Wednesday, August 18, 2010

Muslim Canada Tarawih Di Gereja, Bukan Macam Si Bebal Di M'sia.

Kristus Gereja Katedral Katedral Gereja Anglikan di Kanada, ibu kota British Columbia, di Victoria.

KL 18 OGOS 10: Gereja-gereja di kota Calgary, Kanada membolehkan penggunaan ruangan gereja bagi kaum Muslimin untuk melaksanakan solat Terawih selama bulan Ramadhan. Hal itu disebabkan sukarnya untuk solat jamaah di dalam Islamic Center kerana bertambah ramainya pesolat-pesolat tarawih di kota tersebut.

Imam Islamic Center di salah satu kota di Kanada mengatakan, "Gereja-gereja di lembah Simon telah sepakat membuka pintu gereja mereka untuk dilaksanakan solat Tarawih dalam rangka mengakomodasi jumlah umat Islam yang tidak mampu solat terawih di dalam Islamic center kerana melimpahnya jamaah." Jelasnya lagi, bahawa jumlah Muslim di kota ini dianggarkan berjumlah 85,000 jiwa, sementara masjid Islamic Center tidak mampu menampungnya kehadiran sebahagian dari mereka.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah keindahan tolerensi dan seninya dalam beragama, bahkan berlaku dalam sejarah Islam zaman Khalifah Umar. Fahaman dan pemikiran beginilah yang perlu diterapkan di negara kita yang berbagai kaum dan agama. Bukan macam tulisan si bebal bengap seperti di bawah ini..

Mesti baca : Keratan akhbar Harakah siar Ahli Parlimen PAS di Gereja Christ of The King atas alasan dakwah Posted on by penulis_cyber

Soalan :

1) Adakah ada orang Kristian benar orang Islam berdakwah di tempat ibadat mereka ?
2) Adakah tiada tempat lain untuk misi bertemu rakyat untuk berdakwah ?
3) Adakah logik ahli agama lain dibenar dakwah di tempat ibadat kita ?
4) Adakah ini tanda politik memperalatkan rumah ibadat sudah semakin berleluasa hingga sampai ke gereja ?
5) Apakah pandangan agama tentang hukum masuk tempat ibadat agama lain ?

Jawapan soalan kelima ada iaitu kita tidak diharuskan ke tempat ibadat agama lain tanpa sebarang urusan. Apatah lagi sebagai pemimpin bagi sebuah parti Islam sudah tentu perkara yang boleh menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

Sekarang ini sudah banyak insiden seperti bukan Islam masuk ke masjid untuk tujuan politik. Mereka tidak lagi takut kerana sebahagian yang menyokong PAS sudah pun berjaya diliberalkan fahaman mereka hingga membenarkan masjid dimasuki oleh ahli politik bukan Islam.

Hingga kepada kalimah Allah juga diliberalkan batasannya kepada bukan Islam demi mencapai cita cita politik yang sedikit. Moga ALlah selamatkan Malaysia dan sekelian kaum muslimin… Amin!

Aah, Aidul Fitri Beriringan 11 September..


17 AUGUST 10: Muslim AS yang selama ini menjadi korban tindakan rasis pemerintah mulai khawatir lagi. Hal ini kerana ada kemungkinan Hari Raya Idul Fitri akan beriringan dengan peringatan peristiwa 11 September. Hal ini disampaikan oleh Edina Lokovich, jurucakap The Muslim Public Affairs Council di Los Angeles Selasa hari ini sebagaimana dipaparkan oleh Alarab Online.

"Pegawai keselamatan AS telah menerima sejumlah pesan yang mengarahkan mereka untuk mengawal keamanan tambahan di hari Idul Fitri," jelas Lokovich. "Setiap kali menjelang hari 11 September selalu saja berlaku suasana anti Islam dan tahun ini sangat mengkhawatirkan kami berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kerana kemungkinan serangan terhadap umat Islam di hari Idul Fitri sangat besar."

Situs Alarab Online mengutip Lokovich menulis, pernyataan pendemo di depan masjid-masjid Amerika setiap 11 September benar-benar sangat mencemaskan dan kelompok-kelompok anti Islam secara tidak langsung mengancam kami.

Sesuai dengan laporan ini, jurucakap The Muslim Public Affairs Council Los Angeles meminta polis dan petugas keamanan agar benar-benar siapsedia, malah tidak memihak kelompok-kelompok rasis yang mengancam umat Islam.(AK)

Tuesday, August 17, 2010

Gambar Ini.. Bangkitkan Gelombang Protes

Tentera wanita Israel dan tahanan Palestin. Begitu juga gambar di bawah...

17 AUGUST 10: DALAM gambar yang dipaparkan oleh seorang tentera wanita Israel.. nampak dia sedang berlagak bagai seorang wanita pekerja seks komersial di hadapan tiga tahanan Palestin tertutup matanya. Laporan ini terdapat dalam akhbar Inggeris Daily Telegraph dan dinukil oleh situs INN hari ini.

Menurut akhbar tersebut, seorang tentera wanita Israel menyiarkan photo-photonya sedang mengolok-olok tawanan lelaki Palestin dengan mata tertutup dan kedua tangannya terikat. Hal ini membangkitkan kemarahan warga Palestin. Ada juga paparan gambar tentera wanita ini sedang duduk di sebelah seorang tahanan Palestin, sambil memangku kaki di mana wajahnya dihadapkan seperti ingin mencium lelaki Palestin itu.

Di photo yang lain pula, tentera wanita ini berada di depan tiga tahanan lelaki Palestin yang matanya tertutup, juga dalam keadaan terikat. Tentera wanita Israel itu kemudian berlagak seperti seorang wanita pekerja seks komersial di hadapan mereka.

Sekaitan dengan hal ini, Ghassan Khatib, Jurucakap Otorita Ramallah mengutuk publisiti gambar-gambar ini dan menyatakan photo-photo ini menunjukkan betapa tentera Israel mengidap penyakit jiwa yang cukup teruk. Penjajahan mereka selama 43 tahun atas Palestin membuat mereka melakukan kerja-kerja rendah dan memalukan seperti ini.

"Photo-photo itu membuktikan keadaan kejiwaan dan cara pandang penjajah dalam menyiksa warga Palestin," tegasnya. Khatib menambahkan, "Penjajahan ini tidak adil dan tidak bermoral. Untuk itu gambar-gambar seperti inipun dipublikkan.. menjadi bukti problem kejiwaan yang sangat parah, termasuk aksi-aksi pelecehan seksual."

Berdasarkan laporan ini, gelombang protes segera muncul memaksa tentera Zionis Israel mengeluarkan kenyataan mengritik tentera wanita ini dan menyebut photo-photo itu sebagai "skandal memalukan". Namun diujung pernyataannya, tentera Zionis Israel menyebut masa 'wajib tentera' telah selesai dan tidak jelas apakah samada ketuanya dapat ajukan pengaduan itu atau tidak.

Tentera wanita Israel ini mempublikkan sebanyak 26 photonya selama menjalani wajib tentera di laman facebooknya. Photo-photo itu dimuat dalam album bertitel "Tentera; Hari-Hari Terbaik dalam Hidupku". Dua photo yang menjadi berita kontroversial termasuk dari ke-26 photo-photo itu.

Namun yang menarik, setelah kritikan tentera Zionis Israel terhadap tentera wanita ini, menyebabkan dia terus mengatakan kecewa mengabdi kepada tentera dan menyebut tentera Zionis Israel sebagai terburuk di dunia.

Daily Telegraph dalam laporannya melanjutkan, "Publisiti gambar-gambar ini tidak kurang buruknya dari gambar-gambar tahanan Abu Ghuraib di Irak. Kerana tentera AS juga melakukan pelecehan seksual terhadap tahanan Irak."(AK)

Sokong Atau Tidak Dinar Kelantan? Klik Di sini..

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham..

dinar kelantan

Bola Sepak Wanita Iran Perkenal Jersi Baru.

SUKAN
Jersi baru pasukan bola sepak Iran

KL 17OGOS 10
: ISLAM tidak menghalang kegiatan sukan. Akhirnya, pasukan bola sepak wanita Iran, memperkenalkan jersi mereka yang dilengkapi dengan tudung pada Sukan Olimpik Remaja di Singaqpura.

Hal selesai selepas beberapa hari, dikatakan menimbulkan persoalan mengenai cara pakaian mereka, yang menutup seluruh badan, dan kini Iran mengalahkan Papua New Guinea 1-0 menerusi gol pada babak kedua semalam.

"Sejak beberapa hari lalu, semua orang bertanya mengenai jersi kami dan bukannya cara permainan bola sepak kami.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai pakaian pasukan bola sepak kami. Kami ke sini untuk bermain bola sepak. Apa kaitannya bertudung dan pakaian yang menutup seluruh badan?,'' kata jurulatih Iran, Shahrzad Mozafar.

Badan bola sepak dunia FIFA, pernah mengharamkan pasukan tersebut daripada mengambil bahagian pada kejohanan di Singapura, kerana ketegasan mereka untuk tetap memakai tudung ketika beraksi. FIFA mengharamkan pemakaian tudung ketika beraksi pada 2007, atas alasan keselamatan serta mengelak unsur agama di atas padang.

Ekoran itu, pereka fesyen Iran mencipta pakaian baru yang dilengkapi dengan tudung, bahagian atas badan berkain keras dan tebal, seluar panjang yang dilengkapi stoking. FIFA meluluskan pakaian tersebut tetapi bantahan daripada beberapa pegawai Iran sendiri hampir menghalang aksi mereka di Singapura.

Di atas padang, kemenangan pertama Iran pada acara yang disertai enam negara, menghidupkan peluang mereka memenangi pingat. Meski kalah kepada pasukan Turki, pasukan bola sepak wanita berjaya berjaya mengalahkan pasukan Papua, kini mendapat perhatian FIFA.

Menurut Fars News, sebelum berangkat ke Singapura, pasukannya berjanji kepada rakyat Iran akan tampil ‎membuat kejutan. Kemenangan ini telah menutup kekalahan sebelumnya. ‎Menurut FIFA dalam laporannya menulis, ‎pasukan Iran tampil dengan baik namun masih belum ‎beruntung. ‎Pasukan Iran tampil menggunakan kostum Islam dengan hijab ‎dan topi khas, dan mendapat sorotan tajam dari wartawan.

Jurulatihnya Shahrzad Mozafari mengatakan, kemenangan ini bukan hanya memulihkan ‎kepercayaan pasukan kini, namun untuk kedepan pun sangat bermafaat. ‎Penampilan pasukan wanita Iran dengan memakai pakaian Muslim telah memupuk ‎kepercayaan atlet wanita Iran lainnya, supaya tampil dalam pertandinagan internasional. ‎‎(IRIB/Fars & pelbagai sumber/AK)‎

BlackBerry ‘berlembut’, Beri Pihak India Akses

NEW DELHI, 17 Ogos 10: Research In Motion (RIM) memberi pihak berkuasa India jaminan akses yang terhad buat peringkat awal ke atas perkhidmatan ‘Messenger’ menjelang 1 September dan akan mengadakan perundingan minggu ini, kata sumber kerajaan semalam.

RIM telah diberi masa sehingga 31 Ogos ini untuk memberikan akses kepada pihak berkuasa India menghalusi kandungan emel dan teks mesej segera yang dihantar menerusi BlackBerry.

“Mereka memberi akses sebahagian ke atas perkhidmatan ‘Messenger’ menjelang 1 September ini dan bersetuju untuk menyediakan akses penuh menjelang akhir tahun,” kata sumber kerajaan.

New Delhi berkata ia akan menamatkan perkhidmatan RIM jika tidak memenuhi syarat-syarat yang dikenakan, sekali gus mengancam pasaran produk syarikat itu. — Reuters

Iran Sedia Bangunkan 10 Pusat Pengkayaan Uranium Baru

TEHRAN OGOS 16 10: Ali Akbar Salehi, Ketua Badan Energi Atom Iran memberitahu, bahawa telah ditetapkan 10 lokasi baru untuk membangun pusat pengayaan uranium. Hal ini disampaikan Salehi semasa sidang kabinet Isnin hari ini, demikian diberitakan kantor berita Mehr.

"Pembangunan satu dari pusat pengayaan uranium ini akan dimulai awal atau akhir tahun depan," jelas Salehi.
Mengenai perundingan dengan kelompok Wina dalam masalah pertukaran bahan bakar nuklear, Salehi mengatakan, "Pihak kelompok Wina telah mengumumkan melalui media-media, kesediannya berunding dengan Iran, namun sampai sekarang kami belum menerima apa-apa surat resmi."

Ketua Badan Energi Atom Iran menegaskan kesediaan Iran untuk berunding, "Langkah ini untuk membuktikan niat baik Iran dalam menyelesaikan dokumen buatan dan palsu yang dibuat Barat."

Salehi mengatakan, "Bila pihak Barat ingin selamat dari dokumen ini, maka perundingan merupakan langkah untuk menciptakan kepercayaan yang sangat bermanfaat bagi kedua pihak."

Sementara itu, mantan Duta Besar Indonesia untuk Iran, Basri Hasanuddin mengatakan, mengingat Republik Islam Iran di pihak benar dalam sengketa nuklear dengan Barat, maka perlu dipastikan negara ini akan memenangi sengketa tersebut dengan terhormat. Hal itu dikemukakan hari ini oleh Hasanuddin dalam wawancaranya dengan wartawan IRNA.

Sebelum itu, rejiim Zionis Israel dikatakan boleh melancarkan serangan tentera terhadap Republik Islam Iran dalam satu tahun mendatang sebagai usaha untuk menghentikan program nuklear Tehran, bahkan tanpa lampu hijau dari AS

Jeffrey Goldberg, penulis artikel yang diterbitkan dalam edisi September majalah Atlantik menulis, "Muncul konsensus soal adanya lebih dari 50% kemungkinan Israel akan melancarkan serangan pada bulan Julai tahun hadapan."

Goldberg mengatakan bahawa penilaiannya didasarkan pada percakapan dengan pembuat keputusan di Israel baik masa lalu atau sekarang, termasuk "sebuah diskusi panjang" dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta dengan banyak pejabat AS dan Arab. (IRIB & pelbagai sumber/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails