Wednesday, December 22, 2010

Pengendali Facebook ‘Sultan Yang Setan’ Ditahan


KL, 22 Dis 10: Polis telah menahan pemilik akaun facebook “Sultan Yang Setan” yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu Negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel ‘‘pendekar.bentan@gmail.com” namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Sted Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

“Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealism sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik,” katanya.

Syed Ismail berakta lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti ‘‘wireless router’’ supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

“Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali menggunakan capaian internet di rumah,” katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

“Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,” katanya. — Bernama

Kes B/Permaisuri Agong disebut semula 27 Jan


TEMERLOH, 22 Dis 10: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes saman bekas Raja Permaisuri Agong Siti Aishah Abdul Rahman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas kerana bertindak melanggar maklumat sulit beliau.

Hakim Prasad Abraham menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas pendengaran interparte.

Beliau membuat keputusan itu bagi memberi masa kepada Jabatan Insolvensi melantik peguam untuk defendan pertama iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, memandangkan dia telah diisytiharkan muflis.

Selain itu, defendan kedua kes berkenaan iaitu Syed Hussein Al-Attas, bapa kepada Syed Abdullah, juga diarahkan untuk melantik peguam bagi kes tersebut.

Siti Aishah diwakili peguam T. Gunaseelan, Anthony M.Sebastian dan Ikmal Hisan Idris.

Pada 3 Disember lepas, Siti Aishah memfailkan saman terhadap Syed Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit beliau selain menamakan Syed Hussein sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, Siti Aishah selaku plaintif, memohon perintah injuksi bagi melarang Syed Abdullah dan Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai beliau.

Siti Aishah berkata pada Jun lepas, beliau meminta defendan pertama untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah itu.

Beliau berkata antara persetujuan di antara beliau dan Syed Abdullah ialah Syed Abdullah akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksplotasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Bagaimanapun pada November lepas, Syed Abdullah dalam blognya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi di antaranya dengan plaintif. — Bernama

Sebelum ini...

Patung Buddha Ini Juga Ada Misteri ..

.CATATAN PERJALANAN: INDO 9 TANJONG BALAI ASAHAN
Ummat Buddha di Tanjung Balai Merasa Terintimidasi
Patung Buddha Amitabha di Tanjung Balai Asahan yang kontroversi

SUBUH sepi, pagi itu selepas solat subuh, aku berjalan kaki di persisir pantai Sungai Asahan Tanjung Balai. Jalan-jalan macam berjogging juga, menunggu fajar menyinsing, menikmati keindahan alam yang menampakkan kehebatan Penciptanya. Aku pilih waktu subuh yang hening bening, tidak pilih waktu petang atau malam yang sibuk dan ramai. Aku pilih ketenangan.
Sungai Asahan, airnya yang tenang
Tetapi masyarakat kota Tanjung Balai agak lain. Di samping malam mimggu, ramai pengunjungnya pada malam Khamis, atau hari Sabtu dan Rabu. Megapa? Bila ku kaji-kaji, rupanya masyarakat setempat yakin, tradisi itu tidak lepas dari kebiasaan nelayan-nelayan yang mendarat setiap hari Rabu dan Sabtu. Pada hari itu para nelayan memberikan wang hasil melaut kepada keluarga.

Malam harinya mereka menikmati hiburan. Maka menjadi tradisilah acara menyambut malam panjang di sekitar kampung nelayan itu pada malam-malam tersebut. Lama-kelamaan kebiasaan ini menyebar ke daerah sekitarnya, termasuk Kisaran, atau Kabupaten Asahan. Mirip pasar malam. Tradisi malam panjang yang ada di 'kota kerang' ini dapat mencerminkan betapa besar pengaruh kehidupan nelayan.


Beberapa tahun lalu aku pernah ke sini. Tapi aku nampak cuma satu sahaja tok kong Cina di sini dan kecil pula. Mungkin juga ada lebih, tapi tidak berapa jelas kelihatan pada masa itu. Kini ku lihat sudah ada tiga, bahkan besar-besar pula. Ada patung besar pula, patung Buddha Amitabha, kini sedang menjadi masalah. Ada misterinya juga..

Gambar-gambar yang ku ambil..

Vihara Tri Ratna itu terletak di tengah kota Tanjung Balai persisnya di Jalan Asahan Tanjung Balai, Sumatera Utara. Didirikan sejak tahun 2006 dengan luas bangunan 1,432 meter persegi yang terdiri dari 4 lantai. Vihara tersebut dibangun dengan IMB yang dikeluarkan oleh Walikota dengan No. 648/237/K/2006. Ertinya ada kelulusan pemerintah.

Di atas lantai 4, tingkat teratas, Vihara tersebut didirikan Patung Buddha Amitabha dengan tinggi 6 meter yang dirasmikan sejak 8 November 2009. Patung Budha tersebut merupakan satu kesatuan dengan Vihara Tri Ratna.
Kini vihara Tri Ratna merupakan satu-satunya Vihara di Kota Tanjung Balai yang melayani sekitar 2,000 orang umat Budha. Selain Vihara, di Kota Tanjung Balai juga terdapat 3 klenteng atau rumah ibadat sebagai tempat sembahyang umat Budha.

Tetapi, rupa-rupanya, pada 30 Mei 2010 dan 29 Jun 2010 lalu, beberapa organisasi masyarakat atas nama 'Gerakan Islam Bersatu' telah melakukan demonstrasi ke pejabat DPRD dan Walikota Tanjung Balai. Mereka mendesak pemerintah 'menurunkan Patung Buddha' dengan alasan 'keberadaan patung tersebut tidak mencerminkan kesan Islami di Kota Tanjung Balai dan dapat mengganggu keharmonisan di tengah-tengah masyarakat.'


Pada 3 Jun 2010
surat dari FKUB (Forum Kerukunan Umat Beragama) Sumut No. 60.0-1/FKUB-I/VI/2010 perihal himbauan kepada FKUB Tanjung Balai dan masyarakat agar proaktif menangani kes penurunan Patung Budha Amitabha dan mengajak menjaga perdamaian. Surat tersebut ditandatangani oleh: Drs.Kendro Yahya (Wakil Ketua/ Budha), J.A.Ferdinandus (Sekretaris / Kristen Protestan), Naransami, SH (Bendahara / Hindu), GS.Ir. Djohan Adjuan (wakil Bendahara / Konghuju), Drs. H. Arifinsyah, M.Aj (Anggota / Islam), Drs. Hubertus Lumban Batu (Anggota / Katolik).

Pada 8 Jun 2010 surat dari Kementrian Agama Dirjen Bimbingan Masyarakat (BIMMAS) Agama Budha dengan No.DJ.VI/3/BA.02/604/2010 yang ditujukan kepada Ketua Vihara Tri Ratna Kota Tanjung Balai. Inti dari surat tersebut adalah meminta supaya Patung Budha Amitabha dipindahkan ke pelataran atau tempat lain yang terhormat.


Pada 12 Jun 2010 surat dari Yayasan Vihara Tri Ratna Tanjung Balai dengan No. 05/YVTR-VI/2010 yang ditujukan kepada Menteri Agama Dirjen BINMAS Agama Budha. Surat tersebut menanggapi Surat Menteri Agama dimana Yayasan Vihara Tri Ratna menyesalkan surat Menteri Agama yang meminta mereka untuk menurunkan Patung Budha. Pada 23 Jun 2010, surat dari Kementrian Agama RI Dirjen Binmas Agama Budha yang ditujukan kepada Ketua Vihara Tri Ratna dengan No. DJ.VI/3/BA.02/680/2010 mengenai pencabutan surat No. DJ.VI/3/BA.02/604/2010 dan dinyatakan tidak berlaku lagi.

Pada13 Jul 2010 surat dari Kementrian Agama Dirjen Agama Budha No. DJ.VI/3/BA.02/361/2010 yang ditujukan kepada Kakanwil Kementrian Agama Provinsi Sumut perihal mohon bantuan penyelesaian masalah Patung Buddha Vihara Tri Ratna agar dilakukan secara kekeluargaan.

Pada 15 Jul 2010 surat dari MUI Kota Tanjung Balai, ditujukan kepada Walikota Tanjung Balai dengan No.010/DP.11/S/VII/2010. Surat mengenai saranan adanya keresahan masyarakat Tanjung Balai apabila berlakunya tunjuk-tunjuk perasaan. Mereka menilai bahawa pihak Vihara Tri Ratna tidak mengindahkan nilai-nilai agama, adat istiadat dan citra umat Islam Kota Tanjung Balai yang ada selama ini.


Berdasarkan rapat Komisi Fatwa MUI Kota Tanjung Balai 14 Julai 2010 yang membahas masalah ini. MUI meminta pemerintah agar segera menyelesaikan masalah patung tersebut agar kerukunan umat beragama tidak terkoyak koyak atau tercabik cabik, harmonis dan saling menghargai. Hal tersebut sesuai dengan Peraturan Bersama Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri No.9 dan No.8 tahun 2006 pasal 4 ayat 1 dan 2.


Maka sehubungan dengan hal tersebut MUI sepakat dengan surat Menteri Agama yang meminta Ketua Vihara Tri Ratna agar memindahkan Patung Budha ke pelataran vihara atau tempat lain yang terhormat karena umat islam melalui GIB menghendaki demikian. MUI juga menyesalkan surat Dirjen Binmas Agama Budha Kementrian Agama yang meminta mencabut surat sebelumnya kerana mengganggu keharmonisan masyarakat.


Surat tersebut ditandangani oleh Komisi Fatwa MUI: Ustad. Syahlan Sitorus, BA (Ketua), Drs. H.Abd.Syadat saragih (Sekretaris), Diketahui Ketua Umum dan Sekretaris Umum MUI Tanjung Balai. Pada 30 September 2010, surat Walikota Tanjung Balai yang ditujukan kepada Wakil Ketua DPRD, Kepala Kejaksaan, Kapolres, Dandim 0208 Asahan, Kakan Kementrian Agama Tanjung Balai, Ketua FKUB Kota Tanjung Balai, Ketua MUI dan Ketua Yayasan VIhara Tri Ratna No.100/18348/T-an/2010.

Surat mengenai penyampaikan kesepakatan bersama penyelesaian permasalahan Patung Budha Amitabha. Sehubungan dengan hal tersebut Walikota telah memprakarsai penandatanganan kesepakatan bersama pada 3 Ogos 2010 sebagai tindak lanjut rapat koordinasi antara unsur Muspida Plus Kota Tanjung Balai dengan Komisi A DPRD Kota Tanjung Balai dan Gerakan Islam Bersatu pada hari Rabu 28 Julai 2010.


Juga rapat dengan pemuka agama Jumaat 30 Julai, Rapat Walikota dengan Pengurus Yayasan Vihara Tri Ratna Isnin, 2 Ogos, yang menyatakan supaya memindahkan posisi patung Budha ke tempat lain yang terhormat tanpa mengurangi kehormatan yang dilakukan oleh Pengurus Vihara. Kesepakatan ini dibuat pada 3 Ogos 2010.

Pada 30 September 2010 surat dari Walikota Tanjung Balai yang ditujukan kepada Ketua Yayasan Vihara Tri Ratna dengan No. 100/18349/T-an/2010 mengenai tindak lanjut kesepakatan bersama. Pihak Walikota bertanya, mengapa pihak Yayasan Vihara Tri Ratna belum menurunkan Patung Budha? Walikota juga mengingatkan agar Pengurus Yayasan Vihara Tri Ratna sesegera mungkin menurunkan Patung Budha Amitabha sebagaimana disepakati dalam dalam surat kesepakatan bersama.


Patung Budha Amitabha akan diturunkan paling lambat pada 9 November 2010. Tetapi hingga hari ini pertengahan Disember 2010, patung itu masih tersergam angkuh, di atas kepala aku yang sedang berjalan dan bersenam berhampiran halaman di bawahnya.
Menyebabkan aku teringat ada beberapa tafsir Al-Quran yang ku teliti menyebutkan bahawa Gauthama Buddha (seperti yang dipatungkan itu) adalah seorang Nabi dalam kepercayaan orang Islam.

Satu dari ribu-ribu Nabi dalam kepercayaan orang Islam. Ada yang mengandaikan ianya adalah Nabi Zulkifli. Mungkin kerana lahirnya Gautama Buddha di daerah Kapilawastu (Kifli) di India dikaitkan dengan nama Zulkifli.


Tapi mengapa ia disembah? Tidak hairan, Laksamana Muhammad Cheng Ho yang taat beragama Islam tapi patungnya berselerah disembah-sembah di Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lain, walaupun dia tidak menyuruh menyembahnya. Itu baru tahun Masehi 1400an, apa lagi kalau se zaman dengan Gautama Buddha, sebelum Masehi lagi.
Ianya boleh lapuk, luntur dan hilang ditelan panas zaman.

Kaabah, rumah Allah ditinggalkan Nabi Ibrahim dalam keadaan bersih dari kesyirikan, tiada patung berhala, sampai ke zaman Nabi Muhammad SAW sudah dipenuhi berhala. Hingga terpaksa dibersihkan oleh beliau. Wallahu aklam.

Kita sambung catatan perjalanan ini lagi.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
19 Dis, 2010

Tanjung Balai Asahan.

Siri catatan perjalanan ini...

Kes Syiah: UMNO Yang Sesat Patut Didakwa.

Dr Hj Mohd Hasyim

KL 22 DIS 10: UMNO yang sesat kerana menolak hukum hudud yang pernah dicadangkan oleh PAS untuk dilaksanakan di negara ini. UMNO mengengkari hukum Allah, melebihi dari 'bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti' seperti yang dituduhkan.

Tegas editor weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim sewaktu dihubungi sebentar tadi, berikutan berita seramai 101 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini. Mereka telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut. Menurut sumber daripada bahagian penguatkuasa JAIS, pengikut ajaran itu mula memberi keterangan sejak ditahan minggu lepas. Proses merakamkan keterangannya dijangka selesai Khamis ini.

Menurut sumber itu lagi, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Sekiranya sabit kesalahan, kumpulan itu boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Mereka belajar secara berkumpulan. Kita faham kalau (belajar) secara individu itu, tidak ada masalah sebab kita pun tak tahu. Tapi ia dibuat secara berkumpulan," katanya kepada media.

Dalam fatwa negeri Selangor, terdapat larangan terlibat, mempelajari atau mengembangkan ajaran Syiah. Rabu lalu, pengikut Syiah itu termasuk warga asing itu ditahan JAIS ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Antara terlibat golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.

Sumber itu juga memaklumkan, daripada 128 orang yang ditahan itu, dua daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember lalu. Katanya, selain dituduh mengikut seksyen 12(c), mereka turut berdepan dengan dua lagi pertuduhan di bawah Seksyen 7(1) dan Seksyen 13 enakmen yang sama. Seksyen 7(1) memperuntukkan mengenai mana-mana orang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Manakala Seksyen 13 pula memperuntukkan mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau hukum syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Selangor.

Sekiranya tertuduh melakukan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kes tersebut akan disebut semula di mahkamah berkenaan pada 20 Januari depan. Manakala seramai 126 lagi pengikut ajaran itu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 24 Mac depan.

"Menolak hukum (hudud) yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah suatu kesesatan, cuba menyesatkan seluruh rakyat Malaysia, mengapa UMNO tidak didakwa? " Jelas Dr HJ Mohd lagi. (Asyok Kumar)

Al-Awlaqi: Usama Laden Kedua Buruan AS


WASHINGTON 22 DIS 10: Ulama AS keturunan Yaman dan yang dituduh 'pengganas' Syaikh Anwar al-Awlaqi adalah ancaman terorisme tingkat tinggi setara dengan Usamah bin Ladin, kata pegawai tinggi perundangan Amerika Syarikat, Selasa semalam.

"Dia masuk dalam daftar yang sama dengan Usamah bin Ladin," kata Jaksa Agung AS Eric Holder, sewaktu bercakap di televisyen AS.

"Dia berada di puncak.. Satu, dua, tiga, empat. Saya tidak tahu. Dia ada di daftar orang yang paling dikhawatiri," kata Holder kepada berita televisyen ABC.

Syaikh Al-Awlaqi, seorang warga negara Amerika keturunan Yaman, dianggap pemimpin al-Qaidah di Semenanjung Arab dan telah menghasut serangkaian serangan terhadap AS.

"Dia telah menunjukkan keinginannya untuk merugikan AS," kata Holder kepada TV ABC.

"Kami ingin men'sederhana' kan dia. Kami akan melakukan apapun yang kami boleh untuk melakukan itu," katanya tegas.

Kekuasaan di Yaman, di bawah tekanan yang meningkat dari AS untuk memerangi al-Qaidah setelah plot bom kargo dapat digagalkan, dakwaan ditujukan kepada Awlaqi bulan lalu dengan tuduhan memiliki hubungan dengan al-Qaidah dan memerintahkan penangkapannya dengan segala cara.

Cabang al-Qaidah yang bertapak di Yaman mengaku bertanggung jawab atas plot bom paket. Al-Awlaqi belum segera dihubungkan dengan bom paket itu, tapi pejabat Amerika telah lama menuduhnya menghasut terorisme dari Yaman, di mana ia diyakini bersembunyi di daerah terpencil di Shabwa.

Pejabat Amerika mengatakan mereka percaya Al-Awlaqi memiliki hubungan dengan Mayor Nidal Hasan yang telah menembak mati 13 orang di pangkalan militer Fort Hood di Texas beberapa waktu yang lalu. Mereka juga percaya ulama ini memiliki kontak dengan mahasiswa Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab, yang diduga akan melakukan pengeboman terhadap sebuah pesawat AS pada Hari Natal tahun lalu.(IH)

Sebelum ini.

Tuesday, December 21, 2010

Terima Kasih .... Tuan Karpal Singh -Nik Aziz


KL, 21 Dis 10: "Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh." Ucap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN yang asyik menyerang gabungan tiga parti itu.

Oleh yang demikian, Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang diambil Karpal itu membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR amat sesuai dalam konteks masyarat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

"Ia suatu petanda apa yang PAS perjuangkan selama ini banyak membawa kebaikan untuk semua kaum."

“Sikap terbaru Karpal itu juga membuktikan politik kerjasama melalui Pakatan Rakyat amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Ia satu cabaran kepada Umno yang memang menolak asas-asas Islam dipakai dalam politik. Dari segi politik ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam,” kata Menteri Besar Kelantan seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

Tambah Nik Aziz, parti Islam itu bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja. “Memang bersedia untuk berbincang atas isu negara Islam kerana bagi PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja,” kata Nik Aziz.

Nik Aziz juga berkata sama ada PAS ataupun sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal. “Kalau boleh perbicangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.

“Dengan kenyataan Karpal itu, ia sudah menjawab semua keraguan yang timbul sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu isu negara Islam yang dibawa PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian. “Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya, Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz , (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi (Awang),” kata beliau.

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam. Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan. Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam. (AK)

Karpal puji PAS, terima Islam agama rasmi

tvpas09 809 videos Alert iconSubscribed
Sign In or Sign Up now!

Karpal Pertahan Islam, Apakata Pemimpin DAP?


KL, 21 Dis 10: Semalam, akhbar Utusan Malaysia telah mendedikasikan enam laman termasuk muka depan untuk menyerang DAP, selepas presiden partinya Karpal Singh menjujung untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengistiharan Karpal tersebut dilihat sebagai satu ancaman bagi Umno kerana mereka ibarat kehilangan satu senjata berharga untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama Pakatan Rakyat. Demikian Lapor Harakah.

“Utusan memberikan penghormatan khusus kepada DAP dengan enam halaman liputan termasuk muka depan. Kita mesti telah melakukan sesuatu yang benar!” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Twitternya.

“Ada seorang pemimpin Umno yang telah menasihati Perdana Menteri (Najib Razak) untuk menyuruh Utusan untuk mengurangkan agenda rasisnya setengah tahun yang lalu kerana ia tidak membantu dalam kempen 1Malaysia Perdana Menteri.

"Samada Perdana Menteri tengah tidur atau beliau setuju dengan pandangan rasis Utusan, serangan hari ini pada DAP and Guan Eng langsung tak masuk akal,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Kebanyakan serangan Utusan ditujukan pada Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang difitnah oleh akhbar tersebut sebagai seorang yang rasis dan anti-Melayu.

Beberapa pemimpin Umno juga melabelkan DAP sebagai alat kepada regim Singapura, sehinggakan ada yang menggesa parti itu diharamkan. Sebelum ini, Utusan juga menuduh bahawa DAP berperanan di sebalik pendedahan WikiLeaks yang memetik Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai berkata Ketua Pembangkang telah merelakan diri “berjalan masuk ke perangkap sodomi”.

Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan seruannya yang menyuruh media untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan dalam mengetengah dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme.

“Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme dan media mempunyai peranan bermakna untuk dimainkan dalam mencapai mencapai hasrat ini,” kata Najib semasa merasmikan konvensyen antarabangsa ke-43 World Chinese Language Press Institute semalam.

“Bagus seruan itu, tapi Najib tidak melaksanakan kata-katanya. Najib harus bertanya bagaimana beliau boleh mengharapkan promosi beliau sedangkan Utusan Malaysia dibenarkan untuk melakukan propaganda ekstrem yang terteruk dengan penipuan dan kepalsuan setiap hari,” bidas Kit Siang. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails