Wednesday, November 18, 2009

Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.


-->CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 9
Dia orang Melayu pertama yang saya jumpa di Colomb0. Lihat juga catatan perjalanan sebelum ini.

Semua ini yang bergambar bersama Ibnu Hasyim (kiri) adalah orang Melayu Sri Lanka, yang ditemui di masjid Colombo (diatasnya).
RUPANYA malam itu, dengan tidak secara langsung saya telah bertemu dengan seorang pemuda Melayu di Colombo, pekerja di restoren bawah tempat hotel yang saya sewa. Dialah orang Melayu pertama saya jumpa di Sri Lanka. Hari besoknya, saya keluar seperti yang djanjikan.Saya dibawa ke sebuah sekolah perempuan Madrasah Al-Banat, hanya beberapa kilometer sekitar Colombo.

Bertemu pengtuanya, orang Melayu. Namanya ialah Mu'az bin Tuan Kecil. Sekolah agama cawangan dari Pulau Maldive, luar Sri Lanka.. Yang di Colombo ini sudah dibuka 4 tahun. Terdapat 80 orang pelajar. Antara mata pelajaran yang diajar di situ ialah fardhu ain.

"Barangkali tuan berasal dari Negeri Kelantan, kerana nama 'Tuan' di depan nama ayah kamu itu!" Kata saya dalam bahasa Melayu, kerana dia tahu cakap Melayu, walaupun agak kurang lancar. Saya pun tak pasti betulkah gelaran 'tuan' itu berasal dari Kelantan.

"Entahlah. Saya pun tak tahu. tapi isteri saya bernama Nyai Hasina Kasir. Saya dan isteri saya lahir di Sri Lanka." jawabnya.

"Anak tuan?"

"Ya. Anak saya, enam. Empat lelaki, saya namakan Abdullah, Abdul Halim, Abdul Ahad dan Muhammad. Dua lagi perempuan saya namakan Mariam dan Maziah."

“Bolehkah tuan terangkan serba sikit mengenai orang Islam Sri Lanka?”

Katanya, “Orang Moor Sri Lanka brjumlah kira-kira 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini. Iaitu berjumlah 1,404,534 orang pada tahun 2005. Kebanyakannya bermazhab Syafi'i.”

Ingin saya jelaskan lagi…

Pertama: Dari sudut etimologi, dari beberapa web yang saya lihat, istilah ‘Moor’ pertama kali digunapakai oleh orang Portugis yang melabel semua orang Islam sebagai musuh mereka. Orang Moor yang diperangi mereka di Semenanjung Iberia selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan pedagang-pedagang Arab yang menetap di Sri Lanka pada masa antara kurun ke-8 dan ke-15. Bahasa Arab yang dibawa oleh tentera-tentera upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun masih banyak perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian.

Pada masa lalu, orang Moor menggunakan bahasa Arwi sebagai bahasa ibunda mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan. Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan pinjaman dari bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam bahasa Sinhala, satu bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh kelompok majoriti Sri Lanka, orang Sinhala.

Orang Moor Sri Lanka tinggal dalam kelompok masyarakat perdagangan pantai dan pertanian sambil memelihara warisan kebudayaan Islam mereka di samping menerima pakai banyak adat resam Asia Selatan. Semasa tempoh penjajahan Portugis, orang Moor menderita akibat penyeksaan, dan ramai yang berpindah ke Tanah Tinggi Tengah yang keturunan mereka masih wujud di sana.

Di pantai timur, orang Moor Sri Lanka adalah petani, nelayan dan pedagang. Keluarga mereka bersusur galur melalui pihak wanita sebagaimana sistem hubungan kekeluargaan di negeri baratdaya India, Kerala.. tetapi mentadbir masyarakat mereka melalui Syariat Islam.[Sila lihat "Kmaraikayar". http://www.rootsweb.com/~lkawgw/kmaraikayar.html. Retrieved 2007-07-02.1]

Kedua: Di dalam "The Muslims and Sri Lanka". & Mission Islam. http://www.missionislam.com/knowledge/srilanka.htm. Retrieved 2007-07-04. menyebutkan..

i…Orang Tamil Sri Lanka, sepanjang sejarah, cuba mengkelaskan orang Moor Sri Lanka sebagai bangsa Tamil. Kononnya cubaan ini dibuat sebahagian besarnya atas sebab-sebab pentingkan diri sendiri. Yakni dalam usaha menghalang masyarakat minoriti Islam memiliki identiti diri yang unik. Bagaimana pun, kerajaan Sri Lanka menganggap orang Islam sebagai keturunan Arab dan kumpulan etnik yang berbeza daripada orang Tamil.

ii…Cara Islam berkembang di Sri Lanka serupa dengan apa yang berlaku di pantai Malabar India. Tradisi mencatatkan bahawa orang Arab yang menetap di pantai Malabar biasa belayar dari pelabuhan Cranganore ke Sri Lanka untuk menziarahi apa yang dipercayai mereka sebagai bekas tapak kaki Adam AS. Bekas yang terletak di puncak sebuah gunung sehingga kini masih dipanggil sebagai Puncak Adam.

iii…Ibnu Batuta, pengembara Arab terkenal kurun ke-14, ada mencatatkan banyak faset mengenai pengaruh Arab awal di Sri Lanka dalam catatan pengembaraannya.

iv…Sebelum akhir kurun ke-7, sebuah koloni pedagang Islam telah tertubuh di Sri Lanka. Mereka terpukau dengan keindahan pemandangan sekitar dan tertarik dengan tradisi yang dikaitkan dengan Puncak Adam. Pedagang Islam ini tiba dalam jumlah besar dan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk menetap di pulau itu. Mereka menerima daripada pemerintah tempatan. Kebanyakan mereka tinggal di sepanjang kawasan pantai dengan aman dan makmur sambil mengekalkan hubungan budaya dan komersial dengan Baghdad dan bandar-bandar Islam yang lain.

Ketiga: Menurut Tikiri Abeyasinghe dalam ‘Portuguese Rule in Ceylon, 1594-1612’ (Pemerintahan Portugis di Ceylon, 1594-1612), m.s 192, tradisi menyatakan bahawa,

‘..para pengikut Muhammad Ceylon yang pertama ialah sekelompok orang Arab Bani Hashim yang diusir dari Tanah Arab pada awal kurun ke-8 oleh pemerintah tirani Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan, dan mereka yang berasal dari selatan Sungai Furat lalu menetap di concan di bahagian selatan benua India, Pulau Ceylon dan Melaka. Sebahagian mereka yang datang ke Ceylon membentuk lapan buah penempatan besar di sepanjang pantai timur laut, utara dan barat pulau tersebut; yakni sebuah di Trincomalee, sebuah di Jaffna, sebuah di Colombo, sebuah di barbareen dan sebuah di Point de Galle

Dan Lain-lain: Banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh didapati, memadai saya letakkan rujukan seperti berikut.

1. "Kmaraikayar". http://www.rootsweb.com/~lkawgw/kmaraikayar.html. Retrieved 2007-07-02.
2. "The Muslims and Sri Lanka". Mission Islam. http://www.missionislam.com/knowledge/srilanka.htm. Retrieved 2007-07-04.
3. 30-Days Muslim Prayer Focus
4. Rencana daripada Kajian Negara Perpustakaan Kongres yang merupakan terbitan kerajaan Amerika Syarikat di domain awam.
5. Victor C. de Munck. Experiencing History Small: An analysis of political, economic and social change in a Sri Lankan village. History & Mathematics: Historical Dynamics and Development of Complex Societies. Edited by Peter Turchin, Leonid Grinin, Andrey Korotayev, and Victor C. de Munck, pp. 154-169. Moscow: KomKniga, 2006. ISBN 5484010020
6. Pautan luar
* Portal komuniti orang Islam Sri Lanka
* Laman web masyarakat Islam Sri Lanka
* Laman web online baru orang Islam Sri Lanka
* Laman web Islam Sri Lanka
* Sejarah orang Islam di Sri Lanka
* Kisah Orang Melayu di Sri Lanka
* Orang Melayu Sri Lanka dan kelangsungan hidup mereka.

“Akhir sekali saya ingin dapatkan pandangan tuan mengenai politik negara ini dan apa sikap tuan?” Saya tanya Muaz selepas berbual agak panjang.

“Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka adalah sebuah negara pulau di pesisir tenggara India. Hingga tahun 1972, dunia internasional menyebut negara ini Ceylon. Sri Lanka telah dilanda konflik etnik selama dua dekad. Terakhir, antara pemerintah dan kelompok minoriti Tamil yang dipimpin Harimau Tamil. Pada tahun 2002, kedua pihak setuju untuk mengadakan gencatan senjata.” Jawabnya lagi.

“…dan saya pula lebih menumpukan kerja-kerja pendidikan, dan memilih pendekatan dakwah melalui Jamaah Tabligh… Dan orang Eropah Islam yang bersalam dengan tuan mula-mula tadi adalah rakan-rakan kami dalam jamaah ini. Kami bersaudara tanpa mengenal batasan sempadan dan negera. Kalau ada kesempatan, sila datang ke markas besar kami di Colombo ini sekitar beberapa batu dari sini!

“Terima kasih tuan. Oo, ya. Bolehkah kita bergambar sebagai kenangan. Dan saya nak buat laporan mengenai sekolah tuan, dalam blog saya. Mana tahu, kalau ada orang Malaysia yang terbuka hati untuk membantu apa yang perlu untuk sekolah tuan.” Saya meminta.

“Ya. Memang ada orang Malaysia, Pattanai Thailand dan Myanmar yang menghantar anak mereka belajar tahfiz di Sri Lanka, tapi di luar Colombo.. Mereka yakin dengan pembelanjaran di sini.” Sambungnya. “Mengenai gambar… Maaf, kami tidak benarkan bergambar walaupun diri saya sendiri. Saya harap tuan faham… Tapi, ini nombor telefon saya kalau ada apa-apa boleh hubungi nombor ini.
MUAZ BIN TUAN KECIL
TEL: 0773633308’

Wallahu 'aklam. Bersambung lagi, Insya Allah.
Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 18, 2009
KL

Lihat lagi..

E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

Tuesday, November 17, 2009

Kedah: 4 Strategi Bajet 2010

ALOR SETAR, 17 Nov 2009: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini membentangkan bajet 2010 bagi negeri Kedah. Bajet 2009 ini menggariskan empat strategi sebagai instrumen untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Empat strategi tersebut ialah..

1..Merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat,
2..membangunkan modal insan;
3..Meningkatkan kesejahteraan Rakyat dan
4..Memperkasa Jentera Pentadbiran Negeri.

Bajet yang dibentangkan ini berjumlah RM 1,279,614,642 merangkumi anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM512,186,574, anggaran pembangunan sebanyak RM 347,541,580 dan anggaran bekalan air sebanyak RM419,886,488.

Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak 42 peratus adalah untuk bayaran emolumen; 34 peratus untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap; 20 peratus untuk perkhidmatan dan bekalan dan 1 peratus untuk perolehan aset.

Sementara itu bagi peruntukan pembangunan pula, bajet 2010 diagihkan sebanyak 65 peratus untuk program prasarana; 20 peratus untuk pentadbiran; 8 peratus untuk pertanian, 6 peratus untuk agama dan sosial; dan0.34 peratus untuk ICT.

Manakala kerajaan negeri menganggarkan hasil yang bakal dikutip sebanyak RM496,085,253. Ini merangkumi Hasil cukai sebanyak RM281,314,403; hasil bukan cukai RM60,951,470 dan Terimaan Bukan Hasil RM153,819,380.

Anggaran hasil kerajaan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu (RM487,478,010). Defisit yang dianggarkan pada tahun hadapan ialah sebanyak RM16,101,321 iaitu sebanyak 3.16 peratus berkurangan berbanding tahun 2009 sebanyak RM17,529,747 (3.47 peratus).

Sidang Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas bermula hari ini dengan dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pagi tadi. (Sumber Harakah).

14 K/P Kaitan Seleweng P'raya -Pemuda PAS Johor

KUALA LUMPUR, 17 Nov 2009: Dewan Pemuda PAS Johor menyerahkan satu memorandum menuntut isu penemuan 14 kad pengenalan dan beberapa dokumen 6 Jun lalu yang didakwa ada kaitan dengan penyelewengan pilihanraya dibawa ke parlimen.

Ianya ekoran masih tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak Polis dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negri Johor. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub di lobi parlimen pagi tadi.

Khairul Faizi dalam sidang media sebelum itu memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara. "Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan...setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama. "Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan... termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995."

Turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu)," katanya lagi. Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai 6 jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu.

Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab.

"Setelah tidak ada laporan (balas) Polis, kami telah hantar memorandum pada Ketua Polis Johor 19 Ogos." Tambahnya, hanya dua hari kemudian Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menjelaskan bahawa kes tersebut bukan di bawah bidang kuasa polis dan telah menyerahkan kes itu kepada JPN Negeri Johor.

Melihat masih tiada sebarang maklumbalas, mereka sekali lagi menghantar memorandum bantahan sama kepada JPN negeri pada tarikh 17 September lalu. JPN Negeri dakwanya menjelaskan bahawa kes tersebut di bawah bidang kuasa Polis, kemudiannya menjelaskan bahawa kes itu sudah dipanjangkan kepada JPN Pusat di Putrajaya.

Keadaan saling tolak menolak kes tersebut menyebabkan sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif dari kedua dua pihak tersebut. Dalam pada itu, Salahuddin ketika menerima memorandum itu berjanji untuk membawa kes tersebut ke Parlimen dalam masa terdekat. Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Polis dan JPN mengambil bertanggungjawab menyelesaikan kes tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menyifatkan pendedahan tersebut merupakan salah satu penyelewengan pilihanraya menggunakan kad pengenalan. (Sumber: Harakah)

Yusuf Islam: Naik Pentas Sebagai Artis Berwajah Baru.

HALAMAN HIBURAN

Yusuf Islam berwajah baru?

YUSUF ISLAM, penyanyi yang popular dengan nama Cat Stevens, kini kembali mengadakan konsert. Tetapi, kemunculan semula Yusuf berbeza dengan zaman kemuncaknya pada 1960-an dan awal 1970-an yang menyaksikan dia berpakaian baju denim ketat dan kalung manik.

Yusuf yang membuat persembahan di Dublin semalam, kali pertama sejak berhenti menyanyi di atas pentas selepas memeluk Islam pada 1977, muncul dengan berpakaian gedoboh dan berjambang lebat. Ketika era kemuncaknya, Yusuf bersaing dengan The Beatles, Jimi Hendrix dan kumpulan pasangan kembar, Paul dan Barry Ryan. Jualan albumnya mencatatkan jutaan keping dan banyak lagunya, termasuk Wild World, The First Cut Is The Deepest, Father And Son dan sebagainya dirakam oleh artis lain.

Kegemilangan muzik pada awal 1970-an menyaksikan ramai pemuzik menjelajah untuk mencari kebenaran bagi mengisi kekosongan jiwa. George Harrison memeluk agama Buddha. Jeremy Spencer daripada kumpulan Fleetwood Mac menyertai ajaran Children of God. Jim Morrison didakwa menjadi tukang sihir. Dan Cat Stevens yang nama asalnya dan anak kelahiran London, . beralih kepada Islam selepas mendapat hidayah ketika hampir lemas ekoran satu kemalangan.


"Tiga puluh tiga tahun adalah tempoh yang lama dan saya tidak pernah terbayang akan membuat persembahan di atas pentas sekali lagi," kata Yusuf yang kini berusia 61 tahun.

Selain Dublin, dia akan membuat persembahan di Birmingham (23 November), Liverpool (5 Disember) dan Royal Albert Hall di London (8 Disember) dengan lagu baru dan lama yang disatukan dalam muzikal yang digelarnya Moonshadow.

"Dengan Moonshadow, dia menyatukan lagu lama dan baru menjadi satu cerita menarik mengenai budak bernama Stormy. Ia berkenaan perjalanan hidup, tema yang menjadi kemahiran Yusuf," kata promoter veteran, Harvey Glodsmith yang menguruskan projek persembahan itu.

Namun, perjalanan hidup sebenar Yusuf jauh lebih menarik. Dia yang terbabit dalam cinta bebas zaman hippi, kini tidak selesa jika ada wanita yang menyentuhnya. Walaupun sekian lama meninggalkan dunia selebriti, Yusuf mendapati dirinya menjadi tajuk akhbar apabila dia tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Amerika Syarikat pada 2004 selepas namanya muncul dalam senarai yang disediakan FBI, kononnya untuk menghapuskan pengganas.

Dia disyaki menyokong badan kebajikan yang didakwa menyalurkan bantuan kewangan kepada kumpulan pengganas, tuduhan yang dinafikannya. Bagaimanapun, dia dulu pernah dengan lantang dan terbuka membahaskan isu besar politik dan menyokong hukuman paling berat terhadap mereka yang menghina Islam. Pernah dia berkata dalam satu wawancara televisyen, dia lebih suka melihat Salman Rushdie dibakar daripada melihat orang membakar patung penulis itu.

Kini, dia lebih bersikap berdiam diri mengenai isu seumpama itu, sebaliknya sering bercakap mengenai perlunya menentang keganasan. Meskipun wujud salah faham akibat keputusannya memeluk Islam, penyanyi itu berkata, hidup di luar dunia pop memberikannya pengalaman baru yang mungkin tidak dapat dirasainya. jika berterusan menjadi penyanyi.

"Penulis menulis menerusi pengalamannya. Dengan lebih banyak pengalaman, lebih banyak yang anda dapat menulis. Saya merasakan, itu antara hadiah terbaik untuk selama 33 tahun kerana ia memberi lebih banyak masa kepada saya untuk membuat lebih banyak perkara daripada menjadi penyanyi sepanjang tempoh itu," katanya.

Penerbitan album Roadsinger awal tahun ini disambut baik sesetengan pihak yang menganggapnya sebagai tanda kemunculan semula Yusuf Islam dalam dunia muzik. Menurut Yusuf, dia mahu membuat perubahan dengan lagu barunya. Dengan kepercayaan bahawa banyak lagu lamanya mengandungi mesej moral yang kuat, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan kemunculan semulanya di pentas satu acara yang akan diingati penonton.

Konsert di Dublin semalam menyaksikan Yusuf bermain gitar akuistik diiringi kugiran pada babak pertama, diikuri dengan muzikal barunya, Moonshadow yang turut menyelitkan lagu popular ketika dia menjadi Cat Stevens, seperti Wild World dan Morning Has Broken.

Komen Ibnu Hasyim: Begitulah indahnya Islam, jika dilaksanakan dengan kefahaman yang betul, bernyanyi pun dikira sebagai amal kebajikan. Menghibur, sedangkan diri sendiri pun terhibur dengan janji Allah. Kini naik pentas sebagai artis berwajah baru. Allahu Akbar!.(Sumbar MyMetro dll/2MA.)

Filem Hollywood '2012' Menyesatkan? Apa Kata Ulama.

HALAMAN HIBURAN

Kiamat digambarkan dalam filem

by MEGAT ALI MEGAT ALANG

FILEM yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat. Penceritaan filem ini bermula dengan babak seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), di India menemukan fakta bahawa kerak dari perut bumi akan mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).

Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi akan hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Yakin dengan perhitungan itu, Satnam memanggil sahabatnya, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), untuk melaporkan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).

Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010. Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan maklumat terkini itu kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa manusia akan dilanda musibah besar kerana kerak bumi sedang memanas.

Sejak perkhabaran itu, sebuah rencana besar dirancang. Negara China dipilih sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar... mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba. Begitulah seterusnya, penonton-penonton dilamun gelombang khayalan. Di ceritakan juga, di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat.

Usaha menyelamat digiatkan dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk 'dievakuasi' ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya. Akhirnya Thomas juga turut terkorban. Sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih. Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan di mana-mana di seluruh dunia...bumi hancur, sehancurnya.

Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar beribu-ribu batu dari lokasi asal. Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju "Bahtera Nuh" yang telah siap dibuat.


"Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorrow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya. Impak yang ditinggalkan juga amat 'real' dan efek visualnya jauh lebih bagus.

Setimpal lah dengan kos pembikinan filem ini yang mencapai 200 juta dollar AS. Tapi jalan ceritanya boleh dijangka (predictable). Malah ada ketika amat perlahan dan lembab sekali jalan penceritaannya. Filem ini turut menuntut kesabaran kerana durasinya yang cukup panjang, 2 jam 40 minit, sama 'hebat' dengan filem Bollywood. Namun, apapun kelemahan filem ini, setidaknya filem '2012' membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat.

Dari segi hukum akal, banyak sekali adegan yang tidak boleh diterima dipaparkan di dalam filem ini. Saya kurang selesa dengan sebutan kiamat untuk filem ini. Rasanya kurang tepat kerana masih ada manusia yang selamat. Kalau sudah kiamat, ia sepatutnya 'The End.'Dan bukannya 'the beginning' of 'The End.' Bagi orang Islam, ini tidak dapat diterima. Mungkin lebih tepat kalau disebut bencana besar, seperti yang terjadi di zaman Nabi Noh, di mana banjir besar melanda bumi. Dan Noh selamat setelah naik sebuah bahtera berisi semua jenis binatang dan tumbuhan dan mampu menyambung hidup selepas bencana alam.

Banyak elemen keinsafan ditonjolkan...."

Di Indonesia filem ini mendapat tentangan tokoh-tokoh Islam atau ulama. Ketua Majelis Ulama Indonesia Kabupaten Malang, KH Mahmud Zubaidi pertama kali mengecam filem yang sudah ditayang di Indonesia itu. Menurutnya, sebagai umat Islam, wajib percaya bahawa kiamat merupakan rahasia Allah. Jadi, jangan percaya dengan ramalan kiamat versi bangsa Maya.

"Film itu tidak pantas untuk ditayangkan, karena bisa mempengaruhi pemikiran umat. Soal kapan kiamat, itu kuasa Sang Pencipta. Jadi kita tidak boleh menentukan hari itu. Itu menyesatkan,” tegas ulama dari Malang ini.

Berbeda dengan KH Mahmud, Ketua MUI pusat, tiada masalah. Katanya, "Secara pribadi, saya tidak menganggap itu masalah besar. Asalkan, film 2012 tidak diasosiasikan dengan hari kiamat. Kiamat hanya Allah yang tahu. Dan film hanya fiksi, bukan kisah nyata,” jelas Amidhan di Jakarta kemarin. Yang penting bagi pengeluarnya, dalam tayang selama tiga hari di 105 negara, filem ini sudah meraup untung 25 juta US.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Biasalah dalam filem Hollywood, selalu tunjuk Amerika 'cerdik', lebih-lebih lagi dalam filem ini Presidennya. Presiden Amerika adalah di antara mereka yang tidak mahu meninggalkan rakyatnya dalam ketakutan. Sanggup menemui ajal bersama rakyatnya yang sedang menderita. Itu antara mesejnya.

Satu lagi, filem ini mahu bangkitkan kembali ingatan peristiwa runtuhnya WTC, di mana 'pengganas-pengganas Islam' (pengganas sebenarnya ialah Israel bukan orang Islam) tuduhan mereka, perlu diingatkan, dan suasana anti Islam perlu dipanaskan berterusan. Jadi, apa yang disampaikan Ketua MUI Malang memang benar, ”Film ini sangat menyesatkan!” (Pelbagai Sumber/2MA)

Penswastaan: Beri Beban Kepada Rakyat -Charles Santiago


KUALA LUMPUR - Penswastaan badan-badan kerajaan memberi impak ke atas kehidupan rakyat yang semakin dibebani taraf hidup kian meningkat saban hari, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Menurutnya, dasar ekonomi kerajaan yang menswastakan pelbagai agensi dilihat tidak membantu, malah membebankan dan merampas hak rakyat.

“Kerajaan kata rakyat layak mendapat taraf kesihatan lebih baik, jalan raya selesa dan pelbagai kemudahan asas lain. Namun melalui penswastaan pelbagai badan ini, rakyat terpaksa menanggung kos tinggi.

“Ini jelas menunjukkan melalui penswastaan air dan jalan raya, rakyat membayar lebih tinggi, se:dangkan masih ada rakyat berpendapata:n rendah dan hidup susah,” katanya.

:Beliau berkata demikian dalam seminar ‘Sistem Dua Parti - Satu Analisa Kritikal’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, petang semalam.

:Forum dua hari itu anjuran Parti Sosialis Malaysia.

Santiago berkata, penswastaan hanya menguntungkan kerajaan kerana ia memindahkan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul kepada swasta.

Tiga panel lagi ialah Dominggus Oktavianus dari Parti Rakyat Demokratik Indonesia, Francisco Dodong Nemenzo dari Filipina dan dari Malaysia.

Santiago berkata, beliau yakin sistem dua parti adalah yang terbaik untuk Malaysia dalam suasana sekarang.

“Ia perkembangan yang bagus yang ditunggu-tunggu rakyat dan mewujudkan persaingan yang adil antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui elemen persaingan, rakyat dapat menilai sejauh mana kepimpinan kedua-dua parti mampu membawa perubahan lebih baik kepada rakyat.

”Saya rasa sistem dua parti adalah penyelesaian terbaik di Malaysia, tidak ada retorik, tidak lagi ideal. Ia lebih praktikal,” katanya.(AK)

Anwar Penasihat Ekonomi, Selangor Akan Muflis -Dr M


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.(Sumber Mstar Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails