Friday, November 25, 2011

Proses Membuat Kain Batik Di Dali, Negara China

Bengkel untuk memotong kain.

DALI yang terletak di Provinsi Yunnan, barat daya China, merupakan sebuah daerah yang didiami kaum-kaum minoriti seperti Bai, Yi, Miao, Naxi dan lain-lain. Pekan Xizhou, Dali terkenal dengan kain batik.

Bahan kain batik ini ialah kain kapas yang berwarna putih dan pewarna yang diambil daripada Banlangen, sejenis ubat herba. Kain ini biasanya dijadikan cadar, alas meja, pakaian dan lain-lain.

Ikuti selanjutnya...

Tampar Muka Menteri Kerana Harga Naik & Rasuah


HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.

NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.

Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.

Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.

“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.

Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.

Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.

Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.

“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia kalau orang sebut 'Barang Naik' itu.. ringkasnya BN.

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Kaherah, Pertempuran Ditamatkan..

SEJUMLAH penunjuk perasaan berdiri di belakang kawat berduri di Dataran Tahrir, Kaherah semalam

KAHERAH - Polis dan kumpulan penunjuk perasaan bersetuju untuk mengelakkan konfrontasi selepas kedua-dua belah pihak bertempur di jalanan sejak lima hari lalu dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh.

Dalam perkembagan yang sama, tentera Mesir yang memerintah Mesir buat sementara juga mengeluarkan kenyataan bagi memohon maaf ekoran kehilangan nyawa orang awam. Pihak tentera berikrar akan membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematian penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir.

Sehingga semalam, askar-askar menggunakan palang besi dan pagar berduri untuk membina halangan yang memisahkan penunjuk perasaan dengan pihak polis di jalan-jalan keluar dari Dataran Tahrir ke Kementerian Dalam Negeri. Kebanyakan pertempuran melibatkan penunjuk perasaan dan polis berlaku di jalan-jalan tersebut.

Keputusan untuk tidak berkonfrontasi itu berkuat kuasa sekitar pukul 6 pagi waktu Mesir. Polis dan penunjuk perasaan bersetuju untuk berhenti bertempur selepas dinasihati oleh beberapa ulama tempatan. Jalan-jalan raya di mana pertempuran berlaku hampir keseluruhannya dilitupi serpihan, debu, kasut dan topeng muka yang digunakan penunjuk perasaan untuk melindungi diri daripada gas pemedih mata polis.

Kekacauan di sekitar Dataran Tahrir yang bermula pada Sabtu lepas merupakan keganasan berterusan yang paling panjang sejak kebangkitan rakyat selama 18 hari yang menyebabkan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari lalu.

Junta tentera mengambil alih pemerintahan negara buat sementara waktu selepas Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Jakarta: Hakim Dipecat Kerana Minta Penari Bogel..

Kalau hakim boleh minta rasuah bagaimana pengadilan boleh sempurna? Itulah hakim di dunia.. Gambar hiasan
Jakarta - Majelis Kehormatan Hakim (MKH) telah memecat hakim Pengadilan Negeri (PN) Yogyakarta, Dwi Djanuwanto kerana terbukti secara sah melakukan perbuatan tercela dan melanggar kod etika. Dwi Djanuwanto terbukti minta kepada peguam untuk disediakan stiptease atau penari bogel dan tiket pesawat.

"Terbukti melakukan tindak perbuatan tercela dan melanggar kod etika. Sehingga MKH memutuskan hakim Dwi Djanuwanto diberhentikan dengan tidak hormat sebagai hakim," kata Ketua MKH, Abbas Said dalam sidang di Gedung Mahkamah Agung (MA), Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta, Selasa 22 Nov 11 lalu.

Dalam surat keputusan ini, MKH berkeyakinan Djanu mengirim SMS ke peguam yang ditanganinya semasa kes itu di PN Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT). Dalam SMS itu, Djanu meminta disediakan penari striptease. Djanu juga mensyaratkan penari tersebut dapat dipegang, dicium dan tindak asusila lain.

"Hakim terbabit mengirim SMS minta penari striptease kepada peguam," ucap Abbas Said.

Selain itu, Djanu juga terbukti meminta dibelikan tiket pesawat pergi balik pulang Kupang-Yogya berkali-kali kepada peguam yang sedang ditanganinya. Kerana sering pulang, hal ini mengakibatkan dirinya sering terlambat menghadiri sidang.

"Tindakan hakim terbabit ini melanggar kod etika. Pembelaan hakim tersebut dalam sidang MKH tidak ada yang baru sehingga tidak diterima," terang Abbas.

Atas keputusan ini, Djanu menerima. Namun dia memimta status PNS nya tidak dicabut kerana akan bersara akhir tahun ini. Menanggapi tudingan SMS itu, Djanu mengelak dan merasa dizalimi. "Saya tidak lakukan SMS tersebut. Kaitan tiket itu juga tidak benar. Saya bisa beli sendiri, mampu saya beli sendiri," bela Djanu usai sidang.

Selain perkara di atas, Djanu juga dilaporkan ke KY oleh peguam Petrus Bala Pationa melibatkan kes korupsi dengan tertuduh Kasubdin PU Bahagian Jalan dan Jembatan, Muhammad Ali Arifin pada 2009 lalu atas penggelapan dana pembangunan jalan. Djanu juga dilaporkan melanggar kod etika kerana pertikaikan pengsahan kad peguam semasa menjadi ketua majlis hakim di PN Yogyakarta. (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Thursday, November 24, 2011

Oh Pantai Tok Jembal, Hakisan Ini Apa Sudahnya?

By Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Lujnah Alam Sekitar
& Pengguna Badan Perhubungan PAS Terengganu
Hakisan Pantai Tok Jembal, di mana kesudahannya?

TANPA kajian teliti impak alam sekitar terhadap perlaksanaan sesuatu projek, fenomena alam semulajadi tentu tidak akan bersimpati dengan kita. Ilmu tentang ombak, arus laut, pasang-surut air, arah tiupan angin semunya telah ada tetapi kecuaian diperingkat awal selalunya terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal di samping impak negatif yang memberi kesan kepada sejumlah besar penduduk.

Inilah realiti yang menimpa persisiran Pantai Tok Jembal sehingga keindahan semulajadinya sebagai pantai pelancongan dan lokasi pendaratan bot-bot nelayan pesisir pantai semakin hilang ditelan rakusnya ombak Laut Cina Selatan. Phenomena ini akan lebih menjadi igauan kepada penduduk sekitar terutamanya menjelang musim tengkujuh yang mula melanda sekarang.

Tentunya tindakan menyalahkan takdir atas apa yang berlaku adalah sekadar untuk lepas tangan. Walaupun pihak berwajib yang berkelayakan tidak pernah mengeluarkan suatu kenyataan rasmi akan punca dan penyebab hakisan yang berlaku, pemerhatian penduduk setempat mengesyaki dan meyakini bahawa puncanya adalah penambakan laut bagi projek pemanjangan landasan terbang, Lapangan Terbang Sultan Mahmud..

Ekoran hakisan ini yang memanjang kira-kira 1 km bermula dari kawasan berhampiran lapangan terbang sehingga ke pesisiran pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu, dikesan mulai merebak beberapa bulan setelah projek pemanjangan landasan terbang disiapkan. Kita dimaklumkan pengunjuran landasan terbang ke dalam laut adalah menggunakan kaedah 'tebusguna' dimana pasir dari dasar lautan dipam untuk penambakan.

Apabila pasir dasar laut di alihkan, bermakna berlaku pemusnahan 'beting pasir' yang selama ini dapat menahan gelombang terutamanya dimusim tengkujuh. Kaedah tebusguna (reclamation) tersebut menyebabkan tiada lagi halangan gelombang bawahan menyebabkan ombak terus menghempas ke pinggir pantai. Akibatnya, ombak akan menghakis apa sahaja yang terdapat dipinggir bagi mewujudkan beting pasir baru didasar lautan. Sebab itulah berlaku hakisan dan selagi mana beting pasir itu tidak terbina selagi itulah akan berlaku hakisan.

Kontraktor projek tentunya telah mengaut puluhan juta ringgit keuntungan. Orang-orang tertentu juga tentunya telah menerima komisyen masing-masing. Boeing 747 pun sudah boleh mendarat di LTSM sebagaimana yang diimpikan oleh sebahagian pemimpin negeri walaupun pendaratan pesawat untuk penerbangan antarabangsa ini cuma berlaku ketika musim haji dan musim pertandingan kuda. Hari-hari biasa, penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa jauh mengatasi bilangan penerbangan ke sini walaupun LTSIP bukanlah sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Soalnya sekarang, siapa yang sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani hakisan dan kemusnahan yang berlaku? Apakah telah ada suatu kajian teliti akan sebab dan musababnya? Kalau telah ada, rakyat berhak untuk mengetahuinya. Ahli Parlimen Kuala Nerus sendiri, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri pada 28 Februari lalu pernah menjanjikan suatu kajian untuk mengenalpasti puncanya akan dilakukan, tetapi akhirnya senyap tanpa khabar berita.

Belajar dari tragisnya kehilangan Kampung Pantai Sabak di Pengkalan Chepa ekoran hakisan pantai, kita tentunya tidak ingin melihat sejarah pahitnya berulang di Kampung Tok Jembal. Tindakan sambil lewa sekadar sebagai modal politik tidak akan banyak menyumbang untuk memperbaiki keadaan walaupun banyak duit rakyat telah dicurahkan ke laut.

Difahamkan kerajaan telah memperuntukan RM50 juta bagi kerja-kerja penambakan dan pencegahan hakisan di kiri dan kanan Lapangan Terbang, tetapi jelas kerja-kerja yang dilakukan masih gagal menghadirkan ketenangan kepada penduduk. Sekali lagi kontraktor berkenaan yang kekenyangan.

Tuntutan rakyat

Bagi pihak Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu, kita menuntut suatu kajian teliti oleh agensi yang berkelayakan dilakukan segera, hasil kajian perlu didedahkan untuk makluman umum dan seterusnya perlaksanaan tindakan pemulihan dan pembaikian berdasarkan hasil kajian. Duit rakyat juga tidak sewajarnya dibelanjakan untuk menanggung puluhan juta ringgit kos.

Kontraktor Pembesaran Lapangan Terbang juga perlu bersama tampil bertanggungjawab menanggung sebahagian kos kerana sebagai kontraktor mereka tentunya mempunyai pakar perunding yang sepatutnya telah mengambil kira semua kemungkinan yang bakal dan mungkin berlaku. Tidak sepatutnya setelah mengaut keuntungan, mereka berlepas tangan. Setiap projek juga pastinya mempunyai tempoh edah jaminan di mana segala impak sampingan yang berlaku masih di bawah tanggungjawab kontraktor terbabit.

Mungkin hanya beberapa kerat penduduk Kampung Tok Jembal yang mampu memanfaatkan kemudahan lapangan terbang tetapi ‘tempias ombak Laut Cina Selatan’ membasahi mereka serta menggugat ketenangan dan keharmonian kehidupan seharian yang rata-ratanya adalah kelompok nelayan pantai. (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

AIM18: Ganti Lagu 'Penakut''. Yuna Tidak Takut?

HALAMAN HIBURAN
Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut'
Yuna tidak serik bersaing di AIM, tidak takut?

KL: Yuna tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana baginya Jawatankuasa Penganjur AIM (RIM) telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis. Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.

"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaiaan tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.

"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang. (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa! Dapatkan Segera!

QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Mahkamah Swiss Larang Jalan Bogel Seperti Ini.

24 Nov: DALAM sebuah kernyataannya, Mahkamah Agung Swiss hari ini mengatakan, "Melakukan aktiviti berjalan bogel adalah melanggar adat kesopanan."

Keputusan ini muncul setelah seorang lelaki didenda sebesar 100 franc Swiss (kira-kira RM360) kerana berjalan-jalan bogel tanpa seluar, melalui kawasan keluarga dan kanak-kanak dalam area piknik di Appenzell.

Kebebasan berpakaian juga ada batasnya. Orang Islam bebas berpakaian dalam lingkunagan peraturan agamanya, iaitu menutup aurat. Tidak menutup aurat samakah dengan berbogel?(IH/daily mail)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails