuatullah.com Jun 16 2009 diulas oleh Henri Shalahuddin, MA dosen STID M.Natsir Jakarta, Alumni ISID Gontor.
Hal ini berlaku apabila pada 4 Jun 2009 lalu, Fakultas Ushuluddin dan Filsafat Universitas Islam Negeri Jakarta menggelar kuliah umum bertema "Reading for Gender: Al-Ghazali and the Nature of the Person in Islamic Ethic" yang disajikan oleh Prof. Dr. Amina Wadud. Wadud adalah tokoh feminis liberal radikal dan paling kontroversial sepanjang 14 abad menyusul ulahnya mengimami shalat Jumaat di sebuah Gereja Katedral di Sundram Tagore Gallery 137 Greene Street, New York pada tahun 2005 lalu.
Selanjutnya pada 17 Oktober 2008, Wadud kembali menjadi imam dan khatib Jumaat di Oxford Centre, Oxford dengan makmum lelaki dan perempuan bercampur-baur. Shalat Jumaat ini adalah aksi pembukaan sebelum memulai Konferensi Islam dan Feminisme yang digelar di Wolfson College, Oxford.
'Particularly I will be reading for gender because when you look at the ethical tradition in Islam, this ethical tradition was not base on equality between woman and man' antara kata-kata Wadudu dalam kuliahnya di Jakarta itu. Kritiknya terhadap konsep etika dalam tradisi pemikiran Islam ditekankan pada diri Imam al-Ghazali, khususnya terhadap karyanya yang paling fenomenal, kitab Ihya 'Ulumiddin, bab Nikah.
Pemikiran Islam yang dikembangkan Imam al-Ghazali, menurut Wadud bukan saja tidak manusiawi tetapi berlawanan dengan prinsip tauhid dan kesetaraan dalam Al-Qur'an. Lelaki dan perempuan adalah setara di depan Allah. Perbedaan di antara mereka hanya ditentukan oleh takwa. Menariknya, dengan penuh percaya diri Wadud berkali-kali membacakan ayat yang dijadikannya sandaran dalil, meskipun selalu keliru baik dari sisi hafalannya mahupun gramatikanya. Man 'amila 'aamilun shalihun min dzakarin au untsa wahuwa mu'minun ulaika yadkhulunal jannah, ucapnya.
Walau begitu, di penghujung presentasinya Wadud mengunci pendapatnya dengan alasan kemanusiaan. "Anda boleh tidak setuju, boleh tidak suka, tapi Anda tidak boleh menganggap bahawa orang lain kurang kemanusiaannya dibanding anda. Jika Anda percaya Allah dan bertauhid! Sebab meskipun mereka semua berbeda, mereka semua berasal dari Realitas Tunggal, Allah. Maka, baik Muslim atau non Muslim, laki-laki atau perempuan, homoseksual atau non homoseksual adalah sama. Anda boleh tidak setuju, tapi mereka semua adalah manusia yang setara!", paparnya di depan para peserta.
(You don't have to agree, you don't even have to like, but you cannot define or consider the other as less human than youself, if you belieft in Allah and if you belieft in tauhid. Because even if they are all different, they are held together by the same Reality of Allah oneness. And so therefore moslem or not moslem that is too equal, male-female, masculine-feminine, man-woman, homosexual - non homosexual, you may not agree but they are equally human!)
Ketika ditanya oleh peserta tentang pandangan seorang feminis yang mengatakan Allah hanya melihat takwa bukan orientasi seksual seseorang, dan puncak kesetaraan tertinggi dalam feminisme adalah lesbianism (sebab dalam paham lesbian, perempuan tidak perlu lagi bergantung pada laki-laki) Wadud hanya menjawab bahawa Islam menuntut iman dan amal sholeh. Tetapi tidak boleh dikatakan pelaku lesbian itu baik atau buruk, salah atau benar apalagi kurang kemanusiaannya. Di sinilah sejatinya inti pandangan 'kesetaraan' (persamaan) kaum liberal yang mengaburkan batasan antara yang hak dan yang batil dengan alasan kemanusiaan.
Ketika dikonfirmasi argumentasinya menjadi imam bagi jama'ah lelaki oleh peserta lainnya, dia menjawab, tidak ada satupun ayat mahupun hadits yang melarang perempuan menjadi imam. Pendapat seperti ini bukan saja keliru kerana banyaknya hadits yang melarang perempuan mengimami lelaki, tteapi juga memalsukan kaedah yang ada, al-ashlu fil 'ibadah haram. Asal usul ibadah itu haram hingga ada nas yang memerintahnya. Kerana ibadah bukanlah inovasi dari manusia yang menyesuaikan selera zaman, tempat atau kepentingan.
Oleh itu, kuliah umum yang dipaparkan Amina Wadud di UIN Jakarta patut disesalkan. Bagaimana sebuah universitas Islam yang menjadi aset terbesar umat di negeri ini, memberi ruang bagi tokoh-tokoh liberal radikal semacam Wadud untuk menyebarkan ideanya tanpa pembanding? Tindakan ini bukan saja keliru secara akademis, tetapi juga penyimpangan terhadap amanah umat. Apalagi dalam kata sambutannya, wakil Dekan Fakultas Ushuluddin mengharap kunjungan pertama Wadud di UIN ini akan berlanjutan di masa mendatang.
Di samping itu, beliau juga menginformasikan pada Wadud di mana pada masa itu, sedang berlangsung diskusi anjuran fakultas membahas tentang Islam Liberal dan Pernikahan lintas agama, kerana topik ini sangat menarik dan menjadi perdebatan antara kalangan sarjana dan ulama. UIN adalah lembaga akademis yang fokus pada pengembangan tradisi pemikiran dan peradaban Islam berdasarkan prosedur ilmiah. Sepatutnya pemegang kebijaksanaan di lembaga ini lebih peka terhadap isu-isu tentang konsep ilmu dalam Islam bukan menyibukkan diri dengan perkara-perkara begitu.
Kuliah Wadud merupakan tragedi keilmuan yang diakibatkan oleh para akademik yang berpolitik. Apakah di Malaysia juga begitu? UIA pernah juga memberi ruang kepada Wadud, sehingga lahir ramai anak-anak muridnya di sini. Apakah SIS (Sisters In Islam) itu murid setia Wadud sehingga golongan agama di negara ini bimbang dan mencadangkan pihak bertanggung jawab menyiasat dan wajib melarangnya? (2MA)
Filem PBS, Lagi Hina Islam.
Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran. Bagi Ustaz Ali Mustafa Yakub yang juga menjadi Wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), ada dua hal yang menyakitkan umat Islam dalam filem itu.
Pertama, pencitraan Islam yang sangat buruk. Seolah-olah Islam mengajarkan yang tidak sesuai perkembangan zaman.
Kedua, penggambaran salah tentang pesantren. "Pencitraan tentang pesantren sangat disayangkan sekali, bahkan saya berani mengatakan itu bukan hanya merusak citra saja tapi memfitnah itu," kata pemimpin Pondok Pesantren Daarus Sunna tersebut. Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran.
Sebelum ini di Malaysia dikejutkan dengan filem 'Gubra' terbitan Yasmin Ahmad. Gubra yang dimulai lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan paparan pemikiran 'pluralisme & liberisme' secara halus dan terancang. Ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru masuk Islam, memegang anjing dalam perjalanan menuju surau, aksi seks diiringi suara azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, bercakap atas katil jadi bualan biasa, kempen murtad secara halus antara lelaki Islam dengan lelaki Cina diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama sama (pluralisme) daan sebagainya.
Filem PBS lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam. PBS, wataknya dilakonkan oleh pelakon 'Bawang Putih' menceritakan bagaimana Anissa anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren, termasuk bapanya sendiri, yang mempunyai fahaman sempit dan keras dalam agama. Contohnya, Anissa dipaksa berkahwin dengan lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri.
Dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani. Buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut... Suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren itu sehingga ada yang melarikan diri. Buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir. Berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman zaman moden yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.
Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ dalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit. Dia bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang ingin membaca sehingga dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk perjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula dengan kematian suaminya kedua setelah bercerai dengan suami pertama.
Akhirnya perjuangan yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan di pesantren itu berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain. Di akhir filem, digambarkan wanita ini sedang menunggang kuda dipesisir pantai bersama anaknya.. yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai)... dengan penampilan mengikat serban berwarna merah dileher. Serban merah itupun dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ yang dirungkai dari lehernya.
Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyelewengannya. Samada filem ini sudah beredar di Malaysia, tak tahulah! Dan kita kena jaga-jaga, kerana menegak kebenaran dan menyekat kebatilan adalah dituntut agama tanpa batasan negara! Wallahu 'aklam. (2MA).
Siaran Langsung Sidang Dewan Rakyat,.. Sini
http://mppas.blogspot.com/
June 16, 2009 3:46 PM