Thursday, May 27, 2010

Berita Gembira Untuk Penyokong BN, Petrol Akan Naik 15 Sen



KL MEI 27 10
: Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini. Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter. Wujud harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun. Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Padasepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 dijangka berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter. Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan. Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.

Cadangan pengurangan subsidi


Kerajaan akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi. Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.

Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol
: Harga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada:
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol
: Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.
Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas
: Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga. Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah cara penyelesaian kerajaan BN dalam menangani masalah ekonomi dan menstabilkan pentadbiran, dalam negara pengeluar minyak ini. Tentu ia disambut baik oleh penyokong-penyokong BN. Bangaimana pendapat rakyat jelata?

Lelaki Gunting Rambut Wanita. Bhg Agama Perlu Pantau Segera..

Salon Waria
Bapok sedang menggunting rambut wanita, antara trend sedang melanda budaya Malaysia-Indonesia.

Kalo Ini Juga Waria Tapi Sudah Nyaris Seperti Wanita Tulen,  Tapi......
Kalo Ini Juga Waria Tapi Sudah Nyaris Seperti Wanita Tulen, Tapi......

'HARAM' hukumnya, bagi wanita memotong rambut di salon di mana pekerjanya adalah pondan, bapok atau maknyah, mengikut istilah bahasa Malaysia. Dalam bahasa Indonesia mereka disebut 'waria'. Begitu berita terbaru dari Forum Ulama yang diikuti 100 perwakilan pondok pesantren (ponpes) se Jawa-Madura yang digelar di Ponpes Abu Dzarin, Bojonegoro, Isnin (24 Mac 2010) malam.

Alasannya, maknyah adalah seorang lelaki bukan muhrim, yang memotong rambut atau merghias wanita. “Meskipun menyerupai wanita, hakikatnya waria itu adalah lelaki,” tegas Ahmadi, ketua panitia bahsul masail yang digelar dalam rangka memperingati haul KH M Dimyati Adnan. Bahsul masail adalah forum ulama yang membahas masalah-masalah yang muncul di masyarakat.

Perwakilan ponpes yang ikut dalam bahsul masail ini di antaranya dari Ponpes Lirboyo, Kediri; Langitan, Tuban; Al Anwar, Sarang (Jateng); Sidogiri, Pasuruan; An Nur, Malang, dan Syaikona Kholil, Bangkalan. Namun, fatwa tersebut tidak diendahkan oleh maknyah yang mencari nafkah di salon-salon kecantikan.

Novi alias Sukisno, 37, pondan yang menjabat sebagai Ketua Ikatan Waria Bojonegoro (Iwabo) menyatakan bahawa pihaknya menghormati keputusan yang disampaikan kiai tersebut. Namun, ia tetap cuek dan akan terus melanjutkan usaha salon yang telah dibukanya di Jl Diponegoro Bojonegoro selama 10 tahun tersebut. “Biarkan masyarakat yang menilai sendiri,” jawab Novi.
Menurutnya, buat masa ini, ramai pondan-pondan yang bekerja di salon kecantikan. Termasuk yang hanya memotong rambut atau yang menghias wanita langganan salon. “Kita kembalikan semua kepada masyarakat. Apakah mereka mahu mengikuti fatwa tersebut, atau tetap memanfaatkan jasa waria sebagai penghias kecantikan,” sambung Novi.
Dikatakan, 'pondan' yang tinggal di Kota Bojonegoro ini, tidak semua waria berkelakuan negatif. Pekerjaan mereka di bidang kecantikan juga merupakan pekerjaan yang halal serta tidak merugikan orang lain. Bahkan bermanfaat membuka lapangan pekerjaan. Demikian contoh pandangan dari pemikiran yang salah dari sudut agama Islam, seperti yang difahamkan oleh Novi itu.
“Kalau waria dilarang bekerja di salon, terus bagaimana nasib ratusan atau bahkan ribuan waria yang selama ini sudah bekerja di bidang kecantikan. Apakah, semuanya harus nganggur?” katanya bertanya balik.
Tentang waria, Novi bercerita bahawa jati dirinya adalah seorang lelaki. Namun, nalurinya selalu yakin bahawa dia seorang perempuan. Semua itu juga bukan kerana kelainan seksual atau sebagainya. “Secara fisik, saya adalah seorang lelaki. Bukan orang yang mengalami kelainan seks. Tetapi, naluri saya selalu yakin bahawa saya ini adalah perempuan,” akunya.
Sementara itu, Kiai Saifudin Zuhri, pengasuh Ponpes Adnan Al Haris, Ngumpak Dalem, Bojonegoro yang juga ikut dalam bashul masail ini berkata, masalah tersebut dibahas setelah ada berbagai pertanyaan mengenai hukum seorang maknyah yang menjadi pegawai salon, bertugas memotong rambut dan merawat kecantikan wanita.
“Dengan landasan rujukan berbagai kitab yang ada, dengan tegas dinyatakan bahawa haram waria yang melayani perawatan kecantikan kepada konsumen wanita,” tegasnya. Layanan itu termasuk seperti memberikan perawatan kulit, potong rambut, dan solekan kepada perempuan yang bukan muhrim.
“Sebab, jelas bahawa mereka adalah seorang lelaki. Hanya saja, tingkah polah atau kebiasaan yang dilakukan para waria itu mirip dengan perempuan,” tambahnya. Rekomendasi fatwa ini, tujuan utamanya ialah agar masyarakat mengetahui atas hukum sebenarnya dalam Islam mengenai mendapatkan perawatan dari pekerja salon bapok, pondan atau waria. (Sumber: Surya)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, juga budaya ini berkembang mulai meluas di kalangan remaja Islam. Bahagian agama perlu buat pantauan sebelum nasi menjadi bubur, cegah sebelum parah! (2MA)
Lihat lanjut...

Berita Ini 888888888, Bawa Virus Rosakkan Aqidah.


Gambar menunjukkan mayat Konstantin Dishliev yang mati ditembak di Armsterdam, Belanda pada 2003.

Tajuk Berita ini: Nombor 888888888 bawa kematian

SOFIA, MEI 27 10- Nombor telefon bimbit 888888888 telah digantung perkhidmatannya di Bulgaria selepas tiga pengguna yang memiliki nombor itu tidak hidup lama, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketua-ketua perkhidmatan telekomunikasi telefon bimbit telah menggantung nombor itu kerana tiga pemilik nombor tersebut mati dalam tempoh 10 tahun.

Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Mobitel yang mengeluarkan nombor tersebut mati pada 2001 kerana penyakit kanser semasa berusia 48 tahun.

Seorang ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov yang merupakan pemilik kedua nombor itu mati pada 2003 selepas ditembak di Armsterdam, Belanda dalam satu lawatan untuk memeriksa empayar dadahnya semasa berumur 31 tahun. Dia ditembak semasa makan bersama seorang model wanita yang cantik, seperti gambar di atas.

Seorang ahli perniagaan, Konstantin Dishliev yang mengendalikan operasi penyeludupan kokain dan menjadi pemilik nombor itu turut ditembak mati di luar sebuah restoran India di sini pada 2005. Dia mati selepas sejumlah dadah miliknya dipintas oleh polis semasa dalam perjalanan ke Bulgaria dari Colombia.

Sejak Dishliev mati, nombor itu tidak digunakan lagi. Pemanggil yang menghubungi nombor itu akan menerima satu mesej bagi memberitahu bahawa telefon bimbit bernombor 888888888 berada di luar kawasan liputan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Tidak hidup lama' atau 'membawa kematian' kerana memiliki dan menggunakan nombor telefon 888888888 ini, adalah suatu kepercayaan karut, tidak logik dan jauh dari sifat manusia yang berfikiran tamadun. Di dalam Islam di sebut 'tatayyur/ tiyarah' atau 'sial menyial' antara virus yang boleh merosakkan aqidah.

Tatayyur atau Tiyarah berasal dari perkataan ( الطَّيْرُ ), iaitu burung. Menurut kepercayaan orang Arab jahiliah jika mereka akan mengadakan safar atau memulakan sebuah perjalanan, maka mereka terlebih dahulu akan melepaskan burung. Jika burung itu terbang ke arah kanan rumah maka mereka akan gembira. Tetapi jika sebaliknya terbang ke arah kiri maka mereka akan bersedih hati kerana itu tandanya musibah akan menimpa. Selanjutnya mereka akan menangguhkan pemergian atau perjalanan tersebut.

Sempena perbuatan ini, maka muncul istilah Tatayyur atau Tiyarah. Islam melarang keras tatayyur/tiyarah. Rasulullah SAW bersabda..

اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ

"Tiyarah itu syirik , tiyarah itu syirik" HR Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Tarmidzi: Sahih.

Tiyarah, Tatayyur atau ‘sial menyial' ini, dalam akidah bukan hanya terbatas pada rasa sedih atau pessimis ( اَلتَّشَاؤُمُ ) terhadap burung, tetapi juga yang berkaitan dengan nama-nama tertentu, ucapan-ucapan, tempat-tempat, orang-orang tertentu dan sebagainya.

Jadi jika ada perasaan murung mengenang nasib malang (musibah) yang akan menimpa (bad luck-unlucky) yang dikaitkan dengan hari, bulan, angka, ucapan, orang tertentu dan lain-lain seperti keyakinan kenan, kesialan angka 13, bulan-bulan tertentu tidak elok mengadakan walimah atau kenduri, membina rumah, maka contoh-contoh itu boleh dimasukkan ke dalam tiyarah. Termasuk seperti kepercayaan 'tidak hidup lama' atau 'membawa kematian' kerana memiliki dan menggunakan nombor telefon 888888888 itu.

Tiyarah dihukumkan syirik kerana mengaitkan musibah yang menimpa kepada selain Allah dan meyakini musibah berpunca dari makhluk yang tidak sedikitpun memiliki kuasa mendatangkan manfa'at atau mudharat. Sebenarnya tiyarah berpunca daripada was-was syaitan yang menimbulkan perasaan takut. Jika hal ini terjadi maka ia dapat merosakkan tawakkal seseorang kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tiyarah adalah penyakit yang muncul sejak zaman silam lagi. Allah menerangkan orang-orang kafir telah melakukan tiyarah terhadap manusia pilihan Allah dari kalangan para rasul dan orang-orang yang beriman.

قَالُوا إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهُوا لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ (18) قَالُوا طَائِرُكُمْ مَعَكُمْ أَئِنْ ذُكِّرْتُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (19)

Mereka menjawab : " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami ". Utusan-utusan itu berkata: " Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas ". ( Yaasiin: 18-19 )

Oleh itu Rasulullah SAW mengajar umatnya jika ditimpa perasaan tersebut maka ia jangan hiraukan perasaan tersebut dan hendaklah ia segera berserah diri kepada Allah dengan membaca doa ini :

اَللَّهُمَّ لاَ يَأْتِى بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ يَدْفَعُ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِك .

Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak keburukan kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Engkau. HR Riwayat Abu Daud.

Yang sama dengan ini, yang kini berlaku di masyarakat kita, seperti bertenung nasib dengan menggaris-garis di tanah, bernazar ke kubur, dan sebagainya, semua ini perbuatan mungkar yang oleh Islam telah lama diharamkan. (2MA)

Lihat juga ini...

Bantah Lesen Judi 28 Mei -PR, Gerakan & 20 NGO


KL, 26 Mei 10: Sekretariat Gerakan Membantah Judi (GMJ) mendesak Kerajaan Malaysia segera menarik balik pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula Jun ini. GMJ yang berpusat di Kedah disertai oleh sayap pemuda ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), Pemuda Gerakan serta 20 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Mereka membuat gesaan tersebut dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat wakil mereka malam tadi. GMJ menegaskan, mereka akan menggunakan apa sahaja cara dan ruang yang ada untuk membantah keputusan yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal' itu.

"Kami juga menyeru seluruh rakyat negeri Kedah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik untuk bangkit membantah keputusan ini," kata kenyataan itu.

GMJ kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein bahawa lesen judi itu diluluskan bagi mengawal aktiviti perjudian haram dan dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Sebaliknya mereka menegaskan bahawa kewujudan judi sukan ini akan menambahkan lagi kemusnahan institusi keluarga dan masyarakat serta meruntuhkan tamadun manusia walaupun mendatangkan perolehan lumayan kepada negara dalam bentuk kewangan. Dalam kenyataan itu GMJ juga memberitahu mereka bukan mahu menghalang kemajuan sukan negara bahkan akan terus menyokongnya namun industri sukan negara akan hancur apabila ia terlibat dengan pertaruhan.

Selain itu, mereka berpandangan kerajaan wajib mendapatkan pandangan awam yang menentang kelulusan lesen baru di samping kewujudan lesen-lesen yang ada yang sudah terlalu banyak serta mahu kerajaan bertindak untuk mendapatkan sumber yang baik untuk membangunkan negara ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria mengulangi seruan kepada seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini. Beliau juga memberitahu, Pemuda Gerakan yang menyokong penuh bantahan itu sedang menunggu kelulusan daripada Gerakan Pusat untuk sama-sama menyertai himpunan itu.

"Pemuda Gerakan memang menyatakan kenyataan bersama tapi untuk himpunan mereka tidak boleh sertai sehingga mendapat kelulusan daripada Gerakan Pusat.

"Mereka bersama membantah tapi polisi parti itu kalau dapat permit baru boleh turut serta," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap

Wednesday, May 26, 2010

Kes Aminulrasyid: Polis Diminta Akui Silap -Khalid Samad

SHAH ALAM MEI 26, 10: Polis Selangor diminta segera mengakui kesilapan dan "tidak berpolitik" dalam menyelesaikan siasatan berhubung kematian remaja Aminul Rashid Hamzah.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, polis tidak sepatutnya turut mempolitikkan isu kerana ia melibatkan masa depan seorang lagi remaja - saksi utama kes berkenaan.

"Didapati polis negeri Selangor dan disokong ketua polis negara masih enggan tarik balik tuduhan bahawa Aminul Rashid itu seorang penjenayah.

"(Mereka juga) masih enggan akui bahawa pedang atau parang yang dijumpai dalam kereta kakak almarhum Aminul Rashid sebagai perkara yang diletakkan, (suatu) planted evidence," kata Khalid.

Katanya, polis Selangor sepatutnya mencontohi sikap ketua polis Negeri Sembilan yang bertindak meminta maaf kepad seorang mangsa tembakan polis di negeri itu.

"Saya tidak faham mengapa di Selangor mereka begitu berkeras mempertahankan perkara yang semua orang tahu tak betul.

"Tapi di Negeri Sembilan, hari itu juga ketua polis negeri meminta maaf kepada keluarga pihak yang ditembak dan mengakui bahawa mereka tersilap.

"Saya rasakan, lebih cepat pihak polis membetulkan keadaan dengan menyatakan keadaan dan kenyataan sebenar, akan melepaskan dirinya (saksi utama) daripada trauma yang sedang dia alami," katanya.

Khalid juga mempersoalkan sama ada sikap yang ditunjukkan oleh polis Selangor itu berkait dengan pentadbiran negeri itu yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Adakah ini ada hubungkait dengan Negeri Sembilan kerajaannya BN, Selangor ini kerajaan Pakatan Rakyat, maka pihak polis mempunyai dasar dan pendekatan berbeza?

"Janganlah polis pun nak berpolitik dalam perkara ini. Saya rasa semua menyedari bahawa Aminul Rashid bukan penjenayah dan Azam bukan penjenayah," katanya lagi.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kehadiran saksi utama itu, Azamuddin Omar yang berada di kerusi penumpang pada kejadian itu ke Bukit Aman hari ini bagi membuat satu laporan polis.

Katanya lagi, Azamuddin akan menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun ini dan tidak seharusnya terus terbeban dengan trauma akibat kejadian tersebut.

Sebelum ini..

Tubuh S'jaya Siasat , Judi, KTMB & 2 B/Petroleum -Khalid


SHAH ALAM MEI 26, 10
: Satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat beberapa tindak-tanduk kerajaan yang didakwa sebagai pengkhianatan kepada negara.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata pengkhianatan kerajaan itu termasuk soal pemberian lesen judi bola sepak dan penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura.

Khalid juga mahu supaya siasatan ke atas penyerahan dua blok petroleum di Sarawak kepada Brunei.

"Kena tengok siapa yang terlibat, apa hujah dan alasan mereka, kenapa mereka setuju dengan keputusan tersebut.

"Sedangkan mereka tahu (keputusan) ini akan merugikan negara. Mereka perlu didakwa (atas tuduhan) mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau memberi alasan, banyak kesangsian boleh dilihat dalam ketiga-tiga kes tersebut.

"Kita khuatir ada (urusan) bawah meja, ada (rundingan) sebalik tirai yang sebabkan ianya dipersetujui.

"(Kelihatan) seolah-olah ada kepentingan untuk pembuat keputusan itu sendiri.

"Kita perlu siasatan bebas dijalankan, mungkin ke peringkat suruhanjaya diraja," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan itu dibuat oleh kerajaan atas nasihat daripada firma rundingan perhubungan awam luar negara yang dilantik kerajaan, Apco.

"Adakah ini yang mampu dilakukan hasil daripada nasihat Apco?," soalnya. (AK)

KTMB: Serah Ke S'pura Boleh, K'tan Tak Boleh -Nik Aziz

KOTA BHARU, 26 Mei 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Beruk di hutan disusukan, anak sendiri ditinggal kelaparan. Perlu siasat mengapa jadi begini? Siapa di belakang PM? (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails