Thursday, February 25, 2010

Perak: 2 Tauliah MB, Lebih Dari Kartun - Nizar Jamaluddin.










Ir Nizar

MACHANG, Feb 25 — Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dianggap kehilangan jawatan Menteri Besar Perak setahun lalu ekoran krisis politik menyifatkan negeri itu sebagai “lebih kartun dari kartun.”

Beliau berkata demikian mengulas peruntukan undang-undang tubuh kerajaan negeri bahawa Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

“Sekarang ini negeri Perak mempunyai dua surat pentauliahan Menteri Besar, sebab walaupun saya telah digugurkan namun hingga sekarang surat tauliah saya sebagai Menteri Besar belum ditamatkan lagi.

“Tidak dibatalkan lagi. Sepatutnya tauliah tersebut dibatalkan dahulu sebelum buat pelantikan yang baru,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah perdana Pakatan Rakyat (PR) di Padang Majis Daerah Machang dekat sini, malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Yusof.

Konflik kerajaan negeri Perak tercetus ekoran dua ADUN PKR dan seorang dari DAP meninggalkan parti masing-masing mengisytihar sebagai calon Bebas, sekali gus menyokong BN-Umno.

Ekoran itu Nizar dititahkan oleh Sultan Azlan Shah supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar setelah mendapati Barisan Nasional mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, lalu melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai penggantinya.

Nizar bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan pertikaian dibawa ke mahkamah.

Awal bulan ini Mahkamah Persekutuan memutuskan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam pada itu, Nizar percaya rasional rakyat dalam menilai situasi kudeta di Perak, malah yakin Barisan Nasional pasti akan berdepan dengan penghakiman rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya percaya dengan kematangan rakyat,” kata Nizar disambut dengan laungan takbir, kemudian disusuli dengan kata cerca “Umno khianat” dari penyokong PR hampir 6,000 memenuhi ruang padang tersebut mengikuti ceramah berkenaan. (sumber: The Malaysian Insider/AK)

10 Rumah Unik & Kreatif Di dunia. Anda Minat?

JOM KREATIF

RUMAH itu syurgaku. Rumah merupakan tempat paling aman dan terbaik bagi orang yang tinggal di dalamnya, bahkan menjadi suatu keperluan dalam kehidupan. Tetapi lihat rumah ini! 10 rumah yang sangat unik dan kreatif. Masih dalam keperluan atau lebih dari keperluan?

1. Kettle House

Kettle House di Texas, Amerika Syarikat, tidak hanya terlihat seperti cerek, tetapi juga dapat berfungsi sebagaimana mestinya.

2. Stone House

Rumah Batu di Portugal ini adalah salah satu contoh terbaik elemen alam yang ikut digunakan. Memang unik bila kita lihat. Rumah itu memang berpenghuni, bukan macam batu-batu gunung biasa.

3. Crooked House

Rumah Melengkung ini didirikan sebagai contoh salah satu arsitektur terbaik yang pernah dibuat. Struktur lengkungnya menjadikannya salah satu rumah paling unik dan ganjil di dunia.

4. Cubic House

Rumah Kubik di Rotterdam, Belanda, adalah kumpulan rumah yang bersama membentuk geometri kubus. Faktor menarik di sini adalah bagaimana rumah ini dijaga agar tidak jatuh.

5.Dome House

Dome House di Florida, AS, adalah pemandangan rumah putih yang indah dengan arsitektur kubah yang unik.

6. Cob House

Cob House di Vancouver, Kanada. Dibuat dari tanah liat, pasir, selut dan air.

7. Hole House

Hole House di Texas, AS, adalah projek seni atau akibat dari kemalangan luar biasa. Apapun itu, rumah ini boleh dikatakan unik, lagi kreatif.

8. Shoe House

Macam ada penggemar berat fairy tale di sini. Rumah Kasut di Pennsylvania, AS, membentuk kasut dalam semua aspek, kecuali solnya.

9. UFO House

UFO House di Taiwan, nampaknya menakutkan tetapi telah dijamin tidak ada Alien. Rumah sejenis ini juga ada di Cina. Rumah ini adalah sebahagian dari projek pemerintah Taiwan yang tidak dapat diteruskan, dan akhirnya dibiarkan menjadi kota hantu.

10. Pickle House

Pernah melihat drum acar? Pickle House di Minnesota, AS, adalah contoh rumah ganjil yang menarik perhatian orang (bukan acar).

(Sumber: http://hermawayne.blogspot.com/2009/02/10-rumah-paling-unik-di-dunia.html/AK)

12..Kasut-Kasut Ganjil & Unik.. Ada Pernah Lihat?
13..Terpendek Didunia, Berkreatif Dengan Dirinya..

Jutawan SMS Video Lucah, Bagaimana Di Internet?

Jutawan klip video terlampau

KL: Kehidupan mewah melampau seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah. Namun, kegiatan tidak bermoralnya itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kelmarin, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini bekerja dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dan dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai pengurus sistem bagaimanapun mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan laluan talian itu selain pengetahuan dimiliki untuk menghantar tawaran membeli klip video lucah kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

“Polis sebelum ini menerima beberapa aduan daripada pengguna yang terkejut dengan penyebaran iklan SMS berbaur seks secara meluas sejak setahun lalu. Susulan itu, polis cuba menyiasat dalang kegiatan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Usaha itu akhirnya berhasil apabila suspek dikenal pasti baru-baru ini dan difahamkan dia sebelum itu diambil tindakan pihak pengurusan syarikat yang menyedari kesalahan dilakukan selama ini,” katanya.

Difahamkan, pihak syarikat telekomunikasi berkenaan sudah memecat suspek sebelum laporan polis turut dibuat berhubung penyelewengan itu.

Menurutnya, suspek yang menyalahgunakan talian syarikat itu untuk keuntungan serta kepentingan diri sendiri mengumpul sehingga lebih RM11 juta hasil kegiatan lebih 16 bulan lalu. “Jumlah keuntungan diperoleh amat menakjubkan berbanding jumlah gaji diterimanya kira-kira RM4,000 sebulan. Malah, jika diambil kira secara purata, suspek mampu memperoleh hampir RM700,000 sebulan hasil kegiatan haramnya itu.

“Suspek ditahan di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya, tengah malam semalam (kelmarin).

“Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini (semalam) bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,” katanya.

Menurutnya, kejayaan terbaru polis itu membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat. (Sumber: Mymetro)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah.

Bagaimana klip vedeo lucah dalam internet. Kalau dalam kes penghinaan Sultan Johor boleh dicari hingga ke lobang cacing di Malaysia, takkan dalam kes klip vedio lucah di internet tidak boleh? Bersepah-sepah, budak-budak kecil pun boleh tengok. Tak boleh sikit pun? (AK)

Lagi Skim Haram Menipu, Tak Boleh Sekat Dari Awal?

PENGGUNA

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Dua syarikat yang disyaki menawarkan skim kepentingan yang tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada orang ramai, diserbu SSM di sini semalam.

SSM, dalam kenyataan hari ini, berkata, melalui siasatan yang dilakukan, syarikat berkenaan iaitu Hadhari Cattle Industry Sdn. Bhd. dan Hadhari Agro Holding Sdn. Bhd. dipercayai mempengaruhi orang awam untuk melabur di dalam satu skim yang dikenali sebagai ”Projek Pembangunan Usahawan”.

"Menurut aduan yang diterima SSM, para pelabur yang telah melabur dalam skim tersebut tidak menerima pulangan yang dijanjikan oleh pihak pengurusan syarikat.

"Ia juga mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agen syarikat yang memperolehi apa-apa wang sama ada untuk syarikat, diri sendiri atau orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur skim tersebut boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lagi-lagi serbu skim pelaburan haram. Sedangkan skim ini bukan perkara baru sudah menipu orang ramai. Apakah tidak boleh difikirkan atau digubal undang-undang, supaya dapat dibanteras atau dimusnahkan sebelum ianya sempat menipu orang ramai? Mustahil tidak ada jalan selesai. Atau sengaja buat-buat tidak tahu..

Wanita Lelaki Sama, Boleh Wanita Berjawatan Tinggi -Nik Aziz











Nik Abdul Aziz MB Kelantan

KOTA BAHARU, Feb 24 2010 — Kerajaan negeri Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan dan masalah dengan lebih ramai wanita memegang jawatan tinggi di dalam sektor awam berbanding lelaki.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata perkara yang paling penting adalah mutu perkhidmatan dan kualiti kakitangan awam itu yang perlu diambil kira tanpa mengira kakitangan itu wanita ataupun lelaki.

“Di dalam Islam lelaki dan wanita sama sahaja. Tiada siapa yang lebih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Isnin lepas bahawa trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Nik Aziz berkata di dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga. “Bagi saya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah jika ramai wanita memegang jawatan tertinggi di dalam sektor awam,” katanya. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, lelaki hanya mendahului wanita sebagai pemimpin dalam rumahtangga. Tidak kira walau dia menteri di dalam masyarakat, tetapi di rumahtangga dia tetap di bawah pimpinan suami. (2MA)

Lihat ini, ada kena mengena?

Wednesday, February 24, 2010

PAS Akui Berlaku Silap Di T'ganu Dalam PRU Lalu.



MALAYSIAKINI melaporkan, PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya. Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.

Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti. Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara 'biasa', mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS. Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.

“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:

“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”

Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan. Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.

“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu'. Ertinya PAS akui melakukan kesilapannya dalam PRU 12 menyebabkan Terengganu tidak dapat dirampas semula, di saat negeri-negeri lain boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat. (AK)

Isu Tanah: 30 Orang Asli Demo Di Gombak



..berdemo hari ini.

GOMBAK Feb24 2010. Seramai 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan hospital Orang Asli Gombak tengahari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melibatkan pendaftaran tanah mereka.

Dalam satu petisyen yang berkaitan daftar tanah masyarakat Orang Asli, mereka mendakwa telah mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini. Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Kembalikan hak kami" dan 'Jangan rampas hak kami".

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka kemudiannya mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Petisyen itu, katanya, akan diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asli. Dalam petisyen tersebut juga, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat. Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut. (Sumber: Malaysiakini/AK)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails