Friday, January 07, 2011

Rampas S'ngor: Apa Kata Presiden PAS

KL 7 Jan 11: Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

“Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.

Krisis Perlantikan SUK

Menurut Abdul Hadi, krisis pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. "Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.

Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.

Umno-BN Tidak Pernah Hormat Undang-undang

“Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya lagi.

Isu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini. Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan. Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. (Malaysiakini)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Menteri Rogol Amah, Selesaikan Segera.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENTAR tadi, seseorang menaefon saya mengatakan Weblog Ibnu Hasyim keluar dalam tv tengah malam tadi.

"Ai, pasai apa pulak? Negatif atau positif..." Saya tanya.

"Tentulah negatif. Mengenai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menafikan beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. Aku nampak gambar blog engkau ditayangkan..." katanya.

"Oh.."

Sebenarnya saya menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais yang mahu isu tuduhan ke atasnya diselesaikan mengikut lunas undang-undang. Isu itu patut disiasat segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mungkin mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Sebelum itu penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia. Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

NONE"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam (5 Jan) mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

rais yatim pc 020709 01Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan. "Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan. "Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai.

Sama-samalah kita lihat, sejauh manakah kecekapan jentera kerajaan Malaysia pimpinan BN bertindak, apabila ianya melibatkan menterinya sendiri. Sila selesikan segera. Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
7 Jan 11
KL

Sebelum ini...

Pinda Perlembagaan: Mahathiir Jilat Balik Ludahnya.


SHAH ALAM, 6 Jan 11: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

“Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan dengan mendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

“Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada “Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pemangunan Bangsa” di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sidang tergempar DUN bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

Dr Mahathir juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

“Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.

“Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian,” katanya.

Pelantikan Mohamad Khusrin, 54, sebagai SUK baru berkuat kuasa 1 Jan lepas, mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya. – Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di zaman pentadbiran Dr Mahathir jadi PM, pindaan perlembagaan dibuat bagi menghadkan kuasa Sultan, tetapi kini dalam kes kerajaan Selangor beliau berkata lain pula, perlu tandatangan dan persetujuan Sultan.

Lihat betul-betul kenyataan di atas ini...

'...Kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan....

...Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran. Itu adalah tanggungjawab baginda....

Biarlah ahli undang-undang menjelaskan. Yang penting apa yang diludah Dr Mahathir sudah dijilat kembali. Mengapa Dr Mahathir jadi begitu?

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Thursday, January 06, 2011

Video Seks 'Ariel', 5 Tahun Penjara, Padankah?



JAKARTA, 6 Jan 11: Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi utama kumpulan Peterpan Nazriel “Ariel” Irham berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari. Kedua-dua mereka inui, merupakan teman wanita dan bekas kekasih penyanyi itu.

Ariel dikenakan tuduhan melanggar undang-undang antilucah yang membawa hukuman maksimum 12 tahun dan denda Rp 6 bilion (RM2 juta). Pendakwa raya juga berkata pihkanya akan memohon dikenakan denda Rp250 juta (RM85,000). Penyanyi itu berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah Daerah Bandung di sini.

Ketua Pendakwa Rusmanto berkata, beliau memohon hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor, terutama keengganan Ariel mengaku bahawa dialah lelaki dalam kedua-dua klip video membabitkan Luna Maya dan Cut Tari. Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan Jun lalu selepas rakaman video itu didakwa dicuri dari komputer bimbitnya.

Kes itu merupakan skandal rakaman seks membabitkan selebriti dan mendapat liputan meluas. Mahkamah akan bersidang semula Isnin ini di mana peguam-peguam Ariel akan mengemukakan respons mereka berhubung permohonan hukuman itu. Pihak pendakwa juga memohon hukuman penjara empat tahun ke atas pembantu Ariel yang dikenali sebagai RJ kerana menyebarkan pita seks itu.

Ariel berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam penyebaran bahan lucah, yang dihasilkan olehnya menggunakan kamera telefon bimbit ketika mengadakan hubungan seks bersama selebriti Cut Tari dan Luna Maya, teman wanita Ariel semasa. Cut Tari adalah bekas teman wanitanya dan kini sudah berkahwin.

Ariel yang ditahan sejak Jun lalu didakwa menghasilkan klip video itu, menunjukkan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari pada dua masa yang berlainan. Ariel dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Antipornografi 2008, Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Kanun Jenayah kerana “mengambil bahagian dalam satu perbuatan jenayah.”

Pada pertengahan Ogos lalu, Ariel menafikan yang dia terlibat dalam dua klip video pornografi apabila dipertontonkan bersama Cut Tari. Klip video yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon, panjangnnya antara lima dan tujuh minit disebarkan menerusi internet sejak awal Jun lalu. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memandangkan kesan penyebarannya video itu amat buruk, padankah dengan hukuman itu? Atau perlu 'sebat mendidik di khalayak ramai', walaupun 'bukan 'sebat menyiksa' seperti yang dilaksanakan oleh penjara-penjara sekarang?

Dr Mujahid: Kemukakan Wacana Menuju PAS Baru.




KL 6 Jan 11: Weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa seperti yang dilaporkan Harakahdaily.net hari ini.

Antaranya menyebutkan, "Hujah yang membina wajar diketengahkan menerusi saluran yang dibolehkan dalam parti mahupun Islam, sebab pandangan baik perlu diambil jika mahu melihat parti semakin kukuh untuk menggantikan Umno di Malaysia."

Malalui media tersebut juga, Dr Mujahid berkata, beliau berusaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan PAS selama hampir 50 tahun lebih. PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinanya dan buku 'Menuju PAS Baru' yang dihasilkan beliau itu, hanyalah garapan terhadap masa depan organisasi PAS yang perlu difikirkan oleh generasi muda dalam PAS.

Bahkan, beliau bersedia turun ke wacana dan diskusi tersebut jika ada pihak yang menganjurkanya demi menghilangkan kekeliruan yang ada dan tidak timbul soal mahu memecahbelahkan parti atau menghentam parti secara semberono.

Editor weblog Ibnu Hasyim mengatakan,

"Saya juga mencadangkan supaya diadakan wacana atau diskusi untuk membincangkan isi kandungan buku beliau 'Menuju PAS Baru' itu, dengan menjembut penulis menjawab kritikan-kritikan dan permasalahan yang timbul. Bukan bertelagah dalam akhbar atau berseminar membuat rumusan negatif tanpa penglibatan beliau selaku pimpinan PAS, sehingga membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan.

"Bertelagah menerusi akhbar tidak boleh mendapat kata sepakat bahkan mengeruhkan lagi perhubungan yang selama ini terbina atas landasan tarbiyah PAS yang kukuh. Wacana atau diskusi dapat membawa kepada budaya yang sihat dan keterbukaan, terhadap pandangan terbuka sesuai dengan asas masyarakat untuk melahirkan pemikiran telus, matang dan berwibawa. "

Melalui media Harakah tersebut, Dr Mujahid mencadangkan, "Adakan wacana atau diskusi untuk menghilangkan kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku Menuju PAS Baru yang saya tulis, bukan masuk akhbar pro kerajaan mengatakan ketidak puasan hati.." ujarnya.

Lagipun, tambah beliau buku tersebut hanya menyentuh betapa perlunya beberapa pengubahsuaian organisasi parti sendiri demi masa depan PAS yang akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini. Tidak langsung mengkritik dasar perjuangan yang telah dimeterai sejak dulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menambah, segala pandangan yang dilemparkan semuanya ikhlas untuk memastikan PAS menjadi lebih kukuh dan bukan sebaliknya. “Saya amat sayangkan parti penyelamat ini,” kata beliau.

"Setakat ini, saya (Ibnu Hasyim) belum dengar lagi respon positif mengenai pelawaan Dr Mujahid mengenai bukunya itu."kata editor Blog Ibnu Hasyim lagi. "Mengapa?" (by ASYOK KUMAR)

Sila lihat secara keseluruhan..

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Apa & Siapa Sabotaj K/S'ngor? -Khalid Samad


SHAH ALAM, 6 Jan 11: Apa dan siapa mensabotaj MB dan Kerajaan Selangor?

Menurut Khalid Samad, tidak memaklumkan perkembangan semasa urusan lantikan oleh penyandang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) terseut bulan lalu, adalah antara penyebab timbulnya isu pelantikan SUK Negeri sekarang . Dipercayaai, itulah sabotaj terhadap Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid Samad (gambar) berkata begitu berdasarkan maklumat diperoleh beliau, bekas SUK Negeri Datuk Ramli Mahmud telah mengetahui yang nama Datuk Mohd Khusrin Munawi sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda awal Disember lalu.

Khusrin diletakkan sebagai nama teratas dalam senarai kerajaan persekutuan yang dibawa kepada Sultan Selangor menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Katanya, seolah-olah ada unsur mahu melaga-lagakan pentadbiran kerajaan negeri dengan Sultan Selangor termasuk bagi menggambarkan bahawa Khalid telah lewat bertindak dalam mengemukakan nama calon kepada istana.

Bagaimanapun perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar sendiri terkejut dengan makluman pelantikan, yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember.

“Pada mesyuarat Exco 16 Disember 2010, Menteri Besar memaklumkan mesyuarat Exco bahawa tiga nama sudah pun dipilih oleh jawatankuasa pemilihan, malah telah mendapatkan pandangan pandangan Exco mengenai pilihan itu.

“Pada mesyuarat yang sama, Menteri Besar memberitahu bahawa ketiga-tiga nama itu akan dikemukakan kepada Sultan Selangor untuk perkenan pada 17 Disember (keesokan hari).

“Tetapi, mengikut maklumat yang saya terima, Setiausaha Sulit Sultan Selangor menulis kepada Datuk Ramli pada 10 Disember menjawab surat Datuk Ramli bertarikh 3 Disember bahawa calon nombor satu iaitu Datuk Khusrin, yang dipersembahkan, telah diberi perkenan oleh Sultan Selangor,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam berkata pada mesyuarat Exco 16 Disember, Menteri Besar memaklumkan bahawa beliau akan bercuti mulai 20 hingga 30 Disember dan sebarang pelantikan hanya perlu diumumkan selepas beliau kembali daripada bercuti.

Maklumat itu difahamkan didedahkan ketika taklimat kepada wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor Selasa lalu. Menurut Khalid, Ramli yang bersara akhir bulan lalu dan digantikan oleh Khusrin telah mengemukakan tiga nama kepada perhatian istana menerusi surat bertarikh 3 Disember.

Pada tarikh yang sama jawatankuasa pemilihan telah memilih tiga nama daripada lapan calon yang disenaraikan. Mengambil kira perkembangan tersebut kata Khalid, beliau percaya kepimpinan Umno-BN telah menggunakan pendekatan politik yang cukup licik untuk membuat pelantikan tersebut menggunakan kelebihan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Selangor.

“Saya percaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor telah dipermainkan oleh permainan politik yang licik dan kotor,” kata beliau lagi.

Menjawab soalan sama ada ia satu bentuk perkhianatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri, Khalid berkata:

“Saya serahkan bagaimana ia hendak dibaca. Kalau kata ia profesional memang profesional, kalau nak kata ia khianat boleh dikatakan khianat, kalau nak dikatakan baik boleh juga dikatakan baik.” (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Sultan Pertahan Khusrin, BN Menang?

Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 6 Jan 11: Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah, meskipun dibantah oleh kerajaan negeri. Sultan Selangor menekankan bahawa baginda bersikap berkecuali dalam kemelut semasa berhubung pelantikan Khusrin.

Malah baginda bertitah perkara itu tidak perlu dipolitikkan.

“Beta mahu menekankan bahawa pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri selari dengan perlembagaan negeri dan juga perlembagaan persekutuan.

“Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan, disensasikan sehingga menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat. Harapan beta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan cemerlang,” titah Sultan Selangor.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sultan Selangor bersikap berkecuali, tetapi menangkan Khusrin. Tuanku tidak mahu perkara itu dipolitikkan, apakah itu pun boleh ditafsirkan 'cakap politik' penyebab BN menang? Wallahu aklam.

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails