Thursday, November 10, 2011

BN Perlu Tanggungjawab Jalan Utama P/Putih -Muhammad Husin


KL, 10 Nov 11: Kerajaan BN didesak supaya lebih bertanggungjawab dengan mengeluarkan bajet segera bagi menyelesaikan masalah jalan utama di Pasir Puteh antara sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong.

Desakan tersebut dibuat terutama bagi menaik taraf jalan utama jajahan Pasir Puteh antara sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong hingga sempadan Pasir Puteh-Bachok di Kampung Jerus.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husin berkata, keadaan jalan utama di Pasir Puteh kini agak menyedihkan dan amat perlu dinaik taraf dengan segera bagi kepentingan orang ramai. Menurut beliau, tambahan pula jalan tersebut agak berbeza berbanding jalan bersempadanan dengan Besut di Terengganu.

Katanya, disebabkan keadaan jalan yang tidak memuaskan, laluan utama di Pasir Puteh itu sering berlaku kesesakan sehingga menyebabkan banyak terjadi kemalangan setiap tahun yang turut melibatkan kematian.

"Sepanjang jalan itu juga terdapat 20 jambatan kecil yang sudah lama tidak dibaiki dan sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Perkara itu, menurut beliau, amat perlu diberikan perhatian segera oleh pihak kerajaan, lebih-lebih lagi setelah dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Dalam soalan lisan yang dikemukakan semalam, beliau bertanya kepada Menteri Kerja Raya sama ada kerajaan bercadang untuk menaik taraf jalan berkenaan.

Menjawab pertanyaan itu, pihak Kementerian Kerja Raya menjelaskan, Kerajaan Persekutuan akan memberikan keutamaan tinggi bagi membina dan menaik taraf rangkaian jalan raya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini termasuk Jalan Persekutuan dari Pasir Puteh (Kampung Jerus) ke sempadan Kelantan-Terengganu (Bukit Yong) yang merupakan sebahagian daripada Jalan Persekutuan FT003 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh dan berakhir di Kuala Terengganu sepanjang 169 kilometer.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek menaik taraf Jalan Persekutuan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap Rancangan 5 Tahun Kerajaan berikutan kos projek yang sangat tinggi. Hasil kajian awal pihak kementerian didapati jalan tersebut sememangnya sering mengalami kesesakan akibat peningkatan jumlah kenderaan khususnya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Banci lalu lintas pada tahun 2010 telah mencatatkan jumlah kenderaan sebanyak 19,240 setiap hari dan jalan tersebut diklasifikasikan sebagai Level of Sevice (LOS) E iaitu jalan sesak ketika waktu puncak. Sehubungan itu, cadangan projek itu telah dikenal pasti antara projek berkeutamaan tinggi dan pihak kementerian akan berusaha berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan dalam RMK10.

Menurut Muhammad, projek tersebut sememangnya amat perlu disegerakan memandangkan kawasan Pasir Puteh kini sedang mengalami perkembangan pesat.

"Oleh itu, di kawasan itu tentunya memerlukan jalan raya yang lebar dan sempurna bagi menampung keperluan pengguna," ujar beliau. (Harakahdaily)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Lembu Tidur Di Kondo RM9.8J? Saifuddin Cabar

NONE

KL 10 Nov 11: Apa rasionalnya luluskan? Lembu nak tidur di situ (Kondo Mewah)? Soalan sindiran tajam dari Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

Perkara ini timbul apabila PKR hari ini mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Setiausaha agung PKR Saifuddin mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

"Bayaran untuk pembelian kondominium (dengan harga) RM9.8 juta ini direkodkan sebagai 'hutang' National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC," kata Saifuddin lagi, dengan menambah bahawa NMLC juga sebuah syarikat yang dimiliki oleh anggota keluarga menteri berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan parlimen hari ini, ahli parlimen Machang itu mendakwa jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada RM83 juta hutang NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Dakwaan ini wajar disiasat secepat mungkin kerana ia melibatkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia," katanya yang turut mahu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat berhubung dakwaan itu.

Katanya, perdana menteri perlu disiasat berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta. Muhyiddin pula, tambahnya, perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini, manakala penggantinya Datuk Seri Noh Omar perlu disiasat berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini.

Saifuddin menambah, individu yang perlu disiasat ialah Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat. "Kita tak serang ketua wanita umno. Kita serang menteri yang secara terang-terang melalui kaitan keluarganya terbabit dalam konflik kepentingan yang jelek ini," tambahnya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disiasat kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah." Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan Khairy semalam bahawa wang berkenaan tidak boleh dipindah dengan mudah dan perlu melalui kelulusan oleh satu jawatankuasa khas.

"Saya nak tanya (Khairy) sekarang. Beli kondo RM9.8 juta, jawatankuasa teknikal mana yang luluskan? Mesyuaratnya bila? Siapa yang pengerusikan? Cek-cek ini siapa tandatangan. Di mana kawalan ketat?

"Kalau (ahli parlimen) Rembau seorang yang punya itegriti dan wibawa, dia kata dikawal ketat, akaun khas bermacam jargon hebat digunakan, macam mana dia nak jelaskan kelulusan RM9.8 juta (untuk beli kondominium)? Apa rasionalnya luluskan? Lembu nak tidur di situ?" soalnya.

Ketika ditanya dalam sidang media sama, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli pula berkata, parti itu mendapat maklumat berhubung dakwaan transaksi untuk pembelian kondominium berkenaan melalui satu sumber yang enggan didedahkan.

"Kalau kita sudah berani buat dan kita sudah melawat ke (kondominium) ini, ini dakwaan yang kita buat dan kita berani bawa ke SPRM. Tanggungjawabnya kalau nak buktikan kami tidak betul adalah tanggungjawab PM, TPM, menteri pertanian, ketua Wanita Umno dan ketua Pemuda Umno," tambahnya.

Beliau turut mencabar supaya pihak berkenaan menunjukkan penyata bank pada tarikh 2 Disember 2009, didakwa melibatkan bayaran melalui satu cawangan bank di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju hartanah terkemuka itu.

"Saya cabar tunjuk bank statement kepada rakyat. Kalau dia tak tunjuk, nak saman pun bolehlah saman bila-bila masa," katanya lagi. (IH)

Ada kaitan...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Misi Pelik Blogger Ini.. Cium 100 Lelaki, Tujuan Apa?



Yang Ya-ching, Seorang blogger berkebangsaan Taiwan memiliki misi untuk mencium 100 lelaki yang tidak dikenal di Paris. Ia berumur 27 tahun dan sedang bersekolah di Paris. Dengan hasrat untuk mengenang keberadaannya di kota ini dia memulai misinya dengan mencium salah seorang pekerja advertising yang sedang memasang billboard.

Tindakannya ini menimbulkan kontroversi sendiri di blog pribadinya. Menurut Taipei Times, lelaki Taiwan agak cemburu dan menyesalkan kenapa misi ini dilakukan di Paris bukannya di Taiwan sendiri. Sedangkan yang lain berkritik bahwa misi ini hanyalah salah satu alasan untuk dapat mencium lelaki tampan di Paris.

Setelah misi ini tercapai, Yang berniat untuk menuliskan pengalamannya di buku dan mengistirahatkan bibirnya, tentu saja.
















Komen Wenblog Ibnu Hasyim: Salah satu cara publisiti blog... (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Gelombang Merah BN Tawan K'tan, Mustapa MB?


KL, 10 Nov 11: Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."

Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.

"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.

"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.

Mustapa (gambar) yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.

Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.

Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.

Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.

Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.

Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.

Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Ada Basikal Sperma Pula. Ha Ha Ha..

Jom Kreatif


Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.

Basikal sperma curi perhatian

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini. Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka. Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan. Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik. - Agensi

Selanjutnya..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

TV Video Pelatihan Militer Kristen Bersenjata Di Ambon

Molukkers zweren te vechten tot de dood - YouTube

www.youtube.com/watch?v=WY-fme5NOKA9 Nov 2010 - 6 min - Uploaded by rebelionstyle
De burgeroorlog op de Molukken is meer dan een religieus conflict. Posities staan op het spel en het ontbreekt aan ...
More videos for Molukkers zweren te vechten tot de dood »

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Kaki Raba Perempuan Calon P'raya Presiden AS?

Dakwaan ketiga gangguan seksual Herman Cain

CAIN menafikan semua tuduhan
gangguan seksual ke atas dirinya.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Bakal calon pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Herman Cain kali pertama didakwa secara terbuka kelmarin oleh seorang wanita, Sharon Bialek yang menuduh beliau merabanya.

Cain sebelum ini dilanda kontroversi selepas tiga wanita mendakwa telah dicabulnya.

Bercakap pada satu sidang media di sini, Bialek menceritakan dengan terperinci bagaimana Cain memasukkan tangan ke dalam skirtnya ketika mereka berada di dalam kereta selepas keluar makan malam di Washington pada 1997.

Diiringi pendakwa raya, Gloria Allred, wanita itu memberitahu, serangan seksual tersebut berlaku ketika dia meminta bantuan Cain selepas hilang pekerjaan di Persatuan Restoran Kebangsaan AS yang diterajui Cain.

"Dia (Cain) tiba-tiba mendekati saya dan meletakkan tangannya ke dalam skirt dan cuba meraba kemaluan saya. Dia juga memegang kepala saya dan menarik kepala saya ke arah kemaluannya," kata Bialek.

"Saya amat, amat terkejut dan tergamam. Saya berkata, anda sedang buat apa? Anda tahu bahawa saya mempunyai teman lelaki. Saya datang berjumpa anda bukan untuk ini (diraba).

Cain menjawab: "Anda mahu saya membantu anda mendapatkan kerja bukan?"

Dakwaan terkini itu boleh menjejaskan peluang Cain menentang bekas gabenor negeri Massachusetts, Mitt Romney bagi mewakili Parti Republikan untuk menentang Presiden Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada tahun depan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah politik di negara yang tidak pentingkan moral dan partinya yang seperti BN .. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails