Thursday, April 15, 2010

Ucapan Anwar Ibrahim - Pengumuman calon PRK Hulu Selangor (Klip Vedio)

Ucapan Anwar Ibrahim - Pengumuman calon PRK Hulu Selangor


<div id="flash-install">No Flash? <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Go get it!</a></div>

Penan: Mereka Mahu Ambil Semua Hutan Kami..



ULU BERNAM APR15, 10. Masyarakat kaum Penan dari kawasan Ulu Baram, Sarawak mendirikan dua sekatan jalan balak bagi menghalang penebangan hutan dara yang menjadi tempat tinggal dan pemburuan mereka. Sekatan-sekatan jalan itu dibina di dua tempat strategik merentasi jalan balak berhampiran kampung-kampung Penan Long Sabai dan Ba Keramau, di bahagian hulu sungai Akah.

Menurut masyarakat Penan, peninjau-peninjau syarikat balak yang telah diberikan konsesi membalak telah diminta berulang kali menghentikan kerja di kediaman orang Penan. Namun segala rayuan mereka tidak diendahkan. Justeru, berdepan dengan masalah itu, penduduk kampung itu telah mendirikan dua sekatan jalan, pada 24 Mac dan 31 Mac yang lalu.
“Kami sedar bahawa kami lemah jika dibandingkan dengan jentolak syarikat balak. Tetapi kami bertekad untuk berjuang melindungi hutan kami, sebab kami dan generasi akan datang tidak dapat hidup tanpa hutan.

“Kalau kami benarkan syarikat itu masuk dan melakukan pembalakan, mereka pasti mahu ambil semua hutan kami ini,” kata Aya Luding (kanan), seorang wakil masyarakat Long Sabai, Pada November tahun lalu, 17 masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram telah mengisytiharkan tanah asal mereka sebagai hutan simpanan yang ditadbirkan oleh mereka sendiri.

Hutan yang dinamakan “Taman Keamanan Penan” itu meliputi kawasan 163,000 hektar. Ia termasuk hutan rimba yang sangat bernilai dari segi pemuliharaan serta tanah pertanian tradisional berdekatan dengan sempadan Malaysia dengan Indonesia. (AK)

Wednesday, April 14, 2010

Calon PR: Apa Kata Tok Guru Nik Aziz Dari Madinah?


KOTA BHARU, 14 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik sebarang calon yang ditentukan oleh Pakatan Rakyat yang bakal bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof, ketika dihubungi memberitahu, atas semangat setia kawan dan prinsip dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru yang ketika ini menunaikan umrah menerima sesiapa sahaja calon yang bakal bertanding.

Katanya lagi, setiap calon yang dipilih tentunya telah dinilai dari pelbagai sudut dan bakal berjuang untuk rakyat. “Apa lagi kerusi berkenaan (Hulu Selangor) adalah milik Parti Keadilan Rakyat dan kita tetap akan menyokongnya,” ujarnya lagi.

Ketika diminta mengulas perkembangan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu di sana, beliau memberitahu Menteri Besar itu berada dalam keadaan yang sihat.

“Kalau dinilai dari segi suaranya, cara percakapannya yang ceria, membuktikan beliau sihat sepanjang berada di sana.. Sewaktu itu beliau berada di Madinah,” ujarnya lagi ketika menghubungi Tuan Guru kelmarin.

Sambung Wan Nik, sebagai seorang Menteri Besar, beliau turut bertanyakan tentang perkembangan kerajaan sepanjang peninggalannya termasuk rakyat seluruhnya. Selain itu juga beliau turut bertanyakan tentang perkembangan politik semasa sama ada di Kelantan atau peringkat negara.

Pada 5 April lalu, Tuan Guru dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Menurut Wan Nik lagi, mengikut jadual asal Tuan Guru dijangka pulang ke tanah suci pada sebelah petang.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim malam tadi diisytiharkan sebagai calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor. (AK)

One Israel, 1 M'sia, 1 Indonesia, Penasihat Sama ?

APRIL 13, 10 — APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel. Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel.

Yang bezanya di Israel diguna One Israel manakala di Malaysia dan Indonesaia digunakan 1 Malaysia dan 1 Indonesia. APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin.

Konsep 1 Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep one Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999.

Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1 Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin. Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini?

Menurut satu laman web, Milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1 Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1 Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1 Malaysia yang digunakan di Malaysia.

Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan”. Adakah sekadar kebetulan?

Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib! Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1 Malaysia dan 1 Indonesia begitu serupa. Ini pula bukti bahawa kerajaan Indonesia juga menggunakan penasihat Yahudi APCO. Dokumen bukti bahawa kerajaan Indonesia menggunakan khidmat yahudi APCO boleh dimuat turun di link ini www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf

Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut blog Milosuam adalah:

1. Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?

2. Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?

3. Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.

4. Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?

5. Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa? (AK)

Berbogel Di Taman Negara, UMNO Tak Boleh Buat Apa-apa.


Kawasan yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, gambar bawah. Gambar atas hanya hiasan.


JERANTUT. APR 14 10- Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah. Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.

"Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

"Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita. (AK)

Jenayah Niaga: Wang Palsu & Sedut Wang ATM. Awas!

PENGGUNA

BUKTI...Yew (depan kanan) bersama beberapa peniaga menunjukkan  wang palsu yang diterima.

Yew (depan kanan) bersama beberapa peniaga menunjukkan wang palsu yang diterima.

KL. Apr 14 10: Beberapa peniaga di sekitar Wangsa Maju terkejut apabila mendapati satu not RM50 hasil jualan barangan mereka palsu ketika ingin memasukkan wang itu ke bank. Mereka mendakwa kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki tempatan berumur 30-an membeli makanan di kedai mereka dan membayar menggunakan wang palsu.

Peniaga, Tiang Ko Oong, 65, yang menjual pau dan surat khabar berkata, dia didatangi seorang lelaki Cina yang mahu membeli pau dan surat khabar jam 5 petang, minggu lalu. Menurutnya, lelaki itu membeli barangan yang keseluruhannya berharga kira-kira RM20 ketika keadaan agak sibuk kerana ramai pelanggan.

“Saya tidak perasan not RM50 itu palsu serta tidak pula memeriksanya terlebih dulu kerana pada masa itu keadaan agak sibuk dan terus memulangkan baki kepada lelaki berkenaan.

Tiang berkata, dia ke bank keesokan harinya untuk memasukkan wang itu ke dalam akaunnya, namun disahkan pihak bank ia palsu. Sementara itu, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai wang palsu itu dua hari lalu.

Menurutnya, setakat ini sejumlah peniaga datang mengadu mengenai masalah itu dan dipercayai masih ramai menerima nasib sama, tetapi belum membuat aduan.

Sementara itu, dua penjenayah jutawan warga Malaysia menggemparkan pihak berkuasa Australia selepas dikesan terbabit dengan kegiatan ‘menyedut’ wang berjumlah kira-kira AS$50 juta (RM151 juta) dari puluhan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negara berkenaan. Suspek yang menjadi buruan sejak bertahun lamanya, dikesan antara ahli sindiket yang giat mencuri wang bank terkemuka menggunakan data maklumat dari kad pengeluaran ATM yang dicuri dan dipalsukan.

Tindakan licik suspek sejak setahun lalu bagaimanapun dipatahkan selepas suspek yang berusia 24 tahun diberkas malam Ahad lalu di Lapangan Terbang Darwin dipercayai untuk meninggalkan negara berkenaan. Sumber polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, berkata suspek ditahan pegawai penguat kuasa di lapangan terbang berkenaan selepas identitinya dikenal pasti.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Awas dan jaga-jaga. (AK)

SMS Meningkat 4 Kali Ganda, SMS & MMS Di Pantau

PENGGUNA

KL. APRIL14 10 - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.

Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.

"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.

"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails