Tuesday, January 19, 2010

Gerak-gempur Jihad Perang Peti Undi -Dr Hj Mohd Hasyim

by Asyok Kumar

KL Jan 19 2010. PAS perlu isytiharkan gerak gempur jihad perang melalui peti undi. Demikian cadangan dari Blog Ibnu Hasyim, melalui editonya Dr Hj Mohd Hasyim, berikutan arahan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Jentera Pilihanraya PAS di semua peringkat Parlimen dan DUN kepada media hari ini.

Ustaz Idris mengarahkan supaya PAS membantu Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih, semasa merujuk jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam mengenai baki 28 peratus dari jumlah pemilih layak tetapi masih belum mendaftar lagi. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi di negara ini belum mendaftar sebagai pemilih yang layak menyertai pilihan raya.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Menurut Hj Mohd..

"Inilah peluang bagi PAS untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Inilah peluang menyampaikan risalah PAS dan PR ke haribaan masyarakat.. Supaya pengundi dapat membuat penilaian dan keputusan berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh sebuah kerajaan korup dan zalim.

"Juga dalam semboyan gerak gempur jihad perang melalui peti undi ini, PAS diseru supaya mengesan apa yang dikatakan 'satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan UMNO/BN menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda'.

"Contohnya, dilaporkan.. Semua anggota polis diarahkan membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa. Dengan kad pengenalan polis itu, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa. Dua kali undi merupakan suatu penyelewengan.

"Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak. Jadi, gempur jihad perang melalui peti undi perlu disegerakan." Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diberitakan memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli PAS dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka.

Menurut beliau, PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing. Pejabat Agung PAS juga mengambil inisiatif menggerakkan kempen keahlianan daftar pemilih ini. (AK)

Monday, January 18, 2010

PAS Perlu Serius Daftar Pemilih Anak Ahli -Tuan Ibrahim Tuan Man


KL Jan 18 2010. PAS memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli PAS dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka. Demikian harapan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu dihubungi di sini petang tadi.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha membuka daftar pemilih pada setiap siri program Juara Rakyat yang diadakan oleh UMNO adalah bagi membolehkan lebih ramai yang belum lagi mendaftar keanggotaan Umno dan pemilih, dapat mendaftar segera, serta dapat menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Kata Tuan Ibrahim lagi,

"PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing.

"Pejabat Agung PAS juga mengambil inisiatif menggerakkan kempen keahlianan daftar pemilih ini," katanya.

Beliau turut mendakwa Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

"Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno. Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai.

"Sebagai contoh kos hidup rakyat yang semakin meningkat, rasuah yang berleluasa, kehilangan jet dan kes Menetri Besar Perak yang belum selesai,"ujar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ahli-ahli PR perlu pastikan anak-isteri, saudara-mara dan handai taulan wajib daftar mengundi. (2MA)

Masih Bela Babi, Tapi Kaum Hmong Masuk Islam Ramai-ramai.

CATATAN PERJALANAN

Suku Hmong: Menjadi warga Thailand sejak Idul Adha 1430 H

Perempuan suku Hmong: Sedang menunggu daging haiwan Qurban di Desa Ban Sen Sai Pha Yao Thailand Utara

Suku Hmong Muslim Di Kampung Bukit Doi Pha Chang, Pha Yao Thailand Utara.

PADA Disember 28 2009 lalu, kerajaan Thailand mulai mengusir 4,000 suku kaum Hmong dari kem pelarian wilayah utara Phetchabun supaya kembali ke Laos. Mengapa mereka di usir? Suakanya ditolak. Thailand menjelaskan, pelarian tersebut adalah kerana ekonomi, mereka yang pura-pura menjadi suaka, konon kerana negaranya menjadi mangsa kekejaman fahaman komunis.

Sedang mereka sebenarnya adalah pendukung Amerika Syarikat ketika perang melawan Vietnam. Laos-Thai hanya bersempadan dengan sungai Mekong, meliputi hampir seluruh negaranya. Laos adalah salah satu negara yang tak punya akses ke Laut, dari Border di Nong Kai kita harus hati hati bila berkendaraan. Kerana berkenderaan di Laos setirnya di kiri sementara dari Thailand disebelah kanan.

Dari pinggir sungai sebelah kota Vientiane Laos dapat dilihat dengan jelas daerah Chiang Mai, apalagi bila musim kemarau, air sungai surut sampai ke tengah. Agaknya bila dibandingkan antara Laos dengan Thailand, dari segi ekonomi, mngkin sama dengan Indonesia-Malaysia. Banyak TKI (Tenaga Kerja Indonesia) di Malaysia yang mengadu nasib seperti mereka.

Kembali kepada kisah suku Hmong. Di wilayah Chiang Rai, Chiang Mai, Lam Phan, Pha Yao, Udon Thani, di perbukitan disitu banyak di jumpai suku Hmong ini, kira-kira ratusan ribu orang jumlahnya. Kehidupan mereka kebanyakan bercocok tanam, mereka adalah petani yang ulet. Mereka bermukim disitu ada yang telah ratusan tahun lamanya.

Hmong (sebut [m̥ɔ̃ŋ]) atau Mong ([mɔ̃ŋ]) adalah nama dari kelompok etnik yang menempati wilayah pegunungan China selatan dan Asia Tenggara. Suku Hmong di China atau Tiongkok mempunyai populasi lebih ramai dan disebut Suku Miao. Mulai pada awal abad ke-18, suku Hmong melakukan hijrah besar-besaran ke Asia tenggara kerana alasan politik atau ekonomi. Di Asia Tenggara mereka boleh dijumpai di Vietnam, Laos, Thailand, dan Myanmar.

Suku Hmong di Laos terlibat dalam usaha pemberontakan terhadap kaum komunis-nasionalis Pathet Lao dalam Perang Rahsia. Ketika Pathet Lao mengambil alih pemerintahan pada tahun 1975, warga Suku Hmong dikenakan retribusi, sehingga banyak yang mengungsi ke Thailand. Ribuan pengungsi Hmong juga mengungsi ke Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Guyana Perancis dan Kanada. Yang lainnya kembali ke Laos dengan program repatriasi dari PBB. Kini sekitar 8,000 orang warga Hmong menjadi pendatang tanpa izin di Thailand.

Kembali pula kepada kisah Ban Sen Sai. Desa ini terletak di kaki bukit Doi Pha Chang masuk ke dalam wilayah Pha Yao. Di situ ribuan keluarga suku Hmong mendiami kaki bukit yang subur. Kerja mereka bercocok tanam, sambil-sambil menternak babi, kambing, lembu dan kerbau. Ratusan keluarga di desa itu telah memeluk agama Islam. Contohnya, Desa San Ti Suk. Dua tahun lalu puluhan keluarga mengucapkan syahadat di bawah bimbingan Ustaz Yusuf dan Baba Yee dari Patani.

Mari kita lihat kisah seorang pemimpin dari suku Hmong bernama Thoriq. Beliau adalah orang yang pertama sekali memeluk agama Islam di Ban Sen Sai. Seorang puteranya kini sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Ada beberapa pemuda dari kampung itu juga belajar di beberapa Universiti di Malaysia dan di Bangkok.

Awal Desember 2009 yang lalu Thoriq datang ke Batam. Thoriq hanya dapat berbahasa Hmong dan Thailand. Thoriq pun belum boleh membaca Al Quran lagi, begitu juga bacaan dalam solat tetapi beliau tetap rajin bersolat. Semasa saya datang ke Pha Yao Idul Adha pada 27 Disember/1430H lalu, disana kami semua memotong haiwan Qurban, hari raya aidil adha.

Semasa hendak pulang meninggalkan Ban Sen Sai, Thoriq minta nak ikut agar dibawa bersama-sama ke Patani, Malaysia dan Batam di Indonesia. Usia Thoriq sekitar 57 tahun. Beliau menggunakan pasport Thai, pasport yang telah 3 tahun yang lalu dibuatnya. Seronok sungguh beliau bila dapat keluar dari kampungnya di kaki bukit Doi Pha Chang, yang bila musim dingin suhunya mencapai 9 derajat celsius.

Di Ban Sen Sai dibangunkan sebuah masjid sekitar 5 tahun yang lalu. Masjid itu dibangun oleh seorang aktivis dakwah bernama Ustaz Abdul Wahab dari Kulim Kedah Malaysia. Disitulah bermukim seorang dai bernama Ustaz Hasan yang berasal dari Patani Thailand, berkahwin dengan perempuan suku Hmong yang masih berkerabat dengan Thoriq.

Thoriq tertarik dengan Islam karena kebersihan. "Orang Islam itu bersih!" katanya dalam bahasa Siam yang diterjemahkan oleh ustaz Hasan.

Meskipun banyak suku Hmong ini sudah memeluk Islam tetapi mereka masih tetap juga memelihara babi. Setiap tahun paling tidak dalam bulan Zulhijjah, Idul Adha, kami kerap ziarahi mereka. Di Chiang Rai banyak komuniti Muslim dari China yang memiliki hotel dan restoran menjual makanan halal. Tahun lalu 2008 atau 1429H saya tidak kesana kerana sedang menunaikan ibadah haji.

Thoriq yang mempunyai anak 3 orang. Kesemuanya sudah besar-besar ingin juga hendak ke haji. Kalau dari Batam ongkos naik haji sebesar 32 juta rupiah Indonesia.. Thai 1 bath sekitar 300 rupiah. Kira punya kira, beliau tersenyum, bila saya tanya, "Ada duit ke?"

Tahun lalu jamaah haji asal Thailand terhalang hendak berangkat dari Bangkok kerana ada demontrasi di lapangan terbang. Mungkin Thoriq akan berangkat dari Malaysia, banyak jamaah haji asal Thailand berangkat dari Malaysia, begitupun jamaah haji dari Kamboja dan Vietnam.. mereka berangkat melalui Malaysia.

Di Batam, Thoriq kami bawa berkeliling ke pulau-pulau sekitaran perairan Batam dengan boat. Di seputaran perairan Batam pun banyak suku laut yang seperti Thoriq, yang Islamnya cuma baru mengucap dua kalimat syahada.

Oleh Imbalo Iman Sakti
- Batam, Indonesia.

Kepada penulis, saya editor Blog Ibnu Hasyim, sahabat lama kepada Ustaz Wahab dari Kulim seperti yang disebutkan dalam tulisan ini, mengucapkan terima kasih atas dakwah melalui tulisan tuan.

Begitu juga kirim salam saya kepada ustaz Hasan asal Pattani yang kini bermukim di Ban Sen Sai, kalau ada kesempatan. Saya tak pasti samada Ustaz Hasan masih ingat saya lagi atau tidak. Kepada beliau, cuba ingat-ingat balik kisah dan tragedi pukul kanak-kanak sedang sembahyang di Ban Palas Pattani, kira-kira 22 tahun lalu?

Wallahu aklam.

Misteri 2 Tengkorak Kristal Tiruan

HALAMAN HIBURAN

Crystal skull from the British Museum

INI gambar tengkorak tiruan. Diceritakan, saintis-saintis telah berjaya membongkar dua tengkorak kristal atau crystal skulls yang diyakini karya peradaban kuno berasal dari masa yang lebih muda atau zaman moden. Sebenarnya, artefak tengkorak-tengkorak itu merupakan benda-benda misteri yang ditonjolkan dalam filem terbaru Indiana Jones filem.

Berikut laporan Paul Rincon, begini ceritanya...

When sculptures of human skulls made from translucent crystal began appearing in museums during the 19th Century they were presented as relics made by ancient American civilisations. But a new scientific analysis has shown that two of the most famous examples are fakes, crafted between the 19th and 20th Centuries to take advantage of a burgeoning antiquities market.

The skulls in question are held at the British Museum in London and the Smithsonian Institution in Washington DC. But they were probably manufactured using modern tools and polishing methods never available to the Aztecs or Mayans.

Who made the fake skulls is still a mystery, but some suspect a 19th Century French antiquities dealer was behind the British artefact. Archaeologists say the work should end decades of speculation over the origins of these controversial objects. But the discovery could disappoint the many enthusiasts fascinated by the beauty and sophistication of these intriguing carvings.

Demikian Paul Rincon, BBC Science Reporter. (AK)

Bazar Tok Guru Rugi RM50 Juta: Apakata Husam?

EXCO kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan".

Beliau juga menyarankan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu. Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh Penulis blog Kicdafella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang diketahui umum rapat dengan Husam.

Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensa Timur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta. Dan kelmarin, exco kerajaan tempatan, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mengulas mengenainya, Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu. "Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong," tulis Husam dalam blog - Cetusan Hati - kelmarin.

"Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya.

"Ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka (sesama sendiri)," tulisnya lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tarik benang dalam tepung.

PAS Mesir Tetap Menjadi Ancaman Kepada Israel.

KOMUNITI peneliti Zionis Israel sangat prihatin dengan terpilihnya Dr.Muhammad Badi menjadi Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin di Mesir. Menurut catatan mereka, pandangan-pandangan 'garis keras' yang mereka sebut 'ekstrimisme' akan terus semakin meningkat dalam Ikhwan, dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap Tel Aviv.

Mantan duta Israel di Kairo, Zvi Mzaiil juga seorang ahli strategi dari pusat studi politik dan publik Jerusalem meramalkan, pemilihan Dr Badi menduduki jabatan tertinggi di dalam organisasi Ikhwanul Muslimin sebagai pengganti Dr Mahdi Akif, akan terus meningkatkan lagi konflik antara generasi tua dengan generasi baru dalam gerakan itu.

Dr Badi dikatakannya mewakili kaum konservatif atau generasi tua Ikhwan, sedangkan generasi baru mewakili kaum reformis yang dipimpin oleh mantan wakil Mursyid 'Am Muhammad Habib. Mzaiil mengatakan pemilihan Badi tersebut bertujuan untuk menyelesaikan konflik ini, paling tidak untuk beberapa tahun ke depan dan gerakan ini akan tetap pada isu-isu tertentu. Contohnya, tetap dengan tindakan melawan rejim berkuasa Mesir.

Dia memperingatkan bahaya sikap Ikhwanul Muslimin mengenai Israel, kerana Ikhwan merupakan sumber inspirasi bagi cawangannya di seluruh dunia. Bahkan di Israel sendiri, diwakili oleh Sheikh Raed Salah. Mzaiil dalam studinya menekankan, kepatuhan ahli Ikhwanul Muslimin Mesir kepada Maktab Irsyadnya pun didominasi oleh mantan militan dari 'anak-anak' gerakan ini.

Dikatakan juga gerakan reformasi kini menerima pukulan teruk, melalui keluarnya simbol-simbol Maktab Irsyad seperti Muhammad Habib dan Dr Abdel Moneim Abul-Fotouh. Mengenai biografi Dr Muhammad Badi menurut pantauannya, Badi sejak awal gerakan ini didirikan hingga sekarang sebagai pemimpin gerakan Islam terbesar di dunia tetap menentang Israel dan hal ini jelas menjadi ancaman kepada Israel.

Mzaiil juga menyatakan bahawa Badi merupakan tokoh 'ekstrimis' di tubuh Ikhwan, salah seorang murid terkemuka Sayyid Quthb pemimpin Ikhwan terkenal, dan penyokong tegal terbentuknya Khilafah Islamiyah. Mzaiil menuduh pejabat Ikhwan anti-Semit dan pernah berusaha untuk menghapuskan perjanjian Camp David dan mengusir duta besar Israel dari Kairo.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah perjuangan yang dasarnya ada kaitan dengan aqidah Islam, tetap tidak akan berganjak. PAS (parti Islam/Ikhwanul Muslimin) di Mesir ini tentulah seirng dengan PAS-PAS lain di seluruh dunia. Memang amat ditakuti oleh lawan parti Islam, seperti UMNO (parti kebangsaan) Mesir, lebih-lebih lagi dari sebuah negara bangsat seperti Israel. Sebab itu bila berlaku perubahan pimpinan, mereka akan terus memantau, meneliti dan menilai untung rugi kepada negara mereka. (2MA)

Larangan Purdah Cabul Nilai Teloransi Di Britain.

Parti di Britain cadang haram purdah

LONDON 18 Jan 2010 – Parti berhaluan kanan Britain, Parti Bebas United Kingdon (UKIP) mengesa supaya pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di tempat awam di negara ini diharamkan.

Kerajaan, bagaimanapun berkata, cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain.

Penggubal undang-undang UKIP, Nigel Farage memberitahu BBC bahawa pemakaian purdah melambangkan `simbol yang membahagi-bahagikan Britain’ dan menghalang wanita Islam berasimilasi dengan cara hidup negara ini.

Bagaimanapun, tidak ada parti utama di Britain yang menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Pendidikan, Ed Balls berkata, pengharaman pemakaian purdah di tempat awam `bukan amalan Britain, ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan di negara ini’. – AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita patut sokong sikap kerajaan Britain yang menganggap cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain, dan bukan amalan Britain. Ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan, walaupun yang menggesa itu adalah parti berhaluan kanan UKIP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails