Wednesday, August 24, 2011

Lebuhraya KB-KK, K/Negeri Buat Sendiri Ganti Pusat

Husam menyerahkan sumbangan Aidil Fitri kepada armalah di masjid Kamil Hassan
KOTA BHARU, 24 Ogos 11: Kerajaan Kelantan bersetuju mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan jambatan tersebut sebagaimana yang terkandung dalam RMK-9.

Dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion kos pembinaan yang diperlukan berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata bagaimanapun berkata pada RMK-10, peruntukkan itu telah ditarik balik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilftiri kepada golongan armalah dan anak yatim di Masjid Kamil Hasan, dekat sini. Lebih 500 orang penerima juga turut membabitkan pelajar IPT, penghulu, guru-guru Pasti menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya lagi, lebuh raya berkenaan begitu penting bagi kemudahan orang ramai sama ada dari segi ekonomi atau pulang berhari raya di kampung.

“Anak Kelantan diperantauan sentiasa berhadapan dengan kesesakan jalan raya khususnya dimusim cuti sekolah dan perayaan.

“Kerana itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada swasta,”ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian untuk memajukan projek berkenaan. Setakat ini, katanya tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar cadangan untuk memajukannya. Sambungnya, kerajaan negeri masih memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini dilaporkan, laluan bertingkat melintas landasan kereta api di Pasir Mas kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina.

Rakyat Malaysia fikirlah sendiri, apa perlunya kerajaan Pusat begini, cukai rakyat secara nasional dikebas, termasuk royalti minyak, tetapi pengagihn projek didiskriminasikan! Tukar saja BN dengan Pakatan Rakyat, undilah PAS. (IH)

Libat sebelum ini...

Ganggu Seks, Editor Kanan TV3 Disiasat

azlan
KL 24 Ogos 11: Seorang editor kanan TV3 kini dalam siasatan syarikat itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang petugas itu yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.

Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor berkata Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru-baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.

Empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Katanya lagi, siasatan bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan. Salinan e-mel itu juga dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, beberapa kakitangan dikatakan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa. Beliau juga dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber itu. (IH)

Pakat Rampas-kuasa Najib-Anwar -John Malott




MENURUT John Malott (gambar kanan) seperti disiarkan Harakah hari ini..

"Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju. Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.

Tanyalah Wikileaks. Orang Malaysia suka bercakap…

Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama.

Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita. Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda.

Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu.

Satu pakatan rahsia Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan.

Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara.

Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik.”
100 tahun
Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.

Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini?"

Sekian (IH).

Rumah Kontena Ganti Falat Kos Rendah Masadepan



SIANG YING menunjukkan sijil dan contoh lakaran menjadikan kontena sebagai kediaman di Kuala Lumpur semalam.

JOM KREATIF

KL: Kontena yang diubah suai menjadi kediaman mungkin jawapan terbaik kepada masalah orang ramai yang tidak mampu membeli rumah.

Sesetengah kita mungkin menganggapnya mustahil namun tidak bagi Lim Siang Ying, 29, ketika menghasilkan lakaran futuristiknya semasa menyertai Pertandingan Lakaran Idea Arkitek Muda yang membawa tema Rumah Pertama Idea Saya baru-baru ini.

Menurutnya, kontena boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam pembinaan rumah kerana ia murah seterusnya lebih mampu milik.

Ia juga mudah diolah dengan gaya kontemporari.

“Setiap unit rumah mempunyai tiga bilik dengan dilengkapi kemudahan seperti katil, meja, kerusi, almari dan kipas angin.

“Malah bagi mengoptimumkan penggunaannya, ia boleh ganti flat kos rendah di negara ini pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah pertandingan tersebut di Bangunan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di sini semalam.

Siang Ying merupakan antara sepuluh arkitek muda yang menerima anugerah dalam pertandingan anjuran PAM dan Kumpulan Syarikat Bluescope Steel (M) Sdn. Bhd. (Bluescope).

Setiap mereka menerima iPad2 dan sijil yang disampaikan oleh Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Boon Che Wee dan Presiden Bluescope Asia Tenggara, Somkiat Pintatham.

Siang Ying yang berasal dari Teluk Intan, Perak berkata, idea itu muncul apabila melihat sebahagian golongan yang miskin yang tidak berumah dan sanggup tinggal di bawah jambatan dan di tepi jalan raya. (IH)

Ikuti siri Jom Kreatif sebelum ini...

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Menang Atau 'mati syahid' - Muammar Gaddafi


Rakyat Libya di Benghazi meraikan kejatuhan ibu pejabat Muammar Gaddafi, Bab Al-Aziziya di Tripoli hari ini. — Foto Reuters
Rakyat Libya menitiskan air mata ketika menyambut kejayaan pemberontak di Dataran Hijau, Tripoli semalam. Pemberontak menukar nama lokasi popular itu sebagai Dataran Pejuang. — Foto Reuters
Rakyat Libya menitiskan air mata ketika menyambut kejayaan pemberontak di Dataran Hijau, Tripoli semalam. Pemberontak menukar nama lokasi popular itu sebagai Dataran Pejuang. — Foto Reuters
TRIPOLI, 24 Ogos 11: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini berkata tindakan beliau menarik keluar anggota tentera dari ibu pejabat kerajaannya di Bab al-Aziziya hanya satu tindakan taktikal selepas premis itu diranap oleh serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Ketika bercakap menerusi stesen radio tempatan Tripoli, yang dilaporkan oleh TV Al-Orouba, Muammar bertekad untuk mengisytiharkan kemenangan menentang Nato.

“Kami menentang (musuh kami) dengan kekuatan kami... sama ada kami menang atau mati syahid. Insya-Allah,” kata Muammar, demikian menurut laporan Reuters.

Jurucakap Muammar, Moussa Ibrahim memberitahu TV Al-Orouba bahawa rejim pemimpin Libya itu boleh bertahan beberapa bulan lagi. Dipetik msnbc.com, Moussa berkata kira-kira 6,500 sukarelawan telah memasuki kawasan Tripoli sepanjang, “enam jam lalu” dan diletakkan di seluruh Tripoli.

Beliau mengugut untuk mengubah Libya sebagai “gunung merapi yang membakar dan api di kaki penceroboh.” Dalam pada itu, kumpulan pemberontak berkata seramai 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,000 lagi cedera dalam pertempuran menguasai Tripoli, demikian menurut TV Al Arabiya.

Pemberontak menyerang bangunan Bab al-Aziziya dalam sebahagian daripada usaha mereka menamatkan kepimpinan 42 tahun Muammar. Tripoli menjadi serangan pemberontak sejak Ahad lalu, sebahagian daripada kebangkitan rakyat negara itu yang bermula awal tahun ini. (IH)

Sebelum Tawan Putrajaya,, Rebut Sejuta Kerja Kosong

GOLONGAN penganggur perlu menggunakan peluang tawaran sejuta kerja kosong di pelbagai agensi kerajaan yang bakal
diiklankan tidak lama lagi. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Sebelum Kerajaan BN jatuh dan digantikan Pakatan Rakyat, didapati sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Peluang ini perlu disambut oleh rakyat Malaysia, sebelum bakinya diisi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.

"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam. (IH)

Ahli Falak Ramal Aidilfitri Jatuh Selasa Depan..



AHLI falak yakin anak bulan akan cukup syarat pada 29 Ogos ini untuk memulakan bulan baharu iaitu Syawal pada 30 Ogos ini. - Gambar hiasan

KL: Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja. Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.

Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).

“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.

“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.

Sementara itu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. (IH, sumber Kosmo Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails