Saturday, November 20, 2010

Banjir Serang Mekah, Raja Abdullah Sakit..


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - 20 NOV10: Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan. Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu. Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang. Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik. Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki. Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia. Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Apa kena mengena banjir dengan sakit dengan umur Raja Abdullah? (AK)

Friday, November 19, 2010

Bersiap Menjadi Jutawan Tokek..

CATATAN PERJALANAN: Indo 1 -Surabaya

Tribun Kaltim: Cecak atau tokek raksasa seberat 64 Kg yang ditemukan remaja di hutan perbatasan Kalimantan Timur dan Malaysia, laku Rp 179 miliar (Kira-kira RM61,664,000). Beratnya hingga 64 kilogram. Dibeli oleh pengusaha Korea melalui orang Malaysia. Berita 31 Ogos 2010 Kompas.com.

SEBENTAR lagi saya akan ke Surabaya Indonesia. "Eh, kalau hang pi Surabaya, cuba tengok-tengok peluang bisnes Cecak Gergasi.." kata seorang kawan, yang sudah 'patah kandaq' dalam berniaga, hendak cari peluang berniaga baru, beberapa hari lepas.

"Niaga Cecak, eh, betoi ke?" Saya terkejut. Baru dia jelaskan, dan menunjukkan berita gambar di atas. Maka saya pun cari maklumat lanjut. Maka dapatlah....

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah, seperti berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).

Lihat dulu gambar-gambarnya.










Saya gerodek-gerodek lagi dalam google, dapat maklumat tambahan..

Harga tokek berdasarkan berat:

  • Lebih dari 6 ons = 1 Miliar (RM344,492)
  • 5-6 ons = 200 Juta (RM68,898.3)
  • 3-5 ons = 40 Juta(RM13,779.7)
  • Dibawah 3 ons = tidak ada pasaran yang tetap
* 3 oz(ounce) sekitar 85gram.

Begitu harganya, makin bertambah saya tidak yakin. Saya cari lagi, dapat pula maklumat ini..

Sebuah fakta baru dalam dunia pengobatan ilmiah/bukan magic bahawa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral.

Begitulah maklumatnya. Jadi bila tokek yang anda ternak, simpan atau terjumpa telah memiliki berat minimal 4 ons++, maka bersiaplah untuk menjadi jutawan baru!

Mari kita lihat berita ini pula..

Mengapa Tokek Mahal Harganya?
Selasa, 31 Agustus 2010 | 00:08 WIB

KOMPAS.com Tokek, hewan reptil yang suaranya sering muncul di rumah, kebun, gedung, atau bahkan hutan itu kini harganya makin mahal. Tokek berkaki empat mirip cicak itu lebih sering dijumpai di rumah dan kini makin mudah diperoleh di pasaran untuk berbagai keperluan.

Apa yang menjadikan tokek mahal harganya? Hal itu ternyata bukan karena suaranya yang sering bunyi tanpa diduga dan berulang-ulang satu periode, tetapi lebih pada kandungan dari tokek itu sendiri, yang otomatis untuk memanfaatkannya harus disembelih atau dimatikan.

Tokek rumah atau cicak besar bernama latin Gekko gecko dikenal di beberapa tempat dengan sebutan berbeda, misalnya tekek atau tokek, (Jawa), tokok (Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (Inggeris).

Tokek rumah memiliki bintil besar-besar di punggungnya dengan warna berbeda-beda dan hal ini satu di antara pembeda jika dibandingkan dengan cicak kecil. Warnanya bermacam-macam, dari warna abu-abu kebiruan sampai kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga.

Adapun warna perut tokek abu-abu biru keputihan atau kekuningan dan ekornya juga memiliki enam baris bintil belang-belang. Di bagian jari-jari kakinya terdapat bantalan pengisap sehingga ia bisa lengket di dinding tembok atau pohon.

Tokek menjadi mahal dan dicari orang karena konon bisa menyembuhkan orang yang mengidap HIV atau AIDS. Penyakit mematikan itu menyerang sistem imun tubuh dan belum ada obat medis yang mampu mengatasinya. Oleh sebab itu, ramuan tradisional dari tokek dipercaya sebagai ramuan paling mujarab untuk hal itu.

Bagian lidah tokek dan darahnya dikabarkan mengandung zat yang bisa melawan virus HIV. Tokek yang memiliki khasiat itu adalah tokek berbobot lebih dari 3 ons dan dalam keadaan hidup.

Selain lidah, empedu tokek konon juga mujarab untuk pengobatan orang yang mengidap AIDS. Kabar beginilah yang membuat orang harus membelinya dengan harga mahal demi menyelamatkan nyawanya.

Bagian empedu tokek juga mengandung senyawa anti-tumor dan kanker sehingga bisa meningkatkan kekebalan tubuh.

Adapun sejak zaman nenek moyang, daging tokek secara keseluruhan bisa menyembuhkan berbagai penyakit gatal. Banyak orang memberikan kesaksian bahwa penyakit kulit gatal-gatal bisa sembuh dengan tokek yang dibakar atau digoreng.

Harga tokek bervariasi tergantung berat badan dan usia tokek itu sendiri. Lokasi khusus penjualan tokek ada di beberapa daerah, seperti Jakarta, Batam, Banjarmasin, Makassar, Pontianak, Surabaya, dan Solo serta kota lainnya.

Di Pasar Jatinegara, Jakarta, juga terdapat pasar hewan yang menyediakan berbagai macam satwa, dan langka sekalipun, dengan harga murah.

Harga tokek dengan berat badan kurang dari 1,5 ons masih pada kisaran Rp 200.000. Namun, bila sudah besar, sekitar 2 ons, dan sudah tua, maka harganya bisa mencapai Rp 5 juta.

Jika nasib mujur, maka penjual bisa melepas tokek seberat lebih dari 3 ons atau 4 ons dengan harga Rp 100 juta. Harganya akan lebih mahal lagi jika sudah mencapai 1 kilogram dan dibeli langsung dari pembeli Korea, China, atau Malaysia. Harganya bisa lebih dari Rp 200 juta.

Tokek raksasa yang pernah ditemukan di pedalaman Kalimantan memiliki berat hingga 64 kilogram dan terjual dengan harga Rp 179 miliar, dibeli oleh pengusaha Korea melalui orang Malaysia. Sekian berita itu.

Setakat saya sendiri masih belum yakin 100%. Apakah ini juga satu jenis penipuan? Kalau di Malaysia seperti ternak lintah, cacing, tanam serai dan lain-lain yang tidak berkesudahan hilang di tengah jalan. Atau juga seperti saham yang untung ruginya digoyangkan oleh isu, walaupun ada yang betulnya dan lain-lain.

Kalau tuan-tuan ingin memberi komen dan nasihat, silakan!

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 18, 2010
KL/Surabaya

Zaid Keluar Parti: Mengapa Tidak Pilih PAS?

Zaid berkata kemungkinan beliau akan menubuhkan parti sendiri . — Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 19 Nov 10: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS. Kenapa beliau tidak mahu sertai PAS?

“Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

“Lebih baik saya sendiri,” kata beliau kepada media ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini. Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. (AK)

Penggodam M'sia Ditahan Di AS 'curi' 400,000 Kad Kredit



cyberterrorism

Penggodam M'sia ditahan 'curi' 400,000 kad kredit

SEORANG penjenayah siber Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan mencuri hampir setengah juta nombor pemegang kad kredit dan debit, kata pejabat Peguam Negara di New York.

Lin Mun Poo, seorang warga negara Malaysia ditahan 21 Oktober lalu selepas memasuki Amerika Syarikat dihadapkan di mahkamah juri, semalam. Beliau dituduh atas kesalahan menggodam Bank Pusat Amerika di cawangan Cleveland, Ohio dalam beberapa serangan menggodam untuk mencuri lebih 400,000 nombor kad kredit.

Beliau juga didakwa kerana memecah beberapa sistem pertahanan komputer di negara itu.

Poo yang kini dalam tahanan untuk perbicaraan dikatakan amat cemerlang dalam kerjayanya di beberapa institusi kewangan, mengambil kontrak untuk mengukuhkan sistem pertahanan komputer, termasuk menjual dan memperdagangkan maklumat," kata pejabat Peguam Negara Amerika.

internet media and print mediaPasukan perkhidmatan perisikan Amerika memberkas Poo yang berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York.

“Ejen perisikan merampas komputer bimbit Poo yang mengandungi ribuan data akaun kewangan dan maklumat peribadi yang dipercayai diperolehnya menerusi kegiatan penggodaman," katanya.

Ketua perkhidmatan perisikan Amerika, Brian Parr, berkata antara kegiatan Poo yang dikesan ialah memecah masuk sistem pertahanan kontraktor Pentagon yang 'mengandungi maklumat logistik ketenteraan yang amat sensitif'.
- AFP

Haji,Tidak Memada Dengan Gambar Ini..


Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Nampak dari atas sekitar 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul untuk melakukan ibadah haji tahun ini

MEMANG tidak memada atau cukup melihat gambar ini sahaja, tiap Muslim wajib pergi ke sana, bila mampu. Bagaimana anda mengatakan tidak mampu, sedangkan kehidupan harian anda masih membazir, berbelanja di luar keperluan? Sanggup melancong sedangkan kewajipan haji masih belum ditunaikan?

Ya. Renunglah gambar ini, bangkitkan rasa cinta kita untuk mengunjungi rumah Allah..

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di komplek Masjidil Haram Mekah

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H

Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji sedang shalat di Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah haji berziarah di gua Hira, nampak di puncak Jabal Nur

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Jemaah Haji disekitar Masjidil Haram

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Ziarah di Gua Hira yang sangat bersejarah bagi kaum muslim

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Ziarah di Gua Hira

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Kegiatan renovasi disekitar Mekah

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 H
Petugas keamanan Arab Saudi mengamankan ritual Haji

Foto Puncak Ibadah Haji 1431 HBerdoa di puncah Jabal Nur tidak jauh dari Kota Mekah

Jom ke Mekah tahun depan, insya Allah!

Beda 5 Jam, Tapi Raya 2 Hari Lewat. JPM Jelaskan!


salahuddin ayub 01

KL 19 NOV 10: Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini. Salahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya. (Malaysiakini/AK)

Lihat teks ucapan penuhnya...

5 Perkara, S'ngor Selamatkan Harta Rakyat, Alhamdulillah!


SHAH ALAM, 18 Nov 10: Alhamdulillah, Kerajaan Selangor bertindak wajar demi menyelamatkan harta rakyat dari pembaziran. Selangor arah anak syarikat bentang perbelanjaan sebelum anjur aktiiviti. Seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini..

Pertama: Kerajaan Selangor mengarahkan semua anak syarikat negeri supaya mendapatkan kelulusan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, termasuk sambutan perayaan ataupun ulang tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara lain ia termasuk kelulusan belanjawan bagi penganjuran majlis, senarai jemputan dan aturcara.

“Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau penganjuran aktiviti oleh anak-anak syarikat dan seterusnya mengawal perbelanjaan agar ia munasabah dengan majlis bagi mengelak pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keputusan itu dipercayai dibuat ekoran kontroversi perbelanjaan yang melanda anak syarikat kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor baru-baru ini.

Yayasan itu kini disiasat ekoran perbelanjaan RM300,000 untuk majlis ulang tahunannya ke-40 yang menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos penganjurannya amat tinggi.

Kedua: Selain itu, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk tajaan jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang dilaporkan bernilai lebih RM500,000.

Ketiga: Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan anak-anak syarikat menggunakan khidmat syarikat pengurusan acara bagi menguruskan majlis anjuran, sebaliknya menggunakan tenaga kerja dan kepakaran kakitangan yang sedia ada bagi mengeratkan hubungan antara pihak atasan dan kakitangan bawahan.

“Kerajaan negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini nanti dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang layak sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya. — Bernama

Kelima: Menurut Weblog Ibnu Hasyim, perlu dikikis habis perangai pemimpin-pemimpin dulu (BN) membazirkan wang rakyat, apalagi kalau digunakan untuk kepentingan individu. Tahniah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Sama-sama kita doakan semoga Pakatan dapat terus menguasai Putrajaya atau Kerajaan Malaysia. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails