Abuya lain dari yang lain Abuya paling ajaib di zamannya
Abuya tidak sekolah tinggi Tetapi ilmunya sangatlah tinggi
Abuya kaya tapi miskin Miskin tapi kaya
Kaya hidup orang-orang Yang membesarkan Akhirat
Daripada dunia
Abuya ulamak besar Abuya koporat besar
Abuya seniman besar Menjadi pemimpin dan penulis besar
Abuya tokoh politik besar
Tapi tidak masuk politik
Abuya pemimpin dan mahaguru
Abuya pendakwah besar Abuya perjuang besar
Orang yang sayang terlalu sayang
Orang yang benci terlalu benci
Abuya pemimpin yang dilantik
Tuhan secara semula jadi
Pengikut-pengikutnya tidak ramai
Tapi pengaruhnya besar Abuya itu sangat pengasih
Dan penyayang uburnya hadis
Untuk memberi iman kepada semua manusia
Abuya itu harganya haris
Berkongsikan dengan siapa saja
Anak dan juga isteri tidak dimewahkan
Supaya mereka itu kuat hubungan dengan Tuhan
Tapi tidaklah dibiarkan keadaan mereka sangat terpimpin
Abuya perjuangkan Tuhannya dan sistemnya
Abuya perangi sistem nafsu dan syaitan
Dengan kasih sayang Abuya membuat sistem Dalam sistem
Lahirlah etnik baru dikalangan Melayu
Poligami cara hidup yang dipilih
Perjuang untuk dapatkan daulah
Islamik yang secara dakwah dan kasih sayang
Sesama manusia.
Dia Putera Bani Tamim
Dia insan pilihan tuhan yang dijanjikan
di akhir zaman oooo
dia dilantik oleh tuhan memperbaharui
urusan agama di zamanmya
ilmunya luar biasa oooo
mampu menyelesaikan
segala permasalahan dunia
tanpa merujuk kepada sesiapa
kerna ilmunya ilham dari tuhan
dia pribadi awal kurun berperanan
jua di awal kurun
dia hadir membawa rahmat
seluruh alam sepertimana
hadirnya rasulullah ke dunia ini
hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
dan kehadirannya digeruni oleh musuh
namun tidak dapat ditewaskan dirinya
kerana di belakangnya ada tuhan
yang menjadi sumber segalanya
kepimpinannya amat disanjungi
yang kasih padanya terlalu kasih
yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia
dialah yang utama paling dicintai tuhan
kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
kepribadiannya amat membayangi rasulullah
kerana itulah dia digelar rasulli rasul..
dia hadir dikala dunia amat memerlukan
keberkatannya dia memperbaharui segala
sistem dunia yang sedia ada yang ternyata
tidak menyelamatkan dunia
lalu digantikannnya dengan sistem baharu
iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat
dan dialah seorang manusia luar biasa
dialah putera bani tamim.
Apa dan di mana sesatanya?
Berikut adalah bentuk-bentuk keterlaluan dalam pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Abuya...
. a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.
b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman yang dijanjikan.
c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun yang telah mati.
d. Abuya dikurniakan ilmu laduni dan kasyaf, iaitu dia boleh mengetahui keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan untuk merekacipta kisah-kisah palsu dan fitnah terhadap ahli Arqam yang keluar dari jemaahnya.
e. Abuya adalah sumber berkat. Oleh itu apabila ada sesuatu pekerjaan penting atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu."Apabila ada apa-apa kejayaan yang tercapai, mereka akan berkata,"Ini berkat Abuya @ berkat Sheikh Suhaimi."
f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.
g. Abuya adalah Sohibuzaman @ pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam Mahdi. Nauzubillah...
Sekian. Sila beri pandangan. As-salamu 'alaikum.