Thursday, October 28, 2010

Siap, Apa Patut Buat PRU 13 Tengahan 2011?


KL, 28 Okt 10: Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 diramalkanoleh banyak pihak akan diadakan pada pertengahan tahun depan. Jangkitan demam PRU 13 sudah nampak semakin jelas. Seramai 246,962 orang telah mendaftar sebagai pengundi baru sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini, antara Julai hingga September lalu, paras mirip suasana setahun sebelum pilihan raya umum 2008.

Sepanjang 2007 tahun demam pilihan raya umum ke-12, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima purata 300,000 permohonan setiap suku tahun. Jumlah semasa itu juga lebih tinggi berbanding 191,970 permohonan baru yang diterima sepanjang suku kedua tahun ini iaitu antara April dan Jun.

Pada suku pertama iaitu Januari dan Mac lalu, suruhanjaya menerima 157,327 permohonan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPR berkata, dalam tempoh yang sama, Julai dan September lalu, seramai 32,494 pemilih sedia ada memohon pertukaran alamat pusat mengundi.

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun ketiga 2010 telah mula dipamerkan sejak semalam sehingga 2 Novemver di 997 tempat pameran di seluruh negara, kata SPR. Mereka yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan untuk menyemak rang tersebut.

“Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, bagi mana-mana pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam rang itu boleh membuat bantahan dengan mengisi Borang C.

Antara tempat pameran rang daftar pemilih ialah...

  • Pejabat Pilihan Raya Negeri (14 tempat),
  • Pejabat Pos Berkomputer (457 tempat),
  • kompleks atau pejabat kerajaan (103 tempat),
  • Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah (157 tempat),
  • Majlis Daerah atau Perbandaran (52 tempat),
  • Dewan Serbaguna,
  • Rukun Tetangga,
  • Balai Raya,
  • Kompleks Penghulu,
  • Dewan (183 tempat)
  • dan lain-lain tempat (30 tempat).

Selain itu, SPR juga turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih.

“Asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada Daftar Pemilih ialah kerana mereka ini didapati telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada Angkatan Tentera atau polis yang bermakna telah hilang kelayakan sebagai seorang pemilih pos dan sebagainya,” kata SPR.

Justeru, SPR memohon kerjasama waris untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera serta membawa permit mengubur sebagai bukti kematian bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian kepada waris.

“Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pengkalan data Daftar Pemilih,” kata kenyataan itu.

SPR juga menasihatkan pemilih-pemilih berdaftar untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih bagi memastikan pemilih-pemilih ini didaftarkan di lokaliti yang betul. Bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di satu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.

Permohonan pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR atau menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana pejabat pilihan raya negeri. (AK)

Muhammad Nama Paling Popular Di Ingeris & Wales

Muhammad, Nama Paling Populer di Inggris

LONDON 28 OKTO 10: Muhammad menjadi nama paling populer yang diberikan kepada bayi lelaki yang baru dilahirkan di Inggeris dan Wales sepanjang 2009. Namun adanya 12 ejaan yang berbeda dari nama Muhammad, membuatnya tidak menempati peringkat pertama dari daftar nama anak lelaki paling terkenal di sana.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Bahagian Statistik Nasional Inggeris, Rabu semalam, justru nama Oliver yang dianggap sebagai nama paling umum. Nama Oliver dipakai oleh 7,364 anak lelaki yang lahir sepanjang tahun lalu. Berikutnya terdapar nama-nama Jack, Harry, Alie, dan Joshua, yang menempati lima besar nama paling populer.

Padahal nama Muhammad yang ditulis dengan versi atau ejaan yang berbeda, menurut data itu, berada di peringkat 16 dan 36. Total nama Muhammad yang dipakai untuk nama itu mencapai 7,549 anak. Lebih tinggi dari pada nama Oliver yang sebanyak 7,364 anak. Nama Muhammad paling banyak digunakan bayi di wilayah West Midlands yang meliputi kota Birmingham.

Sementara, Olivia merupakan nama anak perempuan yang paling populer dengan dipakai oleh 5,201 anak, dan diikuti oleh nama Ruby, Chloe, Emily, dan Sophie. Nama bayi perempuan yang paling tinggi kenaikan peringkatnya adalah Maisie. Nama Maisie naik 29 peringkat dan kini menempati urutan 34. Sedangkan untuk anak lelaki, kenaikan tertinggi didapat nama Austin yang naik dari peringkat 160 pada 2008 menjadi 100 pada 2009.

Putra pemain Manchester United, Wayne Rooney, yang lahir tahun lalu, iaitu Kai, merupakan satu dari 1,012 nama bayi yang diberikan nama serupa sehingga menempati peringkat 68 (Rep: Al Arabiya/AK)

Sebelum ini..

Amaran Usama Laden Kepada Perancis

KHAMIS 28 OKT 10: Larangan yang diterapkan Perancis terhadap pemakaian cadar di tempat umum dan keterlibatan Perancis dalam perang di Afghanistan, membenarkan Al-Qaidah untuk tindakan kekerasan terhadap warga negara Perancis. Demikian pemimpin Al-Qaidah Usamah bin Ladin memperingatkan Perancis pada hari Rabu kelmarin

Dalam sebuah rekaman audio yang disiarkan di tv Al-Jazeera, Bin Ladin mengatakan penculikan bulan lalu terhadap tujuh orang asing, lima di antaranya Perancis, di gurun Sahara di Nigeria utara merupakan sebuah peringatan penting untuk Perancis.

"Bagaimana boleh kamu ambil bahagian dalam menduduki negara kami dan mendukung Amerika membunuh anak-anak dan perempuan kami, dan kemudian berharap untuk hidup dalam damai dan keamanan?" tanya Bin Ladin.

"Ini adalah sangat sederhana, sebagiamana kamu membunuh, maka akan dibunuh, sebagaimana kamu menahan tahanan, maka kamu akan ditahan juga, dan ketika kamu berkompromi terhadap keamanan kami, kami akan berkompromi terhadap keamanan kamu," katanya dalam pesan, yang berdurasi 1 minit 55 detik.

Pemimpin al-Qaidah ini juga memperingatkan pemerintah Perancis untuk menarik pasukannya keluar dari Afghanistan. "Cara untuk melindungi keamanan kamu adalah membawa pergi kezaliman kamu dalam melawan bangsa kami sampai akhir, dan yang paling penting adalah menarik diri dari perang terkutuk dari mantan Presiden AS George W. Bush di Afghanistan." katanya dalam pesan, keaslian yang belum dapat segera diverifikasi.

Menanggapi pesan tersebut, Menteri Dalam Negeri Prancis Brice Hortefeux mengatakan Perancis berada di bawah ancaman teroris yang nyata perlukan kewaspadaan total.

"Kita tahu ancaman (teroris) adalah nyata dan kewaspadaan perlu total," kata Hortefeux dalam pertemuan di Majlis Nasional di Paris.

"Sejauh yang kami tahu, laporan ini hanya dapat membenarkan mempertahankan respon kita terhadap ancaman teroris," kata Hortefeux.

"Seandainya rakaman itu asli dari mereka, maka akan menjadi sebahagian dari berbagai ancaman yang telah dilakukan terhadap negara kita secara keseluruhan, di luar negara dan di Perancis," tambahnya.

Pesan disiarkan oleh al-Jazeera dengan menampilkan foto Usamah Bin Ladin. Pemimpin al-Qaidah, yang diyakini bersembunyi di pegunungan terpencil antara Afghanistan dan Pakistan, juga menyoroti parlimen Perancis melalui undang-undang yang disahkan bulan lalu iaqitu melarang pemakaian cadar di depan umum.

"Sebagaimana kamu telah salah memutuskan, kamu berhak melarang perempuan Muslim dari mengenakan cadar, dan menjadi hak kami untuk mengusir orang-orang kamu dengan membunuh mereka?" tanya Bin Ladin.

Dalam pesannya, Bin Laden berkata: Perancis merongrong nilai-nilai Islam, sehingga kita kena 'mengganggu' kepentingan Perancis.(Era Muslim/AK)

ISA Tahan Militan Kumpulan Mujahidin Aceh?

Ustas Abu Bakar Basyir inipun dituduh pengganas..

KL 28 OKT 10
: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Taufiq Marzuki @ Sulaiman Tarmizi, 29, ditahan polis pada pagi 29 September lalu di Seksyen 27 Shah Alam selepas dipercayai bersembunyi lebih setengah tahun di negara ini. Difahamkan, Taufiq yang masih bujang telah bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan tersebut bagi menyara hidup sepanjang dia berada di negara ini.

Dia dikatakan memasuki negara ini dengan menaiki feri dari Medan, Indonesia. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail berkata, Taufiq yang berasal dari wilayah Acheh dipercayai merupakan anggota sebuah kumpulan militan dikenali Kumpulan Mujahidin Acheh (KMA).

“Taufiq ditahan selepas dia melarikan diri ketika kem latihan KMA diserbu oleh polis Indonesia pada 12 Mac lalu.

“Selepas kejadian itu, Taufiq telah memasuki dan bersembunyi di negara ini sehingga dia ditahan pada 29 September lalu,” katanya. (AK)

'PAS Masih Menyokong DAP (harbi)'?” Diturunkan.


Kain rentang perkauman..

GUA MUSANG 28 OKT 10: Pekerja-pekerja pilihan raya PAS dan DAP telah menurunkan sehelai kain rantang yang dijumpai pagi semalam yang tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik. Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adalah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah. Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung. "Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua.

'Harbi' merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.
Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'. Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh". Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi. (AK)

Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya..

Pasar Malam Akan Tiada Lagi, Ganti Pasar Komuniti.



KL 23 OKT 10
: Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan terhapus, apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu. Lapor Malaysiakini.

Menurutnya, tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan, tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu. Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020. Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah. Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd. Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020. (AK)

Gejala Seks-Dadah Tiada T/jawab Pemerintah?

Anggota AADK menyoal siasat lima penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di Jalan Datuk Dalam, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU 28 OKT 10
:
Melakukan seks beramai-ramai sambil menghisap dadah. Itulah tindakan yang disyaki sering dilakukan oleh sekumpulan lima penagih dadah sebelum dicekup sepasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Johor di sebuah pondok haram di Jalan Datuk Dalam di sini petang kelmarin.

Difahamkan, kesemua penagih dadah termasuk seorang wanita berusia 20-an sedang khayal ketika dicekup. Beberapa kondom terpakai juga ditemui bersepah di lantai pondok haram terbabit. Malah, hasil pemeriksaan di pondok penagih terbabit turut menemui pelbagai pakaian yang disyaki disimpan penagih-penagih terbabit sebagai kemudahan untuk mereka menginap di situ.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Runtuhnya akhlak remaja Malaysia adakah ianya lepas dari tanggungjawab pemeritah? Pemimpin-pemimpin UMNO tiada kena mengena dalam hal ini? Perlulah perundangan Islam disemak semula untuk dilaksanakan.. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails