Thursday, August 05, 2010

Turki Sambut Ramadzan Dg Ibadat Muzik Jazz.

HALAMAN HIBURAN


KL Ogos 5 10: WALAUPUN negara-negara lain menyiapkan acara-acara agama dan sosial selama Ramadan, namun berbeda dengan Turki yang mengadakan festival muzik Jazz. Festival 'Jazz in Ramadan' akan menampilkan muzik Muslim dari berbagai negara.

Festival akan diselenggarakan di Istanbul, kota yang menjadi pusat budaya Turki pada 14 hingga 31 Ogos di lapangan Museum Arkeologi di Sultanahmet dan Taman Istana Topkapi. Ini merupakan kali pertama Turki menyebut festival muzik Jazz Muslim pada bulan Ramadan.

Penyelenggara festival, Hakan Erdogan Production mengatakan, tujuan utama dari festival ini adalah mewujudkan kebersamaan dan perdamaian, selain memberi inspirasi seni khasnya dalam bidang musik jazz. Beberapa seniman Islam yang menjadi pemuzik Jazz terkenal di dunia seperti Ahmad Jamal, Anouar Brahem, Abdullah Ibrahim dan Dhafer Yusuf akan tampil dalam festival tersebut, termasuk pemuzik jazz Turki seperti Ilhan Ersahin dan Aydin Esen.

Selain itu turut memeriahkan group muzik klasik Turki "Dede Efendi" pimpinan Munip Utandi. Nama group "Dede Efendi" diambil dari salah satu nama pemuzik terbesar pada zaman Dinasti Turki Ustmani. Selama festival juga akan disediakan makanan untuk berbuka puasa bersama-sama.

Inilah uniknya Turki, negara majoriti Muslim yang berfaham sekuler. Menggelar acara muzik di bulan Ramadan yang menggalakkan ramai menonton muzik dalam nilaian kegiatan ibadat. (2MA)

Misteri Siapa Joe Low & L/Pelaburan T'ganu & ...



KL OGO5 10: Satu nama misteri "Joe Low" muncul dalam senarai individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikompilasi oleh akhbar Straits Times Singapura, dan sekaligus mendorong lebih ramai yang ingin tahu mengenai dirinya. Lapor Malaysiakini.

"Siapakah Joe Low?" ramai yang mungkin tertanya-tanya selepas membaca pengenalan ringkas yang menggambar dirinya sebagai "arkitek utama" Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut.

Bagaimanapun, setahun kemudiannya, 'Joe Low' menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton, menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa. Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. Jejaka berusia 28 tahun ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.

Semakan Malaysiakini menunjukkan Low sudah mendapatkan tempat di kalangan tokoh perniagaan tempat sejak dua tahun lalu, ekoran hubungan rapatnnya dengan pelabur dari Timur Tengah. Selain TIA, yang kini dikenali dengan nama 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau memainkan peranan utama dalam UBG Bhd - syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Faktor 'J Low'


Pengambilalihan UBG Bhd oleh sebuah syarikat Arab Saudi - PetroSaudi International Ltd - tujuh bulan lalu, telah mencetuskan lagi spekulasi mengenai pengaruh luas Low. PetroSaudi telah membentuk usahasama Mei tahun lalu, dengan 1MDB untuk melabur AS$2.5 bilion dalam sektor tenaga.

Ada pihak menanggap, pengambilalihan UBG oleh PetroSaudi ini ada kaitan dengan usaha niaga dengan IMDB. The Star dalam laporannya pada 8 April menyebut, kesemua usaha niaga ini melibatkan Low, yang disifatkan sebagai faktor "J Low." PetroSaudi bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa urusniaga UBG Bhd itu berkait dengan usahasamanya dengan 1MDB. (AK)

Kahwin B/Umur: Dosa Perasuah Besar Dari Penzina


KL, 5 Ogos 10: Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendekatan kahwin awal tidak harus dihalang kerana ia tidak bertentangan dengan lunas agama Islam, malah perlu jika seseorang itu sudah insaf dan mampu.

Mengulas mengenai keputusan Majlis Agama Islam Melaka membenarkan pelajar bawah umur berkahwin, Asri tidak menyatakan bantahan, malah memberitahu tiada had umur berkahwin dalam Islam kecuali seseorang itu sudah matang atau akil baligh serta tahu membezakan baik dan buruk.

“Tujuan had umur berkahwin adalah untuk elakkan eksploitasi tapi harus ada kes-kes khas dari sudut pentadbiran. Bila sudah mengandung, siapa nak bertanggungjawab?” ujar beliau. Malah katanya, adalah lebih adil membenarkan seseorang itu berkahwin atas dasar keinsafan daripada menghalang mereka.

“Semasa di Perlis, saya pernah fatwakan, boleh dinasabkan anak itu kalau gadis yang mengandung berkahwin dengan orang yang berzina dengannya” katanya.

Mengulas mengenai stigma masyarakat Malaysia terhadap penzina, Asri memberitahu, dosa perasuah adalah lebih besar berbanding orang berzina kerana penzina hanya melakukan dosa terhadap diri sendiri sedangkan perasuah menzalimi hak orang lain. Beliau turut menyokong penuh keputusan Melaka untuk membuka sekolah khas bagi pelajar hamil di Jasin.

“Itu satu pendekatan Islam yang baik. Yang penting pendidikan,” ujar beliau.

“Di Malaysia, kita sensitif dengan zina, tapi bukan rasuah. Orang yang bersalah rasuah pun di sini orang masih sambut dan sokong,” tegas beliau.

“Kita kena perbaiki keadaan. Masyarakat mesti pandang serong perasuah lebih dari penzina” katanya.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Shamsuddin menganggap pendekatan “mencegah lebih baik dari mengubati” adalah jalan terbaik dalam mengatasi masalah zina dan keruntuhan moral di kalangan remaja masa kini.

Beliau menganggap isu kahwin awal kerana mengandung merupakan natijah daripada cara hidup tidak mengikut hukum agama. “Jika kita lihat dari sudut (akses) bahan lucah, rencana seks, pendedahan, sekolah bercampur dan galakkan pergaulan bebas memang berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak ada masalah dengan resolusi Majlis Agama Islam Melaka yang menggalakkan remaja yang mampu untuk berkahwin kerana tidak melanggar syarak tetapi keputusan ini harus dilihat secara menyeluruh dan meliputi semua aspek. (AK)

Sebelum ini..

Polemik 'Kahwin Bawah Umur', Nik Aziz, Zurida, Ibnu Hasyim

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua kanan) meninjau persiapan akhir perasmian Jajahan Kecil Lojing dekat Gua Musang hari ini. Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan menyempurnakan perasmian projek itu, hari ini — Foto Bernama
KL OGOS 5 10: Menurut Bernama, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Gua Musang semalam kerajaan negeri sedia mengkaji kesesuaian pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka.

Bagaimanapun beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata pihaknya juga merasa bimbang jika membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal, mereka tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh menyebabkan berlaku perceraian.

“Kita tidak mahu orang kahwin kerana suka-suka sahaja, ia benda besar.

“Tetapi bagi saya benda ini di kampung sudah lama berlaku dan tidak banyak pasangan yang bermasalah sepertimana di bandar. Namun kita akan kaji benda ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak perasmian Jajahan Kecil Lojing, di sini hari ini.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa.

Nik Aziz juga meminta kerajaan negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari. Beliau berkata walaupun Islam tidak melarang umatnya berkahwin awal, malah Nabi Muhammad S.A.W menggalakkannya tetapi ia bukan kerana bersifat nafsu semata-mata dan akhirnya boleh berlaku penceraian.

“Kita akui dalam Islam berkahwinan tiada had umur asalkan cukup syaratnya. Tetapi jika berlaku perkahwinan terlalu muda, saya bimbang rumah tangga mereka tidak dapat diurus dengan baik,” katanya. Demikian Bernama.

Sedangkan menurut Radio Netherlands Wereldomroep Edisi Indonesia...

"... aktivis perempuan, Zuraida, anggota parlemen dari Partai Keadilan, menganggap usul Ali Rustam itu suatu kemunduran. Zuraida sependapat bahwa menurut hukum Islam perempuan yang balig boleh menikah. Tapi dia menambahkan, umat Islam harus menyesuaikan diri dengan masa atau zaman. Membolehkan para gadis muda itu menikah di bawah usia 16 tahun, berarti tidak menghormati hak mereka untuk mengikuti pendidikan. Bagi dia, ini adalah pengingkaran hak para remaja untuk mengikuti pendidikan yang sempurna."

Menurut RNW itu lagi..

"Zuraida menjelaskan, parliman atau parlemen Malaysia sedang menyusun garis panduan untuk para remaja yang sudah berusia 16 tahun yang mau menikah. Tujuannya agar mereka tidak menjadi korban kemiskinan keluarga. Ketua urusan wanita Partai Keadilan ini mengatakan, untuk menangani kasus pembuangan bayi, harus ada perbaikan sistem pendidikan dan kerajaan atau pemerintahan. Juga diupayakan supaya pergaulan remaja tidak terlalu bebas. "Maksudnya kita harus membimbing dari segi keimanan dan ketakwaan. Bukan melonggarkan Undang-Undang untuk memudahkan mereka berkawin," katanya bersemangat.

Mengenai penceraian RNW melaporkan..

"Zuraida mengkhawatirkan kawin dini juga bisa mengakibatkan bertambah banyaknya kasus perceraian. Karena mereka mungkin belum mampu untuk membangun rumah tangga dan mendidik anak. Ini akan menimbulkan masalah sosial yang akumulatif. UU Perkawinan Malaysia, menurut Zuraida, tidak bertentangan dengan hukum atau syariat Islam. Memang Islam membolehkan orang menikah kalau sudah mencapai umur baligh.

"Tapi tidak ditetapkan umur. Jadi kenapa kita nak (hendak, Red.) tetapkan umur enam belas tahun ke bawah?" ia bertanya-tanya. Zuraida menambahkan bahwa dalam Islam ada prinsip memilih mana yang lebih kurang mudaratnya."

Sebelum ini blog Ibnu Hasyim menyiarkan berita 'Sekolah Hamil Anak Haram Akan Didirikan Di Melaka.' dan memberi komen..

"Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh bila suka sama suka di Malaysia. Bila berlaku perzinahan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah! Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini.

Adakan peraturan 'jangan dekati zina', yakni mencegah 'kemungkinan dekat dengan zina' yang melibatkan media kerajaan, suasana sekeliling dan lain-lain, bukan salahkan ibubapa sahaja. Ini yang kerajaan BN kena faham!"

By ASYOK KUMAR

Lihat sebelum ini..

Tiada Cubaan Bunuh Presiden Iran -TV Iran

Gambar, dikatakan menunjukkan kepulan asap akibat letupan bom (kiri) dekat sebuah kenderaan yang dinaiki Mahmoud (dalam bulatan) di bandar Hamadan semalam, menurut berita Reuters.

TEHRAN OGOS 4 10 RABU: Tidak ada serangan bom dekat konvoi kendaraan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, hari ini di Kota Hamedan, Iran barat. Demikian dilaporkan Press TV, sumber dari Pejabat Media Presiden Republik Islam Iran menolak adanya cubaan serangan bom terhadap konvoi kendaraan Ahmadinejad di Hamedan.

Sebelumnya diberitakan seorang penyerang melemparkan bom peledak ke konvoi kendaraan Ahmadinejad dan rombongannya. Dilaporkan pula bahan peledak tersebut berupa granat.

Sementara itu, sumber -sumber tempatan seperti Pejabat Berita Fars dan ISNA dikatakan membenarkan berita cubaan serangan terhadap konvoi kendaraan Ahamdinejad tersebut, bahkan melaporkan, bahan peledak itu mencederakan orang ramai.

Cubaan serangan terhadap konvoi kendaraan Ahmadinejad juga diberitakan media-media asing seperti CNN, BBC, Al Arabia. Bahkan Detik.com Indonesia sudah memberitakannya. (Sumber IRIB/AK)

Wednesday, August 04, 2010

Video Lucah Shahanim, Naib Ketua Puteri UMNO?

KL Ogos 4 10: Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof mengakui sendiri, yang paling menghantuinya ialah apabila beliau dikatakan beraksi dalam VCD lucah, mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya. Katanya dalam satu pertemuan dengan Agendadaily hari ini.

Ketika ditanya oleh Agendadaily, adakah beliau berpendapat bahawa mungkin beliau tidak dilantik oleh Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah dan beberapa gosip lain?

Katanya,"Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything."

Bila ditanya, bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucahnya disebarkan?

"Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube…

"Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

"Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.

Kenapa selama ini beliau berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini? Tanya Agenadaily lagi terhadap semua fitnah terhadapnya, termasuk VCD kes lucah ini.

"Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah. Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?"

Menurutnya lagi, setakat gambar superimpose mukanya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Dia sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah dia buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepadanya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak. Jelasnya.

"Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja." Demikian pengakuannya dalam Agendadaily.(AK)

Sokong Longgarkan Perkahwinan Pelajar Bawah Umur -Dr Mohd Hasyim

Apakata Shahrizat?

KL. OGOS4 10: WEBLOG Ibnu Hasyim menyokong keputusan kerajaan negeri Melaka 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini baik dan sesuai dengan kehendak agama Islam. Bukan mengarut.. bukan kembali ke zaman silam, bahkan 'perkahwinan kanak-kanak' pun dibolehkan dalam agama, bukan seperti yang dituduh dan dipermai-mainkan oleh sebuah NGO kepada Reuter.." Kata editornya Dr Mohd Hasyim sebentar tadi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri. Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkhawinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Menurut perangkaan jumlah hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008. Sebelum ini blog Ibnu Hasyim menyiarkan berita 'Sekolah Hamil Anak Haram Akan Didirikan Di Melaka.' dan memberi komen..

"Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh bila suka sama suka di Malaysia. Bila berlaku perzinahan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah! Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini.

Adakan peraturan 'jangan dekati zina', yakni mencegah 'kemungkinan dekat dengan zina' yang melibatkan media kerajaan, suasana sekeliling dan lain-lain, bukan salahkan ibubapa sahaja. Ini yang kerajaan BN kena faham!"

By ASYOK KUMAR.

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails