Tuesday, June 28, 2011

Letrik Rumah Saja RM160,000 Sebulan. Rakan Syaitan!!

dr siti mariah interview 300408 02
KL 28 Jun 11: Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

NONEMenurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang pemimpin BN Malaysia, rakan syaitan. Sila renung firman ini... Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isra’ iaitu, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah 'saudara-saudara syaitan', sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Lihat..

Panduan Jom Ikut Perhimpunan BERSIH!


Fakta:

Perhimpunan Bersih 2.0

Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang
Di Kuala Lumpur (Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).
Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :
  • BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  • Reformasikan Undi Pos
  • Gunakan Dakwat Kekal
  • Akses Media Yang Bebas & Adil
  • Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  • Kukuhkan Institusi Awam
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan
(Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia).
Anggotanya Adalah Daripada
Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik :
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0
Dengan Aspirasi Bersama Iaitu:
Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :
  • Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul,
  • pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun
  • untuk menyatakan pandangan mereka
  • khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia
  • untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan:


1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.
6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan:

  • Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  • Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  • Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  • Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  • Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
  • Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  • Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
    Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  • Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.
  • Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  • Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  • Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  • Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan

  • Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  • Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  • Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
  • Bagi yang Islam, lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  • Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  • Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  • Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  • Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
  • Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  • Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  • Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  • Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  • Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..
Semasa Perhimpunan Dan Perarakan:
  • Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
  • Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
  • Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
  • Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  • Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  • Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  • Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  • Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  • Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  • Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  • Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  • Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  • Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
  • Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan:
  • Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  • Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
  • Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
  • Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
  • Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
  • Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  • Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi:
  • Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
  • Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  • Jangan hampiri mereka.
  • Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  • Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  • Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
  • Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  • Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
  • Duduk jika pimpinan arahkan.
  • Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
  • Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  • Ambil gambar mereka jika sempat.
  • Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan:
  • Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  • Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  • Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  • Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  • Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  • Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  • Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
  • Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  • Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
  • Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  • Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan:
  • Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  • Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  • Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  • Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  • Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  • Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  • Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  • Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  • Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  • Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  • Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian…:
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.
Harapan Kita Semua:

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjay implementasi erjay kita.

Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander” atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

(Diangkat dari .http://amkj.blogspot.com/)

Lihat sebelum ini..

Video Seks: Klip Terbaru Internet Serang MP Johari


KL, 28 Jun 11: Satu klip video baru muncul di Internet hari ini — menyerang kredibiliti Datuk Johari Abdul (gambar)— dengan mendakwa wakil rakyat itu meminta “ganjaran” RM1 juta daripada trio Datuk T, beberapa hari selepas beliau mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan si pelaku dalam rakaman video seks didedahkan Mac lalu.

Sejurus selepas rakaman video seks ditayangkan kepada pemberita pada 21 Mac lalu, trio Datuk iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim, Johari mendedahkan beliau menonton video itu bersama mereka di sebuah hotel di sini.

Wakil rakyat itu berulang kali menafikan bahawa beliau ada bersetuju yang lelaki dalam video seks itu ialah Anwar. Bagaimanapun satu video yang disiarkan oleh blogger pro-Umno blogger “Papagomo” hari ini mendakwa sebaliknya.

Video yang panjangnya 1.59 minit itu, bersama dengan tulisan blog memetik Shazryl mendakwa Ahli Parlimen Sungai Petani itu yakin yang Anwar adalah lelaki dalam klip video itu dan Johari minta RM1 juta bagi diri beliau dan RM1 juta bagi setiap lima Ahli Parlimen yang bersedia untuk meninggalkan PKR selepas menonton video berkenaan.

Klip video itu tiada bukti yang dapat menunjukkan bahawa beliau ada meminta wang dalam jumlah itu. Johari dilihat memasuki sebuah bilik hotel dengan diiringi trio Datuk T dan kemudian duduk di depan televisyen.

Satu kamera terselindung dilihat diletakkan di depan televisyen, oleh itu memberi gambaran mengenai reaksi Johari. dan suara trio Datuk T. Berbanding naratif-naratif Johari sebelum ini tentang apa yang berlaku pada hari video itu ditonton, MP PKR itu kelihatan gelak ketawa dan mesra bersama ketiga-tiga Datuk T, dan berjenaka beberapa minit sebelum video seks ditayangkan.

Johari juga merupakan sepupu Shuaib. Klip video bertajuk “Johari Abdul akui bahawa pelaku dalam video seks ialah Anwar Ibrahim” mengetengahkan komen-komen yang dibuat oleh pemimpin PKR ketika menonton video itu.

Tulisan blog itu yang memetik Shazryl dan Rahim sebagai berkata Johari telah meminta RM100,000 sebagai bayaran awal dan mereka telah membayar pemimpin PKR itiu separuh daripadanya. Rahim dipetik berkata, trio Datuk telah menolak tawaran Johari untuk membawa lima lagi MP PKR iaitu Datuk Kamarul Baharin Abbas, Rashid Din, Azan Ismail, Amran Ab Ghani dan Abdullah Sani untuk menonton video seks itu dan akan dibayar RM1 juta setiap orang untuk keluar parti.

“Apabila (pemintaan) ini dibuat, kami telah memutuskan untuk menolak (tawaran Johari), kata Rahim lagi.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenakan hukuman ke atas ketiga-tiga mereka selepas mengaku bersalah menayangkan rakaman dan bersubahat dengan perbuatan itu. (Sumber The Malaysian Insider)

Wanita Rambut Mohican Bulu Landak, Pilih Islam.

I'sha, Si Wanita Punk Yang Jadi Mualaf
Keluarga I'sha keberatan jika I'sha memeluk Islam dan mengenakan niqab.

LONDoN 27 Jun 11: I'SHA, dulunya adalah seorang punk. Dia memakai pakaian potongan gemilang terbilang yang 'memalukan'. Potongan rambut Mohican yang mirip landak. Adiknya pula secara terbuka memproklamirkan diri sebagai seorang lesbian.

Kepada keluarga, teman dan rakan, dia menyatakan telah memeluk Islam. I'Sha menyebut dirinya tetap tidak berubah.

"Saya cuba yakinkan mereka, bahawa saya masih ber'lidah panjang dari utara seperti dulu'. Tetapi, menjadi seorang Muslim itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang 'cool'.

''Ketika orang melihat kamu berkulit putih dan orang Inggeris, maka mereka benar-benar berperilaku kasar terhadap anda. Kerana, mereka fikir kamu telah kembali pada cara hidup mereka,'' tambah I'sha.

Menyorot kisah lamanya..

"Ketika pertama kali memberitahu orangtua, saya menjadi seorang Muslim, mereka tidak mahu orang tahu. Apakah itu keluarga atau tetangga,'' kata I'Sha (40) yang masuk Islam sejak empat tahun lalu. ''Mereka tidak dapat faham keputusan saya."

Lingkungan kini menentang I'Sha yang telah memutuskan untuk masuk Islam. ''Orang-orang di mana saya dibesarkan kini berbalik melawan. Mereka tidak ingin anak-anak mereka bersama dengan anak-anak saya. Mereka menilai saya sudah gila.''

Seperti ramai orang, agama tidak tumbuh dalam kehidupan sehari-hari. Jika I'Sha pulang dari sekolah dan bercakap tentang Tuhan, ayah selalu akan mengatakan,''sekarang, hanya ada satu Tuhan di sini dan itu saya.''

I'sha, adalah seorang pekerja perempuan pendukung di Masjid London Timur, berasal dari Newcastle. Dia adalah salah satu dari 100,000 orang Inggeris yang kini telah masuk Islam. Menurut hasil studi Faith Matters oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea, sebanyak 5,200 warga Inggeris tahun lalu telah memilih Islam.

Pengalaman I'sha agak luar biasa. Majoriti umum Inggeris masih memandang Islam, agama terbesar kedua di Inggeris, sebagai sebuah keyakinan yang aneh dan asing. Tetapi, I'sha tidak berfikir begitu. "Saya ras,a seperti sudah pulang," katanya. "Melalui Islam, saya telah temukan jawaban atas segala pertanyaan saya . Saya telah temukan kedamaian yang sejati."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan ini adalah tulisan Lucy Osborne yang dikirimkan ke The Times menganalisis mengenai peningkatan jumlah perempuan Inggeris yang memeluk Islam. Jumlahnya meningkat dua kali ganda dalam 10 tahun dan hampir 2/3 adalah perempuan. Lucy Osborne, jurnalis bebas (freelance), penulis ficer, turut menyelidik mengapa hal ini terjadi. Antara yang diinterbiewnya ialah I'sha.

Keluarga I'sha amat tidak menyetujui pilihan I'sha itu, apalagi bila dalam kehidupan hariannya beliau memakai hijab atau niqab yang hanya memperlihatkan kedua bola mata birunya. Apakah trend keIslaman ini akan terus merebak dan akan menjalar ke seluruh dunia? Sebenarnya manusia-manusia tidak perlu bimbang, kerana kembali kepada agama adalah kembali kepada ke'fitrah'an. Islam agama pembebasan dan perdamaian. (IH/Sumber: www.thetimes.co.uk)

Lihat kisah sebelum ini...

Along Berantai, Pihak Berkuasa Tiada Kuasa? Tolak BN!

BUKTI...Saharuddin menjununjukkan salinan slip pembayaran kepada along terbabit yang diserahkan anak mangsa (kiri).
BUKTI...Saharuddin menjununjukkan salinan slip pembayaran kepada along terbabit yang diserahkan anak mangsa (kiri).

KL 28 Jun 11: Malaysia masih tidak aman lagi, rakyat masih tidak boleh hidup selesa. Pihak berkuasa pimpinan kerajaan BN masih tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dalam kes along ini. Buktinya, lihat laporan myMetra mengenai along berantai ini..

“Saya tak sanggup lagi hidup begini, tapi saya terpaksa kerana ini saja cara untuk saya melepaskan diri daripada mereka,” kata seorang peniaga wanita yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya sudah mati semata-mata untuk mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.

Wanita berusia 59 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, untuk meyakinkan pelbagai pihak mengenai ‘kematiannya’ satu majlis kenduri tahlil diadakan dengan dihadiri saudara-mara, jiran dan rakan.

“Semua mereka menyangka saya sudah mati, hanya beberapa anggota keluarga yang tahu kisah sebenar. Bukan saya berniat menipu mereka, tapi saya lakukan ini kerana terpaksa.

“Saya amat rindukan kehidupan seperti dulu, gembira bersama keluarga dan menguruskan perniagaan seperti biasa yang kini hanya tinggal kenangan,” katanya.

Halimah ditemui Harian Metro ketika membuat aduan dan meminta khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya itu, baru-baru ini. Wanita itu berkata, dia terpaksa mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya akan dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

“Pinjaman RM10,000 itu sudah saya bayar dalam masa ditetapkan. Namun, selepas itu, saya menerima panggilan daripada along menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun saya dan perlu membuat bayaran dalam masa 10 hari.

“Sebaik selesai bayaran berkenaan, saya dihubungi lagi, kali ini individu lain pula yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tanpa saya minta dan mereka mendesak saya membuat bayaran dalam tempoh tertentu.

“Sejak itu, hidup saya dihimpit masalah kerana terus menerima wang RM3,000 hingga RM7,000 pada satu-satu masa yang dimasukkan terus ke dalam akaun beberapa kali menyebabkan saya berurusan dengan 14 along serentak,” katanya.

Halimah berkata, setakat ini dia sudah membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along terbabit, namun jumlah itu dikatakan belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam.

Berikutan itu, Halimah menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi mengelak diapa-apakan kumpulan terbabit yang menunggu di hadapan rumahnya setiap hari.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, anak saya memberitahu along terbabit saya sudah mati sedangkan saya masih hidup. Saya kasihankan anak kerana terpaksa berdepan along dan pada masa sama, menguruskan perniagaan kami yang terjejas akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya menerima aduan terbabit dan berusaha mencari jalan bagi membantu Halimah. Katanya, seperti kes lain, PPIM akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengaturkan perbincangan dengan along terbabit dan menetapkan satu kadar munasabah yang perlu dijelaskan.

“Kami dapati aktiviti ‘along berantai’ ini dijalankan oleh individu sama, malah modus operandi yang digunakan juga serupa iaitu memasukkan wang ke dalam akaun mangsa hanya selepas bayaran pinjaman terdahulu dilunaskan.

“Justeru, kami meminta orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain terutama yang membabitkan wang ringgit bagi mengelakkan ditipu,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berkuasa seolah tidak berkuasa, atau sengaja buat-buat tiada kuasa. Maklumlah, hanya kes rakyat kerdil.. Mana jalan penyelesaian? Tolak & jatuhkan BN dalam PRU 13 akan datang. Mereka sudah tidak layak memerintah lagi

Hati-hati Kumpulan Layar Bahtera, Ajaran Sesat


NUSAJAYA 28 Julai 11: Orang ramai perlu berhati-hati. Hal ini kerana Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) giat memantau saki baki ahli kumpulan ajaran sesat yang dikenali sebagai Kumpulan Layar Bahtera yang dikesan bergiat aktif di Masai, Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, seramai 25 ahli kumpulan terbabit ditahan iaitu 22 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun di sekitar Taman Rinting pada awal bulan ini kerana mengamalkan ajaran sesat.

Beliau berkata, ajaran berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40 tahun berasal dari Selangor yang sudah diharamkan pada 2010 dan diwartakan pada tahun ini, menyebar fahaman bertentangan dengan ajaran Islam sejak tiga tahun lalu.

“Ketua kumpulan itu yang dipanggil Nakhoda, mendakwa mengetahui segala ilmu dan benda ghaib, menyatakan semua manusia adalah Allah, malaikat adalah manusia yang taat, jin adalah manusia dikurniakan ilmu yang tiada pada manusia biasa serta iblis adalah manusia yang melakukan kemungkaran.

“Selain itu, kumpulan itu juga mendakwa syaitan adalah manusia yang menjadi penghasut, Gunung Tursina di Timur Tengah adalah Gunung Ledang serta mentafsir ayat al-Quran serta hadis mengikut cita rasa sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Johor ke-12, di sini, semalam.

Zainal Abidin berkata, kumpulan itu juga tidak mengamalkan sembahyang wajib lima waktu dan sudah mengumpul hampir 40 pengikut sejak lebih tiga tahun lalu.

“Kita juga mengesan kumpulan itu giat menyebarkan fahaman mereka menerusi laman sesawang tetapi kita sudah meminta kerjasama pihak berwajib untuk menutupnya,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati pengikut kumpulan terbabit kebanyakannya bekerja sebagai mekanik dan pekerja kontrak dan rumah ketua kumpulan terbabit dijadikan markas penyebaran agama sesat.

Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang menetapkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kedua-duanya.(IH)

Nik Aziz Tidak Hadir Himpunan Bersih 2.0 9 Jun..


KL 28 Jun 11: Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak akan menyertai himpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Demikian Lapor Sinar Harian hari ini bersumberkan blog Mohd Sayuti Omar

Dikatakan MB Kelantan itu bersama rombongannya akan berlepas ke Uzbekistan esok di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Beliau akan membuat lawatan ke negeri bekas jajahan Russia dalam rangkaian menziarahi makam perawi hadith-hadith sahih yang terkenal iaitu Imam Bukhari dan Imam Termizi.

Rombongan beliau terdiri daripada ADUN Limbongan Dr Zainudin Awah Hamat, ADUN Meranti Nasaruddin Daud yang juga speaker Kelantan, ADUN Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco Kerajaan Kelantan dan ADUN Lanas Abdullah Yaacob.

Mereka dijangka berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai menuju ke Madinah. Menurutnya lagi, selepas mengerjakan umrah rombongan tersebut dijangka pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih berlangsung. Ini bermakna Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails