Wednesday, November 30, 2011

Hak Melayu Tetap kekal Di Bawah PR -PAS


KL, 30 Nov 11: Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan ‘sentimen perkauman’.

“Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen semalam.

Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.

“Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul.

“Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata beliau.

Dalam kenyataan pagi semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Senada dengan pendirian itu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan persidangan tiga syap parti itu malam tadi turut mengecam sambil mendakwa PAS tidak boleh menggantikan Umno.

Ahmad dipetik berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

Bagaimanapun Hadi mengetepikan kenyataan Ahmad sebagai satu “ancaman kosong” kerana timbalan menteri itu mahu menggunakan isu perkauman untuk menyatukan Melayu di bawah Umno.

“Pihak yang kalah jika Pakatan mencapai kejayaan ialah Umno. Yang akan menggantikan mereka ialah kami di PAS dan Pakatan,” kata Hadi lagi.

“(Jadi) ini ancaman kosong... (ia hanya) mahu mempromosikan sentimen rasis, satu kenyataan yang tidak tepat dengan mengambil kira geografi politik Malaysia,” kata beliau lagi. (MI)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Pembangkang Angan-Angan 6 jahannam -K/Pem UMNO

NONE
KL 30 Nov 11: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan formula "6 Jahanam" yang didakwanya cubaan pembangkang yang berangan-angan untuk melaksanakan formula "kehancuran negara".

Sambil mengambil kisah dari filem P Ramlee '6 Jahanam', Khairy menempelak pembangkang berhubung cubaan tersebut yang disifatkannya "polemik politik pembangkang jijik".

Enam formula tersebut yang didakwa akan dilaksanakan adalah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa, dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

"Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN. Pada mereka BN adalah pencuri pilihan raya, menidakkan suara rakyat dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.

"Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?

"Sedarkah kita, propaganda rampasan September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang yang didakwanya menghasut rakyat dengan meniupkan api kebencian kepada kerajaan dengan menggunakan kebangkitan "Arab Spring" tatkala idea mengadakan perhimpunan BERSIH,

"Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sesebuah negara berdaulat," katanya bagi menghuraikan formula pertama.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Memacu Generasi, Melakar Tranformasi" di PWTC hari ini. (MK)

Tuesday, November 29, 2011

Wanita Bekas Penyokong MCA Lawat Nik Aziz

Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.
KOTA BHARU, 28 Nov 11: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan DHPP di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini. Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudah tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Monday, November 28, 2011

Wanita Bermotosikal, Awas Teknik Rogol Kamu..


PENGGUNA

Gambar hiasan, polis wanita di Aceh

KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.

Disebabkan hujan dan jalan licin, mangsa menunggang motosikal perlahan sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki motosikal dan meminta dia memberhentikan motosikalnya kerana mendakwa tayarnya bergoyang.

Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk lelaki terbabit hanya mengikut arahan dan memerhatikan tingkah laku lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menolongnya,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menarik tangan mangsa dan mengajaknya berbual sebelum bertindak lebih drastik apabila cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.

Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awas wahai wanita, perlu ada persiapan.

Sebelum ini..

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Selingan: Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook

Ustaz Azhar Idrus

Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook

by pakim86 4 months ago 68,745 views

Lihat Selingan sebelum ini...

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Budaya Tak Bermoral Mula Meracun Wanita Afgan..


PENYANYI Farhad Darya (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul pada 24 November lalu. - AFP

HALAMAN HIBURAN

BERITA ini membuktikan budaya tak bermoral mula diseludup masuk ke bumi umat Islam Afghanistan, untuk meruntuhkan akhlak muda-mudi negara itu. Kerja-kerja biadap, untuk memisahkan Islam dengan penganutnya, juga menghina ulama-ulama dan mujahidin Taliban.

Inilah usaha-usaha awal pengganas-pengganas barat meghancurkan Islam. Bila pemeluk Islam terpisah dari agama, jadilah kerbau yang terkeluar dari kumpulan kawannya, menunggu masa untuk diterkam musuh. Seperti yang terjadi di negara umat Islam, contohnya Malaysia, Indonesia, Turki dan banyak lagi. Bagaimana cara penyelesaiannya? Naikkanlah dan undilah parti Islam. Lihat berita ini dan fikir-fikirlah.

Elvis Afgahan pujaan wanita Kabul.

KABUL, Afghanistan - Digelar Elvis Afghanistan, Farhad Darya mungkin satu-satunya lelaki di negara paling konservatif itu yang dapat membangkitkan gelora wanita sehingga mereka menjerit, melambai dan bersiul semasa menonton kosertnya.

Dalam sebuah negara yang mana hak wanita diabai dan muzik diharamkan oleh Taliban hingga 10 tahun lalu, Darya dianggap sebagai ikon di negara itu. Populariti penyanyi berkenaan terserlah semasa dia mengadakan konsert yang terhad kepada penonton wanita di sini pada minggu lalu.

Konsert itu berlangsung secara rahsia berikutan kebimbangan ia menjadi sasaran serangan bom kumpulan Taliban. "Saya sentiasa memberitahu semua orang bahawa dia lelaki idaman saya, dia menyanyi dengan baik, personalitinya cukup menarik, dia hebat," kata seorang pelajar wanita berusia 18 tahun Meetra Alokozay.

Populariti Darya di Afghanistan menyebabkan dia dipilih sebagai Duta Muhibbah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Darya, konsert pada Khamis lalu itu adalah sebahagian kempen memerangi keganasan domestik yang berleluasa di Afghanistan.

"Terdapat masalah besar dalam negara ini. Mereka yang bertanggungjawab dalam politik, kerajaan cuma pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya," kata Darya.

Penyanyi berambut hitam, bermata biru itu masih kacak walaupun usianya kini mencecah 49 tahun. Dia telah menghasilkan 35 buah album setakat ini dengan kebanyakannya bertemakan politik keamanan. Lagunya, Kabul Jaan (Kabul yang Dicintai) merupakan lagu pertama dimainkan radio Afghanistan selepas Taliban diusir tentera Amerika Syarikat (AS) dalam tahun 2001.

Elvis Presley ialah antara penyanyi paling popular pada abad ke-20. Lebih 400 juta album penyanyi yang mendapat jolokan Raja Rock&Roll itu dijual di seluruh dunia setakat ini. Penyanyi dari AS itu meninggal dunia pada 1977. - AFP

Sekian.

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Sunday, November 27, 2011

Hijrah Tukar Kerajaan, Dari BN Kpd Pakatan Rakyat.


HIJRAH dalam kontek masa ini, di negara ini, dan politik Malayisa hari ini, ialah pindah atau tukar dari kezaliman kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan yang di dalamnya ada PAS, parti Islam se Malaysia. Kezaliman kerajaan BN yang mengISA dan memenjarakan Islam ke sudut peribadatan semata-mata, iaitu menendang dan menolak Islam dari pentas tadbiran politik Malaysia.

Kedatangan tahun baru Hijrah, tahun ini di Malaysia, juga diharapkan dapat melenyapkan tembuk pemisah perkauaman asobiayah bangsa-bangsa yang sempit kepada kebangkitan Islam luas global, yang menjadi penghalang perpaduan nasional kita. Rasulullah SAW adalah contoh tokoh politik dunia. Beliau membawa keluar pemikiran manusia dari sangkar terkurung dunia, menuju alam akhirat yang kekal abadi dan luas terbentang.

Kerana itu, sila berhijrah. Sila tukar dan tumbangkan kerajaan BN dalam PRU13 mendatang ini Tukar dengan mengundi PAS dan rakan-rakannya!!

-Ibnu Hasyim 1 Muharram...

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails