Wednesday, September 28, 2011

Siap, Besok Carnibal Selangorku Bermula. Sila Hadir!

Di depan Dewan Dewan Dato' Hormat , Tanjong Karang.
Ibnu Hasyim bersama-sama pegawai-pegawai sekretariat dan sukarelawan Karnivaal Selangorku.

Persiapan hampir selesai. Sewa gerai dibuka hingga malam ini..
Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Juga laporan berkaitan Karnival Selangorku...

Letupan Empire Gallery, 4 Cedera. Saloran Gas?

Kereta yang diletakkan di bahagian hadapan kompleks membeli-belah Empire Gallery turut rosak. — Foto oleh Choo Choy May
SUBANG JAYA, 28 Sept 11 — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat. Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya. Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu. Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar. Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan. Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian. Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas. Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans. (IH)

Demo Bogel, Mengapa Mereka Jadi Begini?

"BOGEL bukan kesalahan jenayah" Antara bunyi sepanduk dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu. Berpuluh lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat.

Tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel. Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.

Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran. Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.

Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.

"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.

Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.

"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.

Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.

"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penganjur 'Bogel bukan kesalahan jenayah' berpendapat.. bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia. Ertinya bogel itu bukan tidak sopan. Begitu bentuk kepercayaan bagi orang atau negara yang tidak berpegang kepada agama. Guna penilaian kayu pengukur adalah kepala otak dan nafsu mereka sahaja.

Bagi orang Islam, wajib berpegang kepada peraturan agama. Ada batas halal-haramnya. Bukan lantak semacam... tidak peduli halal haram. Contohnya seperti UMNO dengan wang judi, hasil penghalalan tidak langsung pelacuran, cukai arak dan sebagainya. Kayu ukur penilai kita adalah agama kita, Al-quran, hadis, ijmak ulama dan qias.

Kerana itulah negara perlu ada peraturan, undang-undang, atau hudud menurut agama. Maka orang Islam wajib tegakkan negara berdasarkan Islam. Wajib mengundi parti yang dasarnya adalah Islam. Mengundi parti Islam dan rakan-rakan sekutunya. Tolak parti kebangsaan asobiah dan yang bukan berdasarkan Islam. Kerana, Allahu akbar. (IH)

Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Tuesday, September 27, 2011

UMNO Tiru Ini! Skim Padi Percuma Pertama Di M'sia,

KL 27 Sept 11: UMNO dinasihatkan meniru skim ini. Pertamakali wujud di Malaysia, skim bantuan beras percuma (Al-It’aam) yang dilaksanakan di Kelantan mulai Febuari lalu. Ianya berjaya meningkatkan permintaan beras tempatan sehingga 80 peratus. Tiru yang baik apa salahnya. Demikian cadang Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini berikutan, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata di Kota Bharu hari ini, perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Pengilang-Pengilang Padi Bumiputera Pantai Timur, Zakiron Zahid.

“Walau pun mulanya hanya untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin, namun ia turut membantu pengilang-pengilang padi, pengedar-pengedar dan peniaga beras tempatan.

”Bahkan turut membantu para penanam padi. Program ini memberi manfaat kepada 8,100 penduduk miskin, di mana setiap bulan mereka menerima beras sebanyak 10 kg setiap seorang,” katanya pada perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2011 di sini kelmarin.

Program dwitahunan itu bertema ‘Pemangkin Kecemerlangan Pertanian Kelantan’ diadakan Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula 21 September sehingga 2 Oktober ini. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama Timbalan Menteri Buruh Thailand, Vitsa Khanthap dan jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand, Paijitra Argsornnarong. Che Abdullah berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta tahun ini bagi mengendalikan skim bantuan beras tersebut.

”Program Skim Al-It’aam merupakan yang pertama diadakan di Malaysia bagi membantu rakyat miskin di Kelantan.

”Program serupa juga pernah dirancang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2009, bagaimanapun ditangguhkan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri turut melancar program ’Bertani Satu Ibadah’ bagi menerapkan amalan agama dalam bidang pertanian. Menurutnya matlamat pelaksanaan ‘Bertani Satu Ibadah’ untuk mencapai matlamat Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara 2015.

Beliau juga berkata, program Hari Peladang tahun ini turut menarik minat pelabur-pelabur dari luar negara datang melihat pencapaian bidang pertanian di Kelantan. Katanya, pelabur terbabit termasuk dari Jepun, Korea Selatan, Australia dan Thailand berminat mengintai peluang di negeri ini.

Menteri Besar berkata, kaum Saba’ mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pertanian sehingga mampu mencipta teknologi canggih dan empangan sejak zaman lampau lagi.

“Pembinaan empangan dan saliran yang baik mampu menghasilkan hasil pertanian yang berlipat kali ganda. Ini membuktikan aktiviti pertanian sudah lama sebati dalam kehidupan manusia.

“Di Kelantan dasar pertanian dicetus berdasar kepada dasar Membangun Bersama Islam bagi memastikan segala kerja buat diredhai Allah SWT,” katanya.

Sementara itu pengusaha industri mee kuning dari Kuala Krai, Nor Aziah Ariffin diumumkan penerima anugerah Usahawan Industri Asas Tani, manakala kategori Usahawan Tani Jaya dimenangi Zulkifli Awang. Selain kategori Perternak Jaya Ruminan (Zulkifli Mohd Zin), Perternak Jaya Bukan Ruminan (Deraman @ Mohammad Jaafar), Perikanan Jaya (Saat Abdullah), Usahawan Laut Dalam Jaya (Nazori Yusof).

Peladang Jaya Lelaki (Mohd Noor Awang Hamat), Peladang Jaya Wanita (Norma Abdullah), Peladang Jaya Muda (Zairi Abdullah), Nelayan Jaya (Che Hashim Che Mamat), Nelayan Muda Jaya (Che Mohammad Che Hashim) dan Kunita Jaya (Kunita Jaya Sri Kemanyang. Kategori Kelompok Jaya dimenangi Projek Kelompok Pemulihan Tanah Terbiar Kampung Slow Kulim, Teliar, Pasir Mas dan Kumpulan Pengembangan Wanita Jaya (KPW Kampung Renok Baru Gua Musang.

"Takkan le PAS nak marah UMNO tiru, sedangkan orang luar negara pun PAS beri intai." Kata sindir Weblog Ibnu Hasyim.. Kalau muka tak tebal? (IH)

Peranan PAS Pada Pembangunan Tanjong Karang.

CATATAN SANTAI
HARI ini saya berada di Tanjong Karang. Singgah di Masjid Jamiul Hasanat (masjid di atas) Bt 10 Jalan Bernam, bertemu imamnya. Dia menjemput saya ke rumah di sebelah masjid itu. Dia adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong Karang.

"Masjid ini adalah masjid bersejarah, yang menjadi pusat kegiatan atau markas PAS sejak PAS masuk ke Tanjung Karang." Kata imam itu. Dia adalah Mat Hasbollah bin Sudin berumur 41 tahun.

"Oo. Saya pernah dengar, ada orang menyebutkan PAS Tanjong Karang pernah melalui zaman gemilnag dari sudut pembangunan dan gerakerja ekonomi. Waktu itu PAS pernah mempunyai jentera pembajak tanah sendiri. Kebanyakan penyokong-penyokong parti PAS adalah orang-orang keturunan dari Indonesia. Jawa, Jambi, Banjar dan lain-lain." Jawabku.

"Bekas pimpinan Al-Arqam dikatakan bergerak dalam PAS waktu itu... Asha'ari Muhammad pernah menjadi AJK Penerangan PAS peringkat Pusat. Hal itu pernah dinyatakan sendiri oleh Ketua Penerangannya iaitu Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus kepada saya. " Jelas saya lagi.

Ustaz Mat berkata lagi,

"Memang, kebanyakan ahli-ahli jamaah Islam bersatu di bawah PAS (termasuk UMNO). Kini saya menyambung amanah mereka supaya meneruskan Maahad Tahfif Jamiul Hasanat seperti yang tuan lihat disebelah masjid tadi.
Ustaz Mat di depan asrama Maahad Tahfif Jamiul Hasanat
Ibnu Hasyim bersama Ustaz Mat di rumahnya.
Ustaz Mat (kiri) bersama Penghulu Tanjong Karang ditemui selepas bermesuarat antara ketua-ketua kampung di situ.
Abdul Mallik Majid antara aktivis PAS bergambar bersama Ibnu Hasyim.
"Selepas saya kembali belajar dari Mekah, bapa saudara saya Ustaz Khalid Hj Abdul Hamid Ketua PAS Tanjung Karang sekitar 70an itu juga merestuinya. Maka sampai sekarang, inilah tugas saya sebagai penanggung amanah menjaga maahad ini..."

Pada saya Ibnu Hasyim, inilah sebuah contoh kecil peranan PAS kepada pembangunan agama Islam dan negara Malaysia. Puak-puak BN/UMNO kena sedar ini. Sekian.

Sekian, Wallahu aklam.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Tanjung Karang
27 Sept 11.


Juga Karnival Selangorku...

Nik Aziz Kesaorangan Perjuangkan Hudud?

KOTA BHARU, 27 Sept 11: Mungkin ada yang merasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesaorangan dalam memperjuangkan undang-undang syariah atau hudud kali ini tetapi sebenarnya tidak. Sekurang-kurangnya 561,047 orang sentiasa mengikuti beliau dalam bentuk fan dalam Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

Dan yang menariknya, dalam satu posting mengenai hudud yang dibuat dalam facebooknya, beliau menerima 4,536 komen untuk posting itu sahaja. 9,146 pula menyatakan 'like' (suka) kepada posting itu manakala 3,054 orang pula membuat 'share' (kongsi) posting itu dalam facebook mereka.

Posting itu berbunyi:

KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI: Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?

Kebanyakan komen yang diberikan adalah menyokong penyataan beliau itu dan bersetuju bahawa Utusan telah menghina perundangan Islam.

Dalam posting berikutnya, Nik Aziz menulis, beliau jarang membaca Utusan Malaysia.

"Bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling Umno. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud.

"Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...," katanya.

Posting ini sehingga berita ini ditulis telah diberikan komen sebanyak 367 kali dan dishare oleh 134 orang. (IH

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Najib & Nik Aziz, Sama-sama Naik Bas, Tapi...

Gambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu.

Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails