Thursday, May 19, 2011

Jom Lawat Gadis Victoria's Secret, Kalau Anda Suka..

Victoria's Secret adalah sebuah perusahaan produsen pakaian dalam perempuan dan produk kecantikan yang berpusat di Amerika Syarikat. Pendiri Victoria's Secret diawali oleh Roy Raymond. Dia seorang alumni Universiti Tufts dan Sekolah Bisnis Stanford, yang merasa malu jika perlu membeli pakaian dalam untuk isterinya di pusat perbelanjaan itu. Sebagai salah satu ikon kecantikan perempuan, tidak mengherankan Victoria's secret selalu menggandeng model-model cantik untuk mempromosikan produk mereka. (Foto: AP Photo/ Dan Steinberg)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Ada yang menyimpulkan, "Jika anda suka dan bersetuju dengan paparan ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda dari sudut agama anda..." Benarkah? (IH)

PAS: Tuan Ibrahiin, Perubahan Di Bawah Ulama?

Atas: Tuan Ibrahim & bawah: Muhamad Sabu.
petrol price hike protest 2 100306 mat sabu
KL 19 Mei 11: Malaysiakini melaporkan, perebutan kerusi timbalan presiden PAS dilihat akan lebih mendebarkan sekiranya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berubah fikiran dengan turut bertanding dalam pemilihan kali ini.

Menurut pemerhati politik, sekiranya perkara itu jika berlaku hampir pasti menyebabkan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Mohamad, Tuan Ibrahim dan penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

"Mohamad tidak akan berkompromi dengan sesiapapun. Mohamad tidak akan tarik diri. Tuan Ibrahim atau Nasharudin yang sepatutnya berkompromi," kata pemerhati politik.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ujian sebenar bagi Mohamad apabila beliau dilihat tidak lagi relevan dengan penyertaan Tuan Ibrahim. "Mereka (kawasan) kemukakan (pencalonan kepada) Tuan Ibrahim sebab tidak berpuashati dengan Nasharudin," katanya.

"Jadi Mohamad relevan bertanding sebab hendak menyingkirkan Nasharudin. Tetapi jika Nasharudin menarik diri, (dan) Tuan Ibrahim bertanding, status Mohamad sudah tidak relevan."

Jika Tuan Ibrahim tidak mahu menawarkan diri, Mohamad mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan itu. Majoriti sokongan kepada Tuan Ibrahim dilihat akan berpindah kepada Mohamad jika tokoh ulama itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak bertanding. Dalam pemilihan dua tahun lalu, Mohamad dalam percubaan pertamanya tewas dalam pertembungan tiga penjuru.

Nasharudin menang dengan memperolehi 480 undi. Manakala Husam mendapat 281 undi, sementara Mohamad meraih 261 undi. Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok menang disebabkan wujudnya pecah undi antara Husam dan Mohamad. Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin telah mengumumkan pendirian mereka bertanding jawatan berkenaan. Tuan Ibrahim pula telah menolaknya dan hanya mahu mempertahan jawatan yang disandangnya.

Bagaimanapun, terdapat desakan berterusan daripada anggota akar umbi yang mahukannya turut serta. Kesemua pihak dikehendaki membuat pengesahan sebelum 26 Mei ini. Seramai enam mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu. Selain tiga pemimpin itu, turut layak Menteri Besar Kedan Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahudin Ayub dan exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa.

Kata seorang penganalisis politik kepada Weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi.

"Saya rasa Nasarudin boleh berunding dengan Tuan Ibrahim, yang mungkin sesuai.. Sama-sama dianggap mempunyai latar belakang agama yang menjadi trend sokongan, pemikiran perwakilan PAS masa kini."

"Perwakilan juga mahu perubahan, tetapi biarlah golongan agama menerajuinya... Ramai yang bimbang, berlaku perubahan di luar jangkauan ulama.. Kalau berlaku pertandingan 3 penjuru Ustaz Nasa, Tuan Brahim & Mat Sabu, besar kemungkinan golongan pro ulama tidak akan menang, kerana undi meraka pecah..." (IH)

Ikuti dari awal..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Sakit Jantung Wujud Di Zaman Firaun & Nabi SAW.

GAMBAR yang disiarkan menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu.

KESIHATAN

PARIS: Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.

Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an. Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.

"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.

Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu. Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis. Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sakit jantung sudah wujud pada zaman firaun. Bahkan dalam sejarah Islam, dan beberapa tafsir Al-Quran yang menceritakan ancaman Allah Taala kepada kaum Quraisy yang menzalimi rakyat waktu itu. Apa yang diancamkan itu benar-benar berlaku.

Antaranya, pemuka-pemuka Quraisy yang menentang perjuangan Islam pimpinan Nabi SAW seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Abu Lahab bapa saudara Nabi telah tewas. Abu Jahal dan Walid mati dalam peperangan Badar. Abu Lahab mati kerana serangan jantung apabila mendengar berita kekalahan puak barisan nasional asobiahnya dalam Perang Badar melawan parti Islam pimpinan Nabi SAW.

Jadi, terbukti juga sakit jantung sudah ada di zaman Nabi SAW. (IH)

Idris Ahmad Tanding Naib Presiden PAS

Ustaz Idris, kiri sekali..
KL, 19 Mei 11: Ketua Penerangan Idris Ahmad hari ini mengesahkan akan turun gelanggang bertanding dalam pemilihan parti itu awal bulan depan. Beliau antara calon dari 14 orang yang layak bertanding jawatan naib presiden PAS. Menurut The Malaysian Insider.

Idris antara muka baru yang layak bertanding jawatan itu selain ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Rami dan Ketua Penerangan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh.

Bagaimanapun Nik Zawawi mengesahkan tidak akan bertanding bagi jawatan itu dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain.

“Saya tidak akan bertanding, saya rasa masih ramai pemimpin yang lebih baik dan layak daripada saya, lagipun jawatan itu satu amanah dan jawatan yang saya pegang sekarang sudah cukup,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Turut layak adalah ketiga-tiga penyandangnya Datuk Mahfuz Omar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub. Selain itu, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu serta Datuk Husam Musa dan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa juga dicalonkan. Namun Mohamad dan Nasharudin mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua parti.

Jawatan naib presiden memperuntukkan tiga kerusi. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Idris berkata beliau menerima pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden.

“Ya, saya akan bertanding bagi jawatan naib presiden PAS, saya buat keputusan ini kerana menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan,” jawabnya ringkas.

Sementara itu, ketiga-tiga penyandang naib presiden PAS mengambil pendirian “berdiam diri” sementara waktu sehingga tarikh akhir pengesahan bertanding pada 26 Mei.

“Saya belum buat apa-apa keputusan lagi, masih terlalu awal dan saya menanti surat rasmi daripada jawatankuasa pemilihan dulu.

“Kemudian baru saya akan buat keputusan,” kata Mahfuz.

Salahuddin, yang turut layak bertanding jawatan nombor dua parti berkata, beliau akan melihat jumlah pencalonan sebelum membuat sebarang keputusan. Beliau juga mengesahkan tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dengan alasan masih belum layak.

“Saya belum buat apa-apa keputusan lagi, masih terlalu awal . . . saya perlu lihat jumlah pencalonan dulu.

“Ia akan jadi pengukur kepada prestasi saya, kalau jumlah pencalonan memberangsangkan saya akan mempertahankan kedudukan sekarang,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tuan Ibrahim juga mengambil pendirian sama dengan mahu melihat terlebih dahulu jumlah pencalonan yang diterima. Beliau juga berkata lebih cenderung untuk mempertahankan kedudukan sekarang daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

“Kecenderungan saya lebih untuk mempertahankan jawatan naib presiden daripada bertanding timbalan.

“Apa-apa saya akan lihat dulu jumlah pencalonan, masih terlalu awal untuk saya kata apa pendirian saya,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu. (IH)

Ikuti dari awal..
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Wednesday, May 18, 2011

T/Presiden PAS: Tuan Ibrahim Dijangka Menang

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man
KL 18 Mei 11: Tumpuan untuk perebutan jawatan nombor dua dalam PAS kini beralih kepada naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula apabila ulama popular itu dilihat sebagai penentu kemenangan calon-calon yang bertanding.

Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Pemerhati politik berpendapat, sekalipun Tuan Ibrahim (kiri) terus menolak hasrat akar umbi PAS untuk bertanding, beliau masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Jun ini.

Ini kerana, ketika beliau berterusan menepis pujukan dan desakan, Tuan Ibrahim tetap mendapat jumlah pencalonan ketiga terbesar selepas Nasharudin dan Mohamad. Ketiga-tiga mereka bersaing rapat dengan perbezaan tidak sampai sepuluh undi.

Walaupun jawatankuasa pemilihan PAS membuat keputusan tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima setiap pihak, Malaysiakini difahamkan Mohamad mendahului dengan pencalonan dari sekitar 47 kawasan, diikuti Nasharudin (43) dan Tuan Ibrahim (39).

Perang dingin

Turut layak untuk bersaing Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahuddin Ayob dan bekas naib presiden Husam Musa (pertama dari kiri).

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Ketiga-tiga mereka bagaimanapun difahamkan mendapat tidak sampai sepuluh pencalonan dan dipercayai tidak akan turut bersaing.

Keputusan pencalonan itu jelas menunjukkan hasrat luar biasa yang mahukan Tuan Ibrahim menyertai perlawanan merebut kerusi panas itu.

Kehadirannya dilihat sesetengah pihak sebagai penyelamat terhadap kemelut dua kumpulan berbeza pandangan dalam PAS -- yang kemuncaknya dilihat dalam pemilihan lalu apabila berlaku pertembungan terbuka antara 'kumpulan Erdogan' dan kumpulan pro-kerajaan perpaduan.

'Perang dingin' itu -- yang turut dilihat melalui cadangan Nik Aziz supaya dianjurkan muktamar khas bagi menyingkirkan pemimpin tertentu -- dilihat terus berlanjutan. Walaupun tidak dapat dibuktikan, terdapat cakap-cakap bahawa kompromi Mohamad dan Husam -- yang dianggap pemimpin penting Erdogan -- berjaya mencapai kata sepakat kali ini.

Masalah teknikal di 15 kawasan? Ia dinyatakan melalui pencalonan kawasan Kubang Kerian kawasan yang diketuai Husam kepada Mohamad sebagai timbalan presiden. Isyarat itu menyebabkan Husam gagal meraih banyak pencalonan dan dikatakan hanya mendapatnya daripada tiga atau empat kawasan sahaja.

Bagaimanapun, trend yang sama tidak berlaku pada Tuan Ibrahim. Ini sekaligus menggambarkan kekuatan sebenar Tuan Ibrahim yang dalam senyap-senyap membuat kejutan sebagai naib presiden dengan undi tertinggi dalam pemilihan lalu.

Sementara itu, terdapat juga cakap-cakap bahawa berlaku kesilapan teknikal apabila 15 kawasan yang kemungkinan besar mencalonkan Tuan Ibrahim dikatakan gagal menghantar senarai pencalonon akibat tersalah tarikh akhir.

"Dipercayai kalau tidak berlaku kelewatan penghantaran pencalonan oleh lebih 15 kawasan kemungkinan besar pencalonan untuk Tuan Ibrahim akan melepasi 50 pencalonan," tulis pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar dalam blognya hari ini.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Bagaimanapun, jika Tuan Ibrahim menukar fikiran, beliau dengan mudah akan mendapat tambahan undi daripada perwakilan daripada 15 kawasan tersebut. Jika tidak, undi daripada lebih perwakilan di lebih 50 kawasan itu akan pergi kepada siapa? Nasharudin atau Mohamad?

Daripada 180 kawasan PAS, seramai 152 kawasan menghantar pencalonnnya kepada pejabat agung sebelum 15 Mei lalu. Daripada jumlah itu, difahamkan hanya 146 diterima manakala selebihnya ditolak kerana laporan tidak lengkap.

Keadaan sekarang amat menyulitkan kepada Nasharudin dan Mohamad seolah-olah ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jika Tuan Ibrahim bertanding, undi Nasharudin -- yang berkongsi sokongan daripada tapak yang sama dengannya -- akan terjejas teruk. Bagaimanapun, untuk berkompromi pula, berdasarkan pendekatan dan ideologi, Mohamad mungkin bukan calon yang mirip dengan Tuan Ibrahim. (Malaysiakini)

Lihat dari awal...
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Stadium Muat 40,000 Bersama Roh Islam -Nik Aziz


KOTA BHARU, 18 Mei 11:
Kerajaan Negeri Kelantan ingin merealisasikan hasrat mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Maka kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Membangun Bersama Islam! (IH)

Benarkah 'Pesaing Misteri' K/Muslimat PAS Tak Tanding?

Noridah Salleh

KL 18 Mei 11: 'Ketua Muslimat PAS: Pesaing 'misteri' Asiah tak tanding.' Begitu berita The Malaysian Insider hari ini. Menurut laporan itu, bakal calon jawatan ketua Muslimat PAS pusat masih kekal teka-teki apabila dua daripada empat nama yang dicalonkan, yang dilihat boleh memberi saingan sengit, mengambil pendirian untuk berdiam diri sementara waktu.

Jawatan itu disandang oleh Nuridah Salleh sejak 2007. Senarai nama yang layak bertanding kesemua jawatan peringkat pusat PAS dikeluarkan semalam. Selain Nuridah, calon yang layak bertanding ialah timbalannya Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja Muslimat PAS Asiah Ali.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Siti Zailah dan Siti Mariah memilih untuk “berdiam diri” buat sementara manakala Asiah memutuskan untuk tidak bertanding lagi kali ini. Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan respons daripada Nuridah masih belum berhasil. Tarikh akhir untuk membuat pengesahan bertanding adalah 26 Mei ini.

Menurut Siti Zailah, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding jawatan itu atau tidak. Jelas beliau, perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu dengan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan.

“Sebagai seorang Islam, saya akan meminta petunjuk Allah, selain itu saya juga akan meminta pandangan jemaah dan mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan kerana ia merupakan satu keputusan besar,” katanya.

Jelas Siti Zailah, jawatan bukan matlamat utama beliau kerana ia adalah satu tanggungawab yang besar untuk dilaksanakan.

“Jawatan sebagai ketua Muslimat PAS adalah satu tanggungjawab bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

“Saya akan melihat terlebih dahulu berapa pencalonan yang saya dapat dan jika sudah berpuas hati, baru saya akan membuat keputusan,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak ketika pemilihan nanti. Siti Mariah berkata, beliau akan membuat beberapa pertimbangan dalam perkara itu sebelum mengumumkan pendirian sama ada mahu bertanding atau tidak.

“Saya akan membuat beberapa pertimbangan terlebih dahulu dan akan memberi jawapan minggu depan sebelum hari terakhir mengantar surat balas kepada ahli jawatankuasa pemilihan,” katanya.

Bagaimanapun Asiah secara rasmi mengumumkan tidak akan bersaing kerana mahu memberi laluan kepada muka baru.

“Saya tidak mahu bertanding walaupun terdapat pencalonan. Saya mahu memberi peluang kepada orang lain.

“Pada pemilihan dulu, saya pernah tercalon dan bertanding tetapi kalah. Kali ini, saya tidak mahu bertanding kerana tidak mahu ada yang kata saya ingin merebut jawatan tersebut,” katanya.

Jelas Asiah, beliau juga mengambil keputusan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan lain kerana mahu memberi laluan kepada muka baru. Beliau turut layak bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua Dewan Muslimat.

“Saya tidak akan bertanding mana-mana jawatan walaupun ada pencalonan,” jawabnya. (IH/The Malaysian Insider)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails