Thursday, October 13, 2011

Bob Lokman Akui Tidak Sebar Fahaman Politik

HALAMAN HIBURAN
Bob Lokman ketika menghadiri majlis Perhimpunan Pemuda 30K PAS — Foto ihsan demokrasi93.blogspot

PETALING JAYA: Pelakon Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman,47, menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid di Sungai Lui adalah untuk memberi ceramah mengenai agama semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya menyebarkan fahaman politik.

Pelakon itu berkata kehadirannya tidak mempunyai agenda terselindung ataupun mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti.

"Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama," katanya ketika dihubungi mStar Oline, di sini, Selasa.

Gambar kenangan Bob bersama Allahyarham Din Beramboi dan Afdlin Shauki ketika menjadi juri Gelanggang Raja Lawak musim keempat.

Bob Lokman diminta menjelaskan laporan portal The Malaysian Insider yang melaporkan dia ditahan kerana dipercayai menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Hulu Langat dekat sini malam Isnin.

Penulis lagu Isabela nyanyian Amy Search itu ditahan selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui dan telah disoal siasat oleh Jais pada Selasa.

Sebelum ini dia pernah membuat kontroversi dengan mendakwa tidak mempercayai lagi dunia hiburan yang dianggap sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

Langkah itu menyebabkan dia menyertai Pas.

Tindakan Bob Lokman tersebut menyebabkan pelakon Awie (Wings) menempelak beliau dengan berkata pelakon itu juga pernah mencari rezeki sebagai artis dan tidak wajar membuat tuduhan sedemikian sekiranya mahu meninggalkan dunia hiburan. (IH/mStar)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Dan...

Israel Setuju Tukar 1,000 Tahanan Palestin


GILAD SHALIT


BAITULMUQADDIS, GAZA - Pemerintah Israel dan Gaza kelmarin bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang askar Israel yang ditahan oleh kumpulan Hamas, Koperal Gilad Shalit sekali gus merungkai isu yang sebelum ini sukar diselesaikan.

Perkembangan tersebut berlaku ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan tekanan rakyat agar membawa Shalit pulang.

Dalam satu ucapannya, Netanyahu berkata, askar Yahudi itu akan pulang kepangkuan keluarganya dalam tempoh beberapa hari lagi.

Selain warga Israel, penduduk Palestin di Genting Gaza turut gembira dengan perjanjian pertukaran tahanan itu yang diusahakan oleh Mesir dan seorang pengantara Jerman.

Hamas mengesahkan bahawa perjanjian tersebut kini tinggal fasa teknikal untuk diselesaikan.

Mengulas mengenainya, ketua Hamas, Khaled Meshaal memberitahu, Israel akan membebaskan seramai 1,027 tahanan dalam dua peringkat.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu, 450 orang akan ditukar untuk Shalit manakala bakinya akan dibebaskan dua bulan kemudian termasuk 27 tahanan wanita. - Reuters

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Wednesday, October 12, 2011

Anak Menteri Ke Sekolah Kerajaan? IH Sokong Wardina

HALAMAN HIBURAN


KL 12 Okt 11: SIASAHKINI melaporkan, "Semuanya bermula apabila Wardina (gambar) telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin.


Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.

Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.

Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.

Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.

Sebelum ini, Wardina juga pernah dikritik hebat didalam blog-blog politik apabila gambarnya didalam satu program ceramah Pakatan Rakyat tersebar di internet. Akibatnya, artis tersebut terpaksa "bercuti" selama hampir 2 minggu dari ke udara di rangkaian televisyen tempatan."

Weblog Ibnu Hasyim sokong Wardina. Persetankan mereka! (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-raja

NONE
KL 12 Okt 11: Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (Gambar kiri).

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Langgar garisan

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

majlis raja raja rulers council 300609 2Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya. (Malaysiakini)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Hudud: Jangan Ganggu Perlembagaan -Majlis B/Islam


Gambar hiasan
KL 12 Okt 11: Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa agar debat mengenai pelaksanaan hukum hudud khususnya yang difokus ke atas Kelantan sekarang diadakan secara rasional dan tidak seharusnya bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, majlis itu berkata pihaknya berharap semua pihak akan menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan meskipun ada pihak menyokong hukum Islam itu.

“Pelaksanaan hukum hudud memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan akan memberi kesan ke atas hak asasi bukan Muslim, yang sedia terjamin di bawah Perlembagaan.

“Fabrik perundangan perlembagaan tidak seharusnya diganggu,” kata enam pemimpin majlis itu dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh presidennya Daozhang Tan Hoe Chieow, timbalannya Sardar Jagir Singh, tiga naib presiden Venerable Sing Kan, Rev Dr Thomas Philips dan Mohan Shan, setiausaha agung Prematilaka KD Serisena.

Isu hukum hudud yang menjadi perhatian sejak dua dekad lalu muncul semula bulan lalu. Justeru Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan ke atas Muslim dan mahu diberikan peluang melaksanakannya di negeri Pantai Timur itu.

Kelantan terus melahirkan hasrat mahu melaksanakan hukum tersebut ketika banyak pihak memberikan pandangan yang berbelah bahagi sama ada negeri itu mempunyai hak untuk menguatkuasakan perundangan Islam ini. Kelantan telah pun meluluskan enakmen berkaitan pada 1993 dan begitu juga di Terengganu pada 2002 semasa diperintah oleh PAS.

Majlis itu juga berpendapat bahawa disebabkan majoriti rakyat sebuah negeri - Kelantan - memihak kepada hudud dan oleh itu rakyat keseluruhan negara seharusnya menerima perubahan tersebut, adalah satu tanggapan yang mengelirukan.

“Perlembagaan tidak boleh dibuang disebabkan oleh pandangan popular,” kata beliau.

Malah menurut majlis itu, hak fundamental yang dijamin dalam perlembagaan tidak boleh diubah oleh majoriti rakyat.

“Setiap warganegara seharusnya diberi hak untuk mencabar bagi mempertahankan hak mereka,” kata beliau lagi.

Majlis itu menambah, langkah mengubah sifat fundamental perlembagaan hanya disebabkan kehendak majorit juga satu keadaan yang bahaya. Oleh itu menurut majlis tersebut, kesemua agama seharusnya menghormati sensitiviti dan hak agama komuniti lain, dan cuba untuk hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Sebarang perubahan mesti dilakukan mengikut perlembagaan, bukannya bertentangan dengan perlembagaan,” kata majlis. (The Malaysian Insider)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Merosotnya Kedai Buku Di London, Menjalar Ke M'sia?


Di London, kedai
buku makin sulit bersaing dengan kedai online (gambar atas). Sama halnya dengan WHSmith, Borders menutup sejumlah kedai buku dalam beberapa waktu terakhir (bawab) Adakah ianya akan berjangkit ke Malayia?

CATATAN SANTAI

Di DEPAN pejabat BBC di jantung kota London ada satu ruas jalan yang cukup ramai. Di antara pejabat perusahaan, kedai kopi, restoran, dan binatu terdapat satu toko buku yang cukup besar. WHSmith, demikian nama toko buku dengan eksterior warna biru tersebut.

Bila ada waktu, saya sempatkan diri mampir, entah untuk membeli majalah atau sekedar menengok buku-buku apa saja yang sedang laris. Namun kebiasaan ini tidak dapat lagi saya lakukan. Bukan kerana saya malas ke toko buku, tapi kerana toko tersebut sudah gulung tikar sejak beberapa tahun lalu.

WHSmith di depan kantor BBC menjadi bukti nyata lesunya bisnis buku dalam beberapa tahun terakhir. Menurut asosiasi toko buku Inggeris, jumlah anggota mereka turun 20% sejak tahun 2006.

Asosiasi ini mengajukan data bahawa pada 2006 jumlah anggota mencapai 4.495, termasuk 1.483 toko buku independen yang tidak memiliki jaringan. Pada Juni 2011 jumlah anggota turun menjadi 3.683 sementara toko buku independen berbaki 1.099. Dari data ini terlihat bahawa toko buku independen yang paling terpukul. Tahun lalu tercatat 50 toko buku independen baru di Inggeris namun yang tutup lebih banyak, iaitu 72 toko. Begitu berita diterima..

Pada saya Ibnu Hasyim, juga pernah ada pengalaman puluhan tahun (kira-kira 1982-1996) dalam perusahaan buku dan media di Malaysia. Kalau tuan-tuan 'orang lama', mugkin masih ingat syarikat GG Edar di bawah pejabat PAS dulu di Jalan Pahang KL. Di samping menjual buku-buku agama, juga menjadi penerbit buku-buku sejarah dan perjuangan PAS. Menerbit kaset-kaset dan video serta mengedarnya ke seluruh negara.

Saya pernah diseret ke mahkamah gara-gara video PAS dan buku-buku politik yang bercanggah dengan polisi negara. Waktu itu PAS nak terbit akhbar sendiri pun susah. Banyak buku-buku dan kaset terbitan saya yang diisytiharkan 'haram' dari sudut negara, dan akan diambil tindakan undang-undang. Itu kisah lama, berbalik kepada perniagaan buku sekarang. Contohnya seperti kisah di atas.

Faktor Niaga Buku Sukar Berkembang:

Satu di antaranya adalah kerana makin populernya buku elektronik. Studi kecil-kecilan yang dilakukan menunjukkan beberapa tahun lalu di satu gerbong kereta, jumlah orang yang membaca buku melalui piranti elektronik sangat kecil, mungkin cuma satu atau dua orang saja.



Sekarang jumlahnya berlipat ganda. Penumpang yang asyik membaca buku melalui Kindle, iPad, Samsung Galaxy Tab, atau Sony eReader menjadi pemandangan yang biasa. Piranti ini memang memiliki banyak keunggulan. Ribuan buku dapat dijejalkan di piranti dan harga buku versi elektronik jauh lebih murah dibandingkan buku kertas.

Sebagai ilustrasi, harga paling tinggi untuk novel laris Dan Brown The Da Vinci Code adalah US$17,61. Versi Kindle untuk novel yang sama cuma US$7.70. Kelebihan lain adalah Google dan Amazon, untuk menyebut dua contoh saja, menyediakan banyak buku elektronik yang dapat diperlehi secara percuma.

Buku-buku atau kitab agama Islam, saya masih belum nampak lagi disalin secara elektronik dan membanjiri pasaran kecuali Al-Quran atau terjemahan. Contohnya seperti karya Imam Ghazali 'Ihya Ulumiddin, Fiqh Sunnah Syad Sabiq, Tafsir Fi Dzilalil Quran, Tafsir Al-Azhar di Malaysia-Indonesia dan lain-lain.

Di tengah keadaan ekonomi susah, seperti yang melanda Eropah kini, orang cenderung tidak banyak berbelanja. Kalaupun perlu mengeluarkan wang untuk membeli buku, mereka tentu akan memilih yang lebih murah. Tidak hairan bila tahun lalu saja penjualan buku elektronik mengalami kenaikan 318%. Dijangka dalam sepuluh tahun mendatang 50% buku yang terjual berbentuk digital.

Kedua: Ikut berperanan mematikan toko buku adalah supermarket. Dengan daya beli besar jaringan supermarket dapat membeli buku dalam volume raksasa dan keananya dapat potongan harga yang sangat lumayan. Potongan ini dinikmati konsumer dengan mendapatkan buku lebih murah. Supermarket dengan mudah menawarkan buku 50% lebih murah dari harga di toko buku. Ketika JK Rowling meluncurkan siri terakhir Harry Potter, tidak sedikit konsumer berbaris di supermarket kerana di sana harganya jauh lebih murah.

Di tengah himpitan supermarket dan toko buku online seperti Amazon, asosiasi toko buku di England meminta bantuan pemerintah. Lesunya bisnis toko buku konvensional menandai pergeseran zaman. Perkembangan internet dan teknologi membuat perilaku konsumer berubah. Bila tidak ikut berubah, toko buku, yang selama berpuluh-puluh tahun menjadi salah satu unsur lanskap pusat kota-kota di England, akan menjadi sejarah. Sedih. Adakah ianya akan menjalar ke Malaysia?

Catatan Santai bnu Hasyim.
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL. 12 Okt 11

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Bob Lokman Ditahan, Ingin Tanding PRU 13?

KL, 12 Okt 11: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar di tengah) yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa tauliah berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, sebaliknya hanya mahu berdakwah.

Katanya, beliau lebih mengutamakan pemantapan akidah dan iman umat Islam di negara ini berbanding menceburi bidang politik yang disifatkannya sebagai rumit.

“Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat politik, rumit,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.

Bob Lokman memberitahu beliau bersedia meninggalkan PAS jika Umno mengukuhkan pegangan dan ajaran Islam di negara ini dan tidak menolak kemungkinan sekiranya perkara itu dilaksanakan parti teras BN itu, PAS juga akan membubarkan partinya satu hari nanti.

Jais telah mengesahkan beliau ditahan kerana kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah.

“Jika Umno BN kukuhkan Islam, saya akan keluar PAS, mungkin kalau itu berlaku PAS juga akan bubarkan parti itu,” katanya ketika menjelaskan situasi yang berlaku di sebalik penahanannya oleh Jais di Hulu Langat malam kelmarin.

Bob Lokman juga menegaskan penahanan beliau oleh Jais merupakan satu usaha Umno BN untuk mengekang usaha dakwah yang dilakukan golongan artis sepertinya bagi mengelakkan mereka menyertai majlis dan program anjuran PAS.

“Dengan berbuat demikian, mereka sangka akan dapat mengekang orang ramai daripada menghadiri majlis dan program PAS yang dilihat akan mendapat sambutan sekiranya melibatkan golongan artis sebagai tetamu undangan dalam program tersebut,” jelasnya lagi.

“Umno BN ini cuba untuk mengelakkan orang ramai daripada hadir majlis-majlis anjuran PAS supaya program mereka tidak mendapat sokongan, tapi mereka sebenarnya silap, kejadian seperti ini akan menjadikan golongan artis ini lebih popular, lebih diminati masyarakat,” katanya mempertikaikan tindakan tersebut.

Menjelaskan situasi sebenar ketika insiden penahanan, penulis lirik ini berkata, beliau menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di Masjid Sg Lui.

Namun, katanya, oleh kerana tiada tauliah, penganjur turut menjemput seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Fakaruddin yang mempunyai tauliah untuk memberi ceramah berkenaan hidayah Islam.

“Saya kemudiannya dijemput oleh Ustaz Fakaruddin untuk menceritakan pengalaman saya sendiri, dan bercerita berkenaan hidayah yang saya terima,” ujarnya.

“Majlis itu turut dihadiri pegawai Jais dan juga kadi kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.

Menurut Bob Lokman lagi, sebaik selesai solat Isyak, beliau dihampiri oleh seorang pegawai Jais dan memintanya berbincang berkenaan tauliah dan dia bersetuju untuk berjumpa pegawai berkenaan.

“Pegawai Jais datang kepada saya dan memberitahu saya akan ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah, saya kata tahanlah, tapi mereka suruh saya ikut mereka ke balai polis dan mereka akan buat laporan polis terhadap saya, seterusnya akan buat bon untuk membebaskan saya,” ujarnya.

“Saya suruh mereka pergi ke balai polis dulu, kemudian baru datang ambil saya, nak tangkap orang mesti buat laporan polis dulu,” jelasnya lagi.

Tambah Bob Lokman, keadaan menjadi tegang akibat daripada campur tangan kadi yang menyatakan dia sengaja memberi alasan untuk mengelak daripada dibawa polis.

“Kadi masuk campur, dan berlaku pertengkaran antara kami, dia kata itu alasan saya untuk tidak mahu ikut mereka ke balai polis,” katanya memberi penjelasan terhadap insiden itu.

Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais untuk memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak Jais sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.

“Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” katanya. (IH/The Malaysian Insider)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails