Monday, February 28, 2011

Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain Bela Diri


SHAH ALAM, 28 Feb 11: Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.

Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.(IH)

Takziah PAS Kpd Erbakan, Mentor Gerakan Islam



KL 28 Feb 11:
PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam.

"Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M

Kisah Presiden Indonesia dalam hutan (Darurat)?

Pusat Hiburan Jadi Pusat Pelacuran. Kerajaan Pekak?

SEBAHAGIAN GRO yang ditahan dalam serbuan di Jalan 2/3A Pasar Borong Baru Selayang di Kuala Lumpur malam kelmarin.

KL 28 Feb 11: Bila lagi kerajaan Malaysia hendak perkemaskan pusat hiburan di negara ini sesuai dengan perlembagaan Malaysia 'Islam sebagai Agama Persekutuan' dalam Fasal 3 Perlembagaan Malaysia? Hal ini ditimbulkan apabila kegiatan pusat hiburan yang disangkakan sekadar tempat menyanyi rupa-rupanya turut menawarkan perkhidmatan seks.

Itulah helah sebuah pusat pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat karaoke yang terletak di rumah kedai tiga tingkat kira-kira 100 meter berhampiran Pasar Borong Baru Selayang dekat sini. Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu premis tersebut pada pukul 11 malam kelmarin dan menahan seramai 23 pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Ketua operasi, Cif Inspektor Wiryanty Abd. Wahid berkata, semua wanita yang ditahan terdiri daripada 10 warga Vietnam dan selebihnya warga tempatan berusia antara 20 dan 40-an.

Selain itu, menurut beliau, polis turut menahan tujuh orang pekerja di pusat hiburan itu yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Polis juga menahan seorang wanita di percayai ibu ayam berusia 52 tahun. Wiryanty memberitahu, ketika serbuan GRO dan kira-kira 25 pelanggan yang terdiri daripada 22 pelanggan lelaki tempatan dan tiga lelaki Indonesia berada di pusat karaoke itu.

Mengapa kerajaan Malaysia masih pekak dan membisu, tidak mahu kemaskinikan pusat hiburan sesuai dengan Perlembagaan Negara? (IH)

Facebook Boleh Jadi Sarang Pelacur


LAMAN seorang pelacur yang dikenali sebagai Molly Ravish di laman sosial Facebook.


Pelacur iklankan perkhidmatan di Facebook

NEW YORK - Pelacur-pelacur di sini mengiklan perkhidmatan mereka di laman sosial Facebook, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang ahli sosialogi Universiti Colombia, Sudhir Venkatesh yang melakukan satu kajian terhadap 290 pekerja seks.

Menurutnya, 83 peratus daripada pekerja itu didapati bergantung kepada Facebook untuk menggoda lelaki bagi menjadi pelanggan mereka.

Salah seorang pelacur yang mengiklankan perkhidmatan mereka di laman tersebut dikenali sebagai Molly Ravish.

Ravish menyatakan dalam laman itu bahawa dia merupakan seorang teman wanita yang berpengalaman.

Dalam laman itu, dia meminta pengguna Facebook untuk mengunjungi laman webnya untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dalam laman webnya, dia menawarkan perkhidmatan selama satu jam dengan kadar bayaran AS$200 (RM610) dan AS$150 (RM458) untuk seks oral. - Agensi

Nik Abd Aziz, Kalau Saya Lahir Di Kalangan Orang Asli


BERNAMA: 'Saya Tidak Minta Dilahirkan Sebagai Melayu' - Nik Aziz

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini. "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.- BERNAMA

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Sunday, February 27, 2011

Bogel.. Manusia Tak Guna!


SEORANG gadis berusia awal 20an, seksi dan memikat, menemui seorang doktor pakar jiwa.

"Doktor, aku marah sangat-sangat dengan boyfreind aku, hinggakan aku panggi dia 'manusia tak guna'. Ada kalanya aku rasa agak keterlaluan, ada kalanya aku rasa memang patut pun panggil dia macam tu."

"Hmm.. panggilan itu memang keji & hina, agak melampau untuk seseorang.. tapi, mungkin kamu ada sebab. Cerita, dan luahkanlah kepada saya agar saya dapat membantu.."

"Ya memang ada... Pada satu malam kami berduaan di tepi pantai dalam kereta. Dia pegang tangan aku."

"Dia pegang tangan kamu macam ni ke?" Doktor itu cuba menggayakan.

"Ya. Macam yang doktor buat ni."

"Kalau hanya sebab ini, tidak sepatutnya dia dipanggil manusia tak guna. Itu tandanya dia tidak mahu berenggang dengan kamu..."

"Kemudian dia merapatkan badannya kepada aku dan memeluk bahu aku..."

"Dia buat macam ni ke?" Doktor menggaya lagi.

"Ya. Macam ni lah dia peluk aku doktor.."

"Itu bukan tak guna, itu tandanya dia mahu sentiasa berdamping dengan kamu."

"Kemudian dia cium aku.."

"Dia cium kamu macam ni ke?"

"Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor buat."

"Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil tak guna. Itu tandanya dia sayang kamu."

"Kemudia dia memasukkan tangannya dalam baju aku dan meraba-raba buah dada aku, doktor.."

"Dia buat macam ni ke?"

"Ya. Macam doktor buat ni lah, ramas-ramas.."

"Itu bukan tak guna, itu tandanya dia mahu mmbelai diri kamu.."

"Kemudian dia menanggalkan kesemua pakaian aku satu persatu.."

"Adakah kamu membantah tindakannya?"

"Tidak. malah aku rela, sebab aku sayangkan dia.."

"Dia tanggalkan pakaian kamu macam ni ker?" Doktor itu melakukannya.

"Ya. Sampai aku berbogel sepenuhnya macam sekarang ni doktor..."

"Itu masih belum patut dipanggil tak guna, kerana apa yang dia buat sebab nak kenali diri kamu sepenuhnya"

"Kemudian dia mencumbui aku lalu adakan hubungan seks sepenuhnya dengan aku..."

.. uu ah, uu ah, uu ah..

Doktor itu pun lakukan.

.. uu ah, uu ah, uu ah..

.. uu ah, uu ah, uu ah..
......
......

"Dia buat macam yang kita buat ni ker?"

"Ya. Memang itulah yang kami buat!"

"Kalau macam tu, kamu tak boleh panggil dia tak guna. Itu tandanya dia perlukan kamu. Hal ini amat berguna."

Setelah selesai bergelut, sama-sama puas. "Ooo. Ada lagi tuan doktor.. "

"Ha, apa dia?"

Kata awek itu, "Kemudian dia beritahu aku, dia sebenarnya ada penyakit AIDS!"

Maka terkejut beruk doktor itu. Terbeliak biji matanya. Dia jadi macam pesakit jiwa. Dia bimbang virus yang berjangkit kepada awek itu menjangkitinya. Semua pekerja klinik terkejut dengan jeritan doktor pakar jiwa itu..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam hal seperti ini siapa bersalah? Awek itu, boyfriednya atau doktor itu? Sebenarnya bila dikaji-kaji balik, rupanya 'sistem pergaulan bebas' itu sendiri antara penyebab berlakunya. Maka Islamlah sebagai pendindingnya. Kalau di negara ini siapa penaung sistem itu? Siapa yang bertanggung jawab? UMNO... (IH)

Ikuti seterusnya..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Merlimau: PAS Perlu 4% Lagi Undi Melayu Unt Menang?

JASIN, 27 Feb 11: PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.

“Saya harus akui bahawa kita tidak mempunyai peluang untuk menang tapi kita yakin dengan strategi di sini kita boleh mendapatkan 61 peratus undi,” katanya pada sidang media Markas PAS di sini.

Halim berkata PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India. Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 6,935 orang (64.9 peratus), Cina 2,218 orang (20.8 peratus), India 1,510 orang (14.1 peratus) dan lain-lain 16 orang (0.2 peratus). (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails