Saturday, June 20, 2009

Gay Irak Bebas Di Istambul, Kenapa?

JENDELA GLOBAL

KINI di Istambul, sebahagian dari kaum 'Gay', disebut juga 'hombreng' atau 'mat lembut' dalam istilah bahasa pasar di Malaysia dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya dengan berpindah ke Turki. Sebenarnya bukan kebebasan, tetapi ke'terbabas'an..

Kota Istanbul yang sekular itu sangat memberikan kelonggaran bagi anak muda Gay asal Irak ini, sehingga mereka merasa hidup aman, nyaman dan tenang selama negara itu masih sekular dan berbeda jauh dengan tinggal di Irak sebelumnya, yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian. Dikatakan mereka diancaman bunuh oleh puak mujahidin, kerana selain dari mereka melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah umat Islam di Irak.

Dikisahkan.. ada seorang anak muda dari keluarga menengah ke atas Turki, hidup bersama berbahagi tempat di sebuah apartemen kecil di kota Istanbul dengan lima pria Gay asal Irak. Dia mengasingkan diri dari gelombang intoleransi dan mengatakan bahawa untuk pertama kali dalam hidupnya dia dapat mengekspresikan orientasi seksualnya secara terang-terangan di khalayak ramai. Boleh begitu kalau di Turki.

Tindakan homoseksual adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Timur Tengah, namun mereka dapat sedikit bernafas lega setelah AS menjajah Irak. Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Irak itu tidak berlangsung lama, setelah terjadinya kebangkitan puak mujahidin Islam memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana mereka kaum gay juga dikatakan menjadi target dan sasaran mujahidin.

"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer. "Tapi disini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Irak."

Di Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman gaynya sahaja yang tahu. Kerana di Irak dulunya tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Irak setelah keluarganya melarikan diri dari kekerasan sektarian, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibentengi Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan aman bagi orang asing disana.

Kes pembunuhan golongan Gay terjadi pada bulan Mac dan April lalu, dimana ditemukan enam orang gay terbunuh, empat diantara yang terbunuh itu didada mereka tertulis dalam bahasa Arab kata-kata 'menyimpang'. Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka dan dipersetujui setelah tiga kali wawancara di pejabat PBB, Ankara Turki. Ia berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS.

"Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya. Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara sekular Turki yang majoriti penduduknya Muslim, dimana dirinya merasa aman dan nyaman dengan ke 'hombreng'annya.

Untuk bertahan hidup di Turki, Ameer mendapat sedikit kiriman wang dari keluarganya di Irak sambil berkerja cuci kereta. "Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Irak..."

Macam juga pejudi-pejudi atau pelanggan-pelanggan pelacur yang terpaksa lari keluar dari Kelantan pergi ke Golok atau ke negeri-negeri di bawah tadbiran BN, kerana suasana Islam menjadi neraka bagi mereka. (Sumber: Era Muslim dll/AK)

Pusat Serenti Terbakar, Bolos & Lolos.

LIHAT gambar ini...

ORANG ramai termasuk para wartawan dan jurugambar berkumpul di hadapan Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor bagi mendapatkan maklumat terkini kebakaran yang memusnahkan pusat serenti itu, malam tadi. Turut kelihatan anggota bomba dan penyelamat serta polis yang bertugas mengawal keadaan. Kebakaran yang bermula sekitar pukul 6 petang tadi dipercayai dilakukan penghuni pusat serenti itu. --fotoBERNAMA

Berita dari Butterworth Sabtu Jun 20, 200 : Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta. Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah. Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Kena Siasat, ada apa-apa ke? (AK)

Pembantu Rumah, Pemerintah Kita Buat Bodoh.. -A.Kadir Jasin


JAKARTA: Indonesia kemungkinan menghentikan seketika penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas seorang pembantu rumah Indonesia dilaporkan didera baru-baru ini, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

"Kami kemungkinan menghentikannya (penghantaran pembantu rumah) sementara waktu. Namun sebelum itu, kami akan menjemput menteri-menteri dan pihak-pihak berkenaan bermesyuarat pada 23 Jun bagi membuat penilaian awal," lapor Antara yang memetik kenyataan Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Erman Suparno semalam.

Beliau berkata, antara yang dijemput menghadiri mesyuarat tersebut adalah menteri mengenai pemerkasaan wanita, menteri luar negeri, menteri undang-undang dan hak asasi manusia, menteri dalam negeri, ketua polis dan duta Indonesia ke Malaysia serta wakil-wakil Malaysia.


Berkata A.Kadir Jasinhttp://kadirjasin.blogspot.com, antaranya...


"Ini adalah reaksi kepada berita yang tidak putus-putus mengenai majikan jahanam yang menyeksa, merogol dan memperdaya pembantu rumah Indonesia mereka. Saya setuju kalau pemerintah Indonesia melaksanakan ancamannya itu. Malangnya bagi kita di Malaysia, kerana beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia yang membuat najis habis semua rakyat jelata kita yang baik budi terpalit. Nama Malaysia dan rakyat jelatanya menjadi busuk kerana perbuatan beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia ini. Mereka ini sebenarnya tidak layak menjadi majikan. Tetapi dek kerana mereka orang kaya atau berada maka mereka mampu mengambil bukan seorang, tetapi ramai pekerja asing yang mereka layan umpama khadam.

Pemerintah kita boleh buat bodoh.
Boleh kata ini hanyalah kelainan bukan kebiasaan. Atau pemerintah kita mengotakan ikrar mengenai sejahtera, aman dan makmur.
Kalau pemerintah kita, seperti diulang cakap oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, akan menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu, maka dia dan Kabinetnya pasti masih ingat bahawa sejahtera, aman dan makmur adalah ikrar parti Barisan Nasional. Haiwan yang bertopengkan manusia ini wajib dihumban ke dalam penjara dan diharamkan daripada menjadi majikan. Polis, pendakwa raya dan hakim tidak boleh berlembut lagi. Berikan mereka hukuman maksimum."

Ini satu lagi kegagalan projek BN dalam melaksanakan janji-janji dalam manifestonya. (Sumber: Berita Harian,
The Scribe A Kadir Jasin dll)

Untuk lanjutnya sila lihat..

1.
.Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumah Asing... Dr Siti Mariah
2..
Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumahtangga, Suatu Pelan Tindakan ...

UMNO Jujur, Bawa Saranan Ini! - Kickdefella.


TPM Muhyiddin, telah membuka laluan seluas-luasnya buat PAS untuk berunding dengan UMNO. Ramai terkejut dan merasakan ianya adalah satu perangkap atau satu petanda betapa desperadonya UMNO.

Blog http://kickdefella.wordpress.com/ berpendapat, "Tetapi semua silap. Ini adalah petanda betapa jujur dan seriusnya UMNO mahu berunding dengan PAS. Timbalan Presiden UMNO hari ini berkata, “We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I’m concerned, we have to be open,”(di sini)

Muhyiddin mengajak pemimpin, ahli dan penyokong PAS lupakan yang lalu, let bygones be bygones katanya. Muhyiddin dengan ikhlas bersetuju untuk UMNO tidak meletakkan sebarang syarat tetapi sebaliknya bersedia menerima sebarang syarat dari PAS supaya rundingan ini berjaya.

Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO. Keikhlasan Muhyiddin pasti bersambut, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Memandangkan Muhyiddin bersedia menerima sebarang syarat, saya mencadangkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengusulkan syarat-syarat berikut sebelum rundingan bermula.

  • Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia harus mengambil cuti dan serahkan kedua-dua jawatan tersebut kepada Muhyiddin Yassin sebagai Pemangku sepanjang tempoh perundingan.
  • Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera menyiasat kes pembunuhan Altantunya dan mencari segala jawapan yang tidak terjawab didalam perbicaraan di Mahkamah dengan tujuan membersihkan nama Najib Razak buat selamanya. Sesiapa yang didapati bersubahat didalam kes ini harus didakwa segera.
  • UMNO dan BN harus mengundurkan jenteranya dari Manek Urai segera dan bukan sahaja tidak bertanding tetapi tidak akan meletakkan calon-calon bebas di situ. PAS wajib diberi kemenangan tanda bertanding.
  • Muhyiddin Yassin terus mengetuai perundingan bagi pihak BN sehingga nama Najib dibersihkan.
  • Kedua-dua parti, UMNO dan PAS perlu memanggil EGM segera bagi mendapatkan mandat perundingan.

Dengan persetujuan UMNO menerima syarat tersebut, rundingan boleh dimulakan segera. Berikut adalah saranan intipati rundingan.

  • UMNO dan PAS hendaklah dibubarkan.
  • Sebuah parti baru ditubuhkan yang menggabungkan ahli kedua-dua parti tersebut. Ini supaya parti yang lebih besar tidak menekan parti yang lebih kecil untuk tujuan politik.
  • Parti baru hendaklah mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai pedoman dan intisari perlembagaannya.
  • Parti baru hendaklah ditadbir berlandaskan pertadbiran yang Islamik dari segenak aspek.
  • Parti baru hendaklah diterajui berdasarkan konsep kepimpinan Ulama iaitu, ianya dikawal oleh sebuah Majlis Perundingan Ulama-ulama tertinggi di dalam parti tersebut. Ini tentu tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO kerana beberapa bulan kebelakangan ini mereka berpegang teguh kepada Ulama memimpin parti.
  • Parti baru perlu komitted untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan kebebasan mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu.
  • Parti baru hendaklah komitted mempertahankan pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa keturunan.
  • Barisan pimpinan parti hendaklah di pilih terus menerusi pengundian oleh ahli-ahli dengan menghapuskan kuasa perwakilan bagi memastikan segala elemen yang memakmurkan politik wang dalam UMNO dahulu tidak merebak ke parti baru.

Selamat bersatu umat Melayu dan selamat melangkah sebagai ummah."

Sekian. Wallahu 'aklam... Fikir-fikirkan lah. (AK)

Ketua Pemuda PAS Dicabar..



KETUA Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada Malaysiakini, tempohari. Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

“Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini? Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno). Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”


Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan. Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia. Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah satu tenaga kea rah penubuhan PAS. Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi? PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn Islam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan: ” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs. The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”

Dalam senyap2 PAS berdakwah dengan UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO. Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS), mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata. Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan? Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa. Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah. Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.

Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu. Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO. Sila baca:
a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

Komen Blog Ibnu Hasyim: Demikian Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com) mencabar Ketua Pemuda PAS yang baru mengenai '
PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun'. Kita tunggu jawapan ke atas pandangan ini demi mencari kejernihan.. Wallahu 'aklam. (AK)

Perubahan: UMNO Macam Sumpah-sumpah..

Oleh Ustaz Idris Ahmad

TAJUK ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Muktamar ke-55 pada 11 Jamadilakhir 1430/5 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, adalah 'Islam Memimpin Perubahan'. Tema ucapan dasar ini membuktikan PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan parti.

Ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain, merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan negara). Islam yang hendak diperjuangkan ialah Islam syumul, lengkap, bukan tempelan, bukan dijuzukkan sehingga menampakkan Islam hanya digunakan sewaktu mati sahaja.

Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Islam ialah agama Allah bukan ciptaan daripada mana-mana dogma manusia. Islam ialah Islam dan bukan lain daripada itu walaupun ada dalam tulisan orientalis Barat yang cuba mengelirukan perkataan Islam dengan menyebut Muhammadism seolah-olah agama Islam adalah ciptaan Nabi kita Muhammad s.a.w. Malahan dalam tulisan mereka juga disebut dengan Muhammadan Law bukan disebut Islamic law. Ini adalah mainan orientalis seolah-olah undang-undang ini adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

Islam adalah agama yang tidak disandarkan pada individu tetentu. Tidak seperti agama Kristian dengan dikaitkan kepada Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agama Zoroasterianism kepada Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana tempat, seperti agama Yahudi yang dikenali dengan dengan Judaism yang berasal daripada nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe) demikianlah dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudian bertukar sebutannya kepada Hindu.

Tetapi Islam adalah daripada Allah, daripada acuan Allah (Siibgah Allah) dan bukan ciptaan mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Islam adalah Islam dan ia berdiri dengan sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan yang lain. Al-Syahid Syed Qutb menulis "Al-Islam huwa al-Hadharah" yang menyebut memang Islam itu maju dan yang mundur apabila tidak melengkapkan diri sebagai Islam yang tulen.

Jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang telah membawa kemajuan dan memimpin bangsa Arab walaupun sebelum baginda diutuskan orang Arab adalah bangsa nomad yang tidak maju dan dikalahkan oleh musuh-musuh. Keadaan berlaku sebaliknya apabila baginda membawa Islam ke dalam masyarakat Arab, sehingga bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Begitu juga di negara kita apabila Kesultanan Melayu mengamalkan Islam yang sebenar maka kekuasaan Melaka telah menguasai dua pertiga Kepulauan Melayu. Inilah yang sepatut direnung bukan mengambil Islam separuh dan meninggal Islam separuh. Sampai bila pun tidak maju, kalau pun maju, kemudian ia akan membawa kehancuran pada negara dan bangsa seperti yang dialami di Amerika Syarikat sekarang penghidap HIV 2 hingga 3 orang dalam satu jam manakala di negara kita 13 jangkitan HIV dalam seminggu.(Mingguan Malaysia 3/10/04, hlm. 19).

Contoh praktikal Islam memimpin perubahan ialah di Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dengan Islamlah kerajaan Kelantan menerajui dan memimpin perubahan seperti cuti bersalin 60 hari, kerja 5 hari, rumah tiga bilik, kifalah untuk warga emas. Sekarang kerajaan Kelantan mendahului, dan kerajaan Pusat ikut belakang.

Maknanya Islam mampu memimpin perubahan dalam apa suasana sekalipun. Tidak ada alasan untuk orang menolak Islam kerana kehebatan Islam sudah teruji berbanding dengan ideologi dan sistem manusia yang lain.Islam tetap segar, berbanding dengan ideologi lain. Sewaktu ideologi komunis runtuh pada tahun 1990-an, maka orang mengatakan bahawa sistem kapitalis adalah yang terbaik dalam penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Selepas 30 tahun lebih runtuh ideologi komunis, maka sekarang giliran ekonomi kapitalis pula runtuh dengan teruk. Negara Amerika Syarikat yang dianggap 'otai' kepada sistem kapitalis mengalami keruntuhan yang amat dahsyat, lebih teruk daripada apa yang dialami pada tahun 1929.

Perjuangan Umno untuk Islam bersifat 'flip-flop'

Bahananya telah dirasai sekarang oleh masyarakat seluruh dunia termasuk negara kita. Islam yang diperjuang oleh PAS, tidak seperti mana Umno, perjuangan terhadap Islam ialah 'flip flop' ikut suasana dan keadaan. Perjuangannya seperti sumpah-sumpah yang ikut suasana warna dan alam sekeliling. Kalau suatu tempat itu kuat Islam, mereka akan gunakan Islam banyak sikit. Wanita Umno dan Puteri Umno yang tidak bertudung pun akan pakai tudung. Kita boleh lihat di Manek Urai nanti. Pemimpin Umno yang hipokrit akan menggunakan platform agama untuk meraih keuntungan undi.

Perkara ini pernah berlaku di Pengkalan Pasir sewaktu pilihan raya kecil. Dato' Seri Najib selaku Timbalan Presiden Umno boleh dikatakan setiap waktu ke masjid untuk solat berjemaah di daerah mengundi di Pengkalan Pasir. Tidak berapa lama pula berlaku pilihan raya kecil di Ijok, Selangor, pemimpin Umno berwajah lain pula. Kerana suasana ke-Islaman tidak sekuat di Pengkalan Pasir.

Umno tidak menjadikan Islam sebagai memimpin perjuangannya. Ia menjadikan Islam hanya sebagai kuda tunggangan. Ambil Islam yang untung pada perhitungannya, contohnya zakat. Umno akan bermatian menggunakan agama kerana ia akan dapat menimbunkan duit dalam kantung.

Berkenaan dengan judi, dan arak, hukum hudud Umno buat tidak kisah kerana ia mendatangkan wang. Umno lebih rela mengenakan hukum denda daripada melaksanakan hukum Allah. Ini kerana denda dapat wang, hukum Allah tidak dapat wang. Ini adasar Umno hanya bersandarkan kepada ringgit dan sen sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Sewaktu Dr Mahathir Mohamad memimpin negara dan Umno, atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.

Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan.

Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Kenyataan Dr Mahathir dalam bukunya 'The Malay Dilemma' dalam halaman 15, membuktikan dakwaan ini: "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihan raya yang akan datang."

Apabila Islam tidak memimpin perubahan, kemajuan yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung keciciran. Ini dapat dilihat dengan keadaan pencapaian ekonomi bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4 peratus meningkat pada tahun 1990 ialah 19.3 peratus manakala tahun tahun 2000 telah menurun kepada 18.7 peratus. Tanah rizab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar pada tahun 1995 hanya ada 1.7 juta hektar. Inilah kemajuan yang tidak dibimbing oleh Islam. Yakinlah bahwa Islam mampu memimpin perubahan di dunia dan di akhirat.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Jun 2009.

PAS-UMNO Saja Bergabung, Bukan K/Perpduan -K/Dewan Ulama PAS.


KUALA TERENGGANU, Jun 2009 – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut. "Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya hanya akan menerangkan, bukan memberi pandangan. Ianya adalah (konsep kerajaan perpaduan) yang dikemukakan Presiden PAS,” jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik itu berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”. Katanya, Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam. "Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh Islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

"Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran," tambah beliau. Menurutnya, lontaran ini hanya jika semua orang (pihak) bersetuju. "DAP setuju, PKR setuju, UMNO setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,” tegasnya. Namun, beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah 'kerajaan gabungan (campuran)'.

"PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan," jelasnya. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang gagasan dan keinginan ahli PAS untuk bergabung dengan UMNO. Menurutnya lagi, konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS. Justeru, menurutnya lagi perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.

(Sumber: http://www.pas.org.my)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails