Wednesday, March 10, 2010

Ceramah Di Felda, Pengerusi Anak Felda Ditangkap.


KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap. Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri. (Harakah)

Tuesday, March 09, 2010

Nik Aziz Mengulas MP Keluar Parti...



PKR mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 tetapi tiga ahli parlimen dan empat ahli dewan undangan negerinya telah meninggalkan parti itu. Tiga MP yang berbuat demikian ialah - Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Samsuri (Bagan Serai). Semua mereka mengisytiharkan diri sebagai ahli bebas.

Minggu lalu pula, PKR juga memecat MP bagi Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi Noordin berhubung masalah disiplin. Perkembangan itu menyaksikan PKR kini cuma mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat menjadikan mereka di kedudukan kedua di belakang DAP yang mempunyai 28 kerusi. Bagaimanapun, sekutu Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PAS masing-masing bertikrar terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Demikian menurut Malaysiakini.com.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata masalah yang membelenggui PKR boleh diibaratkan sebagai bayi yang belajar merangkak. "PAS seperti itu juga, sebelum ini. Sebelum kadi kuat, ada juga ahli yang meninggalkannya,” kata beliau selepas menyampaikan derma kepada mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata ahli yang melompat ke parti lain adalah perkara biasa, yang lazimnya berlaku ke atas parti baru seperti PKR. "Sebelum parti menjadi kuat, kita terpaksa menerima perkara seperti itu (melompat ke parti lain),” katanya kepada Bernama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyebutkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen Umno menuduh antara lain, Tok Guru tersebut selalu terpengaruh dengan soal politik, semata-mata politik.

"Saya tak tahu, (mungkin) hal seperti ini sengaja nak dipolitikkan oleh Nik Aziz," katanya. Muhyiddin juga menyifatkan Nik Abdul Aziz tidak memahami peranan mufti, seperti yang dilaporkan oleh mStar Online.

Komen Blog Ibn Hasyim: Tok Guru Nik Aziz, itulah peranan ulama Islam sebenarnya. Ulama yang berpolitik. Boleh jadi pemimpin politik, bukan ulama yang diperalatkan oleh partai politik atau mengikut telunjuk kaki pemimpin politik sekular. (AK)

Kumpulan Misteri Lwn Anwar Dengan VCD Dari Penjara



KETUA umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan rakaman VCD bagi membuktikan dakwaan kes liwat yang dilemparkan ke atasnya adalah satu konspirasi politik. Sila klik... CD Fatwa Qardhawi Tentang Liwat Anwar, Percuma. Sebarkan...

Namun taktik yang sama pula digunakan oleh kumpulan misteri yang mengedarkan VCD yang kononnya menujukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk. Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya. Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

Seorang peniaga, Mohd Arshad Ishak, yang mendakwa salinan VCD itu diletakkan di peti surat di rumahnya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, membuat laporan polis semalam.

"Saya tidak tahu siapa yang mengedarkan VCD itu tetapi pelik bagaimana rakaman itu boleh dibawa keluar dari penjara Sungai Buluh dan siapa yang bertanggung-jawab membawanya keluar,” katannya dalam laporan polis.

“Saya percaya orang yang membawa keluar rakaman itu telah melakukan pecah amanah sedangkan penjara adalah kawasan keselamatan.” kata Mohd Arshad, 26 yang juga mewakli Gerakan Anti Liwat atau GELI. Beliau memberitahu wartawan kemungkinan gambar-gambar itu adalah dari rakaman kamera litar tertutup penjara berkenaan.

Sehubungan itu, dia mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat bagaimana visual berkenaan boleh berada di internet dan VCD, mengenalpasti pegawai penjara yang terbabit dan menentukan ketulinan rakaman itu.

Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita.

Video selama 33 minit itu dirakamkan di kediaman Al Qardhawi di Doha dan diterjemahkan oleh ahli jawatankuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik. VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Semasa pelancaran VCD itu, Anwar dilaporkan berkata bahawa Al-Qardawi memaklumkan kepada beliau supaya menyebar mesej berkenaan demi menyelamatkan umat Islam. "Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," tambah Anwar.(Sumber Malaysiakini).

Kedai Alat Seks Terbuka, Jalar Ke M'sia, Tangani Segera!

PENGGUNA


Sorang pelajar sekolah yang masih berpakaian seragam turut mengunjungi kedai seks.

KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.

Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara. Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Contoh antara lain..

1.. Kondom anti rogol..

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/08/rapist.jpg
http://sergegrah.s.e.pic.centerblog.net/rkn841do.jpg

2..Payudara tiruan.
rasia psk di hongkong


Dan banyak lagi... (Kosmo & pelbagai sumber)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kerajaan perlu tangani segera.

K/Perpaduan: PAS Angkuh, Harussani Jawab Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mempertahankan usahanya membantu merealisasikan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS di negeri itu sambil menegaskan, beliau sanggup menerima “cercaan” mana-mana pihak jika ada yang tidak gembira.

Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

Malah ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak, kata beliau.

“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Dipetik Utusan Malaysia, kata Harussani, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak adalah berdasarkan pengamatannya terhadap PAS Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

“Mereka (PAS Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarinmenggelarkan beliau sebagai ejen Umno apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani pada Program Dialog Za'ba — Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lalu.

Harussani mendakwa, PAS bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu. (2MA)

Berkaitan..

Pemisahan Sholat Mengikut Jenis Kelamin Tidak Sihat?

Isnin, 08 Mac 2010 Era Muslim, Media Islam Rujukan.

SEKELOMPOK perempuan Muslim pada hari Ahad kemarin (7/3) mencoba untuk melaksanakan shalat di aula utama -yang biasa menjadi tempat shalat kaum pria- di masjid Agung Islamic Center Washington sekitar kompleks kedutaan.

Salah seorang perempuan yang mencoba shalat di aula utama tersebut bernama Fatma Thompson yang telah masuk Islam sejak 18 tahun yang lalu mengatakan: "Kami ingin menghilangkan hambatan-hambatan dan memungkinkan para perempuan pun dapat shalat di belakang laki-laki di ruang aula utama masjid.

Perempuan ini juga mengatakan: "Kami menentang pemisahan atas dasar jenis kelamin, karena hal tersebut tidak sehat dan tidak mencerminkan masyarakat kita," katanya.

Perlu dicatat bahwa hal ini merupakan upaya kedua kalinya kaum perempuan mencoba melaksanakan shalat di aula utama masjid Agung Islamic Center Washington, dimana pada bulan Februari lalu sekitar dua puluh orang perempuan telah berpartisipasi dalam ide untuk shalat di aula utama yang biasanya khusus buat laki-laki.

Biasanya kaum perempuan melaksanakan shalat di sudut belakang ruang shalat masjid, yang dibatasi oleh hijab.

Seorang Imam masjid yang kebetulan memimpin shalat pada hari Ahad kemarin mengatakan lewat pengeras suara meminta agar polisi(polis) segera datang. Dalam beberapa menit kemudian tiga orang polisi datang ke masjid dan mengusir para perempuan tersebut dan akan menangkap mereka bila mereka menolak untuk membubarkan diri.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kata-kata 'Kami menentang pemisahan atas dasar jenis kelamin, karena hal tersebut tidak sehat..' Adakah ini menggambarkan mereka adalah pengikut ajaran sesat 'Islam Liberal' atau sejenis dengannya? Pengikut Aminah Wadud? (2MA)

Lihat ini..

Monday, March 08, 2010

Nik Aziz Rendahkan Golongan Agama.. Menteri JPM


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.

Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu. "Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen Umno?

"Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan Umno. Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik.

"Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir. Dalam kenyataannya semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sebagai mufti Tan Sri Harussani Zakaria seharusnya berpandangan Islam dan politik perlu selari dan bukannya mengeluarkan kenyataan mengikut pendapat Umno yang didakwanya memisahkan kedua-dua perkara itu.

Mengulas mengenai perkara berlainan, Jamil Khir berkata pihaknya sedang meneliti skim yang lebih baik termasuk menaikkan elaun guru-guru Kafa di negara ini. "Skim baru itu kita sedang teliti, masih pada peringkat perbincangan dan ianya akan turut meliputi kenaikan elaun guru Kafa yang ketika ini hanya RM500 sebulan, " katanya yang enggan mengulas lanjut. - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan Tok guru rendahkan mufti atau golongan agama, tetapi golongan agama sendiri memang rendah nilai dan kuasanya dalam sebuah negara sekular saperti Malaysia, berbanding dengan kuasa pemimpin politik. Sebab itu mufti boleh menjadi alat kepada parti politik yang memerintah.

Soal pelantikannya Mufti diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.. jawatan Menteri Besar negeri seperti Kelantan pun diperkenankan oleh Raja-raja Melayu juga, takkan menteri JPM tak tahu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails