Thursday, October 08, 2009

Lumut: Asap Berkepul-kepul, KD Seri Inderapura Terbakar

Berita: Khamis Oktober 8, 2009. KD Seri Inderapura terbakar.Bernama: Asap berkepul-kepul naik dari KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut kira-kira 6 pagi tadi. -Foto THE STAR oleh SAIFUL BAHRI

Budaya Samseng Terbaru: Perlu Penjelasan Pihak Polis

Anggota polis mengundi cara pos di balai polis daerah Port Dickson hari ini. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
-Foto THE STAR oleh ART CHEN


Salah seorang mangsa keganasan di Bagan Pinang. Mengapa polis membisu dengan budaya samseng ini?

Ustaz Idris Ahmad


BAGAN PINANG, 8 Okt: PAS mendesak pihak polis membuat penjelasan berhubung insiden terbaru membabitkan tindakan ganas Pemuda Umno terhadap petugas PAS. Ketua penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Polis seperti membutakan mata dan memekakkan telinga apabila sehingga kini belum ada apa-apa penjelasan dibuat sedangkan inseden petang semalam dan malam tadi itu mengancam nyawa sesorang.

"PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera," ujarnya.

"Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban."

Beliau juga memberitahu, tindakan ganas dan samseng Umno BN bukan perkara baru dan dai yakin polis juga sedia maklum perkara itu.

Tegasnya, sebelum ini sudah beberapa kali kejadian serupa berlaku sehingga ada yang terbunuh. Namun lebih dikesali apabila pihak polis dilihat tidak pernah mengambil pengajaran dari apa yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

"Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis."

Desakan ini katanya bukan kerana ia berlaku kepada PAS, tetapi keganasan ini sudah lama bersarang dalam Umno BN sendiri.

"Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

"Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

"Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang."

Malam tadi, Sebilangan petugas yang bertugas di Markas Induk Pemuda diserang sekumpulan samseng penyokong Umno menggunakan senjata tajam. Sebahagian mereka ditumbuk manakala ada juga yang di tetak menggunakan parang. Kejadian serupa turut berlaku petang semalam apabila beberapa pemuda PAS diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad.

Tindakan ganas Pemuda Umno ini kata Ustaz Idris, telah mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman. Sehubungan itu beliau mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN bukan sahaja terlibat dengan rasuah malah menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menjatuhkan calon Pakatan Rakyat.(2MA)

B/Pinang: Tentera, Peluru & Bom, Terjemah Dlm Demokrasi -Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Okt: Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini. Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia. "Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.. Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya, menurut Harakah Daily, hari ini.

Anggota tentera merupakan suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.. Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya. Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi. Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya. (AK)

Wednesday, October 07, 2009

Takziah, Tragedi 30 Sept Gempa Sumatera.




Oleh IRSYADI, S.Ag.MAg (WASEK PTA PADANG)

PADA hari rabu tanggal 30 September 2009 tim PTWP mepersiapkan diri dalam rangka pelepasan keberangkatan Tim PTWP Pengadilan Tinggi Agama Padang ke Palembang. Dalam acara pelepasan yang dilaksanakan di halaman Gedung Pengadilan Tinggi Agama Padang pada pukul 16.30 WIB. Acara tersebut dibuka sekaligus pelepasan langsung oleh Ketua Pengadilan Tinggi Agama Padang dan diakhir acara tersebut ditutup dengan do’a bersama yang dipimpin oleh Drs. H. Zuarlis Saleh .SH. MA. (Ketua Pengadilan Agama Lubuk Sikaping) pada pukul 17.00 WIB.

Setelah mobil rombongan Tim PTWP diberangkatkan, pada pukul 17.16 terjadi gempa tektonik berskala 7,9 SR. Pada saat akan terjadi gempa Saya (Wakil Sekretaris PTA Padang) dan Mukhlis, SH (Kasubag Keuangan PTA Padang) masih berada didalam kantor dalam rangka menyelesaikan TOR dan RAB untuk dibawa ke Jakarta untuk pembahasan Pagu Indikatif yang diperkirakan pembahasan tersebut dilaksanakan pada tanggal 5 Oktober 2009, dengan terjadinya gempa yang begitu dahsyat kami lari keluar dalam kondisi yang tidak stabil sebab gempa yang terjadi hentakannya berbentuk herizontal, ini terlihat saat proses gedung akan runtuk bukannya bergoyang akan tetapi gedung tergoncang ke atas terlebih dahulu baru roboh.

Dalam kondisi seperti itu saya masih berpikir untuk menyelamatkan mobil jabatan Ketua (Altis) yang berada dalam garase yang berada dibawah mes tempat petugas penjaga malam Kantor Pengadilan Tinggi Agama Padang, dengan tampa berpikir panjang mobil saya keluarkan dalam rentuhan batu-batu yang masih berjatuhan, kemudian mobil soluna dan kijang kapsul sedangkan mobil yang lain tidak dapat diselamatkan lagi oleh karena gedung begitu cepat runtuhnya. Kondisi kantor pasca Gempa mengakibatkan :

1.Gedung PTA Padang
Kondisi Gedung Kantor Pengadilan Tinggi Agama Padang dalam kondisi rusak total sebagian Gedung hancur total dan sebagian masih tampah agak berdiri akan tetapi seluruh kontruksinya sudah hancur dan patah dan telah condong kearah belakang serta sedikit demi sedikit mulai runtuh oleh karena gempa dengan kekuatan kecil terus menerus terjadi dan belum berhenti.

2.Mobiler dan intrumen lainya. Kondisi mobiler dan alat-alat pendukung lainnya hampir 80 porsen hancur, termasuk computer, laptop, ginset dan lain sebagainya.

3.Kenderaan dinas. Kenderaan Dinas yang rusak akibat gempa
1.1Mobil Carry dengan Nomor polisi BA 2132 JJ, hancur total karena terhimpit oleh runtuhan gedung
1.2Mobil Altis dalam kondisi rusak, lampu depan pecah dan bodi belakang rusak berat akibat tertimpa reruntuhan batu-batu pecahan lantai atas.

4.Rumah Dinas Ketua PTA Padang Rusak Berat;

5. Kenderaan Pegawai
1.1.Mobil Panther atas nama IRSYADI,S.Ag.MAg (Wasek PTA Padang) hancur total dihimpit reruntuhan gedung, karena diwaktu itu saudara Irsyadi, S,Ag. MAg sedang bekerja lembur dalam rangka menyelesaikan RKA-KL untuk persiapan Pagu difinitif di Jakarta yang diperkirakan dilaksanakan pada tanggal 5 Oktober 2009.
1.2.Mobil Kijang atas nama Drs. Wildon Joni (Panitera Muda Banding PTA Padang) hancur total akibat terhimpit reruntuhan Gedung kantor.
1.3.Mobil Carry milik An. YUSKAL, SH (Panitera Pengganti PTA Padang) hancur total terhimpit reruntuhan Gedung kantor
1.4.Motor Honda Beat milik an. MUKHLIS, SH (Kasubag Keuangan PTA Padang) rusak waktu diruntuhan gedung yang sudah doyong akibat gempa, karena diwaktu itu saudara Mukhlis, SH Juga sedang lembur dengan saudara Irsyadi, S,Ag. MAg dalam rangka menyelesaikan RKA-KL untuk persiapan Pagu difinitif yang diperkirakan dilaksanakan pada tanggal 5 Oktober 2009 di Jakarta.

6.Lapangan Tenis
Lapangan Tenis PTA Padang dalam kondisi rusak parah seluruh pagar lapangan roboh dan sebagian lapangan retak-retak.

Keamanan Kantor.

Walaupun kontak dengan pimpinan dan pejabat lainnya serta staf terputus, akan tetapi dengan inisiatif seluruh elemen termasuk Bapak Ketua PTA Padang dan Wakil Ketua PTA Padang membatalkan keberangkatannya ke Palembang dan langsung memberikan intruksi tanggap darurat kepada seluruh pegawai dan pemain untuk melakukan tindakan cepat dan seperlunya, untuk melakukan Pengawasan dan keamanan terhadap gedung dan barang yang ada didalamnya. walaupun kontak terputus ke Jakarta dengan alternarif-alternatif berita bisa sampai ke Jakarta dan juga pihak-pihak terkait

Kondisi Kantor Pengadilan Agama di wilayah Sumatera Sumatera Barat untuk sementara waktu tidak bisa dipantau dan diketahui kondisinya karena untuk sementara waktu kontak dengan daerah terputus total. Kecuali Pengadilan Agama Padang Kls 1A dalam kondisi tidak layak huni.
Pada hari hari Kamis tanggal 1 Oktober 2009 saya menjemput tim Mahkamah Agung atas perintah pimpinan, dari bandara saya langsung membawa Tim ketempat lokasi kejadian pada pukul 21.00 WIB.

Dan tampa ada istirahat saya membawa Tim Mahkamah Agung RI sampai kedaerah- daerah untuk melihat secara riil Pengadilan Negeri, Pengadilan Agama, Peradilan Militer dan TUN. Dari Pantauan Tim Mahkamah Agung RI, Pengadilan Tinggi Agama Padang dalam kondisi hancur/rusak berat, Pengadilan Tinggi Padang rusak bagian belakang, Dilmil hancur total/rusak berat, Pengadilan Agama Padang Kelas 1A tidak layak huni, Pengadilan Negeri Padang panjang tidak layak huni yang lainnya rata-rata retak sedangkan untuk daerah Painan dan Sijunjung tidak bisa dipantau akibat macet dan jalan putus akibat lonsor, dengan cuplikan gambar sebagai berikut.

Bliog Ibnu Hasyim: Takzsiah dari Blog Ibnu Hasyim, tindakan lanjut akan menyusulk. insya Allah!

Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.

Iran: Gambar atas dalam bas. Dibelakang ada sekatan khas untuk wanita. Gambar bawah dalam LRT, ada ruang khas untuk wanita. Pemerintahnya mengambil kira bataspbatas halal-haram dan percampuran bebas. Bolhkah dilaksanakan di Malaysia?


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran siri 1

SEMASA di Tehran, saya naik keretapi bawah tanah gerabak wanita diasingkan dari lelaki, kecuali yang bersama keluarga. Begitu juga bas-bas awan, tempat wanita di belakang, walaupun di sana hampir semuanya sudah berpakaian menutup aurat, bercadur. Teksi-teksi pun ada yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Sila lihat klip vedeo ini..

19,097 views

14,723 views



Walaupun sumber klip vedeo ini dari sumber bukan Islam, namun bila dilihat kesungguhan republik Islam itu merealisasikan perlaksanaan cara hidup Islam dinegaranya dengan mewujudkan elternatif, amat mengagumkan saya. Contohnya teksi wanita, bas dan lain-lain. Ya., kita lihat seterusnya pula..

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..


Lihat seterusnya..
1. Muslimah Bertudung, Wanita Pertama Pemandu Teksi New Delhi.
2. KL/Sel Perlu Adakan Teksi, Bas & Cabin LRT Untuk Wanita.

Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..

GAMBAR-GAMBAR DI IRAN
Kampung tempat kami pernah bermalam, di kawasan Ayatullah Teleghani

Dalam rumah di kampung itu.. Sedang berdiang.

Siangnya kami mendaki gunung.. berburu?

Menyusuri Laut Caspian

Berjumpa kumpulan-kumpulan unta di sepanjang perjalanan..

Kami terdesak, terpaksa bermalam di sebuah kampung terpencil keturunan penyembah-penyembah api di Persepolis. Gambar: Dia yang di tengah-tengah itu mempelawi kami bermalam di rumahnya.

Bertemu kumpulan yang membeli patung hiasan bersejarah..

Patung-patung begini terlalu banyak di bandar-bandar di Iran.

by ASYOK KUMAR

SESIAPA yang ada apa-apa maklumat mengenai Orang Melayu Islam Sri Lanka, jika berminat sila beri info kepada blog ini, kerana pada Awal November (3 minggu lagi) editornya Ibnu Hasyim akan mengadakan lawatan demi berkongsi pengalaman dan maklumat bersama di sana. Demikian katanya selepas ditemui pagi ini. Beliau baru pulang dari Tehran Iran.

Menurutnya, "Saya dan kawan-kawan yang ke Iran terpaksa batalkan rancangan melawat Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan, kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami mengambil masa 2 minggu di Iran berpusing hampir seluruh Iran. Dari Tehran ke Qom, Esfahan, Shiraz, Kerman, Mashhad, menyusuri Laut Caspian hingga ke Tehran semula. Kami menziarahi kampung-kampung terpencil keturunan penyembah-penyembah api di Persepolis, Kampung di Teleghan utara Tehran yang bersalji dan merentasi ribuan kolometer padang pasir bertemu dengan kumpulan-kumpulan ternakan unta, kambing dan lain-lain."

Ditanya mengapa masih belum ada Catatan Perjalanan Ke Iran dalam blog itu, katanya "Ada masalah sikit.. Lepas ini akan menyusul.. Insya Allah."

Berbalik kepada lawatan kepada orang Melayu Sri Lanka, ada beberapa pelawat blog ini yang bertanyakan untuk turut serta. Kita mengalu-alukan untuk sama-sama kongsi pengalaman dengan Dr Hj Mohd Hasyim yang juga Presiden Grup Universiti Ulu klang. (AK)
Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Monday, September 21, 2009

Tarik Balik Permit Konsert 'Beyonce I Am..' Ini! -Pemuda PAS

HALAMAN HIBURAN
Beyonce I Am... Budaya begini nak ditanamkan kepada remaja Malaysia?

PETALING JAYA: Pemuda PAS, yang pernah membantah konsert penyanyi Beyonce Knowles dua tahun lalu sehingga ia terpaksa dibatalkan, meneruskan pendiriannya dengan menggesa kerajaan membatalkan persembahan artis itu di ibu negara bulan depan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya mahu kerajaan menarik balik permit membolehkan konsert itu - Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009 diadakan 25 Oktober ini. "Dewan Pemuda meminta kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab agar menarik balik kebenaran (yang telah diberikan)... apa tujuan membenarkan konsert ini diadakan? Kita tidak mahu kebenaran kepada konsert yang menyuntik kerosakan moral dan akhlak muda-mudi," kata Nasrudin ketika dihubungi.

Selain membantah konsert itu buat kali kedua berturut-turut, Dewan Pemuda pernah menyatakan pendiriannya menentang persembahan Rihanna Live in Kuala Lumpur pada Februari lalu dan kumpulan Michael Lears To Rock awal bulan ini. Turut dibantah ialah konsert Mariah Carey. Bagaimanapun Nasrudin berkata, pihaknya kemungkinan tidak sempat menghantar memorandum kepada kementerian terbabit kerana akan sibuk dengan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan awal bulan depan.

Penyanyi itu sepatutnya mengadakan konsertnya di Malaysia pada 2007 tetapi dibatalkan ekoran bantahan Dewan Pemuda PAS. Seterusnya artis itu mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta. Ketika itu Nasrudin merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Knowles yang terkenal dengan gerak tari bootylicious dijadual mengadakan persembahan julung kali di Stadium Nasional, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia. Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.

Siri konsert dunia itu diadakan sempena pelancaran album ketiganya, I Am… Sasha Fierce yang merangkumi lagu-lagu hit seperti If I Were a Boy, Single Ladies (Put a Ring on It), Halo, Sweet Dreams dan Broken-Hearted Girl. Nasrudin menambah, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert itu daripada diadakan.

"Sebaliknya kami akan mengedarkan risalah bagi mendidik peminat-peminatnya daripada menghadiri konsert tersebut," kata beliau sambil menambah, risalah akan diedarkan di pintu masuk konsert itu diadakan kelak.

"Kita bukan antihiburan, bukan menentang semua bentuk hiburan tetapi membantah hiburan-hiburan yang mendorong kepada keruntuhan moral dan persembahan artis yang tidak bersesuaian," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Elok diharamkan terus tarbiah dari ajaran sesat (Beyonce I Am..) ini, kerana menghanyutkan generasi mudi ke arah kehancuran negara. Pemimpin-pemimpin BN perlu sedar hal ini..(Sumbar Mstar Online/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails