Wednesday, February 09, 2011

Pemikiran Dr Mujahid I: Kebangkitan Afrika Utara

Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa

Bakar diri..

SAYA tidak berapa perasan mulanya berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia. Ketika saya berada di Melaka pada 15 January lalu saya bertemu dengan seorang guru lelaki dari Mesir yang mengajar di Sekolah Islam Ar Rahmah Solok Gaung. Isterinya orang Malaysia dari Terengganu.

Sebenarnya pagi itu setelah kuliah Subuh di Bukit Katil saya diajak oleh Hj Mat Diah pengasas sekolah untuk meninjau-ninjau perkembangan pembangunan sekolah sambil mempelawa sarapan pagi di rumahnya. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan sekolah Ar Rahmah kerana anak-anak saya adalah bekas penuntut di situ dari sekolah rendah lagi.

Semasa bertemu dengan lelaki Arab dari Mesir itu beliau kelihatan gembira kerana saya boleh bertutor Bahasa Arab , antara respon awal pertemuan tersebut ialah dia menceritakan dengan penuh semangat tentang kebangkita rakyat di Tunisia hanya kerana seorang penganggur yang berijazah telah membakar dirinya kerana kecewa dengan sistem korup pemerintahan Ben Ali di Tunis. Katanya lagi dalam bahasa Arab pekatnya, Mesir sedang menanti saat kebangkitan dalam masa beberapa hari menurut apa yang didapatinya dari jaringan Internet.

Algeria & Tunisia

Sememangnya pagi itu dalam dada akhbar terpampang berita kejatuhan Ben Ali yang bersiap sedia untuk meninggalkan Tunisia. Selang beberapa hari berita tentang kebangkitan Mesir pula menyusul dan hari ini, kebangkitan dua negara Arab di benua Afrika Utara itu menguasai ruang pemberitaan seluruh dunia.

Tidak kurang peristiwa kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia membawa mesej berambus kepada pemimpin kuku besi lain di negara Arab sehingga isyaratnya menggetarkan pemimpin-pemimpin diktator sampai ke tulang sum-sum mereka.

Pengamatan saya kepada perkembangan negara Arab Afrika Utara bukanlah hari ini sahaja, sebelum itu saya mengikutinya sejak 80an apabila usaha untuk membawa demokrasi bermula di Algeria dan Tunisia. Malangnya usaha mengadakan pilihanraya bebas peringkat perbandaran dan parlimen bukan membuka demokrasi tetapi menjadi alasan untuk menutup pintu kebebasan.

Alasannya cukup tidak munasabah, iaitu kerana FIS (Front Islamic Salvation) dan Parti An Nahdah (Awakening Party) menang besar dalam pilihanraya tersebut! Sepatutnya kemenangan secara demokratik yang belum pernah dirasai sebelum ini diraikan dengan bunga dan tarian kemenangan, namun pada ketika itu kemenangan disambut dengan kereta kebal dan muncung M16 dihalakan kepada pemenangnya. Rakyat menjadi keliru, apakah ini yang mereka mahu ataukah kekal dalam keadaan tiada kebebasan.

Algeria dan Tunisia menjadi huru-hara. demokrasi dirompak semula oleh bandit penguasa demi ‘memelihara keamanan.’ Hasilnya amatlah memilukan kepada siapa sahaja yang rindukan kebebasan kerana pertumpahan darah berlaku sebagai reaksi pencabulan demokrasi dan pemimpin besar seperti Dr Abbas Madani, Dr Mahfuz Nahnah dipenjara manakala di Tunisia Dr Rashid Al Ghanoushi di buang negeri dan menjadi pelarian selama 22 tahun di UK.

Puak Islam

Apakah semua ini harga kebebasan? Barat menjadi bisu dengan kemenangan puak Islam secara demokratik malah Perancis yang menjadi kiblat Tunisia dan Aljeria membiarkan bandit-bandit pemerintah menyiksa rakyat yang mahukan kebebasan. Akhirnya keganasan puak menjadi norma kehidupan dan puak Islam sekali lagi disalahkan. Memang sukar untuk Gerakan Islam bergerak dalam permainan Barat, kerana akan berada dalam dilema.

Apabila menyertai demokrasi dan menang Gerakan Islam akan dinafikan haknya kerana bimbang negara akan jadi huru-hara. Apabila tiada demokrasi, penindasan diteruskan kononnya untuk menghapuskan teroris dan radikal yang menggugat keselamatan negara! Mesir sudah lama menderita kerana undang-undang darurat dilaksanakan sejak 1967. Undang-undang kejam itu berterusan hingga kini di atas alasan memerangi keganasan . Apa yang berlaku ialah memerangi Gerakan Islam yang mahukan sedikit ruang untuk bernafas dan Gerakan Sivil yang mahukan suara mereka diiktirafi.

Perjalanan sukar demokrasi di negara Arab membingungkan dunia sehingga kita tidak dapat elak untuk bertanya demokrasi untuk siapa sebenarnya? Azam tidak dapat dijual beli dengan harta dan wang ringgit, ia juga tidak dapat dilemahkan dengan kezaliman diktator, apatah lagi azam itu digabungkan dengan kuasa rakyat. Formula Azam+Rakyat melahirkan satu dentuman yang kuat kepada diktator sehingga melutut ia tanda kalah dalam kehinaan.

Mesir

Apa yang disaksikan di Tunisia dan Mesir adalah kebangkitan rakyat berbentuk azam yang tidak dapat dihalang lagi. Al Jazeera mensifatkannya sebagai tembok ketakutan yang telah diruntuhkan! Seorang yang menyaksikan hari kebangkitan di Mesir mensifatkan “buat pertama kali dalam sejarah, bilangan kami (rakyat) melebihi bilangan polis rusuhan dan mereka tidak dapat menghalang kami lagi”

Pada 25 Jan 2011 Dataran Kebebasan atau Tahrir Square menjadi tumpuan di mana beribu-ribu rakyat Mesir turun untuk berkumpul sehingga 26 Jan dan seterusnya Tahrir menampung perhimpunan hampir sejuta umat bagi menyampaikan satu mesej “Berambus Mubarak” “Cukuplah 30 tahun”.

Azam mereka tinggi sehingga mereka berjanji tidak akan berganjak selagi Mubarak tidak undur. Perhimpunan itu member tekanan kepada Mubarak lalu beliau cuba mengambil tindakan-tindakan yang diharapkan dapat menenangkan rakyat namun malang bagi Mubarak setiap rancangannya tidak memberi kesan kepada rakyat untuk meneruskan protes.

Walaupun Mubarak memberi janji untuk tidak bertanding lagi jawatan Presiden dan berjanji untuk letak jawatan pada bulan September, seorang wanita mengatakan “kami telah memberikannya 30 tahun dan sekarang dia ada hati meminta kami lagi 6 bulan!” Pengumuman Mubarak disambut dengan cacian dan cemuhan oleh rakyat yang berhimpun di Tahrir Square. Azam mereka umpama gunung berapi yang tidak henti-hentii memuntahkan laharnya.

Kebangkitan Nasional

Kalau dahulu yang berkumpul hanya di sekitar beratus orang sahaja kali ini perkumpulan tidak lebih dari puluhan ribu manusia. Kalau dahulu perhimpunan hanya melibatkan kumpulan tertentu yang mendesak sesuatu, seperti perhimpunan Ikhwan, tetapi kini semua jenis manusia berkumpul tanpa mengira usia tua atau muda, kumpulan politik atau orang biasa, lelaki dan wanita.

Perhimpunan berbagai bentuk latarbelakang ini menghimpun berbagai spektrum pemikiran dari gerakan sivil, gerakan Islam dan golongan liberal. Kali ini ia bukan kebangkitan Ikhwanul Muslimin seperti lazimnya malah rakyat yang berhimpun menafikan Ikhwan yang menjadi dalang utamanya, mereka mengatakan ini adalah Kebangkitan Semua, Kami Cintakan Mesir, Kami Benci Pengkhianat.

Lazimnya kedengaran dalam perhimpunan Gerakan Islam memprotes dengan slogan “Hidup Islam”, “Hancur Taghut” atau mereka melaungkan “Daulah,Daulah Islamiyah!” Tapi seruan itu tidak kedengaran malah bendera dan panji Ikhwan juga tidak kelihatan. Aura suasana ialah kebangkitan nasional di mana bendera Mesir diarak dan dikibarkan, slogan “hidup Mesir” “kami mempertahankan maruah Mesir” seolah-olah menenggelamkan selama ini slogan Islam yang menguasai jalanraya di kota Kaherah dan kota-kota besar yang lain di Mesir.

Apa maknanya semua ini? Para penganalisis menyebutnya sebagai ‘unprecented in the history of modern Egypt’. Mereka menamakannya sebagai Kebangkitan Rakyat bersifat Nasional yang bosan dengan kengkangan dan kawalan ketat kepada naluri kebebasan rakyat Mesir. Kedengaran dalam semua komentar istilah pro-demokrasi malah kebangkitan kedua hari ini 8hb Jan digelar sebagai perhimpunan pro- demokrasi. Istilah-istilah ini ada implikasinya bahawa ia kebangkitan kebebasan dari pengawalan ketat media, kebebasan bersuara, pilihanraya yang penuh penipuan dan keganasan polis.

Perasaan dan naluri mempertahankan maruah diri dan kemuliaan negara bercampuraduk dalam semangat kebangkitan menentang pemimpin yang dilihat sebagai kuku besi dan pentingkan diri dan kroninya. Kebangkitan ini umpama kebangkitan rakyat ketika jatuhnya regim komunis di Eropah Timur yang tertindas dalam negara polis dan cengkaman pemimpin. Malah kezaliman selama 30 tahun pemerintahan Mubarak menjemput semua golongan termasuk Liberal Sekular, Golongan Kiri dan Golongan Nassariyin. Semuanya menamakan diri mereka pro demokrasi dengan satu matlamat untuk menggulingkan Mubarak.

Malah ada teori yang mengatakan golongan Islamis dari Ikhwan lambat bertindak apabila seruan 25 Jan dihebahkan melalui jaringan sosial, Ikhwan tidak respons tetapi setelah beberapa hari golongan pro demokrasi berjaya mengumpulkan orang ramai, barulah Ikhwan menguasai keadaan. Walaupun demikian tidak dapat dielakkan tanggapan bahawa sememangnya Ikhwan sudah sekian lama menentang kezaliman regim dan tidak pelik ia mendapat kejutan bahawa perjuangannya turut disertai oleh penentang senyap selama ini dari arus pemikiran yang lain.

Bagaimana Aliran Pemikiran Mesir?


Uniknya Mesir ialah ia mempunyai populasi yang besar sebanyak 79 juta penduduk dan menyumbang kepada tenaga intelektual dan buruh kasar di kebanyakkan negara kaya Arab di Teluk. Ia sebuah negara moden walaupun Al Azhar merupakan Universiti Islam tertua dunia. Mesir juga adalah pusat intelektual dalam dunia Arab kerana sikap keterbukaannya menerima pandangan-pandangan dari berbagai aliran walaupun tertutup dari sudut aktiviti politiknya.

Mesir juga terkenal sikap sekularnya yang pekat dan terang-terang menyebut bahawa agama dan negara tidak boleh bercampur aduk. Pertembungan pemikiran juga hebat belaku di Mesir sejak awal kurun ke 20 lagi. Pandangan Sheikh Mohammad Abduh dan anak muridnya Syeikh Rashid Redha mendapat tempat yang tinggi dalam kajian pemikiran politik Islam modern.
Begitu juga pandangan yang dianggap sesat oleh fatwa Azhar oleh Syeikh Ali Abdul Razziq yang mengatakan tiada pemerintahan dalam Islam.

Pandangan Liberal Barat Dr. Taha Husin yang kagum dengan Barat menambahkan lagi rencam dan ragam aliran pemikiran di Mesir. Paling menarik ialah Mesir adalah tempat lahir Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al Banna pada tahun 1928 yang kini menpunyai pengaruh dan pengikut seluruh dunia. Kalau di sini kita berdebat tentang Islam Liberal dan Islam Fundamental, mahupun polemik Terrorism, maka sumber inteleknya dalam kita berhujah datang dari pemuka-pemuka yang disebut di atas dari Mesir. Begitulah hebatnya sumbangan aliran pemikiran yang berpunca dari Mesir.

Walaupun selama ini golongan Sekular Liberal dianggap pro Mubarak dan regim kerana bersetuju dengan sikap Liberal agama yang diamalkan oleh Kerajaan Mesir. Apatah lagi regim Mesir sejak Gamal Abdul Nasir senantiasa menjadikan golongan Islamis dari Ikhwan sebagai alasan mengancam keselamatan nasional. Pertembungan selama ini adalah antara puak Islam dan regim sedangkan golongan lain tidak berani memilih sokongan dan mengambil sikap berdiam diri.

Mode pertembungan yang dibentuk selama ini kini telah berubah apabila golongan selain Islamis kini telah membuat pilihan untuk menentang regim Mubarak , soalnya sekarang bagaimana Ikhwan menyesuaikan dirinya dengan permainan yang berbeza kin? Apakah terkalihnya golongan selain Islamis menentang Mubarak satu keistemewaan bagi Ikhwan ataukah Ikhwan terpaksa berhadapan pula dengan golongan-golongan ini?

(Bersambung kePemikiran Dr Mujahid II: 'Erti Menasional' & Halat...)

Lihat E-Buku ini...
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Kendali Siri Memasak Tv Pun Berbogel..


HONG KONG 9Feb 11: Sebuah rangkaian televisyen dewasa sudah bersiap sedia untuk menyiarkan rancangan memasak yang akan dikendalikan seorang hos yang berbogel. Hos berkenaan akan menyediakan masakan Kantonis dengan memakai apron lut sinar, dalam usaha menggalakkan lebih ramai lelaki memasak.

Akhbar China Morning Post melaporkan, hos itu, Flora Cheung akan memulakan rancangan 30 minit itu dengan membeli barangan yang hendak dimasak di sebuah pasar terkenal di Hong Kong, menanggalkan pakaian sebaik saja tiba di studionya. Flora yang mengaku tidak pernah bekerja di restoran berkata, dia berharap rancangan itu akan menarik lebih ramai lelaki untuk ke dapur.

Episod pertama rancangan itu akan ditayangkan hujung bulan ini.

“Saya suka memasak dan saya berpendapat saya perlu berkongsi keseronokannya dengan orang lain.

“Sebahagian besar lelaki tidak suka memasak. Saya ingin menanamkan minat itu pada diri mereka,” kata Flora, 26.

Flora berjanji apron lut sinar itu akan menutup hampir semua bahagian tubuhnya tetapi pada masa sama tidak akan melindungi apa-apa. Penerbit, Jesse Au memberitahu akhbar itu, rancangan berkenaan mungkin mendorong penerbitan rancangan serupa dengan hos berbogel menawarkan pelbagai jenis masakan Asia.

“Ia akan menjadi siri yang tidak ada penghujung jika ia terbukti popular,”katanya. - Agensi

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Wanita 70an Lawan 6 Perompak Dg Tas Tangan

SEBUAH skuter dinaiki tiga perompak terjatuh dekat sebuah kedai barang kemas di Northampton pagi kelmarin.

NORTHAMPTON, Britain 9Feb 11: Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan enam lelaki untuk merompak sebuah kedai barang kemas di sini dengan hanya menggunakan tas tangannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang namanya tidak didedahkan berlari ke arah kedai emas tersebut semasa beberapa pejalan kaki tidak menghiraukan dua perompak sedang memecahkan cermin kedai tersebut pagi kelmarin. Tiga perompak lagi yang menunggang dua buah skuter dan sebuah motosikal menunggu di luar kedai berkenaan semasa rakan mereka memecahkan cermin kedai berkenaan.

Namun, wanita tua itu dengan penuh keberanian memukul semua perompak itu dengan tas tangannya menyebabkan mereka gagal mencuri lebih banyak barang kemas. Wanita tua itu hanya bertindak berseorangan tanpa dibantu oleh beberapa orang yang berjalan dekat dengan kedai emas tersebut.

Keenam-enam perompak tersebut yang amat terkejut dengan tindakan nekad wanita berkenaan bertindak menghentikan rompakan dan cuba melarikan diri dengan segera. Apa yang lebih melucukan lagi ialah sebuah skuter perompak itu terjatuh semasa wanita tersebut memukul mereka dengan tas tangan berulang kali.

Tiga perompak yang menunggang sebuah skuter yang terjatuh bergegas melarikan diri. Namun terdapat beberapa orang awam kemudian yang prihatin dengan kejadian tersebut bertindak menangkap salah seorang daripada perompak terbabit.

Selepas serangan itu, wanita tersebut dibawa ke sebuah kafe berhampiran untuk minum secawan kopi sebelum beberapa anggota polis mencatatkan maklumat daripadanya berhubung kejadian tersebut. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang wanita 70an tahun lawan 6 perompak guna tas tangan saja. Tentu dia pandai ilmu pertahan diri. Jadi wanita disyorkan belajar iimu pertahan diri seperti yang pernah dicadangkan oleh Tok Guru Menteri Besar Nik Abdul Aziz beberapa tahun lalu.

Tuesday, February 08, 2011

Debat: Ada Nak Tumpang Semangkuk -Nik Aziz

KOTA BARU, 8 Feb 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.

“Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor. Demikian menurut Bernama

Diberitakan juga PAS Kelantan hari ini mempertahankan pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang menegaskan hanya akan berdebat tentang Islam dengan individu yang mempunyai kedudukan dan tauliah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman berkata kedudukan Mohd Noor tidak setaraf dengan Nik Aziz yang merupakan tokoh pemimpin di negara ini. Justeru menurut beliau...

“..sekiranya Umno melihat hanya Mohd Noor layak berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz, Dewan Pemuda PAS Kelantan mencadangkan agar Mohd Noor dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan memberikan tugas menjaga hal ehwal agama.

“Beliau (Mohd Noor) amat berkelayakan menjawat jawatan tersebut memandangkan taraf ilmunya yang tinggi,” katanya. (IH)

Lagi Amaran Bahaya Rosnah Mansur Isteri PM


IPOH, 8 Feb 11: Lagi suara memberi amaran tentang bahaya tindakan Rosmah Mansur isteri PM Malaysia. Disuarakan oleh Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar), menurut Harakahdaily hari ini.

"Negara juga, katanya sedang berada dalam keadaan bahaya dengan tindakan Najib membiarkan isterinya menginap di sebuah bilik mewah (suite) yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam dalam satu sesi lawatannya ke luar negara baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) menyatakan bahawa lawatannya adalah mewakili rakyat walhal tindakan ini langsung tidak selari dengan hasratnya konon mahu mewakili hak rakyat Malaysia,” kata Drs Khalil Idham Lim yang juga Adun Titi Serong.

Menurutnya, pembaziran seperti itu tidak dapat diterima, ditambah harga minyak RON 97 sahaja sudah 4 kali dinaik secara sesuka hati oleh BN tanpa ada kawalan, rakyat terus dihimpit dengan kesan kenaikan harga minyak terhadap barangan lain.

“Adakah Najib mahu melihat rakyat bangkit seperti mana di Tunisia dam Mesir, patutnya BN ambil pengajaran dari rakan sejawatnya dari Tunisia diguling oleh rakyat,” jelasnya.

Khalil menempelak respons Najib terhadap situasi Mesir baru-baru ini dengan mengeluar kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kemahuan rakyat. Ini, katanya kerana telah timbul rasa khuatir BN jika rakyat bangkit kerana ditindas oleh pemerintah.

“BN hakikatnya tidak ambil pengajaran, mereka terus menipu rakyat dengan fakta-fakta palsu bagi mempamer imej bersih serta adil BN terhadap rakyat Malaysia,” tambahnya. Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perlunya kerajaan yang telah leka memerintah selama 53 tahun ditukar melalui PRU 13 di mana ia medan terbaik rakyat untuk melakukan perubahan ke arah Malaysia yang selamat.

Sebelum itu, beliau menegaskan PR menolak sekeras-kerasnya terhadap sebarang bentuk pembaziran wang negara, lebih-lebih lagi pembaziran berlaku pada waktu negara berada dalam situasi memerlukan wang yang lebih untuk kebajikan rakyat.

“Saya rasa pelajar sekolah rendah pun tahu membanding harga sebelum membeli barang, pemimpin Malaysia sudah buta hati dan tak pandai matematik untuk fikir cara belanja berhemah, akibatnya wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pertahanan dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, harga tersebut adalah 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal sama, sebagaimana yang disebut ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. (IH)

Lihat kehebatan isteri PM ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

M'sia Import Artis Hina Quran, Pemuda PAS Membisu?

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Inilah hantu (gambar bawah) yang menghina Al-quran itu..

MENGAPA pemuda PAS membisu seribu bahasa dalam kes seperti poster di atas ini? Tiada bantahan atau demontrasi? Lihat surat S.M. Mohamed Idris, pengerusi Citizens Intenational/Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). "Alhamdulillah ada aktivis yang masih waras." kata seorang penulis Blog.

CAP ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre. Walau pun ada dikatakan sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka.

Tetapi Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. 'Si bodoh' ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh. Kini dilayan baik oleh kerajaan Malaysia. Mengapa pula ada parti politik dan NGO-NGO yang mewakili umat Islam diam. Tidak mungkin mereka yang selalu prihatin ke atas umat Islam kini menyokong pula? Apakah assobiah perkauman Syiah-Sunnah menyelimuti pemikiaran mereka?

Saya (Ibnu Hasyim)bukan Syiah, tetapi saya menyokong perjuangan Islam. Saya yakin CAP juga tidak diresapi Syiah, tetapi mereka berusaha menentang pencacian Kitab Suci Al-Quran.

28 January 2011

Y.B. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn
Minister of Home Affairs
Ministry of Home Affairs
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dear Y.B. Dato’ Seri,
Ref: Stop Iranian Singer’s Concert

We have been informed that the Iranian singer Mohsen Namjoo who lives in Europe is to hold a concert in Kuala Lumpur Convention Center on Feb 18th, 2011. In October last year, he was prosecuted by the Iranian court and sentenced to a five-year jail term for ridiculing the Quran in a song. Although, initially before the sentence, he apologized saying that he did not mean to make fun of the Quran but subsequently he retracted his apology.

Later, in Berlin, he said that he will not continue self-censuring himself and read one of his 'poems' which he said he had written before, called: 'the pretty Jurist (or leader)", referring to Iran's leader. In this 'poem' he is not only insulting Iran's leader and Imam Khomeini, but commits blasphemy when, in language that is very vulgar and disgusting, he insults God, our beloved Prophet (saw) and other prophets. We understand that this rubbish is available on you-tube.

On a flattering review in WordPatch of Namjoo’s third album OY, the reviewer writes:

“Binazir (Unique) deserve a meticulous attention in which blues guitar accompanies Namjoo’s spoken words about a sexual intercourse and its aftermath. Namjoo touches each taboo (in Iranian society) honestly and transparently. He truly does not shy away from depicting each one in great details, be it the supreme leader in the last song “Gladiators” or singing the Koran versus again (which he has stated that, it’s not his intension to insult or cause offence), in Shams ”, or describing a sexual intercourse in Binazir.” A copy of the review is attached.

We urge you to take urgent and immediate action to stop this blasphemous singer from holding a concert in Malaysia.

Thank you.

Wassalaam.

Yours sincerely,
……………………………………
S.M. Mohamed Idris
Chairman

Dr Faisal Tehrani seorang novelis Malaysia terkenal menulis dalam blognya http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/02/kerajaan-malaysia-wajib-halang-mohsen.html "Saya telah berusaha menghubungi banyak media termasuk Malaysiakini untuk mengambil perhatian tentang hal ini. Akan tetapi media tempatan nampaknya tidak melihat kehadiran Mohsen Namjoo ini satu berita yang bernilai dan menguntungkan di dunia. Dalam hal menfitnah pendokong ahlul bait kebanyakan ulama dan media akan bergotong royong berlumba-lumba untuk menjadi nombor satu."

Dr Faisal mengeluh lagi, "Ketika hubungan Malaysia dan Iran dalam keadaan kurang selesa ekoran tindakan JAIS menganiayai masyarakat Syiah di Malaysia sambil menfitnah ajaran Syiah yang bukan-bukan; tindakan membenarkan seorang penyanyi yang telah menghina kitab suci al-Quran menunjukkan kita di Malaysia berada dalam keadaan 'yang lebih sesat' kerana mengizinkan seorang penyanyi jahat, Mohsen Namjoo pengejek Islam membuat persembahan di Kuala Lumpur. Konsert menghina al-Quran dan Nabi Muhammad seperti ini eloklah diserbu pihak berkuasa agama."

Pada saya Pemuda PAS perlu menangani kes ini dengan baik. Kerana masyarakat Syiah adalah sebahagian dari masyarakat Malaysia, bahkan ramai ahlinya adalah penyokong PAS. Dengan yang bukan Islam Pemuda PAS boleh tangani, bahkan dengan penganut ajaran sesat pun (seperti ajaran Pluralisme)! Mengapa dengan Syiah diabaikan?

Lihat pandangan saya sebelim ini.
Wallahu 'aklam

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
8 Feb, 2011. KL

Misi Rakyat M'sia-Mesir. Isteri PM ni sudah lebe..


KL, 8 Feb 11: "Isteri PM ni sudah lebe.." Sungut seseorang. Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

“Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang. Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.

“Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini,” ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju cadangan Zuraida supaya Rosmah bertanding di PRK Merlimau itu. UMNO, berilah peluang laluan untuk Rosmah jadi PM perempuan pertama Malaysia.. Sama-sama satu selimut mudah '..mut & menyelimut'kan..

Lihat kehebatan isteri PM ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails