Wednesday, July 27, 2011

Serah Surat Pada PM,10 Ditahan

10 ditahan petang tadi..

KL27 Jul 11: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu. Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya. Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar. Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers. (IH)

Polis Baik Atau Bersih 2.0 Baik? Video Klip Terkini..

Video Klip Terkini

Kebiadapan
Kebiadapan Polis - Ketua Polis Penipu Besar
Bersih
Bersih 2.0 kenapa perlu?
Kenyataan
Kenyataan Terkini Bersih 2.0
Negara
Negara Berkebajikan: Umno tidak lena tidur

N/Aziz Sokong Biometrik... -N/Aziz Jawab



KOTA BHARU, 27 Julai: "Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH."

"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebuah akhbar harian semalam membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik".

Ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan orang ramai apakah sikap sebenar PAS dalam isu penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin lain PAS memaklumkan parti itu menolak penggunaan biometrik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.

"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media bersama pimpinan PAS yang lain menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.

Wartawan Harakahdaily, Rizal Tahir, di Kota Bharu melaporkan Tuan Guru Nik Aziz PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau berkata, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, Kota Bharu. (IH)

50 Penuntut Di Mesir: Kedutaan M'sia, Barua UMNO?


KL, 27 Jul 11: Adakah kedutaan Malaysia di Kaherah sudah ketinggalan maklumat atau sengaja menjadi barua Umno, bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan? Kerana itu, PAS mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan menyelesaikan isu hampir 50 penuntut Malaysia di Mesir dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang turut diadakan di negara itu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, pihaknya memandang serius tindakan Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) yang mengambil tindakan agar melampau ke atas penuntut-penuntut terbabit.

“Kita mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan, bertanggungjawab dan menyelesaikan isu ini dengan lebih baik kerana penuntut kita di sana buat perhimpunan dengan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Jadi tidak timbul mereka melanggar kesalahan, mereka bukan di Malaysia bahkan di Malaysia mereka yang ditahan juga tidak dikenakan apa-apa tindakan tegas,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tuan Ibrahim, dalam entri terbarunya menegaskan tindakan itu sangat tidak adil kerana kesemua penuntut itu tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri. Jelas beliau, pihaknya mendapat maklumat seorang penuntut dari Selangor telah dibuang pusat pengajian tinggi kerana menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Kami juga mendapat maklumat pihak Kedutaan Malaysia menghalau tiga orang penuntut dari Asrama Rumah Melayu di Abbasiyah tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenaraikan hitamkan 40 penuntut dari Perak dan beberapa orang penuntut dari Terengganu juga menerima ugutan.

“Bertindaklah secara adil, dan jangan nafikan masa depan anak bangsa sendiri,” katanya.

Tuan Ibrahim juga menegaskan agar Kedutaan Malaysia adil dalam membuat sebarang keputusan dan tidak menjadi alat kepada Umno.

“Apakah kedutaan Malaysia di Kaherah ketinggalan maklumat atau sengaja menjadi barua Umno, bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan?

“PAS mengingatkan mereka jangan cuba menjadi umpama bidalan ‘lebih sudu dari kuah’. PAS menyeru campur tangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku ini kerana sebahagian daripada mereka akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi,” katanya.

Pada 9 Julai lalu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sebagai langkah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan. Bersih 2.0 yang terdiri daripada 62 badan bukan kerajaan (NGO) turut disokong Pakatan Rakyat.

Ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan lebih 1,600 orang telah ditahan. Selain Malaysia, perhimpunan sama turut diadakan di beberapa buah negara sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0.

Tambah Tuan Ibrahim, pihaknya akan meneliti isu itu secara terperinci bagi membela nasib penuntu-penuntut yang dianiayai itu.

“Mereka (Kedutaan Malaysia) sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah.

“Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya. (IH)

Ini Bukti Polis M'sia Baik.. He He He!

Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan

NONE
KL 27 Jul 11: INI bukti polis Malaysia baik? He he he! Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.

Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.

Amalan ketuk ketampi sambil berbogel digunakan bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.

Hamisa diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob. (IH)

Cadangan: Buat Lamanweb Khas Dedah Lemah SPR



KL 27 Jul 11: PAS atau pihak-pihak lain yang bertanggungjawab dicadangkan supaya buat satu laman web khas untuik mendedahkan kelemahan pilihan raya. di Malaysia untuk tatapan umum, yang di'up date' dari masa ke maDemikian dicadangkan oleh 'Anonymous' dalam komen dari kenyataan PAS bertajuk Bukti Kelemahan SPR. 500 Pengundi Bertindih -PAS dari Blog Ibnu Hasyim.

Kami panjangkan cadangan tersebut kepada pihak berkenaan. Lihat cadangan asal beliau.
Anonymous said...

cadangan . pas buat satu laman khas utk kelemahan pilihanraya. nama apa pun tak pa. dalam dalam tu buat bahagian - bahagian contoh; kelemahan undang-undang, undi berganda dalam dun, berganda antara dun, berbilang kp,oranag mati tersenarai pengundi, kes warga asing ada kp, pemindahan pengundi antara negeri, mengundi di dua negeri bersempadan dan sebagainya. lepasnya semua geng pakatan pakat sumbang maklumat. sekarang ini nampak tak tersusun dan tak pro. buat kena benar-benar jangan lepas batuk ditangga. kalu buat macam ni baru spr dan amporno takut. satu lagi paksa spr dilepaskan dari jabatan perdana menteri. letak bawah parlimen ke agong ke. kalau tidak dia akan diresapi penjahat-penjahat itu macam sekarang.

Harap dapat perhatian dari pihak berkenaan.
Sekian, wassalam. Terima kasjih kepada 'Anonymous' tersebut.
Dari Weblog Ibnu Hasyim.

Adik & Al-Quran TV9 Dihentikan Siaran. Mengapa?

Tahniah, atas keberanian, sertai Bersih 2.0

KL 27 Jul 11: Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya semalam.

Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini.

“Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini.

“Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru.

“Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka.

“Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum,” katanya.

Tahniah & Sanggup terima apa saja.

Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan.

“Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum.

"Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan,” katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia.

Tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim, Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails