Saturday, August 22, 2009

Fitnah RM600,000 Zulkifli Buat Laporan Polis.

.
Gambar Zulkifli Lazim bersama Ustaz Dr Mujahid yang dituduh menfitnah Ustaz Salleh Man menggelapkan wang RM600,000. Zulkifli telah membuat laporan, di Balai Polis Bukit Mertajam semalam, dan akan menyaman pihak yang bertanggung jawab.

Yusry Ishak bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, calon BN di Permatang Pasir. Beliau mendedah dan membela dirinya selepas dituduh Umno sebagai pihak yang bersalah sehingga Rohaizat dipecat dari Majlis Peguam, dalam ceramahnya malam tadi (21 di Permatang Tengah, Permatang Pasir. Ceramah beliau bersama Ustaz Salleh Man, dan Dr Haji Mohd Hasyim dari Blog Ibnu Hasyim

"Ustaz Salleh calon PAS yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat..." Kata Dr Hj Mohd Hasyim dalam ceramahnya di Permatang Tengah semalam.

Friday, August 21, 2009

Tuduh Calon PAS Makan Duit, Saman Saja Penfitnah Itu...


Catatan Santai Ibnu Hasyim
HARI ini saya ada di Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil N11. Sdr Mahfuz Omar membuat kenyataan akhbar, menjawab tuduhan sebuah blog (Bigdog) yang menuduh calon PAS dalam pilihan kecil itu Ustaz Salleh Man mengelapkan duit PAS. Konon dari sumber Dr Mujahid dan Zulkifli Lazim. Setengahnya menyebut berjumlah RM600,000, ada yang kata RM60,00 dan makin turun nampaknya.

Saya lihat ada saudara Mahfuz, Mustafa Ali, Ustaz Salleh, Ustaz Dr Mujahid, Zulkifli Lazim, Saudara Jamil Abdul Rahman, Ustaz Khalid Man dan ramai lagi termasuk kawan-kawan lama saya dulu. Saya dapat telefon dari Wan Rahim Wan Abdullah dari Kelantan yang akan sampai lepas Asar hari ini dan janji nak jumpa. Antara blogger yang ada Al-Banjari, Cenangau, Jiwa Kelate dan beberapa lagi.

Agensi-agensi berita lain seperti BERNAMA dan banyak lagi. Tiba-tiba saya nampak juga A.Samad Said dan mungkin isterinya bertudung melintas jalan menuju ke markas PAS tempat kenyataan akhbar itu.

Sedang kami minum-minum di bawah pokok depan markas lepas kenyataan media itu, masing-masing memberi komen. "Saman saja tukang fitnah itu!!" Kata Wanjo editor Jiwa Kelate kepada Ustaz Mujahid dan Zulkifle Lazim.. "Ajar sikit mereka!". Nampaknya masing-masing bersetuju.

Tiba-tiba datang seorang kawan lama memberitahu saya, "Ksmi tetapkan anta ceramah di dua tempat malam ini.. atas nama Blog Ibnu Hasyim."


Catatan Santai Ibnu Hasyim Permatang Pasir 21-08-2009

Thursday, August 20, 2009

Bagaimana Dapatkan Puasa Gred A?

Takkan hanya ini??

MENAGAPA hanya sanggup tahan lapar dahaga ikut sebahagian cara hidup Islam.. sedangkan ada lagi arahan lebih besar, melaksanakan politik, kekhalifahan dan negara Islam untuk menyelamatkan manusia sejagat tidak dipedulikan? ....klik di sini!

Imbasan Ramadzan: Di Mana Kesan Puasa Dalam Politik Kita?

Bagaimana memilih pemimpin di bulan puasa? klik di sini..

P/ Pasir: Pilih Pemimpin Macam Mana?

Siapa Kata Dalam Bulan Puasa Tak Boleh Mengumpat?

Siapa Kata Dalam Bulan Puasa Tak Boleh Mengumpat? Mengumpat yang harus dalam 6 keadaan ini... klik di sini!

Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..

Malaysia: Puasa Mulai Sabtu Ini..

Y.M. ENGKU TAN SRI DATO SRI IBRAHIM BIN ENGKU NGAH
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
No. 482, Jalan Bukit Petaling.
50460 KUALA LUMPUR
KL: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini. Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini. (2MA)

Lihat artikel-artikal mengenai puasa dan hari raya sebelum ini.

H1N1 Kerana Hantu Bisu? Mari berdoa. - Nik Aziz



Blog Ibnu Hasyim: Pihak kami mencadangkan supaya kita sama-sama membaca ayat-ayat al-Quran dan doa nabi yang ma'thur ini dalam menghadapi musibah H1N1 yang melanda dunia dan negara kita.

Pertama: Kita perlu memba 3 Qul. Anda boleh lihat dalam tafsir Al-Quran 3 surah terakhir dalam Al-Quran iaitu QulhuAllah, Al-Falaq dan An-Nas.

Kedua: Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)]

Kata Rasulullah SAW: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.

Sekian, Allahu aklam. (2MA)

P/ Pasir: Pilih Pemimpin Macam Mana?

MEMILIH pemimpin adalah sama seperti memilih imam solat jamaah. Imam mestilah seiring yang beramal Islam serta berakhlak mulia, jelas Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi mengulas pemilihan calon BN di pilihanraya kecil Permatang Pasir. Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat itu menjelaskan, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah mahupun ADUN sendiri.

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi seharusnya dijadikan medan terbaik menjelaskan peribadi calon yang haq dan batil, dengan mengambil iktibar dari prilaku Rasulullah s.a.w berdepan Peperangan Badar al-Qubra. Katanya lagi, seorang individu yang sah dibuktikan pecah amanah, tidak boleh menjadi imam solat jamaah walaupun ADUN itu sendiri.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan," Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam ceramah kempen pilianraya kecil DUN Permatang Pasir, di Permatang Pasir semalam.

Kira-kira 5,400 orang pengundi Cina memainkan peranan penting dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir kali ini. PAS bagaimanapun yakin dapat mengekalkan sokongan dikalangan pengundi Cina. Bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil tersebut, PAS memfokuskan kepada empat daerah yang mempunyai majoriti pengundi Cina - Kampungg Cross Street, Sama Gagah, Kampung Pelek dan Permatang Pauh, ujar Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi.

Tengku Razaleigh hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap pemilihan Rohaizat sebagai calon BN di Permatang Pasir. Kekecewaan tersebut dinyatakan melalui artikel terbaru di laman blog peribadinya http://razaleigh.com/. "Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulisnya yang senang di sapa panggilan Ku Li itu.

Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong. Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Salam hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan.

"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya.

Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu. Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira". Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu.

Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu. Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu. "Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini.

(Pelbagai Sumber)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails